RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 18 April 2015

KEJUTAN SEBENAR ADALAH DI ROMPIN BUKAN DI PERMATANG PAUH

PRK Parlimen Rompin, Bn difahamkan meletakkan Dato' Hassan Ariffin sebagai calonnya bagi mempertahankan Kerusi Rompin yang selama ini dianggap kawasan atau kubu terkuat Umno/Bn di Pahang. Manakala, sehingga kini PAS mewakili PR masih belum mengumumkan siapakah pencabar Umno/Bn di Rompin.

Melihat kepada situasi sekarang di mana kerajaan di bawah Najib begitu kuat diasak bukan saja oleh PR, tetapi lebih dahsyat lagi ditekan dari dalam Umno sendiri terutamanya oleh orang-orang mantan PM, Tun Dr Mahathir dan tidak kurang juga dari beberapa NGO yang selama ini pro Umno/Bn, maka peluang untuk PAS merampas Kerusi Rompin agak cerah.  Paling kurang pun PAS boleh meningkatkan majoriti mereka yang selama ini agak mengecewakan.

Kenyataan PKR Pahang yang berjanji akan memberikan komitmen untuk membantu PAS merampas Kerusi berkenaan tentunya menyebabkan Umno/Bn lebih sukar di Rompin.  PAS tentunya akan meletakkan seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dari Dato' Hassan, dan difahamkan calon yang tersenarai untuk dicalonkan adalah seorang pofesional.  Calon ini dikatakan amat disenangi oleh masyarakat di Rompin termasuk masyarakat Orang Asal sekitar Rompin.  Jika inilah calonnya, Dato' Hassan tentu tidak boleh tidor malam sejurus hari Penamaan calon pada 22 April ini.

PKR Pahang pastinya akan menurunkan tenaga kempen dari Biro Masyarakat Felda dan Biro Orang Asal yang selama ini amat efisyen di Pahang.  PAS pula akan menggunakan ANAK di bawah Sdr Mazlan Aliman untuk mendekati warga Felda di Rompin.  Ini lah faktor yang akan menentukan samada PAS mampu memberi kejutan di Rompin.  Jika Zahid Hamidi sebelum ini menyebut satu kejutan akan berlaku di Permatang Pauh, maka jangan terkejut kata-kata Zahid Hamidi itu akan terpelanting ke Rompin.

Kita mahu Permatang Pauh terus dikekalkan di tangan PKR, manakala satu sejarah baru tercipta di Rompin.  Jika ini berlaku, itulah tanda Umno/Bn bakal berkubur selepas PRU 14.  Marilah kita bersama-sama merealisasikannya.  Jangan dibawa perbezaan pendapat dan perbalahan di alam maya dan media sosial selama ini kita bawa ke Rompin.  Fokus tumbangkan rejim yang zalim itu kerana itulah kewajipan kita di dalam PR.

Jumaat, 17 April 2015

PAS TETAP SOKONG PKR TIDAK KIRA SIAPA CALONNYA, YANG TIDAK WALA' ITU KOMPOM PARASIT !!

PAS menyerahkan kepada rakannya PKR untuk menentukan calon sesuai bagi PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi Pas, mereka akan menyokong siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PKR.

“Mesyuarat Pas Pusat juga telah sepakat menyerahkan (pemilihan calon) kepada PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

Terdahulu, memetik dalam satu laporan media, Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon PRK Permatang Pauh. Mengulas lanjut kata Tuan Ibrahim, tidak timbul isu bantahan daripada Pas kerana ternyata kerusi tersebut sebelum ini milik PKR. "Pas akan tetap turun membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh nanti," katanya.

Aku merasakan kenyataan dari Ustaz Tuan ini sudah cukup menggambarkan kerjasama di antara PAS dan PKR tetap terjalin samada di Permatang Pauh mahupun di Rompin nanti. Pedulikan suara "parasit" yang kelaparan itu. Usah dilayan suara orang yang sentiasa ada di dalam hatinya hasad dan dengki semenjak di Sg Acheh lagi. Itu bukan suara PAS kerana PAS adalah parti Islam yang tidak mungkin boleh bersekongkol dengan beberapa ahlinya yang ada niat jahat yang menjurus ke arah kehancuran bukan saja kepada PR, tetapi lebih serius lagi untuk merosakkan Pas dari dalam.

Meskipun Ustaz Tuan Ibrahim telah cuba dikaitkan dengan 'jebon' beserta dengan beberapa pimpinan Pahang seperti Ustaz Suhaimi Saad (Ketua Penerangan Pas Pahang) dan Ustaz Yusof Embong @ UYE, namun beliau tetap berdiri di alam nyata. Buat Ustaz Tuan, menyokong Ulamak bukan bererti kita mesti ada sifat hasad dan dengki atau dendam. Menyokong Presiden atau tidak, bertanding Timbalan Presiden atau apa jua jawatan, itu hak Ustaz Tuan Ibrahim. Kita mesti hormati hak beliau. Sebagai Naib Presiden, menjadi tanggungjawabnya menegur suara-suara 'parasit-parasit' di Permatang Pauh ini.

Buat PKR, teruskan bekerja kuat di Permatang Pauh untuk mengekalkan Kerusi keramat itu. Buat PAS pula, tidak mustahil di Rompin Pas mampu buat kejutan. Di kedua-dua Kerusi ini hanya akan boleh dimenangi jika semangat kerjasama kita mengatasi perbezaan pendapat. Biarkan 'parasit-parasit' itu melalak sesuka hati mereka. 
 
Alhamdulillah, di Rompin, kami, Pas dan PKR tidak tidak mendengar lagi suara-suara 'parasit', dan jika ada kita akan tentang habis-habisan. Pas dan PKR mesti benamkan Umno/Bn di Permatang Pauh dan di Rompin, InsyaAllah.

Khamis, 16 April 2015

PRK PERMATANG PAUH - PILIHLAH CALON BUKAN ATAS FAKTOR DIUGUT

Khabarnya, Ketua Penerangan Pas kawasan Permatang Pauh, Jamsari Samad sebagai berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Aku tak pasti sumber berita yang dikatakan dari sebuah akhbar, maka setakat ini aku sangsi dengan berita berkenaan. Cuma, aku secara peribadinya lebih suka jika calon PKR di Permatang Pauh itu adalah calon yang lebih bertenaga, muda dan agresif agar kesinambungan perjuangan tokoh reformasi DS Anwar Ibrahim itu dapat diteruskan. Bezanya, aku tidak sebut menolak jika calon itu nanti dari keluarga DS Anwar kerana sudah ditakdikan Azizah, Nurul dan kini Nuha serta Hana dilihat mewarisi perjuangan Anwar.

Andainya terpilih juga di kalangan mereka, aku pasti itu adalah pilihan parti dan harapan besar aku tentunya pilihan itu juga adalah pilihan akar umbi di Permatang Pauh. Namun, masa masih ada untuk aku mencadangkan agar tokoh muda lain diangkat, seperti Saifuddin Nasution, Chegu Bard, Yusmadi, Fariz Musa atau setaraf hebatnya dengan mereka. Bukan kerana ugutan dari PAS Permatang Pauh (Jika benar berita itu), tetapi itulah faktornya yang aku rasakan Permatang Pauh perlu tenaga baru yang bakal menggegarkan Parlimen nanti jika mereka menang.

DAP telah menyatakan suara mereka iaitu menyokong hak PKR menentukan calon dari parti PKR sebagaimana yang telah mereka lakukan sewaktu menentukan Kerusi MB Selangor dahulu. Komitmen DAP ini dilihat lebih positif. PAS pula ada hak untuk menyuarakan cadangan mereka seperti DAP juga telah suarakan pendirian mereka.

Akhirnya nanti, sikap DAP dan PAS akan diuji apabila nama calon diumumkan. Adakah DAP dan PAS bersedia untuk memberikan hak PKR untuk menentukan calon dari partinya sendiri? PKR juga sebelum ini tidak pernah menentukan calon dari parti DAP atau PAS untuk bertanding di Kerusi mereka. Sebab itulah aku sebut tadi kenyataan dari PAS Permatang Pauh itu mungkin tidak benar kerana ini tidak pernah terjadi. Kita bimbang ianya akan menjadi amalan oleh mana-mana parti di dalam PR di masa akan datang.

Rabu, 15 April 2015

KERUSI PERMATANG PAUH - INI BUKAN GELANGGANG UNTUK CALON WANITA

SIAPA calon PKR di P044 Permatang Pauh?  Terdapat khabar angin yang menyebut calonnya ada dua orang dan kedua-duanya wanita.  Bila sebut wanita, aku hanya terbayang adalah DS Wan Azizah dan Nurul Hana, anak kepada DS Anwar dan Azizah.

Anwar memang bertuah kerana memiliki keluarga yang mewarisi darah perjuangannya.  Isterinya naik di dalam politik bukan ditunjuk oleh Anwar, begitu juga Nurul Izzah yang naik di dalam kerjaya politik hasil dari sokongan ahli parti dan rakyat.  Tentu ada yang cemburu dengan keluarga Anwar, sebab itu timbul dakwaan PKR adalah parti anak beranak sedangkan tuduhan itu gagal mereka buktikan.  Adakah Mahatma Gandhi yang mewariskan perjuangan di kalangan keluarganya dianggap sebagai kronisme?  Salahkah keluarga Anwar mahu berjuang apatah lagi rakyat mengakui kebolehan mereka?

Namun, di Permatang Pauh kali ini berbeza.  Kita bakal berdepan dengan situasi yang jauh lebih sengit kali ini.  Kita juga memerlukan calon yang lebih bertenaga, vokal dan mampu menggerunkan Umno/Bn di Parlimen nanti.  Gelanggang kali ini aku rasa bukan untuk Azizah atau Nurul Nuha.  Gelangang kali ini mesti diisi oleh calon lelaki, anak muda yang terbukti berani, vokal dan teruji kesetiannya kepada parti.  

Siapa calon itu?  Kita ada Saifuddin Nasution.  Kita ada Sdr Fariz Musa, Chegu Bard atau Yusmadi.  Mereka adalah golongan muda yang vokal dan telah teruji.  Aku sendiri melihat pandangan ramai di luar sana yang mahukan golongan seperti ini mewarisi Kerusi yang ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim.  Anwar wajib dibela dengan menampilkan tokoh yang tidak kurang lantangnya di Permatang Pauh.

Inilah harapan kita.  Usah lagi dibebankan Azizah dengan tugasan berat seperti ini.  Beliau sudah ada tugas berat sebagai Presiden PKR dan sebagai Adun Kajang, bahkan beliau juga perlu komited untuk meneruskan usaha dan perjuangannya membebaskan suaminya Anwar dari penjara.  Kita harus simpati dengan bebanan yang beliau pikul.  Nurul Nuha bukan tidak layak, tetapi belum cukup kuat untuk bertarung di gelanggang keramat itu.  Nuha perlu terus dilatih dan beliau adalah aset kita di masa hadapan.


Selasa, 14 April 2015

MAHATHIR AKAN SUJUD KEPADA BIK MAMA AKHIRNYA

MAHATHIR lebih galak menyerang Najib sekarang ini.  Orang tua ini yang sepatutnya waktu-waktu menjelang maghrib ini semakin insaf dan patut mendekatkan diri kepada Allah nampaknya tidak habis-habis mahu menunjukkan apa yang ada di dalam hatinya yang semakin membusuk ini.

Mahathir rasa negara ini bapak dia yang punya yang diwarisi dari Karala.  Dia rasa tiada orang lain yang lebih layak menjadi PM Tanah Melayu ini.  Sejarah menunjukkan Mahathir tidak pernah suka orang lain jadi PM negara ini semenjak zaman Tunku lagi.  Beliau kerap mengganggu mana-mana PM semenjak lepas merdeka lagi.  Bahkan, beliau pernah keluar Umno dua kali kerana tidak bersetuju dan merajuk kepada PM.

Pak Lah menjadi sasaran Mahathir.  Kalau "Mr Clean" seperti Pak Lah pun Mahathir rasa tak layak menjadi PM, tentulah lebih teruk lagi dengan Najib.  Antara Pak Lah dengan Najib, mahu bandingkan kedua-dua mereka ini cukuplah bandingkan bini kedua-dua nya.  Lihat bini Pak Lah samada Hendon, Jean berbanding dengan Rosmah bik mama.  

Mahathir sekarang hentam Najib dengan berbagai isu.  Isu BRIM, GST, 1MDB dan kini semakin kuat merepek pasal Altantuya.  Mahathir kata, beliau harus bela Sirul (pegawai UTK yang disabitkan dengan membunuh Altantuya yang kini lari ke Australia).  Persoalan Mahathir kepada Najib, "Siapa arah Altantuya dibunuh dan kenapa bekas pegawai keselamatan Najib itu terlibat?".  Sampai sekarang Najib tidak jawab selain dari hanya menjawab dia pernah bersumpah dia tidak kenal Altantuya.  Lain ditanya, lain yang dijawab.

Betulkah Sirul teraniaya maka Mahathir pun sibuk membelanya?  Betulkah Mahathir ini insan yang memperjuangkan keadilan dan melawan kezaliman?  Jika bukan itu, apa agenda Mahathir sebenarnya?  Rakyat tidak lupa peristiwa Memali di zaman Mahathir.  Rakyat tidak lupa berbagai operasi menangkap pemimpin-pemimpin pembangkang telah berlaku di zaman mamak kutty ini.  Siapa pula yang menzalimi Anwar tahun 1998 sehingga berterusan kezaliman itu diwariskan kepada anak-anak didiknya sekarang?  

Memang tepat gelaran 'Mahafiraun" atau "Mahazalim" diberi nama.  Sayangnya, kini bukan zaman Mahathir untuk menunjukkan taringnya.  Dia lupa giginya sudah reput.  Najib bukan Pak Lah.  Pak Lah mudah dijatuhkan oleh Mahathir kerana Pak Lah berseorangan.  Najib ada bik mama.  Mahathir akan sujud kepada bik mama dalam perlawanan ini.

Isnin, 13 April 2015

PKR SEBAGAI 'PEMAIN SIMPANAN' DI PRK ROMPIN

PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 05 Mei ini berikutan kematian Allahyarham Jamaludin Jarjis.  Di dalam PR, Kerusi tersebut sebelum ini diperuntukkan kepada PAS untuk berdepan dengan Umno/Bn dan tentunya kali ini kemungkinan besar PAS tetap akan dipertaruhkan di kawasan kubu kuat Umno/Bn itu.

Setakat ini, belum ada keputusan resmi dari PAS samada akan terus berdepan dengan Umno.  Tiada mana-mana pihak samada Umno/Bn atau PR yang mengesahkan siapa calon mereka.  Terdapat khabar angin yang agak sukar untuk dipercayai bahawa PAS mungkin tidak meletakkan calonnya.  Secara peribadi, aku sendiri 100% tidak percaya bahawa PAS akan menolak peluang kali ini untuk menebus kekalahan mereka di dalam beberapa penggal Pilihanraya sebelum ini.
 
Namun begitu, kita di dalam PR harus sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan.  Bukan prinsip kita untuk memberikan keselesaan Umno/Bn untuk menang mudah di mana-mana Pilihanraya.  PR tidak harus jadi bacul seperti mereka di PRK Dun Chempaka baru-baru ini.  Prinsip "Lawan Tetap Lawan" mesti kita pertahankan.
 
Sehubungan itu, PKR harus menjadi 'pemain simpanan' di Rompin.  Sekiranya berlaku sebarang kemungkinan, PKR telah bersedia menjadi 'seteru' Umno/Bn di Rompin.  Aku yakin, PKR telah ada calonnya untuk dipertaruhkan sekiranya PAS tidak bersedia untuk bertarung dengan Umno/Bn di kerusi tersebut.