RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 16 Mac 2013

ISU LYNAS - SIAPA KATA ANWAR DAN FUZIAH SALLEH BERCANGGAH?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBUAH portal menyebut terdapat percanggahan pendirian di antara DS Anwar Ibrahim dengan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas di Gebeng.  Apa percanggahannya?  

Disebut DS Anwar Ibrahim akan menerima Operasi Lynas sekiranya terdapat bukti beberapa peraturan telah dipatuhi terutamanya tentang isu keselamatan dan alam sekitar.  YB Fuziah Salleh pula sejak dahulu lagi menyebut PR menentang Kilang Lynas ini bukan bermaksud PR menentang projek pembangunan, tetapi terbukti Lynas gagal membuktikan ianya selamat dan mematuhi beberapa peraturan keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan.  Apa bezanya kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut?

Ertikata lain, sehingga kini Lynas tetap dianggap merbahaya dan dengan itu PR menolak kewujudan Kilang Lynas tersebut.  Komitmen ini diperkuatkan lagi dengan memasukkan pembatalan Operasi Kilang Lynas di Gebeng di dalam Manifesto PR.  Apa yang disebut oleh DS Anwar Ibrahim yang terbaru itu hanyalah mengulangi apa yang beliau sebut dahulu lagi tentang isu Lynas bahkan dijelaskan banyak kali di dalam Parlimen mengapa PR menolak operasi Kilang Lynas tersebut.  Manakala kenyataan YB Fuziah Salleh, MP Kuantan itu pula memperkuatkan hujah bahawa Operasi Kilang Lynas memang patut dihentikan atas kegagalan pihak kerajaan membuktikan beberapa perkara yang pernah diminta oleh PR tentang jaminan keselamatan Kilang tanpa cukai selama 12 tahun ini.

Tiada percanggahan pun sebenarnya, cuma diolah agar menunjukkan PR tidak menolak mentah-mentah Kilang Lynas di Gebeng tanpa alasan yang kukuh.  Buktinya, DS Anwar Ibrahim sendiri bersetuju untuk memasukkan pembatalan Kilang Lynas di Gebeng itu sebagai salah satu Manifesto PR yang baru diumumkan di dalam Konvensyen PR di Shah Alam baru-baru ini.  Maka, janji YB Fuziah Salleh kepada rakyat Kuantan khususnya sejajar dengar Manifesto PR tersebut.  Adakah kenyataan terbaru DS Anwar Ibrahim itu menyokong Kilang Lynas tanpa syarat?  Dan adakah kenyataan beliau juga telah mengubah Manifesto PR?  Jawapannya tidak.  Ertinya, Kilang Lynas sahih akan dihentikan sekiranya PR memerintah Putrajaya.

Portal Pahang Daily itu juga memberikan persoalan apakah rakyat nanti akan menjadi tidak yakin dengan janji PR untuk membatalkan operasi Kilang Lynas dan mungkin akan kembali menyokong Bn?  Jika akal berfikiran betul, mana yang mahu kita pilih samada parti yang sahih dan 'terbukti' kini telah wujudkan Kilang Lynas dengan parti yang belum memerintah tetapi ada prinsip dan dasarnya yang menolak Kilang Lynas?  Sokong Bn, sudah tentu Lynas diteruskan seperti sekarang.  Sokong PR, 'belum tentu' walaupun di dalam Manifestonya terdapat perkara yang menyebut Lynas akan dihentikan.  "Belum tentu' ini subjektif dan boleh difikirkan tetapi yang pasti Bn telah pun mewujudkan kilang Lynas tersebut.  Tentulah akal yang sihat akan memilih parti yang 'belum tentu' tetapi terdapat komitmen di dalam Manifestonya.

Aku tidak pasti pula jika rakyat mahu memilih satu lagi kumpulan yang bergelar "Third Force" yang pastinya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kumpulan ini bukannya bertanding untuk menjadi Kerajaan tetapi sekadar ingin mengambil kesempatan semata-mata.  Jika sekadar mahu menjadi Wakil Rakyat untuk membantah Lynas tetapi tidak berkuasa untuk merealisasikannya, lebih baik pilih PR yang kini bersedia untuk mengambil alih kerajaan, lagi pun selama ini PR yang belum menjadi kerajaan pun sudah komited menentang kewujudan Lynas ini.

 

Jumaat, 15 Mac 2013

AWAS - ADA DAKWAAN SEBUT ANWAR MINTA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PENGGANAS LAHAD DATU

AWAS !!  Sudah ada blog yang siarkan kenyataan kononnya DS Anwar Ibrahim mahu umat Islam di negara ini 'sedekahkan Al Fatihah' kepada pengganas-pengganas yang menceroboh di Lahad Datu atas alasan mereka semua adalah umat Islam.  Ada juga blog yang menyebut bahawa YB Tian Chua dianggap ' Hero' oleh rakyat Filipina.  Apa tujuan semua ini?

Sejak awal lagi pimpinan-pimpinan PKR sudah beritahu kita bahawa blog Suara Pakatan Rakyat bukan blog Pro PR.  Mungkin ada yang keliru dengan beberapa tulisan di dalam blog tersebut seperti pro PR, tetapi banyak tulisan di dalamnya adalah 'duri dalam daging'.  Kita mesti jauhi dari mempercayai blog upahan Umporno ini.  Ini semua kerja cyber Trooper yang dibentuk untuk menghuru-harakan PR khususnya PKR.

Blog tersebut pernah melaga-lagakan pimpinan PKR dengan PAS.  Blog yang sama juga sering melaga-lagakan sesama pimpinan PKR.  Jangan kerana beberapa tulisan yang seolah-olah 'menyerang' Umporno maka kita anggap blog tersebut pro kita.

Rabu, 13 Mac 2013

BEKAS TPM, MUSA HITAM PUN TIDAK PERCAYA JIKA PR PERINTAH NEGARA BANGKRAP

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA PR perintah maka bangkrap lah negara.  Ini hujah pemimpin Umno yang telah bergelumang dengan berbagai unsur rasuah dan penyelewengan.  Siapa boleh nafi KM Melaka Ali Rustam pernah dihukum bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat di dalam rasuah politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti Umno dahulu?  Mengapa beliau terus diberi amanah menjadi KM Melaka?  


Jawapannya adalah Umno tidak pernah merasa jijik dengan rasuah.  Begitu juga dengan Isa Samad, bahkan dipilih menjadi calon dan menang di Bagan Pinang.  Ketua Pemuda Umno, KJ juga sama terlibat di dalam rasuah politik wang. Bukan Pembangkang yang tuduh, Lembaga Disiplin Umno sendiri yang sebut.  

Benarkah jika PR perintah, negara boleh bangkrap?  Bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, Musa Hitam pun naik pening dengan dakwaan pemimpin Umno sekarang.  Beliau tidaklah sebodoh seperti pemimpin yang ada sekarang kerana beliau pernah berada di dalam kerajaan dan beliau sekarang bukannya ahli atau pemimpin PR, tetapi ikhlasnya beliau tahu propaganda Umno sekarang memperlihatkan betapa bimbangnya Umno jika hilang kuasa.  Hilang kuasa bererti mereka tidak lagi boleh mengaut kekayaan negara.

Musa Hitam bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf baru-baru ini berkata, " Tidak ada pihak yang sanggup dan sengaja membiarkan ekonomi jatuh kerana ia tanggjungjawab selepas diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara.  “Hasrat mereka (Pakatan) sama seperti yang lain iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat.  “Sebab itu mereka bersaing untuk menang dalam PRU dan untuk membuktikan siapa lebih layak,” katanya.

Dakwaan pemimpin Umno ternyata tidak masuk akal samasekali.  Adakah dengan dasar membantu rakyat boleh mengakibatkan negara bangkrap?  Peliknya melakukan rasuah dan komisyen jutaan ringgit tidak pula dikatakan boleh membangkrapkan negara?  Itulah perangai pemimpin Umno yang begitu bimbang rahsia mereka bocor apabila PR mengambilalih Putrajaya.  Lihat sahaja apa yang terjadi pada Khir Toyo.  Andainya PR tidak memerintah Selangor, adakah kita yakin Khir Toyo boleh diseret ke mahkamah?  

Isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, pembelian RIV oleh Rejimen Komando, Isu NFF (lembu kondo), PKFZ, pemberian IC kepada pendatang dan banyak lagi boleh diselesaikan dengan cepat dan mereka yang bersalah pastinya akan diseret ke mahkamah. Itulah yang menggerunkan pemimpin Umno.  Justeru itulah mereka mencanangkan kepada rakyat bahawa negara akan bangkrap jika PR memerintah dengan dasarnya membantu rakyat.  Hanya yang bengap sahaja boleh terima dakwaan itu.

Isnin, 11 Mac 2013

BAPA SEPOL MAHU 'U-TURN' ATAU TIDAK, RAKYAT PEDULI APA?

DENGAR khabarnya bapa si Sepol akan buat kenyataan media lagi.  Sebelum ini Timbalan Ketua Polis Negara beritahu mahu soalsiasat Pak Cik Azlan ayah si Sepol selepas beliau secara terbuka mengaku silap menyebelahi anaknya di dalam kerja fitnah terhadap DS Anwar.  Beliau juga telah memohon maaf kepada Ketua Umum PKR dan keluarganya atas penglibatan kerja jahatnya sebelum ini.

Ramai juga yang pelik, selepas pihak Polis memberitahu ingin bertemu beliau, dikatakan beliau ingin mengeluarkan satu lagi kenyataan.  Mungkin kenyataannya kali ini untuk memperkuatkan hujahnya yang mendakwa anaknya si Sepol itu telah dipergunakan oleh orang-orang politik musuh DS Anwar atau bapa si Sepol ini mahu melakukan aksi "U-Turn" seperti yang pernah dilakukan oleh P1 Bala di dalam Akuan Bersumpahnya dahulu.  

Sebenarnya, jika Pak Cik Azlan ini tidak membuat pengakuan bersalah sekalipun, rakyat tetap menolak kerja fitnah yang langsung tidak masuk akal itu.  Sebab itu lah maka DS Anwar sebut pengakuan bersalah bapa si Sepol itu tidak memberi kesan apa-apa melainkan sekadar menjadi kewajipan sahaja buat Pak Cik Azlan untuk memohon maaf setelah berbuat satu kesalahan besar terhadap orang lain.  Itu sahaja.  Rakyat telah lama menolak bahan fitnah jijik seperti itu melainkan spesis bangkai sahaja yang memakan benda-benda yang kotor dan jijik tersebut.

Satu lagi yang pelik, mengapa pihak Polis mahu bertemu bapa si Sepol?  Untuk menyiasat samada beliau diberi upah untuk membuat pengakuat bersalah?  Jika begitu, mengapa P1 Bala juga tidak disiasat?  Bukankah P1 Bala kini telah berada di negara ini dan beliau telah lakukan kesalahan yang tidak kurang besarnya iaitu membuat Akuan Bersumpah yang salah satu darinya tidak diketahui mana satu yang benar.  Meskipun P1 Bala di dalam kenyataan terbarunya mengakui bahawa Akuan Bersumpah pertamanya adalah yang sah, namun beliau patut disiasat juga untuk kita mengetahui mengapa beliau membuat Akuan Bersumpah kedua?  Siapa yang arah beliau?  Ini perlu disiasat juga.

Terlalu banyak misteri di dalam negara ini apatah lagi menjelang PRU.  Kadangkala yang misteri menjadi lucu akibat gopohnya puak-puak yang takut kehilangan Putrajaya itu merancang untuk membuat fitnah, lucunya kerana perancangan mereka nampak bodoh lagi tidak masuk akal.