`GEGE' bukankah bermaksud `leter' ? Saya pun baru hendak belajar `kecek' kelate semenjak 3, 4 bulan berada di bumi Serambi Mekah ini. Jika benar `gege' bermaksud `leter', maka nampaknya semakin `gege' kita melihat sahabat kita Kickdefella atau lebih manis saya gelar `syeikh' selepas ini. Di dalam blognya beliau `bergege' tidak mengapalah kerana kita faham situasi yang dihadapi oleh beliau pada saat dan ketika ini.
Cumanya, setelah saya membaca tulisan `gege' beliau di dalam blognya bertajuk, 'Sayang..Laksamana mati dibunuh...' terlalu banyak kepincangan yang telah beliau laporkan khususnya berkaitan PMBK dan juga melibatkan Tok Guru Nik Aziz. Dikatakan beliau menentang Pak Lah sebab itu beliau lari ke Kelantan. Kini, difahamkan beliau dalam dilema kerana kelihatan padanya kepimpinan Tok Guru sama dengan Pak Lah. Bezanya, saya belum pasti samada beliau sudah lari keluar dari bumi Kelantan atau belum. Semua yang diperkatakan oleh Syeikh di dalam blognya itu peristiwa yang sudah lama berlalu dan baru kini beliau ingin `kitar' semula. Yakni, selepas beliau ter `kick' dari PMBK. Mengapa terlalu lewat wahai Syeikh?
Saya tidak kata ingin percaya atau tidak segala apa yang ditulis oleh Syeikh tersebut, cuma saya rasa aduan secara `gege' melalui blog menampakkan Syeikh seperti ingin berkongsi dengan pihak yang dikatakan tidak betul itu. Syeikh wajib melaporkan semua itu ke pihak berkuasa jika Syeikh punyai cukup bukti dan maklumat. Bukankah Tok Guru sudah beri jaminan pintu buat SPRM atau sesiapa sahaja yang berkuasa untuk menyiasat sebarang kes penyelewengan di Kelantan terbuka 25 jam? Syeikh jangan lepaskan peluang ini. Tetapi jika sekadar `gege' di dalam blog, Syeikh tidak akan berjaya dianggap sebagai Wira Di Kelantan.
Syeikh mahukan `orang besar' menjaga Syeikh. Bagaimana `orang besar' hendak menjaga Syeikh jika Syeikh lebih suka `gege' di dalam blog? Usahkan `orang besar', mungkin Bloggers pun sukar hendak membantu Syeikh yang dilihat seperti puak-puak sebelah yang suka `gege' melalui media pencacai mereka. Sekarang dikatakan SPRM sudah pun masuk menyiasat PMBK bahkan mungkin akan menyiasat pula tentang hasrat Tok Guru hendak ke Mekah hasil tajaan seseorang. Justeru itu, tidakkah ini kesempatan terbaik buat Syeikh untuk membuktikan bahawa kerajaan Tok Guru sama dengan Kerajaan Pak Lah yang Syeikh tentang dulu? Jika ianya terbukti, Syeikh mungkin boleh berpindah dari bumi Kelantan untuk bermusafir ke negeri lain untuk meneruskan perjuangan `maha suci' Syeikh itu. Tentunya Syeikh tidak mahu berada dalam negeri yang Syeikh anggap sama dengan kerajaan Pak Lah bukan?
Sekali lagi, bersabarlah wahai Syeikh. Jawatan yang hilang itu anggaplah bukan rezeki Syeikh. DS Anwar hilang jawatan TPM tetapi terus berjuang tetapi beliau berjuang bukan secara `gege' di dalam blog sahaja. Beliau berjuang hingga terpenjara bertahun-tahun. Seorang pejuang ikhlas akan tetap dihormati kawan dan lawan meskipun bergelar bekas banduan. Tetapi jika berjuang dengan menggunakan modal fitnah, tiada bezanya perjuangan kita dengan puak sebelah. Maka, lebih baik kita berhijrah ke puak sebelah./Kembali ke laman asal.

Assalamualaikum w.t.b.
BalasPadamDari pemerhatian saya terhadap suasana politik PAS yang berlaku sekarang, ada kecenderungan pihak-pihak tertentu dari kalangan musuh-musuh Islam cuba menimbulkan syak wasangka di kalangan pemimpin PAS, terutama di antara Mursyidul Am dan Presiden PAS.
Jika ada di kalangan pemimpin PAS terutama mereka berdua ini saling tidak percaya mempercayai, maka kekuatan PAS akan longgar seterusnya menumpulkan serangan PAS di hari kemudian. Memang tidak dinafikan wujud sedikit kepincangan yang dapat diatasi di dalam PAS, namun wujud anasir-anasir dari luar dan dalam yang mengapi-apikan perkara ini menjadikan isu yang kecil menjadi lebih marak.
Saya percaya ini adalah perancangan dari penasihat-penasihat Yahudi sama ada diupah oleh pemimpin parti musuh atau sememangnya mereka memfokuskan untuk menghancurkan gerakan Islam di Malaysia. Yang pasti Perang Salib tidak pernah tamat walaupun mereka menyerah kalah kepada Salahudin Al-Ayubi. Sekadar ikrar menyerah kalah di atas kertas, sedangkan gerakan bawah tanah mereka giat dijalankan sehingga gerakan Islam tumbang satu persatu. Jangan jadikan PAS sebagai mangsa mereka yang seterusnya.
Semoga semua pemimpin PAS saling percaya mempercayai antara satu dan bersatu hati seperti satu anggota badan yang saling memerlukan antara satu sama lain. Walau pun ada kalanya gigi tergigit lidah, namun kita tetap satu badan. Bersatulah 'Kerana Allah' dan 'Kerana Islam'. Sekian.
Kumungkaran wajib ditentang samada dipihak kita atau pihak lawan.
BalasPadamMenjadi satu assobiah sekiranya hanya mengambil tindakan sekiranya orang lain buat salah, tetapi berdiamdiri apabila puak kita buat salah. Nabi memberiatahu dia akan potong tangan sekiranya fatimah mencuri. Jadi sikap kita adalah konsisten.
gege maksudnya bising, bukan leter.
BalasPadamtq
Tok Janggut...
BalasPadamNampaknya teori politik masakini akan menjadi..setelah satu kes kesatu kes baru, maka kes-kes hok lama-lama tu hilang begitu saja..seingat amboilah banyak kes-kes besar-besar semakin lama semakin lenyap tu lah kebijakkan manusia tapi Kebijakan Allah tidak ada sapo yang boleh tanding..Wasalm.
dio cakak betul deme kate gege.hok gege harokah nung.sumber fitnoh besar.
BalasPadam