RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 26 Mei 2010

ISU LIMBANG DAN MINYAK - ANWAR MAHU BERDEPAN DENGAN NAJIB DI PARLIMEN

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut penjelasan penuh daripada kerajaan UMNO-BN di Parlimen minggu depan berhubung tindakan menyerahkan dua pelantar yang kaya dengan hasil minyak kepada Brunei dengan alasan negara itu kononnya bersetuju mengugurkan tuntutannya ke atas wilayah Limbang di Sarawak.

Menurut sumber, Anwar telah memperolehi kelulusan khas daripada Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Mulia untuk membahaskan isu itu pada 8 Jun, sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen pada hari yang sama.

UMNO menggunakan majoritinya dalam Parlimen untuk memastikan Anwar dikenakan tindakan kerana mendedahkan kerajaan Umno-BN menggunakan kepakaran Zionis-Yahudi dalam membuat keputusan-keputusan kerajaan, khususnya dalam merangka konsep 1Malaysia yang mirip dengan program 1Israel.

Walaupun berhadap dengan kemungkinan digantung dari Parlimen, Anwar tetap bertekad untuk mencabar keputusan kerajaan menyerahkan dua pelantar minyak yang dianggap bernilai RM320 bilion juta kepada Brunei, sekaligus menafikan rakyat Sabah dan Sarawak daripada mengecapi hasil lumayan itu.

Malaysia mendakwa sebagai balasan pemberian itu, Brunei menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, namun hakikatnya ialah Brunei tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi menarik balik tuntutannya itu.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, Pakatan Rakyat mahu kerajaan menjelaskan berhubung kehilangan hak milik Malaysia ke atas dua lapangan minyak itu secara jelas dan terbuka.

" Ini Dewan Rakyat dan tentulah satu perkara yang melibatkan kepentingan orang ramai di mana kerajaan perlu memberi penjelasan yang memuaskan berhubung kedudukan Limbang kerana adalah tuntutan kedaulatan Limbang oleh Sultan Brunei" ujar beliau.

Kit Siang yang juga penasihat DAP berkata, walaupun keputusan untuk membenarkan atau pun tidak usul tersebut dibahaskan pada sesi parlimen kali ini, semuanya terletak di tangan Speaker dan juga Perdana Menteri.

" Sama ada Datuk Seri Anwar akan diberikan peluang untuk mengemukakan satu usul akan bergantung kepada pendirian kerajaan Barisan Nasional. Sampai sekarang kita tidak tahu bagaimana pendirian Perdana Menteri dan sebab itu kita menggesa Perdana Menteri untuk menyetujui bahawa perkara ini adalah perkara yang penting dan patut mendahului urusan parlimen" ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mencadangkan kerajaan membentangkan kertas putih bagi menjelaskan isu kedaulatan wilayah Limbang sekiranya tidak bersedia menerima usul dari Ketua Pembangkang.

Katanya kerajaan harus memperakui kelemahan namun dalam masa yang sama menggantikannya dengan ketelusan.

" Kami boleh bersetuju jika pihak kerajaan sendiri yang membawa usul satu bentuk pembentangan kertas putih, maknanya kami boleh terima kalau mereka kata mereka belum bersedia menerima usul dari Ketua Pembangkang atau dari mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang". /TVSelangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan