RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 7 April 2012

CERAMAH TOK GURU NIK AZIZ DI MAHKOTA AMAN, BATU 11, KUANTAN, MALAM INI


PADA malam ini (07 Apr 12, Jam 09.00 mlm), Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku MB Kelantan akan hadir memberikan ceramah di perkarangan PASTI, Taman Seri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang, Kuantan.

Turut bersama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Pengerusi KEADILAN Negeri Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman.  Turut serta adalah YB Leong Ngah Ngah dari DAP.  Dijangka berceramah juga malam ini adalah Cikgu Normala Sudirman.

Semua dijemput hadir dan mohon hebahkan.

Jumaat, 6 April 2012

"SAYA TIDAK AKAN MENGALAH DAN AKAN TERUS LAWAN' - US BADRUL AMIN DI PEKAN MALAM TADI

Oleh:  WFAUZDIN NS

TOKOH kontroversi, Us Dr Badrul Amin Baharom yang kini sedang bercuti dari jawatannya di dalam parti telah tampil di bumi Pekan, malam tadi.  Tanpa menghiraukan fitnah dari media pencacai Umno serta mulut-mulut busuk pimpinan Umno, tokoh yang mendapat undian tertinggi di dalam jawatan MPP PKR ini tampil di Markas PAS Mengkasar, Pekan, Pahang di dalam satu program ceramah anjuran PAS Pekan.

Bekas Adun Chini - YB Jafri
Peguam PAS - Sdr Hanipa Maidin

Beliau sebenarnya diundang disaat-saat akhir kerana mengantikan Sdr Rafizi Ramli yang sepatutnya berceramah bersama seorang Peguam terkenal dari PAS iaitu Sdr Hanipa Maidin.  Meskipun Us Dr Badrul Amin baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dua hari yang lalu, beliau sudi memenuhi jemputan ke Pekan tambahan pula katanya sudah begitu lama beliau tidak berceramah di kawasan Najib ini.  Turut serta berceramah malam tadi adalah bekas Adun Chini, Pekan dari PKR iaitu YB Jafri Rashid.

Us Dr Badrul Amin
Meskipun pada waktu yang sama, di Parlimen Pekan iaitu di Felda Chini Timur turut diadakan program ceramah anjuran PKR Cabang Pekan, namun kehadiran di Markas PAS Mengkasar malam tadi dianggarkan seramai 700 orang.  Us Dr Badrul Amin hadir bersama isteri beliau mengambil tempat selaku penceramah terakhir.

Di dalam ucapannya, beliau menyeru orang ramai agar tidak merasa gundah gulana di dalam berbagai ujian yang diterima di muka bumi ini.  Beliau juga katanya, turut merasai berbagai ujian dan dugaan yang getir sepanjang perjuangannya di dalam menegakkan keadilan.  Namun, beliau tidak pernah merasai lemah semangat dengan berbagai fitnah yang dilemparkan kepadanya bermula dari awal penglibatannya di dalam parti sehinggalah kepada isu terbaru yang dihadapinya.

Di antara orang ramai yang hadir

Sehingga kini katanya, isu terbaru yang melibatkan dirinya masih belum dibuktikan walaupun dikatakan siasatan telah dijalankan tetapi tiada tanda-tanda untuk dibicarakan.  Adakah mereka mahu menjadikan kes ini sebagai bahan kempen politik kotor mereka menjelang PRU nanti?, soal beliau.  Us Dr Badrul Amin menegaskan, beliau sanggup melepaskan jawatannya di dalam parti adalah kerana beliau tidak mahu menyukarkan parti di dalam kes ini.  "Saya tahu saya tidak bersalah, maka saya bersedia menghadapinya bersendirian dan samasekali saya tidak akan mengalah untuk terus berjuang", katanya dengan tegas.

Di kesempatan itu juga, Us Dr Badrul Amin mengajak orang ramai untuk berhimpun pada 28 April ini nanti bersama-sama Himpunan BERSIH 3.0. /wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 5 April 2012

US BADRUL AMIN GEMPUR PEKAN MALAM INI BERSAMA US NASRUDDIN TANTAWI

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM ini (Khamis - 05 April 12), bertempat di Markas PAS, Kg Mengkasar, Pekan, Pahang penampilan tokoh kontroversi, Ustaz Dr Badrul Amin Baharom akan menggempur Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib Razak.   


Sebelum ini, Umno amat menyukai akan nama tokoh ini kerana dapat memainkan isu kononnya `tangkapan khalwat' yang melibatkan Us Dr Badrul Amin yang sehingga kini masih belum dibicarakan dan dibuktikan.  Malam ini, beliau akan tampil dengan berbagai isu yang mungkin boleh mematahkan fitnah serta propaganda Umno selama ini.

Turut bersama beliau malam ini adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Us Nasruddin Tantawi.  Orang ramai dijemput memenuhi Markas PAS, Kg Mengkasar, Pekan malam ini.  Mohon hebahkan.

Rabu, 4 April 2012

HASSAN JATI DIEJEK - MAHU CAKAP SOAL AKIDAH ATAU KUTUK PAS?

Ceramah Hassan Ali Kena Ejek Dgn Org Kg.

Akibat Menyampah, Ceramah Hassan Ali Di Parit Buntar Kena Ejek Dengan Orang Kampung
 
Oleh Addin

Gambar kat atas ini ialah ceramah Hassan Ali di Parit Buntar. Jikalau perhatikan betul-betul kemudahan- kemudahan ceramah ini di taja oleh Majlis Daerah Kerian, dan perkara ini jangan di impikan sekiranya Hassan Ali masih bersama PAS. Menurut blog PASPB, di belakang Hassan Ali ialah Ketua Pemuda Umno Bagan Serai dan mengesahkan bahawa Hassan Ali sememangnya ditaja Umno untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Ianya merupakan tindakan bacul orang yang bernama Hassan Ali. Di bawah ini adalah pendedahan PASPB mengenai ceramah Hasan Ali di Parit Buntar baru-baru ini..

TERKINI!!! Hasan Ali sedih dapat layanan buruk dari orang PAS Parit Buntar .

"Program roadshow saya di Parit Buntar di adakan di Pekan Batu 5, Jalan Baharu Parit Buntar. Kehadiran amat memuaskan - sekitar 5 ribu orang. Ust Hafiz Nordin menjadi penceramah pertama. Agak sedih kerana ada di kalangan yang hadir yang saya percaya merupakan teman-teman PAS/PR telah cuba mengganggu ceramah beliau apabila Ust Hafiz mula menceritakan isu yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Parit Buntar banyak meninggalkan kenangan buat saya. Disinilah saya memulakan karier politik saya sebagai ahli parlimen. Namun agak menyedihkan apabila ada teman-teman akrab saya di Parit Buntar ini terpaksa mengenepikan semangat ukhuwwah Islamiyah hanya kerana saya bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Saya masih berharap agar tali silaturrahim tidak akan terputus hanya kerana kita mempunyai pandangan yang mungkin agak berbeza".
- fb Hassan Ali
 
Kasihan bila membaca keluhan Hasan Ali dalam FB mengulas ceramahnya di Parit Buntar. Kasihan kerana Hasan Ali tidak dilayan macam dulu oleh orang PAS. Kasihan , mungkin pertama kali ceramahnya diganggu sepanjang ceramahnya ke seluruh negara. Pulak tu di Parit Buntar, tempat dia pernah jadi Ahli Parlimen.

Wahai Hasan Ali, siapa yang ketepikan semangat ukhuwwah? orang PAS atau Hasan Ali. Setakat mari ceramah Selamatkan Akidah orang PAS Parit Buntar tak akan marah, tapi isu akidah digunakan untuk hentam PAS di kubu PAS. Siapa yang tak marah?

Nak ceramah Selamat Akidah , ceramah la orang PAS Parit Buntar tak kisah. Sebab PAS dah lama perjuangkan akidah orang Islam. Masalahnya, bila ceramah bab akidah salahkan PAS, salahkan Pakatan Rakyat. Apa cite, orang PAS Parit Buntar bukannya bodo, bukan tak tak tahu isu murtad.

Ukhuwwah la dengan UMNO kerana ceramah itu pun Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai guna atas nama Majlis Belia Daerah Kerian. MDK pun baik punya bagi kemudahan, lepas tolong sediakan kemudahan untuk ceramah. MDK nak turun pula bendera PAS sepanjang jalan di Parit Buntar , sebab UMNO sakit mata.

Memang orang PAS Parit Buntar dan Bagan Serai yang meramaikan ceramah itu, bukan kerana nak sokong Hasan Ali dan bukan juga nak ganggu ceramah. Cuma nak dengar penampilan baru Hasan Ali lepas dipecat oleh PAS.

Bila orang PAS dah mai, ceramah la bab Selamatkan Akidah , ini tidak dok belasah PAS , dok belasah pimpinan Pakatan Rakyat. Bukan semua orang PAS boleh tahan sabar. Itu pun pimpinan PAS Parit Buntar minta orang PAS bertenang. Tak la sampai baling batu, maki, sepak terajang macam Samseng UMNO ganggu ceramah PR.

Baru sikit orang PAS bising dah minta polis tolong, yang samseng UMNO bermaharaja lela ganggu ceramah PAS di kawasan lain. Polis buat dek , macam tak berlaku apa-apa. Sampai Samseng UMNO baling batu melayang atas kepala polis pun , polis tak ambil tindakan.

Cukup la Hasan Ali nak bersandiwara. Kalau nak berjuang akidah , berjuang betul-betul. Ramai orang PAS akan sokong. Tapi berjuang isu akidah kerana ada maksud lain. Tak payah la nak gebang kat orang PAS Parit Buntar.

UMNO dah jaja merata kononnya, orang PAS dah kalih buktinya ramai yang pi ceramah Hasan Ali. Simpan la angan-angan tu. Orang PAS Parit Buntar bukan mudah kalih hanya dengan satu ceramah macam tu.

Tahniah la kepada Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai kerana berjaya bawa Hasan Ali ceramah di Parit Buntar setelah lama dia mengidam nak ceramah di Parit Buntar.Tapi kenapa UMNO Bagan Serai, mana UMNO Parit Buntar? ~paspb
http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13444'

Selasa, 3 April 2012

DEDAH ISU MURTAD - HASSAN JATI SINDIR SULTAN KERANA GAGAL TADBIR UGAMA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BILA aku tengok TV3 suku malam tadi, kelihatan Hassan Jati muncul sambil bercerita pasal murtad.  Kononnya beliau amat peka dengan kes murtad yang berlaku di negara ini.  Malangnya, Hassan Jati yang gila nak jadi MB Selangor ini bak kata YB Khalid Samad silap tempat untuk mengadu.

Betapa bengapnya Pakar Motivasi yang ada PHD ini.  Isu murtad beliau boleh mengadu kat TV 3 suku.  Masakan Hassan Jati tidak kenal TV3 suku ini?  Semenjak bila TV3 suku suka pada Islam?  Jika TV3 suku ini pro Islam, mustahil media pencacai lidah syaitan ini mahu siarkan video dan cerita seks yang dicipta oleh Datuk T itu?  Media ini kah yang Hassan Jati harapkan untuk banteras murtad?  Mengapa tidak pilih saluran TV Hijrah sekurang-kurangnya?  Sebabnya, Hassan Jati mahu glamour dengan isu murtad ini.  Maklumlah, rakyat semua sudah tahu tembelang Hassan Jati yang kecewa tidak boleh jadi MB Selangor.

Mengapa Hassan Jati tidak laporkan kepada Jamil Khir tentang isu ini?  Bukankah sekarang ini Umno yang berkuasa di negara ini?  Bukankah agama Islam adalah di bawah Raja-Raja Melayu?  Mengapa Hassan Jati tidak mengadap Raja-Raja untuk tunjukkan betapa teruknya Raja-Raja mentadbir agama di negara ini sehingga kononnya begitu ramai yang murtad?  Mengapa PAS juga yang dipersalahkan oleh orang yang gila nak jadi MB ini?  Paling pelik, masa Sultan Selangor dan JAIS mengendalikan siasatan kes serbuan gereja di Selangor dulu, mengapa Sultan Selangor kata kes ditutup kerana ketiadaan bukti?  Ketika itu, Hassan Jati masih Exco Agama di Selangor dan mengapa beliau tidak tunjukkan bukti yang beliau tunjukkan di dalam media lidah syaitan seperti malam tadi?

Ertinya, ini semua adalah kelentong Hassan Jati untuk tunjukkan beliau adalah pejuang isu murtad walaupun sedikitpun beliau tidak bawa rakaman video ucapan Mahathir Kutty yang kata hukum Hudud itu adalah ciptaan manusia, tiada di dalam Al-Quran.  Tidak murtadkah itu?  Mengapa Hassan Jati membisu?  Sebabnya mudah, kerana Hassan Jati adalah `Sub Kontrak' Umno.  Justeru itu, beliau semenjak ditendang keluar oleh PAS, beliau perlu cari makan dengan cara itu untuk membesarkan anak-anaknya.  Itu saja./wfauzdin.blogspot.com

APABILA NAJIB SURUH JANGAN TUKAR PEMANDU YANG MABUK

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMALAM Najib pun berucap di dalam TV.  Di antara kata-kata Najib adalah "Bagi memastikan Malaysia mencapai status negara maju dalam tempoh lapan tahun akan datang, maka janganlah bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya".

Wahai Najib, elok benar lah tukar pemandu yang sudah beberapa kali asyik minta maaf je.  Salah bawa, sesat merata-rata, langgar tembok, terbalik, terpukang kereta, minta maaf dengan penumpang.  Kemudian buat lagi dengan memandu macam orang mabuk todi, minta maaf lagi.  Sudah lah camtu, memandu semakin lama semakin mengundur ke belakang.  Orang lain memandu ke hadapan.  Lagi teruk, pemandu yang bawa bini dia duduk sekali atas riba pegang steering.....Bini dia pula yang lebih memandu, parah lah!!

Jadi sampai bila penumpang mahu dengar permohonan maaf dari pemandu yang mabuk?  Sebelum semua penumpang mati masuk gaung oleh kerana mabuk kamu, lebih baik kita tukar pemandu.  Apatah lagi pemandu baru itu sudah terbukti berjaya memandu dengan cermat, berdisiplin dan berhemah ketika memandu kenderaan di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan.  Takkan nak ambil pemandu seperti Khir Toyo atau spesis seperti Kak Ijat lembu?Nak ambil pemandu seperti Mat Said Terengganu?  Stadium pun runtuh dilanggarnya!!/wfauzdin.blogspot.com

Fitnah dikitar semula tidak jejas tumpuan Azmin

(Oleh: Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 2 April: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali tiada masa melayan fitnah yang dikitar semula ejen Umno BN dan mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihanraya umum tidak lama lagi.

Beliau berkata, fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya sedikit pun tidak menggoyahkan semangatnya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Saya tak menolak menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti serangan peribadi dan fitnah akan dilakukan dengan lebih kencang oleh ejen-ejen penyubur fitnah.

“Tapi saya tak akan goyah dengan fitnah ini dan akan tumpu sepenuh perhatian kepada soal kerja dalam hal menyelamatkan rakyat Malaysia dalam konteks ekonomi, pendidikan, keselamatan dan isu-isu yang lain,” katanya.

Azmin sejak kebelakangan ini menjadi mangsa serangan peribadi dan fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Ia termasuk isu keluarga termasuk DNA anaknya dan terbaru kononnya beliau mempunyai saham bernilai lapan juta.

Mengulas mengenai pemilikan saham, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, fitnah itu bermula sejak tahun 1995 malahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali Suruhanjaya Pencegahan Rssuah Malaysia (SPRM) sudah membersihkan namanya.

“Malah Ketua Pengarah BPR yang telah bersara telah menulis sebuah buku di mana menceritakan pengalamannya menerajui BPR ada tangan eksekutif yang menggangu badan ini.

“Dalam buku ini juga, ada satu perenggan yang menceritakan bagaimana ada arahan meminta supaya meminta BPR memutar belitkan fakta dan kenyataan mengenai kes saya,” kata Azmin.

Beliau berkata, hal yang sama turut berlaku apabila ada pihak mengitar semula fitnah kononya Azmin dan isteri bukan ibubapa kepada anaknya, sedangkan perkara itu telah dibuktikan melalui ujian DNA dan perundangan.

“Mereka suruh saya buat DNA, saya dah buat DNA. kedua-dua DNA ini membuktkan saya dan isteri adalah ibu bapa biologi kepada anak saya.

“Bukan setakat DNA. saya dah heret penulis buku (50 dalil mengapa Anwar tak boleh jadi PM) Khalid Jefry di Mahkamah Majistret Ampang berhubung dakwaan fitnah ini ini.
“Mahkamah juga dah putuskan Khalid Jefry bersalah. Ujian perubatan saya dah buat, proses undang-undang saya dah buat, buku Ketua Pengarah BPR pun dah dicetak, apa lagi yang tak habis lagi dengan mereka ni?” soal Azmin./KeadilanDaily