RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 29 Mei 2010

NASIB BAIK PAS TOLAK KERJASAMA DENGAN UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

ALHAMDULILLAH, Allah telah selamatkan PAS dari berkawan dengan Umno dengan mengilhamkan kepada pucuk pimpinan PAS agar menolak Umno bagi membentuk sebarang kerjasama politik. Bayangkan jika kerjasama PAS dan Umno menjadi realiti, dimanakah PAS Justify Fullhendak tunjuk muka apabila Umno di bawah Najib ini meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia di dalam keadaan majoriti Non Muslim menentang kegiatan judi ini?

Muktamar Khas Pas sememangnya membuat keputusan yang tepat di mana telah mengambil keputusan menutup pintu rundingan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di sinilah letaknya kebijaksanaan kepimpinan PAS dengan mengambil pengajaran sejarah lampau musuh politik seagama dengannya itu. Presiden PAS beserta dengan Mursyidul Am PAS telah dapat menghidu dari jauh busuk dan tengiknya Umno ini dan ianya terbukti sekarang. Maka, pendekatan PAS untuk terus melakukan kerjasama dengan PKR dan DAP nampaknya lebih bijak dan lebih berhikmah dari segi strategi politik jangka masa panjang.

Keterbukaan DAP terutamanya di dalam memahami prinsip Islam yang dibawa oleh PAS kelihatan semakin menuju ke arah yang lebih positif. Buktinya, P.Pinang yang kini diterajui oleh DAP di bawah Lim Guan Eng serta merta mengharamkan judi yang baru diluluskan oleh pemimpin Umno itu. Begitu juga di Selangor dengan pemerintahan MB Tan Seri Khalid dari PKR. Sehingga kini saya tidak tahu apakah Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS akan turut mengikuti langkag dua buah kerajaan ini. Negeri Kelantan telah lama mengharamkan judi di negeri tersebut.

Isu judi berbeza dengan isu arak. Judi ditolak 100 % oleh semua agama di negara ini dan kewajaran Kerajaan Pusat untuk meluluskan lesen judi adalah semata-mata kerana inginkan wang yang masuk. Demi wang, mereka sanggup menjadi hina lebih hina dari yang bukan Islam. Pemimpin Umno patut malu dengan Lim Guan Eng yang Non Muslim tetapi amat bertanggungjawab terhadap rakyat di negeri tersebut. Lim Guan Eng tidak mahu rakyat di negerinya diperhambakan dengan judi. Tidak mustahil suatu ketika nanti, hasil hubungan baik PAS dengan DAP dan PKR, satu langkah yang lebih positif akan dapat diusahakan agar arak juga dapat diharamkan terus di bawah negeri-negeri PR.

Inilah yang PAS mahu capai hasil hubungan dengan DAP dan PKR. Bukan semata-mata untuk menegakkan Daulah Islam yang mungkin memakan masa yang agak panjang untuk memberi kefahaman tentang Negara Islam kepada mereka. Umno yang ahli-ahlinya majoriti Islam dan Melayu itu pun masih buta hati tentang perundangan Islam, inikan pula DAP dan ahli-ahli Non Muslim dari PKR. Jika Umno tidak buta hati mereka, sudah lama Umno akan dibubarkan dan mereka akan bersatu di bawah PAS.

Mungkin ada segelintir penyokong-penyokong atau ahli PAS yang dahulunya kecewa apabila PAS menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno, tetapi kini mereka telah diperlihatkan dengan wajah Umno yang sebenarnya. Wajah yang berselimut dengan Apco serta sekutu perniagaan judi itu sememangnya bukan jenis kawan yang halal untuk PAS bersekongkol. PAS lebih bermaruah jika terus bersama dengan DAP dan PKR, melainkan Umno akan berubah untuk mengenali agamanya yang sebenar./wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH - USAHA SELANGOR HAPUSKAN SEMUA BENTUK JUDI, UMNO PULA INGIN MENAMBAH JUDI

Harakahdaily

SUBANG, 28 Mei: Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan tidak membenarkan premis-premis miliknya terus digunakan untuk aktiviti perjudian setelah lesen premis berkenaan tamat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali berkata, mesyuarat Exco telah membuat keputusan tersebut.

Katanya, premis milik kerajaan negeri di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak akan dikembangkan untuk aktiviti perjudian apabila lesennya tamat.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian ketika ditanya mengenai laporan sebuah portal berita bahawa tiga PBT di negeri ini tidak akan membenarkan premis pengoperasian judi bola sepak Piala Dunia oleh Syarikat Ascot Sport, anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corp.

“(Mesyuarat) Exco buat keputusan tak benarkan premis-premis kita yang tamat lesen kembangkan aktiviti judi,” ujarnya kepada Harakahdaily selepas berkhutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, petang ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan Karnival Perdagangan dan Produk Islam di pekarangan masjid berkenaan yang berakhir Ahad ini. (Gambar)

Dr Hasan menjelaskan bahawa seluruh PBT di negeri ini tidak lagi mengizinkan premis judi beroperasi apabila tempoh lesennya tamat.

Mengenai karnival itu, beliau berkata, kerajaan negeri memberi galakan kepada pihak masjid menganjurkannya bagi memberi peluang kepada para peniaga berbagai peringkat menyertainya.

Selaku Exco Agama, beliau mahukan pihak surau, masjid atau institusi agama memikirkan agar dapat mengadakan aktiviti bagi mengimarahkan tempat ibadat berkenaan.

Ini, katanya selaras dengan konsep masjid wahana pembangunan umat yang diperkenalkannya dalam konteks membangunkan masyarakat.

Menurutnya, karnival yang diadakan itu adalah percubaan mana-mana masjid dan berharap mendapat kerjasama daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri serta badan bukan kerajaan agar penglibatannya lebih meluas.

“Kita buka ruang yang seluas-luasnya penyertaan dalam program ini,” ujarnya.

TAMPARAN BUAT NAJIB DAN UMNO OLEH GUAN ENG

Pulau Pinang haramkan judi bolasepak
Susan Loone
Mei 28, 10


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama./Malaysiakini

KESAN KEHADIRAN EZAM KE KELANTAN, CERAMAH ANWAR DIHADIRI KURANG 300 ORANG?

Saturday, May 29, 2010

Ceramah Pimpinan Pakatan Rakyat malam tadi di padang bandaran Tanah Merah Kelantan, kehadiran pendengar tak ramai dalam 300 jah………………

Antara pimpinan yang menyampaikan ceramah ialah Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Saifuddin Nasution.

200jahtgna1pimpinan1300jahramai1SONY DSCpendengar1anwar2

Korang agak2, berapa ratus orang haaa……………………….8???, mengarut, Umno kata tak sampai………………..

Sumber: Manekurailoni

PENDEDAHAN ANWAR TENTANG YB LOMPAT

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
28 Mei 2010

Ganjaran Wang dan Kontrak untuk Wakil Rakyat Melompat

Selama ini acapkali kita mendakwa wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang "melompat" dan bersekongkol dengan Umno-BN di atas nama 'wakil bebas mesra BN' diberikan ganjaran wang dan kontrak. Selama itulah mereka belum memberikan sebarang penafian tegas, sebaliknya berdolak dalih mengalih pandangan massa.

Kini kita telah memperoleh keterangan kukuh bahawa ahli Parlimen ditawar RM2 juta dan ada juga yang mendapat kontrak kerajaan berjuta ringgit nilainya.

Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat

Jumaat, 28 Mei 2010

SEMAKIN BANYAK EZAM BERCAKAP, SEMAKIN JELAS PUTAR BELITNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja kotak atau sesumpah yang kini ramai menggelarnya sebagai `Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah mulai belajar dari Saiful cara-cara untuk menfitnah orang lain. Jika Saiful sebelum ini bersumpah laknat junjung Al-Quran menyebut DS Anwar meliwatnya secara paksa, kemudiannya di depan wartawan mengesahkan liwat hanya berlaku sekali sahaja, kemudian pula di dalam mahkamah beliau menyebut liwat berlaku banyak kali. Pertuduhan ke atas DS Anwar adalah di bawah seksyen yang boleh diertikan sebagai perbuatan suka sama suka, tetapi Saiful menyebut perbuatan dilakukan secara paksa walaupun beliau `bersedia' dengan towelnya.

Jika cerita karut seperti ini kita anggap satu fitnah terbesar yang amat jijik dan jahat, tentunya perbuatan Ezam sesumpah juga tidak kurang jahat dan jijiknya dari Saiful. Beliau adalah orang yang akan bersama Saiful menanggung segala risiko samada di dunia mahupun di Akhirat akibat perbuatan jahatnya. Ezam sesumpah kini sudah berbelit-belit di dalam percakapannya apabila menyerang DS Anwar dan serangan itu berlanjutan pula ke atas keluarga bekas boss yang dipuja dan dipujinya dulu. Ini jenis manusia paling Munafik yang pernah wujud di dalam dunia politik negara kita.

Apabila Ezam sesumpah baru-baru ini membuat fitnah dengan menuduh DS Wan Azizah sendiri pernah memberitahunya tentang kununnya perangai buruk DS Anwar, kita sudah dapat meneka apakah tujuan Ezam berbuat demikian. Sebelum ini beliau banyak kali membuat tuduhan peribadi ke atas DS Anwar tetapi tidak berhasil untuk meyakinkan rakyat. Kelakuan buruk mamat Munafik ini tidak akan terhenti akibat dendam yang membara, maka diseretnya keluarga DS Anwar di dalam kes tersebut. Setelah bertahun beliau keluar dari KeADILan, baru kini muncul cerita DS Wan Azizah pula.

Ingatkah kita, lidah Ezam sesumpah ini banyak kali terbelit? Pada awal beliau keluar dari KeADILan, ditanya apa pandangannya tentang isu liwat, beliau berkata beliau tidak tahu dan biarlah mahkamah yang mengadilinya. Kemudian, apabila kes ini dibicarakan Ezam sesumpah berkata beliau yakin DS Anwar melakukan perbuatan tersebut setelah mendengar sendiri dari Saiful. Apabila semua cakap-cakap Ezam sesumpah ini dijadikan bangkai oleh rakyat, muncul pula idea mamat Munafik ini untuk menuduh DS Wan Azizah sendiri yang memberitahunya tentang kelakuan DS Anwar. Jika benar, bodoh benarkah DS Wan Azizah untuk bercerita masalah aib itu kepada Ezam. Dan, peliknya ketika itu mengapa Ezam tidak keluar dari parti segera? Mengapa DS Wan Azizah tidak berjumpa mana-mana ustaz atau Alim Ulamak yang ramai bersama parti KeADILan atau PAS untuk meminta nasihat jika benar DS Anwar berkelakuan buruk sedemikian? Mengapa perlu DS Wan Azizah bercerita dengan Ezam sesumpah?

Memang sudah jadi stail Ezam sesumpah, bila dia yang mulakan tuduhan dan fitnah ke atas sesiapa, dia akan minta orang yang dia fitnah itu saman atau bersumpah sepertinya untuk menjadi `sesumpah'. Untuk dia laporkan kepada pihak berkuasa, Ezam sesumpah tidak akan lakukan kerana dia bukan pejuang seperti dulu lagi. Dia kini hanya pencacai Umno sahaja yang diberi upah Senatak. Bukan Ezam tidak tahu syarat-syarat untuk bersumpah mengikut cara Islam, tetapi beliau sengaja mencabar orang lain untuk menjadi jahil sepertinya asalkan dia kelihatan sebagai hero Umno. Pernah anda dengar Ezam suruh Najib bersumpah junjung Al-Quran menyatakan tidak terlibat dengan rasuah atau komisyen kapal selam, APCO, dan berbagai lagi kemungkaran Najib? Pernah kita dengar Ezam sesumpah mencabar Khir Toyo menjunjung Al-Quran tidak terlibat dengan rasuah? Mungkin kita tidak akan mendengar Ezam sesumpah ini mencabar Hishamuddin menjunjung Al-Quran kerana tidak minum arak? Ezam sesumpah tidak akan berbuat demikian. Kerana apa? Kerana jiwanya kini terlalu lemah akibat badi Umno yang disertainya.

Perjuangan Ezam sesumpah kini hanya satu iaitu tentukan DS Anwar terpenjara dan keluarganya diaibkan walaupun DS Anwar tidak pernah mengaibkan keluarga Ezam sesumpah. Bagi saya yang pernah menderma sedikit wang untuk membela keluarga Ezam sesumpah sewaktu beliau terpenjara dahulu, Wallahi, saya tidak akan halalkan. Mudah-mudahan Allah akan selamatkan kita dan masyarakat dari manusia yang diutuskan oleh Iblis untuk merosakkan kita semua. Suatu hari nanti, Allah akan balas perbuatan manusia durjana ini dan tidak mustahil keluarga atau anak cucu mereka akan menerima kesan dari perbuatan insan terkutuk ini
./wfauzdin.blogspot.com

Heboh ADUN BN pula nak lompat...

Desas desus hangat bertiup di Kedah mengatakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional ‘ yang bermasalah’ hendak lompat parti.

ADUN berkenaan dikatakan kemungkinan membuat pengumuman awal minggu depan.

Kisah mengenai ADUN itu kini menjadi bahan bualan hangat dikalangan para wartawan di Alor Star yang sedang berusaha mendapatkan pengesahan mengenainya.

ADUN itu yang dikenali mempunyai banyak masalah peribadi termasuk menanggung beban hutang yang besar sebelum ini pernah ‘ buat perangai’.

Sementara itu sumber-sumber UMNO Kedah berkata jika ADUN berkenaan yang dimaksudkan ia bukan sesuatu yang mengejutkan jika ia bertindak seumpama itu.

Katanya ia mungkin satu taktiknya untuk menekan pimpinan UMNO membantu menyelesaikan masalahnya.

"Saya tak tahulah sampai bila pimpinan UMNO kena terus layan wakil rakyat yang begini,”katanya-27/5/2010 /Agenda Daily

MOHON LESEN JUDI DARI PAS ?

Vincent Tan Mohon Lesen Judi Dari Pas, Husam Simpan Surat Permohonan

KOTA BAHRU 27 MEI: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) harus mencontohi Kerajaan Kelantan yang tegas, komited dan tidak berkompromi dalam isu perjudian.

Tidak seperti kerajaan Umno BN, kerajaan Pas Kelantan yang didatangi Tan Sri Vincent Tan tetap tidak tunduk kepada keinginan ahli korporat itu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menyatakan Vincent Tan datang memohon untuk memperoleh lesen judi selepas tamat pilihan raya umum 2008 tetapi ditolak mentah-mentah.

Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya yang memperoleh lesen judi bola yang diluluskan kerajaan Umno BN baru-baru, sempena kejohanan Piala Dunia Jun ini.

"Pada Jun 2008, ambo (saya) diberi satu surat dari Vincent Tan. Surat itu dialamat pada Menteri Besar Kelantan dan untuk ambo. Nak suruh lulus semula lesen judi 4 nombor ekor di Kelantan.

"Surat itu masih simpan, tak tunjuk pada Tok Guru kerana ambo jawab balik kepada wakil Vincent Tan - tak payah sampai Tok Guru. Aku bagitau, permohonanmu tidak layak sama sekali," kata Husam ketika berucap di Majlis Ceramah Perdana Isu Judi di sini, malam tadi.

Husam menegaskan tidak ada lesen judi diluluskan kerajaan Kelantan sejak Pas memegang tampuk kuasa negeri pada 1990 dan kesal kerana Datuk Dr Awang Adek Hussin bersetuju dengan pelaksanaan judi bola.

Kata Husam, pengumuman yang dibuat Dr Awang Adek mengecewakan penduduk Bachok yang mengundi Timbalan Menteri Kewangan ini, sebagai Ahli Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

"Munasabahlah Islam larang perjudian dan munasabahlah bagi seorang yang waras pemikiran mementingkan akhlak dan nasib rakyat untuk berfikir bagaimana untuk kurangkan tabiat ini.

"Di Barat, mereka tubuhkan NGO untuk mendidik rakyat hentikan ketagihan judi. Tetapi malangya, ada orang Kelantan, orang Melayu, orang Islam sokong judi," katanya lagi./TVSelangor

EZAM PUN `MAIN BELAKANG' JUGA

Wednesday, May 26, 2010

huhuhu..aku pun `main belakang' jugak...janji fulusssss....

MAKA, berdegar-degarlah Senatak (Senator Katak) Ezam Sesumpah menjaja betapa beliau amat yakin dengan tuduhan liwat ke atas DS Anwar itu adalah benar. Keyakinannya itu diulang dengan lebih tegas sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Senatak. Sebab yakinnya beliau terhadap si Saiful yang Saiful sendiri tidak mengenali rapat Ezam Sesumpah melebihi yakinnya beliau terhadap DS Anwar yang berpuluh tahun beliau kenali, maka Ezam Sesumpah pun menjadi penjaja cerita fitnah tersebut.

Beliau percaya DS Anwar peliwat hanya dengar cerita dari mulut Saiful tanpa bukti atau jika ada pun hanya sekadar melihat atau membelek dubur Saiful yang mungkin menonggeng di depannya. Kita punyai bukti bahawa Ezam Sesumpah juga `peliwat' dan kita ada bukti terang dan nyata. Maksud saya, Ezam Sesumpah adalah `peliwat politik' yang terang-terang `main belakang'. Beliau tiada jawatan penting di dalam parti sekutu Apco itu, tidak bertanding malah tidak dicalonkan langsung di dalam Pilihanraya Umum yang lalu. Beliau memasuki `pintu belakang' seterusnya menjadi Senatak. Permainan `pintu belakang' ini lah yang dikata `liwat politik' yang terbukti Ezam Sesumpah ceburi.

Di mana maruah dan kehebatan Ezam Sesumpah di mata Umno? Beliau seharusnya malu bila ditawarkan jawatan secara `liwat' begitu kerana mana mungkin kununnya selaku Pahlawan Melayu masuk gelanggang secara demikian. Dahulunya beliau pernah menggelarkan Hishamuddin sebagai `lembut', tetapi setidak-tidaknya Hishamuddin masuk Parlimen secara bertarung anak jantan.

Maka, jelaslah bahawa apa yang Ezam Sesumpah pernah katakan dulu, "Tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno itu ikhlas ?", adalah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Nas dan dalilnya, lihat Senatak Ezam Sesumpah./mandor.blogspot

Khamis, 27 Mei 2010

SENATAK EZAM DIMALUKAN DI JOHOR ?



Salam..sebelum SJ nak cerita kisah benar ini SJ nak gelak dulu sebab terlalu kelakar kisah Senator dimalukan oleh Anak Muda kampung
hahahaha..hahahaha..hahahaha..hahahaha...hahahah...padan muka dengan Senatak Ezam.

Pada hari Jumaat SJ bersama saudara Azlan Pemangku Ketua AMK Johor dan beberapa dari Anak Muda di Tenggara merancang untuk mendegar Ceramah yang kononnya dipanggil kisah benar oleh saudara Senatak Ezam.SJ pun dah lama juga tak menatap yang dulunya bagi SJ dan rakan-rakan anak muda yang lain sebagai satu Ikon yang pernah memberikan kami semangat dan menanamkan benih keberanian di hati kami selaku anak muda.Orang itu tak lain tak bukan ialah Senatak Ezam yang kini telah berpaling tadah dari prinsip dan perjuangannya... SJ dan Bro Azlan bergerak dari Skudai pada jam lebih kurang 8 malam.Nak tau jugak kan apa lah yang benar sangat yang nak disampaikan oleh Senatak Ezam.




ini jer yang senatak ezam dapat kumpulkan..hahahaha

Sampai sahaja di Tenggara di Felda SG Sibol raka-rakan anak muda yang lain telah menunggu dan tidak ketinggalan saudara Roslee daripada NGO SABM telah datang juga bersama-sama.SJ dan Bro Lan tengok keadaan kampung aman jer macam tiada apa yang berlaku.Anak muda kampuang seperti biasa lepak-lepak di warung bermain gitar..ada juga yang main kompang ada juga yang layan tengok TV jer di warong-warong kopi.SJ fikir program dibatalkan rupa-rupanya memang tak ramai yang datang.hahahah...hahahah....gelakkan pertama untuk Senatak Ezam.

Setibanya di lokasi ceramah yang diadakan SJ lihat keadaan lokasi tidak sepertimana ceramah-ceramah Pakatan Rakyat.Tiada kesesakan berlaku dan ruang-ruang untuk duduk cukup banyak..tak perlu nak datang awal pun boleh duduk punya..SJ ingat keadaan hangat macam dulu2..yelah siapa tak kenal dengan Senatak Ezam@Mat dokumen..hahah..hahaha..gelakkan kedua untuk Senatak Ezam...Ketika SJ sampai program dah dimulakan dengan ceramah mengarut yang diakui sendiri oleh penceramah yang dia hanya ceramah mengarut dan kisah tidak benar..hahahaha..kesian nyer..konon-konon nak buat lawak macam apek senario ..padan muka diri sendiri menunjukkan diri sendiri menipu... Kami bertindak professional..kami hadir di lokasi itu bukan untuk buat kacau atau provokasi..kami Anak Muda Pakatan Rakyat meraikan demokrasi..kami datang untuk dengar dan lihat sahaja apa yang dilakukan oleh UMNOAPCO dalam majlis nya.Ternyata tidak seperti yang digemburkan di Media Perdana kononnya Ceramah Pakatan Rakyat berbaur fitnah dan makian.Pada malam itu dengan jelas dan nyata mereka bukan berceramah tetapi Pesta maki hamun dan Fitnah jahat.




haha..hahah...haha....ini jer ker yang UMNOAPCO Tenggara mampu kumpulkan....ini Senator lah beb buat malu jer...hahaha..

SJ cukup tidak sangka yang 'Abg Ezam' terlalu jauh berubah..jika difikirkan kembali dan ingat semula apa yang 'Abg Ezam' pernah cakap dahulu ternyata prinsip 'Abg Ezam' sudah terlalu tersasar. Kalau dahulu semasa dalam Parti Keadilan,'Abg Ezam' hadir sebagai seorang pahlawan,sebagai ikon anak muda,sebagai wira rakyat.Kini 'Abg Ezam' bukan lagi 'Abg Ezam' tetapi barua yang benar-benar menjadi balaci NajibAltantuya!!daripada seorang yang dijulang hebat sebagai pimpinan Anak Muda tapi kini hanya pencacai bagi kami.Jasa 'Abg Ezam' mendidik dan menjadikan kami seperti hari ini tidak kami lupakan.Jangan pelik dan jangan pening kenapa Anak Muda terlalu berani sekarang.Ini semua hasil didikan dan benih-benih yang 'Abg Ezam' tanam dulu..hahaha....






video ini adalah kata2 ezam semasa dulu


Tidak perlulah SJ ulas pasal isi Ceramah 'Kesah Benar' si Senatak ni dan geng nya.Sebab tiada isi semua hanya kata nista..sebab kalau SJ ulas ibarat seperti SJ menyambung dan sebarkan Fitnah yg Senatak buat.Apa yang best pada hari itu bukan isi ceramah atau program itu sendiri..tetapi malu besar yang Senatak Ezam dapat...Selesai sahaja Senatak Ezam berceramah.Sepatutnya Si Senatak ni terus pergi minum di tempat yang disediakan.Tiba-tiba Bro Lan cakap dekat budak-budak semua "korang tgk jap lagi mat Senatak ni mesti datang salam dekat wa"..betol seperti kata Bro Lan lepas Senatak Ezam bersalaman dengan pimpinan UMNOAPCO setempat Si Senatak Ezamterus ke belakang tempat SJ dan bro Lan lepak...pada mulanya keadaan baik,bersalaman tanya khabar..Bro Lan pakai baju "Siapa Arah Bunuh Altantuya" yang dibuat oleh Geng SAMM..tiba-tiba Mat Katak menempek "ini fitnah..ini semua fitnah tak boleh pakai punya,"sambil menunjal jari ke arah dada Bro Lan..

Bro Lan pun angin lah..terus Bro Lan tanya dengan professional "mana pergi prinsip abg slama ni,kenapa tadi ceramah tak bagitau cerita benar kenapa mesti abg tipu orang kampung saya" pastu Mat Katak menempek "Jangan kurang hajar dengan abg,kemudian Si Senatak nak tunjuk kuat depan budak2 UMNO dah macam citer P.Ramlee plak sorang pegang tangan pastu Senatak mendada dekat Bro Lan, "Bro Lan plak cakap "pedulik apa aku,ko yang ajar aku dulu cintakan pada kebenaran,ko yang ajar kiteorg jadi berani,jangan nak marah plak..ini semua hasil didikan ko,apa ko dah lupa prinsip ko slama ni"keadaan hampir menjadi tegang bilamana entah mana punya orang si Senatak ni bawak nak cari pasal pula dengan Bro Lan.Bro Lan dengan lantang memekik"ini kampung aku,ko jagan nak buat kepala pulak datang sini,ko lupe ke ezam dulu masa ko dalam PKR aku yang bawak ko datang tenggara ni,aku lah orang yang bawak ko g mana-mana masa ko datang Johor."kemudian yang tadi nyer konon2 nak berlagak nak serang Bro Lan semua beredar dari situ..hahaha...Senatak dimalukan depan budak2 UMNOAPCO hahahaha...kesian Senatak..inilah nasib bila dah masuk UMNOAPCO..

SJ dan rakan-rakan lain hanya tergelak melihat telatah seorang Senator yang cepat melatah dan berlagak samseng di hadapan Anak Muda marhaen...kesian Senatak Ezam...dimalukan didepan anak buah..agak2 kalu suara sedap mungkin si Senatak nyanyi cmni "malu.....malu semalu-malunya....tapi apa daya diriku dah jadi Senatak.hahahaha...




Bro Lan ( bekas anak didikan Ezam ).....bersama MB Rakyat!!tahniah Bro..Senatak kene kitai dgn lu wa caya sama lu beb!!hahahaha

Tahniah kepada Bro Azlan yang 'mengkitai' seorang Senator..kepada semua orang UMNOAPCO jangan marah,jangan melatah..ini semua hasil didikan Ezam sendiri..Ezam yang ajar kami jadi berani satu masa dahulu..dan kami yang berprinsip terus memegang prinsip itu...

Hidup Anak Muda!!!!

Sumber: Suara anak Johor

`ANAK DAJAL' DAN `SENATAK' MENCARUT DI KELANTAN

Thursday, May 27, 2010

Oleh Perisik Rakyat

Malam tadi aku sempat jenguk-jenguk Ceramah Senatak Mat Ezam dekat Merbok, Kota Bharu. macam biasa - Lokasi. kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah untuk adakan ceramah, akan "geger" 1Malaysia, 2-3 minggu berita berkaitan akan jadi tajuk utama semua Media Perdana Pencacai UMNO/BN.

Terbukti Umno gunakan sekolah untuk politik....memang Haprak !!

Dalam hal ni, UMNO/BN selalu bernasib baik. tak akan timbul isu bla bla bla berpolitik di sekolah, tak ada mana-mana Professor akan ditemubual secara ekslusif untuk ambik pandangan, tak ada bijak pandai akan ulas hal ni sebab yang terlibat ialah - UMNO/BN, Tuhan sekelian pencacai di Malaysia.

Kalau Pakatan Rakyat gunakan sekolah hari ni, esoknya akan keluar dalam mana-mana Berita Perdana culaan undi - Pakatan Rakyat bla bla bla gunakan sekolah untuk politik, taip A untuk setuju, taip B untuk tidak setuju dan taip C untuk berkecuali... bla bla bla hantar sms anda ke 58287.

Lepas buat undian akan ada pulak forum yang forumernya 2-2 pihak pro KERAjaan, lepas tu ada pulak sessi temubual dengan orang ramai yang 100% akan bantai Pakatan Rakyat sebab guna sekolah untuk tujuan politik. tipikal MeLAYU akan melompat sakan.

Masa aku sampai, Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu, Datuk Fathmi dah selesai membebel, jadi aku tak nak ulas apa-apa pasal ceramah dia semalam. Wan Khairul bekas ahli PKR (aku tak tau apa jawatan dia dalam PKR Kelantan sebelum dia keluar PKR) tengah bagi ceramah.


Pun aku tak nak ulas apa-apa sebab aku tak berapa dengar apa dia cakap sebab aku dok sibuk siapkan kamera aku.

Lepas Wan Khairul, MC serah mikrofon dekat Cucu Tun Ghafar Baba.

Yang ni buat aku sikit terkejut, masa kempen PRK Hulu Selangor, aku tengok Pak Sedare Zahid ni punya la humble, seingat aku Tun Ghafar Baba dulu pun sama macam anak dia Tamrin... tapi cucu Tun Ghafar Baba yang sorang ni lain macam sangat. jauh sangat perangai ngan penampilan dia dari Pak sedare dengan Tok dia.


`Anak Dajal' dari Melaka ini pernah menggelar Tuan Guru Nik Aziz sebagai `Pu** mak'..Dia sanggup hina `kemaluan' mak dia demi untuk bodek Umno..

Dari awal dia berceramah, sampai habis ceramah, perkataan "Al-Juburi" tak lepas dari mulut dia, Tok Guru Nik Abdul Aziz dihina cukup-cukup. senang cerita, jenis mulut tak de agama... mencarut ikut sedap mulut dia, perkataan "Buret", "Kote", "Jubur" selamab je dia sebut tanpa segan silu padahal dekat depan tu ada la dekat-dekat 50 orang kaum wanita dari umur 20an sampai ke 70an.

Gila bacul mulut... kalau Pak sedare aku macam ni, memang aku lempang je terus... buat malu anak beranak je. datang jauh-jauh dari Melaka, buat perangai huduh dekat tempat orang... harap-harap tak de la yang panas hati sampai hilang kawalan diri.


Muncung....Aku dapat apa bersama Anwar? Dengan Najib, tak perlu masuk penjara, tak perlu bertanding pilihanraya, aku dapat Senatak (Senator Katak)...

Ezam..? dapat-dapat mikrofon je, pertama sekali puji-pujian kepada Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu... Mat Ezam dah makin pakar dalam hal bodek-membodek, dia tau Datuk Fathmi memang rapat dengan Najib dan ada direct contact dengan Najib, orang macam ni kalau ikut ilmu hisab UMNO/BN, kena pandai "pom"... jilat kena lebey, tepuk jangan kasi bunyi... untung-untung, rumah banglo boleh siap sebelum target.

Tamat bahagian puji-pujian, masuk bab "6 Kotak". seingat aku masa Ezam dalam PKR dulu, dia dok canang 6 kotak tu ada dalam simpanan dia di 1 tempat rahsia. malam semalam dia bagi tau penonton, 6 kotak tu ada dekat Anwar, Anwar tak pernah bagi dia 6 kotak tu dan apa yang Anwar bagi dekat dia cuma 2 helai kertas.

Aik..? magic..? ikut suka ngko la Ezam... hajat ngko pun dah tercapai... paling best bila Mat Ezam cerita pasal perjuangan dia dengan Anwar dulu, katanya dia ikhlas tak harap apa-apa jawatan masa dengan Anwar dulu. "Anwar tu hanyalah seorang banduan, apa yang seorang banduan dapat beri pada saya..?" kata Ezam sebagai bukti dia ikhlas dalam perjuangan...

Mungkin Mat Ezam lupa nak bagitau dekat orang ramai yang hadir tentang perjuangan dia sekarang... ikhlas atau tidak..? sekarang Ezam dalam UMNO, bukan dengan seorang banduan dan semua kita tau apa yang Mat Ezam dapat akhirnya... itu harga sebuah "keikhlasan" yang tidak mengharap pada "jawatan"... jangan lupa ayat ni -

"Saya BERHAK dilantik sebagai Senator..!"


Tu ayat paling "ikhlas" dari seorang yang tak pernah mengharap pada apa-apa jawatan dalam perjuangannya... sumpah aku percaya Mat Ezam 'ikhlas"..!

Terus-terang aku cakap, aku tak nampak "bisa" Mat Ezam masa zaman Reformasi dulu. aku tak paham apa yang Mat Ezam nak sampaikan... tajuk Ceramah ialah "Kisah Benar 1", tapi aku tak dapat cari atau paham apa yang Mat Ezam cuba nak sampaikan dalam ceramah tu.

Selebihnya ceramah Mat Ezam tertumpu pada isu "Liwat"... masuk bab ni, aku cuba nak layan, tapi tak lama dapat bertahan. rasa macam tengah dengar ceritera phorno malam jumaat.

Aku jadi makin tak paham... kalaulah ini Ceramah untuk kemoen Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, aku tak nampak pengundi nak undi UMNO/BN atas alasan apa... nak undi UMNO/BN sebab seronok dengar cerita "Liwat" yang diselang-seli dengan patah-patah kata - "Jubur", "Air-Mani", "Tonggeng", "Buret", "Kote" dan macam-macam carutan..?

4 penceramah cuma tahu cerita seks luar tabie... ini Negara apa..? Negara Lancausia ke..?

** Tahniah Topeng Perak yang berkeinginan juga mahu mendengar ceramah Kisah Benar Ezam. Ceramah yang boleh diringkaskan sebagai ceramah LUCAH aka Porno diulas mantap oleh Senatak Ezam, Zahid Arif dan juga pejuang-pejuang Bangsa , Agama dan Negara iaitu UMNO,parti keramat Melayu.

Melayu berterusan dicurah dengan budaya UMNO seperti ini yang maki hamun, mencarut, cakap lucah seperti ini seolah tiada agama. Ceramah beginilah yang membodohkan orang Melayu dan membuat pemikiran kita tidak berkembang./cetusan jiwa merdeka.blog

WOW !! SIAP DAPAT PERMIT LAGI, TAHNIAH PDRM

26 Mei, 2010

Polis Pantau Perhimpunan GAS Ahad Ini

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Polis akan tetap memantau perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di sini Ahad ini walaupun telah diberikan permit, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman.

Beliau berkata walaupun perhimpunan itu diadakan di lokasi tertutup (Dewan Merdeka PWTC) namun anggota polis akan tetap ditempatkan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

"Difahamkan ribuan penyokong akan turut serta, jadi kita akan tetap memantau kerana kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini berlaku yang boleh mengganggu gugat ketenteraman," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.

Beliau diminta mengulas permohonan permit bagi perhimpunan itu oleh bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan Isnin lepas.

Mugilan membuat permohonan itu di Balai Polis Dang Wangi dan seramai 10,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan tersebut bagi mendesak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berundur dari jawatannya Julai depan dan bukan pada 2011 seperti yang dihasratkan beliau.

-- BERNAMA

NAJIB BERLEMBUT DENGAN SINGAPURA, BERKERAS DENGAN KELANTAN

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.

Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.

“Jadi saya minta sangatlah jasa baik Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menyerahkan royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

“Kiranya kerajaan boleh menganggap penyerahan KTMB kepada Singapura sesuatu yang wajar serta tidak merugikan, begitu juga penyerahan wang royalti pada Kelantan juga amat wajar serta tidak merugikan,” ujarnya./Harakahdaily

EZAM PUN `MAIN PINTU BELAKANG' ?

MP Shah Alam cabar Ezam bertanding kerusinya

Mei 26, 10


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid pada sidang medianya hari ini mengambil kesempatan untuk mencabar Ezam, yang baru-baru ini dilantik sebagai senator Dewan Negara.

Cabaran ini disuarakan wakil PAS itu dalam keadaan Pakatan Rakyat yang pada ketika ini lebih terkedepan dalam mengeksploitasi isu semasa -- khususnya isu pemberian lesen judi sukan.

"Saya juga ucapkan tahniah kepada beliau (atas perlantikan senator).

"Mungkin ini imbuhan atas khidmat dia, yang ditawarkan oleh Umno dan BN.

"(Namun) sebagai seorang yang menganggap dirinya sebagai pejuang, semestinya tidak berpuas hati memasuki Dewan Negara melalui pintu belakang," kata Khalid dengan sinis.

Ezam
pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.

Maka, Ezam perlu membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan rakyat, kata Khalid lagi.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini

"Sejauh mana penerimaan rakyat terhadap sikap dan pendirian beliau perlu dibuktikan dan saya sedar bahawa Umno Shah Alam ketandusan kepimpinan.

"Saya yakin dia akan beri tentangan yang lebih daripada pemimpin Umno sedia ada," tambahnya./Malaysiakini

MIC - RETAK MENANTI BELAH

Nampaknya, ramalan dan spekulasi yang kami buat sebelum ini bagaikan menjadi kenyataan. kami menjangka bahawa MIC pasti akan mengambil keputusan untuk meninggalkan BN jika isu berkaitan dengan Samy Vellu vs Mugilan tidak dapat diselesaikan secara profesional.

Telahan kami itu bagai menjadi kenyataan apabila Ketua Pemuda MIC Pusat, T.Mohan juga dilihat telah mengeluarkan kenyataan meminta parti itu mengkaji semula keanggotaan mereka dalam pakatan BN (Barisan Nazak). Biarpun kenyataan itu mungkin bersifat peribadi, namun ternyata ia lahir dari perasaan kesal dengan tindakan bekas pemimpin pemuda S.Mugilan yang dipecat baru-baru ini cuba menganjurkan satu perhimpunan yang dinamakan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini. Biarpun ada pemimpin pemuda MIC yang mendesak Mohan menarik balik kenyataan itu, namun kemungkinan besar beliau tidak akan berbuat demikian. Ini kerana Mohan mengambil ketetapan demikian ekoran pendedahan yang dibuat oleh anak Samy Vellu sendiri iaitu Vell Paari yang mengatakan UMNO bertanggungjawab memecah belahkan MIC dengan menyokong kumpulan anti presiden parti itu.

Nampaknya, pakatan karat BN semakin rapuh sekarang ini. Selepas MCA didesak keluar parti kerana kononnya gagal menarik pengaruh kaum Cina supaya menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Kini MIC pula yang bakal menjadi mangsa. Makanya, ini menampakkan lagi kepada kita bahawa BN sudah semakin menghampiri ke penghujung hayatnya. Kapal BN bakal karam bila-bila masa dari sekarang. Malah, kekalahan di Sibu baru-baru ini juga membuktikan bahawa rakyat sudah muak dan jelek melihat BN.

Mereka mahukan perubahan dan tidak mahu terus ditipu dengan projek "mee segera" lagi. Semoga pemimpin UMNO dapat mengambil ikhtibar akan perkara ini. Jika tidak sudah pasti harapan besar untuk rakyat melihat parti pembangkang merampas Putrajaya pasti bakal terlaksana dalam pilihanraya umum akan datang.

[Sudah jatuh ditimpa tangga, inilah yang berlaku kepada pakatan dacing karat ini sebenarnya. Selama ini mereka berbangga kononnya hubungan antara komponen BN itu kukuh dulu, kini san selamanya. Malah mereka sering memomok-momok berita dalam media arus perdana kononnya Pakatan Rakyat semakin goyah dan sering berbalah sesama sendiri. Namun, akhirnya kini perkara itu terkena atas batang hidung mereka. Inilah yang dikatakan takdir sebenarnya. Semoga pemimpin UMNO BN dapat bermuhasabah diri, sebelum jangka hayat malah talian hayat mereka di Sabah dan Sarawak itu tumbang satu persatu ditangan rakyat. Insaflah dan kembali ke pangkal jalan. Apa yang pasti, pilihanraya umum akan datang pastinya lebih mendebarkan dan akan menyaksikan satu lagi gelombang Tsunami yang lebih besar buat rakyat. Angin perubahan kian terasa dimana-mana sekarang ini, maka puak-puak UMNO BN tidak boleh lagi mendabik dada kononnya mereka sukar untuk dikalahkan kali ini!]./Pahang Daily

Rabu, 26 Mei 2010

FOTO - KJ TAMAT LATIHAN ASKAR WATANIAH

Rasa macam pernah jumpa….

Kenal siapa ni? Sekali imbas tak ubah macam mana-mana anggota tentera yang baru tamat latihan.Rupanya di sini beliau ‘ menyepi’ selama sebulan.

Ini kerana ramai juga orang bertanya kemana perginya Khairy Jamaluddin.Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidak kelihatan semasa kempen pilihanraya kecil Sibu di Sarawak baru-baru ini.

Hari Selasa beliau menamatkan latihan sebagai askar Wataniah yang disertainya.




Sepanjang sebulan Khairy menjalani latihan ketenteraan di sekitar Negeri Sembilan dan Johor.

Ahli Parlimen Rembau ini muncul sebagai sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Akademik Terbaik Kursus Asas Perajurit Muda (Sukarela) Siri 1/2010 Rejimen 508 Askar Wataniah pada majlis di , Rasah, sekat Seremban. Menurut Khairy, penyertaannya dalam pasukan simpanan tentera darat itu semata-mata untuk berkhidmat kepada negara dan bukan disebabkan dorongan politik.




Katanya beliau mempelajari banyak perkara semasa dalam latihan itu dan berharap dapat menarik golongan muda tanpa mengira fahaman politik untuk menyertai askar Wataniah.

Khairy mengakui bahawa beliau sungguh minat dengan tentera, walaupun tidak pernah menyertai pasukan beruniform semasa dibangku sekolah dan pusat pengajian tinggi tetapi penyertaannya dalam Askar Wataniah telah menyempurnakan impian untuk menyarung uniform. Beliau memilih untuk menjalani latihan asas dari bawah sebagai rekrut sedangkan ditawarkan untuk memiliki pangkat Mejar Kehormat.

“Saya masih muda, ada kudrat sikit, sebagai orang muda kita kena lalui dari bawah sepertimana 86 rekrut lain, dalam askar tiada jalan pintas, saya masak, makan, minum, mandi dan bekerjasama dalam apa juga keadaan” katanya. Beliau sifatkan latihan Askar Wataniah lebih mencabar dan lasak walaupun selama sebulan berbanding Latihan Khidmat Negara (LKN) yang mengambil masa selama tiga bulan. “Sebulan, lihatlah saya dah kurus dan rentung…walaupun azab seksa, kena kawad dari pagi sampai petang dan pernah sampai tengahmalam, kena ‘pumping’ berpuluh kali, tukar baju tujuh lapan kali, kena buat dan rasa dulu, kita jadi contoh pada golongan muda,” katanya.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut mentuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne, isterinya Nori dan ibunya Datuk Rahmah Abdul Hamid.-25/5/2010/Agenda Daily

ISU LIMBANG DAN MINYAK - ANWAR MAHU BERDEPAN DENGAN NAJIB DI PARLIMEN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan UMNO-BN di Parlimen minggu depan berhubung tindakan menyerahkan dua pelantar yang kaya dengan hasil minyak kepada Brunei dengan alasan negara itu kononnya bersetuju mengugurkan tuntutannya ke atas wilayah Limbang di Sarawak.

Menurut sumber, Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan isu itu pada 8 Jun, sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen pada hari yang sama.

UMNO menggunakan majoritinya dalam Parlimen untuk memastikan Anwar dikenakan tindakan kerana mendedahkan kerajaan Umno-BN menggunakan kepakaran Zionis-Yahudi dalam membuat keputusan-keputusan kerajaan, khususnya dalam merangka konsep 1Malaysia yang mirip dengan program 1Israel.

Walaupun berhadap dengan kemungkinan digantung dari Parlimen, Anwar tetap bertekad untuk mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang dianggap bernilai RM320 bilion juta kepada Brunei, sekaligus menafikan rakyat Sabah dan Sarawak daripada mengecapi hasil lumayan itu.

Malaysia mendakwa sebagai balasan pemberian itu, Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, namun hakikatnya ialah Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mahu kerajaan menjelaskan berhubung kehilangan hak milik Malaysia ke atas dua lapangan minyak itu secara jelas dan terbuka.

" Ini Dewan Rakyat dan tentulah satu perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai di mana kerajaan perlu memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kedudukan Limbang kerana adalah tuntutan kedaulatan Limbang oleh Sultan Brunei" ujar beliau.

Kit Siang yang juga penasihat DAP berkata, walaupun keputusan untuk membenarkan atau pun tidak usul tersebut dibahaskan pada sesi parlimen kali ini, semuanya terletak di tangan Speaker dan juga Perdana Menteri.

" Sama ada Datuk Seri Anwar akan diberikan peluang untuk mengemukakan satu usul akan bergantung kepada pendirian kerajaan Barisan Nasional. Sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana pendirian Perdana Menteri dan sebab itu kita menggesa Perdana Menteri untuk menyetujui bahawa perkara ini adalah perkara yang penting dan patut mendahului urusan parlimen" ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu kedaulatan wilayah Limbang sekiranya tidak bersedia menerima usul dari Ketua Pembangkang.

Katanya kerajaan harus memperakui kelemahan namun dalam masa yang sama menggantikannya dengan ketelusan.

" Kami boleh bersetuju jika pihak kerajaan sendiri yang membawa usul satu bentuk pembentangan kertas putih, maknanya kami boleh terima kalau mereka kata mereka belum bersedia menerima usul dari Ketua Pembangkang atau dari mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang". /TVSelangor

MEREKA BELI WAKIL RAKYAT PKR KERANA TIDAK BOLEH `PUKUL' SAYA - ANWAR

Setakat ini tiada lagi lompat parti, kata Anwar

Jimadie Shah Othman, Regina Lee & Wong Teck Chi

Mei 25, 10


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat yang diketahuinya, tiada lagi wakil rakyat PKR yang akan melompat parti setakat ini.

"Ya, setakat yang kita tahu (tiada). Tetapi kalau tawarannya naik daripada RM2 juta kepada 5 juta, saya tak tahu. Setakat ini kita dengar keadaan terkawal," katanya menyifatkan 'pamitan ke sebelah sana' (Umno) sudah berlalu.

Beliau yang juga ketua umum PKR berkata, sebagai sebuah parti baru, menjadi lumrah ia diserang kuat - pengalaman yang menurutnya dikongsi bersama oleh DAP dan PKR sebelum ini, termasuk Umno sendiri.

"Malah Umno sebelum ini menyaksikan penghijarahan pemimpin utama, (termasuk) presiden pertama, kedua dan keempatnya.

"Jadi dalam konteks kita (PKR), kalau (musuh) anggap tak boleh pukul saya secara langsung, (mereka) pukul kekuatan (lain) yang ada pada PKR," katanya.

Selepas pilihan raya umum dua tahun lalu, PKR kehilangan tujuh kerusi parlimen (lihat carta bawah). Empat daripadanya akibat tindakan melompat parti, manakala seorang lagi dipecat.

Tindakan melompat parti oleh ADUN PKR - yang kemudiannya mengisytiharkan menjadi "bebas mesra BN" - juga menyumbang ke arah runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan bekas menteri besar Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di Perak.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini, Anwar berulang kali menegaskan bahawa bekas pemimpin PKR yang melompat "dibeli" dan mendedahkan pihaknya kini sudah bersedia dengan pita rakaman.

"Kita sekarang nasihati kawan-kawan kita buat pita rakaman (tawaran melompat parti)," katanya ketika dikunjungi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Rakam cubaan menyogok

"Rakaman (menunjukkan) kalau disogok dengan wang. Kita cuba dapatkan dengan (pita rakaman) itu. Kalau lapor pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) tak ada kesan.

"Maknanya, kalau kita ambil rakaman, kita boleh edar pada orang ramai. Saya tak yakin institusi pemerintah akan lakukan apa-apa, kerana ini arahan pimpinan negara."

Katanya, walaupun seorang demi seorang wakil rakyat dan pemimpin PKR sebelum ini melompat parti, sokongan di peringkat akar umbi tidak terjejas kerana mendakwa ia 'dibuat hasil daripada "perjanjian sulit", bukan dengan restu rakyat.

"Macam Bayan Baru (Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim), selain ahli parlimen (itu) tak ada (ikut), yang lain tinggal (bersama parti). Tiada cabang dibubar, tiada pemimpin (bahagian) keluar. Saya tak lihat masalah," katanya.

Sementara itu, Anwar juga menjangkakan isu pemimpinnya yang lompat parti akan dibangkitkan oleh perwakilan parti itu dalam kongres tahunannya yang akan diadakan pada hujung bulan ini.

"Dalam perbahasan (kongres) kita bebas. Dan kita beri ruang. Oleh yang demikian, saya rasa (perkara ini) akan dibangkitkan, wajar dibangkitkan. Saya rasa (mereka) perlu penjelasan," katanya lagi.

Mengakui parti "sedikit terjejas" dengan tindakan beberapa orang wakil rakyatnya, beliau menjangkakan anggota parti itu akan mendesak pucuk pimpinan PKR lebih teliti memilih calon untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Kita akan jelaskan pemilihan (calon) lalu, dengan keadaan terbatas, tak tamai golongan profesional, sarjana dan intelektual sanggup (bertanding), jadi kita pilih yang ada sahajalah.

"Oleh kerana itu, kesannya juga ada," kata ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, beberapa 'orang yang rapat dengannya', yang kini berpaling menentangnya, hanya bertemu dengannya "setahun dua kali".

"Lagi pun di Malaysia ini, siapa yang tak rapat dengan saya? Cuba beritahu," katanya cuba berjenaka./Malaysiakini

ANAK SAMY VELLU TUDUH UMNO `PEMBUNUH POLITIK'

TPM: Tuduhan anak Samy Vellu terhadap Umno biadap
Mei 25, 10


Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S Vell Paari - anak presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu - kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan perdana menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

"Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap Umno menerusi sebuah laman web "Free Malaysia Today."

Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN, berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh di Muar hari ini.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya Vell Paari (kiri) merupakan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kemelut dalaman MIC kerana beliau merupakan anak kepada parti itu.

Apa pun, kata Muhyiddin, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengeluarkan kenyataan yang mahu melihat kemelut dalaman MIC itu diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam parti itu mestilah berdasarkan kepada dasar keadilan dan ketelusan.

"Sebagai pemimpin dalam mana-mana parti komponen BN, tidak kira mana parti sekalipun, sebarang permasalahan dalam parti mestilah diselesaikan secara adil dan saksama," katanya.

Muhyiddin berkata sebarang usaha untuk menyelesaikan permasalahan dalam parti mestilah mengikut perlembagaan dan prosedur parti.

"Sebagaimana yang dilakukan oleh kita di dalam Umno, jika kita terpaksa bertindak memecat seseorang daripada parti, ia mestilah berdasarkan prosedur dan peraturan yang sedia ada dalam parti," katanya.

Timbalan perdana menteri berkata setiap parti komponen BN perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan segera supaya kedudukan BN yang semakin kukuh kini di bawah pentadbiran Najib dapat diteruskan.

Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tentang masalah disiplin yang serius di sebuah sekolah di Rawang, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pihaknya telah mengarahkan agar satu siasatan dijalankan.

Jika masalah itu melibatkan disiplin pelajar, katanya, kementerian mempunyai bentuk tindakan yang boleh diambil, tetapi jika ia membabitkan undang-undang, maka polis akan diminta supaya menjalankan siasatan.

"Apapun untuk adil kepada semua pihak, siasatan perlu dilakukan," katanya.

- Bernama

RAJA KATAK HANYA BERANI DI MEDIA, DEBAT TAKUT

Ibrahim Ali pula belasah Pemuda PAS

Mei 25, 10


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi menegaskan bahawa PERKASA merupakan NGO pertama yang membantah apabila kerajaan meluluskan lesen judi pertaruhan Piala Dunia.

Berikutan itu, beliau menyifatkan Dewan Pemuda PAS dan mereka yang berkenaan sebagai 'buta tuli' dan hendak mencari modal untuk menghentam PERKASA apabila mencabarnya berdebat mengenai lesen judi bola itu.

"Sebenarnya, PERKASA (adalah) NGO pertama buat bantahan bila kerajaan nak lulus lesen judi.

"Kenyataan saya keluar dalam Astro Awani banyak kali awal-awal lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas menegaskan demikian sebagai mengulas cabaran Dewan Pemuda PAS pusat untuk berdebat dengan PERKASA mengenai kemungkiran judi.

Cabaran tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan hari ini.

Beliau mencadangkan debat perdama itu dijalankan atas "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa".

Nasrudin berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa kecuali sewaktu muktamar parti itu dari 9 hingga 13 Jun depan.

Mengulas lanjut, Ibrahim pula mencabar Pemuda PAS mendesak kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan premis judi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

"Bukankah Selangor dan Pulau Pinang bawah kerajaan PR (Pakatan Rakyat)," katanya mencabar mereka berbuat jika benar-benar 'anak jantan'./Malaysiakini

Selasa, 25 Mei 2010

BUKTI NYATA DAN JELAS KERAJAAN PERPADUAN TELAH BERAKHIR



Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Kelab Penyokong PAS secara rasminya diterima menjadi keahlian di dalam PAS, maka PAS telah membuktikan bahawa parti tersebut telah `menoktah'kan isu Kerajaan Perpaduan yang lebih dikenali sebagai UG itu. Memang pun semenjak berakhir Muktamar Khas PAS sebelum ini, PAS menjelaskan tiada lagi isu Kerajaan Perpaduan, namun isu tersebut seperti sukar untuk diterima oleh beberapa ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Sukarnya kepimpinan PAS untuk meyakinkan ahli dan penyokong mereka tentang ketetapan PAS untuk menamatkan isu tersebut lebih-lebih lagi media pencacai Umno memainkan peranan mereka untuk mendatangkan kesangsian orang ramai. Bahkan, beberapa Blogger pro PR juga dilihat seperti sangsi dengan jaminan tersebut. Mereka amat bimbang sekiranya PAS kembali terjebak dengan tipu daya sekutu APCO itu.

Akhirnya, isu tersebut dibuktikan dengan jelas dan nyata apabila PAS tidak berlengah lagi meluluskan kemasukan lebih 20 ribu ahli Kelab Penyokong PAS menyertai parti tersebut. Ini sekali gus menunjukkan PAS tidak lagi mahu bermain mata dengan Umno kerana bukan baru PAS mengenali wajah Umno. PAS kini ingin maju ke hadapan dan tiada jalan lain untuk memperkuatkan PAS melainkan berbaik dan bekerjasama dengan mereka yang terbukti tidak pernah menyakiti atau mengkhianati PAS. Kaum Cina dan India yang kebanyakan menjadi ahli kepada Kelab Penyokong PAS ini telah menunjukkan komitmen mereka untuk bersusah dan bersenang bersama PAS. Ini tidak pernah ditunjukkan oleh Umno dulu, kini dan selamanya.
Justeru itu, tindakan politik yang tidak lagi mahu bersama Umno adalah satu tindakan tepat dan wajar.

Sekiranya Umno ingin menyeru kepada perpaduan atas dasar bangsa Melayu atau atas dasar Islam, mereka mestilah berhijrah ke dalam PAS bukannya PAS melutut kepada mereka. Sekiranya kaum Cina dan India yang Non Muslim boleh terima PAS dengan mereka mengetahui dasar-dasar PAS, mengapa Umno masih segan atau takut untuk bersama PAS? Tidakkah Melayu dan Islam itu boleh bersatu di dalam PAS? Bersatunya Melayu Islam di dalam PAS akan lebih menguntungkan semua kaum dan agama di negara ini kerana prinsip Islam itu adalah adil kepada semua.

Selepas ini diharapkan tiada lagi yang mempertikaikan keazaman PAS untuk terus bersama PR. Saya yakin tiada lagi yang kerjanya hanya melabelkan pemimpin itu dan ini sebagai pro Umno. Biarlah sejarah lama berlalu dan dijadikan satu pengajaran. Komitmen PAS di dalam PR telah pun dibuktikan di dalam PRK di Hulu Selangor dan juga lebih cemerlang di Sibu. Semua pemimpin PAS bertungkus lumus membantu rakan-rakan di dalam PR. Komitmen ini juga dilihat oleh berbagai kaum di negara ini sebagai satu pendekatan politik PAS yang lebih mesra dan berhikmah. Justeru itu, jangan ada lagi di antara kita merosakkan semua ini. Biarlah Umno sahaja yang menjadi seteru kita sehingga Umno insaf bahawa mereka itu Melayu dan Islam.

Bagi pemimpin-pemimpin di dalam PR pula haruslah dilihat serius untuk meneruskan perjuangan menuntut keadilan ini. Tindakan pimpinan haruslah dilihat tegas agar mereka tidak lagi boleh mengandaikan pemimpin kita masih boleh dipengaruhi dengan berbagai umpan seperti perpaduan Melayu dan Islam, kununnya. Hanya satu jawapan sahaja yang boleh kita berikan kepada Umno jika mereka berhasrat untuk mewujudkan perpaduan, iaitu mereka hendaklah bersama PAS atau PR. Tiada lagi jawapan-jawapan yang boleh mengelirukan ahli dan penyokong-penyokong kita termasuk rakan kita di dalam PR.

Percayalah, Umno terutamanya amat takut dan gementar sekarang kerana PAS tidak lagi seperti PAS di era 70 dan 80 an. Di samping tidak menggadaikan prinsip, PAS mesti lebih bijak untuk menguasai politik tanahair selagi PAS masih memilih sistem demokrasi untuk berkuasa di negara ini. /wfauzdin.blogspot.com

PR SEDANG CUCI `NAJIS' PENINGGALAN UMNO, TIADA PREMIS BARU JUDI DILULUSKAN

K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru

Abdul Rahim Sabri & Puteri Aida Haryani

Mei 24, 10

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz tang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.

Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.

Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.

Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.

Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.

"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS./Malaysiakini

JAMIL KHIR - KITA TANYA SOAL JUDI, DIA CERITA PASAL LOMPAT PARTI

Lambang Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT)

Sunday, May 23, 2010

DI DALAM kesibukan kita bertanya kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir tentang komen, ulasan atau pandangannya tentang lesen judi yang dikeluarkan oleh kerajaan, bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera ini bercerita pasal lompat parti di Kedah pula. Beliau yang juga Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah menyatakan jika ada Adun dari PR yang melompat keluar dari parti adalah kerana Adun berkenaan tidak mahu menipu rakyat, katanya.

Hakikatnya malam semalam di dalam satu ceramah umum di Kedah, telah dibuktikan dengan jelas tiada sebarang niat Adun-Adun dari PR yang ingin melompat parti. Justeru itu, usahlah Jamil Khir bersusah payah untuk mengutip isu berkenaan. Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab di dalam urusan berkaitan agama Islam terlebih dahulu peka dan sensitif dengan isu lesen judi bola sepak yang baru diluluskan itu.

Tidak hairan jika beliau tidak mampu untuk bersuara membela agama di dalam kabinet Najib sedangkan sewaktu beliau menjadi Pengarah KAGAT di dalam ATM iaitu satu organisasi sekecil itu pun beliau gagal melahirkan warga tentera yang mempunyai kemantapan iman yang kuat. Masakan beliau berupaya mengubah dasar negara di dalam keadaan jawatan yang beliau pegang sekarang pun datangnya dari belakang tanpa melalui pilihan raya.

Siapalah Jamil Khir yang mungkin ingin mengubah Umno dari dalam sepertimana juga Mashitah Ibrahim dan Firdaus bekas Imam Besar Masjid Negara itu. Apa yang mereka lakukan di dalam kabinet Najib? Memalukan, sebaik sahaja Jamil Khir dilantik sebagai Menteri yang menjaga agama tiba-tiba lesen judi bola sepak diluluskan. Tidakkah Jamil Khir, Mashitah dan Firdaus merasa tercabar? /mandor.blogspot.com

AMARAN KEPADA PEMUDA MIC, JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN ANJURAN GAS

24 Mei, 2010

Ahli Pemuda MIC Diberi Amaran Elak Sebarang Perhimpunan Gas

KLANG, 24 Mei (Bernama) -- Ketua Pemuda MIC T. Mohan memberi amaran kepada semua anggota sayap itu supaya jangan menghadiri perhimpunan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) di Kuala Lumpur atau mana-mana tempat lain pada Ahad ini.

Katanya ahli Pemuda yang didapati terbabit dalam perhimpunan itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu sebelum sebarang tindakan diambil.

Mohan berkata beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa terdapat rancangan untuk melancarkan GAS pada satu perhimpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad ini.

GAS diasaskan oleh bekas timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang mendesak Samy Vellu berundur segera sebagai presiden sebelum tarikh peralihan kuasa pada September tahun depan.

Mohan hadir di Rumah Kebajikan Rita di sini bagi meraikan persandingan pasangan pengantin T.M. Krishnan dan M.R. Kalaiarasi.

Kalaiarasi, 21, merupakan penghuni rumah kebajikan itu sejak beliau berusia sembilan tahun.

-- BERNAMA

PRK Hulu Selangor Wajar Dibatal, Sogokan Janji Najib Jadi Sandaran

Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim memfailkan petisyen pilihanraya meminta Suruhanjaya Pilihanraya membatalkan keputusan PRK Hulu Selangor.

Zaid dalam petisyen beliau membutirkan salah-laku rasuah Barisan Nasional sepanjang proses kempen pilihanraya itu.

Petisyen itu difailkan melalui Tetuan Thomas Philips pada jam 11 pagi tadi di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Petisyen itu difailkan dibawah seksyen 32(a) dan 32 (c) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Antara kandungan petisyen itu adalah calon BN, P.Kamalanathan secara langsung atau tidak langsung melalui Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak melakukan sogokan berjanji pada pengundi terutama di kawasan Rasa bahawa RM 3 Juta akan diberikan kepada SJKC Rasa, Hulu Selangor.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib kepada SRKJ (C) Rasa, Hulu Selangor dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda Sungai Buaya," kata MAlik Imtiaz Sarwar, salah seorang Peguam Zaid.

Pencabarnya juga didakwa melakukan sogokan kepada peneroka felda Sungai Buaya sebanyak RM 50,000 dan wasi mereka akan diberikan RM160,000 setiap ekar tanah yang telah dibangunkan. BN juga berjanji kepada pengundi terutama sekitar Kalumpang bahawasanya RM 300,000 akan diberikan kepada SRJK(C) Kalumpang sekiranya calon BN menang.

Semua sogokan itu bersyarat tunggal iaitu BN perlu memenangi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Pempetisyen turut menamakan Pegawai Pengurus PRK Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dalam petisyen itu.

Keputusan PRK Hulu Selangor menyaksikan Zaid tewas kepada calon BN, P Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.

Seksyen 35 (a) memperuntukkan bahawa perbicaraan harus diselesaikan dalam masa 6 bulan dari tarikh pemfailan petisyen.

Antara peguam yang mewakili Zaid adalah Malik Imtiaz Sarwar, Azhar Azizan, Gobind Singh Deo dan beberapa peguam lagi./TVSelangor

ADUN KERDAU OK, CUMA TIDAK BOLEH BERCAKAP

ADUN Kerdau stabil tapi tak berupaya bercakap
Mei 24, 10


Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, Zaharuddin bagaimanapun belum berupaya untuk bercakap dan keadaan beliau stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lalu.

- Bernama

Isnin, 24 Mei 2010

AKHBAR PRO PAKATAN RAKYAT DIRAMPAS

KDN rampas tabloid Kabar Era Pakatan
Salhan K Ahmad
Mei 24, 10


Baru dua bulan di pasaran, tabloid politik - Kabar Era Pakatan - sudah berdepan dengan tekanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila kira-kira 3,000 nashkah tabloid tersebut dirampas Jumaat lalu kerana memuatkan isu yang menyentuh perdana menteri.
.
Akhbar yang dirampas itu merupakan nashkah edisi pertama (5 hingga 20 April) dan edisi ketiga (9 hingga 22 Mei).

Ketua pengarangnya, Mat Zahari Ali hairan mengapa akhbar tersebut dirampas sedangkan KDN tidak mengeluarkan apa-apa notis kepadanya sebelum tindakan tersebut diambil.

Sepatutnya, kata beliau, KDN bertindak lebih profesional dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada mereka sebelum mengambil tindakan seperti itu.

Tambahnya, nashkah tersebut dirampas di beberapa premis pengedar di Ipoh dan Taiping di Perak dan juga Gombak, Selangor.

"Ada juga dirampas di kedai-kedai, saya percaya ia bertujuan menakut-nakutkan penjual," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mat Zahari mendakwa, beliau tidak menerima apa-apa surat daripada kementerian tersebut yang boleh mengesahkan rampasan berkenaan.

"Cuma pada Jumaat lalu saya dimaklumkan (oleh seorang pegawai kementerian) melalui telefon dan melalui e-mel supaya berjumpa mereka bersabit soal permit.

"Tapi mereka langsung tidak cakap mengenai rampasan. Apabila saya tanya (telefon) beberapa orang pegawai kementerian, mereka meminta saya merujuk kepada pegawai atasan.

"Jadi saya rasa tindakan ini diambil dari segi politik, kerana isu-isu yang dimuatkan," katanya.

Keluaran pertama akbar tersebut mengandungi tajuk utama "Siasat hubungan Najib-APCO: Anwar" manakala keluaran ketiga pula digariskan dengan tajuk besar "Najib, Razak Baginda tersenarai" berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.

Mat Zahari sebelum ini merupakan ketua pengarang Konsep Era Pakatan yang berjaya diterbitkan sebanyak 20 keluaran, namun permit tabloid politik itu tidak diperbaharui sejak September tahun lalu.

Berikutan itu, beliau menerajui pula tabloid Kabar Era Pakatan yang mula diterbitkan dengan kekerapan dua minggu sekali sejak awal April lalu.

Mat Zahari menjelaskan, keluaran pertama itu adalah berkenaan hubungan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan firma perundingan awam Apco Worldwide.

"Keluaran ketiga (kanan) pula pula berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene," katanya.

Katanya, kesemua pegawai KDN yang dihubunginya enggan memberi penjelasan memuaskan.
Pagi ini beliau ke ibu pejabat KDN di Putrajaya untuk bertemu dengan seorang pegawai bernama Abdul Razak Abdul Talib, daripada bahagian permit penerbitan.
"Saya tanya dia kenapa akhbar ini dirampas, dia kata dia tak tahu kerana itu (urusan) bahagian penguatkuasa.
"Saya hairan kenapa bahagian penguatkuasa tidak rujuk bahagian permit. Sepatutnya (Abdul Razak) maklum dengan perkara itu," katanya.
Mat Zahari berkata, beliau kini sedang berusaha untuk menghubungi ketua setiausaha bahagian kawalan penerbitan tersebut Datuk Zaiton Abdul Samad.

"(Ada pegawai) yang kata tindakan itu sebab tajuk tidak sama dengan contoh penerbitan yang dihantar kepada kementerian," katanya lagi.

Mat Zahari berkata, pegawai berkenaan juga memberitahunya bahawa penerbitan itu dikeluarkan tanpa permit.

"Kenapa pula (sebab) tidak ada permit, sebab di (kepala) akhbar ini memang dicetak sekali nombor permit," katanya./Malaysiakini