RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 3 September 2016

MAHATHIR TENTU INGAT TARIKH 02 SEPT

MAHATHIR TENTU INGAT TARIKH 02 SEPT

02 SEPT...apa ada pada 02 Sept? Mungkin ramai lagi ahli2 Umno terutamanya saluran satu dan dua yg masih ingat tarikh ini bgaimana Anwar mempertahankan maruah dirinya, enggan tunduk kpd Mahathir dan rela dirinya dipecat dari Kerusi yg menjadi impian semua org2 politik. Bagi Anwar maruah diri tak boleh dijual beli.

Tarikh ini juga satu tarikh yg tertanam dalam sanubari Mahathir yang mana bermulanya satu kesilapan besar dalam politik beliau yg kesannya sampai sekarang. Walaupun Mahathir cuba menebus kesilapannya dengan menempatkan dirinya bersama2 pejuang2 menentang rejim Najib sekarang, luka lama para penyokong Anwar masih berparut dan tidak mudah melupakannya apatah lagi Anwar masih merengkok dlm penjara.

Mahathir bernasib baik kerana barisan pembangkang utama masih memberi ruang untuk beliau menebus kesilapan beliau yg lalu dengan sama2 cuba betulkan kembali negara ini. Namun, Mahathir tidak akan selesa dan tenang di dlm perjuangannya sekarang selagi beliau tidak memohon maaf kpd Anwar dan keluarganya serta mereka yg pernah menjadi mangsa kezaliman di zamannya.

Anwar dan keluarganya tidak pernah menuntut Mahathir memohon maaf kpdnya. Permohonan maaf mestilah lahir dari hati yg jujur dan ikhlas sebagaimana seawal Anwar bebas dari penjara dulu, beliau sering katakan beliau telah maafkan Mahathir. Anwar mahu berjuang dan pandang ke hadapan. Apakah Mahathir tidak mahu sejujur Anwar? Jika Mahathir mahu diangkat sebagai pemimpin yg sebaris dengan Anwar, tidak terlambat buat beliau. Cukup dengan satu kalimah, " Saya memohon maaf kpd Anwar dan keluarganya serta kpd semua rakyat yg merasai kesusahan di zaman saya".

Khamis, 1 September 2016

FORMULA TAWAN PAHANG ?

 
 
Objektif menawan Pahang tidak akan tercapai selagi PH tidak mampu menembusi kawasan2 atau Parlimen2 yg mempunyai felda.

Boleh dikatakan semua Parlimen di Pahang ini mempunyai kawasan felda, kecuali dua Parlimen iaitu Kuantan dan Indera Mahkota. Justeru itu, untuk menawan Pahang kita wajib pecahkan kubu2 Umno/Bn di kawasan felda yg selama ini adalah aset bagi Umno/Bn.

Bagaimana caranya?

Pertama, kuatkan jentera kita di kawasan2 berkenaan.

Kedua, eratkan hubungan silaturrahim kita dengan semua peringkat masyarakat, dampingi mereka samada di majlis2 tertentu, di warung2 kopi dan kita juga mesti sentiasa menjadi ahli jemaah masjid yg berfungsi sebagai tempat penyatuan.

Ketiga, Perbanyakkan program2 kemasyarakatan dan kebajikan di kalangan penduduk. Cari permasalahan mereka dan kita mesti ke hadapan untuk membantu mereka.

Keempat, Mengedar risalah2 berkaitan kejayaan parti kita yg memerintah di Selangor dan P.Pinang.

Kelima, Giatkan pendaftaran pengundi baru terutamanya di kalangan anak2 muda felda. Dapatkan salinan IC mereka dan kita sendiri yg uruskan melalui parti.

Keenam, adakan ceramah kelompok atau perjumpaan kecil2an di kalangan masyarakat utk perkongsian maklumat.

Ketujuh, Jangan cari permusuhan dengan mereka yg tidak sealiran dgn kita. Dampingi mereka sebaik mungkin.

Kelapan, Setiap parti dalam PH, fokus kepada tektikal dan strategi praya, seperti kerja2 mencula di setiap pelusuk kawasan dan peti undi. Bancian dari semasa ke semasa untuk melihat perkembangan gerak kerja kita dan tahap sokongan kpd kita.

Dan, banyak lagi yg perlu kita boleh lakukan mulai sekarang. Ingat !! Jangan kita hebat sesama kita dalam grup wassap sahaja, tetapi kita gagal di akar umbi. Akar umbi penentu kemenangan!!
 
Sumber:  Page Pakatan Harapan FC

Ahad, 28 Ogos 2016

ANAK-ANAK MUDA BERGADUH BEREBUT NAK LAWAN MO1 ?


ADA yg bertanya, betul ke AMK bergaduh dengan Mahasiswa semalam sewaktu himpunan tangkap MO1?

Aku kata, sebetulnya himpunan semalam adalah anjuran Mahasiswa, maka kita yg hadir harus hormati penganjur dan kita raikan mereka, beri sokongan pada mereka sebab kita juga selalu seru untuk mahasiswa bangkit menentang kezaliman.

AMK pula terdiri dari anak2 muda juga, darah panas anak2 muda. Mereka mungkin teruja sewaktu berada dlm himpunan seumpama itu. Tentulah terasa ingin berada di hadapan bagi sama2 menunjukkan penentang terhadap rejim sampai terlajak.

Bagi aku, ini isu kecil. Ini membuktikan bahawa anak2 muda berebut sekarang ini untuk berada di hadapan mengepalai gerakan menentang rejim. Tapi harus ingat, jgn terlalu ramai jeneral jika mahu berperang.

Bagi aku, aku lebih pelik jika yg siang malam menyeru kepada jihad tetapi tiada masa untuk program seperti ini. Tidakkah kita malu kpd anak2 muda yg berebut2 untuk mengetuai perjuangan seperti ini?