TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KLIK "PLAY" DENGAR RADIO KOBAT FM

Jumaat, 5 Jun 2020

BERSATU INDERA MAHKOTA SOKONG TUN M, SATU TAMPARAN BUAT MP INDERA MAHKOTA


Tahniah dan syabas kita ucapkan kepada Bersatu Bahagian Indera Mahkota yang berani, tegas dan berprinsip apabila tidak menyokong pengkhianat dan meneruskan sokongan kepada Pengerusinya, Tun Dr Mahathr.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bersatu Indera Mahkota merupakan satu tamparan yang memalukan kepada MP Indera Mahkota, YB Saifudin Abdullah, salah seorang pengkhianat yang telah menipu pengundi-pengundi di Indera Mahkota. Beliau telah bertanding di atas tiket Keadilan mewakili PH, tetapi telah melompat keluar dan bersama dengan pengkhianat yang telah menjatuhkan kerajaan PH yang telah diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 yang lalu.

Jelas bahawa pimpinan Bersatu di Indera Mahkota serta para penyokongnya yang majoritinya menyokong PH dan berdiri di belakang Tun M lebih bermaruah daripada MP Indera Mahota itu sendiri. Kita pun tidak pasti MP Indera Mahkota sekarang mempunyai parti atau tidak. Seperti kata SUA Bersatu, Dato Marzuki beliau tidak pernah melihat borang kemasukan ke dalam parti Bersatu oleh mana-mana pimpinan dari Keadilan yang telah melompat ini. Apakah Indera Mahkota sekarang ini memiliki seorang wakil rakyat yang bukan sahaja khianat tetapi tidak mempunyai parti?

InsyaAllah, pada PRU15 akan datang wakil rakyat yang khianat ini bukan dikuburkan oleh PH tetapi akan disepak keluar oleh rakan-rakannya sekarang dari BN/PN mahupun MN. YB Saifudin akan berkubur tanpa nisan nanti.

KALAU ANWAR BOLEH BERPEGANG PADA JANJI, MENGAPA KITA TIDAK ?


Semua tahu, sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan, waktu itu Anwar masih di dalam penjara. Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara ketika itu.

Bahkan, ketika Tun M mengangkat sumpah menjadi PM iaitu satu jawatan yang diimpikan oleh semua orang politik yang bercita-cita besar, ketika itu jasad tokoh reformasi ini masih di dalam penjara. Dari sebalik tirai besi penjara, insan ini melakukan sujud syukur kerana negara ini telah berjaya diselamatkan dari rejim kleptokrasi.

Sebaik sahaja beliau diberi pengampunan penuh oleh Agong, perkataan atau ucapan pertama yang keluar dari mulut beliau adalah bersyukur kepada Allah dan menyeru agar kita semua memberikan sokongan padu kepada PM, Tun M. Di kala ramai rakan-rakan seperjuangannya yang tersenyum simpul memasukkan kad perakam waktu di pejabat kementerian masing-masing di Putarajaya, Anwar hanya orang biasa sekadar menyaksikan hari penuh bersejarah itu.

Begitulah keadaannya sepanjang tempuh 22 bulan kerajaan PH berkuasa sebelum dikhianati oleh petualang yang tamak dan rakus kuasa. Sehingga ke saat akhir kerajaan PH, mulut Anwar terus memberikan sokongan kepada Tun M selaku PM. Beliau menundukkan kepalanya dan merendahkan dirinya untuk terus memberikan masa kepada Tun M untuk terus menjadi PM sehingga tarikh yang Tun M tentukan sendiri. Begitu sekali Anwar berpegang kepada janji sehinggakan beliau lupa janji kedua adalah beliau patut diangkat menjadi PM ke 8 setelah semua proses perundangan membenarkan beliau ke posisi itu.

Malangnya, PH diuji dengan ujian yang berat di mana PH diperlihatkan tentang beberapa wajah para pengkhianat dan munafik. Ujian ini mungkin mempunyai hikmah yang besar di mana Allah mahu PH dibersihkan dari golongan munafikun. Kita patut bersyukur dengan ujian ini kerana jika tidak berlaku sedemikian, kita masih menyimpan puak-puak ini yang akhirnya nanti membusukkan nama PH.

Anwar telah melaksanaan amanahnya. Anwar telah menunaikan janjinya sehingga ke penghujung. Bagaimana yang lain? Sekarang, kita diberi peluang oleh Allah untuk mengambil semula mandat rakyat yang telah dikhianati itu. Apakah di dalam keadaan sekarang, di waktu kita telah diberi 'kifarah' dengan kehilangan kerajaan dua bulan yang lalu, kita masih tidak mahu menunaikan janji-janji kita kepada Anwar? Apakah kita lupa kepada janji-janji kita kepada rakyat yang masih tidak tertunai?

Rakyat telah merasai baik buruknya berada di bawah PH yang dipimpin oleh Tun M selama hampir dua tahun. Rakyat sekarang ingin merasai pula bagaimana berada di bawah kerajaan PH yang akan dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Kita pernah melihat Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan yang pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan Terbaik di Asia. Apakah kita tidak teringin mahu melihat bagaimana Anwar memimpin negara ini sebagai PM?

PH harus memberikan peluang ini kepada Anwar bukan kerana janji-janji yang telah kita meterai dahulu semata-mata, tetapi Anwar adalah tokoh yang tidak pernah wujud sejak merdeka yang mencipta sejarah beraya mengetuai Pembangkang berpuluh tahun dengan penuh gemilang. Auranya terpancar ke seluruh dunia walaupun jasadnya terpenjara.

Amat malang sekali jika pimpinan PH melupakan insan ini kerana memikirkan kembali keempukan kerusi di pejabat menteri masing-masing. Rakyat menanti Anwar sebagai PM bukan kerana Tun M tidak hebat tetapi Tun M telah pun diberi peluang dua kali menjadi PM dan sepatutnya beliau bersyukur kerana rezekinya itu bukannya terus mencuba untuk mencuri rezeki orang lain yang sepatutnya.

BIARLAH ITU PENGKHIANATAN TERAKHIR

💥 KISAH NABI ISA DENGAN 3 BUKU ROTI

Kisahnya, suatu hari Nabi Isa dan seorang sahabatnya berjalan mengembara. Mereka bawa 3 buku roti, Satu buku untuk Nabi Isa, satu buku untuk sahabat itu. Adapun sisa satu buku roti lagi untuk disimpan.

Nak jadi cerita, sesudah Nabi Isa pergi minum ke sungai dan kembali, beliau mendapati sebuku roti yang tersisa sudah tidak ada. Maka, beliau pun bertanya, “Siapakah yang telah mengambil sebuku roti sisa untuk disimpan ini?”
Sahabatnya itu menjawab, “Aku tidak tahu.”

Mereka melanjutkan perjalanan. Sampailah keduanya di hutan belantara. Saat tengah duduk-duduk, Nabi Isa mengambil tanah dan batu, kemudian berkata, “Jadilah emas dengan izin Allah.”

Tiba-tiba, tanah dan batu itu berubah menjadi emas. Nabi Isa pon membaginya jadi tiga bagian. Beliau berkata kepada sahabatnya, “Untukku sepertiga. Sepertiga untukmu dan Sepertiga sisanya untuk orang yang mengambil roti tadi.”

Cepat cepat sahabat itu buka mulut, “ sebenarnya Akulah yang mengambil roti itu!”
Nabi Isa terus kata, “Ambillah semua bagian emas ini untukmu.”
Nabi Isa pun berlalu pergi tinggal sahabat kianat tu seorang diri.

Masa tengah usaha nak angkut bawa emas 3 bongkah tadi, sahabat Nabi Isa itu kemudian didatangi 3 orang perampok. Mereka tengok emas bersama dengan dia, terus dibunuhnya sahabat kianat tadi,

Maka, tiga perompak itu bincang sama mereka, “Lebih baik kita bagi tiga saja emas-emas ini, seorang dapat seketul ” ketiga perampok itu setuju.

Tengah nak angkut emas yang berat tu, mereka kata perlu makan dulu ambil tenaga, maka diundi la seorang perlu pergi ke pasar beli roti untuk dimakan, pergi la seorang perompak ni meninggalkan sahabat perompak dia berdua.

Masa dipasar, dia terfikir untuk kianat kawan dia dua orang tu, dia kata kalau diracun mati, semua emas tu jadi hak dia, dia pun letak la racun ke dalam roti yang dibelinya .

Adapun dua perompak yang dihutan pun fikir benda sama, jika mereka bunuh kawan yang pergi beli roti tu, emas tu semua mereka boleh dapatkan lagi banyak, hanya perlu bahagi dua.

Sesudah kawan mereka balik, mereka cepat cepat bunuhnya, dan tanpa waspada mereka dua perompak ni terus makan roti yang dibeli tadi. Akhirnya mereka juga mati teracun,

Nabi Isa tika berjalan pulang lihat kejadian tersebut...4 perompak yang kianat mati terbujur disisi emas tadi, Dia pun kata “Inilah perumpamaan dunia. Maka berhati-hatilah kalian kepadanya.”

Begitu la kisah 4 orang pengkianat, yang sebenarnya mereka tak sedar mereka bakal dikianati sesama mereka.

*Langkah Sheraton pun ibaratnya begini juga, pengkhianat cipta formula untuk khianat Anwar, tapi tengah duk rancang, puak pengkhianat ni curi peluang khianat sesama sendiri demi kepentingan sendiri, akhirnya berlaku la apa yang berlaku.*

Terima kasih kepada sahabat yang mengingatkan kisah ini.

Anwar pula kena ingat pesanan " buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali". Seperti yg pernah diingatkan oleh Saifuddin Nasution sewaktu berucap di Kongres Keadilan di Melaka, " Apabila mahu berperang, jangan lupa bawa pen, kemungkinan musuh ingin berdamai. Apabila mahu berdamai, jangan lupa bawa pedang, kemungkinan mereka akan khianat".

Ahad, 31 Mei 2020

ANWAR BERTEGAS TIDAK AKAN TINGGALKAN RAKAN-RAKAN DI DALAM PH DEMI UNTUK MENJADI PM



Rakan yang baik adalah yang akan bersama kita waktu susah dan senang. Itulah yang dibuktikan oleh rakan-rakan Keadilan di dalam PH, Dap dan Amanah serta segelintir rakan-rakan di dalam Bersatu.

Ada pihak yang cuba mengumpan Anwar dengan menawarkan jawatan PM dan TPM, dengan meletakkan syarat agar Anwar tinggalkan Dap dan Amanah. Mereka silap orang. Anwar bukannya kemaruk untuk menjadi PM sehingga tergamak mengkhianati rakan-rakan yang setia bersama selama ini. Presiden Keadilan ini sanggup rugi seketika dengan memecat ramai pimpinan utama di dalam partinya asalkan parti reformasi ini benar-benar jujur di dalam perjuangannya dan tidak memelihara spesis-spesis yang mementingkan diri sendiri. Jika benar beliau kemaruk kepada jawatan PM, lebih mudah baginya untuk bersekongkol dengan puak-puak khianat itu.

Anwar bukan seperti Muhyidin atau Hadi Awang, apatah lagi seperti Azmin. Prinsip mereka boleh dijual beli dengan begitu murah seperti barang longgok di pasar malam. Bak kata Anwar sendiri, di dalam usia sebegini beliau tidak boleh menjadi pengkhianat dan mati di dalam keadaan rakyat menyumpah seranahnya. Jawatan dan kedudukan di dunia ini boleh dicari, tetapi maruah itu akan dibawa ke mati.

Saya berasa bertuah berada di dalam parti Keadilan yang memiliki Presiden seperti Anwar. Adaalanya saya rasa gelisah dan gusar dengan sikapnya yang terlalu pemaaf dan bersangka baik. Kadangkala sikapnya itu memberi padah kepada diri dan partinya. Namun, Anwar sedar bahawa setiap pemimpin itu akan diuji. Nabi pun telah diuji dengan berbagai ujian termasuk menghadapi puak-puak yang munafik yang berpura-pura di hadapannya.

Semoga dengan berkat kesabaran dan kesetiaan beliau kepada perjuangan ini, akhirnya beliau akan diangkat untuk memimpin negara kita ini. Saya lebih rela beliau tidak menjadi PM sampai bila-bila asalkan beliau tidak mengkhianati perjuangan dan rakan-rakan.

TAHNIAH ANTHONY LOKE, KERJA BUAT BELIAU DULU KINI DITIRU


Pada bulan Januari 2020 lagi kerajaan PH telah membawa isu pindaan akta pengangkutan jalan utk hukuman lebih tegas kpd pemandu mabuk. Kabinet telah luluskan, cuma tunggu dibawa ke parlimen pada Mei 2020.

Malangnya, kjaan PH telah dirompak melalui pengkhianatan oleh kjaan PN yg tiada mandat rakyat. Sepatutnya, undang2 yg telah diluluskan oleh kjaan PH itu diteruskan utk dibawa ke parlimen pada persidangan baru2 ini. Dukacita, persidangan baru2 ini dilakukan selama lebih kurang dua jam utk perasmian Agong saja. Mungkin takut undi tak percaya terhadap Muhyidin berlaku. Kesannya, undang2 yg penting itu gagal dibahaskan dan diluluskan di parlimen baru2 ini.

Oleh kerana mahu tunjuk kononnya kjaan pintu belakang ini serius dgn isu pemandu mabuk, maka muhyidin pun kata kjaan mahu pinda undang2. Biarlah rakyat yg tidak tahu apa2 akan kata bwh kjaan pintu belakang ini lah undang2 dipinda. Mereka yg cerdik tetap tahu bahawa pindaan undang2 ini telah bermula di era kjaan PH. Fakta ada untuk membuktikan.

Tahniah, bekas menteri pengangkutan dari Dap, YB Anthony Loke yg dulunya peka dgn masalah ini. Sekarang, kerja buat beliau ditiru oleh menteri kjaan pintu belakang tapi malu mahu mengaku.😁😉

LEBIH KURANG SAYA DENGAN MOKHTAR ANAK SENIK, SERUPA TAPI TIDAK SAMA

Sebelum saya bandingkan, kita baca dulu apa kata Mokhtar anak Senik:

Saya tak pandai nak bercakap atau berbuat sesuatu kalau tak dikaitkan dengan agama. Sbb setakat yg saya mengaji kat pondok beratapkan rumbia dan bertiangkan batang nibong, tiada suatu pun dlm hidup kita ini yg tak terkait dgn hukum agama yg lima. Sbb itu saya pilih parti pun parti yg sah pada hukum agama. Sya berbaik pun dengan parti yg agama kata saya harus berbaik dengannya.

Ada org cakap parti itu bukan agama dan agama itu bukan parti. Betul laa tu. Saya dan org2 PAS pun tak cakap PAS itu satu agama dan agama itu PAS. Tapi yg pasti PAS dengan agama ada kaitan hukum. Sama laa kita dengan Bapa. Agama itu bukan bapa dan bapa itu bukan agama. Tapi bapa itu ada kaitan dgn agama. Sbb itu kita wajib taatkan bapa dan haram durhaka kepadanya. Ada hukum wajib dan hukum haram.

Maka begitulah kami dlm PAS. PAS menerima UMNO dlm MN. Bukan kerana UMNO itu agama. Tapi PAS dan UMNO itu ada kaitan dgn hukum agama, iaitu wajib berukhuwwah. Betul.. Parti2 itu bukan agama tapi tiada sebuah parti pun yg bebas dari ikatan dan hukum agama. Kerana itu ada parti yg kita wajib bersatu dengannya dan ada parti yg haram kita bersekongkol dengannya. Kalau ada lagi yang tak faham, saya tak tahu nak kata apa lagi.

Itu laa yg saya belajar. Tak tau laa kut kalau belajar kat tempat lain ada masa kita terkait dengan agama dan ada masa tak terkait dgn hukum agama. Kalau ada yg berfahaman begitu, minta maaf sya akan tentang kamu walau kamu ada 20 PhD. Tapi kalau ada seorg insan yg setiasa meniti diatas hukum agama dlm setiap gerakgeri hidupnya. Saya akan cium tangannya walau dia hanya seorg tua yg hanya bersekolah atap dan tak punya gelar apa2.

UMS
Kuantan Pahang.
28. MY. 2020.

KOMEN SAYA LEBIH KURANG SAMA DENGAN MOKHTAR ANAK SENIK, SERUPA TAPI TAK SAMA

Saya juga tak pandai nak bercakap atau berbuat sesuatu kalau tak dikaitkan dengan agama. Sbb setakat yg saya mengaji walaupun tak berpondok atau mengaji kitab Fikah Al Maunah, tiada suatu pun dlm hidup kita ini yg tak terkait dgn hukum agama yg lima, yakni wajib, sunnat, mubah, makruh, dan haram. Sbb itu saya pilih parti pun parti yg sah pada hukum agama. Saya berbaik pun dengan parti yg agama kata saya harus berbaik dengannya.

Ada org cakap parti itu bukan agama dan agama itu bukan parti. Betul laa tu. Saya dan org2 Keadilan pun tak cakap Keadilan itu satu agama dan agama itu Keadilan. Tapi yg pasti Keadilan dengan agama ada kaitan hukum. Sama laa kita dengan Bapa. Agama itu bukan bapa dan bapa itu bukan agama. Tapi bapa itu ada kaitan dgn agama. Sbb itu kita wajib taatkan bapa dan haram durhaka kepadanya. Ada hukum wajib dan hukum haram. Contohnya, haram hukumnya tunjuk "lighter criket" kita kepada wanita yang tidak kita kenali melalui mesengger walaupun kita berjubah.

Maka begitulah kami dlm Keadilan. Keadilan menerima Dap dan Amanah dlm PH, sebelum ini terima Pas dan juga Bersatu. Bukan kerana Dap atau Amanah itu agama. Tapi Keadilan dan Dap serta Amanah itu ada kaitan dgn hukum agama, iaitu wajib berukhuwwah. Betul.. Parti2 itu bukan agama tapi tiada sebuah parti pun yg bebas dari ikatan dan hukum agama. Kerana itu ada parti yg kita wajib bersatu dengannya dan ada parti yg haram kita bersekongkol dengannya seperti haram bersekongkol dengan parti kleptokrasi apatah lagi parti yang khianat amanah dan mandat rakyat walaupun parti itu melayu Islam. Kalau ada lagi yang tak faham, saya tak tahu nak kata apa lagi.

Itu laa yg saya belajar. Tak tau laa kut kalau belajar kat tempat lain ada masa kita terkait dengan agama dan ada masa kita jual agama, dan bila untung kepada kita, hukumnya Halal, bila rugikan kita hukumnya Haram. Bila kita buat tak salah, bila orang lain buat benda yang sama, itu salah. Kalau ada yg berfahaman begitu, minta maaf saya akan tentang kamu walau kamu berada dalam parti yang berlabelkan Islam, berjubah atau beserban. Tapi kalau ada seorg insan yg sentiasa meniti diatas hukum agama dlm setiap gerakgeri hidupnya, saya akan cium tangannya walau dia hanya seorg tua yg hanya bersekolah atap dan tak punya gelaran menteri alam sekitar atau duta khas bertaraf menteri.

WFAUZDIN NS
Jelebu
28 MY 2020

PRK DUN CHINI - PAS TIDAK PERLU NASIHAT PH


Saya merujuk kepada kenyataan TMB Kelantan , Nik Amar yang sekarang ini sedang hangat diasak oleh rakyat Kelantan atas kegagalan kerajaan negeri Kelantan mengatasi masalah air, di mana beliau telah menasihati PH khususnya Keadilan agar tidak bertanding di PRK Dun Chini pada 04 Julai nanti.

Baru-baru ini SPR telah mengumumkan Kerusi Dun Chini kosong dan perlu diadakan PRK berikutan kematian penyandangnya Almarhum YB Abu Bakar pada 07 Mei baru-baru ini. Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi, menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi, dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi. Kerusi itu mempunyai 20,990 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 20,972 pengundi biasa dan 18 pengundi awal polis.

PRK kali ini turut menyaksikan sekali lagi Pas tidak bertanding sama seperti di dalam beberapa PRK sebelum ini dan hanya sanggup 'berjihad' menjadi tukang pacak bendera 'dacing baghdad' saja sekiranya berlaku pertandingan di Chini. Pas merasakan jika tiada pertandingan, maka Pas tidak perlu bersusah payah "berjihad". Oleh itu, Pas mahu agar PH tidak perlu bertanding di Chini.

Pas membawa dalil bahawa Chini kubu kuat Umno/Bn sejak dahulu, meskipun Keadilan pernah menang sekali di situ pada tahun 1999 dengan majoriti terlalu tipis. Atas hujah tersebut dan adanya PKP sekarang ini, Pas merasakan peluang PH untuk menang di situ memang tiada. Itu yang dinyatakan oleh Nik Amar. Manakala, Pesuruhjaya Pas Pahang, YB Us Rosli Abdul Jabar pula tanpa rasa segan silu menyatakan Pas akan turun menggerakkan jentera untuk membantu memenangkan Umno/Bn. Mungkin Malaikat di langit akan bertakbir sekali lagi apabila mendengar parti yang kononnya membawa dasar Islam ini akan membantu parti Zahid Hamidi dan Penasihatnya Najib yang terkenal di seluruh dunia sebagai 'bapa kleptokrasi".

Tidak pelik sekiranya Pas sanggup tidak bertanding di Kerusi tradisinya di situ kerana Pas kini berada di "dua alam", iaitu bersama Muafakat Nasional (MN) dan Pakatan Nasional (PN). Jantina "dua alam" ini dikenali sebagai "khunsa". Kebanyakan binatang yang hidup di dua alam haram dimakan. Kita pun tahu, di akhir zaman akan ramai golongan ulamak yang suka mengampu pemerintah dan mempertahankan pelaku rasuah atau penyelewengan demi kedudukan dan perut masing-masing.

Keadilan akan memutuskan samada kami perlu bertanding atau tidak di dalam masa terdekat ini. Secara peribadi, saya merasakan Keadilan wajar bertanding di Chini untuk memberikan alternatif kepada para pengundi di Chini yang tidak mahu menyokong parti yang dikenali sebagai kleptokrasi itu dan parti yang mengkhianati mandat rakyat di Persekutuan. Paling tidak, biar mereka tahu bahawa tidak semua masyarakat felda Chini boleh terima parti yang membelakangkan mandat rakyat. Keadilan hanya perlu menyasarkan undi yang meningkat dari PRU14 yang lalu.

Khabarnya, calon Umno yang diwar-warkan akan bertanding di Chini adalah adik Najib. Saya harap biarlah menjadi kenyataan. Namun, khabar dari akar umbi di Chini pula majoriti menolak beliau kerana mereka mahukan anak tempatan di kalangan warga felda di Chini untuk mewakili mereka. Kini katanya lebih dari 5 orang sedang berebut untuk menjadi calon di Kerusi yang mereka yakin boleh menang mudah itu.

Keadilan tidak perlu ambil peduli tentang perebutan di kalangan mereka. Keadilan wajar mengetengahkan calon berkaliber dan berpengaruh dari kalangan anak tempatan untuk memberikan saingan kepada calon Umno/Bn. PKP sememangnya satu masalah besar buat jentera Keadilan nanti. PKP tidak memberi masalah besar kepada Umno/Bn kerana mereka ada jentera kerajaan seperti saluran media milik mereka yang pastinya akan mereka gunakan untuk berkempen.

Sekiranya Keadilan mempunyai tokoh dari anak tempatan di Chini, maka wajiblah Keadilan bertanding. Sekiranya tiada tokoh yang bersesuaian, Keadilan harus membuka ruang kepada rakan-rakan di dalam PH untuk bertanding di situ. Apa yang wajib kita lakukan adalah "jangan izinkan Umno/Bn menang percuma"