RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 21 Julai 2012

PM PENAKUT, MENTERI DALAM NEGERI PULA LEMBAB

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir Pilihanraya Umum, semakin gila kerja puak-puak ini.  Tidak puas dengan berita fitnah terhadap pimpinan PR, puak-puak sekutu APCO ini berterusan mencari jalan untuk memper'lembu'kan rakyat agar terus menyokong parti yang sedang nazak itu sekarang.

Memeranjatkan juga, sampai ke tahap mempergunakan pihak keselamatan untuk cuba memperbodohkan rakyat.  Kisah bagaimana seorang Pegawai dari Bukit Aman, Datuk Mohd  Sofian dengan selambanya melaporkan "Terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan Komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam PRU akan datang.  Katanya, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan Komunis cuba meresapi DAP.  Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana." (Bernama).

Kalau sudah PAS diresapi oleh JI (ajaran sesat), PKR dan DAP pula oleh Komunis maka parti yang paling `bersih' tanpa diresapi oleh sesiapa ini hanya Umno/Bn sahaja?  Jika mahu membodohkan rakyat sekalipun jangan sampai nampak kamu itu lebih bodoh.  Peliknya, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin apabila diminta mengulas dakwaan dari Pegawai Bukit Aman ini, beliau hanya menjawab beliau tidak tahu kerana tiada maklumat diberi kepadanya.  Pelik bukan?

Bagaimana seorang Pegawai dari PDRM boleh memberikan maklumat kepada pihak media dengan membelakangkan Menteri Dalam Negeri?  Siapa memperbodohkan siapa?  Mengapa Hishamuddin terlalu lembik di dalam hal ini sehinggakan pegawai di bawah kementerian beliau pun boleh membelakangkan nya?

Hakikatnya, ini semua cerita karut marut menjelang PRU, tidak lebih dari itu.  Oleh kerana Umno sudah kekeringan idea disaat hayat Umno dihujung tanduk maka tiada pilihan lain kecuali untuk mencipta apa jua cerita asalkan ianya memburukkan PR.  Nasib parti ini tidak lagi boleh bergantung kepada dubur Sepol kerana `koyak' di dubur Sepol semakin luas dan hampir rabak.  Fitnah terhadap DS Anwar dan Azmin langsung tidak berkesan, malahan sambutan terhadap kedua-dua tokoh tersebut tidak pernah berkurangan.

Najib benar-benar hampir melanggar dinding sekarang.  Tiada sesiapa di dalam Umno yang boleh bantu beliau melainkan semuanya seolah-olah mahu melihat Najib terlentang macam Pak Lah selepas PRU nanti.  Jadi tidak pelik jika kita lihat Muhyiddin hentam MCA dan MIC sedangkan Umno teramat pentingkan sokongan kedua-dua parti tersebut.  Pening Najib dibuatnya dengan perangai si lembam ini.  Kini, Hishamuddin pula buat kerja bodoh buat tidak tahu apa yang pegawai beliau sendiri laporkan.

Nampaknya, semangat kita di dalam PR bertambah kuat dengan perkembangan ini.  Sudah pasti kaum Cina majoritinya pasti akan merasa marah dan jijik dengan perangai puak mereka yang tidak habis-habis bermain dengan isu Komunis, sedangkan puak itulah yang membawa Komunis masuk ke negara ini sehingga ke dalam felda.  Tuduhan terhadap PAS juga amat meloyakan.  Bagi PAS, tuduhan terhadap parti tersebut diresapi oleh ajaran sesat bukan baru.  Namun, lagi kuat PAS diserang lagi meningkat sokongan terhadap Parti Islam ini.  Bagi menghadapi PKR, ternyata Umno tidak mampu.  Umno sebenarnya malu kerana Presiden mereka sekarang seorang yang terlalu penakut untuk berdepan dengan Ketua Umum PKR.  Memang layak Najib melantik dirinya menjadi Menteri Wanita...Awwwwww..../wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 20 Julai 2012

ABBY ABADI DAN HASSAN JATI - SEORANG SERU KEPADA ISLAM, SEORANG PENYEBAR FITNAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

DI DALAM keadaan fikiran aku rungsing kerana ayah aku masih berada di wad CCU di IJN dan banyak masa aku tidak mengemaskinikan blog ini, sekali sekala sempat juga menjenguk perkembangan terkini politik negara. Terbaru, aku dapat berita pelakon terkenal Abby Abadi telah menyerahkan borang sertai PAS di Kelantan di mana Mursyidul Am PAS sendiri menyerahkan borang kepada artis terkenal dengan watak "Inspektor Aleeza" dalam Drama Gerak Khas itu.

Alhamdulillah, PAS kini berjaya menambahkan Mujahadah mereka untuk berjuang di dalam PAS.  Di saat Hassan Jati bertungkus lumus menjalankan tugas Syaitan iaitu dengan memburukkan PAS, PAS semakin mendapat sokongan dari mereka yang selama ini sukar untuk kita percaya boleh terima perjuangan PAS.  Itulah yang dikatakan kuasa Allah Yang Maha Besar.  Hassan Jati boleh terus bekerja secara kontrak dengan Umno, tetapi kesannya amat baik buat PAS.  

Dahulu, orang amat menghormati Hassan Jati sehinggakan walaupun beberapa hari dan cop jari di dalam PAS masih belum kering, Pakar Motivasi ini diletakkan oleh PAS di kedudukan tinggi.  Malangnya, sikap ego dan tamak Hassan Jati menyebabkan beliau kini terhina.  Sikap beliau berubah sebaik sahaja kedudukannya di dalam parti hilang.  Ertikata lain, Hassan Jati sertai PAS hanya untuk kepentingan dirinya bukan untuk perjuangan Islam.

Itulah beza Hassan Jati dengan Abby Abadi.  Abby Abadi sertai PAS tanpa ditawarkan sebarang jawatan pun.  Kerja Abby Abadi sekarang adalah menyeru rakyat menyokong perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam di negara ini.  Kerja Hassan Jati sekarang adalah mengajak rakyat jangan menyokong PAS, tetapi beliau segan untuk memberitahu rakyat agar menyokong Umno.  Jika bukan Umno, Hassan Jati mahu rakyat sokong mana?  Mahu dikatakan sokong JATI jauh sekali sebab JATI pun belum berdaftar sebagai parti politik.  Bahkan, JATI pun berapa kerat ahlinya?  Jumlah keahlian JATI dengan TIBAI, aku rasa lebih kurang saja.

Allah melihat manusia di penghujung usianya.  Di penghujung usia Hassan JATI adalah menyebarkan fitnah seks, zina dan liwat serta mengaibkan maruah orang lain.  Manakala, Abby Abadi terus mengajak rakyat mengenali politik Islam.  Itulah ketentuan Allah, walaupun keadaan awal kedua-dua mereka amat berbeza, tetapi di penghujungnya berbeza./wfauzdin.blogspot.com


Rabu, 18 Julai 2012

PERANG UMNO-MCA BUAT NAJIB TAMBAH PENING ANGKARA MUHYIDDIN

Oleh:  WFAUZDIN NS

KENYATAAN Muhyiddin baru-baru ini yang menunjukkan rasa kecewa beliau terhadap MCA dan MIC akan membuatkan Najib bertambah pening memikirkan bilakah saat untuk membubarkan Parlimen.  Kenyataan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai kenyataan yang sengaja untuk menyusahkan Najib kerana bukan Muhyiddin tidak tahu betapa pentingnya sokongan MCA dan MIC terhadap Bn, tetapi apa tujuan Muhyiddin membuat kenyataan sedemikian?

Kenyataan Muhyiddin yang kemudiannya dibalas oleh Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai boleh dibaca di akhbar Sin Chew Daily dan Oriental Daily.  Muhyiddin merungut kerana sokongan kaum Cina terhadap Bn semakin menjunam. "Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya.

Paling menjelekkan buat Presiden MCA adalah apabila Muhyiddin memuji kawasannya sendiri di Pagoh.
Beliau memberi contoh kawasan yang diwakilinya di Pagoh, di mana bahagian Umno dan MIC berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi 1,744 pengundi India dalam masa sebulan.  Beliau mahu MCA dan MIC mencontohi kawasannya.  Sedarkah Muhyiddin Pagoh belum tentu selamat di dalam PRU akan datang?
 
Dalam satu kenyataan balas, Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai mendakwa Timbalan Perdana Menteri itu gagal memahami rakyat Malaysia secara keseluruhannya.  "Beliau kata MIC dan MCA tidak memahami suara rakyat. Pada pendapat saya, Timbalan Perdana Menteri mesti memahami suara semua rakyat dan bukan mendengar kepada orang Melayu?," katanya.

Liow berkata apa yang orang Cina mahu ialah dasar yang adil dan bukan berat sebelah.  Katanya, Muhyiddin tidak boleh hanya menjaga keperluan orang Melayu tetapi keperluan semua rakyat Malaysia.  Muhyiddin tidak akan membuat kenyataan seperti itu sekiranya beliau memahami perkara itu, kata Liow lagi seperti dipetik Oriental Daily.
 
Maka, bergaduh lagi Umno dengan MCA.  Sebenarnya MCA sedar selagi mereka berkawan dengan Umno, selagi itulah kaum Cina tidak akan mendapat keadilan kerana usahkan kaum Cina, kaum Melayu di dalam Umno sendiri pun tidak merasa keadilan.  Ambil satu contoh sahaja, siapa orang Melayu yang dapat projek ternak lembu dengan peruntukan RM 250 Juta yang kemudiannya lembu tidak dibela tetapi wang digunakan untuk membeli kondo, tanah dan kereta mewah?  Melayu mana?  Melayu terlatih di dalam bidang ternakan kah?
 
Ertinya, jika dengan kaum Melayu sendiri Umno boleh kelentong begitu sahaja, apakah yang MCA atau MIC boleh harapkan?  MCA dan MIC tiada pilihan lain, mereka perlu mencuba berada di dalam Pakatan Rakyat kerana di dalam Pakatan Rakyat tidak perlu tunggu PAS atau PKR memperjuangkan nasib orang-orang Melayu, cukup hanya dengan DAP sahaja orang-orang Melayu tidak pernah dianiayai.  Boleh lihat bukti dan fakta di P.Pinang.  Bukan sahaja Melayu terjamin, bahkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng amat mengambil berat tentang kemajuan dan perkembangan Islam di negeri tersebut.  Cuba tanya Guru-Guru KAFA, Imam dan Bilal serta Penghafaz-Penghafaz Al-Quran di P.Pinang, berapakah elaun mereka sekarang berbanding dengan sewaktu di bawah Gerakan dahulu?  Peruntukan untuk Majlis Ugama Islam P.Pinang sahaja jauh berganda dari kerajaan terdahulu di mana sekarang mencapai RM60 Juta setahun. 

Di Negeri Sembilan, di kampong saya Imam Masjid Jamek hanya dibayar RM 800 sahaja.  Negeri Sembilan bukan DAP, PAS atau PKR yang perintah tetapi Umno.  Itulah Umno kalau mahu kenal./wfauzdin.blogspot.com

YB NIZAR DERHAKA ATAU TIDAK? 83 % TIDAK ANGGAP NIZAR DERHAKA


Get your own Poll!

Oleh:  WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan satu Poll untuk pengunjung memberikan pendapat mereka berkaitan isu samada YB Nizar telah menderhaka kepada Raja-Raja atau tidak.  Poll ini diadakan berlanjutan dengan perbagai tohmahan dari pihak-pihak tertentu yang menyifatkan YB Nizar seorang penderhaka.

Soalan Poll berbunyi, "YB NIZAR DIKATAKAN DERHAKA KEPADA RAJA-RAJA, ADAKAH ANDA SETUJU?".

Seramai 2, 586 pengunjung Blog ini telah mengambil bahagian di dalam Poll yang diadakan.  Daripada jumlah tersebut, keputusannya adalah seperti berikut:

TIDAK SETUJU bahawa YB Nizar derhaka - 83 %

TIDAK TAHU samada YB Nizar derhaka atau tidak - 11 %

SETUJU bahawa YB Nizar Penderhaka - 6 %





Selasa, 17 Julai 2012

SATU, DUA DUBUR BELUM CUKUP UNTUK SELAMATKAN NYAWA UMPORNO



Oleh:  WFAUZDIN NS

JEMU lagi menjijikkan.  Itu sahaja ungkapan yang boleh dibuat terhadap berita terbaru kononnya ada 'seekor lembu' telah membuat laporan dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim.  Berita ini seperti biasa disensasikan oleh Blogger lucah tajaan Umporno yang sejak dari mula Blog beliau wujud tidak pernah ada cerita yang tidak lucah.

Kisah Liwat 1 dan liwat II ternyata gagal malahan menjadi bahan tertawa rakyat kebanyakan.  Liwat 1 ditertawakan dengan kisah liwat berlaku di dalam kondo yang masih belum siap, ertikata liwat terjadi di hadapan para pekerja kontrak Indon.  Liwat 1 juga menjadi bahan jenaka dengan kisah si Pengadi sendiri Azizan yang berulangkali mengaku di dalam mahkamah bahawa cerita beliau diliwat ini diberitahu oleh Musa Hassan.  Ertinya, jika Musa Hassan tidak memberitahu Azizan, sahih Azizan tidak tahu bahawa beliau telah diliwat.  Dan, banyak lagi kisah lucu di dalam episod ini termasuk kisah tilam diusung keluar masuk mahkamah di mana akhirnya bukti yang ada pada tilam tersebut dibuang ke dalam tong sampah sahaja, tidak diguna pakai di dalam mahkamah.

Kisah Liwat II juga tidak kurang menyajikan kisah lucu.  Bagaimana tidak dikatakan lucu, jika si Sepol mendakwa ianya di`rogol' oleh seorang tua yang sakit pinggang tanpa anak muda ini melawan?  Lebih lucu lagi, selepas diliwat anak muda ini minum kopi dan memakan karipap bersama-sama si`perogol'nya?  Lucu tetapi berfakta iaitu dubur si Sepol tiada kesan kemasukan walaupun dikatakan dipaksa.  Dikatakan pelincir digunakan yang mana pelincir ini telah disediakan oleh si`mangsa' sendiri.  Lucu juga bila mendengar keterangan si Sepol bahawa beliau `bersedia' dengan tuala dan berwangi-wangian untuk di`rogol'.

Pertuduhan di dalam kes Liwat II adalah pertuduhan melakukan liwat secara sukarela, tetapi di dalam keterangannya si Sepol mendakwa dipaksa.  Selama dua hari si Sepol tidak mencuci duburnya untuk menyimpan bukti, ertinya sewaktu beliau 'memohon biasiswa' di Pejabat Najib, beliau hadir dengan dubur tidak dicuci.  Begitu juga, keistimewaan beliau boleh hadir ke rumah Najib untuk menceritakan dirinya telah diliwat di dalam keadaan duburnya tidak berbasuh.  Lebih kelakar, beliau solat Jumaat pun dengan keadaan dubur tidak dicuci sedangkan beliau mengaku beliau seorang Muslim yang baik.  Bagaimana seorang Muslim yang baik seluar dalamnya ditemui di rumah `tunang'nya?

Banyak lagi peristiwa yang melucukan di dalam kedua-dua episod liwat hasil terbitan Umporno ini.  Belum lagi diceritakan tentang terdapat lebih dari satu DNA pada punggung si Sepol.  Berapa ramai yang `mengerjakan' si Sepol?  Semua ini sudah cukup untuk memecahkan perut kita ketawa.

Kini, dikatakan ada episod baru pula tapi tetap dengan cerita liwat juga.  Maklumlah, Umporno dengan lucah dan seks tidak boleh dipisahkan.  Kita akan lihat nanti bagaimana pula jalan cerita yang terbaru ini. Begitulah keadaannya, nazak sungguh Umporno untuk hidup.  Hayat Umporno yang selama ini bergantung kepada dubur Azizan dan Sepol nampaknya belum mencukupi.  Satu lagi dubur diperlukan untuk meneruskan hayat Umporno.  Jangan pelik nanti jika dubur Bik Mama pun akan mereka pertaruhkan untuk menjamin jangka hayat Umporno./wfauzdin.blogspot.com 

PARLIMEN INDERA MAHKOTA - TEKAAN AKHBAR SINAR SILAP BELAKA

Aku terbaca akhbar Sinar hari ini berkaitan dengan siapa yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota Kuantan.  Sudah dua hari berturut-turut Sinar fokus isu ini, maka sudah tentunya kerusi tersebut sedikit menjadi panas.
Untuk makluman, kerusi Parlimen Indera Mahkota sekarang disandang oleh YB Azan Ismail yang kini menjadi Pengerusi PKR Terengganu.  Berkenaan YB Azan ini aku dah ulas sedikit di dalam tulisan aku sebelum ini.  Sinar menyebut ada dua calon dari PKR yang mungkin akan terpilih di kerusi yang Umno sendiri pun bekerja kuat untuk merampasnya. 
Dua calon yang disebut oleh Sinar itu berkemungkinan adalah YB Azan yang akan dikekalkan bertanding di situ, dan satu lagi adalah calon muda iaitu Sdr Lee Chean Chung yang sekarang ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota.

YB Azan, MP Indera Mahkota - Tak mungkin terpilih lagi?
Aku pun merisik dari orang-orang kuat PKR di Pahang.  Khabarnya, kedua-dua tokoh yang disebut oleh Sinar itu tidak tepat langsung.  Kedua-duanya bukan calon yang bakal terpilih untuk bertanding di kerusi yang berada di kawasan bandar Kuantan tersebut.  Dipercayai YB Azan tetap akan bertanding, begitu juga Lee Chean Chung, tetapi tempat mereka bukan di Indera Mahkota.  YB Azan walaupun telah dipilih oleh pengundi-pengundi sebagai Wakil Rakyat di situ pada PRU tahun 2008, tetapi pilihan pengundi untuk tahun ini atau tahun hadapan bukan beliau.  Sikap YB Azan banyak merosakkan harapan para pengundi di kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Sdr Lee Chean Chung, Timbalan Ketua Cabang Indera Mahkota - Belum masa untuk ke Parlimen...
YB Azan pada hakikatnya gagal sebagai MP Indera Mahkota, dan beliau juga gagal sebagai Pengerusi PKR Terengganu.  PKR Terengganu bukan sahaja tidak mesra dengan PAS Terengganu tetapi sesama mereka juga berbalah.  Sdr Rafizi mungkin lebih arif tentang hal ini.  Sikap YB Azan yang selalu ego menyebabkan semua rundingan dengan PAS Terengganu di dalam pengagihan kerusi di Terengganu telah gagal.  Di Indera Mahkota pula, cuba kira berapa kali YB Azan balik untuk menyumbangkan bakti atau bertemu rakyat di kawasan tersebut, kata rakan aku yang menetap di Indera Mahkota.

Dato' Fauzi, Pengerusi PKR Pahang - Letak sahaja di mana, harapan cerah untuk menang
Lee Chean Chung pula, bukan tidak layak bertanding di Indera Mahkota.  Pertamanya, beliau masih muda untuk terlalu pantas berada di Parlimen.  Keduanya, isu yang harus dibawa oleh anak muda ini adalah isu Lynas di Gebeng, dan tempat paling sesuai untuk anak muda ini untuk membawa isu Lynas tersebut adalah di Dun Negeri Pahang.  Ertinya, Lee Chean Chung wajib berada di Dun Pahang, bukan Parlimen.  Isu Lynas di Parlimen, serahkan saja kepada YB Fuziah yang mewakili Parlimen Kuantan sekarang.  Ketiga, faktor masyarakat di Indera Mahkota lebih serasi calon dari PKR berbangsa Melayu kerana Indera Mahkota mempunyai tradisi sejak dulu wakil mereka adalah berbangsa Melayu.  Mungkin faktor perkauman tidak lagi releven buat masa ini tetapi percaturan mestilah tepat dan kena gayanya.  
Jadi, siapakah calon di Parlimen Indera Mahkota?  Apa yang pasti jawapannya bukan YB Azan dan bukan Lee Chean Chung.  Lee Chean Chung boleh bekerja terus di Dun Semambu, dan di situ peluang beliau teramat baik.  Di mana pula mahu diletakkan YB Azan?  YB Azan mungkin akan terus bertanding tetapi meletakkan beliau di bumi Pahang ini seolah-olah mahu menempa kekalahan buat PR.
Ada yang bertanya, adakah kerusi Parlimen Indera Mahkota bakal ditandingi oleh calon 'payung terjun'?  Jawapannya mustahil kerana difahamkan Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi amat anti dengan calon 'payung terjun' ini.  Apakah Dato' Fauzi akan dipertaruhkan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota?  Tidak mustahil walaupun ada yang menyebut bahawa beliau turut diminta bertanding di Dun Teruntum.  
Bagaimana pula jika Sdr Zakaria Abd Hamid, seorang tokoh dari MPP yang juga bekas Pengerusi PKR Pahang diletakkan di Indera Mahkota?  Ramai yang menyebut jika mahu letakkan Sdr Zakaria, lebih baik letakkan saja YB Azan di situ.  
Aku jangkakan di Parlimen Indera Mahkota atau Dun Semambu mahu pun Teruntum, jika silap letak calon, maka akan muncul calon Bebas yang akan mengambil kesempatan.  Calon Bebas ini akan bertanding di Parlimen Indera Mahkota jika calon kaum Cina bertanding mewakili PKR di situ.  Begitu juga di Dun Teruntum atau Dun Semambu, jika calon dari PKR adalah dari kaum Cina, calon Bebas berbangsa Melayu ini akan muncul untuk mencuba nasib.  Ertinya, Di antara Parlimen Indera Mahkota, Dun Semambu mahu pun Dun Teruntum, salah satunya atau lebih pasti akan berhadapan dengan calon Bebas berbangsa Melayu.
Bolehkah PKR menang di ketiga-tiga kawasan tersebut.  Aku yakin boleh menang asalkan pengundi-pengundi mempunyai pendirian mengutamakan parti dari faktor perkauman.  Apa yang pasti, Umno/Bn pasti tumbang di ketiga-tiga kawasan tersebut, InsyaAllah./budakmental.blogspot