RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 5 Mac 2012

HASSAN JATI PERASAN, PAS KUAT KERANA BELIAU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHAP meroyan atau gila talak Hasan Jati dilihat semakin serius.  Semenjak kebelakangan ini beliau sering syok sendiri dengan kononnya puluhan ribu yang datang mendengar ceramahnya itu sebagai satu bukti bahawa di dalam PAS semua sudah menyokongnya.  Lebih meloyakan apabila Hassan Jati berkata salah satu faktor PAS akan kecundang nanti adalah kerana Hassan Jati.  Semenjak bila PAS kuat dan gagah kerana Hassan Jati? Baca SINI.

Jika PAS kuat dan gagah disebabkan oleh Hassan Jati, ada lojiknya PAS akan merudum tanpa Hassan Jati.  Tetapi semua tahu bahawa PAS semakin kuat dan gagah apabila Allah mentakdirkan peristiwa yang berlaku terhadap DS Anwar.  Maksudnya, PAS kuat bukan kerana DS Anwar tetapi faktor kezaliman ke atas DS Anwar maka rakyat melihat bahawa PAS sememangnya berjuang atas dasar Islam tidak mengira sesiapa pun yang dizalimi.  Itu fakta.  Hassan Jati menenggek di atas PAS juga sewaktu era reformasi yang dicetuskan oleh DS Anwar juga.  Jadi, Hassan Jati jangan perasan beliau hebat sangat.



Mahu tahu hebat atau tidak Hassan Jati bukan susah sangat.  Kita lihat semenjak Hassan Jati diterajang oleh PAS keluar, berapa orang tokoh PAS, paling tidak Ketua Cawangan PAS yang keluar dari PAS dan ikut Hassan Jati?  Mahu cari seorang Ketua Cawangan PAS yang keluar PAS dan masuk parti beras hancur bernama Jati ini pun susah, usahkan tokoh utama PAS yang bodoh sangat mahu ikut Hassan Jati yang gilakan jawatan MB Selangor itu.  Jawabnya tiada seorang pun yang gila seperti Hassan Jati.

Bayangkan betapa bengapnya politik Hassan Jati apabila beliau mengukur sokongan terhadapnya semata-mata jumlah yang hadir mendengar ceramahnya.  Semua tahu, kebanyakan yang hadir itu adalah para penyokong Umno yang semestinya mahu melihat kuda tunggangan mereka beraksi.  Tidak dinafikan juga, ada penyokong-penyokong PAS yang turut hadir sekadar mahu melihat bagaimana orang kata tidak semua yang mempunyai PHD itu bijak.  Dan, terbukti apabila mereka selesai mendengar Hassan Jati merepek, adakah mereka berbondong-bondong menyertai Jati dan keluar dari PAS.  Jawapannya juga tidak.  Hassan Jati terus syok sendiri.

Baru-baru ini beliau meroyan pasal isu murtad.  Kononnya beliau ada video sebagai bukti, tetapi rakaman belum siap dan mahu tempoh dua minggu lagi untuk siapkan video tersebut.  Aku rasa Hassan Jati perlukan nasihat pakar bikin video iaitu Datuk Eskay atau Rahim Tambi Chik agar video tersebut dilihat `tulin'.  Kita masih ingat, sewaktu JAIS atas arahan Sultan Selangor menyiasat isu serbuan sebuah Gereja di Selangor, hasilnya Sultan Selangor sebut isu itu ditutup kerana tiada bukti.  Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor.  Mengapa waktu itu beliau tidak mengemukakan bukti yang beliau kata sekarang beliau ada bukti tersebut?  Rupa-rupanya waktu itu bukti memang tiada, cuma sekarang bukti akan dicipta seperti terciptanya video seks oleh Datuk T.  Sebab itulah Hassan Jati minta tempoh dua minggu untuk siapkan pengambarannya. 

Sehebat-hebat Pakar Motivasi seperti Hassan Jati ini nampaknya semakin menjadi bahan ketawa orang ramai.  Hujah orang yang perasan beliau seorang sahaja ada PHD ini nampaknya semakin tidak tentu hala.  Saya nasihatkan Hassan Jati tidak perlu bersusah payah mencipta bukti atau membuat pengambaran video, cukup sekadar beliau tonton video yang sudah ada memperlihatkan seorang mamak bendahara berkata ' Hudud tiada di dalam Al-Quran", "Hudud ciptaan manusia (ahli Fekah) sahaja".  Beranikah Hassan Jati memberi komen atas ucapan tersebut?  Jawapannya, pasti tidak kerana beliau tahu di atas pentas siapakah beliau menumpang sekarang.  

Betullah kata orang, Hassan Jati bukan Umno, tetapi `Sub Kontrak' Umno./wfauzdin.blogspot.com


5 ulasan:

  1. bro...aku rasa pic baru profil lu berkemeja dan kod cam kurang sesuailah....nampak skima,cam poyo...identiti lu sbg bekas mat terap harus dikekalkan....

    sekadar pandangan....

    BalasPadam
  2. hahaha..member gua yg kuat umno pun bila gua tanya x pegi dengar hassan ali ceramah ke, dia jawab malas nak layan org gila..hahaha....malas nak komen dah psl hasan jati nih...gua setuju ngan anon atas nih, lu poyo la bro pakai baju kot....hahaha...ke psg niat nak jadi calon....hahaha

    BalasPadam
  3. biar la hassan tu...dah penat nanti dia brentilah'

    dulu anwar kena pecat camtu jugak..bising sana bising sini..

    bg can la member tu ...kalu nik aziz kena pecat wa tak tau la mcmana pulak..sampai thailand kut ceramah.. sekadar ingatan kita manusia bila kena pecat, mesti geram punya..

    nak kira2 anwar diberi chance bela diri dlm kabinet sebelum dipecat... kira fair latu
    jugak..

    (sian Ah Sann.. kalu ko cepat2 tukau nam Ah San dah lama ko selamat)

    BalasPadam
  4. pakar motobasi memang bijak2 kalau suruh cerita pasal ternak lembu dia punya cerita puhh...tapi sekor lembu pun xada,kalau suru cerita pasal kinzir pun dia, boleh certita,kalau kita tengok hidung nya sama besar hidung mahathir.

    BalasPadam
  5. Hassan Ali, gua ingat hangat2 taik lembu..rupa2nya hangat2 taik ayam je..cis, baru nak buka gelanggang dah selesai dah..ni yg hang tuah marah ni..

    BalasPadam