RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 26 Jun 2010

SIAPA PUN BOLEH JADI MB SELANGOR ASALKAN BUKAN DARI UMNO

TIDAK kira siapa mahu jadi MB di Selangor. Apa yang penting mesti kita tentukan adalah MB Selangor mestilah dari PR bukannya dari Umno. Lagi pun, isu yang dihebohkan oleh media pencacai sekarang ini bukan masalah besar sangat pun. Cuma, beberapa pihak yang tidak puas hati dengan pendekatan YB Khalid mentadbir Negeri Selangor. Itu sahaja.

Ini masalah `khilaf' bukan masalah pokok. Apa yang aku tidak berapa senang adalah sikap pemimpin kita yang masih mahu bercakap dengan media pencacai seperti dari TV 3 suku tu. YB Azmin pun bercakap dengan TV 3 suku begitu juga dengan YB Khalid. Kita sudah kenal stail dan cara media haprak itu memainkan isu, kita masih lagi mahu bercakap dengan lidah syaitan tersebut. Hasilnya, selepas mereka dapatkan kenyataan dari YB Azmin dan YB Khalid, yang memberi ulasan pula diberikan kepada firaun besar dari Kulim YB Zul si tukang putar belit untuk mengulas. Apa lagi, orang mengantuk disorong bantal lah jawabnya.

Kita sibuk minta rakyat boikot media haprak itu, tetapi pemimpin kita masih mahu percaya kepada puak mereka. Rugi sangatkah kita jika tidak bercakap dengan TV 3 suku atau Utusan Meloya? Nasib baik TV 3 suku tidak minta raja sesumpah Senatak Ezam untuk mengulas isu di Selangor. Jika tidak, sudah pasti raja sesumpah akan menyebut bahawa DS Anwar lah puncanya yang berlaku di Selangor. Bukankah Senatak Ezam itu tidak boleh bercakap jika tidak sebut nama DS Anwar?

YB Zul Kulim pun sebut nama DS Anwar juga. Dia kata apa yang berlaku di Selangor adalah kerja DS Anwar. Beliau juga sebut, bila kununnya krisis ini memuncak, DS Anwar lari ke luar negara. Bodohnya peguam seperti beliau ini, tidakkah beliau tahu DS Anwar akan hadir sewaktu pemukiman PKR yang dijadualkan hari ini di Selangor? Mengapa mahu kata DS Anwar melarikan diri? Di dalam kongres PKR di Kelantan baru-baru ini, DS Wan Azizah sendiri mahu YB Khalid kekal sebagai MB Selangor. Jadi, apa masalahnya untuk dikaitkan dengan DS Anwar? Adakah DS Wan Azizah juga bertentangan dengan DS Anwar?

DS Anwar berada di luar negara kerana beliau tahu sebenarnya bukan ada masalah besar yang berlaku di Selangor. Kununnya krisis besar berlaku di Selangor hanyalah cerita dari media haprak itu sahaja. Apa yang berlaku menunjukkan di dalam PR kesemua pemimpin boleh ditegur tidak seperti di dalam Umno. Pemimpin pula bersedia untuk ditegur seperti yang dikatakan oleh YB Khalid bahawa beliau bersedia menerima apa jua memorandum atau desakan jika ada dari mana-mana pihak di dalam PKR. Itu beza kita dengan Umno.

Apa yang penting, jika MB Selangor memang patut diganti maka ganti sahaja asalkan Selangor tidak dipimpin kembali oleh Umno. Jika YB Khalid patut dikekalkan, maka kekalkan sahaja. Pada saya, besar sangatkah salah YB Khalid sehingga patut diganti? Jika sekadar silap pendekatan, memadai ditegur dan YB Khalid perlu menukar pendekatan agar selari dengan dasar parti beliau. /mandor.blogspot.com

MB SELANGOR - KHALID TERUS MENDAPAT SOKONGAN

Pemimpin PKR S'gor ikrar sokong Khalid

Jun 26, 10


Pemimpin PKR Selangor, malam semalam berikrar akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar besar yang dipercayai akan menghadai pemberontakan oleh sesetengan ahli parlimen parti itu.

Tujuh belas daripada 22 pemimpin bahagian PKR Selangor hadir pada mesyuarat tergempar bagi menyatakan sokongan mereka ke atas Khalid.

Khalid menga
mbil keputusan untuk tidak bersama pada mesyuarat dua jam yang diadakan di kediaman menteri besar itu.

Hanya lima pemimpin bahagian, termasuk Azmin Ali yang mengetuai bahagian Gombak tidak hadir.

Dua daripada ketua bahagian itu memberitahu mereka tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan juga mempunyai tugasan lain tetapi berikrar menyokong Khalid.

Hanya dua yang tidak memberikan sebarang alasan dan mereka itu dipercayai penyokong Azmin.

Mesyuarat tergempar ini diadakan oleh ketua bahagian PKR Selangor berikutan desas desus bahawa 15 ahli parlimen cuba menggulingkan Khalid semasa permukiman parti itu di Shah Alam yang bermula hari ini.

Khamis lalu, Azmin yang juga naib presiden PKR mengesahkan perletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tetapi menafikan tindakannya ada kaitan dengan pergeseran antaranya dengan Khalid.

"Dalam surat itu, saya tidak menyatakan apakah sebab saya meletak jawatan dan ia juga tidak berkaitan dengan pemilihan PKR pada hujung tahun ini,” katanya.

Pada sidang media itu Azmin yang diasak oleh wartawan berhubung khabar angin pergeserannya dengan Khalid mengakui sesetengah pihak di parti itu mempunyai beberapa isu dengan menteri besar berkenaan.

Namun katanya, beliau bukan seorang daripada mereka.

"Ini bukan isu saya. Ia luahan ahli dalam parti. Anda lihat pada kongres lalu...kebanyakan perwakilan melahirkan kebimbangan mereka dengan kerajaan negeri, khususnya Selangor yang mesti bergandingan tangan dengan ahli parti dan pemimpin lain kerana mereka mesti melaksankan polisi yang dilulus dan ditauliahkan oleh PKR,” katanya.

Azmin juga menafikan bahawa beliau dalang yang cuba mengulingkan Khalid daripada kerusi menteri besar dan berkata jika beliau berhasrat berbuat demikian ia akan dilakukannya sejak tahun 2008 dan bukan ketika penggal sekarang hampir berakhir. /Malaysiakini

40 EKOR INI DIBERI MASA BERPANTANG 40 HARI

MAKA, 40 orang (bukan 40 penyamun) budak-budak mengaji agama itu pun memilih untuk bersama dengan gerombolan sekutu Apco Yahudi Laknatullah. Mereka menggelar kumpulan mereka `40 Ulamak' tetapi tidak seekor pun dari mereka yang kita kenal atau popular selaku pendakwah seperti Us Harun Din, Ismail Kamus, Tuan Ibrahim Tuan Man dan paling tidak pun seperti Us Shahril Long mahupun Ustaz Azhar Idrus.

Mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan Ulamak-Ulamak terkenal yang kita sebutkan tadi. Tetapi, jauh juga untuk dibandingkan dengan orang seperti Hj Nakhaei Ahmad, Firdaus Ismail (bekas Imam Besar Masjid Negara) ataupun Mashitah Ibrahim yang terlebih dahulu mencium hangit dan tengitnya parti sekular yang bersekutu dengan Apco itu. Sekiranya Allah membalikkan hati Us Dr Mohd Asri untuk bersama kumpulan 40 ekor itu, mungkin itulah seorang yang boleh kita kenal dan dianggap popular. Tetapi, Alhamdulillah, setakat ini Us Dr Mohd Asri masih dilindungi Allah. Mudah-mudahan kekal begitu.

Sempena dengan kemasukan kumpulan 40 ekor itu ke dalam gerombolan sekutu Apco, maka diistiharkan tiada lesen judi sukan akan dikeluarkan. Itu mungkin pra syarat pertama kumpulan 40. Orang kata sekadar mengambil hati kalau pun tidak untuk memperbodohkan kumpulan 40 ekor itu. Kita jangan terperanjat jika di dalam Pilihanraya Umum akan datang nanti, kumpulan 40 ekor ini adalah bakal calon-calon sekutu Apco untuk menunjukkan bahawa sekutu Apco juga berminat dengan Islam.

Apa alasan kumpulan 40 (sebelum ini dikatakan 100 ekor) untuk bersama-sama `berjihad' dengan sekutu Apco? Alasannya sebiji sama dengan alasan beberapa orang yang berkelulusan agama yang lebih awal diperbodohkan seperti Nakhaei, Firdaus dan Mashitah dan terbaru Jamil Khir. Kesemua mereka ingin men`syahadah'kan parti sekular itu untuk kembali kepada Al-Quran. Hasilnya? Bertambah baikkah atau bertambah teruk? Disaat dua tiga ekor yang ternama itu berada di dalam, pemimpin mereka bercita-cita untuk meluluskan lesen judi sukan. Lesen judi yang lain telah lama ada malah pusat judi terbesar kekal tersergam indah di puncak gunung. Apa yang dua tiga ekor ternama di dalam bidang agama ini mampu buat? Jika yang sudah ternama seperti ini tidak mampu buat apa-apa melainkan cukup bulan makan gaji, adakah kumpulan 40 ekor budak ini boleh buat?

Kita tidak mahu bersangka buruk terhadap kumpulan 40 ekor ini. Kita beri masa kepada kumpulan 40 ini tempoh `berpantang' 40 hari juga. Selepas itu, dalam tempoh 100 hari kita mahu lihat apa perubahan yang berlaku di dalam parti sekular yang mereka sokong itu. Jika di dalam tempoh tersebut mereka gagal untuk menjadi lebih cerdik dari kebanyakan yang jahil di dalam parti yang baru mereka sertai itu, kita nasihatkan kepada mereka kembalilah semula ke pondok atau pengajian agama seandainya mereka masih segan untuk berjuang bersama kita.

Satu perkara yang sering disebut, jika mahu mencuci najis di dalam tong, jangan masuk ke dalam tong najis berkenaan kerana kelak tubuh kita dipenuhi najis. /mandor.blogspot.com

ULAMAK MASUK TONG NAJIS MAHU BERSIHKAN NAJIS ?

'Mengapa kami sertai Umno'
Abdul Rahim Sabri
Jun 25, 10


Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman berkata tujuan beliau dan 39 lagi ulama muda menyertai Umno malam ini adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

Beliau mewakili kumpulan ulama tersebut menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC malam ini.

Seramai 16 daripada mereka hadir manakala bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uarkan akan turut menyertai Umno tidak bersama kumpulan itu malam ini.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan yang dalam proses mendapatkan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Fadlan berkata daripada 40 orang ulama muda itu, ada yang bekerja sebagai pensyarah, penasihat agama, ahli motivasi.

Sementara itu Fthul Bari pula berkata Umno berjanji untuk mempastikan agamawan muda meneruska kerja-kerja dakwah.

Beliau menyifatkan ianya sebagai tawaran yang dinanti-nantikan dan peluang keemasan untuk berdakwah.

"Kebanyakan mereka ini berkelulusan dari Jordan, Madinah dan Mesir.

"Kalau ilmu mereka dinafikan untuk disampaikan kepada masyarakat, maka pengajian kami sia-sia," katanya./Malaysiakini

Jumaat, 25 Jun 2010

IBRAHIM ALI - KATAK KAMPUNG ATAU JAGUH KAMPUNG?

Khairy: Ibrahim Ali 'jaguh kampung'

Jun 25, 10


Perang mulut antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) , Datuk Ibrahim Ali semakin memuncak dan kini berlarutan di Twitter dengan Ibrahim dilabelkan sebagai 'jaguh kampung'.

"Dia ahli politik jaguh kampung di dunia antarabangsa dan masanya hampir berakhir. Dia juga halangan kepada 1Malaysia," kata ahli parlimen Rembau itu di blog web mikronya.

Merujuk cabaran Ibrahim supaya ketua pemuda itu meletakkan jawatannya, Khairy berkata: “Dia bukan pengundi Rembau, bukan juga ahli Umno. Dia tiada hak menyuruh saya letak jawatan.”

Pertengkaran kedua-dua mereka tercetus dua hari lalu apabila Khairy membela rakannya, ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, selepas 'diserang' oleh Ibrahim berhubung isu biasiswa.

Ahli parlimen Pasir Mas itu mengecam Wee berhubung pernyataannya minggu lalu yang menggesa kerajaan supaya mengekalkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kh
airy mempertahankan rakannya itu dengan berkata Wee tidak mempersoalkan hak oang Melayu ataupun menyarankan supaya biasiswa Mara diberhentikan, dan menegaskan bahawa Ibrahim yang salahfaham dengan maksud Wee.

Sebaliknya, dalam kenyataannya menerusi sms semalam, Ibrahim mendakwa Khairy "tidak faham maksud yang tersirat" dalam kenyataan Wee mengenai perkara itu.

"Pasa
l tu PERKASA marah. Mana mungkin (biasiswa) MARA hendak disamakan dengan (biasiswa) JPA. MARA khas untuk Melayu. (Biasiswa) JPA untuk semua kaum

"Kalau nak disamakan keduanya, ke mana akan pergi keistimewaan orang Melayu," kata Ibrahim.

Beliau kemudiannya menempelak Khairy yang didakwanya "tidak faham" apabila Wee "cakap berlapik".

"(Universiti) Oxford tak ajar budaya bahasa Melayu yang halus mulus. Mana dia faham makna 'yang tersurat dan tersirat'.

"Kalau macam itu baik berhenti jadi ahli parlimen, sama macam (Wee) Ka Siong. Takkan K (Khairy) sanggup gadai bangsa sendiri...," tegasnya./Malaysiakini

MIMPI ANWAR MENAKUTKAN EZAM SESUMPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHBAR Sinar semalam menyiarkan kenyataan Senatak Ezam sesumpah yang mengulas tentang rombakan yang bakal dilakukan terhadap pimpinan di dalam PKR. Ezam sesumpah menyatakan rombakan itu adalah helah DS Anwar untuk mengalih perhatian rakyat dari kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang dan juga terhadap isu lompat parti di kalangan Wakil Rakyat dari PKR.

Nampaknya Senatak Ezam tidak mudah untuk melupakan nama DS Anwar. Apa jua kaitan dengan parti di dalam PKR mahupun di dalam PR, bagi Ezam sesumpah kesemuanya adalah helah DS Anwar. Isu injin klip video Linggam, Altantuya, kehilangan injin pesawat, kapal salam, Apco, judi bola dan berbagai lagi yang DS Anwar berjaya dedahkan kesemuanya helah DS Anwar. Ezam tidak pernah mahu menjawab hujah bekas bosnya itu kerana kita tahu Ezam sesumpah bukan seperti Ezam yang kita kenal dulu. Ezam sesumpah kini telah dimakan sumpahnya sendiri. Dendam kesumat terhadap DS Anwar tidak akan padam selagi beliau tidak padam.

Bukan Ezam tidak tahu kredibiliti kesemua Wakil Rakyat dari PKR yang melompat itu. Dia tahu benar, kesemua mereka tidak akan menjadi katak sepertinya jika tiada apa-apa. Bukankah Ezam sesumpah pernah berkata, "mana ada orang yang masuk Umno itu ikhlas?". Sebab itu, Ezam sesumpah semenjak tidor sebantal dengan Umno, beliau sering bermimpi perkara-perkara yang menakutkannya terutamanya bayangan DS Anwar. Sewaktu beliau meninggalkan perjuangan menuntut reform, beliau menyangka pengikutnya seperti beliau yang amat lemah bila berhadapan dengan umpan keduniaan. Berapa orang yang mengikut Ezam waktu itu?

Tidak hairanlah sekarang, di mana jua Ezam sesumpah menyalak kita akan lihat kehadiran yang mendengar cerita karutnya hanyalah beberapa kerat orang sahaja. Jumlahnya jauh jika dibandingkan sewaktu beliau berjuang bersama rakyat dahulu. Ezam sesumpah menyedari betapa hinanya beliau di sisi rakyat sekarang, tetapi beliau tidak kisah kerana beliau dipandang mulia oleh Najib sehinggakan mendapat Senatak. Tetapi belum tentu beliau disukai oleh penyokong-penyokong Umno yang lain. Kita bakal melihat Ezam sesumpah akan bertarung pula sesama puak-puak mereka.

Kita berharap Ezam sesumpah akan menemui apa yang dicarinya di dalam Umno. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. /wfauzdin.blogspot.com

BENARKAH BERITA INI ? JIKA BENAR, TIDAK MENJADI PELIK

Parti Liar Libatkan Anak Najib, Hishamuddin, Nazri & Sabri Yaakob???

Sumber dari sabahdaily

Salam,semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi tiba dengan kereta harrier putih,tidak lama selepas itu Jamil Jidin tiba dengan kereta BMW putih.Yang menggemparkan bila Ashman Najib tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya,diikuti Alissa Hishammudin yang tiba selepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak kepada Datuk K.

Jam 11 malam pula suasana menjadi panas apabila Aizat Fikri tiba dengan VW merah apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah.Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Nazri Aziz tiba dengan porsche putih.

Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dengan mabuk disekitar hotel dan muntah muntah.ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!fikir-fikirkan lah!

Dan ini dilaporkan oleh harian metro (kenapa tak beri nama)

KUALA LUMPUR: Segelintir anak orang kaya, termasuk anak orang kenamaan (VIP) dikesan menjadi dalang menganjurkan parti liar atau lebih dikenali ‘One Nite Stand Party’ setiap bulan untuk menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.

Remaja berusia 15 hingga 23 tahun terbabit terpengaruh dengan gaya hidup remaja Barat dengan menjadikan parti itu sebagai cara untuk berhibur selain melepaskan tekanan belajar di sekolah dan masalah di rumah seperti tidak mendapat perhatian keluarga.Siasatan Harian Metro mendapati, modal besar diperlukan bagi menampung kos parti itu termasuk sewa tempat, bekalan arak dan dadah yang menjadi ‘bahan wajib’ pesta seperti itu. Bagi mereka, wang ringgit bukan halangan bagi menikmati keseronokan ‘syurga dunia’ dengan rakan sebaya.

Kelab, bilik hotel dan apartmen menjadi pilihan yang ditempah menggunakan alasan untuk mengadakan parti hari jadi atau parti perpisahan.Selain itu, ‘tali barut’ juga diperlukan untuk menyebarkan risalah mengenai parti berkenaan secara sukarela dan mengutip bayaran masuk serendah RM25.Difahamkan, parti seks liar itu dijalankan sekali seminggu terutama di bandar besar dan kebanyakan pengunjung yang masih mentah, mula mengenali seks, arak dan ganja dengan menghadiri pesta seperti itu.

Siasatan Harian Metro mendapati, bagi menarik remaja lelaki mengunjungi parti itu, penganjur menyediakan gadis cantik dan berpakaian seksi.Pengakuan seorang pelajar tingkatan 3 yang mahu dikenali sebagai Eddy membongkar kisah kehidupan liar remaja terbabit. Eddy, 15, mendakwa dia menerima ajakan rakannya ketika fikirannya kusut dengan masalah keluarga dan dia menjadikan parti liar itu untuk melupakan masalah."Apabila berjumpa rakan yang ambil berat dan mendengar masalah saya di sana, saya mula sedar di sinilah tempat untuk melepaskan tekanan"."Jika tidak sibuk, sekurang-kurangnya lima kali sebulan saya akan menghadiri parti seperti itu"."Siapa yang akan menolak menghadiri parti itu kerana dengan bayaran hanya RM25 hingga RM100, pengunjung boleh melakukan hubungan seks selain minum arak dan menghisap ganja," katanya ketika ditemubual di sini, semalam.

Eddy mendakwa tiada unsur paksaan dalam parti itu kerana pengunjung bebas memilih pasangan mereka."Selepas berhibur dan mabuk, kebanyakan kami akan menghabiskan masa dengan pasangan masing-masing. Kami juga boleh bertukar-tukar pasangan pada setiap parti," katanya kepada Harian Metro.

Sumber: Justice For All

Khamis, 24 Jun 2010

SESUMPAH JUAL MINYAK DI KUANTAN TAPI TAK LAKU....

KUANTAN, 24 Jun - Baru-baru ini, satu Kuantan dihebohkan dengan berita kehadiran "Raja Sesumpah" iaitu "Petualang Rakyat" si Ezam Md Noor. Apa tidaknya, poster dan banner kehadiran "Yang Berhormat Senator" itu telah diletakkan di merata tempat, hingga orang ramai di sini terkejut dan teruja untuk menanti kehadiran beliau itu. Ezam dikatakan akan hadir ke satu Ceramah Umum di Dewan Serbaguna Balok dekat sini bersama "musuh ketatnya dulu iaitu Lokman Noor Adam" untuk "membongkar rahsia" jika dilihat kepada tulisan yang tertera di kain rentang itu.

Maka, rakyat dari pelbagai kaum sibuk memperkatakan tentang kehadiran Mamat Ezam itu. Masing-masing tertanya-tanya apakah rahsia yang ingin dibongkarkan oleh Ezam agaknya. Apakah beliau akan mendedahkan "kotak-kotak rahsia" yang disimpannya selama ini. Atau beliau mahu membeli kotak-kotak kosong daripada orang ramai untuk diisikan dengan fail-fail rasuah pemimpin UMNO BN. Maka, tarikh yang dinantikan pun tiba iaitu tanggal 16 Jun 2010.

Krew kami telah pergi meninjau ke lokasi yang dinyatakan. Berdasarkan kepada promosi besar-besaran yang dilakukan, kami menjangkakan ceramah umum Ezam itu akan dihadiri oleh puluhan ribu rakyat. Tambahan pula beliau baru sahaja bergelar "Yang Berhormat" selepas mendapat anugera "Senator Cap Ayam" dengan izin yang dberikan oleh Najib Razak itu. Sangkaan kami jauh sekali meleset, sungguh menakjubkan apabila Ezam yang suatu ketika dulu dikatakan jelmaan Anwar yang berjaya menghimpun ribuan rakyat untuk mendengar ceramahnya kini sudah "tidak laku lagi". Hanya ada sekitar 200 hingga 300 orang sahaja yang hadir untuk mendengar "kelentong sesumpah" ini. Itu pun terdiri dari kalangan pemuda UMNO yang dikerahkan hadir selepas Ezam menjengok program mereka sebelah petang itu. Tidak langsung kelihatan peniaga gerai ditepi jalan seperti kebiasaannya.


Inilah dia antara kain rentang promosi ceramah umum Si Ezam itu

Malah, orang ramai juga disediakan dengan makanan secukupnya oleh pihak penganjur. Maka Ezam dan Lokman pun berkokoklah mendedahkan satu persatu "rahsia Anwar" yang mereka simpan sejak sekian lama. Anehnya, Lokman tidak pula mendedahkan "rahsia Ezam" ketika dia dipecat dari UMNO dulu. Nyata, Lokman sedikit pun tidak mendedahkan rahsia "pecah amanah Ezam terhadap duit AMK Keadilan" seperti yang dilakukan pada tahun 2004 di Masjid Negara dulu. Lokman juga tidak mencabar Ezam menjawab segala pendedahan yang dilakukan terhadapnya dulu.

Umum masih ingat Lokman dengan bangganya membuat sidang media di Masjid Negara dengan mencabar Ezam supaya bersumpah dia tidak menyelewengkan duit AMK ketika itu. Lokman juga menunjukkan bukti-bukti kukuh tentang penyelewengan tersebut. Namun kini mereka berdua menjadi "kamcing" semula selepas "menjual maruah dan harga diri" untuk kembali bersama UMNO. Segala bukti-bukti yang disimpan oleh Lokman tentang Ezam dirahsiakan pula. Apa yang didedahkan mereka ialah rahsia-rahsia lama yang dialunkan kembali untuk menyedapkan halwa telinga pendengar. Maka, terhiburlah juga orang ramai tatkala mendengar "lawak bodo" Ezam itu.

Program berakhir lebih awal, kerana kedua-dua "mangkuk hayun" itu malu melihat kehadiran yang amat "mengerikan mata" mereka. Tahniah kepada Lokman dan Ezam kerana berjaya menjadi "badut sarkas" di Pentas Pemuda UMNO Indera Mahkota Kuantan baru-baru ini.

[Teringat zaman kegemilangan Ezam ketika bersama Keadilan dulu. Beliau dianggap hero yang akan mengantikan Anwar jika mantan TPM itu sudah tiada lagi didunia ini. Ceramahnya sering dihadiri oleh puluhan ribu rakyat, malah penampilan dan gayanya yang mirip Anwar itu menyebabkan beliau amat disenangi serta diterima oleh rakyat. Kelantangan dan ketegasannya mengeluarkan hujjah serta pandangan amat bernas sekali dan berjaya menakutkan kawan serta lawan. Ezam dianggap pemimpin era baru yang akan mewarnai iklim politik negara. Ramai yang masih ingat ketika beliau membuat sumpah keramat anak muda di Temerloh dulu. Ucapannya memukau anak muda dan menyemarakkan semangat mereka untuk meneruskan perjuangan. Namun, kini Ezam sudah tidak laku lagi. Ideanya sudah tidak bernas dan pandangannya jelas sekalu kabur. Rakyat sudah tidak dapat menerima Ezam lagi, kini beliau umpama "tin kosong" yang menanti hari untuk dibuang ke dalam lubang sampah. Apapun Ezam masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan. Namun, apakah beliau rela kembali selepas dilantik ke jawatan tinggi dengan habuan puluhan ribu ringgit sebulan itu agaknya?. Maka, berakhirlah riwayat "seekor sesumpah laknat"]./Pahang Daily

IBRAHIM AL KATAKI MEREPEK PASAL HAKIM PULA

TERBACA aku dalam akhbar Sinar semalam, betapa Ibrahim Al-kataki, MP Pasir Mas yang menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mencabar MP Batu YB Tian Chua agar kosongkan kerusinya. Ini adalah berlanjutan dari keputusan mahkamah yang menghukum YB Tian Chua dengan jumlah RM 2 ribu.

Ibahim Al-kataki merepek mempertikaikan hakim yang tidak mahu pilihanraya kecil diadakan. Beliau juga melalut menyebut YB Tian Chua tidak patut menggigit Polis yang menjaga keselamatan dan oleh itu YB Tian Chua tidak layak jadi MP, katanya. Tidak kedengaran pula kita Ibrahim Al-kataki menyebut KPN Musa Hassan tidak layak jadi KPN dan patut letak jawatan apabila beberapa kes pihak Polis menembak orang awam secara membati buta. Ini baru kes gigit jauh dibandingkan dengan tembak mati. Ibrahim Al-kataki diam je ke?

Yang hairannya bersungguh benar Ibrahim Al-kataki mahu diadakan pilihanraya kecil. Mungkin beliau seronok untuk melihat Najib dimalukan lagi jika diadakan pilihanraya. Beliau juga pertikai hakim kununnya halim mesti mengamalkan pengasingan kuasa antara undang-undang dan keputusan politik. Maksudnya hakim tiada hak untuk memperkatakan hal-hal politik. Bagaimana dengan keputusan hakim sebelum ini yang melibatkan kes YB Nizar dan Speaker Sivakumar di Perak? Bisu jugakah Ibrahim Al-kataki?

Itulah Ibrahim Al-kataki. Sebenarnya YB Tian Chua amat bermaruah sekali sebagai MP kerana beliau dilipih oleh rakyat yang mengundi di atas partinya. Ibrahim Al-kataki pula bagaimana? Adakah pengundi di Pasir Mas memilih beliau atas nama `katak' tidak kiralah samada katak puru atau katak emas. Bermaruahkah beliau selama berada di kerusi pinjam itu? Sahih dan jelas, Ibrahim Al-kataki lebih tidak bermaruah dan jenis yang tebal muka./mandor.blogspot.com

JUDI SUKAN - PEMUDA UMNO PULA BERSUARA

Pemuda Umno pula bantah lesen judi sukan

Jun 24, 10


Selepas Badan Perhubungan Umno Johor dan Perak, Pergerakan Pemuda Umno hari ini secara rasmi membantah cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen judi pertaruhan sukan di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pengeluaran lesen judi seumpamanya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah hampir beberapa minggu kita meminta pandangan daripada ahli-ahli akar umbi dan (menyaksikan) usaha yang dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dapat membanteras sedikit sebanyak gejala judi ini melalui penguatkuasaan keras dalam seminggu ini, kita rasa bahawa dalam isu lesen judi pertaruhan perlawanan bola ini, Pemuda Umno membuat pendirian bahawa kita membantah sekiranya kerajaan mahu keluarkan lesen tersebut.

"Kita berharap apa yang kita dengar dalam berita iaitu kenyataan yang dibuat oleh pihak swasta bahawa kerajaan telah bersetuju (mengeluarkan lesen) adalah tidak benar. Kita berharap kerajaan tidak mengeluarkan lesen tersebut," katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tawau, yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, di Tawau hari ini.

Khairy berkata judi merupakan gejala tidak baik dalam mana-mana masyarakat termasuk dalam masyarakat bukan Islam sendiri.

"Saya tanya rakan-rakan dalam MCA dan MIC, mereka pun kata judi ini bukanlah perkara yang disokong oleh masyarakat mereka. Memang betul ada masyarakat bukan Islam berjudi tetapi ia bukanlah yang disokong masyarakat mereka. Mereka juga anggap judi bukan budaya mereka.

"Mereka pun berpendapat mengapa kita menggalakkan perkara ini (judi) dengan memberi pengesahan dengan memberi lesen. Jadi daripada sudat pandangan mana-mana budaya atau kaum di Malaysia ini, mereka tidak setuju, lebih-lebih lagi untuk orang beragama Islam," katanya.

Walaupun ada pandangan yang menyatakan bahawa lesen judi berkenaan hanya untuk masyarakat bukan Islam, namun kata Khairy pandangan masyarakat Islam dan bukan Islam yang sangat menentang judi perlu diambil kira dalam isu itu.

Selain itu, Khairy berkata alasan bahawa jika lesen judi pertaruhan bola berkenaan tidak dikeluarkan akan menyebabkan judi haram berleluasa dan tidak dapat dikawal tidak dapat diterima kerana PDRM membuktikan mereka berjaya membanteras beberapa kegiatan pertaruhan bola sejak bermulanya kejohanan bola sepak Piala Dunia.

"Apabila melihat kedua-dua hujah ini, kita dapati sudah tiba masa kita membuat pendirian secara terbuka berhubung isu ini. Jadi pada hari ini kita rasa terpanggil untuk memaklumkan kerajaan tentang pendirian Pemuda (Umno)," katanya.

- Bernama

AWAS !! MEREKA TELAH MENJERAT MP JADI KATAK, KINI MAHU JERAT ULAMAK PULA

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional dipercayai menggunakan Jemaah Islamiah untuk menekan bekas Mufti Perlis Dr Muhd Asri Zainul Abidin dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang memaksa mereka supaya tunduk pada pemerintah.

Pakatan Rakyat mengesyaki usaha Institut Latihan Islam Malaysia yang berada di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengaitkan kedua tokoh agama itu kepada gerakan pengganas adalah strategi untuk menakutkan mereka dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Spekulasi sebelum ini kuat mengatakan Asri akan memasuki parti pemerintah itu bersama beberapa golongan ulama, dalam usaha Umno untuk menarik sokongan penganut Islam menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Pemerhati politik bagaimanapun berpendapat ulama berfahaman moderan itu tidak mungkin memasuki Umno, yang bertanggungjawab meluluskan kegiatan undi sukan dan ketegangan agama sekitar isu Kalimah Allah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mengaitkan bekas Mufti Perlis itu kepada gerakan pengganas dipercayai strategi untuk memaksa Asri masuk Umno.

“Saya percaya ada satu sikap yang jelas kepada Umno bahawa dia tidak akan sertai Umno, dia tidak mahu sertai Umno dan ini mungkin sebagai satu tekanan kepada beliau, bagi satu tekanan besar kepada dia dan mungkin dia akan menyertai Umno.

“Bahawa apabila Dr.Asri dilabelkan dengan isu keselamatan, maka yang dibayangi untuknya ialah ISA,” katanya.

Selain dari Asri, Mufti Perlis Sahibus Samahah Juanda Jaya dan Presiden Pas Abdul Hadi Awang turut dikaitkan kepada gerakan Jemaah Islamiah.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub mengesyaki ada usaha untuk menjerat Abdul Hadi Awang yang tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno-Barisan Nasional di Muktamar Tahunan Pas ke-56 awal bulan ini.

“Saya rasa ini satu yang cuba untuk diselewengkan oleh isu yang sebenarnya. Sebagaimana yang kita bimbangani ini adalah merupakan satu konspirasi cara terancang yang melibatkan golongan agama cuba untuk menjustifikasikan matlamat mereka," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengecam tindakan kerajaan Umno-BN mengaitkan tokoh agama dan politik pembangkang dengan gerakan pengganas.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat ini berkata Umno-BN terdesak membendung mana-mana pemimpin masyarakat yang berpotensi menggugat kuasa mereka, termasuk mendorong orang-ramai membenci agamawan seperti Asri, Hadi, dan Juanda Jaya.

“Sebagaimana yang diketahui ISA sedang diusahakan untuk dimansuhkan maka saya sudah tengok isu JI ini telah disengajakan wujud dari minggu lepas lagi.

“Saya sudah andaikan ada satu arah dan hala tuju berkenaan dengan isu ini dan sekarang ini kita tengok ada dikaitkan dengan pimpinan-pimpinan Islamik. Ini merupakan satu yang tidak berasas dan ianya merupakan satu plotik kotor untuk membendung pemimpin-pemimpin politik yang menggugat keselamatan kerajaan Bn.

“Politik cara ini dan propaganda cara ini mesti kita tolak habis-habisan, saya ingin menegaskan ini adalah taktik kotor Bn dan kita mesti tentang habis-habisan,” katanya./TVSelangor

HJ HADI BELAJAR UNIVERSITI WAHABI DAN MENDAPAT BIASISWA LAGI ?

Hadi: Saya memang belajar di universiti Wahabi tapi...
Jun 23, 10


Mengakui mendapat pendidikan di universiti Wahabi dan mendapat tajaaan 'biasiswa Wahabi', Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, itu tidak menghalangnya daripada mempunya pandangan yang tersendiri dalam hal ehwan agama.

"Saya memang belajar di universiti Wahabi, dapat biasiswa Wahabi," katanya sambil tersenyum.

"Tetapi saya ada pandangan saya sendiri," jelasnya lagi seperti dilaporkan akhbar web PAS Harakahdaily.

Semasa mudanya Abdul Hadi pernah menuntut di sebuah universiti di Arab Saudi - negeri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabisme.

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan anjuran pihak polis Isnin lalu seorang pegawai daripada sebuah agensi agama memberikan penerangan tentang 'hubungan' beberapa tokoh agama dan politik dengan Wahabi dan Jemaah Islamiah (JI).

Menurut sumber-sumber, selain Abdul Hadi, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas mufti negeri Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan mufti sekarang Dr Juanda Jaya.

Ditemui di pejabat pembangkang di Parlimen sebentar tadi, Abdul Hadi berkata cubaan mengaitkan fahaman Wahabi dengan Jemaah Islamiah (JI) atau terorisme adalah agenda Barat serta musuh yang mahu memburukkan Islam.

Katanya, musuh Islam sememangnya menggunakan isu perbezaan mazhab untuk memecahkan umat Islam.

"Wahabi tidak ada kena mengena dengan teroris pun, itu satu agenda Barat dan musuh Islam," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang./Malaysiakini

Rabu, 23 Jun 2010

SUSAH SANGATKAH UNTUK BUAT PILIHAN ? INI FORMULA BUAT DR MOHD ASRI

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA US (Dr) Mohd Asri diberitakan akan menyertai Umno di Bahagian Bukit Bintang, maka ianya menjadi satu topik hangat ketika ini. Mengapa isu kemasukan Dr Mohd Asri menjadi hangat dibincangkan? Beliau bukan mempunyai pengaruh besar di kalangan rakyat cuma namanya sering disebut dan popular kerana kenyataan-kenyataan kontroversinya yang sering mendapat perhatian. Selain itu, beliau juga adalah bekas Mufti Negeri Perlis sebelum ini.

Pada pendapat saya, isu kemasukan Dr Mohd Asri ke dalam Umno yang diwar-warkan itu menjadi hangat adalah kerana umum mengetahui beliau adalah seorang Mufti yang tentunya seorang ilmuan agama. Oleh kerana beliau seorang ilmuan agama dan bekas Mufti pula, sudah tentu menjadi pelik buat kita jika beliau memilih Umno untuk berpolitik. Seandainya beliau tidak bergiat di dalam politik tidak menghairankan sangat sepertimana yang dilakukan oleh Us Azhar Idrus seorang penceramah bebas terkenal berasal di Terengganu itu. Ulamak sebenar mestilah berpolitik kerana politik dan ugama tidak boleh dipisahkan. Tetapi, berpolitik bukan bererti mesti memegang jawatan di dalam parti. Dan, berpolitik pula mestilah berpolitik yang condong ke arah Islam.

Justeru itu, sukar untuk diterima akal sekiranya Dr Mohd Asri tergamak memilih Umno jika ingin bergiat di dalam politik. Sikap menangguhkan keputusannya samada untuk memilih Umno atau tidak juga menimbulkan seribu persoalan kepada kita. Susah sangatkah untuk memilih parti yang selaras dengan Islam? Jika Dr Mohd Asri bermasalah untuk membuat pilihan samada Umno atau PAS yang ingin dipilihnya, hanya ada satu formula sahaja buat beliau untuk menyelesaikan masalahnya. Dr Mohd Asri disarankan agar meletakkan Al-Quran di tengah, kemudiannya meletakkan Perlembagaan PAS di kanan, dan Perlembagaan Umno di kiri beliau. Ambil sedikit masa dan rujuk kedua-dua perlembagaan parti tersebut kemudiannya bandingkan yang mana satukah paling menjurus ke arah perintah dan ajaran Al-Quran.

Selaku bekas Mufti dan ilmuan agama, tentu tidak sukar buat Dr Mohd Asri untuk membuat pilihan. Dr Mohd Asri juga boleh menilai sejarah perjuangan di antara PAS dan Umno, yang mana satukah komited dengan perjuangan mendaulatkan Islam. Kita amat bimbang Dr Mohd Asri akan terjebak dengan tipu daya mereka yang `menjual' isu ketuanan dan perpaduan Melayu untuk mempengaruhi beliau menyertai puak mereka. Dr Mohd Asri harus faham bahawa isu sekarang bukan masalah perpaduan atau Melayu, tetapi isu sekarang menjangkau lebih jauh dan lebih kritikal termasuk soal akidah, keselamatan, kezaliman dan rasuah. Mustahil beliau tidak nampak semua ini.

Akhirnya, kita berharap dan berdoa agar Dr Mohd Asri tidak terpedaya dengan helah puak-puak yang sentiasa memasang jerat untuk kepentingan puak mereka. Di saat mereka terdesak, mereka seperti menghormati para Alim Ulamak tetapi apabila mereka sudah kuat dan gagah, Alim Ulamak hanya dijadikan `tukang baca doa dan tahlil' sahaja. Jika tidak percaya, cuba bertanya kepada Us Nakhaie dan Us Firdaus. Jangan minta nasihat Jamil Khir kerana Jamil Khir pun `disuap makan' oleh Najib./wfauzdin.blogspot.com

PASAL KUCING PUN NAJIB NAK TIRU?





- Kisah Obama dan anjingnya di sini, 'White House tosses water on dog tale'...


- Kisah Najib dan kucingnya di sini, 'Najib Alu-Alukan Cadangan Nama Bagi Anak Kucing Parsi'...

p/s: Harap-harap APCO Worldwide tidak terlibat sekali lagi dalam usaha untuk mempromosi Najib dan 1malaysia dalam isu ini..penulis cuba bersangka baik...semoga Malaysia bebas sepenuhnya dari pengaruh Israel/Yahudi...insyaAllah...

Sumber gambar: budakkampungonline.blogspot.com

SUKAR DICARI - PASANGAN SEHIDUP SEMATI

Meninggal dunia selang 15 minit


KELUARGA bahagia, Md. Jan (berkaca mata hitam) dan isterinya, Kamsiah bersama anak dan cucu mereka kini tinggal kenangan apabila pasangan sejati itu meninggal dunia di Hospital Melaka kelmarin.

JASIN - Ketika masih hidup, pasangan suami isteri, Md. Jan Abdul Hadi, 56, dan Kamsiah Bakau, 54, dianggap pasangan yang romantik oleh anak-anak dan masyarakat setempat.

Ke mana saja pasangan yang mempunyai enam anak berusia di antara 16 dan 31 tahun itu pergi, mereka tidak pernah berenggang dan sentiasa dilihat berdua.

Jika ke mana destinasi pun, pasangan yang telah berkahwin selama 32 tahun itu akan dilihat pergi bersama-sama, dan bagai pasangan pengantin baru, Md. Jan seorang pesara kerajaan dan Kamsiah juga akan bersarapan bersama hampir setiap hari.

Mungkin kerana terlalu akrab dan sentiasa berdua ketika masih hidup, pasangan itu secara kebetulan juga meninggal dunia pada hari yang sama.

Kamsiah terlebih dahulu meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi kelmarin sebelum diikuti Md. Jan yang lebih mesra dengan panggilan Pak Uda 15 minit kemudian.

Anak sulung pasangan itu, Nurman, 31, berkata, jika keluar berjalan-jalan, kedua-dua ibu bapanya tidak pernah berpisah dan akan pergi bersama-sama.

"Bukan saja keluar bersama, kereta yang dinaiki mereka juga mesti sama.

"Pernah suatu ketika dulu, ketika saya meminta emak dan abah naik kereta berasingan untuk keluar berjalan, mereka enggan berpisah dan meminta untuk bersama dalam satu kereta dan tidak kisah siapa yang memandunya," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Kesang Jaya di sini semalam.

Nurman berkata, apa yang membuatkan dia begitu mengagumi ibu dan ayahnya, mereka juga tidak pernah lekang untuk bersarapan bersama setiap pagi.

"Ayah akan beli sarapan di luar dan dibawa ke rumah untuk makan bersama, jarang sekali mereka makan di luar mungkin kerana di rumah lebih selesa," katanya.

Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Nor Azlina, 29, berkata, ibunya itu rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia sebaik sahaja doktor memberitahu penyakit barah hati yang dihidapi oleh ayahnya semakin kritikal.

"Emak mungkin tidak dapat terima hakikat bakal kehilangan ayah menyebabkan dia terus rebah dan tidak sedarkan diri.

"Tidak lama kemudian ayah pula menurut jejak ibu," katanya.

Faekah ganti Nik Nazmi sebagai Setpol MB Selangor

Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Jun: Setiausaha Politik (Setpol) kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faekah Husin dilantik sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu pada Majlis Makan Malam Menteri Besar Selangor Bersama Media di sebuah hotel di sini, malam ini.

Nik Nazmi bakal menjalankan tugas baru sebagai Pegawai Penerangan dan Komunikasi di Ibu pejabat PKR mulai 1 Julai ini.

Ketika berucap pada majlis itu, Khalid berharap perlantikan Nazmi akan memberi perubahan baru kepada parti itu yang bercita-cita untuk membawa reformasi di dalam negara ini.

Nazmi yang juga Adun Seri Setia mengucapkan terima kasih kepada Khalid dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai Setpol kepada Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Faekah, 45, yang masih menyandang Setpol kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pernah memegang beberapa jawatan utama dalam PKR Selangor.

Beliau yang memulakan karier sebagai peguam sejak April 1991 menjadi ahli Parti Keadilan Nasional sejak mula ditubuhkan pada 1999 yang sekaligus mengetuai wanita parti itu di Kuala Langat sehingga kini.

Pada 2000, beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita PKR negeri dan Bendahari Wanita negeri selepas itu.

Faekah yang membuka firma sendiri bersama seorang rakan kongsi dengan nama Faekah & Choung pada 2 Mei 1994 pernah dipilih menduduki Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Pusat pada 2001 hingga 2004./Harakahdaily

TIGA ABDUL - INI TIDAK ADIL, AKU ANAK BETUL MEREKA TU ANAK KATAK !!

Berita terbaru adalah ura-ura Satim Diman telah menghilangkan diri dan mahu meletak jawatan sebagai ADUN Seri Serdang. Satu masa dahulu, ADUN2 pro Derih Jusoh mengugut untuk melompat dan sekaligus menjatuhkan Kerajaan UMNO di Terengganu.

Selepas itu ADUN Titi Tinggi buat kerenah. Lepas tu kita dengar ADUN2 UMNO di Perak pula mahu melompat. Lepas tu kita dengar lagi, ada ADUN UMNO di Kedah pula yang mahu melompat.

Bagi saya, motif wakil2 rakyat UMNO ini, tidak lain dan tidak bukan semata-mata mahu mencari "wang besar dan mudah".

ADUN2 dan MP2 UMNO ini lebih maklum berapa jumlah sebenar yang dibelanjakan Najib dan UMNO melalui agen2 mereka seperti Ezam Soros, Zul Nordin Al Kazzab, Zahrain Main Pasir dsbnya di dalam membeli pemimpin dan wakil-wakil rakyat PKR.

Mereka juga maklum, RM25 juta dibelanjakan untuk membeli si Hee, Timbalan Speaker Perak. Mereka juga maklum jumlah yang dibayar pada KAshvinder adalah dalam lingkungan RM20juta. Itu tak termasuk jumlah2 yang dibayar kepada katak2 yang lain, juga jumlahnya berjuta-juta.

Pada waktu yang sama, wakil2 rakyat UMNO dan pemimpin2 Bahagian dibiarkan kekeringan. Terutamanya di negeri2 yang diperintah Pakatan Rakyat, kebanyakan pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa “berpekin-pekin” untuk menjalankan aktiviti kerana tiadanya sumber dana dari Kerajaan2 Negeri.

Yang menjadikan keadaan lebih rumit dan meruncing adalah apabila ADUN2 UMNO/BN terpaksa mendahulukan duit mereka untuk aktiviti2 parti dan DUN mereka.
Pada waktu yang sama, mereka melihat katak-kata PKR dan DAP diberikan wang berjuta-juta ringgit dengan sebegitu mudah. Dan mereka pula semakin miskin kerana terpaksa menanggung kos aktiviti parti mereka.

Maka, jalan yang paling mudah untuk meraih wang berjuta-juta adalah menggugut Najib dan UMNO untuk melompat parti. Apabila berlaku ugutan sebegini, maka Najib dan UMNO terpaksa mengeluarkan wang yang berkoyan-koyan demi menghalan mereka2 ini melompat ke partai lain.

Bayangkan, kalau semua wakil-wakil rakyat serta pemimpin2 Bahagian membuat ugutan seperti itu. Nescaya, dengan Vincent Tan sekali akan jatuh bangkrup. Judi Bola macamana besar pun, pasti bangkrap.

Mari lah kita berdoa supaya Allah SWT menghancurkan UMNO dengan menjadilkan senjata UMNO ini makan tuannya kembali. (Macam keris Tamingsari). Jangan lupa untuk terus berdoa, taktik UMNO ini akan digagalkan oleh Allah SWT dan mengakibatkan UMNO berpecah belah.

AMINNNN Ya Rabbal Alaminnn.

Sumber: Tulang Besi/Malaysiawaves

PARLIMEN BATU - JIKA UMNO/BN GENTAR, ORANG IBRAHIM AL-KATAKI BOLEH GANTI

MAKA, Ibrahim Al-kataki pun mengulas tentang isu MP Batu YB Tian Chua yang masih kontroversi samada kerusinya wajar dikosongkan atau tidak. Pelik juga aku kat negara kita ini undang-undang yang kita bikin sendiri pun susah nak kita faham. Habis tu, mengapa kita kadang-kadang cuba nak tunjuk pandai dan bijak mentafsir dan mengubah undang-undang atau hukum di dalam Al-Quran yang Allah cipta?

Sebenarnya kita masih malu nak sebut bahawa undang-undang di negara kita ini masih banyak kelemahannya. Sebab itu, berbagai kes dapat kita lihat yang keputusannya bercelaru. Berkaitan mahkamah dan kuasa speaker melibatkan perlembagaan sesebuah negeri pun bercelaru. Sekejap mahkamah ada kuasa, sekejap Speaker punya kuasa. Di dalam kes DS Anwar pula, lagi banyak kita lihat kepincangannya.

Berbalik isu MP Batu yang hangat diceritakan sekarang. Mahkamah kata mahu elakkan Pilihanraya Kecil, tetapi terdapat kes yang lain sebelum ini di mana kerusi terpaksa dikosongkan apabila denda dikenakan sebanyak RM 2 ribu. Mungkin sebab itulah maka raja katak yang masih menenggek di atas kerusi yang dipinjamkan oleh PAS itu mahukan pilihanraya diadakan di Parlimen Batu. Kita tidak pertikaikan tafsiran raja katak itu, malahan kita mungkin amat bersetuju jika diadakan pilihanraya di situ. Masalahnya, siapa yang paling kecut perut jika diadakan pilihanraya di kawasan tersebut?

Kita syorkan agar Ibrahim Al-kataki berjumpa Najib dan desak agar gunakan kuasanya seperti biasa untuk mempengaruhi pihak-pihak berkenaan untuk mengadakan pilihanraya di Parlimen Batu. Jika Umno/Bn takut untuk bertanding di situ, Ibrahim Al-kataki boleh meminta Najib untuk membenarkan wakil dari Perkosa, maksud aku Perkasa untuk bertanding di sana. Selepas itu barulah Ibrahim Al-kataki boleh menyalak sepanjang kempen dengan sebutan `hidup Melayu....hidup Melayu'!!/mandor.blogspot.com

Selasa, 22 Jun 2010

ISU ALTANTUYA - HISHAMUDDIN GAGAL JAWAB SOALAN DI PARLIMEN

Kematian Altantuya: Bekas pegawai PM tak babit
Jun 22, 10


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan terdapat nama atau suspek Datuk Nasir Safar - bekas pegawai khas perdana menteri - dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Hasil daripada siasatan polis, tidak terdapat nama atau suspek yang dimaksudkan terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,” katanya dalam jawapan bertulis kepada R Sivarasa (PKR-Subang).

Dalam pertanyaan lisannya, Sivarasa meminta Hishamuddin menyatakan adakah benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta Proton berwarna biru yang sampai di hadapan rumah Razak Baginda pada malam 19 Oktober 2006.

Ia berikutan dakwaan seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang kini melarikan diri di luar negara bahawa belia melihat Nasir di kenderaan berkenaan sebelum Altantuya dibawa oleh polis.

Menurut Balasubramaniam, pada mulanya, beliau tidak mengenali Nasir tetapi berjaya mengecamnya melalui laporan media berhubung kenyataan pegawai khas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbaur perkauman.

Berikutan peristiwa itu, Nasir meletakkan jawatannya sebagai pegawai khas Najib.

Jawapan yang dikemukakan oleh Hishamuddin di Dewan Rakyat, hari ini, bagaimanapun tidak menjawap soalan utama - benar atau tidak Nasir adalah lelaki dalam kereta yang berada di hadapan rumah Razak.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen, Sivarasa melahirkan rasa dukacitanya yang kerajaan memilih untuk tidak menjawap soalan yang dikemukakannya.

"Jawapan yang diberikan tidak menyatakan sama ada Nasir berada di kereta itu ataupun tidak tetapi sebaliknya perkara lain diceritakan,” katanya kepada Malaysiakini./Malaysiakini

LETAK JAWATAN ADUN - YB SATIM TIDAK NAFIKAN, BELIAU MINTA DIAMKAN DULU

Khir Toyo nafi Satim Diman letak jawatan
Abdul Rahim Sabri
Jun 22, 10


Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini menafikan khabar angin bahawa ADUN Seri Serdang Datuk Mohamed Satim Diman mahu meletakkan jawatan.

"(Khabar angin itu) cuma tulisan di media sosial sahaja," katanya melalui kiriman SMS kepala Malaysiakini pagi ini.

Malam tadi, kegagalan Satim hadir dalam mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor menyemarakkan lagi spekulasi wakil rakyat itu ingin melepaskan semua jawatan politiknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata Satim ada menghubunginya dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam semalam kerana ada urusan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Khir menjelaskan, isu tersebut sengaja dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Umno Selangor.

Menurut ketua pembangkang Selangor itu lagi, terdapat penulis blog yang sebelum ini dilihat sebagai anti-Pakatan turut terlibat menyebarkan maklumat tidak benar itu.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno Puchong - bahagian yang dipimpin Satim - meminta agar semua pihak tidak membuat andaian.

Ahli jawatankuasa bahagian itu, Abd Hamid Md Yusof berkata Satim menelefonnya malam tadi dan menasihatkan agar mereka "supaya diam tentang perkara ini" dan "tidak membuat sebarang andaian".

"(Dalam perbualan telefon) Saya berkata kepadanya (Satim), kalau tidak betul perkara itu, kita buat sidang media (menafikannya). Tapi beliau suruh (saya) diam sahaja perkara ini.

"Saya pun tidak pasti apa matlamat beliau cakap begitu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Menurut Abdul Hamid, pejabat Umno Puchong pagi ini juga telah mengeluarkan arahan supaya isu peletakan jawatan Satim itu "tidak dibesar-besarkan".

Katanya, beliau sendiri mendengar desas-desus berhubung hasrat ketuanya untuk mengosongkan kerusi tersebut sejak minggu lalu.

Bagaimanapun, Abdul Hamid yang ketua Umno cawangan Puchong Indah berkata dalam mesyuarat bahagian itu sebelum ini, Satim tidak membangkitkan hasratnya untuk melepaskan kerusi tersebut.

"Itu yang menjadi tanda tanya (sekarang ini). Mesyuarat sebelum ini kita berbincang untuk menguatkan perjuangan. Tak ada masalah," katanya./Malaysiakini

SYABAS SRIKANDI PKR

Srikandi PKR 'tawan' universiti
Jun 22, 10


Srikandi PKR semakin melebar sayap dalam meraih sokongan pengundi muda khususnya golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata kerancakan kempen Srikandi mendorong mereka menembusi 40 peratus IPT termasuk Universiti Teknologi Malaysia (UiTM).

Lebih manis lagi, kejayaan ini datang ketika pergerakan Puteri Umno dilanda bibit-bibit perpecahan walaupun ia cuba diselindung ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Rosnah dipercayai terpaksa membuat kenyataan media kononnya tiada masalah kepimpinan melanda Puteri Umno berikutan desas desus mengenai kegagalan pergerakan itu menggamit sokongan pengundi muda, bukan rahsia lagi.

“Sebenarnya Puteri Umno sedang mengalami permasalahan yang ketara. Kita lihat di peringkat negeri pun, pengaruh mereka semakin menurun akibat sikap pemimpin mereka yang mengamalkan standard tertentu." katanya.

Siti Aishah menyifatkan kebanyakan pemimpin dan ahli Puteri Umno yang mengejar populariti dan menonjolkan imej elitis di kalangan rakyat marhaen.

Ini menyebabkan Puteri Umno tidak popular di kalangan rakyat dan kini, tidak lagi kedengaran program melibatkan mereka.

“Punca utama kelemahan mereka ialah kerana mereka dilihat sebagai satu golongan elit yang hanya mengejar populariti - itu yang menyebabkan mereka gagal mendampingi pengundi muda.

"Kita melihat Puteri Umno hampir 100 peratus mendiamkan diri dan tidak pun memberikan pandangan atau idea-idea yang bernas bagi membantu golongan generasi muda,” katanya.

Sebaliknya, Srikandi PKR bersungguh-sungguh menawan hati rakyat hingga mampu menambat keyakinan pengundi muda, lebih-lebih lagi golongan terpelajar.

“Kita berjaya menembusi hampir 40 peratus universiti di Malaysia termasuk UiTM dan UIA. Bukan bergantung kepada mahasiswa mencari kita di luar tetapi kita sudah mampu masuk sendiri melalui gerakan yang kita bina,” katanya./Malaysiakini

URA-URA LETAK JAWATAN - NOH OMAR SAHKAN YB SATIM TIDAK HADIR MESYUARAT

22 Jun, 2010

Mohamed Satim Tidak Hadir Mesyuarat Perhubungan Umno Selangor

SHAH ALAM, 21 Jun (Bernama) -- Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Mohamed Satim Diman tidak hadir pada mesyuarat pengurusan badan Perhubungan Umno Selangor malam Isnin.

Sebaik mesyuarat tamat pada pukul 12.30 malam Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar ketika ditemui pemberita berkata Mohamed Satim ada menghubungi dan mengatakan beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat malam Isnin kerana ada urusan.

Beliau berkata selain Mohamed Satim, bendahari Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan Ketua Pemuda Suhaimi Ghazali juga tidak hadir pada mesyuarat ini kerana mereka ada urusan di luar negara.

Semalam Noh dilaporkan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Mohamed Satim berhubung khabar angin yang mengatakan Mohamed Satim akan melepaskan semua jawatan politiknya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, pada mesyuarat Isnin ini.

Noh berkata mesyuarat malam ini membincangkan mengenai pengurusan mesyuarat bahagian Umno Selangor.

Sementara itu Mohamed Satim sehingga kini tidak dapat dihubungi bagi membuat sebarang ulasan mengenai khabar angin itu, yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai timbul apabila Mohamed Satim tidak hadir semasa mesyuarat Adun Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

-- BERNAMA

Asri : Masuk Umno? (atau PAS?) — Yusri Mohamad

June 21, 2010

21 JUN — Hari ni heboh kononnya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan masuk Umno Jumaat ini bersama 100 orang ulama termasuk yang berkelulusan Phd. Berita Harian memetik kata-kata Setiausaha Kerja Umno dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang sebagai berkata bahawa kemasukan Asri dan kumpulannya ini akan menyemarakkan sokongan orang Melayu kepada Umno. Beliau ini dilaporkan sebagai turut terlibat untuk membawa masuk Asri. Asri sendiri dalam kenyataan ringkas dalam laman webnya menafikan telah membuat keputusan untuk masuk mana-mana parti politik.

Sebelum timbulnya berita ini, akhir-akhir ini, Asri nampaknya lebih mesra dengan PAS. Ketika panas isu beliau ditahan, beliau membuat kunjungan strategik melawat Mursyidul ‘Am PAS di Kelantan. Gambarnya menghadiri Muktamar Pemuda PAS baru-baru ini tersiar di akhbar perdana. Beberapa kali beliau dijemput mengisi forum anjuran kerajaan Kelantan. Jadi berita terbaru ini mungkin mengejutkan dan menggusarkan peminat beliau di dalam PAS atau Pakatan Rakyat.

Mengenali beliau, saya tidaklah terlalu terkejut dengan semua gerak-geri Asri dengan orang-orang politik seperti di atas. Cuma saya simpati kepada mereka yang terlalu lurus dalam membaca gerak-geri politik Asri. Izinkan saya buat komen ringkas untuk bagi membantu menjelaskan letak duduk perkaranya...

1. Tentang benar atau tidak berita ini, saya rasa kalaupun tidak benar tetapi mesti ada asasnya. Kalau tak ada angin takkan pokok bergoyang. Yang bercakap ini bukan sebarang orang. Dalam majlis yang sama ada Datuk Seri Shahidan Kassim, gandingan utama dan penyokong kuat Asri.

2. Bagi mereka yang cenderung kepada PR, sukakan Asri dan marah dengan berita ini saya katakan: Takkanlah tak tahu lagi hubungan rapat selama ini antara Asri dengan beberapa tokoh Umno terutama Shahidan Kassim yang merupakan “promoter” dan pendokong Asri yang sangat komited dan aggresif. Dari dulu saya agak hairan dengan bacaan politik pemimpin dan pendokong PR yang terlalu “berminat” dengan Asri.

3. Tentang dakwaan bahawa kemasukan Asri akan membawa keuntungan, seperti yang saya tegaskan dan jelaskan dalam beberapa tulisan saya sebelum ini ialah, Asri, aliran dan kumpulannya adalah merupakan suara minoriti dan janggal (syaz) dikalangan para ulama dan ilmuwan Islam di negara kita dan dalam peta aliran Islam global amnya. Cuma tak semua ulama dan ilmuwan arus perdana itu mahu bersuara secara terbuka. Jadi hakikatnya, mana-mana parti yang memberi ruang kepada Asri dan mereka yang seumpamanya sebenarnya telah tidak peka dan sensitif kepada pandangan dan perasaan sebegitu ramai ulama dan ilmuwan Islam yang lain. Para ulama dan ilmuwan ini bersikap demikian terhadap Asri berasaskan ilmu dan iman yang ada pada mereka. Mereka ini pula semuanya ada ruang pengaruh mereka masing-masing dan tidak hanya berdiam diri melihat sesuatu yang pada ilmu dan Iman mereka diyakini salah. Oleh itu, dalam realiti politik Malaysia, mana-mana parti politik yang memberikan ruang dan tempat kepada Asri dan mereka yang seumpamanya adalah sebenarnya mendedahkan diri mereka kepada risiko kehilangan sokongan dan bahkan tentangan daripada suatu kelompok yang begitu penting — baik dari segi prinsip agama mahupun perkiraan politik.

Maka, eloklah parti-parti politik yang berminat sangat untuk memberi ruang kepada Asri lebih banyak mengkaji, meneliti dan mengambil pandangan-pandangan yang patut diambil.

(Dalam konteks PAS, saya teringat Subki Latiff, tokoh veteran PAS yang luas pengalamannya, telah menulis dalam kolumnya di Harakah tentang Asri ketika hangat isu penangkapannya dulu. Secara halus dan berlapik, Subki menyatakan pandangannya bahawa PAS tidak sesuai bagi seseorang yang seperti dan mempunyai agenda seperti Asri.)

4. Tentang dakwaan bahawa ada 100 orang ulama berkelulusan tinggi yang akan bersama-sama Asri menyertai Umno, saya agak sangsi dengan maklumat ini. Tak semua maklumat yang berkaitan Asri mestinya benar seperti dalam kes “minum air ludah ustaz” yang beliau timbulkan baru-baru ini. Kalau dihitung-hitung rasanya tak cukup 100 orang ulama yang benar-benar ulama yang bersama dengan Asri. Memang ada mereka yang berkelulusan agama yang bersama Asri, tetapi hatta mereka ini belum tentu akan mengikuti langkah Asri jika betulpun beliau akan masuk Umno atau PAS. Saya ketahui dengan pasti bahawa hatta mereka yang berkongsi beberapa fahaman agama dengan Asri tidaklah sentiasa bulat menyokongnya.

Begitulah komen ringkas saya. Moga-moga ada manfaatnya dalam membentuk persepsi yang lebih betul. WaLlahu a’lam.

* Dr Yusri Mohamad ialah Bekas Presiden ABIM, Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia, dan pensyarah UIAM.

Isnin, 21 Jun 2010

MP WANGSA MAJU BODOH KERANA TIDAK MAKAN UBAT LAGI?

Dzulfikar & Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dilihat menyerlahkan kebodohan diri sendiri apabila mendakwa Pakatan Rakyat termasuk PAS, hipokrit berhubung bantahan isu lesen judi tetapi membenarkan penjualan arak.

Beliau memberi contoh Kelantan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya membenarkan penjualan arak yang juga diharamkan oleh Islam.

Ahli Parlimen Baling, Taib Azzamuddin Mohd Taib ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Choo Keong sewajarnya membuat rujukan terlebih dahulu sebelum menyinggung mana-mana pihak dengan kenyataan dangkalnya.

Dalam pensyariatan hukum Islam, judi dan arak, katanya dua perkara berbeza.

Judi, jelasnya diharamkan oleh semua agama manakala arak tidak semua agama mengharamkannya.

Katanya, Kelantan menghadkan penjualan arak kepada bukan Islam di premis-premis tertentu sahaja dan bukannya secara terbuka.

"Kalau dia (Chee Keong) tak cakap, dia takut orang kata dia bodoh, bila dia cakap, jelas memang dia bodoh," katanya.

Dalam pada itu, Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berkata, contoh yang digunakan Choo Keong, salah dan langsung tidak tepat.

"Contoh yang digunakan itu salah, saya cadangkan dia belajar lagi dan kaji juga agama-agama lain," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr Mujahid Yusof (PAS-Parit Buntar) berkata, tindakan Choo Keong itu seolah-olah beliau lebih hebat dari ulama.

"Hanya 'agama' (fahaman) Umno sahaja Yang menghalalkan judi di dunia, (sedangkan) agama Islam haram judi, begitu juga Kristian, Hindu, Buddha dan pelbagai lagi agama budaya yang lain di Malaysia," kata Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Menurut beliau, kelulusan lesen arak tersebut sebenarnya sekadar untuk tidak menafikan hak masyarakat bukan Islam dari meminum minuman keras itu.

"Arak ini macam babi lah, walaupun umat Islam diharamkan makan babi atau arak, kerajaan (Kelantan) tidak boleh menghalang penganut agama-agama lain dari makan dan minum kedua-duanya.

"Ianya kerana Islam agama yang adil (dan) keadilan Islam tidak boleh menghalang hak penganut agama lain, sebab arak ini kalau ikut fekah seperti harta mereka," ujarnya.

Disebabkan itu, sekiranya umat Islam terjebak dalam meminum arak, menurut beliau, mereka tetap akan dikenakan tindakan syarak.

Maka, katanya lagi, tidak salah sekiranya kerajaan menggunakan duit dari cukai judi untuk membangunkan prasarana di negeri Kelantan.

Ini kerana, beliau berkata, Sheikh Dr. Yusof Abdullah al-Qardhawi, Pengerusi Majmak Fiqh al-Islami al-'Alami (Ikatan Fiqh Islam Sedunia) pernah berfatwa bahawa kerajaan diharuskan menggunakan duit dari cukai arak untuk pembangunan prasarana awam daripada membakar duit cukai itu.

Ini kerana, beliau berkata, Dr. Yusuf berpendapat membakar duit hasil dari cukai arak tidak ubah seperti melakukan pembaziran yang nyata ditegah di sisi Islam juga.

Berbeza dengan isu judi, beliau berkata, semua agama mengakui bahawa aktiviti itu memunahkan keharmonian rumah tangga.

Sehubungan itu, beliau menganggap kenyataan Choo Keong mengelirukan Dewan Rakyat dan wajar dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bercakap pada suatu kenyataan lain, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, dengan meluluskan lesen judi mencerminkan kerajaan tidak mempunyai aras tanda utama (KPI) tersendiri.

"Perdana Menteri ini dalam semua perkara ada KPI lah, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) lah, tetapi dalam isu judi ini nampaknya Najib cukup bebas tidak kira sensitiviti agama dan bangsa kita," katanya.

Melihat pada tindak tanduk Najib, beliau menyeru rakyat supaya menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak demi menyelamatkan Malaysia dan rakyat daripada terus punah.

Sementara itu, Choo Keong ketika diterjah Harakahdaily semasa keluar dewan, enggan mengulas.

"Saya nak makan ubat," ujarnya./Harakahdaily

SEKUTU APCO MEMELIHARA KATAK, SEKARANG MENCARI ULAR DALAM SEMAK PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

MUSIM untuk `shopping' MP-MP dari PR telah berakhir atau mungkin ke penghujungnya. Kini, `Shopping' terarah kepada para `alim ulamak' yang bersikap seperti `ular dalam semak'. Ular dalam semak seperti ini adalah juga `Syaitan bisu' yang digambarkan di dalam kitab yang mana mereka itu arif tentang agama tetapi bisu tatkala berdepan dengan penguasa.

Setelah mereka menyedari bahawa tidak berbaloi wang jutaan ringgit dibelanjakan untuk `membeli' spesis katak yang kini ada beberapa ekor, mereka terpaksa beralih arah kepada mereka yang sering memakai `kopiah putih' atau `bersongkok hitam' serta memegang sijil/ijazah tinggi di dalam bidang agama. Sehingga ke tahap Phd mereka akan cuba pikat dengan umpannya sudah pastilah untuk menyelamatkan umat Melayu dan Islam. Kaedah itu sudah kita jangka kerana memang menjadi stail sekutu Apco ini akan melakukan apa jua agar cita-cita mereka tercapai. Cuma, mereka yang bijak dan pintar sahaja boleh membaca gerak tari sekutu Apco ini. Alim di dalam bidang ugama bukan bererti bebas dari godaan Syaitan.

Justeru itu, kita akan lihat nanti benarkah `shopping' ke atas ular dalam semak ini nanti berjaya mencapai ke tahap 100 orang atau mungkin lebih. Di saat kita dihidangkan di depan mata segala macam salah laku dan maksiat Penguasa, tidak terfikir oleh kita golongan agama ini terpedaya dengan tipu muslihat sekutu Apco. Memang benar, golongan Yahudi itu tidak kuat dan segagah mana tetapi mereka tersangat pintar untuk menipu. Jika tidak, masakan mereka masih menungkat langit di tanah umat Islam di Palestine.

Apa yang hendak dikisahkan jika ular dalam semak ini akan merayap ke dalam kem sekutu Apco. Bukankah sebelum ini mereka banyak membisu terhadap pemerintah? Kita tidak boleh melarang mereka untuk menjadi ular, kita hanya boleh mengingatkan sahaja. Kini, di pihak mereka sudah ada spesis `katak' dan tidak lama lagi ada pula spesis `ular'. Kita tunggu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

PARLIMEN BATU - BERITA BAIK BUAT NAJIB, MENGAPA YB ZUL TURUT GELABAH?

"Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan." (Petikan dari TV Selangor, selanjutnya di sini).

Satu berita baik buat Najib dan sekutunya di dalam Bn. Najib harus mengadakan doa kesyukuran serta berterima kasih kepada Yang Arif Hakim yang secara tidak langsung menyelamatkan maruahnya dan parti yang dipimpinnya. Ketakutan untuk menghadapi Pilihanraya Kecil pada waktu sekarang bukan sahaja dirasai oleh Najib dan gerombolan Bn, tetapi juga turut dirasai oleh gerombolan MP yang bermuka tebal dari Bebas. Bukankah mereka sepakat mengatakan PR kini mulai kehilangan sokongan rakyat? Dan, jika terdapat Pilihanraya Kecil lagi tentunya amat merimaskan mereka.

Bagi kita di dalam PR, samada kerusi Parlimen Batu dikosongkan atau tidak, tidak menjadi masalah buat kita. Meskipun kita tahu bahawa kita bakal berhadapan dengan jentera kerajaan serta propaganda jijik dari puak mereka, namun kita tetap yakin dengan kekuatan rakyat. Saya merasa pening dengan ulasan dari MP Bebas, YB Zul Kulim di dalam blognya bahawa PR terutamanya DAP mahukan agar kerusi Parlimen Batu dikosongkan untuk memberi laluan kepada Dato' Zaid Ibrahim bertanding. Beliau berteori bahawa DAP berhajat mahu mengangkat Dato' Zaid sebagai Ketua PR sekiranya DS Anwar terpenjara.

Saya selama ini tidak pernah menyangka YB Zul Kulim mempunyai pemikiran politik serendah itu walaupun saya tahu beliau bukan seorang ahli politik yang berpengaruh. Baru saya tahu mengapa PAS sejak dulu tidak berminat untuk menyimpan YB Zul, dan mungkin DS Anwar memilihnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Bharu pun semata-mata atas dasar simpati terhadap YB Zul. Jika beginilah pemikiran politik YB Zul, tidak salah pengundi-pengundi di kawasannya mulai menyesal memilihnya.

Tidakkah beliau tahu bahawa untuk menjadi Ketua PR mestilah dipersetujui sebulat suara di antara DAP dan PAS? Lebih penting dari itu, tokoh itu terlebih dahulu mesti dipersetujui dan disokong penuh oleh partinya sendiri sebelum dipilih oleh parti sekutu di dalam PR. Adakah Dato' Zaid boleh melepasi peringkat awal iaitu disokong oleh partinya sendiri iaitu PKR? Jika partinya tidak bersetuju, mana mungkin beliau boleh memimpin PR? Seandainya PKR bersetuju, belum tentu PAS dan pemimpin lain di dalam DAP akan bersetuju. Yang pasti juga, Dato' Zaid bukan calon paling sesuai mewarisi kerusi di Parlimen Batu.

Saya rasa tidak perlu kita membuang masa untuk memikirkan samada kerusi Parlimen Batu ini kosong atau tidak. Ini adalah kerana kita percaya akan ada usaha untuk mengelakkan Pilihanraya Kecil diadakan kerana Umno/Bn sudah tidak berdaya lagi untuk dimalukan. Itu yang pasti./wfauzdin.blogspot.com

KEHEBATAN ANWAR DIAKUI


Antara Anwar dan Tunku
- ABDUL AZIZ BARI

Isnin lalu muka depan akhbar ini melaungkan kenyataan “Anwar tetap No 1”!. Cerita itu berkisar dari cadangan seorang perwakilan dalam Muktamar Pas ke 56 di Kota Bharu yang mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Pakatan Rakyat; sesuatu yang lebih kurang sama dengan kedudukan Menteri Besar Kelantan itu dalam struktur organisasi Pas sekarang. Cadangan tersebut tidak diterima atau disokong kedua-dua DAP atau PKR meskipun Datuk Zaid Ibrahim pernah mencadangkan hal sama tahun lalu.

Apa pun kali ini Nik Abdul Aziz dengan tegas menolak cadangan itu dan menyatakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang sesuai mengetuai Pakatan. Tahun lalu Nik Abdul Aziz, selepas Zaid membuat cadangan sama, menyatakan ia memerlukan masa. Apa pun reaksi Nik Abdul Aziz itu sekali lagi, jika dilihat daripada respons pembaca sebuah portal berita, menekankan kecekapan dan kelicikan menteri besar yang sudah 20 tahun mengetuai pentadbiran Kelantan.

Respons Nik Abdul Aziz itu mengesahkan kepentingan peranan Anwar dalam proses perubahan politik sekarang. Ini bukan kerana beliau memimpin PKR, sebaliknya kerana Anwar mempunyai personaliti yang istimewa dan watak seperti ini amat penting dalam memacu perubahan. Kepentingan kedudukan dan peranan Anwar amat jelas jika kita lihat masalah dihadapi DAP dan Pas serta kelembapan PKR semasa Anwar berada di dalam penjara sewaktu Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004.

Itu semua berubah apabila bekas Timbalan Perdana Menteri 1993-1998 bebas dari penjara pada 2004 dan berkempen dalam Pilihan Raya 2008. Meskipun Pakatan masih belum wujud dalam bentuknya yang ada sekarang gabungan longgar ketiga-tiga parti itu berjaya. Sejak itu orang mula melihat betapa gagasan sistem dua parti sesuatu yang realistik di Malaysia.

Saya telah menyebut banyak kali dalam ruangan ini betapa sistem dua parti ini penting dalam mengembalikan sistem pemerintahan negara ke tempatnya yang asal. Ini pilihan terakhir setelah istana dan mahkamah – sebagaimana kelihatan dalam krisis politik di Perak tahun lalu – gagal menjadi pemangkin kepada sistem yang ditunjangi perlembagaan.

Terbaru mahkamah dilaporkan cuba mengelakkan pilihan raya kecil dan menyelamatkan Tian Chua dari dihukum sehingga membatalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen. Ini mengejutkan kerana mahkamah tidak harus mengambil kira soal mengelakkan pilihan raya kecil. Pada saya hakim berkenaan tidak wajar kerana rakyat akan melihat mahkamah menjadi alat kerajaan dan tidak bebas. Tanggapan sedemikian mesti dielakkan.

Faktor Anwar menekankan betapa pentingnya faktor kepemimpinan dan ikon dalam proses perubahan. Meskipun faktor-faktor lain seperti kerangka perlembagaan, perkhidmatan awam juga penting faktor tokoh dan kepemimpinan amat penting untuk menjadi mancis yang akan memulakan api perubahan. Dalam pada itu sudah pastilah bahawa kesempatan dan ketika di mana perubahan itu berlaku juga penting.

Kedudukan dan peranan yang ada pada Anwar sekarang boleh dibandingkan dengan apa yang dilakukan Tunku Abdul Rahman dalam perjuangan kemerdekaan pada 1957. Meskipun Tunku bukan orang yang memulakan proses itu beliau memainkan peranan kritikal dalam memulakan enjin yang kemudian membawa kepada kemerdekaan.

Meskipun ada pihak – termasuk Raja-Raja Melayu – yang skeptikal dengan perjuangan itu Tunku tetap tegas. Ini kerana beliau tahu peluang seperti itu tidak mungkin datang lagi. Seperti yang kita tahu tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua menyediakan senario cukup subur untuk kemerdekaan; bukan sahaja di Malaya tetapi juga di seluruh dunia.

Mengatakan Anwar sama dengan Tunku akan menyebabkan penyokong tegar Barisan Nasional naik angin. Tetapi saya fikir kemampuan Anwar adalah kenyataan dan mengakuinya samalah seperti meramalkan bahawa pasukan-pasukan pilihan tertentu akan jadi juara Piala Dunia kali ini. Mengatakan bahawa Afrika Selatan akan jadi juara Piala Dunia 2010 akan menyebabkan orang ketawa. Kita perlu objektif.

Apa yang Malaysia perlukan sekarang bukan perlembagaan atau sistem baru kerana semuanya sudah baik. Apa yang jadi masalah ialah pemandu tidak cekap. Ini hanya boleh dibetulkan rakyat melalui pilihan raya. Di sinilah pentingnya peranan Anwar untuk membawa kemerdekaan kedua.

Minggu lalu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, SPR cuba melambatkan pendaftaran pengundi baru. Sama ada dakwaan itu betul atau tidak kita kena halusi bukti-bukti yang Ahli Parlimen PJ Utara itu kumpulkan. Tetapi itu bukan perkara baru kerana sewaktu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir begitu gabrah menghadapi Pilihan Raya 1999 selepas Anwar dipecat hampir 700,000 pengundi baru tidak dapat mengundi dan ia membantu pentadbiran Mahathir kekal berkuasa.

Ketika ini kita menyaksikan apa yang dipanggil sebagai politik baru dan Anwar nampak begitu selesa memainkannya. Sebab itu Nik Abdul Aziz mengambil langkah untuk menyokong Anwar walaupun tokoh-tokoh kanan dalam Pas yang lain belum tentu senang hati dengannya. /Sinar

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun.

WANITA SOLAT JUMAAT - MUFTI PERAK, JOHOR KATA SUNAT, MUFTI SELANGOR KATA HARUS

Wanita tidak dikira syarat sah solat Jumaat

SHAH ALAM- Wanita tidak boleh mencukupkan bilangan jemaah solat Jumaat sekiranya jemaah lelaki tidak cukup 40 orang bagi melakukannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Menurutnya, biarpun solat Jumaat adalah amalan sunat bagi wanita dan tidak diwajibkan ia harus mengikut syarat sah solat iaitu mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang lelaki yang tinggal tetap di kawasan itu.

“Ia bukanlah baru, namun tidak semua wanita menunaikannya bergantung pada ruang yang disediakan di sesebuah masjid dan kelapangan waktu.

“Kadang kala wanita mempunyai komitmen dan pekerjaan yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, wanita yang menunaikan solat jumaat tidak perlu lagi menunaikan solat zohor, memadai dengan solat Jumaat yang ditunaikan.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan :Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyarankan wanita turut mengerjakan solat Jumaat sebagaimana lelaki menunaikannya di masjid dengan mempunyai ruang khas.

Sementara itu, Penasihat Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata, biarpun ia amalan sunat, wanita yang berkahwin perlu mendapat keizinan suami sebelum menunaikan solat dan mengelakkan memakai wangian yang boleh mendatangkan fitnah yang jelas haram hukumnya.

Namun, katanya banyak kelebihan yang boleh diperoleh apabila wanita menunaikan solat Jumaat antaranya dapat berkongsi ilmu sewaktu mendengar khutbah.

Bagaimanapun Noh mencadangkan agar prasarana bagi memudahkan wanita menunaikan solat dipertingkatkan terlebih dahulu.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, solat Jumaat adalah fardu ain kepada lelaki, iaitu wajib kepada setiap individu lelaki yang beragama Islam dan akil baligh.

“Tetapi bagi wanita, mereka adalah tidak wajib, cuma harus sahaja namun andai kata kalau dia buat (sembahyang Jumaat) maknanya akan gugurlah tuntutan solat Zuhur,” katanya ketika dihubungi, semalam. /Sinar