RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 2 Disember 2011

VIDEO - UCAPAN CELAKA INI LEBIH DAHSYAT DARI `HITAM METALIK'


Oleh:  WFAUZDIN NS

HEBOH media pencacai Umno dok ulang kisah `hitam metalik' yang diucapkan di dalam ceramah seorang pemimpin DAP.  Dua tiga hari mereka main isu `hitam metalik' yang kononnya ditujukan kepada `si hitam manis' MB Perak yang naik secara tidak ada maruah itu.

Apa pun, pemimpin DAP tersebut telah memohon maaf di atas ketelanjurannya.  Permohonan maaf ini amat sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin Umno walaupun mereka berbuat sesuatu yang lebih dahsyat dari sekadar menyebut `hitam metalik'.  Ertinya, pemimpin Umno tidak perlu minta maaf sebab mungkin mereka anggap mereka lebih berkuasa dari Tuhan mereka.  Siapa pernah dengar pemimpin Umno minta maaf walaupun kepada Sultan, contohnya yang membawa sepanduk dengan perkataaan `Natang' kepada Sultan Terengganu dahulu.

Apabila pemimpin DAP ini menyebut `hitam metalik', maka seluruh pencacai gegak gempita walaupun mereka tahu ada betulnya `hitam metalik' tersebut.  Cuba anda tonton video di atas dan bandingkan dengan apa yang disebut oleh pemimpin DAP berkenaan.  Mana lebih kurang ajar, biadap dan lebih celaka?  Jika pemimpin DAP yang hanya sebut `hitam metalik' pun tahu dan sedar kesilapannya lantas memohon maaf, bagaimana dengan orang celaka dari Melaka di dalam video di atas?  Jika dilihat secara zahir, di antara pemimpin DAP itu dengan si celaka di dalam video di atas, mana satu yang nampaknya mirip kepada akhlak Islam?  Kalau tanya aku, aku akan jawab adalah lebih baik pemimpin DAP itu diberi taufik dan hidayah dari Allah daripada si celaka laknat dari Melaka tersebut.

Bayangkan, seorang Non Muslim yang hanya sebut `hitam metalik' pun sedar dan tahu nak insaf serta memohon maaf, si celaka yang di dalam video di atas mengaku Islam tapi perangai lebih jahat dari Iblis Laknatullah.  Semua ucapannya di atas adalah fitnah yang amat besar ditambah pula dengan gelaran keji dan lucah yang diberikan kepada seorang insan yang tidak pernah sesaat pun lupa kepada Allah.  

Malang sungguh ibu si celaka tersebut kerana penat-penat ibunya mengandungkan beliau, bila sudah besar kerana mahu jadi pencacai Umno dan demi sesuap nasi anaknya sanggup menyebut nama `kemaluan' ibunya sendiri iaitu `PU**MAK'.  Jelas dia sebut `hak' maknya sendiri. Inilah orang yang kini berada di dalam Umno dan Perkasa yang kononnya mahu berjuang untuk Islam bernama Zahid Md Arip, semoga Allah cabutkan nyawanya dalam penuh kehinaan sekiranya beliau masih mahu hidup hanya untuk menghina Alim Ulamak./wfauzdin.blogspot.com

SHAHRIZAT - DALAM DEWAN BELIAU HEBAT, LUAR DEWAN JADI BISU


 
Oleh:  WFAUZDIN NS
 
ISU Feedlot yang melibatkan Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil tidak akan terhenti setakat Timbalan Ketua Polis Negara berkata siasatan awal menunjukkan tiada penyelewengan atau pecah amanah di dalam isu NFC tersebut.
 
Kenyataan dari pihak Polis tersebut memang dijangka ramai kerana kenyataan seperti itu sudah seperti menjadi kelaziman apabila adanya kes terhadap Menteri, namun kita masih berharap dengan siasatan yang masih belum selesai itu pihak Polis akan `dibukakan hati' dan menjumpai sesuatu yang `tersembunyi' dan akhirnya ada sedikit keberanian pihak Polis untuk menyatakan yang benar.
 
Pada ucapan Shahrizat di hadapan perwakilan Wanita Umno baru-baru ini, umpama `lembu betina yang baru lepas beranak' gelagatnya dengan garang dan emosi sekali.  Apabila beliau menyentuh isu NFC, Ketua Wanita Umno ini menyinsing lengan bajunya menampakkan aurat beliau sekadar untuk menunjukkan betapa beliau seorang Ketua Wanita yang hebat, garang dan berani.  Katanya, beliau tidak takut dengan isu NFC yang dicanangkan oleh Pembangkang kerana beliau tidak tiada kaitan dengan NFC.  Nampaknya, melepaskan diri dari `beban' yang ditanggung oleh suaminya di dalam isu tersebut bagi Shahrizat adalah suatu contoh isteri yang `Solehah'. 
 
NONEKeberanian Shahrizat sehingga mengenggam penumbuk di atas pentas ternyata dapat memperdayakan semua kaum Hawa di dalam Dewan tersebut.  Mereka bertepuk tangan dan bersorak kerana rasa mereka amat bertuah memiliki Ketua Wanita seberani dan sehebat Shahrizat, calon Umno yang tewas di Parlimen Lembah Pantai di tangan Nurul Izzah itu.

Namun demikian, apa yang berlaku di luar Dewan?  Malaysiakini melaporkan, "Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.  Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu."

Itulah `kehebatan' Shahrizat yang dibanggakan oleh Wanita Umno itu.  Kononnya berani, tidak takut dengan isu yang bakal menggoncang keluarganya, hakikatnya beliau terlalu takut.  Bagaimana beliau mahu menjawab soalan mengapa suaminya mendapat projek sebesar itu ketika beliau berada di dalam Kabinet?  Mampukah Shahrizat menjawab dengan fasih dan lancar, mengapa pinjaman dibuat atas nama projek lembu secara tiba-tiba bertukar menjadi pembelian kondo?  Itu hanya dua soalan yang terlalu mudah tetapi teramat payah untuk dijawab oleh orang yang `biasa menipu'.     

Amat menyedihkan, meskipun terang dan nyata perangai insan seperti ini ditunjukkan namun masih ada golongan Hawa yang bertempik sorak menyokongnya.  Lebih malang lagi, yang paling kuat bertempik sorak itu usahkan dapat menternak seekor lembu, mahu memakan daging lembu sebulan sekali pun susah.  Apa pun, satu kejayaan buat Shahrizat apabila Pihak Polis `pantas' bertindak dengan mengumumkan peringkat awal `tiada yang pelik dan salah'nya di dalam isu NFC itu.  Saya keliru, yang mana satu `lebih lembu dari lembu'?/wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 1 Disember 2011

SIAPA KAH `ENAM JAHANAM' YANG DISEBUT OLEH `KETUA JAHANAM' (KJ) ITU?

Oleh:  WFAUZDIN NS

`ENAM JAHANAM', suatu perkataan yang dipopularkan oleh KJ (Ketua Jahanam).  Apa yang dimaksudkan oleh KJ sebagai Enam Jahanam itu?  Bukan tajuk filem Allahyarham P. Ramlee, tetapi `Enam Jahanam ' itu adalah tajuk ucapan KJ atau `Ketua Jahanam' di dalam kandang yang diselubungi dengan isu `Lembu Dalam Kondo dan Kereta Merc'.

Bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), KJ mengungkapkan enam jahanam itu adalah seperti berikut;

1. Menjahanamkan sistem demokrasi

2. Menjahanamkan sistem pentadbiran

3. Menjahanamkan maruah negara

4. Menjahanamkan sejarah negara

5. Menjahanamkan jati diri bangsa
dan

6. Menjahanamkan kemakmuran negara.

Siapa agaknya yang KJ (Ketua Jahanam) tujukan dengan `Enam Jahanam' ?  Tidak lain dan tidak bukan kepada `spesis mamalia' yang berada di PWTC.  Sebab apa?  Sebabnya boleh diulas sedikit di sini berpandukan `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu;
Pertama, Menjahanamkan Sistem Demokrasi.  Semua tahu siapa yang rosakkan sistem demokrasi.  Mereka yang menggunakan seluruh media kerajaan dan jentera kerajaan untuk berkempen buat kepentingan mereka adalah perosak sistem ini. Pernah anda lihat pemimpin Pembangkang diberi ruang untuk bercakap hatta 10 minit bagi menjawab tuduhan mereka?  Bagaimana pula dengan program ceramah pihak Pembangkang, sering diganggu dengan berbagai alasan dan cara.  Semua tahu apa SPR buat selama ini di mana `Kampung Baru' pun tersenarai sebagai Pengundi.  Pendatang pun boleh mengundi?  Dan...banyak lagi.
Kedua, Menjahanamkan Sistem Pentadbiran.   Terbaru, apa yang berlaku kepada Prof Dr Aziz Bari?  Bagaimana pihak pentadbiran Universiti pun mahu diganggu kerana kepentingan mereka.  Semua tahu seringkali di dalam program politik mereka, kakitangan kerajaan dikerah hadir untuk meramaikan jumlah kehadiran.  Siapa yang tidak tahu bagi pihak mereka, sekolah bebas digunakan untuk mereka bercakap soal `keris tanpa sarung' atau `Dacing Baghdad'.  Dan...banyak lagi..

Ketiga, Menjahanamkan Maruah Negara.  Maruah negara menjadi busuk bila Perancis membuka fail tentang kes rasuah `Scorpene' melibatkan pemimpin utama mereka.  Kisah pembunuhan Altantuya rakyat Monggolia, sehingga kini membusukkan nama negara kerana masih gagal menentukan mengapa Altantuya dibunuh dan atas arahan siapa?  Sebuah akhbar di luar negara sering melaporkan kisah isteri seorang pemimpin negara ini yang suka bermewah-mewah di luar negara.  Ini menjahanamkan maruah negara.  Dan, banyak lagi....

Keempat, Menjahanamkan Sejarah Negara.  Siapa boleh berikan jawapan tepat samada British itu dianggap sebagai Pejuang Kemerdekaan atau mereka yang menentang British?  Jika benar British itu pengkhianat atau penjajah, siapa pula yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang dimiliki oleh British ketika itu?  Siapa yang sebut Tok Janggut itu pengkhianat?  Pemimpin utama mereka baru-baru ini sebut, Komunis sekarang sudah baik?  Adakah kerana ingin berbesan dengan rakyat negara komunis maka secara `automatik' Komunis pun menjadi baik?  Dan, banyak lagi...
Kelima, Menjahanamkan Jati Diri Bangsa.  Berlaku sudah lama, sehingga jati diri tulisan Jawi pun mereka hapuskan.  Berapa banyak lagi yang tinggal tanah rezab Melayu?  Jika di Selangor, cuba tanya Satim Diman tentang kisah tanah rezab Melayu yang terjual ini.  Siapa yang pernah memperkenalkan pengajaran Sains dan Metamatik di dalam Bahasa Inggeris?  Siapa tahu nama UMNO itu singkatan dari bahasa Melayu kah atau Bahasa Inggeris?  Mana jati diri?  Dan, banyak lagi....

Akhirnya, yang keenam, Menjahanamkan Kemakmuran Negara.  Semenjak bila negara ini tidak makmur?  Bukankah pemimpin negara sering berkata negara kita makmur?  Cuba tunjuk di mana kawasan atau negeri di negara ini sekarang sedang berperang atau berlaku kekecohan?  Mereka hanya dakwa akan berlaku huru-hara jika parti mereka tewas dan tidak lagi berada di Putrajaya.  Ertinya, sekarang ini masih wujud lagi kemakmuran.  Di Empat buah negeri yang berada di tangan Pembangkang sekarang berlaku perang atau huru-hara kah? Yang melakukan huru-hara di negeri-negeri tersebut siapa?  Mahu tahu cuba tanya Umno atau geng-geng songkok tinggi.

Kesimpulannya, KJ (Ketua Jahanam) ingin memberitahu bos mereka bahawa cukup-cukuplah jangan memperbodohkan rakyat lagi.  Kesemua `Enam Jahanam' yang disebut oleh `Ketua Jahanam' (KJ) itu memang tepat ke atas pemimpin-pemimpin yang sekarang ini sedang berlonggok di dalam `kandang' Place Where Talking Cow (PWTC).  Syabas KJ./wfauzdin.blogspot.com

"PLACE WHERE TALKING COW" (PWTC), LEMBU BETINA MENGAMUK

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA, bertempat di `Place Where Talking Cow' (PWTC), berkumpullah segala jenis lembu dari berbagai bentuk rupa untuk membincangkan masalah spesis mereka dan masa hadapannya.  Persidangan kali ini amat penting kerana dikhabarkan harga lembu jatuh mendadak dan begitu murah sekali walaupun dari jenis lembu yang tinggal di dalam kondo.

Semalam, lembu jantan tua yang lembam mukanya bercakap atas kandang di PWTC, didengari oleh lembu-lembu jantan dan betina yang masih muda belaka. Si Lembam itu bercakap bagi merasmikan persidangan "lembu-lembu kebangsaan bersatu" khusus untuk lembu-lembu muda sebelum perasmian besar hari ini.  Hari ini, perasmian oleh bapak lembu adalah untuk segala jenis lembu, tua, muda, nyanyuk, jantan atau betina. Bezanya, lembu-lembu  yang sudah nyanyuk diberikan tempat khas di kandang PWTC berhampiran tandas kerana dibimbangi lembu-lembu nyanyuk dan veteren ini akan `melepaskan hajat' di merata-rata tempat.


Di dalam banyak-banyak lembu di kandang PWTC mulai semalam hingga setakat ini, diperlihatkan seekor lembu betina yang menunjukkan garang dan seperti meroyan.   Naik kembang segala bulu di tubuh lembu betina ini menunjukkan amarahnya apabila ada yang mendakwa keturunan beliau memiliki kandang mewah berupa kondo dan sebijik kereta Merc yang mewah.  Marahnya lembu betina ini sehinggakan terangkat-angkat kaki dan ekornya seperti mahu melepas lagaknya.  Lembu betina ini tak mampu menjawab hujah atas dakwaan terhadap keluarganya, maka yang keluar dari muncung mulutnya adalah meroyan tanpa ada butir dan isi.  Akhirnya, lembu betina ini mahu sekalian lembu-lembu betina di dalam kandang PWTC bangkit dan mempertahankannya.  

Memang lazim perangai lembu di cucuk hidung, maka lembu-lembu betina yang lain pun bersorak dan bertepuk hingar bingar di dalam kandang PWTC mempertahankan bos mereka lembu betina yang sudah memiliki kondo dan merc itu, walaupun  lembu-lembu betina yang lain itu hanya tinggal di dalam kandang reput.  Begitu sedih melihat bagaimana murahnya maruah lembu-lembu betina yang lain. Lembu tetap lembu.

Hari ini, bapak segala lembu pula akan berdiri di pentas PWTC.  Sudah dijangka semestinya bapak lembu jantan itu juga akan memohon sokongan lembu-lembu yang lain agar terus menyokongnya menjadi ketua segala lembu.  Ini penting untuk lembu jantan ini meneruskan hidup mewahnya terutama buat bininya yang berjambul itu. 

Maka, persidangan kali ini hanya untuk membela dua ekor lembu iaitu bos lembu betina dan lembu jantan.  Bos lembu betina perlu sokongan untuk meneruskan kehidupan keluarganya di kondo, manakala sokongan untuk lembu jantan pula untuk meneruskan kehidupan mewah lembu betina berjampul dan bercincin itu.  Lembu-lembu yang lain bagaimana?  Mereka seperti biasa akan pulang ke kandang reput masing-masing untuk terus menjadi `lembu pawah'./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 29 November 2011

HARI PERTAMA UMNO BERSIDANG, MUHYIDDIN SUDAH MEREPEK

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIANG tadi bermulalah perhimpunan yang terakhir buat parti sekular orang Melayu iaitu Umno bersidang sebelum PRU ke 13 diumumkan dan juga sebelum Umno bakal bertukar menjadi Pembangkang di negara ini, InsyaAllah.  Sebenarnya parti ini sedang bergelut dengan `nyawa'nya memandangkan sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap parti tersebut semakin terhakis.

Justeru itu, tidak menghairankan apabila Timbalan Presiden Umno iaitu Muhyiddin Yassin hari ini merepek perkara yang langsung tidak masuk akal.  Ini semua adalah untuk menghilangkan kegelabahan beliau melihat Umno semakin diusung orang ke tanah perkuburan.  Hari ini Muhyiddin mendendangkan irama kuno iaitu dengan menuduh DAP sebagai parti yang bersifat `rasis'.  Bagi melindungi keburukan Umno, maka Muhyiddin sanggup meletakkan namanya di antara tokoh politik di negara ini yang paling rendah akalnya jika tidak bengap sekalipun.

Memetik kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau". Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.  DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya (Malaysiaikini).

Kita tidak perlu pergi jauh atau mengkaji sejarah perjuangan DAP, cukup kita melihat pentadbiran di P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng sudah cukup membuktikan apa yang Muhyiddin sebut itu umpama `mulut busuk' semata-mata.  Rasis kah Lim Guan Eng  apabila di bawah Kerajaan Negeri P.Pinang hampir 100 % tender atau projek diperolehi oleh kaum Bumiputera?  Adakah kerana Kerajaan Negeri P.Pinang menaikkan elaun Imam dan mereka yang Hafaz Al-Quran di samping menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat itu menunjukkan DAP itu rasis?  Hanya rakyat di P.Pinang tahu samada Lim Guan Eng yang jujur atau Muhyiddin yang berbohong.

Muhyiddin sebut DAP gilakan kuasa dan mahu menyekat orang-orang Melayu dari menjadi pemimpin.  Adakah kerana ramai kaum Cina menyokong DAP maka DAP dianggap rasis?  Bagaimana pula dengan kaum Cina yang menyokong MCA atau Gerakan?  Rasis kah mereka?  Melabel DAP sebagai rasis adalah modal lapok yang dulunya adalah modal Tun Mahathir yang akhirnya tersungkur juga dari kerusi PM.  Muhyiddin cuba gunakan semula modal ini untuk mempercepatkan perjalanan Umno/Bn ke liang lahad.

Hakikatnya Muhyiddin sedar, kaum Cina tidak lagi berselera dengan Bn kerana mereka melihat Umno juga dianggap rasis tidak kurang sedikitpun dari Perkasa.  Muhyiddin amat-amat maklum bahawa di dalam PRU akan datang, sekali lagi kaum Cina akan menolak Bn. /wfauzdin.blogspot.com

AHLI PAS SOKONG LYNAS - DR SYED BADARUDDIN DAN HAJI ZAKARIA TERLIBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAKATAN Rakyat telah mengambil pendirian bersama iaitu menentang projek Lynas di Gebeng, Kuantan yang bakal beroperasi tidak beberapa lama lagi. Tokoh di dalam Pakatan Rakyat yang paling menonjol di dalam kempen membantah Lynas ini adalah Ahli Parlimen Kuantan dari PKR iaitu YB Fuziah Salleh dan penentangan keras juga datangnya dari Perhubungan PAS Pahang.

Berbagai aktiviti dan kempen semakin giat dijalankan oleh Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO khususnya di sekitar Kuantan bagi menunjukkan bantahan terhadap projek tersebut.  Namun demikian, terdapat laporan yang menyebut bahawa adanya penglibatan ahli PAS `di belakang tabir' yang menyokong projek ini.  Bahkan, menurut laporan orang yang terlibat juga merupakan penyumbang dana kepada PAS Pahang.  Perkara ini telah didedahkan oleh Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) di dalam blognya di SINI setelah Blogger berkenaan memberikan tempoh seminggu kepada PAS Pahang menyiasat penglibatan tokoh PAS berkenaan.  

Walau bagaimanapun, CMK tidak menyebut secara tepat siapakah ahli PAS berkenaan.  Saya telah mengulas isu ini di SINI dan meminta agar CMK mendedahkan nama ahli-ahli PAS yang dikatakan `belot' kepada perjuangan PAS itu sendiri.  Atas sebab-sebab tertentu, CMK tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat.  CMK hanya menyebut mereka yang terlibat dikenali sebagai `Dr. S' dan `Haji Z'.  Siapakah Dr S dan Haji Z itu?

Saya mendapat maklumat orang yang dikatakan sebagai `Dr. S' itu adalah `Dr. Syed Badarudin' yang dikatakan mempunyai klinik yang berkepentingan dengan syarikat projek Lynas tersebut.  Manakala `Haji Z' itu adalah `Haji Zakaria' dari Bukit Setongkol yang merupakan bekas Pegawai PKNP.  Saya samasekali tidak mengenali kedua-dua individu ini tetapi jika benar mereka terlibat, apatahlagi mereka itu adalah ahli PAS maka sewajarnya PAS Pahang membuat siasatan segera dan jika terbukti maka tindakan tegas perlulah diambil.

Saya mengharapkan agar `Dr Syed Badaruddin' dan `Haji Zakaria' tampil untuk menyatakan samada benar atau tidak perkhabaran tersebut.  Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, maka imej PAS khususnya akan terjejas. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 28 November 2011

78 % YAKIN UMNO ADALAH PENENTANG HUKUM HUDUD

Oleh:  WFAUZDIN NS

BEBERAPA bulan yang lalu, saya telah mengadakan `Poll' (Undian) di dalam blog saya untuk mengetahui pendapat semua pengunjung di dalam blog saya tersebut.  Saya mahu mengetahui pendapat pengunjung berkaitan dengan isu Hukum Hudud yang pada suatu ketika hangat diperbahaskan. 

Isu Hukum Hudud ini banyak dipermainkan oleh media kawalan Umno dengan meletakkan seolah-olah hukum yang diwajibkan oleh Allah ini hanya untuk diperjuangkan oleh PAS semata-mata dan perlu disokong oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sahaja.  Umno seolah-olah lepas tangan dengan isu ini sedangkan mereka sentiasa melaung-laungkan sebagai parti keramat orang-orang Melayu yang mana `Melayu' yang ditafsirkan di dalam Perlembagaan itu adalah `Orang-Orang Islam'. Anehnya. sebagai bangsa Melayu yang mengaku berugama Islam, mereka tidak sensitif langsung dengan Hukum Hudud ini.


Apabila PAS membicarakan Hukum Hudud, Umno sudah pasti akan mengaitkan dengan DAP dengan persoalan adakah DAP bersetuju dengan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.  Ini agak pelik kerana Umno seolah-olah mahu laksanakan Hukum Hudud sekiranya DAP menyokong hukum tersebut.  Tidak sukar untuk memahami mengapa PAS tegas untuk melaksanakan hukum Allah ini walaupun DAP berpendirian sebaliknya kerana bagi yang memahami Islam, hukum Islam tidak diwajibkan kepada orang bukan Islam apatah lagi perlu kepada persetujuan mereka.  Adakah selama ini kita berpuasa kerana puasa itu dipersetujui oleh DAP? 

Oleh yang demikian, saya mahu pengunjung blog saya menilai sendiri siapakah sebenarnya yang tidak menyokong Hukum Hudud ini dilaksanakan.  Setelah Poll ini dibuat dengan penyertaan pengunjung seramai 3, 188 orang (berakhir 28 Nob 2011) maka berikut adalah keputusan yang diperolehi;

"Hukum Hudud - Siapa Sebenarnya Yang Menentang Hukum Ini?"  Pengunjung telah memilih dan percaya bahawa:-

1.   Umno (78 %)

2.  PAS (7 %)

3.  DAP (5 %)

4.  MCA (5 %)

5.  PKR (2 %)

6.  Gerakan (1 %)

7.  MIC (1 %)

8.  Lain-Lain (1 %)

Daripada jumlah tersebut, seramai 78 % pengunjung telah memilih dan yakin bahawa Umno adalah parti yang sebenarnya menentang Hukum Hudud ini.  Oleh yang demikian, Umno bukan sahaja parti yang gagal membela nasib orang-orang Melayu malahan mereka gagal untuk membela hukum Islam itu sendiri./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 27 November 2011

SEMANGAT UMNO DAN SKUAD HARIMAU MUDA, JAUH PANGGANG DARI API

Oleh:  WFAUZDIN NS

MEMBACA kenyataan Najib di dalam Malaysiakini hari ini, beliau mahu agar Umno bersemangat sama seperti Pasukan Bolasepak Harimau Muda yang telah memenangi Pingat Emas di dalam Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.  Semua tahu betapa kuatnya semangat pemain-pemain Harimau Muda sepanjang kejohanan tersebut dengan berbagai halangan, tekanan dan cemuhan yang diterima oleh Tim bimbingan Ong Kim Swee tersebut, namun Harimau Muda akhirnya berjaya menutup mulut `brengsek' penyokong Indonesia.

Semangat seperti ini lah yang Najib mahu Umno contohi.  Memetik kenyataan PM tersebut di dalam Malaysiakini, beliau berkata, " Kalau kita kental dari segi kekuatan minda kita, dan semangat kita pun kukuh, maka sudah terbukti seperti analogi Harimau Muda itu, kita boleh mengatasi keadaan yang sangat berat menekan kita, mencengkam kita, walaupun gelanggang tidak sama rata seperti di Jakarta, tapi pasukan kita akhirnya berjaya juga," katanya (Malaysiakini).

Sayang seribu kali sayang, Najib bermimpi apabila mahu Umno mencontohi semangat jitu Skuad Harimau Muda itu.  Pertamanya, benarkah Umno sekarang sedang berjuang di dalam keadaan tertekan dan berada di padang yang tidak raya?  Tahukah Najib, padang yang tidak rata itu menyebelahi beliau sebenarnya?  Segala jentera kerajaan dan media kerajaan sekarang menyebelahi siapa?  Adakah Najib sekarang merasa seolah-olah Umno kini sebagai Pembangkang di negara ini apabila merasa Umno seperti teraniaya dengan padang tidak rata?  Sepatutnya, istilah padang tidak rata itu diucapkan oleh Pembangkang di negara ini.

Memang benar, Harimau Muda berjuang di dalam keadaan padang tidak rata dengan tekanan dari para penyokong Indonesia serta sabotaj dari penganjur yang ingin melemahkan semangat setiap pemain sehingga terpaksa berulang alik ke stadium dengan menaiki `kereta besi'.  Namun, sepanjang pertandingan yang melibatkan Skuad Harimau Muda, skuad ini beruntung kerana diadili oleh Pengadil profesional yang bersikap adil.
 
Adakah Umno mengalami seperti Skuad Harimau Muda?  Di sepanjang Pilihanraya di negara ini, adakah kita memiliki `Pengadil' yakni SPR yang profesional?  Mahukah Najib mengakui Umno amat bertuah kerana mengawal seluruh jentera kerajaan termasuk media berkempen untuk mereka sejak bertahun-tahun dahulu?  Adakah Najib mahu menafikan bahawa Undi Pos sentiasa membantu memenangkan Umno?  Najib tidak sedarkah betapa Pembangkang sering dinafikan hak untuk berkempen secara adil dengan berbagai halangan seperti permit dan sebagainya?  Inikah yang dimaksudkan dengan Najib bahawa Umno berjuang di dalam keadaan padang tidak rata?

Jauh panggang dari api untuk Najib bermimpi mahu menyamakan perjuangan Umno dengan Harimau Muda.  Harimau Muda berjuang dengan kudrat dan semangat semata-mata di samping diperkuatkan dengan sokongan rakyat.  Beraksi di atas padang yang tidak rata, Harimau Muda mampu menewaskan musuh mereka.  Berbeza dengan Umno, dengan segala bantuan dari jentera kerajaan malahan dari `Pengadil' yang sering menyebelahi mereka, Umno masih gagal mendapat sokongan rakyat. 

Nampaknya, Umno cuba meraih simpati rakyat dengan mengambil kesempatan di atas semangat Harimau Muda.  Namun, rakyat tahu bahawa yang sepatutnya bergelar semangat Harimau Muda itu adalah Pakatan Rakyat kerana mereka lah sebenarnya yang berada di padang yang tidak rata. /wfauzdin.blogspot.com

PERMIT CERAMAH - KETUA POLIS JOHOR TIDAK PERLU TUNJUK MUKA GARANG


 Oleh: WFAUZDIN NS 

TIDAK tahu mengapa, kenapa susah sangat pihak Polis Johor untuk meluluskan permit ceramah PKR di negeri yang dikatakan gagah sangat Umno itu.  Pada waktu TPM, Muhyiddin Yasin tidak cukup kaki menjelajah ke setiap pelusuk negeri dan berkempen untuk menjatuhkan Pembangkang dengan dibantu oleh media mereka, hak Pembangkang terus dinafikan dengan berbagai alasan.

 

Ketua-Polis-Johor,-Datuk-Mohd-Mokhtar-Mohd-Shariff
Seperti di Johor, sempena dengan Kongres Nasional PKR di Pulai Spring Beach Resort, beberapa program telah diatur di beberapa daerah di Johor.  Undang-undang telah dipatuhi di mana pihak Penganjur telah memajukan permohonan permit lebih awal.
Namun, dimaklumkan berbagai alasan telah diberikan oleh pihak Polis.  Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menyebut Polis tidak membatalkan permit ceramah yang dimohon PKR namun menegaskan ia belum diputuskan.  Tetapi menyebut pula, polis menolak permohonan PKR untuk mengadakan ceramah di beberapa daerah di negeri ini selepas mengambil kira keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam (Sinar).

Hanya dua alasan diberikan iaitu keselamatan rakyat dan untuk mengekalkan ketenteraman awam.  Alasan Ketua Polis Johor itu tidak dapat dibuktikan dengan fakta bahawa program ceramah Pembangkang khususnya dari PKR sebelum ini telah menggugat keselamatan awam.  Apa yang boleh kita buktikan melalui fakta iaitu yang tergugat dengan program ceramah Pembangkang ini adalah Umno.  Adakah tergugatnya Umno bererti tergugatnya orang awam?

Sebelum ini di war-warkan Johor bumi yang selamat.  Sewajarnya pihak Polis tidak membuat provokasi dengan mendakwa kehadiran Pembangkang boleh mengubah situasi negeri tersebut.  Minda Ketua Polis Johor mesti dicuci dengan melihat bahawa Pembangkang di negara ini telah pun menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri.  Lihat sahaja negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, pernahkah berlaku huru-hara?  Bahkan, program anjuran Umno/Bn dibenarkan bebas di negeri-negeri berkenaan sehingga mereka boleh berdemontrasi di hadapan pintu pejabat Kerajaan Negeri.

Justeru itu, mengapa di Johor mereka melihat Pembangkang seperti puak pengganas?  Tidak perlulah Ketua Polis Johor menunjukkan muka garang di hadapan TV dengan memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat.  Jika amaran dari Ketua Polis Negara sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 pun rakyat tidak endahkan kerana rakyat tahu amaran itu berlawanan dengan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan, apa sangatlah amaran dari seorang Ketua Polis Negeri. 

Kita bukan mahu mencabar pihak Polis, kita cuma mahu Ketua Polis ini bijak sedikit.  Jika pemimpin Umno, kita sudah maklum sememangnya tidak pernah bijak, kita tidak mahu Pegawai-Pegawai Polis juga mendapat penyakit yang sama.  Amat memalukan jika Ketua Polis Negeri tidak berkembang minda mereka./wfauzdin.blogspot.com

ADUKA TARUNA - TAK PAYAH COVER LA BEB, NGAKU SALAH JE !!

Apa masalah ko Aduka Taruna?  Aku baca tulisan ko di SINI.  Bila ko buat tuduhan kat Ketua AMK yang kononnya mahu gunakan perhimpunan BERSIH 3.0 untuk bela nasib Anwar berpandukan laporan Malaysiakini, bukan main lagi ko hentam Shamsul.  Tapi bila Malaysiakini betulkan laporan dia, ko pulak kata berapa Anwar bayar kat wartawan Malaysiakini...

Aduka Taruna

Ko tak biasa ke dengar Malaysiakini selalu betulkan laporan yang mereka siarkan?  Habis tu, semua pembetulan oleh Malaysiakini tu kena bayar ke?  Ko jangan jadi bodoh sangat Aduka.  Kalau Malaysiakini dah buat silap, dia betulkan balik laporan dia, ko pun patut la betulkan laporan ko yang silap tu.  Mengapa ko pusing pulak kata Anwar yang bayar?  Pasal tu la asyik suka `langgar' orang....lama-lama kepala otak ko pun jadi bengap....semua orang salah, ko je la yang betul...Memang patut pun ko kena `sebijik' kat Rusila dulu...

Aku pun mulanya mahu tulis gak nak kutuk Ketua AMK kalau benar dia nak gunakan BERSIH 3.0 itu untuk Anwar.  Tapi, aku tak lah sebodoh ko Aduka....nak langgar semua orang.  Aku siasat dulu betul ke tak.  Sebelum Malaysiakini betulkan laporan tu, aku dah tahu awal dari kengkawan aku yang dok dengar apa yang Sam cakapkan....memang lari dari apa yang Malaysiakini laporkan awalnya.  Jadi, memang patut pun Malaysiakini betulkan yang salah tu.....

Ko punya nak cover malu...ko tuduh pulak Anwar yang bayar kat Malaysiakini supaya betulkan laporan tersebut.  Ko pun tulis, ada kawan ko wartawan Malaysiakini yang bagitahu Anwar call supaya laporan tersebut dibetulkan.  Ko jangan nak bodohkan orang la Aduka.....Apa standard Anwar nak bayar wartawan Malaysiakini?  Selama ini pun banyak gak laporan Malaysiakini yang hentam Anwar disiarkan, mengapa Anwar tak nak bayar supaya ditarik balik? 

Aku rasa elok ko tarik balik la tuduhan ko tu....takde malunya nak mohon maaf kalau ko dah buat salah....kecuali ko memang bodoh sombong !!/budakmental