SEORANG Ulamak Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya mengakui tidak sepatutnya keaiban seseorang didedahkan kerana di dalam Islam hukumnya adalah berdosa besar apatah lagi ianya merupakan fitnah zina. Manakala, Datuk Ahmad Maslan tokoh Umno pula menolak dakwaan Umno terlibat di dalam isu video seks DS Anwar.
Kedua-dua tokoh dari Umno ini menyatakan sedemikian di dalam satu forum anjuran NGO Melayu sempena Ulangtahun Umno Ke 65 di Ibu Pejabat parti berkenaan. Walau apapun, kenyataan mereka tidak lagi memberi kesan kerana fitnah terhadap Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang itu telah pun berlaku. Maruah DS Anwar serta keluarganya telah pun dipijak semahu-mahunya oleh puak mereka yang mengawal seluruh media utama negara ini. Mana mungkin akal yang waras boleh menerima bahawa Umno sebagai tunjang kerajaan yang memerintah tidak mampu mengawal kejahatan media-media ini. Justeru itu, salahkah rakyat jika menuduh Umno terlibat di dalam isu fitnah jahat ini?
Bahkan, sehingga artikel ini ditulis masih belum ada tangkapan atau dakwaan terhadap penganjur tayangan video seks di Seri Carcosa tersebut walaupun mereka telah pun membuat pengakuan terlibat. Sekali lagi, akal yang bijak akan bertanya mengapa kerajaan yang ditunjangi oleh Umno gagal untuk menentukan pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penjenayah tayangan video lucah ini? Apakah memadai dengan berkata Umno tidak terlibat?
Lebih malang lagi Datuk Ahmad Maslan jelas menunjukkan ketidakpercayaannya terhadap hukum Islam yang melibatkan kes Qazaf di dalam isu tuduhan zina seperti ini. Memetik kata-kata beliau di dalam Malaysiakini di dalam mengulas isu sumpah laknat Eskay yang mengarut itu, Datuk Ahmad Maslan berkata, "maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya.
Cara sesat dengan bersumpah laknat yang tiada di dalam hukum Islam melibatkan tuduhan zina itu dianggap terbaik oleh Datuk Ahmad Maslan? Hukum Islam itu tidak baik kepada Datuk Ahmad Maslan? Mengapa beliau mencadangkan DS Anwar juga turut terbabit dengan perbuatan yang menyesatkan itu? Ini lah kejahilan pemimpin Umno yang masih gagal diatasi oleh berpuluh Ulamak samada tua dan muda di dalam Umno. Mengapa tiada seorang pun di kalangan mereka yang menyanjung hukum yang telah ditetapkan oleh Al-Quran sebaliknya menyambut dengan baik dan redha dengan seorang manusia yang Muallaf dan Jahil di dalam ugama itu? Di mana letaknya hukum Qazaf di dalam Islam di sisi Umno?
Jelas kepada kita, Umno sebenarnya tidak pernah serius dengan Islam dan ulamak-ulamak mereka terkelu lidah untuk menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar kembali kepada Al-Quran. Mereka menuduh DAP anti Islam dan PAS pula parti ajaran sesat, sekarang terbukti kepada kita wajah Umno yang sebenarnya. Sebab itu tidak pelik dan menghairankan mengapa PAS begitu lantang menolak pelawaan Umno untuk bersamanya./wfauzdin.blogspot.com

siapa Ahmad Maslan ni?mufti baru ke??minta tolong org2 yg jenis tak faham agama ni yg sekawan dengan mat isa tu, jangan buat kenyataan yg nampak bodoh mcm badut!!!kalau kes mcm ni dah serah pada polis, jgn cuba2 nak jadi ketua polis pula nak suruh itu ini!!!kalau kata nak serah utk Qazaf, jgn nak masuk campur undang2 ALLAH pula...!!!kalau pandai bab duniawi so just cakap tentang duniawi...biar yg pandai bab Akhirat ni cakap tentang akhirat!!!mufti sekarang pun dah tak sependapat!!!nampakkan islam di malaysia ni lemah!!!ubah sikap tu!!!jgn nak takut2, becakap yg benar!!!Teruk Betul!!!!maslan lak nak berlagak mcm mufti!!!
BalasPadamnampak terang umno beriman dengan fitnah daripada beriman dgn al-quran. benarlah apa yang dikhabarkan nabi s.a.w. mengenai akhir zaman
BalasPadam