RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 21 November 2009

WAJARKAH ARIF FAHMI LETAK JAWATAN DI PMBK ?

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT di PMBK masih belum berkesudahan. Siasatan oleh SPRM terhadap perbadanan di bawah MB Kelantan ini mungkin masih berjalan dan belum ternampak oleh kita samada berlaku sebarang penyelewengan atau tidak di dalam pengurusan PMBK. Apa yang kita nampak setakat ini adalah terpelantingnya seorang kakitangan PMBK merangkap blogger yang bergelar Kickdefella. Dikatakan Kickdefella adalah orang kuat kepada YB Husam Musa seorang Exco yang memegang jawatan penting di dalam kerajaan Negeri Kelantan.

Belum selesai siasatan di PMBK, belum ada sebarang tangkapan atau tahanan terhadap mana-mana kakitangan PMBK oleh SPRM, heboh satu dunia mahu agar CEO PMBK Arif Fahmi menantu kepada Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatan. Kononnya Arif Fahmi banyak mencemarkan nama baik MB Kelantan yang juga Bapa Mertuanya itu. Apa yang Arif Fahmi cemarkan itu? Memecat Kickdefella bolehkah dianggap mencemarkan imej Tok Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan? Adakah menantunya itu gagal di dalam melaksanakan tugas atau pun mempunyai rekod yang buruk sebelum ini? Jika disabitkan dengan rasuah atau pun pecah amanah serta penyelewengan di dalam menguruskan PMBK, memang wajib beliau ditendang keluar dari PMBK bahkan wajib didakwa. Sebab apa Arif Fahmi mesti dikeluarkan dari PMBK?

Adakah kerana Arif Fahmi itu menantu kepada MB Kelantan maka beliau tidak layak menguruskan perbadanan penting itu? Sebagai menantu kepada MB, apakah beliau tidak layak untuk membantu bapanya mengkayakan ekonomi negeri Kelantan? Berapa banyak harta PMBK yang dilesapkan oleh Arif Fahmi? Saya menjadi pelik dengan mereka yang beriya-iya sangat mahukan Arif Fahmi dipecat dari PMBK. Mengapa tidak menunggu terlebih dahulu hasil siasatan SPRM terhadap PMBK sebelum kita menilai Arif Fahmi layak atau tidak berada di PMBK? Bukankah sudah berjela-jela kononnya bukti yang didedahkan oleh Kickdefella tentang salah laku Arif Fahmi, cuma kita menunggu benar atau tidak dakwaan Kickdefella itu setelah SPRM selesai menjalankan siasatannya. Jika benar dan dapat dibuktikan, saya amat bersetuju jika Arif Fahmi dipecat dan diambil tindakan. Tetapi, jika didapati tidak benar, maka zalim untuk kita menganiayai beliau dengan mendesaknya meletakkan jawatan.

Saya percaya sekiranya didapati tiada sebarang kes untuk mendakwa Arif Fahmi, mereka ini akan terus mendesak Arif Fahmi meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK atas alasan yang lain pula. Maka akan timbul lah dakwaan kononnya MB Kelantan itu mengamalkan kronisma. Kononnya untuk memulihkan imej Tok Guru Nik Aziz, Arif Fahmi mesti meletakkan jawatan. Semenjak bila imej Tok Guru Nik Aziz tercemar sehinggakan menantunya dijadikan kambing hitam? Apakah selama ini imej Tok Guru Nik Aziz bergantung kepada menantunya?

Arif Fahmi tidak perlu meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak melakukan kesalahan dan mampu menguruskan PMBK dengan baik dan telus. Pedulikan apa orang lain kata selagi beliau ikhlas berkhidmat. Jika benar Arif Fahmi banyak mencemarkan nama baik Tok Guru Nik Aziz, sudah lama PAS tersungkur di Kelantan kerana bukan baru-baru ini Arif Fahmi menjadi menantu Tok Guru Nik Aziz atau menjadi CEO PMBK. Sebenarnya saya melihat seperti ada udang di sebalik batu yang mendesak dan menekan MB Kelantan untuk menyingkirkan Arif Fahmi.

Tumpuan sekarang bukan terhadap siasatan SPRM, tetapi lebih tertumpu kepada siapakah yang akan dilantik menggantikan Arif Fahmi sekiranya kehendak mereka dituruti oleh MB Kelantan. Samada SPRM dapat membuktikan ada atau tidak berlaku penyelewengan di dalam PMBK tidak penting bagi mereka. Yang penting Arif Fahmi mesti berundur, itulah kehendak mereka. Sebab apa perlu berundur, Wallahu Aklam./Kembali ke laman asal.

UMNO KEPANASAN DENGAN DS ANWAR

Oleh: Tok Janggut

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan dari penjara, kita lihat puak-puak UMNO tak senang duduk. Macam cacing kepanasan. Apa saja yang DSAI buat semuanya tak kena bagi UMNO. Apa yang mereka takut sangat dengan DSAI tu?

Kerajaan Negeri Selangor lantik DSAI sebagai Penasihat Ekonomi pun dikutuk dan diperkecil-kecilkan. Bekas MB Selangor anak Toyo yang hidup mewah secara melampau, dan dah berapa banyak repot salahguna kuasa dan rasuah beliau semasa menjadi MB Selangor itu di lapurkan kepada SPRM dan polis, tidak satu pun tindakan dibuat, tidak pula puak UMNO kutuk anak Toyo tu? Mungkin UMNO ni suka dan akan puji siapa yang lebih hebat rasuahnya, buat maksiatnya, salahguna kuasanya, menipunya dan hina Islamnya.

Pemimpin UMNO Selangor termasuk anak Toyo dan UMNO Terengganu saban hari mengutuk dan memperkecilk-kecilkan kemampuan DSAI dan menuduh kerajaan Selangor tak mampu nak tadbir dan itu sebab kena minta bantuan DSAI. Kita nak Tanya UMNO Selangor dan UMNO Terengganu, siapa Pengerusi Perhubungan UMNO kedua-dua negeri ini? Orang Terengganu ke? Mana pergi pemimpin-pemimpin UMNO Terengganu dan Selangor sehinggakan terpaksa ambil orang Johor dan orang Pahang jadi ketua mereka? Nampak sangatlah UMNO kedua-dua negeri ni bodoh dan bangang belaka, yang mereka tahu hanyalah roboh rumah rakyat miskin, rampas tanah rakyat, roboh masjid dan surau dan rompak harta rakyat.

Begitu di Pusat, siapakah Penasihat Ekonomi Negara? Bukankah sebuah syarikat milik Yahudi telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negara sejak Mahathir lagi sehingga sekarang? Pelik, puak Yahudi yang jelas musuh orang Islam dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Negara. Agaknya itulah sebabnya perangai puak UMNO ni macam Yahudi juga jahatnya dan kuat menipunya.

Azmin Ali dikatakan memiliki saham berjuta, sedangkan sekiranya benar pun dia ada saham sebanyak itu, ketika itu bukankah beliau masih dalam UMNO? Mengapa tak siasat masa tu? Mana ada pemimpin UMNO yang tak ada saham berjuta-juta! Mungkin sekiranya Azmin masih lagi dalam UMNO, pasti isu ini tidak akan timbul, jika benar memang ada pun akan ditutup rapi.

UMNO sebenarnya sudah pening dan mengelabah. Orang Melayu dah ramai yang lari dari UMNO, orang bukan Melayu pula lagi dah tak percaya pada UMNO. Kini UMNO syok sendiri, ke sana sini kata UMNO dah kuat, dah stabil, sokongan dah meningkat. Macam orang hilang akal. Rakyat tengok dan baca kenyataan UMNO ni, hanya ketawa dan meluat saja. Biarkanlah si luncai terjun dengan labunya. Akhir nanti semuanya akan tenggelam hanyut. Itulah akhirnya hidup UMNO nanti setelah lebih 52 tahun menipu dan merompak hasil Negara dan harta rakyat. Kita sama-samalah berdoa agar UMNO cepat hancur demi menyelamatkan bangsa, agama dan Negara./Harakahdaily

Penyiasat dedah nama adik Najib


Nov 20, 09 11:49am
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam selepas membuat pendedahan menggemparkan itu.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan Justify Fullluar biasa.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".

Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.

Sedutan wawancara tersebut:

Anda pernah berkata anda bertemu seorang Datuk VIP Melayu di luar bilik pameran Volkswagen di (pusat beli-belah) The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapa lelaki itu?

Beliau Datuk Nazim Razak, adik (Datuk Seri) Najib (Razak).

Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)

Deepak (Jaikishan) yang membawa mereka berdua ke sana untuk berjumpa dengan saya.

Sebab itulah ASP Suresh (Kumar) tidak mahu kami bertemu di tempat yang mempunyai rakaman kamera CCTV.

Sewaktu anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral dengan Deepak, (adiknya) Dinesh dan ASP, dan selepas anda menandatangani akuan bersumpah kedua, apakah mereka menyatakan apa-apa lagi yang anda fikir penting?

Ya, ada dua perkara yang Deepak beritahu saya. Katanya, (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor) sangat gembira apabila saya menarik balik akuan bersumpah pertama saya dan ingin bersarapan dengan saya.

Apabila saya bertanya Deepak selama mana saya seharusnya meninggalkan negara ini, dia berkata sehingga Najib menjadi perdana menteri baru dan kemudian barulah saya boleh pulang./Malaysiakini

Khamis, 19 November 2009

SPRM tak boleh siasat saksi 'over time'

19 Nov 2009 4:14PM

KL: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia tidak dibenarkan menyoal siasat saksi semalaman, dan hanya boleh dilakukan semasa waktu pejabat, iaitu dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini juga membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.

Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.

Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.

Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.

Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat. / Bernama, Utusan


Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga

Rabu, 18 November 2009

KES LIWAT - UMI HAFILDA SILA TAMPIL JAWAB RAJA PETRA

Lagi Pendedahan Kes DS Anwar Ibrahim Oleh Raja Petra!
Posted on Wednesday, November 18 @ 16:37:37 MYT by munir

Oleh gomalaysian

"

Ummi mengaku bahawa dialah dalang di sebalik dakwaan liwat terhadap Anwar; tuduhan palsu semata-mata.

Semasa perbicaraan sebelum ini, keterangan-keterangan yang diberikan menunjukkan bahawa Cawangan Khas cuba meyakinkan Anwar untuk "mengambil tindakan". Tetapi Anwar enggan, hinggalah Pengarah (Cawangan Khas) mendesaknya, atas alasan "demi keselamatan negara". Selepas itu, barulah Anwar bersetuju agar tindakan diambil.....


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Tali konspirasi terungkai satu persatu, yang mana ia kini meletakkan Ummi Hafilda Ali sebagai dalang di sebalik dakwaan bahawa Anwar meliwat Azizan Abu Bakar. Ekoran itu, bapanya sendiri tidak mengakunya sebagai anak. Ini berlaku beberapa bulan sebelum ayahnya meninggal disebabkan patah hati.

Christopher Fernando memberitahu Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur bahawa Pengarah Cawangan Khas, Said Awang, menemui Azmin Ali, (abang Ummi dan juga Ketua Setiausaha Sulit Anwar pada masa itu) bagi meminta Azmin memujuk Ummi supaya menarik balik tuduhannya bahawa Anwar telah meliwat Azizan.

Apa yang menarik berkenaan dengan perkara ini adalah:

1. Said Awang menemui Azmin SEBELUM dia bertemu dengan Anwar. Jadi, tuduhan bahawa Anwar menyalahgunakan jawatannya bagi memanggil Cawangan Khas, dan bahawa beliau menyuruh mereka memaksa Ummi dan Azizan untuk menarik balik tuduhan liwat terhadapnya adalah suatu salah anggapan. Sebaliknya, bukan Anwar yang memanggil Said Awang untuk menemuinya, tetapi Pengarah Cawangan Khas itulah yang mengambil inisiatif untuk bertemu dengan Anwar.

2. Idea untuk memujuk Ummi dan Azizan untuk menarik balik tuduhan liwat datang daripada pihak Cawangan Khas dan bukannya Anwar. Semasa perbicaraan sebelum ini, keterangan-keterangan yang diberikan menunjukkan bahawa Cawangan Khas cuba meyakinkan Anwar untuk "mengambil tindakan". Tetapi Anwar enggan, hinggalah Pengarah (Cawangan Khas) mendesaknya, atas alasan "demi keselamatan negara". Selepas itu, barulah Anwar bersetuju agar tindakan diambil.

3. Cawangan Khas menyedari bahawa Ummi adalah dalang di sebalik dakwaan liwat itu, manakala Azizan hanyalah kuda tunggangannya. Itulah sebabnya mereka ingin abang Ummi, Azmin, untuk memujuk Ummi supaya menarik balik tuduhan itu.

Ini konsisten dengan prosiding pada hari sebelumnya, di mana Fernando mendedahkan bahawa Azizan memberi keterangan bersumpah sebanyak tiga kali, yakni bahawa Anwar tidak pernah meliwatnya - pengakuan yang turut memeranjatkan hakim perbicaraan.

Fernando menyatakan bahawa Said menemui Azmin untuk bertemu dengan Anwar Ibrahim. Dalam pertemuannya dengan Azmin, Said meminta pengesahan Azmin bahawa Ummi adalah adiknya. Azmin mengesahkannya.

Kemudian, Said Awang bertanya kepada Azmin sama ada beliau bersetuju untuk cuba memujuk adiknya untuk menarik balik tuduhan liwat terhadap Anwar ataupun tidak. Tetapi menurut Azmin, itu mustahil dilakukannya kerana semenjak dakwaan tersebut timbul, dia tidak lagi bertegur sapa dengan Ummi.

Cawangan Khas sedar bahawa Ummi adalah dalang di sebalik dakwaan tersebut. Ketika perbincangan antara pihak Cawangan Khas dan Azmin berlangsung, Cawangan Khas belum lagi berjumpa dengan Anwar.

Azmin kemudiannya memanggil perjumpaan keluarga bagi membincangkan isu itu. Secara keseluruhannya, tiga pertemuan diadakan, yang mana Ummi juga menghadirinya.

Pada mulanya, Ummi menafikan bahawa dia telah menulis surat kepada Perdana Menteri, yang mana surat itu memuatkan tuduhan liwat terhadap Anwar. Selepas itu, Azmin menasihatkan adiknya supaya tidak terlibat dalam konspirasi itu. Pada masa itulah Ummi mengatakan adalah mustahil baginya berbuat demikian kerana dia dijanjikan dengan wang dan kontrak bagi peranannya itu. Malah wang sudah pun bertukar tangan.

Ummi kemudiannya mengaku kepada ayahnya bahawa dia terlibat dalam konspirasi itu, yang mana dialah yang telah menulis surat tersebut kepada Perdana Menteri. Ayahnya yang juga seorang guru agama kemudiannya tidak lagi menganggapnya sebagai anak. Tidak lama kemudian, ayahnya meninggal dunia kerana patah hati, dan tidak pernah memaafkan Ummi atas apa yang telah dilakukannya.

Melalui keterangan yang diberikan di mahkamah, jelaslah bahawa surat Azizan kepada Perdana Menteri itu sebenarnya ditulis oleh Ummi. Ummi mengakui akan hakikat ini. Azizan pula mengaku bahawa Anwar tidak meliwatnya.

Namun begitu, ketika Pembelaan cuba untuk membentangkan bukti yang sangat penting ini semasa perbicaraan, hakim perbicaraan tidak membenarkannya. Beliau enggan membenarkan surat itu untuk diterima sebagai bukti. Beliau juga tidak membenarkan Ummi dipanggil untuk memberi keterangan.

Peranan Ummi dalam konspirasi itu sudah terang, lagi bersuluh. Adalah jelas bahawa tuduhan liwat terhadap Anwar adalah palsu semata-mata. Sejurus sebelum dia meninggal dunia, ayah Ummi menulis surat terbuka kepada Harakah, yakni sebuah akhbar pembangkang. Dalam surat itu, dia menjelaskan mengenai isu ini dan dengan tegas menuduh bahawa Ummi terlibat dalam konspirasi untuk menjerat Anwar, dan dialah orang yang menulis surat kepada Perdana Menteri.

Sekiranya hakim perbicaraan menerima bukti yang penting ini, maka Fernando berhujah bahawa ia pasti mengubah seluruh corak kes dan hakim berkenaan akan menghadapi kesukaran bagi memutuskan bahawa Anwar bersalah.

Usaha demi usaha dilakukan bagi membabitkan Anwar dalam salah laku seksual, bahkan Pak Lah juga turut terlibat.

"Terdapat rancangan jahat bagi mendapatkan sabitan melalui cara-cara yang licik," kata Christopher Fernando pada hari kedua sidang dengar rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur.

Fernando kemudiannya memberitahu mahkamah bahawa usaha demi usaha dilakukan bagi membabitkan Anwar dalam salah laku seksual.

Contohnya adalah insiden yang berlaku kepada Dr. Munawar Ahmad Anees, iaitu salah seorang penulis ucapan Anwar. Bagi memaksanya mengaku bahawa beliau mempunyai hubungan homoseksual dengan Anwar, beliau ditahan dan diseksa secara fizikal dan mental.

Selepas itu, Fernando menjelaskan kepada mahkamah tentang afidavit panjang yang ditandatangani oleh Dr. Munawar pada 7 November 1998. Afidavit itu mengandungi butiran mengenai pengalaman yang dilaluinya semasa ditahan oleh polis Malaysia.

Disebabkan penyeksaan yang dahsyat, dia akhirnya mengaku melakukan ‘jenayah’ (yang membabitkan Anwar). Namun dia kemudiannya menarik balik pengakuan itu dalam afidavitnya.

Seterusnya, Fernando meminta mahkamah merujuk kembali kepada isu berkenaan dengan Manjeet Singh Dhillon yang dibangkitkan di mahkamah pada hari sebelumnya. Ini dilakukan bagi menegaskan hujahnya, iaitu berhubung dengan usaha-usaha yang dilakukan bagi memerangkap Anwar.

Fernando lantas meminta mahkamah untuk mengesyorkan supaya Suruhanjaya Diraja bagi Penyiasatan dibentuk untuk menyiasat tuduhan serius Manjit Singh Dhillon terhadap Abdul Gani Patail dan Azhar Mohamad. Ini kerana ia adalah perkara yang amat serius, yang menjejaskan pentadbiran keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Kalau mereka ternyata tidak terlibat dalam memeras ugut bagi memalsukan bukti, maka nama mereka akan dibersihkan," kata Fernando. "Ini menguntungkan mereka."

"Kalau mereka terlibat, maka mereka perlu didakwa. Itulah satu-satunya cara bagi menyelesaikan masalah yang mendesak ini dan juga bagi memulihkan kepercayaan rakyat."

Adalah jelas bahawa terdapat usaha terancang bagi menjerat Anwar. Namun usaha ini tidak hanya terhad di Malaysia. Malah ia melibatkan usaha yang dilakukan di Amerika Syarikat, kata Fernando. Misalnya adalah insiden yang melibatkan Jamal Abder Rahman.

"Kami sedang cuba untuk menunjukkan corak, yakni bagaimana saksi didatangi bagi memberikan keterangan palsu, dan konspirasi ini menjangkau hingga ke Amerika Syarikat," kata Fernando.

Jamal adalah warganegara Amerika dari keturunan Arab yang mengendalikan perkhidmatan limusin di Washington DC. Dia mendapat kontrak bagi menyediakan perkhidmatan limusin kepada Kedutaan Malaysia di Washington.

Pada September 1998, iaitu tidak lama selepas pemecatan Anwar dan penangkapannya, seorang diplomat Malaysia, Mustapha Ong, meminta Jamal mengaku bahawa dia telah mendapatkan perempuan dan budak lelaki untuk Anwar.

Sumber Asal: http://malaysia-today.net/

Selasa, 17 November 2009

APA YANG DI`GEGE' KAN OLEH KICKDEFELLA?

Oleh: WFAUZDIN NS

`GEGE' bukankah bermaksud `leter' ? Saya pun baru hendak belajar `kecek' kelate semenjak 3, 4 bulan berada di bumi Serambi Mekah ini. Jika benar `gege' bermaksud `leter', maka nampaknya semakin `gege' kita melihat sahabat kita Kickdefella atau lebih manis saya gelar `syeikh' selepas ini. Di dalam blognya beliau `bergege' tidak mengapalah kerana kita faham situasi yang dihadapi oleh beliau pada saat dan ketika ini.

Cumanya, setelah saya membaca tulisan `gege' beliau di dalam blognya bertajuk, 'Sayang..Laksamana mati dibunuh...' terlalu banyak kepincangan yang telah beliau laporkan khususnya berkaitan PMBK dan juga melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Dikatakan beliau menentang Pak Lah sebab itu beliau lari ke Kelantan. Kini, difahamkan beliau dalam dilema kerana kelihatan padanya kepimpinan Tok Guru sama dengan Pak Lah. Bezanya, saya belum pasti samada beliau sudah lari keluar dari bumi Kelantan atau belum. Semua yang diperkatakan oleh Syeikh di dalam blognya itu peristiwa yang sudah lama berlalu dan baru kini beliau ingin `kitar' semula. Yakni, selepas beliau ter `kick' dari PMBK. Mengapa terlalu lewat wahai Syeikh?

Saya tidak kata ingin percaya atau tidak segala apa yang ditulis oleh Syeikh tersebut, cuma saya rasa aduan secara `gege' melalui blog menampakkan Syeikh seperti ingin berkongsi dengan pihak yang dikatakan tidak betul itu. Syeikh wajib melaporkan semua itu ke pihak berkuasa jika Syeikh punyai cukup bukti dan maklumat. Bukankah Tok Guru sudah beri jaminan pintu buat SPRM atau sesiapa sahaja yang berkuasa untuk menyiasat sebarang kes penyelewengan di Kelantan terbuka 25 jam? Syeikh jangan lepaskan peluang ini. Tetapi jika sekadar `gege' di dalam blog, Syeikh tidak akan berjaya dianggap sebagai Wira Di Kelantan.

Syeikh mahukan `orang besar' menjaga Syeikh. Bagaimana `orang besar' hendak menjaga Syeikh jika Syeikh lebih suka `gege' di dalam blog? Usahkan `orang besar', mungkin Bloggers pun sukar hendak membantu Syeikh yang dilihat seperti puak-puak sebelah yang suka `gege' melalui media pencacai mereka. Sekarang dikatakan SPRM sudah pun masuk menyiasat PMBK bahkan mungkin akan menyiasat pula tentang hasrat Tok Guru hendak ke Mekah hasil tajaan seseorang. Justeru itu, tidakkah ini kesempatan terbaik buat Syeikh untuk membuktikan bahawa kerajaan Tok Guru sama dengan Kerajaan Pak Lah yang Syeikh tentang dulu? Jika ianya terbukti, Syeikh mungkin boleh berpindah dari bumi Kelantan untuk bermusafir ke negeri lain untuk meneruskan perjuangan `maha suci' Syeikh itu. Tentunya Syeikh tidak mahu berada dalam negeri yang Syeikh anggap sama dengan kerajaan Pak Lah bukan?

Sekali lagi, bersabarlah wahai Syeikh. Jawatan yang hilang itu anggaplah bukan rezeki Syeikh. DS Anwar hilang jawatan TPM tetapi terus berjuang tetapi beliau berjuang bukan secara `gege' di dalam blog sahaja. Beliau berjuang hingga terpenjara bertahun-tahun. Seorang pejuang ikhlas akan tetap dihormati kawan dan lawan meskipun bergelar bekas banduan. Tetapi jika berjuang dengan menggunakan modal fitnah, tiada bezanya perjuangan kita dengan puak sebelah. Maka, lebih baik kita berhijrah ke puak sebelah./Kembali ke laman asal.

DUN KOTA SEPUTEH, KALAU BERANI BIARKAN PILIHANRAYA - ANWAR

Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Pakatan Rakyat mencabar Umno agar tidak membuat rayuan di mahkamah bagi membolehkan pilihanraya kecil di Dun Kota Seputeh berjalan sebagaimana yang sepatutnya.

Demikian kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi, selepas selesai mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen. Turut serta dalam sidang media bersama PR itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan tertinggi parti masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa PKR dan DAP sebulat suara akan membantu PAS, jika pilihanraya kecil berlaku kelak.

Beliau juga turut menjelaskan beberapa isu kehakiman berbangkit, termasuk dalam isu keputusan "tergantung" pengesahan Menteri Besar di Perak.

Ujarnya lagi, sistem kehakiman negara seharusnya hanya tunduk pada perlembangaan.

Beliau juga mengkritik segelintir hakim yang dilihat tunduk pada kuasa eksekutif.

Ditanya tentang konvesyen PR Disember depan, Anwar menjelaskan bahawa mesyuarat tersebut turut membincang isu-isu dasar yang disepakati bersama antara ketiga-tiga parti pembangkang tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, mahkamah akan memutuskan rayuan BN agar pilihanraya kecil Dun tersebut tidak berlaku.

Sekiranya mahkamah menolak rayuan BN sekali gus membangkitkan semula isu berkaitan yang lain, seperti di Dun Perak.

Ini kerana, Speaker Dun Perak V. Sivakumar sebelum ini pernah menghantar Surat Pengosongan Dun kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) ekoran beberapa Adun tidak menghadiri sidang Dun dan gagal dikenal pasti kedudukan mereka.

Namun, SPR mendahului kuasa mahkamah dengan memutuskan bahawa kepitusan tersebut adalah tidak sah.

Akhirnya, keputusan mahkamah Jumaat ini dilihat penting untuk memulihara semula institusi kehakiman itu sendiri./Harakahdaily

PILIHANRAYA KECIL DI KEDAH - PAS BERSEDIA

Pas sudah kenal pasti calon:Azizan


Oleh: MOHD IDROS MOHD ALI
mohd.idros@sinarharian.com.my


ALOR SETAR - Pas sudah bersedia menghadapi pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh berikutan berlaku kekosongan kerusi itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, calon yang sesuai sudah dikenalpasti sejak beberapa waktu lalu walaupun mengakui itu adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan tidak pernah menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengenai masalah yang berbangkit.

“Mungkin mereka mempunyai tafsiran undang-undang yang berbeza dengan kita," katanya kepada media selepas membentangkan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini. /Sinar

PILIHANRAYA DI KOTA SIPUTEH

16 November, 2009

Kerusi Kota Siputeh Diisytihar Kosong, Mahkamah Perintah Pilihan Raya Baru

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," kata beliau.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said.


-- BERNAMA

Isnin, 16 November 2009

Anwar isytihar perang pertahan S'gor


Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 09


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya./Malaysiakini

Khalid: Umno puji kejayaan Pakatan tadbir S'gor


Abdul Rahim Sabri
Nov 15, 09


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu.

Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung.

"Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata 'Khalid kalau macam ini habis lah kita'.

"Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini.

Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986.

Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib (kanan) mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu.

"Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan.

Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu.

Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang.

"Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi.

Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu.

Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan.

"Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka.

"Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya.

Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan./Malaysiakini