RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 30 Mei 2020

BERTABAHLAH SAHABAT...


BERTABAHLAH SAHABAT...

Bertabahlah sahabatku. InsyaAllah, akhirnya kamu berdua akan pakai juga baju yg dihadiahkan oleh Muneerah Raiyan Abdul ini. Kesabaran, ketabahan, istiqomah di dalam waktu susah dan senang itu pasti diberkati Allah. Kita tidak menyokong parti keramat ini untuk mencari kesenangan atau untuk kaya raya. Jika itu yg kita dambakan, pasti sekarang kita telah berada dalam kumpulan pengkhianat seperti yang lainnya.

Waktu kita sebahagian dari kerajaan, kita seperti ini juga dan bila kerajaan yg kita angkat melalui mandat rakyat itu telah dikhianati, kita tidak merasa kehilangan apa2 kerana kita tidak punyai apa2. Kita hanya merasai hilangnya sebuah demokrasi tulen angkara pengkhianat durjana.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita dan lanjutkan usia kita sehingga kita dapat melihat hak rakyat yang mahukan keadilan ini akhirnya akan tertegak jua. Kebenaran pasti akan menewaskan kebathilan. Itu janji Allah. Kita hanya berusaha.

Dalam senyuman kamu berdua, aku dapat rasakan apa yang kamu rasa waktu itu sehingga terpancar roh perjuangan yang semakin kental. Andainya aku pergi dahulu sebelum perjuangan ini berakhir, dan ketika perjuangan itu kelian perolehi, ziarahlah pusara ku dan katakan padaku, " Kita telah berjaya". Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua.