TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Selasa, 29 November 2011

AHLI PAS SOKONG LYNAS - DR SYED BADARUDDIN DAN HAJI ZAKARIA TERLIBAT?

Oleh: WFAUZDIN NS

PAKATAN Rakyat telah mengambil pendirian bersama iaitu menentang projek Lynas di Gebeng, Kuantan yang bakal beroperasi tidak beberapa lama lagi. Tokoh di dalam Pakatan Rakyat yang paling menonjol di dalam kempen membantah Lynas ini adalah Ahli Parlimen Kuantan dari PKR iaitu YB Fuziah Salleh dan penentangan keras juga datangnya dari Perhubungan PAS Pahang.

Berbagai aktiviti dan kempen semakin giat dijalankan oleh Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO khususnya di sekitar Kuantan bagi menunjukkan bantahan terhadap projek tersebut.  Namun demikian, terdapat laporan yang menyebut bahawa adanya penglibatan ahli PAS `di belakang tabir' yang menyokong projek ini.  Bahkan, menurut laporan orang yang terlibat juga merupakan penyumbang dana kepada PAS Pahang.  Perkara ini telah didedahkan oleh Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) di dalam blognya di SINI setelah Blogger berkenaan memberikan tempoh seminggu kepada PAS Pahang menyiasat penglibatan tokoh PAS berkenaan.  

Walau bagaimanapun, CMK tidak menyebut secara tepat siapakah ahli PAS berkenaan.  Saya telah mengulas isu ini di SINI dan meminta agar CMK mendedahkan nama ahli-ahli PAS yang dikatakan `belot' kepada perjuangan PAS itu sendiri.  Atas sebab-sebab tertentu, CMK tidak mendedahkan nama mereka yang terlibat.  CMK hanya menyebut mereka yang terlibat dikenali sebagai `Dr. S' dan `Haji Z'.  Siapakah Dr S dan Haji Z itu?

Saya mendapat maklumat orang yang dikatakan sebagai `Dr. S' itu adalah `Dr. Syed Badarudin' yang dikatakan mempunyai klinik yang berkepentingan dengan syarikat projek Lynas tersebut.  Manakala `Haji Z' itu adalah `Haji Zakaria' dari Bukit Setongkol yang merupakan bekas Pegawai PKNP.  Saya samasekali tidak mengenali kedua-dua individu ini tetapi jika benar mereka terlibat, apatahlagi mereka itu adalah ahli PAS maka sewajarnya PAS Pahang membuat siasatan segera dan jika terbukti maka tindakan tegas perlulah diambil.

Saya mengharapkan agar `Dr Syed Badaruddin' dan `Haji Zakaria' tampil untuk menyatakan samada benar atau tidak perkhabaran tersebut.  Jika mereka gagal untuk berbuat demikian, maka imej PAS khususnya akan terjejas. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. so apa salahnya sokong lynas, ko tu jer berfikiran jumud nak mampus hahaha, Mp pas pakar nuklear pun ok ngan operasi lynas, cuma pauziah bangang jer yg tak sokong...

    BalasPadam
  2. Ko tu yg bangang....pakar nuklear sokong Lynas...ko ingat Lynas tu projek nuklear ke bangang? huhu..

    BalasPadam
  3. apabila duit menjadi permata..hilanglah perjuangan..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini