RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 14 Mei 2011

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang



15 Mei 2011 (Ahad)

Program 1

2.30 – 5.30 ptg – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang

Lokasi : Restoran Tanjong, Galing, Kuantan

Ahli Panel:

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Dauk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman (Moderator)

Program 2

7.15 – 8.30 mlm –

- Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Pahang Untuk DS Anwar Ibrahim

- Tazkirah Maghrib Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Masjid Batu 1 Temerloh, Pahang

Program 3

7.30 – 10.30 mlm – Majlis Makan Malam

Lokasi : Dewan Seri Kerayong, Bandar Bera

Penceramah:

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YB Leong Ngah Ngah
  4. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
  5. YB Gobind Singh Deo

Program 4

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi : Markas PAS FELDA Purun, Pahang

Penceramah:

  1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato’ Fauzi Abdul Rahman
  5. YBhg Haji Abas Awang

Sumber: Anwaribrahim.blog

DEBAT ANWAR - SABRI DI FELDA PURUN AHAD INI?

Oleh: WFAUZDIN NS

DS ANWAR tiba ke peringkat menjadi `musuh' nombor wahid buat golongan pemimpin yang tidak pernah puas mencekik darah rakyat. Rakyat kini dibelenggu dengan berbagai masalah yang berpunca dari sikap beberapa pemimpin yang masih merasa begitu berkuasa dan ingin memperhambakan rakyat sebangsanya sendiri.

Semalam akhbar Sinar melaporkan lebih kurang 100 orang menyertai demontrasi menghalang kehadiran Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim untuk program ceramah di kawasan felda di Purun, iaitu kawasan yang terletak di Parlimen Bera. Program ceramah tersebut akan diadakan pada 15 Mei 2011 jam 9 malam selepas sesi petangnya DS Anwar dijadualkan menjadi ahli panel Wacana Muqasid Syariah Peringkat Negeri Pahang anjuran Gabungan NGO Islam Pahang bertempat di Sekilau Seafood Restoren (Restoren Tanjung), Jalan Hj Ahmad, Kuantan mulai jam 2 petang.

Nampaknya tindakan menggantung Ketua Pembangkang itu selama 6 bulan dari menghadiri Persidangan Parlimen tidak menguntungkan Umno kerana sepanjang tempoh tersebut DS Anwar mengambil kesempatan menjelajah ke seluruh pelosok tanahair untuk mendekati rakyat yang selama ini sering diperbodohkan. Mereka tiada pilihan lain, kecuali mengenakan sekatan dengan berbagai cara seperti tidak memberikan permit, sekatan jalanraya, menghalang ceramah termasuk juga dengan cara paling tidak demokratik iaitu berdemontrasi.

Di Felda Purun, alasan puak yang menjadi pak turut pemimpin yang takut hilang kuasa itu adalah kununnya tidak mahu warga felda diracuni oleh Ketua Pembangkang yang didakwa mereka sebagai `pengkhianat'. Kita tahu siapa Ahli Parlimen Bera, dan tokoh ini lah sepatutnya menjawab kepada rakyat mengapa ketika harga minyak dunia turun, harga minyak di negara ini dinaikkan. Pemimpin ini juga gagal meyakinkan rakyat mengapa harga gula dinaikkan baru-baru ini dan tidak mustahil selepas ini akan ada lagi beberapa pengumuman kenaikan harga yang berterusan menyusahkan rakyat.

Sewajarnya kumpulan yang berdemontrasi itu bukan berdemo untuk menghalang kehadiran DS Anwar tetapi sepatutnya mereka berdemo agar Ahli Parlimen Bera yang juga seorang Menteri yang terlibat di dalam kenaikan harga barang sedia berdebat dengan DS Anwar di gelanggangnya sendiri. Biar rakyat dan warga felda saksikan sendiri di pihak mana yang ikhlas berjuang untuk rakyat dengan hujah masing-masing. Sekiranya Ahli Parlimen Bera takut untuk berdebat, wajarlah warga felda dan seluruh rakyat di kawasan itu menolak Umno/Bn di dalam pilihanraya umum akan datang./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 12 Mei 2011

AHMAD MASLAN TERIMA ESKAY DARIPADA HUKUM AL-QURAN?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Ulamak Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mengakui tidak sepatutnya keaiban seseorang didedahkan kerana di dalam Islam hukumnya adalah berdosa besar apatah lagi ianya merupakan fitnah zina. Manakala, Datuk Ahmad Maslan tokoh Umno pula menolak dakwaan Umno terlibat di dalam isu video seks DS Anwar.

Kedua-dua tokoh dari Umno ini menyatakan sedemikian di dalam satu forum anjuran NGO Melayu sempena Ulangtahun Umno Ke 65 di Ibu Pejabat parti berkenaan. Walau apapun, kenyataan mereka tidak lagi memberi kesan kerana fitnah terhadap Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang itu telah pun berlaku. Maruah DS Anwar serta keluarganya telah pun dipijak semahu-mahunya oleh puak mereka yang mengawal seluruh media utama negara ini. Mana mungkin akal yang waras boleh menerima bahawa Umno sebagai tunjang kerajaan yang memerintah tidak mampu mengawal kejahatan media-media ini. Justeru itu, salahkah rakyat jika menuduh Umno terlibat di dalam isu fitnah jahat ini?

Bahkan, sehingga artikel ini ditulis masih belum ada tangkapan atau dakwaan terhadap penganjur tayangan video seks di Seri Carcosa tersebut walaupun mereka telah pun membuat pengakuan terlibat. Sekali lagi, akal yang bijak akan bertanya mengapa kerajaan yang ditunjangi oleh Umno gagal untuk menentukan pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penjenayah tayangan video lucah ini? Apakah memadai dengan berkata Umno tidak terlibat?

Lebih malang lagi Datuk Ahmad Maslan jelas menunjukkan ketidakpercayaannya terhadap hukum Islam yang melibatkan kes Qazaf di dalam isu tuduhan zina seperti ini. Memetik kata-kata beliau di dalam Malaysiakini di dalam mengulas isu sumpah laknat Eskay yang mengarut itu, Datuk Ahmad Maslan berkata, "maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya.

Cara sesat dengan bersumpah laknat yang tiada di dalam hukum Islam melibatkan tuduhan zina itu dianggap terbaik oleh Datuk Ahmad Maslan? Hukum Islam itu tidak baik kepada Datuk Ahmad Maslan? Mengapa beliau mencadangkan DS Anwar juga turut terbabit dengan perbuatan yang menyesatkan itu? Ini lah kejahilan pemimpin Umno yang masih gagal diatasi oleh berpuluh Ulamak samada tua dan muda di dalam Umno. Mengapa tiada seorang pun di kalangan mereka yang menyanjung hukum yang telah ditetapkan oleh Al-Quran sebaliknya menyambut dengan baik dan redha dengan seorang manusia yang Muallaf dan Jahil di dalam ugama itu? Di mana letaknya hukum Qazaf di dalam Islam di sisi Umno?

Jelas kepada kita, Umno sebenarnya tidak pernah serius dengan Islam dan ulamak-ulamak mereka terkelu lidah untuk menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar kembali kepada Al-Quran. Mereka menuduh DAP anti Islam dan PAS pula parti ajaran sesat, sekarang terbukti kepada kita wajah Umno yang sebenarnya. Sebab itu tidak pelik dan menghairankan mengapa PAS begitu lantang menolak pelawaan Umno untuk bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 11 Mei 2011

BLOGGER PROVOKASI - AKTA ISA ATAU CUKUP DENGAN BERSUMPAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

BERPELUH nampaknya beberapa blogger pro Umno untuk menepis provokasi yang dibuat oleh seorang bloger dinamakan `Bigdog' berkaitan isu Kristian agama resmi negara ini. Nampaknya provokasi blogger tidak sihat itu memakan diri dan menyebabkan Umno semakin tertekan dengan isu yang dibawanya.

Tidak menghairankan apabila Blogger `karat Umno' iaitu Papa Gomo sendiri merasa bahangnya dan menggesa agar KDN mengambil tindakan di bawah Akta ISA terhadap `Bigdog'. Alhamdulillah, kita di bawah PR tetap tenang dan bijak menangani isu sensitif ini sebaliknya yang kepanasan adalah di pihak mereka.

Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian - Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan”Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar. Saya juga turut bersetuju dengan Papa Gomo agar tindakan tegas diambil terhadap `Bigdog', tetapi menentang sekerasnya jika tindakan itu adalah di bawah Akta zalim ISA.

Kita sebagai penyokong PR sentiasa istiqamah dengan pendirian kita terhadap akta zalim seperti ISA ini. "Bigdog' perlu diberi peluang untuk mempertahankan dirinya di dalam mahkamah bukan disumbatkan terus ke penjara seperti binatang. Siasatan mesti dilakukan dengan telus dan adil bukan sahaja kepada `Bigdog' tetapi juga terhadap akhbar yang menyiarkan berita sensitif tersebut.

Sehubungan itu, kita tidak mahu kes ini terhenti sebaik sahaja blogger `Bigdog' membuang artikel sensitif berkenaan dari blognya. Jika terbukti beliau bersalah termasuk akhbar yang menyiarkan berita tersebut, maka tindakan tegas mesti diambil bukan melalui Akta ISA yang zalim itu. Saya bimbang sekiranya kes ini selesai begitu sahaja dengan `Bigdog' tampil berbaju besi melakukan `sumpah laknat' mengaku tidak melakukan provokasi berkenaan. Tidak mustahil, bukan?/wfauzdin.blogspot.com

WAKIL RAKYAT UMNO PUN TIDAK PERCAYA UTUSAN

DUN: 2 ADUN Umno tak percaya laporan Utusan

Susan Loone
Mei 10, 11

Dua ADUN Umno Pulau Pinang berkata mereka tidak percaya laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa DAP dan sekumpulan pastor Kristian merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Sewaktu membentangkan usul melarang akhbar milik Umno itu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertanya kepada Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) sama ada beliau percaya laporan itu.

Lim, yang membentangkan usul terhadap satu laporan Utusan pada 11 November tahun lalu berhubung kos pengubahsuaian kediaman rasminya, mengecam akhbar harian Melayu itu kerana sering membangkitkan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan rakyat pelbagai kaum di negara itu.

NONE

Hilmi (kiri) sebelum itu mengakui Umno mungkin pemegang saham terbesar Utusan, tetapi ia tidak semestinya menerima semua yang
dilakukan oleh akhbar tersebut.

Katanya, seperti juga akhbar-akhbar lain, Utusan adalah sebuah entiti perniagaan dan cenderung untuk mensensasikan artikelnya untuk meningkatkan jumlah pembacanya.

Bagaimanapun, Hilmi meminta supaya menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa yang memutarbelitkan berita tersebut.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) kemudiannya mendesak Hilmi mengakui bahawa laporan kontroversi itu bertujuan untuk
membangkitkan isu perkauman.

Beliau menggesa Hilmi, sebagai seorang pemimpin Umno, supaya memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi kesilapan sedemikian kerana ia memudaratkan negara Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Hilmi berkata akhbar-akhbar lain juga mensesasikan isu tetapi "kita tidak nampak yang lainnya berbuat demikian, tetapi hanya Utusan".

"Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Umno untuk memastikan ia tidak berulang?" tanya Jagdeep.Lim kemudiannya meminta Hilmi menyatakan pandangan peribadinya sama ada beliau percaya laporan itu, yang berdasarkan kepada maklumat tidak disahkan di dua blog pro-Umno.

"Sebagai rakyat Malaysia, bila saya mula-mula baca laporan itu, saya tidak percaya sama sekali," kata Hilmi.

"Kita telah hidup harmoni dengan semua kaum buat sekian lamanya... jadi biarkan kita tunggu siasatan dan kemudiannya kita boleh mengesahkan siapa yang melakukan ini. Saya percaya kita semua rasional," tambahnya.

Lim kemudian berkata "syabas!" dan terus bertanya kepada seorang lagi ADUN Umno sama ada beliau percaya laporan itu.

pulau betong adun muhammad farid saad pc on my balik pulau newsletter 060211 01

Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong, kanan) menjawab: "Saya mahukan sebuah negara yang aman."

Bila terus didesak oleh Lim Farid meminta supaya menunggu hasil siasatan.

Bila diminta menjawab secara jujur, Farid berkata: "Saya tidak percaya laporan itu."

Hanya Hilmi dan Farid ADUN Umno yang berada dalam dewan ketika usul untuk melarang Utusan membuat liputan persidangan DUN dibentangkan. Usul itu kemudiannya diluluskan.Lulus tiga usul Sementara itu, Bernama melaporkan DUN Pulau Pinang hari ini ditangguhkan dengan meluluskan tiga usul termasuk usul mengharamkan wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan persidangan dewan itu berkuatkuasa, hari ini.

Lim berkata, usul itu dicadang ekoran akhbar itu didakwa sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Katanya, merujuk kepada satu laporan satu berita Utusan Malaysia bertarikh 11 November 2010, akhbar itu memetik kononnya seorang wakil rakyat Shahbudin Yahya (BN-Permatang Berangan) mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.5juta untuk membaiki banglo yang didiami oleh Ketua Menteri iaitu Seri Teratai.

"Bagaimanapun Shahbudin menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika disoal dalam DUN dan ini menunjukkan Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan palsu," katanya dalam sesi penggulungan persidangan DUN.

Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN turut melakukan siasatan dan memanggil ketua pengarang Utusan Malaysia untuk memberi keterangan tetapi beliau atau wakilnya tidak hadir.

Lim berkata, tambah membimbangkan ialah apabila akhbar itu mengeluarkan berita fitnah berunsur perkauman dan keagamaan kononnya terdapat perhimpunan paderi Kristian di negeri ini yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan mahukan perdana menteri dari kalangan penganut agama itu.

Bagaimanapun, usul itu diluluskan dengan sokongan majoriti anggota DUN penyokong kerajaan negeri.

Dua lagi usul yang diluluskan ialah Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan usul mengesahkan pengenaan dan pemungutan fi caj air atau surcaj oleh pihak berkuasa negeri selama tempoh mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Oktober 2010.

Persidangan DUN ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak./Malaysiakini

BUKAN `PANDI KUTTI' TETAPI `TOKOH 20 SEN'

Oleh: WFAUZDIN NS

LinkSIAPA dia `Pandi Kutti' itu? Ini bahasa Tamil, saya tidak tahu berbahasa Tamil tetapi ada rakan mengatakan `Pandi Kutty' bermakna `anak babi'. Hari ini media pencacai menggunakan sebutan ini untuk mendakwa kununnya DS Anwar mengecop Najib sebagai `Pandi Kutti' dan Najib pula di dalam reaksinya pula menyebut dia boleh tidor lena tanpa gangguan.

Benarkah DS Anwar menuduh Najib `Pandi Kutti' atau media bangkai yang terkenal dengan pencinta bahan lucah seperti video seks itu yang sengaja menuduh DS Anwar berbuat demikian? Atau, mungkin ada niat tersirat media berkenaan untuk menggelar pemimpin agung sekutu Apco itu dengan gelaran `Pandi Kutti' tetapi berselindung di sebalik nama DS Anwar?

Di dalam ceramahnya, DS Anwar berucap begini, "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.

Di dalam Twitternya, apabila ditanya oleh seseorang tentang isu ini, DS Anwar menulis “Umno memfitnah. Saya sebut: Politik porno, zalim, rasuah seperti pandi kuty, tidak sebut nama siapa-siapa.”

Mengapa ada yang terasa? Peliknya media pencacai terus memainkan isu ini sedangkan tokoh sekutu Apco masih boleh tidor lena? Sebenarnya media ini mahu rakyat melupakan kesedihan dan kemarahan akibat kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini selepas harga minyak petrol Ron 97 juga dinaikkan sebanyak 20 sen seliter.

Usahlah media menganggap rakyat terlalu bodoh untuk dibuaikan dengan cerita karut marut seperti isu video seks, Kristian agama resmi dan kini isu `Pandi Kutti' hanya kerana mahu rakyat lupa betapa sempena sambutan ulangtahun parti sekutu Apco ini rakyat dibebankan lagi dengan kenaikan harga gula. Mungkin tidak benar yang memimpin negara ini adalah `Pandi Kutti' tetapi kita boleh menukarnya kepada `Tokoh 20 Sen'./wfauzdin.blogspot.com

SEMINAR MAQASID SYARIAH DAN MASYARAKAT MAJMUK DI KUANTAN PADA 15 MEI 2011

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Negeri Pahang (NGOs) akan menganjurkan Siri "Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat - Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk" seperti yang dinyatakan di bawah.

Program ini terbuka kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama seluruh Negeri Pahang khususnya, dan Malaysia amnya.



Tarikh: 15 Mei 2011
Masa: 0200 Petang - 0500 Petang.

Tempat: SEKILAU SEAFOOD RESTOREN, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, Pahang.
(Bersebelahan Stesyen Minyak Petronas)

Ahli Panel:


YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - Ketua Umum PKR/Ketua Pembangkang.


YBHG UST DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN - Naib Presiden PAS Pusat.


YBHG DR MUHAMMAD NUR MANUTY - Timbalan Presiden WADAH.


YBHG US NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI - Ketua Pemuda PAS Pusat.


Moderator - YBHG DATO' HJ FAUZI BIN ABDUL RAHMAN - Pengerusi MPN

Keadilan Pahang.

Semua rakyat Pahang dijemput hadir ke program yang tersebut di atas. Segala keterangan lanjut, sila berhubung dengan Us Damanhuri di talian 019-2263577/017-9573855 atau layari FaceBook MAQASID SHARIAH PAHANG./pkrpahang.blogspot

Selasa, 10 Mei 2011

CHEGU BARD, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Oleh: WFAUZDIN NS

CHEGU BARD atau Badrul Hisham adalah tokoh muda dari Rembau di dalam AMK yang cuba ditonjolkan sebagai Ketua AMK di dalam pemilihan pimpinan parti yang lalu. Awalnya percaturan sungguh cantik, penyandang jawatan Sdr Shamsul Iskandar dikatakan akan dinaik taraf untuk bertanding jawatan Naib Presiden manakala Chegu Bard akan bertanding sebagai Ketua AMK. Memang cantik percaturan ini, kemas dan mantap.

Difahamkan Chegu Bard awal-awal lagi memberi lampu hijau bahawa sekiranya beliau memenangi jawatan Ketua AMK, sokongan AMK tidak akan berbelah bahagi kepada Sdr Shamsul Iskandar untuk jawatan Naib Presiden. Persefahaman ini amat positif di dalam memantapkan PKR sendiri kerana kedua-dua tokoh ini mempunyai kehebatan yang tersendiri.

Malangnya, percaturan yang cantik ini tidak berlaku kerana secara tiba-tiba Sdr Shamsul yang pada awalnya membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden PKR telah membuat kejutan `U-Turn'. Ramai yang berpendapat sekiranya Chegu Bard bertanding menentang seorang lagi calon iaitu Sdr Rafizi Ramli, peluang Chegu Bard lebih besar bukan kerana Sdr Rafizi tidak layak tetapi masih terlalu awal untuk anak muda dari Terengganu itu untuk dikenali akar umbi di dalam AMK.

Apabila Sdr Shamsul membuat `U-Turn', maka pertembungan tidak dapat dielakkan lagi kerana Chegu Bard telah bersedia dengan jentera sokongannya sejak awal lagi. Chegu Bard tidak mampu untuk mengecewakan ramai penyokongnya yang mahu beliau memimpin AMK. Silapnya di sini, Sdr Shamsul tidak tetap pendirian dan beliau merosakkan percaturan yang amat baik untuk AMK. Saya penuh yakin, jika Sdr Shamsul bertanding jawatan Naib Presiden PKR sudah pasti bukan Dr Mansor Othman yang berada di kerusi itu sekarang.

Lajak perahu boleh diundur, lajak perbuatan terimalah akibatnya. Sememangnya dalam amalan demokrasi sesiapa pun boleh bertanding atau menarik diri mahu pun membuat `U-Turn'. Tetapi, semangat setiakawan dan kekentalan prinsip dan pendirian itu juga penting jika mahu ditabalkan sebagai pemimpin atau ahli politik. Sikap ini tiada pada Sdr Shamsul Iskandar, tetapi wujud dalam diri Chegu Bard. Maka, pertandingan pun berlaku akibat adik melawan abang. Malangnya, apabila adik melawan abang sewajarnya ibu atau bapa menjernihkan keadaan atau setidak-tidaknya berlaku adil kerana mereka berdua adalah anak beranak belaka.

Ini juga tidak dapat dilihat berlaku. Sadis bila melihat si adik `dikerjakan' oleh si abang dengan perlawanan yang berat sebelah. Maka, Chegu Bard tewas walaupun dengan majoriti yang amat tipis sekali. Penipuan dapat dikesan dengan nyata. Mana bukti dan mana saksi? Semuanya telah dikemukakan tetapi hasilnya hanya dengan sepatah perkataan iaitu `siasatan selesai'. Difahamkan siasatan selesai tanpa Chegu Bard dipanggil walau sesaat. Siapa boleh terima cara begini?

Baiklah, Chegu Bard memang dikatakan tewas walaupun beliau tidak mengiktiraf keputusan `pengadil' yang memberikan `sepakan penalti' tanpa berlakunya kekasaran atau menyalahi peraturan di dalam `kotak penalti'. Keputusan `Pengadil' muktamad kununnya. Chegu Bard tetap terus bersama PKR dan bekerja lebih kuat dari sebelum pertandingan merebut jawatan di dalam AMK. Adakah tanda-tanda itu menunjukkan Chegu Bard benci pada parti atau sayang pada parti?

Malang sekali, sudah jatuh ditimpa tangga. Setelah beliau `dibelasah' di dalam pertandingan yang `senget' lalu kecundang, ada pihak yang masih tidak berpuas hati. Puak inilah yang dimaksudkan dengan `Trojan Horse' seperti yang disiarkan di dalam blog Chegu Bard di sini. Apa lagi yang tidak berpuas hati dengan anak muda yang banyak berkorban untuk parti ini? Besar sangatkah dosa Chegu Bard yang mahu membersihkan parti dari amalan yang lazimnya diamalkan oleh SPR itu? Mengapa ada dendam dan boikot serta provokasi terhadap beliau? Kenyataan Media PKR Cabang Rembau sendiri ada mengeluarkan cerita tentang isu ini di sini.

Saya merasakan ada baiknya parti memandang serius semua dakwaan ini kerana kita lihat perangai sakit hati dan iri hati masih ada di kalangan pimpinan kita. Paling tidak sanggup saya baca apabila ada pihak yang membabitkan tokoh utama parti sendiri iaitu Ketua Umum dan Presiden Parti terlibat sama. Saya tidak percaya mereka terlibat tetapi sukar untuk menjawab sekiranya ditanya mengapa tiada tindakan yang lebih tegas, adil dan jujur terhadap isu ini?/wfauzdin.blogspot.com

PAS DAN GERAKAN SAMA SAJA?

Oleh: WFAUZDIN NS

BERSETUJU dengan gesaan Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon yang nampaknya mula naik `fade-up' dengan sebuah akhbar pencacai nombor Wahid. Akhbar ini jugalah yang `menyakitkan' hati dua parti Komponen Bn iaitu MCA dan Gerakan kerana menggatal mempromosi `1 Melayu 1 Bumi' yang jelas bertentangan dengan konsep 1 Malaysia tajaan Najib itu.

Di dalam kenyataan bekas KM P.Pinang itu di dalam Malaysiakini bagi mengulas tentang isu Kristian Agama Resmi, jelas pada kita akhbar ini memang patut dibenci oleh semua kaum. Jika ada yang masih ingin diperbodohkan oleh akhbar ini biarlah sekumpulan kecil Melayu yang bersongkok tinggi. Di dalam isu sensitif ini, Dr Koh Tsu Koon mengeluarkan kenyataan,
" GERAKAN hari ini mendesak pihak polis menjalankan siasatan yang bebas dan profesional terhadap laporan Utusan Malaysia berhubung usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Presidennya Datuk Seri Dr Koh Tsu Koon berkata, ia penting bagi menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku (Malaysiakini).

Dr Mujahid Yusoff seorang tokoh PAS juga turut mengulas yang memberi erti yang sama dengan Presiden Gerakan itu. Tokoh PAS ini mahu pihak Polis menyiasat dengan terperinci mengapa akhbar yang meloyakan ini mengambil sumber dari blog murahan semata-mata mahu rakyat berada di dalam resah gelisah? Bukan mudah untuk melihat pendirian tegas bersama di antara PAS dan Gerakan dan kali ini akhbar milik parti sekular bersemangat kebangsaan itu menjadi sasaran mereka.

Saya percaya pihak Polis akan tetap menyiasat walaupun mungkin mengambil masa agak lama seperti juga siasatan terhadap penayang video seks di Seri Carcosa yang sehingga kini masih belum didakwa. Jika yang menayang video seks itu mengaku sendiri melakukan perbuatan sumbang itu, pihak Polis mengambil masa agak lama juga untuk menyelesaikannya kita boleh jangka juga dengan kes ini apatah lagi jika pihak yang bertanggungjawab tidak mengaku melakukan `provokasi' serius ini.

Apa pun kita yakin semua ini tentu ada rahmat yang tersembunyi yang boleh menguntungkan perjuangan PR menuju Putrajaya. Di tengah kita dikalutkan dengan provokasi dan sensitiviti keagamaan ini, secara tiba-tiba kerajaan mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Adakah kerana itu kita lupa bahawa kita terus dibelenggu dengan kesusahan akibat rejim ini?/wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 9 Mei 2011

BILA SUDAH TUA, HELAH MAHATHIR MUDAH DIBACA

Oleh: WFAUZDIN NS

MAHATHIR di dalam rungutannya semalam agar Umno berubah, sempat lagi menghasut PAS agar keluar dari bersahabat dengan PKR dan DAP. Mantan PM ini mahu PAS berjuang bersendirian untuk bertempur dengan Umno yang beliau sendiri akui banyak rosaknya. Pelik bukan?

Jika beliau sendiri sudah maklum bahawa Umno masih `rosak' dengan gelagat pemimpinnya yang berjuang untuk kepentingan diri, maka eloklah mantan Presiden Umno ini memperbetulkan Umno terlebih dahulu. Tidak perlulah Mahathir cuba memperbaiki PAS yang tidak rosak teruk seperti Umno sekarang.

Mengapa Mahathir mahu PAS bersendiri? Mahathir ini diakui bijak orangnya, dan sudah tentu idea bernas Mahathir agar PAS bersendirian untuk menentang Umno ini ada sebab tertentu. Sebijak-bijak Mahathir, di kala usia yang lanjut tidak sukar kita membaca apa yang terkandung di dalam kepala otak pemimpin yang mencipta `Umno Baru' dan pernah keluar sekejap dari parti yang diciptanya itu.

Beliau tahu PAS bertambah kuat dengan adanya kerjasama dengan PKR dan DAP. Begitu juga PKR dan DAP bertambah kuat dengan sokongan PAS. Umno pula bertambah teruk apabila PKR, DAP dan PAS bergabung membentuk PR. Kerosakan yang dialami oleh Umno kini bertambah serius apabila MCA dan Gerakan kini mula `masam muka' kepada parti sekular bersemangat kebangsaan ini. MCA dan Gerakan naik pening dengan karenah `1 Malaysia', kemudiannya timbul pula `1 Melayu, 1 Bumi'.

Justeru itu, wajarlah Mahathir mahu PAS bersendirian kerana Mahathir mahu melihat PAS kembali seperti dahulu kala. Mahathir tidak boleh bayangkan jika kerana sokongan PAS kepada PKR dan DAP, kuasa yang ada ditangan Umno di Putrajaya akan ghuyub. Bila kuasa sudah tiada, mungkin beliau bimbang akan menjadi seperti bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang belum diseret ke mahkamah lagi kini sudah terlantar sakit./wfauzdin.blogspot.com

ISU KRISTIAN - RUPANYA JAMIL KHIR TERTIDOR

Oleh: WFAUZDIN NS

JAMIL KHIR mungkin terlena di kerusi Senator dan menterinya apabila membuat cabaran bodoh terhadap DAP berkaitan isu kununnya Kristian menjadi agama resmi negara ini. Cabaran beliau yang telah disiarkan oleh TV 3 suku malam tadi ditertawakan orang dan menampakkan kecetekan bekas Pengarah KAGAT ini.

Memang kita jangka isu ini akan dijaja sepuas-puasnya oleh sekutu Apco setelah isu liwat dan video seks menjadi bahan lucuan masyarakat yang berakal. Hakikatnya, sebelum Jamil Khir membuat cabaran kebudak-budakan itu, DAP telah pun menyatakan pendirian parti berkenaan tentang Islam sebagai agama resmi negara ini. Bermula dari konvensyen PR yang lalu lagi, DAP bersama PAS dan PKR bersama-sama menandatangani perakuan secara hitam putih (dokumen) bahawa PR menyanjung Perlembagaan berkaitan Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu dan Ugama Islam sebagai Agama Resmi negara ini.

Apabila isu ini dimainkan semula oleh media pencacai, sekali lagi DAP menegaskan pendiriannya dan kenyataan DAP ini lebih awal dibuat sebelum Jamil Khir menunjukkan `hero'nya untuk mencabar parti tersebut. Saya petik kenyataan Lim Guan Eng semalam yang disiarkan oleh Malaysiakini, "Beliau berkata dakwaan kononnya DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat. "Saya ingin mengulangi pendirian DAP... kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya kepada pemberita di Georgetown (Malaysiakini).

Saya menghormati kenyataan oleh Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mahukan isu ini disiasat segera samada memang benar berlaku atau hanya mainan untuk mencetuskan kegelisahan rakyat di negara ini. Cuma, kenyataan Zahid Hamidi yang saya merasa sangsi adalah apabila beliau menyebut sekiranya dua blog yang mendedahkan isu ini ternyata berbohong, blog ini perlulah membuat pembetulan segera. Adakah itu sahaja tindakan terhadap blog yang menimbulkan isu yang amat sensitif ini? Sekiranya pihak Pembangkang yang melakukannya, agak-agaknya apa tindakan yang bakal diambil? Kita jangan lupa, Akta ISA masih releven di negara ini dan kemungkinan besar sedia menanti jika Pembangkang yang terlibat.

Bagaimana pula dengan akhbar yang meletakkan isu ini sebagai tajuk besar mereka? Akhbar jenis apa yang mengambil sumber hanya melalui blog tanpa menemui pihak penganjur yang terlibat? Apa motif akhbar yang berkait rapat dengan sebuah parti sekutu Apco ini? Mengapa kenyataan Lim Guan Eng di atas tidak menarik minat akhbar ini termasuk TV 3 suku?

Saya yakin puak mereka akan terperangkap dengan isu ini. Namun kita masih meletakkan harapan agar pihak berkuasa berani untuk menyiasat isu yang sensitif ini dan mengambil tindakan tegas kepada yang terlibat tidak kira mereka dari kumpulan mana sekali pun. Jika benar Jeff Oii terlibat, atau mana-mana Paderi terlibat, tindakan tegas perlu diambil sekiranya bukti mencukupi tetapi Akta ISA bukan caranya untuk membuat pengadilan. Kita telah maklum, Jeff Oii telah pun membuat laporan Polis terhadap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Kita biarkan Polis meneruskan siasatan dan kita harap hasil siasatan mesti didedahkan./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 8 Mei 2011

KULIT KHINZIR LEBIH BAIK DISENTUH DARIPADA AKHBAR INI

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU sekarang saya tahu mengapa sebuah sekolah Cina di Kuantan telah menolak pemberian akhbar Utusan Meloya secara percuma di sekolah berkenaan. Bayangkan jika ketika ini semua guru dan murid di sekolah berkenaan menjadikan Utusan Meloya `kitab rujukan' mereka, tentunya berita tentang Kristian mahu dijadikan agama resmi di negara ini akan merosakkan pemikiran murid-murid yang selama ini akur bahawa Islam adalah agama resmi di negara ini.

Samada laporan dari Utusan itu betul atau tidak atau sekadar provokasi jahat, sudah tentu para pelajar akan menjadikannya satu pemikiran baru buat mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang disiarkan di dalam Malaysiakini berkenaan isu sensitif ini. Nampaknya, akhbar lidah Syaitan ini tidak pernah puas selagi keharmonian di negara ini terjalin. Jika dahulu kita berdepan dengan musuh seperti komunis, kini kita berdepan dengan media seperti utusan yang tidak ubah berperangai lebih jahat dari komunis.

Apa yang tidak dilakukan oleh media haprak ini? Dari cerita fitnah kemudiannya cerita lucah hinggalah kini menjadi `batu api' perkauman dan sensitiviti agama menjadi makanan harian mereka. Peliknya, mereka terus selamat untuk berbuat demikian. Akhbar bertaraf bangkai ini sepatutnya sudah lama berkubur tetapi oleh kerana ada tangan ghaib yang menyokongnya maka akhbar ini terus hidup seperti bangkai bernyawa.

Saya ucapkan syabas kepada semua pimpinan PR yang tidak mudah melatah dengan provokasi akhbar status khinzir ini. Kenyataan yang diulangi sekali lagi secara tegas oleh kesemua pimpinan PR bahawa Perlembagaan Negara ini akan tetap dipertahankan khususnya berkaitan dengan hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Islam sebagai agama resmi ternyata mengagalkan impian puak laknat itu.

Jangan terkejut setelah isu ini dimainkan oleh media berlidah Syaitan ini, kita akan dapati ada beberapa orang akan ditangkap dan dijadikan sebagai kambing hitam. Yang pasti selamat adalah Editor akhbar berkenaan yang akan terus menggunakan akal fikiran anugerah Tuhan itu untuk melaksanakan arahan `Tuhan' mereka yang satu lagi. Mereka akan terus mencipta isu dan memperbodohkan rakyat yang berada di felda-felda dan ulu kampong yang masih berkitabkan akhbar jijik ini.

Saya tidak akan merasa pelik jika difatwakan haram membaca mahupun menyentuh akhbar seumpama ini. Tahap kejahatan mereka sudah melampau sehingga ke tahap mahu meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negara ini. Jika diberi pilihan samada mahu menyentuh akhbar ini ataupun menyentuh kulit Khinzir, nescaya saya akan menyentuh kulit Khinzir./wfauzdin.blogspot.com