RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 10 Mac 2012

UMUM SBPA MEREKA KATA LANGKAH TEPAT, BATAL SBPA PUN LANGKAH TEPAT JUGA, BUDAYA AMPU UYMNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA Najib umumkan tentang SBPA (Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam) sebelum ini, maka seperti biasa pencacai-pencacai Umno begitu ligat menganggukkan kepala mereka tanda bersetuju dengan langkah Najib.  Najib lah PM paling hebat, bijak dan begitu peka dengan kakitangan awam.  Langkah tepat, kata mereka.

Berbeza dengan pemimpin PR, mereka semua sudah terbau plan Najib kerana Presiden Umno ini tidak akan berbuat sesuatu yang kelihatan baik jika tidak ada `udang di sebalik batu'.  Maka, pimpinan PR pun buat kajian dan akhirnya PR mengambil keputusan membantah SBPA selari juga dengan bantahan yang dibuat oleh Cuepacs.

DS Anwar di dalam mana-mana ceramahnya tidak lari dari menyebut bahawa SBPA yang dirancang oleh Najib itu amat tidak adil kepada kakitangan awam.  Begitu juga pimpinan PR yang lain berterusan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya kepada kakitangan kerajaan tentang ketidakadilan dari skim yang lahir dari idea tidak bijak Najib itu.  Maka, bantahan rakyat membuatkan Najib tidak senang duduk maka diminta tangguh dan kaji dahulu skim ini dalam tempoh 3 bulan.

Di dalam tempoh tersebut, bantahan rakyat bertambah kuat dan dari risikan hampir 80 % kakitangan awam sudah mula meluat dengan kerajaan yang mengadakan skim yang memperbodohkan kakitangan awam itu.  Ini amat menakutkan Najib kerana rata-rata rakyat kini tidak sabar-sabar untuk mengundi di dalam PRU bagi mempercepatkan `kematian' Umno.  Najib tiada pilihan lain, dengan wajah selamba tanpa sedikit pun rasa malu jauh sekali dari rasa bersalah, maka Najib lakukan `U-Turn'.  Diumumkan bahawa SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SSM.

Apa pula komen pencacai-pencacai `burung belatuk' yang awal dulu menyokong SBPA kononnya sebagai langkah tepat?  Sekali lagi pencacai-pencacai ini berbunyi dengan nada yang sama iaitu langkah Najib membatalkan SBPA itu adalah langkah tepat.  Ertinya, ada SBPA pun langkah tepat, dibatalkan pun satu langkah tepat.  Nampaknya budaya mengampu dan tukang angguk di dalam Umno tidak pernah kurang.  Justeru itu, tidak pelik jika pemimpin mereka sapu apa pun kerana mereka pasti akan kata `satu langkah tepat'.  Ternak lembu dalam kondo juga langkah tepat, sapu wang zakat langkah tepat dan beli cincin RM24 juta beserta beg tangan pun langkah tepat.  Kesihan mereka.

Najib pun kata, pembatalan SBPA yang diumumkan oleh beliau itu bukan disebabkan oleh desakan Pembangkang.  Lucu sekali.  Jika bukan Pembangkang, siapa?  Bukankah kesemua pemimpin Umno bersetuju dengan SBPA dengan menyatakan satu langkah tepat?  Jadi, mengapa Najib batalkan pula?  Najib tidak perlu malu mengalah dengan desakan PR.  Telah banyak bukti menunjukkan Najib terpaksa batalkan plan-plan beliau akibat dari tekanan Pembangkang. 

Itulah bertuahnya jika negara ini mempunyai Pembangkang yang kuat.  Pemerintah tidak akan mampu melakukan sesuatu yang merugikan rakyat jika kita mempunyai Pembangkang yang mantap.  Kerana kekuatan Pembangkang lah maka rakyat dapat menikmati RM100 bantuan sekolah, bantuan RM500 (BR1M) dan kini terbatalnya SBPA.  Di masa Umno kuat tahun 2004, adakah rakyat merasa bantuan seperti itu?  Pada ketika itu yang rakyat dapat adalah kenaikan harga minyak dan harga barang.

Oleh itu, tiada cara lain untuk membalas budi baik Najib melainkan meletakkan Najib dan Umno pula sebagai Pembangkang di Parlimen pada PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 9 Mac 2012

CHEGU BARD DIANCAM - AYUH KITA KE WANGSAMAJU MALAM INI

GEMPAR!! Ugutan Oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian
Untuk Halang Ceramah ABU Esok(9Mac) di Wangsa Maju

  


Seorang ketua pemuda Umno bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.

Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.



Umno cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.


Walaupun diugut sedemikian rupa, saya yakin Chegubard dan penceramah lain akan tetap hadir di tapak ceramah yang bertempat di rumah yang berdepan dengan sebuah padang. Sila rujuk poster di bawah untuk mengetahui lokasi ceramah;


Ketua pemuda Umno Seputeh ini juga pernah membuat fitnah besar ke atas kerajaan negeri Selangor kononnya terlibat membangunkan gereja terbesar asia tenggara - klik entry Pembinaan Gereja Terbesar di Selangor Guna Tanah Rezab Melayu ??


Khamis, 8 Mac 2012

NURUL IZZAH, BERANI KERANA BENAR...

PADA 17hb Mac ini, aku diberitahu KEADILAN Cabang Paya Besar, Kuantan sekali lagi akan mengadakan program ceramah di Felda Lepar Hilir, Kuantan.  Lokasi yang sama dengan tempat kejadian `bapok siam' yang cuba menyerang MP wanita iaitu YB Nurul Izzah pada 26 Feb yang lalu.

Ertinya, KEADILAN Pahang tidak pernah takut berdepan dengan ugutan puak-puak yang merasa hayat parti mereka sudah sampai ke penghujung.  Bahkan, sejurus selepas kejadian Nurul Izzah cuba diserang pada malam tersebut, keesokannya dan beberapa hari berikutnya `bapok siam' yang sudah dikenali, diketahui alamat serta no telefonnya itu mula di`buru' oleh beberapa pihak.  Malangnya, si bacul ini mernghilangkan diri dan dikatakan sehingga sekarang tiada siapa yang tahu bila `bapok siam' ini akan balik ke rumahnya.

Bukan mahu cari gaduh, puak kita cari beliau kerana mahu tahu apa masalahnya kepada beliau dan Umno jika Nurul Izzah berceramah di situ?  Umno takut apa?  Kalau berdebat pun takut, mahu siarkan di dalam TV3 kenyataan pemimpin kita untuk menjawab hujah pemimpin Umno pun takut, masakan untuk memberi ruang ceramah pun Umno takut? 

Tapi kali ini kita bersedia.  Kita bersedia untuk menentukan Nurul Izzah di dalam keadaan selamat pada 17hb ini nanti.  Kita tidak `menjemput' puak-puak samseng taik minyak itu untuk hadir sekali lagi pada 17hb ini, tetapi jika puak-puak itu datang juga kita tidak akan menghalaunya.  Baik dilayan dengan baik, buruk pula akan dilayan dengan buruk juga,

Orang ramai dijemput hadir pada 17hb Mac ini di Lepar Hilir.  Kita akan bersedia dengan puak-puak pengecut itu.  


Rabu, 7 Mac 2012

SAMM CUBA DISEKAT DI PAHANG?

 
Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU bukan ahli SAMM (solidariti Anak Muda Malaysia) dan memang aku tidak layak berada di dalam Jemaah SAMM yang dipimpin oleh Chegu Bard selaku Penyelaras NGO tersebut.  Aku bukan ahli kerana aku tidak layak menjadi ahli Solidariti Anak Muda ini disebabkan aku telah pun berumur.

Namun demikian, aku adalah penyokong kuat kepada SAMM kerana pertubuhan ini juga kuat menentang rejim Umno/Bn.  Atas dasar itulah aku menyokong SAMM seperti juga aku menyokong PR.  Andainya SAMM wujud untuk menentang PR atau salah satu dari parti di dalam PR, apatah lagi SAMM lahir `ber bin'kan Umno, tentunya SAMM akan menjadi musuh aku seperti aku bermusuh dengan Umno.  Maka, aku sehingga kini menyokong perjuangan SAMM dan tidak pula aku secara automatik terkeluar dari PKR yang mana aku menjadi ahlinya.


Aku pelik, sewaktu aku berkunjung ke Temerloh baru-baru ini untuk satu program ceramah di sana, ada teman dari AMK Temerloh bercerita bahawa ada `arahan dari langit' yang mengarahkan agar semua ahli AMK memboikot sebarang aktiviti SAMM.  Kebetulan pada malam itu, Chegu Bard hadir di Temerloh untuk berceramah atas jemputan KEADILAN Temerloh, lantas Penyelaras SAMM Pahang Sdr Hatta menjemput Chegu Bard melancarkan SAMM Pahang.  


Beberapa ahli SAMM yang belum secara resminya menjadi ahli telah hadir dari sekitar Kuantan, Temerloh dan beberapa kawasan untuk majlis pelancaran tersebut.  Beberapa wakil SAMM dari Melaka turut hadir memberikan sokongan.  Aku lihat ramai juga ahli-ahli AMK Temerloh dan kawasan berhampiran yang hadir pada malam itu dan mereka dilihat berminat untuk menyertai SAMM.  Adakah mereka secara automatik akan dikeluarkan dari AMK?  Jika ada yang beranggapan demikian, sahih lah orang itu teramatlah bodoh dan bengap sekali.

Apa kena mengena SAMM dengan parti, jauh sekali dengan AMK?  Di dalam SAMM ramai di kalangan anak muda yang tidak berparti, ada juga dari PKR dan PAS.  Hujah orang yang menghasut ahli-ahli AMK agar jangan melibatkan diri dengan SAMM itu adalah bahawa SAMM bukan dari sayap parti KEADILAN walaupun Penyelarasnya adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau.  Aku setuju.  Semenjak bila SAMM mengaku sebagai sayap parti?  Sebab itu tidak timbul soal SAMM mahu meruntuhkan AMK, tetapi aku tidak tahulah sebaliknya siapa yang mahu meruntuhkan SAMM.

Apa salahnya SAMM ini sehingga puak ini menjadikan SAMM seolah-olah musuh nombor Wahid, kemudian barulah Umno?  Salahkah SAMM membuat kerja mendedahkan segala salah laku pemimpin Umno?  Atau, adakah SAMM hanya boleh berjuang sekadar menjerit dan kemudiannya membuat laporan Polis sahaja?  Jika perjuangan anak muda hanya sekadar membuat laporan Polis, memasang poster ceramah, edar risalah atau berteater, orang-orang tua di Rumah Penyayang pun mampu lakukan. 

Bukan salah berjuang memasang poster, edar risalah atau apa jua aktiviti lain kerana di dalam perjuangan ada banyak pendekatan asalkan matlamat tercapai.  Tetapi, jika kita lebih berminat untuk tampal poster atau edar risalah, jangan kita bermusuh dengan pihak lain yang mungkin lebih menonjol pendekatan mereka.  Alangkah moleknya jika kita bersatu.  Mengapa mesti ada sikap iri hati atau cemburu dengan kejayaan atau kebolehan orang lain?  Jika tidak bersetuju dengan SAMM, keluarkan lah hujah yang bernas sedikit.  Jangan hanya sekadar menjadi penghasut kepada orang lain agar memusuhi SAMM.  Itu kerja orang bacul, dan orang bacul ini tempatnya hanyalah di dalam Umno.

Aku bukan mahu bela SAMM kerana aku sendiri bukan ahli SAMM, aku hanya penyokong pertubuhan yang anti rejim ini sahaja.  Buat apa aku mahu bodek SAMM kerana aku tahu Penyelaras SAMM itu pun `sengkek' dan apa aku boleh dapat jika bodek SAMM?  Jika aku mahu hidup, baik aku bodek yang lebih atas dan berkuasa dari Chegu Bard.  Aku percaya, jika aku banyak menulis memburuk-burukkan SAMM pasti aku akan dipuja dan dipuji oleh puak yang sakit hati dengan SAMM selama ini.  Tapi, apa aku boleh dapat dengan kerja sedemikian selain dari aku telah membantu Umno?

Sehubungan itu, khususnya kepada golongan muda samada di dalam KEADILAN mahu pun PAS atau DAP, marilah kita sokong seberapa banyak sekalipun NGO yang dilahirkan hanya untuk menghancurkan Umno/Bn.  Jangan terpedaya dengan hasutan mereka yang takut kepada bayang-bayang sendiri.  Mereka ini patut bertanya mengapa SAMM sekarang dilihat semakin mendapat perhatian dan sokongan dari anak-anak muda, dan mengapa mereka tidak boleh berbuat seperti yang SAMM telah lakukan?

Aku terperanjat apabila membaca satu SMS dari pimpinan AMK Temerloh kepada ketua mereka sendiri di Temerloh yang mengugut akan memboikot sebarang aktiviti parti di Temerloh hanya kerana SAMM Pahang dilancarkan di Temerloh.  Aku faham, sudah tentu ada arahan yang beliau terima dari atas yang mahukan agar SAMM tidak wujud di Pahang ini.  Jika SAMM tidak wujud, kita mahu bertanya apakah wujud AMK di Pahang?  Jika benar AMK wujud dan berpengaruh di Pahang, mengapa perlu bimbang dengan kehadiran SAMM?   

Amat malang sekali jika kita mempunyai pemimpin muda di dalam parti yang masih tidak kenal siapa sebenar musuh mereka./wfauzdin.blogspot.com


Selasa, 6 Mac 2012

KEMELUT PAS KEDAH DAN ISU FELDA - TITISAN AIR MATA PEJUANG ISLAM....

Isu Kedah

YB Salahuddin Ayub menghubungi saya sekitar jam 6 petang ini. Kebetulan, ada di rumah saya di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Saya tegur dia; demam ke? Kerana suaranya di hujung talian berbeza daripada biasa. Beliau memaklumkan YB Datuk Phahrolrazi dan YB Datuk Dr Ismail Salleh telah menerima keputusan PAS Pusat dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak. Alhamdulillah... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca Al-Qur'an sambil menangis. /Mazlan Aliman, Harakah Daily
Apa yang saya alami mungkin tidak sama seperti orang lain. Semenjak YAB Perdana Menteri mengumumkan cadangan penyenaraian Felda Global Venture dalam Bajet pada 7 Oktober 2011 lalu; jiwa saya sangat tersentuh. Marah, sedih dan sering terganggu emosi saya. Berbulan-bulan saya bersama rakan-rakan NGO yang saya ketuai, ANAK membuat pelbagai usaha. Ceramah, dialog, taklimat, laporan polis, serahan memorandum, laporan SPRM, bertemu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), serah memorandum kepada ANGKASA dan puluhan sidang media di merata negeri.

Saya teringat nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Sendayan dan Labu Johnson. Hanya menang sorak tapi kampung tergadai. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Saya tidak mahu penderitaan mereka dirasai oleh warga Felda yang lain. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beri semangat yang kuat untuk saya dan ANAK menentang habis-habisan. Bukan sahaja dalam mesyuarat PAS Pusat tapi juga melalui perbincangan dan kadang kala beliau menelefon saya melalui Setiausaha Akhbarnya, Sdr Nasaie Ismail.

Saya jumpa YBM Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin politik, rakan-rakan NGO, group pemikir, bekas-bekas pegawai kanan Felda dan ramai lagi. Mereka memberikan pandangan dan tindakan yang mesti dibuat. Dr Rosli Yaakob, Lawyer Hj Haris Abdullah, Datuk Ramli Buyong, Hj Razman Zakaria, Ust Aris Faezol, Nasaie, Faizal, Yohanis (sekadar beberapa nama) antara yang cukup rapat dan banyak membantu. Kami sepakat menentang penyenaraian Felda Global Venture. Alhamdulillah, kami berjaya sekat cadangan EGM KPF pada 5 Januari 2012. Datang ujian berikutnya. Notis EGM KPF 22 Februari 2012. Lawyer Haris menyerahkan permohonan Injunksi Interim di Mahkamah Tinggi Kuantan pada sekitar jam 11 pagi 17 Februari 2012. Permohonan menghalang EGM KPF daripada melupuskan ekuiti KPF dan 10 anak syarikat dalam Felda Holding kepada Felda Global Venture Holding.

Hari Jumaat 17 Februari 2012 jam 3.25 petang tidak akan saya lupa sepanjang hayat. Lawyer Haris keluar dari bilik mahkamah mengangkat tangan dengan senyuman sambil menjerit, kita menang! Saya dan teman-teman yang menanti penuh sabar petang itu menyambutnya dengan laungan Allahuakbar berulangkali. Saya tidak terkata apa. Walau saya lelaki yang jarang menangis... air mata berderai. Syukur Alhamdulillah. Terimakasih Yang Arif Hakim Datuk Mariana Yahya kerana membenarkan permohonan lapan orang plaintif yang mewakili pemegang saham KPF bagi menghalang usul-usul seperti terkandung dalam notis yang dihantar kepada perwakilan EGM KPF.

Tanggal 19 Februari 2012, saya mengiringi Lawyer Haris menyerahkan perintah mahkamah kepada pihak KPF di Ibupejabat KPF di Jln Semarak KL. 21 Februari, Lembaga Pengarah KPF mengumumkan bahawa EGM KPF bertarikh 22 Februari 2012 dibatalkan. Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi saya menangis gembira. 'Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu yang lemah ini sangat bersyukur; nikmat yang tidak terhingga yang Kau anugerahkan kepadaku'.

Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada berbagai pihak sama ada melalui panggilan telefon, sms, email dan facebook. Terima kasih atas sokongan anda semua!

Di tengah kekalutan dan kesibukan isu Felda, rakan-rakan Kedah memaklumkan cerita yang kurang enak didengar. Saya berulang alik ke Kedah memenuhi undangan ceramah dan program parti lebih 15 tahun. Saya mengenali rapat pimpinan PAS Kedah yang kini bergelar Exco Kerajaan Negeri. YB Nasir Mustapha, Adnan Saad, Aris Awang, Sanusi (Setpol YAB MB) adalah bekas pimpinan Pemuda PAS Kedah yang saya cukup rapat. Dari cerita mereka, sangat membimbangkan saya. Saya maklumkan kepada pemimpin kanan parti. Saya desak Hj Mohd Sabu, YB Salahudin dan Hj Mustapha Ali berbuat sesuatu dengan segera. Bayangkan, isu Felda dan Kedah betul-betul meletakkan saya selaku pemimpin PAS dalam tekanan yang tinggi. Harapan jutaan rakyat terpikul di bahu kami.Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 1 Mac 2012 di Pejabat Agung PAS, KL diadakan. Saya turut memberikan pandangan. Selesai membuat laporan polis di IPD Temerloh jam 12 tengah hari 3 Mac, saya bergegas ke Alor Setar. Sampai sekitar jam 9 malam. Selesai pertemuan serta sessi penghujahan Datuk Seri Azizan Abd Razak dan Datuk Phahrolrazi, saya menyertai Mesyuarat Khas PAS Pusat. Sekali lagi saya memberikan pandangan. Tamat hampir jam 3 pagi. Saya ajak Sanusi, Setpol YAB Menteri Besar makan kerana perut terasa begitu lapar. Beberapa bulan kebelakangan ini selera makan saya merosot teruk. Saya percaya ada kaitan dengan rentetan polemik dan kemelut dua isu di atas.

Pagi Ahad, 4 Mac saya dan rakan-rakan dalam perjalanan balik ke KL singgah terlebih dahulu menziarahi AJK Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat, Sdr Saifulizan di rumah keluarganya di Taman Bee Bee Park, Alor Setar. Beliau dan isteri terlibat dengan kemalangan jalan raya. Berbeza ketika beliau masih dirawat di hospital swasta, Pulau Pinang; keadaannya makin bertambah baik walaupun perlu beberapa bulan lagi untuk pulih sepenuhnya. Hampir 10 tahun beliau membantu saya terutamanya menangani isu-isu Pulau Pinang. Seorang sahabat yang sangat komited dengan kerjanya.

Saya singgah di Butterworth jam 12.30 tengah hari. Bertemu YB Nasir Mustapha dan Aris Awang. Sebagai sahabat, saya mengingatkan mereka agar patuh dengan keputusan PAS Pusat. Saya berusaha menjadi pendengar yang baik. Pandangan mereka saya sampaikan kepada Salahudin. Saya rujuk kepada beliau kerana Salahudin adalah Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Kedah yang dilantik PAS Pusat. Saya sampai di rumah sekitar jam 11.30 malam.

Petang ini bila Salahudin memaklumkan berita ini; saya menulis untuk berkongsi kegembiraan ini. Berkongsi apa yang saya tanggung berbulan-bulan lamanya. Suka duka dalam mengharungi perjuangan sebenarnya suatu nikmat. Hari ini saya menerima NIKMAT BERGANDA. Meskipun saya memahami, ujian akan terus datang. Lawyer Haris hubungi saya tengah hari tadi. 8 Mac ini tempoh injunksi akan berakhir. Ada banyak lagi kerja yang mesti dibereskan. Sebentar tadi (9 malam) Sdr Taufeq salah seorang jawatankuasa Bertindak Isu Tanah Sg Kapal, Pengerang menelefon saya. Anak buahnya ditahan polis kerana pertahankan tanahnya daripada di ambil pemaju projek. Sudah pun di bawa ke IPD Kota Tinggi. Siang tadi YDP PAS Kota Tinggi, Hj Kamaldin juga menghubungi saya kerana beberapa orang anak Peneroka Felda Pasak mahu berjumpa kerana tidak berpuashati dengan pengagihan rumah Gen 2 yang tidak adil.

Sebagai anak Johor, saya dan Salahudin telah lebih 20 tahun bersama. Kami akan terus berjuang. Kemanisan dalam perjuangan yang tidak sama kalau nak dizahirkan dengan ungkapan kata-kata. Kepenatan dan keletihan tidak terperi rasanya. Tapi kami puas. Berbakti untuk rakyat, bersama denyut nadi rakyat. Sukar macam mana sekalipun, kami akan harungi, Insya Allah. Moga kami terus istiqamah berjihad di jalan Allah. Amin./MT

Isnin, 5 Mac 2012

HASSAN JATI PERASAN, PAS KUAT KERANA BELIAU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHAP meroyan atau gila talak Hasan Jati dilihat semakin serius.  Semenjak kebelakangan ini beliau sering syok sendiri dengan kononnya puluhan ribu yang datang mendengar ceramahnya itu sebagai satu bukti bahawa di dalam PAS semua sudah menyokongnya.  Lebih meloyakan apabila Hassan Jati berkata salah satu faktor PAS akan kecundang nanti adalah kerana Hassan Jati.  Semenjak bila PAS kuat dan gagah kerana Hassan Jati? Baca SINI.

Jika PAS kuat dan gagah disebabkan oleh Hassan Jati, ada lojiknya PAS akan merudum tanpa Hassan Jati.  Tetapi semua tahu bahawa PAS semakin kuat dan gagah apabila Allah mentakdirkan peristiwa yang berlaku terhadap DS Anwar.  Maksudnya, PAS kuat bukan kerana DS Anwar tetapi faktor kezaliman ke atas DS Anwar maka rakyat melihat bahawa PAS sememangnya berjuang atas dasar Islam tidak mengira sesiapa pun yang dizalimi.  Itu fakta.  Hassan Jati menenggek di atas PAS juga sewaktu era reformasi yang dicetuskan oleh DS Anwar juga.  Jadi, Hassan Jati jangan perasan beliau hebat sangat.



Mahu tahu hebat atau tidak Hassan Jati bukan susah sangat.  Kita lihat semenjak Hassan Jati diterajang oleh PAS keluar, berapa orang tokoh PAS, paling tidak Ketua Cawangan PAS yang keluar dari PAS dan ikut Hassan Jati?  Mahu cari seorang Ketua Cawangan PAS yang keluar PAS dan masuk parti beras hancur bernama Jati ini pun susah, usahkan tokoh utama PAS yang bodoh sangat mahu ikut Hassan Jati yang gilakan jawatan MB Selangor itu.  Jawabnya tiada seorang pun yang gila seperti Hassan Jati.

Bayangkan betapa bengapnya politik Hassan Jati apabila beliau mengukur sokongan terhadapnya semata-mata jumlah yang hadir mendengar ceramahnya.  Semua tahu, kebanyakan yang hadir itu adalah para penyokong Umno yang semestinya mahu melihat kuda tunggangan mereka beraksi.  Tidak dinafikan juga, ada penyokong-penyokong PAS yang turut hadir sekadar mahu melihat bagaimana orang kata tidak semua yang mempunyai PHD itu bijak.  Dan, terbukti apabila mereka selesai mendengar Hassan Jati merepek, adakah mereka berbondong-bondong menyertai Jati dan keluar dari PAS.  Jawapannya juga tidak.  Hassan Jati terus syok sendiri.

Baru-baru ini beliau meroyan pasal isu murtad.  Kononnya beliau ada video sebagai bukti, tetapi rakaman belum siap dan mahu tempoh dua minggu lagi untuk siapkan video tersebut.  Aku rasa Hassan Jati perlukan nasihat pakar bikin video iaitu Datuk Eskay atau Rahim Tambi Chik agar video tersebut dilihat `tulin'.  Kita masih ingat, sewaktu JAIS atas arahan Sultan Selangor menyiasat isu serbuan sebuah Gereja di Selangor, hasilnya Sultan Selangor sebut isu itu ditutup kerana tiada bukti.  Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor.  Mengapa waktu itu beliau tidak mengemukakan bukti yang beliau kata sekarang beliau ada bukti tersebut?  Rupa-rupanya waktu itu bukti memang tiada, cuma sekarang bukti akan dicipta seperti terciptanya video seks oleh Datuk T.  Sebab itulah Hassan Jati minta tempoh dua minggu untuk siapkan pengambarannya. 

Sehebat-hebat Pakar Motivasi seperti Hassan Jati ini nampaknya semakin menjadi bahan ketawa orang ramai.  Hujah orang yang perasan beliau seorang sahaja ada PHD ini nampaknya semakin tidak tentu hala.  Saya nasihatkan Hassan Jati tidak perlu bersusah payah mencipta bukti atau membuat pengambaran video, cukup sekadar beliau tonton video yang sudah ada memperlihatkan seorang mamak bendahara berkata ' Hudud tiada di dalam Al-Quran", "Hudud ciptaan manusia (ahli Fekah) sahaja".  Beranikah Hassan Jati memberi komen atas ucapan tersebut?  Jawapannya, pasti tidak kerana beliau tahu di atas pentas siapakah beliau menumpang sekarang.  

Betullah kata orang, Hassan Jati bukan Umno, tetapi `Sub Kontrak' Umno./wfauzdin.blogspot.com