RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 4 Julai 2009

PEMENTASAN DRAMA OLEH PELAKON JALALUDIN HASAN DI MANEK URAI?

Ehhh...macam ku kenal dia ni...sape yer??
Oleh: WFAUZDIN NS

MANEK URAI kini menjadi tumpuan bukan sahaja oleh ahli-ahli politik, tetapi turut mendapat tempat di hati artis tanahair. Diberitakan seorang pelakon sudah agak veteren anak kepada tokoh agama Dato' Haji Hassan Azahari (seorang hakim Tilawah Al-Quran, Guru Al-Quran dan popular dengan siri Muqaddam di TV sewaktu ketika dahulu) dan beradik pula dengan Ketua Polis Negara, dan bekas YB Umno Datuk Fuad Hassan, beliau adalah Jalaluddin Hassan. Aktor yang sering berlakon membawa watak lelaki romantis dan kadangkala berwatak miang ini di dalam kesibukannya sebagai pelakon sempat hadir ke Manek Urai. Paling menarik, beliau pernah memegang watak `pondan' atau `bapok' dalam sebuah filem. Jangan tanya apakah hukumnya berlagak seperti pondan kerana beliau pasti tahu jawapannya, maklumlah anak seorang guru agama terkenal.

Jalaluddin Hassan dilihat berada di satu majlis ceramah oleh Ibrahim Katak Pasir Mas bertempat di Kg Laloh. Sebagai satu keluarga dengan Datuk Fuad Hassan yang juga penceramah import dari Selangor, Jalaluddin Hassan sudah tentu akan menggunakan `glamour'nya sebagai pelakon untuk menarik undi masyarakat di Manek Urai untuk menyokong Umno. Sayang sekali, beliau salah tempat dan Kelantan bukan tempat untuk artis menonjolkan `glamour'. Kelantan hanya terbuka untuk artis yang sanggup berhijrah dan berlapang dada dengan Islam. Kelantan bukan untuk artis mengampu pemimpin kerajaan. Kehadiran beberapa artis yang lebih terkenal dari aktor veteren tersebut ke bumi Kelantan kesemuanya akur dengan Islam yang dibawa oleh Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz. Penyanyi seperti Amy Search dan juga Siti Nurhaliza jauh popular dari Jalaluddin Hassan dan mereka akur serta hormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz.

Di Manek Urai rakyat berkesempatan untuk mengenali atau `berkenalan' dengan ahli keluarga Dato' Hassan Azahari. Kehadiran Datuk Fuad Hassan ahli politik veteren dari Umno Selangor, Jalaluddin Hassan juga pelakon veteren turut hadir. Tidak mustahil nanti rakyat di Manek Urai akan berpeluang melihat Dato' Musa Hassan Ketua Polis Negara berkunjung ke Manek Urai. Ini adalah kerana anak-anak buah Musa Hassan telah pun berkampong di Manek Urai sejak beberapa minggu yang lalu. Betapa hebat persediaan mereka di Manek Urai.

Saya sarankan untuk menarik lebih ramai lagi rakyat di Manek Urai hadir dalam ceramah Umno, apa kata jika diadakan satu pementasan drama di Manek Urai dan dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan sebagai pelakon utamanya. Tajuk drama terpulang kepada Umno untuk memikirkannya, jika tajuk drama tersebut adalah `tragedi pembunuhan Al-Tantuya', saya rasa mungkin akan dapat sambutan hebat. Jika tidak mahu tajuk berkenaan, Umno mungkin boleh memberi tajuk lain seperti `Hikayat Sang Katak'. Tentu Pak Berahim dari Pasir Mas bersetuju dengan tajuk tersebut. Asal jangan bawa watak `pondan' sudah lah. /wfauzdin.blogspot.com

PEMUDA PAS, JANGAN HAMPIRI ZINA

Kepada Nasrudin Tantawi…. Jangan Hampiri Zina….

Kepada

Yang Mulia Syeikh Nasrudin Tantawi,

Ketua Pemuda PAS,

Ibu Pejabat PAS,

Jalan Raja Laut,

Kuala Lumpur

Assalamualaikum Tuan Syeikh Tantawi,

Saya minta maaf kerana menulis surat terbuka kepada Tuan Syeikh dengan menggunakan bahasa melayu harian yang biasa saya gunakan. Saya tak tau berbahasa arab yang membahasakan diri ‘ana’ dan ‘ente’. Nak gunakan bahasa orang putih pula saya meluat berbahasa itu dengan orang yang sebangsa dengan saya, lagipun apa yang saya dimaklumkan Tuan Syeikh pun nak sebut ‘intellectual discussion’ pun berbelit lidah.

Apa yang ingin saya sampaikan dalam surat ini adalah berkenaan dengan ‘intellectual discussion’ atau ‘wacana intelek’ antara pihak Tuan Syeikh dengan Pemuda Umno. Saya yang hanya menghafal surah al-Fatihah dan surah-surah lazim jauh sekali dari berstatus ustaz, amat tidak setuju dengan hal ini. Bagi saya biarpun dalam apa bentuk dan cara serta nama, ianya akan menjurus kepada Kerajaan Perpaduan yang Syeikh Besar anjurkan.

Saya tidak bersetuju kerana Umno itu adalah parti orang melayu bodoh dan jahat yang tiada hala tuju sebenar serta tiada pegangan dan prinsip. Parti itu adalah parti toghut yang salah guna kuasa, pendendam hebat, menganiaya penyokong sendiri dan lawan, rasuah besar, membiarkan orang melayu miskin dan perampas kuasa apabila hilang kuasa di samping menipu dalam berbagai bentuk dan cara. Saya tidak pandai berhujah dan amat sukar berhujah dengan golongan Tuan Syeikh yang pandai dan serba tahu, lebih-lebih lagi hukum hakam. Jadi saya hanya boleh berpesan.

Cuba Tuan Syeikh renungkan kias saya ini. UMNO ini boleh diibaratkan sebagai seorang perempuan muda . Perempuan ini tentunya cantik dipandang, gebu, seksi dan menawan siapa saja yang melihat hatta orang yang bergelar ustaz dan syeikh. Gaya dan lenggok langkahnya memang melelehkan air liur bila terpandang. Kalau dalam bilik gelap atas ranjang jangan ceritalah kehebatannya. Tapi buruknya dia berkerja menjadi pelacur mewah. Biarpun dia mengatakan dia kerja apapun, dia tetap perempuan jalang.

Cuba Tuan Syeikh fikir apa hukumnya memandang perempuan jalang ini dengan pandangan panah asmara dan bersalam menyentuh kulit gebunya dengan berahi. Yang saya tahu Tuan Guru Nik Aziz yang saya amat hormati menyebut “haram hukumnya” seperti menyentuh api neraka. Tapi Tuan Syeikh dilihat amat galak sehari dua ini untuk bukan saja melihat dan bersalam tapi Tuan Syeikh hendak berkawan dengannya. Konon dengan berkawan, boleh berdakwah kepadanya. Hiii….. seram saya dengar ……. Ini mengundang fitnah besar Syeikh… Menghampiri zina…… Kan ada ayat Quran mengatakan “…..janganlah kamu menghampiri zina….”

Jangan…jangan…. Kalau dah berjumpa perempuan jalang ini, entah apa godaannya saya takut Tuan Syeikh akan terzina dengannya . Habis Syeikh…. Dulu orang yang lebih besar Syeikhnya dari Tuan Syeikh dah terkena, walaupun tak ditangkap basah semasa di dalam bilik gelap dengan perempuan jalang ini, tapi perempuan jalang ini amat megah bercerita kepada ramai orang yang dia boleh menggoda dan mengadakan hubungan dengan syeikh-syeikh besar dan telah tawar menawar harga untuk berzina. Mohon dijauhkan Allah dari semua fitnah itu……

Lebih baik syeikh bersama mengukuhkan hubungan dengan Pemuda PKR dan DAP. Buatlah intellectual discussion dengan mereka, ketatkan lagi ikatan dengan mereka. Walaupun perempuan jalang ini dan kawan-kawannya mengatakan PKR itu anjing dan DAP itu babi (Cis!!! perempuan jalang memang mulut jahat!!!). Tapi tak apa, tidak haram memandang dan menyentuh anjing dan babi. Tiada nas Al Quran yang Tuan Syeikh hafal dan faham menyatakan hukum memandang dan menyentuh dua makhluk Allah ini. Kalau tersentuhpun boleh disamak sahaja dan tidak berdosa. Samak tidak susah hanya perlu air tanah dan air bersih. Cuma orang Melayu saja yang berasa menyamak itu susah dan berat seperti mengandar dua ekor babi hutan. Walaupun perempuan jalang ini suka togok arak berjenama mahal dan mengangkang pada jantan-jantan sial tak kira bangsa, tapi perempuan jalang ini takutkan anjing dan jauhi babi kerana babi haram dan jijik.

Justeru, saya ingatkan kepada Tuan Syeikh, janganlah Tuan Syeikh berangan untuk bertemu dan bercanda dengan perempuan jalang ini walau apapun niat Tuan Syeikh. Lebih banyak mudarat dari manafaat. Nanti bau minyak wangi perempuan jalang ini melekat pada serban dan kot malah necktie Tuan Syeikh yang Tuan Syeikh tempah khas untuk bercandle light dinner dengannya. Kalau ditangkap basah masa bersama dengan perempuan jalang ini, bukan saja Tuan Syeikh tak dihormati lagi. Malah Syeikh Besar pun akan buruk namanya kerana dia telah merestui cadangan Tuan Syeikh untuk bertemu dengan perempuan jalang ini. Takkan tuan syeikh nak nikah dengan perempuan jalang ini biarpun dia cantik dan menawan. Malulah orang bercerita Tuan Syeikh kena tangkap basah dan kawin dengan perempuan jalang yang terkenal satu dunia dengan kejalangannya.

Akhir kata kepada Tuan Syeikh, jauhilah zina. Sampaikan salam saya kepada Syeikh Besar dan Syeikh Kedua Besar dan pesan saya pada mereka berdua supaya mengasah lidah dan sekiranya lidah mereka ada cabang, silalah memotongnya.

Sekian, Wassalam

Yang benar,

Lee Copper

Ahli PAS No 367xxx

Member Since April 1994

http://leecopperten.blogspot.com

LUAHAN DARI PENYOKONG BAWAHAN YANG SETIA

by jebat

Salam untuk semua,

Kita di dalam Pakatan Rakyat baru je setahun jagung dan sebelum ni dah cuba berbagai cara gabungan. Ape tujuan gabungan itu tak lain tak bukan hanya satu kan. "Hapuskan kezaliman BN". Ingat pepatah orang tua kat Malaysia ni dulu, "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri". Kita dalam barisan pakatan ni pun boleh cuba memahami dan cuba mempraktikkan peribahasa lama ni...

Dalam saf kepimpinan Pakatan sekarang, kita dapat lihat pelbagai golongan dan nampaknya mantap untuk mentadbir Malaysia KU tercinta ini selepas PRU 13 nanti. Tak lama lagi dah. Dlm tempoh 3 tahun mendatang ni, pelbagai cabaran, godaan serta tohmahan akan kita terima. Mana yang kuat sahaja yang mampu bertahan. Mana yang tak yakin dengan perjuangan dan boleh dibeli dengan wang ringgit dan kelabu mata maka akan terkeluar dari barisan saf kepimpinan yang ada sekarang. Ingat lagi perpatah lama bermaksud "sebatang lidi/ranting senang dipatahkan tetapi bila dikumpulkan 100 batang lidi/ranting maka amat mustahil ianya terputus." Kalau tak silap, makna permuafakatan ini diguna pakai oleh semua bangsa didunia cuma bahasa dan cara penyampaian perumpamaannya sahaja berbeza.

Sehubungan dengan itu, kami sebagai rakyat biasa ni kalau boleh tak nak melihat perpecahan sesama sendiri. Sepatutnya sebagai ahli politik tentunya mereka terdiri dari para mereka mereka yang istimewa dan ada kelebihan individu. Jangan mudah terpengaruh walaupun amat senang dipengaruhi.

Pemimpin kena berfikiran waras dan logik. Takkan hal kecil pun nak bubar pakatan. Tolong sampaikan pesan kami nie kat semua ahli politik. Kami sebagai pendokong kepimpinan sekarang amat bersabar dengan kerenah sekelian pemimpin. Dipijak, dipukul, diterajang, diISAkan dan sebagainya tak pe. Kami rela janji para pemimpin semua terselamat dan diharap akan membela kami dan keluarga & anak cucu kami dimasa mendatang. Macam mane? Gunakan lah kuasa yang telah ada dan akan ada untuk membangun kan semua rakyat Malaysia. Agihkan kekayaan Malaysia ni kepada semua rakyat tanpa mengira warna kulit dsb.

Disini kami sebagai pengikut pakatan yang setia, ingin menyarankan kepada ahli politik pakatan rakyat agar sedarkan diri & jangan melatah lagi. Teruskan permuafakatan dan ayuh bersatu merapatkan saf dan menambahkan ahli untuk menukar kepimpinan ala penjajah yang ada sekarang.... /Komen Dipetik Dari Detikdaily

NIK AZIZ SERANG KUBU KUAT UMNO DI MANEK URAI

Nik Aziz jadi tumpuan di kubu Umno di Lela Jasa
Mohd Nor Yahya
Fri | Jul 03, 09 | 9:26:30 pm MYT

KUALA KRAI, 3 Julai (Hrkh) - Biarpun Kampung Lela Jasa dianggap sebagai kubu Umno di peti undi Laloh, namun ramai penduduk hadir menemui Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika bertandang ke kampung tersebut hari ini.

Menteri Besar turut menyampaikan khutbah Jumaat di masjid kampung berkenaan. Kehadiran orang ramai agak luar biasa.

Selepas itu beliau hadir pada majlis kesyukuran di rumah seorang penduduk di kawasan berdekatan.

Sedangkan sebelum ini kawasan berkenaan menjadi tumpuan kepada pemimpin Umno apabila sering datang ke penempatan tersebut dan bermalam di situ. Antaranya Ketua Penerangan Umno Malaysia, Ahmad Maslan.

Ketika menyampaikan khutbah sebelum itu beliau berkata, ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan asas utama seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat.

Beliau berkata, umat Islam wajib memilih pemimpin yang taat kepada Allah kerana lebih amanah dan bertanggungjawab melaksanakan tugas. Image

Kata beliau berbeza dengan pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagai pegangan hidup. Mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada batasan hukum hakam.

Beliau juga berkata, khutbah Jumaat merupakan medan terbaik untuk menyampaikan mesej agama kepada umat Islam.

"Biar pun ada orang mengatakan khutbah dijadikan medan berpolitik, sedangkan apa yang disampaikan semuanya terkandung dalam al Quran dan Hadis yang menyentuh kehidupan harian.

"Sebenarnya khutbah ialah tempat menyampaikan semua aspek yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Sebab Islam menyeluruh yang meliputi ekonomi, sosial dan politik," katanya. - mj _

TAHNIAH PKR KEDAH, BIARKAN DAP KEDAH DENGAN EGONYA

PKR Kedah nafi ikut jejak DAP

Pengerusi Perhubungan PKR Kedah,Ahmad Kassim menjelaskan bahawa kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan turut ikutu jejak DAP di negeri itu.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, perkara itu merupakan propaganda pihak tertentu yang ingin melihat Pakatan Rakyat (PR) berpecah.

"Kita tidak pernah berhasrat untuk keluar dari PR, saya jamin pimpinan dan ADUN PKR di Kedah tidak pernah terlintas untuk melakukan perkara sedemikian.

"Dalam PR kita boleh menyelesaikan perkara ini sesama kita dan tidak perlu mencanangnya diluar keluarga PR," katanya ketika dihubungi di sini./SH

Jumaat, 3 Julai 2009

TANPA PILIHANRAYA, BN MENANG BESAR DI KEDAH?


Oleh: WFAUZDIN NS

PELIK, tetapi betul. Tanpa sebarang pilihanraya pun Bn di Kedah telah mencapai kemenangan moral mereka apabila Adun DAP yang mewakili Dun Kota Aman, YB Lee Guan Aik mengistiharkan diri menjadi Adun Bebas. Bertambah lagi keluarga Ibrahim katak Pasir Mas. Saya mulanya tidak yakin sampai begitu sekali kuatnya semangat Adun berkenaan berjuang membela nasib kandang babi, tetapi itulah hakikatnya. Sila baca berita berkaitan di sini.

Tidak mahu mencari salah sesiapa dalam perkara remeh ini. Jika ditanya pada MB Kedah, jawapannya lain dan jika kita baca kenyataan Adun DAP tersebut lain pula. Pening kepala kita memikirkan bagaimana perkara seremeh ini tidak dapat diselesaikan. Sudah tentu ada yang tidak kena, samada kurangnya komunikasi, toleransi mahupun diplomasi sesama pimpinan PR di Kedah. Bagi saya, saya lebih percaya bahawa ini terjadi adalah kerana terlalu mengikut emosi dan taksub yang melampau terhadap perkauman. Selepas ini kita tidak tahu apa pula yang terjadi di peringkat Pusat. Apakah DAP Pusat bersedia berbuat sesuatu samada kepada Adun berkenaan atau pun bersedia untuk membuat satu tindakan drastik di dalam PR?

Jika dilihat dari segi disiplin orang politik, ternyata Adun berkenaan langsung tidak berdisiplin. Beliau telah umumkan keputusan beliau sebelum mendapat keputusan dari DAP Pusat terlebih dahulu. Apakah DAP Pusat harus mendiamkan diri? Atau, DAP Pusat yang mempunyai pengaruh yang lebih besar dan kuat di beberapa negeri sekarang akan menjadi `lembik' dengan ugutan dan asakan Adun DAP Kedah? Kita tunggu sahaja sehari dua ini.

Pada saya, eloklah Adun DAP tersebut kosongkan kerusinya di sana bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. PKR pun banyak calon dari bangsa Cina untuk dicalonkan di sana nanti. Rakyat sudah jemu dengan politik ugut mengugut ini. Kebijaksanaan pimpinan juga memainkan peranan penting di dalam menstabilkan pemerintahan kerajaan negeri. Saya rasa kebijaksanaan Tan Seri Khalid di Selangor dan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan wajar dicontohi. Kedua-dua negeri tersebut juga ada masyarakat Cina yang makan dan bela babi ini tapi tidaklah sampai apa yang terjadi di Kedah sekarang. Apakah benar `Selsema Babi' menimpa orang politik di Kedah? / wfauzdin.blogspot.com

SABAR LAH , LEPAS NI PEMUDA UMNO OK LAH TU

PAS Melaka: Pemuda Umno 'ganas'
Jul 3, 09 12:03pm
Pemuda Umno Bukit Katil, Melaka didakwa bertindak liar dengan memecah peralatan milik PAS dan DAP kawasan parlimen itu yang sedang berkempen menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pemilih.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 01Seorang pemimpin pergerakan itu juga "dengan bongkak dan sombong memaki hamun pemimpin DAP dan PAS" yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di pasar malam Melaka Baru, kata ketua penerangan PAS negeri Sofi Wahab.

"Antara kata-kata yang keluar dari mulutnya (pemimpin Pemuda Umno) adalah seperti bangsat, YB bodoh, YB tidak tahu undang-undang dan sebagainya," katanya.

"Bukan itu sahaja beliau turut menghina pekerja Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dengan gelaran seperti lembap, kerja terhegeh-hegeh dan lain-lain.

"Polis juga tidak ketinggalan dicaci oleh beliau."

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Menulis di blognya dengan tajuk 'Pemuda Umno ganas serang pemimpin DAP dan PAS', Sofi berkata kumpulan Pemuda Umno bahagian itu kira-kira 40 orang bertindak kasar, termasuk memecah meja dan pemidang kecil.

"Ternyata mereka (Pemuda Umno) cuba menunjukkan kuasa mereka dengan mengambil tindakan sendiri membelakangkan undang-undang.

"Sedangkan terbukti wakil Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis yang bertugas di situ tidak mengambil apa-apa tindakan kerana tindakan DAP dan PAS menjalankan kempen daftar pemilih tidak menyalahi undang-undang," katanya.

"Pemuda Umnolah yang membelakangkan undang-undang sehingga sanggup membuat keputusan sendiri menyerang kami."

Sofi, yang berada di tempat kejadian kira-kira jam 8.30 malam, berkata selepas itu berlaku pergelutan kerana Pemuda Umno "bertindak liar cuba menyerang ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyokong Pakatan Rakyat."

"Akibatnya Khoo telah luka di kedua-dua belah lututnya," katanya.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 03Tambahnya, pergelutan itu bagaimanapun dapat dileraikan dalam masa yang pantas apabila beberapa pegawai polis berpakaian biasa bertindak mengheret seorang ahli Pemuda Umno dan memberi amaran supaya tidak ada pergaduhan berlaku.

Turut sama berada di tempat kejadian: ADUN Kesidang yang juga ketua pembangkang DUN Melaka, Goh Leong San; ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong; serta dua exco Pemuda PAS Melaka, Abu Iskandar dan Kerol Salleh.

Pemimpin PAS dan DAP kemudian membuat lapan aduan polis di balai Banda Kaba terhadap Pemuda Umno tersebut./Malaysiakini

Ulasan - Member aku tanya aku, "orang camni kita nak ajak berpakat?" Aku diam je, nak jawab takut termalu sendiri. Biarlah Pemuda Umno buat macam tu. Lepas wacana dengan Pemuda Pas nanti ok lah tu. Pemuda Pas Melaka tentu tahukan mengapa Pemuda Pas Pusat hendak berwacana dengan Pemuda Umno, kan? Pemuda Umno memang suka Pemuda Pas duduk semeja untuk berbincang...berbincang..dan terus berbincang.....Pemuda Pas lagilah suka untuk berdakwah dengan Pemuda Umno ni, maklumlah ketuanya pun Ulamak. Alah, lepas ni Pemuda Umno akan menjadi baik la tu....sabar la yer...

TAHNIAH PR SELANGOR, HARAP KEDAH DAN PP STABIL

Pakatan Rakyat Selangor terus harmoni

Saya setuju dengan kenyataan Dato’MB Selangor bahawa jangan ada mana-mana pihak menangguk di air keruh dengan cuba mengaitkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang harmonis hubungannya dengan keadaan di Kedah.

Kita kesal dengan apa yang berlaku di Kedah hasil dari tindakan ADUN tunggal DAP itu yang mengeruhkan hubungan baik dalam PR di sana. Namun kita mahu beritahu semua bahawa hubungan PR di Selangor ini adalah kukuh dan tak perlulah orang seperti Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa masalah hubungan dalam PR ini wujud dimana-mana termasuklah di Selangor.

Di Selangor kedudukan Pakatan Rakyat begitu unik dimana masing-masing saling perlu-memerlu antara satu sama lain. Kedudukan kerusi yang menyokong kekuatan kerajaan PR Selangor adalah PKR 15 DAP 13 dan PAS 8 manakala BN 20. Ini bermakna jika mana-mana komponan PR memilih untuk keluar Pakatan sebagaimana DAP Kedah itu bermakna kerajaan dokongan rakyat ini akan runtuh!

Kerana itu masing-masing komponan PR di Selangor begitu teliti dan berhemah dalam berpolitikkhasnya dalam memelihara hubungan sesama PR. Majlis Pakatan Rakyat di Selangor begitu aktif dan bermesyuarat hampir dua kali sebulan. Begitu juga peringkat Parlimen juga telah wujud majlis seumpama ini menunjukkan betapa seriusnya masing-masing komponan PR di Selangor.

Bagaimana dengan perbezaan pandangan?

Memang banyak dan kadang-kala memang tegang tetapi ianya ditangani dengan semangat kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Setiap rakan komponan perlu sedar bahawa mereka meniti jambatan yang sangat mencabar, kiranya ia boleh dilakukan dengan cermat, dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri dan mengenepikan senitmen dan kepentingan parti masing-masing semata-mata, kerja meniti jambatan itu akan menjadi semakin mudah dan lancar.

Kerajaan PR mesti memandu rakyat ke arah kestabilan dan kesejahteraan bersama. Sensitiviti masyarakat, adat resam dan budaya perlu dipelihara. Negeri ini negeri bertuah dengan Raja yang bersemayam di atas takhta penuh dengan adapt –istiadat budaya Melayu yang kaya-raya itu serta Islam sebagai agama rasmi, disamping kehadiran masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Biar kita terus memerintah negeri ini tanpa perlu mencetuskan kebimbangan dan ketidakpuasan masyarakat di dalamnya. Status quo yang ada, dikekal dengan perubahan dan pembaikian ke arah yang lebih cemerlang sehingga rakyat tidak mahu ubah-ubah lagi.

Benar kata Tan Sri Khalid bahawa PR Selangor kini berada dalam situasi harmoni, kerana sehingga kini kita masih kekal menghormati antara satu sama lain dan menghormati semua institusi, budaya, kepercayaan dan fahaman yang ada. Biarlah ia kekal begitu.
0 comments

ISU KERAJAAN PERPADUAN - AMARAN OLEH US TUAN IBRAHIM

Posted on Friday, July 03 @ 10:04:36 MYT by Paktam

Oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Seluruh pimpinan di semua peringkat parti diingatkan agar mematuhi keputusan yang telahdibuat oleh Mursyidul Am dan Presiden parti, iaitu menghentikan serta merta sebarang polemik mengenai isu Kerajaan Perpaduan. Penegasan ini hendaklah dipatuhi oleh semua peringkat kepimpinan parti.

Sebarang huraian dan kenyataan yang cuba memprovokasi isu ini akan mengundang pelbagai reaksi dan membuka semula ruang fitnah dalam jamaah. Sekiranya fenomena ini berlaku, Jawatankuasa Disiplin Parti akan bertindak bagi menyelamatkan parti dari pergolakan yang sangat merimaskan ahli ini.


Ingatan ini hendaklah dilihat secara serius oleh pimpinan parti disemua peringkat. Kita sebenarnya telah terlepas dari satu ribut yang boleh menggoncang keutuhan dan setiakawan kita. Atas sifat Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti, ingatan ini perlu dikeluarkan bagi menjamin isu ini tidak dibangkitkan lagi.

Sebarang pandangan yang berbeza boleh disalurkan melalui saluran dalaman parti, bagi mengelak ia disalah ertikan oleh media arus perdana. Saya peringatkan semua apa yang diingatkan oleh Rasulullah ‘Fitnah ialah sesuatu yang sedang tidur, jangan ada sesiapa yang mengejutkannya’.

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

UMNO TOLAK, NIK AZIZ TETAP MAHU DEBAT


KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap akan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mengadakan debat secara terbuka untuk mencapai titik pertemuan yang dijangka menyelesaikan kemelut UMNO dan Pas yang sudah lama berlanjutan.

Beliau berkata, surat itu akan tetap dihantar walaupun Najib mengeluarkan kenyataan menolak pelawaan itu. “Hari ini baru saya nak hantar surat itu. Dia nak tolak dia punya fasal. Saya tetap dengan keputusan saya. Lagipun saya tak kirim lagi surat tu. Surat saya akan kirim hari ini.

“Saya tetap nak berdebat. Saya yakin dengan cara ini kita dapat mencapai titik pertemuan atau penyelesaian di atas apa yang berlaku selama ini,” katanya kepada media pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Darul Naim di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib yang menolak pelawaannya untuk berdebat secara terbuka.

Ketika diminta mengulas mengapa beliau berkeras mahu berdebat sedangkan langkah terbaik adalah bermuzakarah atau bermuqabalah beliau berkata, Pas banyak kali mempelawa UMNO tetapi pelawaan untuk itu ditolak. “Pas terutama Pas Pusat sudah banyak kali meminta untuk bermuzakarah dengan UMNO tetapi ditolak. Tak jadi-jadi. Jadi apa yang kami belum minta lagi ialah debat. Dan debat ini bukan pandai-pandai saya. “Allah sendiri sebut, kita ada tiga cara. Pertama bilhikmah iaitu diberitahu secara biasa. Kedua, walmau’idah juga diberitahu secara biasa dan ketika wajadilhum. Ia bermaksud mesti bermujadalah. Ini beza dia.

“Presiden dunia pun dalam masa pilihan raya dia berdebat sesama calon mereka. Obama berdebat dengan lawan dia dari parti Republikan. Sekarang ini Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto,” katanya. Beliau berkata, masalah debat hanyalah teknikal, apa yang penting ialah masalah akidah. “Debat mereka hanya masalah teknikal sahaja. Tetapi debat ini ialah masalah akidah. Kita sembahyang tanpa akidah tidak akan diterima di akhirat. Kita pergi ke Mekah tanpa akidah tidak akan diterima,” katanya.

Sementara itu, beliau tidak bersetuju kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Noordin yang meminta debat itu diadakan secara tertutup dan berkumpulan. Menurutnya, kenapa perlu diadakan secara tertutup sedangkan selama ini bercanggahan pendapat dan pertelagahan antara Pas dan UMNO berlaku secara terbuka. “Sejak Pas ditubuhkan pada tahun 1961, apa yang berlaku di antara Pas dan UMNO semuanya secara terbuka. Kenapa sekarang perlu diadakan secara tertutup,” katanya./SH

SEKALI LAGI MSO TERINGIN SANGAT PAS BERSAMA UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

KRISIS remeh yang berlaku di Kedah di antara DAP Kedah dan kerajaan PR yang diterajui oleh Pas sebenarnya boleh diselesaikan secara bijaksana oleh pimpinan PR. Tetapi memerlukan syarat untuk penyelesaian ini boleh berlaku iaitu kedua-dua pihak mestilah meletakkan kepentingan rakyat keseluruhannya bukan berdasarkan semangat perkauman. Kerajaan mestilah sentiasa menjaga hati rakyat, manakala rakyat pula mestilah mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang mereka pilih.

Di dalam keadaan krisis yang berlaku sehari dua ini di Kedah, pimpinan PR telah sama-sama mengeluarkan kenyataan untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. Tetapi, dalam keadaan sedemikian terdapat suara sumbang yang tidak senang melihat penyelesaian isu ini. Seorang penulis, MSO (Mohd Sayuti Omar) sebagai contoh di dalam tulisannya di dalam media, secara terang-terangan mengesyorkan Pas agar memikirkan kembali kerjasama dengan DAP. Pada saya, tidak memeranjatkan juga bila MSO turut menyuarakan mengapa Pas tidak mahu bersama Umno. Inilah sebenarnya yang ingin diluahkan oleh MSO sejak lama dulu. MSO memang dikenali tidak pernah senang jika melihat PR atau Pas berada di dalam keadaan tenang.

Saya tidak mahu menuduh MSO ini ejen Umno, tetapi saya berani katakan bahawa MSO sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu Pas. Dalam tulisannya sebelum ini pun beliau memandang sinis keupayaan Mursyidul Am Pas selaku Ketua Kerajaan di Kelantan. Maka, MSO berani mengasingkan politik dan agama di dalam menilai keperibadian Tuan Guru Nik Aziz. Saya sudah ulas perkara tersebut sebelum ini. Baca sini.

Siapa yang tidak tahu peranan MSO semasa kempen pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini? MSO bukanlah seorang yang terlalu pintar untuk berpura-pura walaupun dalam setiap tulisannya beliau terlebih dahulu `memuji' tokoh-tokoh tertentu sebelum `melanyaknya'. Mursyidul Am Pas telah menjadi mangsanya. Bukan niat saya untuk memikirkan siapa `barua' di belakang MSO ini. Sekarang, MSO cuba pula untuk menjadi `batu api' kepada Pas agar menjauhkan diri daripada DAP dan dekatkan diri kepada Umno. Yang pelik dan hairannya, MSO masih mendapat tempat dan keistimewaan dalam Pas.

Apakah rugi besar jika MSO memikirkan sesuatu untuk memperkuatkan PR? Apakah untungnya terlalu besar pula jika MSO berusaha agar Pas bersekutu dengan Umno? Diharapkan pimpinan di dalam PR sedar siapa MSO ini. Beliau tidak akan pernah berhenti berusaha untuk melihat Pas kembali ke lubang biawak biarpun seratus kali. / wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 2 Julai 2009

Anwar nafi DAP Kedah keluar pakatan pembangkang

KUALA LUMPUR- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar-gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan.
Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar bagaimanapun berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang. Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Semalam, DAP Kedah mengumumkan untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau bagaimanapun menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang
akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan.

"Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecah-belahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh
Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini. -- BERNAMA

YES!! AKU MENANG BERTARUH, MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN ANWAR

RAYUAN ANWAR DITOLAK

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya, dari Mahkamah Tinggi, kembali semula ke Mahkamah Sesyen.

Keputusan sebulat suara diumumkan oleh Hakim Datuk Abdul Hamid Embong yang mengetuai panel tiga orang hakim.

Dua orang hakim ialah Datuk Abu Samah Nordin dan Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau "meluat" dengan keputusan tersebut.

Anwar juga berkata, beliau tidak menjangka akan mendapat perbicaraan yang adil.

Ketua umum PKR itu sering mendakwa bahawa tuduhan tersebut merupakan sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnnya.

Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah tersilap dalam keputusannya apabila tidak membenarkan perbicaraan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, walaupun peguam negara telah menandatangani arahan tersebut.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sekitar 26 Jun tahun lalu.

Perbicaraan kes tersebut dijadual bermula jam 8 Julai depan./ Malaysiakini

MSO KATA POLiTIK TIDAK MENJAMIN SYURGA, SAYA KATA SEBALIKNYA

Beliau seorang Ulamak sekaligus sebagai pemimpin politik

Oleh: WFAUZDIN NS


MSO (Mohd Sayuti Omar) mula membuka bicara tentang betapa sedihnya beliau apabila melihat semakin ramai orang mencerca Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz di dalam artikelnya yang dikeluarkan oleh Detikdaily. Beliau mahu Tuan Guru Nik Aziz dilihat di dalam dua dimensi iaitu sebagai seorang Ulamak dan satu lagi sebagai seorang ahli politik. Apabila Tuan Guru cuba untuk melaksanakan kedua-duanya (Ulamak dan pemimpin politik) maka MSO mengandaikan ini penyebab kepada kekecamukan.

Saya tidak sependapat dengan MSO dalam hal tersebut kerana bagi saya mengasingkan perjuangan Tuan Guru di antara seorang Ulamak dan pemimpin politik itu sebenarnya sudah lari serta bertentangan dengan perjuangan Mursyidul Am Pas tersebut. Politik dan agama tidak boleh dipisahkan dan inilah sebenarnya yang dibawa oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang beliau memimpin parti dan kerajaan negeri. Setiap ucapan dan nasihat atau teguran daripada Tuan Guru bukan sahaja berupa ucapan politik tetapi ianya merujuk kepada ajaran agama itu sendiri. Mereka yang menganggap perbuatan dan tingkah laku Tuan Guru Nik Aziz berupa tindakan politik semata-mata adalah salah kerana politik tidak boleh menghalalkan cara. Saranan MSO agar jangan melihat Tuan Guru sekaligus sebagai seorang pemimpin politik dan Ulamak amat disanggah kerana ini menyalahi prinsip politik yang diredhai Allah. MSO berkata, politik tidak menjamin ke Syurga. Ini pun saya sanggah kerana politik yang berlandaskan ajaran dan hukum hakam Islam sudah tentunya menjamin ke Syurga. Jika politik tidak boleh menjamin ke Syurga, apa relevennya Allah menurunkan ayat-ayat di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan politik?

MSO juga menyatakan kerana terlalu berpolitik maka hilang seri ilmuan Islamnya. Bagi saya, hujah ini hanya boleh diguna pakai buat Ulamak yang `menjual agama'nya demi politik. Ini banyak terdapat di dalam Umno bahkan tidak mustahil ada pada Pas seorang dua yang dilihat terlalu berselera untuk duduk bersama parti dan pemerintah yang zalim. Di mana buktinya Mursyidul Am terlalu berpolitik sehinggakan menjual agamanya? Siapakah yang boleh menunjukkan keadaan di mana keilmuan Tuan Guru Nik Aziz hilang kerana terlalu berpolitik? Bahkan pada saya, kerana politik secara Islam inilah yang mengangkat martabat Mursyidul Am tersebut sehinggakan musuh-musuh Islam tidak berani berhujah dengan beliau. Saya bersetuju bahawa Tuan Guru Nik Aziz boleh ditegur dan dikritik dan beliau juga bersedia untuk bertolak ansur selagi tidak lari dari wadah Islam yang beliau pegang. Contoh terdekat, beliau mampu menamatkan sengketa dan perselisihan faham antara beliau dengan Timbalan Presiden Pas baru-baru ini.

Tentang istiqamahnya Tuan Guru Nik Aziz yang tidak mahu lagi menjalinkan hubungan berbentuk politik dengan Umno adalah kerana dari pandangannya sebagai pemimpin politik dan juga Ulamak, hubungan yang takrifkan sebagai Kerajaan Perpaduan itu adalah tidak releven untuk dikatakan sebagai perpaduan yang diwajibkan oleh Islam. Perpaduan di dalam Islam mestilah bersyarat dan mestilah mempunyai rujukan iaitu Al-Quran. Islam juga tidak mengajar umatnya memasuki lubang biawak berkali-kali dan Islam mengajar umatnya untuk mengenali siapa musuh dan kawan. Jika kita hendak menjadikan musuh itu sebagai kawan kita, kita kena pastikan bahawa musuh itu sudah bersedia untuk menjadi baik atau sekurang-kurangnya menampakkan kebaikannya. Apakah di saat dan ketika ini musuh sudah menjadi baik atau kelihatan baik? Jika bertambah baik, mustahil bertambah ramai yang tidak menyukainya dari berbilang bangsa dan agama.

Di akhir bicara MSO menyatakan jangan dipersoalkan sikap Tuan Guru Nik Aziz yang tetap Istiqamah menolak bergabung dengan Umno/Bn atau Kerajaan Perpaduan. Namun, MSO melahirkan harapan dan berdoa suatu hari nanti Mursyidul Am itu akan berubah fikiran. Pada saya, saya tidak akan mengaminkan doa dari MSO tersebut kerana perjuangan Islam ini tidak boleh kita melutut dan menyembah atau merayu kepada sesiapa yang inginkan kepada Islam. Sebaliknya, kita termasuk MSO harus berdoa agar Umno kembali ke pangkal jalan iaitu balik kepada Islam dan dalam konteks di negara ini Pas satu-satunya parti yang berjuang untuk Islam. Maka, berdoalah agar Umno dibubarkan dan berjuanglah bersama Pas. /wfauzdin.blogspot.com

MIRIP KERAJAAN PERPADUAN? PENJELASAN PEMUDA PAS

Penjelasan Pemuda PAS

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 6 petang tadi, Dewan Pemuda PAS menafi laporan beberapa media mengenai kerjasama antara dewan itu dengan Pemuda Umno - melalui penubuhan sekretariat bersama - sewaktu menyerah surat jemputan berkenaan tengahari tadi.

Setiausahanya, Kamaruzaman Mohamad berkata sekretariat yang dicadangkan oleh Razali dan telah dijelaskan oleh Nasrudin dalam sidang akhbar tengahari tadi ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.

Menurutnya, wacana ilmiah tersebut adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Nik Aziz kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap kesesatan perjuangan Umno.

"Jemputan wacana ini juga adalah retetan daripada cabaran debat oleh Pemuda Umno Kelantan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz atas isu yang sama," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Dewan Pemuda PAS sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah mengenai isu tersebut./Malaysiakini

Rabu, 1 Julai 2009

MENYANGGAH PANDANGAN BAHAWA PAS TIDAK PERLU PADA DAP ?

Mereka sokong Pas kerana tidak lagi yakin dengan Umno/Bn

Oleh: WFAUZDIN NS


PERTAMANYA, saya bersetuju dengan pandangan seorang Pensyarah dari Uitm Dungun bahawa pengaruh Mursyidul Am Pas amat besar di dalam Pas. Ini tidak menghairankan kerana pengaruh yang ada pada beliau bukan disebabkan oleh batang tubuhnya tetapi kerana jawatan sebagai Mursyidul Am itu sendiri adalah satu jawatan tertinggi di dalam Pas. Justeru itu, bukan calang-calang orang yang boleh dilantik sebagai Mursyidul Am di dalam Pas. Seandainya ditakdirkan Tuan Guru Nik Aziz tidak lagi memegang jawatan tersebut, maka pengganti beliau juga pasti akan mempunyai pengaruh yang besar di dalam Pas.

Saya juga sependapat dengan Pensyarah tersebut bahawa sekiranya Mursyidul Am itu membuat keputusan bersetuju dengan idea Kerajaan Perpaduan, maka Kerajaan Perpaduan dengan Umno akan dapat diwujudkan walaupun ditentang oleh rakan-rakan Pas di dalam PR. Persoalannya, apakah selaku Mursyidul Am yang memegang amanah di dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak menghargai dan menghormati rakan-rakan sendiri yang begitu kuat membantu Pas? Wajarkah seorang Mursyidul Am membuat keputusan begitu mudah untuk `berbaik sangka' dengan musuh lamanya yang mempunyai rekod dan sejarah yang teramat sadis terhadap Pas dan Islam dalam keadaan musuh tersebut masih lagi mengekalkan kezaliman dan ketidak adilan terhadap Islam dan rakyat? PKR dan DAP telah membuktikan kesetiaan kepada Pas, manakala Umno telah membuktikan `pengkhianatan' kepada Pas. Maka di sini, wajarkah Mursyidul Am memilih Umno semata-mata atas dasar perpaduan? Inilah kebijaksanaan Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz di dalam membuat keputusan.

Pandangan Pensyarah tersebut menyatakan bahawa Pas tidak mempunyai masalah untuk berbincang bersama Umno, manakala ini tidak akan berlaku kepada PKR dan DAP. Saya setuju dengan pandangan beliau bahawa memang Pas tiada masalah bila-bila masa untuk bersama Umno tetapi apakah Pas akan dapat mendominasi diri bersama Umno? Harus diingat, dasar parti Umno adalah lebih kurang sama dengan PKR dan DAP iaitu bukan meletakkan Islam sebagai dasar parti, cuma bezanya PKR dan DAP kelihatan lebih baik dan bersih sejarahnya yang menghampiri ketelusan dan keadilan yang juga dituntut oleh Islam. Buktinya, lihatlah beberapa negeri di bawah pemerintahan mereka dan bandingkan dengan negeri-negeri yang ditadbir oleh Umno atau Bn. Apakah Pas lebih berminat untuk meletakkan parti yang sebegini bersih untuk bersama mereka?

Jika Pas dikatakan tidak bermasalah untuk bersama Umno, maka harus diingat bahawa PKR dan DAP juga tidak bermasalah sekiranya tidak bersama dengan Umno. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa majoriti rakyat kini tidak lagi mempercayai Umno/Bn bahkan di dalam jemaah Pas sendiri pun bukan sedikit yang tidak mempercayai Umno/Bn ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sekiranya Pas meneruskan idea Kerajaan Perpaduan bersama Umno itu, Pas sendiri akan menanggung risiko di atas kesilapan yang mereka lakukan. Orang-orang Umno akan tetap menyokong Umno, ahli-ahli Pas akan berpecah, Kelab Penyokong Pas sudah pasti mati dan tidak mustahil PKR dan DAP akan lebih kuat kerana mereka akan mendapat sokongan pula dari MCA, MIC dan Gerakan yang semestinya sangsi dengan Kerajaan Perpaduan dua parti ini. Maka, sekali lagi ternyata keputusan Pas untuk menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah bijak dan tepat.

Hujah Pensyarah itu lagi, Pas sememangnya tidak perlukan DAP kerana Kelab Penyokong Pas sudah semakin kuat. Ini hujah yang tidak tepat kerana belum pun Kerajaan Perpaduan ini direalisasikan, bahkan baru untuk bersuara sahaja, Kelab Penyokong Pas sudah mula memberontak dan mengingatkan Pas supaya tidak mengkhianati kepercayaan mereka terhadap Pas selama ini. Satu perkara lain, Pensyarah tersebut mengambil contoh bilangan kerusi Umno dan kerusi Pas di dalam Dun Negeri lebih banyak dari PKR dan DAP. Memang benar, tetapi itu jumlah kerusi semasa yang ada sekarang. Apa jaminan dan keyakinan yang boleh kita sandarkan bahawa kerusi tersebut akan berubah di dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya Pas mengadakan Kerajaan Perpaduan bersama Umno? Tidakkah mustahil ketika itu undi orang-orang Melayu akan berpecah kepada dua iaitu undi untuk Umno/Pas dan undi untuk PKR/DAP? Dalam masa yang sama tidak mustahil pula undi dari kaum Cina dan India di dalam MCA, Gerakan, MIC akan beralih kepada PKR/DAP? Yakinkah Pensyarah bahawa parti-parti komponen BN tersebut gembira jika wujudnya Kerajaan Perpaduan di antara Pas dan Umno ini?

Allah telah membuka pintu hati Mursyidul Am serta ramai ahli-ahli Pas untuk membuat keputusan bijak sekarang. Bukan masalah niat untuk bersatu itu tidak penting, tetapi strategi dan muslihat pihak lawan untuk meruntuhkan Pas dan kerjasama yang terbukti kukuh bersama PR sekarang lebih penting lagi untuk difikirkan. Apakah tanpa Kerajaan Perpaduan maka rakyat akan menderita dan tidak lagi bersatu? Bukankah perjuangan di dalam PR selama ini adalah untuk membebaskan rakyat dari perpecahan dan penderitaan selama ini? Apakah kita tidak yakin lagi dengan perjuangan kita sendiri? Oleh yang demikian, saya menyanggah tulisan Pensyarah tersebut yang boleh anda baca di sini. /wfauzdin.blogspot.com

DEBAT `NO', WACANA `YES' - PEMUDA PAS

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Pemuda PAS dan Pemuda Umno bersetuju untuk melakukan wacana ilmiah antara mereka berikutan cabaran Pemuda PAS untuk berdebat dengan Pemuda Umno.

Ekoran itu, mereka bersetuju untuk menubuhkan sekretariat bagi merumus perkara teknikal sebelum wacana ini boleh diadakan. Keputusan ini dicapai ekoran cabaran Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan untuk berdebat dengan Pemuda Umno.

Namun, ekoran kepanasan isu cabaran debat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pendekatan debat itu ditukar kepada wacana. "Wacana ini akan dibuat secara terbuka," kata salah seorang Exco Pemuda PAS, Abdullah Karim.

Beliau mengulas laporan laman web yang melaporkan, Pemuda PAS dan Pemuda Umno mahu menubuhkan sekretatriat tetap antara mereka bagi membincangkan isu nasional. Menurut laporan itu, mereka mencapai kata sepakat untuk duduk semeja bagi membuat 'wacana intelek' bagi menyelesaikan masalah antara PAS dan Umno.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi telah memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya bersama Timbalan Ketua Pemuda Umno, Razali Ibrahim di lobi Parlimen hari ini. Langkah pertama yang akan mereka buat adalah menubuhkan sekretariat bersama kedua-dua sayap PAS dan Umno itu.

Mereka berdua berkata, mereka telah mengenalpasti apa yang hendak mereka kerjasama terutama dalan menghadapi isu nasional. Menurut laporan itu, langkah sayap PAS ini amat berbeza dengan langkah yang diambil oleh abang-abang mereka yang telah bersama Pakatan Rakyat menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno termasuk kerajaan perpaduan.

"Ini tidak ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan. Ia berkait dengan cabaran debat Pemuda PAS kepada Pemuda Umno. Razali pula bersetuju untuk menyambutnya. "Sekretariat yang hendak ditubuhkan pula untuk bincang soal teknikal wacana ini. Bila nak ada, di mana, peraturannya macamana dan sebagainya," kata Abdullah kepada Siasah.

KES LIWAT DS ANWAR - PERKARA YANG HARUS DILIHAT

Dari Blog Pink Turtle

Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

.1. Laporan Pengadu enggan diserahkan

Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.

2. Anwar ditangkap sebelum tempoh

Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.

5. Laporan Pusrawi

Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan

Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.

Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan./Anwaribrahimblog.com

DS ANWAR DAN HJ HADI TEKAD JATUHKAN UMNO - CERAMAH MALAM TADI

Oleh: WFAUZDIN NS

KIRA-KIRA 10 Ribu orang hadir di dalam ceramah Perpaduan Pakatan Rakyat malam tadi yang dihadiri oleh semua pemimpin utama PR di Stadium MPBJ, Kelana Jaya. Sambutan orang ramai di luar jangkaan kerana serentak dengan masa dan tarikh tersebut juga pasukan bola sepak Selangor terlibat di dalam perlawanan Liga Super bertempat di Stadium Shah Alam. Sekiranya jadual ini tidak bersamaan, sudah pasti kehadiran orang ramai lebih mengejutkan.

Di dalam ucapan Presiden Pas malam tadi menyebut bahawa Umno telah gagal membawa perpaduan tulen di kalangan rakyat Malaysia. Beliau berjanji bahawa PR akan bersatu untuk menjatuhkan kerajaan Bn pada bila-bila masa dari sekarang. Krisis dan kehangatan yang berlaku di dalam Pas dan PR baru-baru ini mampu dileraikan oleh pimpinan dengan pantas dan bijaksana membuktikan bahawa pimpinan di dalam PR lebih bijak di dalam sebarang tindakan mereka demi perpaduan rakyat. Harapan Umno untik melihat PR berpecah kini tinggal impian dan mereka seolah-olah hilang pedoman di Manek Urai. Cabaran debat oleh Mursyidul Am Pas sedikit sebanyak menyerlahkan kecilnya hati dan jiwa pemimpin Umno untuk berdepan dengan isu yang mereka sendiri cuba mainkan.

DS Anwar pula di dalam ucapannya menegaskan bahawa PR sentiasa memegang teguh pendirian isu hak rakyat serta memperjuangkan golongan miskin tanpa mengira kaum. Walaupun Najib cuba meniru dasar yang diamalkan oleh PR ini, tetapi usaha beliau itu mudah dihidu oleh rakyat tatkala Umno/Bn kini kelemasan. Rakyat lebih mengenali Umno/Bn sebagai parti yang suka mencipta retorik tetapi akhirnya yang mendapat laba adalah pemimpin dan kroni-kroni mereka. Dasar Umno sekarang umpama `sesumpah' yang sentiasa berubah tidak menentu tetapi hasilnya kosong semata-mata. Janji mereka tidak lebih dari umpan politik dan inilah yang terbukti di Manek Urai.

Terlalu banyak persoalan serta kontroversi yang gagal dijawab oleh Najib. Sehubungan itu, rakyat perlu bersedia untuk menerima pemerintahan kerajaan baru yang lebih meyakinkan dan pilihan mereka tidak ada yang lain selain dari Pakatan Rakyat. /wfauzdin.blogspot.com

KERANA ROSMAH, 3 SISWA UM DICARI POLIS

Tiga lagi siswa UM dicari polis

kemakini 7.36pm Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini, polis mencari tiga pelajar yang dikenali sebagai Munir, Saufi dan Aizat untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Polis telah mengenal pasti tiga suspek berkenaan dan masih dalam pencarian. Polis juga minta mereka menyerah diri," kata pegawai polis Brickfields itu, yang enggan dikenali.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk program derma kanak-kanak Palestin, Rabu lalu.

Walaupun tanpa nama penuh, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani

Jam 3 petang tadi, dua pelajar Akademi Pengajian Islam dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Selain contengan (foto: perkataan telah dipadamkan), menurut pegawai polis itu lagi, terdapat kesan simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak.
Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Geledah rumah wanita

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di lokap mahkamah sementara diikat jamin esok.

Susulan siasatan terhadap contengan tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

rosmah mansor and anti rosmah videosRosmah sering dikaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4.

Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib. /Malaysiakini

Selasa, 30 Jun 2009

Apa nak jadi dengan Harussani?

Posted on Tuesday, June 30 @ 11:24:16 MYT by Paktam

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Saya terGo to fullsize imagecari-cari kalau-kalau Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria sewaktu memegang jawatan dalam kerajaan, atas sifatnya sebagai ulamak, pernah mengkritik kerajaan BN atau mana-mana tokoh politik dari parti komponen BN atas apa-apa isu yang bersangkut paut dengan Islam.

Sewaktu BN dengan rakus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Memali pada tahun 1985 kita tidak mendengar barang sepatahpun kata-kata kecaman dari Harussani terhadap tindakan zalim golongan yang berhati binatang itu.

Apabila kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu meluluskan kanun jenayah syariah yang di dalamnya terkandung hukum hudud, PAS telah diserang di segenap penjuru oleh pemimpin-pemimpin BN, termasuk pemimpin Umno. Bukan setakat PAS dibelasah, tetapi Islam diperlekehkan. Apa yang Dr. Mahathir tidak kata mengenai hukum hudud di perhimpunan agung Umno. Perwakilan Umno bertepuk mengejek setiap kali hudud dipersenda. Apa yang Harussani buat masa itu?

Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom antara ulamak yang berani bersama dengan kebenaran, menyatakan bantahan terhadap golongan penentang hukum Allah sehingga dia dipecat. Mengapa Mufti Perak tidak bersama Mufti Selangor masa itu? Sewaktu Anwar Ibrahim dipecat dan dihadapkan dengan konspirasi tuduhan liwat dan zina sehingga menimbulkan kegawatan politik dan ‘perpecahan besar’ (mengikut persepsi Umno yang Harussani mungkin berkongsi tafsiran mengenainya) Harussani hanya membisu. Mengapa dia tidak lantang menyatakan tentangan terhadap perbuatan khazaf yang dilakukan oleh penguasa? Anwar dibelasah dalam penjara hingga hampir maut, mengapa Harussani tidak mengeluarkan ayat-ayat Quran mahupun Hadis kepada pemerintah bahawa haram melakukan kezaliman?


Apabila kerajaan BN menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat di seluruh negara sambil menuduh institusi pengajian tersebut hanya melahirkan golongan pelampau yang menyelewengkan ajaran Islam, mengapa Harussani tidak berkata apa-apa?Tetapi sejak dahulu dan kini, Harussani cukup berselera untuk menyindir mahupun mengkritik PAS. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Noor pernah tersinggung dengan sindiran Harussani yang menasihatkan umat Islam (jelas ditujukan kepada ahli-ahli PAS) suapaya menanggalkan pakaian politik dan menyangkutnya di pagar masjid. Dato’ Fadzil menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang syumul, tidak salah membawa politik ke dalam masjid.

Seterusnya baca sini.

Sumber: Detikdaily

CERAMAH KERAJAAN PERPADUAN PAKATAN RAKYAT MALAM INI


Rakyat dijemput jayakan "Himpunan 100,000 rakyat" di Stadium MBPJ malam ini

Wan Nordin Wan Yaacob

Tue | Jun 30, 09 | 10:26:37 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Rakyat terutamanya penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan himpunan 100, 000 rakyat anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya malam ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub himpunan malam ini diadakan bertujuan menjelaskan pelbagai isu berhubung Pakatan Rakyat dan isu-isu semasa.

Himpunan ceramah perdana malam ini akan dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Himpunan akan dimulakan pada jam 9.00 malam, kata Salahuddin. - wann/mks._

SERKAP JARANG YANG MEMALUKAN

Ketua Pembangkang Pulau Pinang dua minggu lepas telah membangkitkan 'fitnah' kononya kerajaan Pulau Pinang mengedarkan borang bantuan warga emas dengan logo DAP. Azhar Ibrahim juga mengatakan bahawa warga emas diberikan syarat masuk DAP untuk dapat bantuan.....

Ketika 'mendedahkan' perkara tersebut Azhar kononya bersimpati dengan warga tua yang menjadi mangsa terpaksa masuk DAP. Di bawah ini ialah contoh borang skim bantuan warga emas yang dimaksudkan :

Mana logo DAP?

Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang dalam kenyataan balasnya menyatakan dengan jelas tidak wujud logo DAP dalam borang yang dimaksudkan dan tidak ada syarat seperti yang difitnah Azhar. Azhar ialah 'spesis' biasa Umno yang hipokrit. Tahukah dia bahawa itu perangai orang Umno nak bagi bantuan suruh orang masuk Umno.

Tekun contohnya terang terang setiap pemimjam mesti ahli Umno..... itu apa cerita buta mata Azhar mengenai perkara itu. Untuk membaca lanjut sila klik sini.

PENYAKIT `TRAUMA' TAKUT DEBAT UMNO BERJANGKIT PADA MCA?

TPM dan Menteri Pendidikan sila haramkan debat di sekolah-sekolah atau Universiti

Oleh: WFAUZDIN NS

OLEH kerana terlalu ramai tokoh-tokoh Umno dan menteri kabinet yang beranggapan debat bukanlah sesuatu yang baik, sia-sia dan membuang masa, suka saya mengesyorkan dan mencabar Menteri Pendidikan agar mengharamkan sebarang bentuk perdebatan di sekolah-sekolah. Pengharaman itu meliputi sebarang pertandingan debat samada di peringkat sekolah menengah mahupun di peringkat universiti termasuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri yang setiap tahun diadakan itu.

Mungkin, dengan tiadanya sebarang anjuran perdebatan di sekolah-sekolah mahu pun di universiti tahap pendidikan, ilmiah dan kualiti pemikiran anak-anak muda kita akan menjadi lebih baik dan pintar. Kita boleh bentuk minda pelajar-pelajar dengan lebih berkesan mengikut acuan dan kehendak kita. Betapa majunya nanti pelajar-pelajar Malaysia berbanding dengan kemajuan sekolah-sekolah dan universiti di luar negara kerana di sana pelajar-pelajar mereka masih mengamalkan perdebatan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan berani. Tetapi, menteri serta pemimpin Umno menganggap debat adalah sesuatu yang sia-sia dan membuang masa, maka perlulah kita turut pendapat menteri-menteri dan pemimpin Umno yang terlebih pintar itu.

Pelajar-pelajar mestilah diasuh agar mengamalkan budaya `burung kakak tua' atau `burung belatuk' agar seiring dengan sikap yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno sekarang. Debat bukanlah satu bentuk syarahan ilmiah atau untuk mencari perbezaan mana yang benar dan salah, tetapi debat bak kata Tun Mahathir adalah program hiburan semata-mata. Itulah pandangan tokoh Melayu yang kita puja dan ianya di`angguk'kan pula oleh pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Mereka bukan takut untuk berdebat dengan pembangkang, kerana mereka telah membuktikan keberanian mereka berhadapan dengan DS Anwar dalam perdebatan mengenai minyak. Meskipun di dalam perdebatan itu, tokoh Umno amat berani serta bijak mengeluarkan hujah sehingga bercucuran air liur dari mulutnya namun debat tersebut dianggap hiburan oleh Umno. Mungkinkah ada yang terhibur melihat cucuran air liur tersebut atau terhibur dengan lagak lucu seorang Profesor Kangkung orang kuat Biro Tata Negara yang tidak tahu apa-apa tentang gas dan petrol itu? Bagi saya, memang saya terhibur dengan lagak tokoh Umno dalam siri perdebatan tersebut.

Oleh kerana memikirkan jika diadakan debat antara pemimpin kerajaan atau Umno dengan pembangkang, nescaya akan ada pemimpin kerajaan atau tokoh Umno yang berhujah seperti `makan ubi panas' , maka Tun Mahathir menganggap itu sebagai hiburan? Selepas Umno menolak cabaran Pas untuk berdebat soal agama,baru-baru ini seorang Menteri dari MCA pula tidak sanggup berdebat dengan pemimpin utama DAP. Penyakit atau trauma takut debat Umno ini berjangkit pula kepada MCA. Sebelum ini anak Yatim dari Jelebu seorang yang dilihat di kaca TV bercakap umpama loyar (loyar buruk?) dan kadang-kadang seperti sasterawan negara mencabar Zaid Ibrahim berdebat, tetapi apabila Zaid menyahut cabarannya maka anak Yatim ini menjadi `bisu' sampai sekarang. Rupa-rupanya baru kita tahu hebatnya tokoh yang telah `membakar jambatan' ini hanyalah di depan TV sahaja.

Kita jangan pelik dan hairan jika kita lihat level pendidikan universiti-universiti di negara kita berada di ranking yang memalukan di dunia malahan di rantau ini. Ini adalah kerana mentaliti yang ada pada pemimpin kerajaan dan tokoh-tokoh politik yang dilanda trauma debat ini banyak mempengaruhi mereka. Tidak hairan kita apabila suara mahasiswa sekarang tidak lagi sama seperti suara mahasiswa di era 60 dan 70 an dahulu. Mereka kini telah diperkenalkan dengan budaya `burung kakak tua dan burung belatuk'. Apabila mereka menjadi pemimpin, itulah budaya yang mereka akan amalkan.

Sekali lagi kita mencabar agar Menteri Pendidikan atau kabinet mengeluarkan arahan agar mengharamkan segala bentuk perdebatan kerana ianya tidak dapat membantu pelajar untuk menjadi `burung belatuk'. / wfauzdin.blogspot.com

DEBAT - PEMUDA UMNO SANGGUP, NAJIB TAKUT LAGI?

Pemuda UMNO ajak Nik Aziz lepasi ujian saringan debat

Posted on Monday, June 29 @ 01:35:33 PDT by TokPenghulu

Oleh: ahmadfadhli

"Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan tersiar kenyaaan Mohd Afandi Yusoff, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Malah kata Afandi, untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Nik Aziz perlu melalui ujian saringan terlebih dahulu iaitu dengan berdebat dengan Pemuda UMNO. Kata Afandi lagi, kalau debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, maka usah berangan untuk berdebat (dengan PM).Bagaikan kelab Liga Kampung Manek Urai B yang mencabar Chelsea, Afandi nampaknya tidak berpaling ke belakang lagi semasa membuat cabaran ini. Pemimpin UMNO dari Rantau Panjang yang menang dengan penuh kontroversi ketika pemilihan UMNO tahun lepas ini memang merupakan seorang penceramah UMNO yang sering kedengaran suaranya di Radio Kelantan khususnya pada waktu malam. Lepasan Jordan yang dulunya merupakan orang kuat PAS di sana tetapi akhirnya pulang ke Malaysia untuk mencari makan dengan UMNO.

Dengan sejarahnya yang pernah mencabar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi berdebat, maka ajakannya pada hari ini bukan suatu perkara yang menghairankan. Cuma yang agak mengejutkan apabila Afandi menyifatkan bahawa perdebatan dengan Pemuda UMNO ialah satu saringan. Mungkin Afandi sendiri sedar taraf Pemuda UMNO yang hanya layak berada di pusingan saringan.

Bagi saya, Pemuda UMNO boleh berada pusingan saringan tetapi hanyalah sebagai pengutip bola sahaja. Bukan ingin memperlekehkan Afandi, tetapi dengan kelayakannya di dalam bidang agama, berada dalam lubuk UMNO yang penuh dengan skandal bukan tempatnya. Ditambah dengan kenyataannya seperti hari ini, Afandi nampaknya memang nekad untuk mati bersama-sama dengan UMNO!

Afandi dan pemuda UMNO boleh berada di padang sebagai pengutip bola. Tetapi kalau bercita-cita untuk memasuki padang, tidak payah Dewan Pemuda PAS Pusat atau negeri turun, kami dari Pemuda PAS Pasir Mas bila-bila masa bersedia untuk melihat bakat Afandi sejauh manakah mampu menendang bola.

Apakata kata Dewan Pemuda PAS Pasir Mas menjual, Afandi sanggup membeli? Dewan Majlis Daerah Pasir Mas boleh memuatkan ramai pendengar rasanya.

Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas dan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan pemuda PAS Kelantan. / Tranungkite

ANWAR SOKONG DEBAT, UMNO BANYAK ALASAN

DS Anwar ketika berdebat dengan Shabery sehingga meleleh air liur menteri tu beb...

Anwar sokong syor Nik Aziz mahu debat dengan PM

Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik cadangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu berdebat secara terbuka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Pada pendapat saya adalah lebih baik beliau berdebat secara terbuka kerana ini dapat mengurangkan media Umno-Barisan Nasional (BN) salah tafsir dan membuat fitnah terhadap kenyataan-kenyataan beliau (Nik Aziz),” katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, mengulas kenyataan Nik Aziz semalam yang mencabar Najib mengadakan debat terbuka bagi mencari kebenaran dan menyelesaikan kekalutan politik yang berlaku sejak sekian lama.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, jalan terbaik adalah mengadakan dialog secara terbuka supaya tidak ada pihak yang boleh memutarbelitkan fakta dalam perkara berkenaan.

Dalam perkembangan lain, mengenai pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai ini, Anwar berkata, PKR akan memberi sokongan penuh kepada PAS dalam membantu parti itu memenangi pilihan raya kecil tersebut.

“Kita akan beri sokongan penuh kepada PAS. Insya-Allah kita yakin PAS akan dapat pertahankan kerusi kawasan tersebut.

“Kita akan beri sokongan dalam apa jua bentuk kerjasama kepada calon PAS di Manek Urai,” katanya. kepada mStar.

http://buletinonline.net