RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 16 Mac 2013

ISU LYNAS - SIAPA KATA ANWAR DAN FUZIAH SALLEH BERCANGGAH?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEBUAH portal menyebut terdapat percanggahan pendirian di antara DS Anwar Ibrahim dengan YB Fuziah Salleh berkaitan isu Lynas di Gebeng.  Apa percanggahannya?  

Disebut DS Anwar Ibrahim akan menerima Operasi Lynas sekiranya terdapat bukti beberapa peraturan telah dipatuhi terutamanya tentang isu keselamatan dan alam sekitar.  YB Fuziah Salleh pula sejak dahulu lagi menyebut PR menentang Kilang Lynas ini bukan bermaksud PR menentang projek pembangunan, tetapi terbukti Lynas gagal membuktikan ianya selamat dan mematuhi beberapa peraturan keselamatan dan alam sekitar yang ditetapkan.  Apa bezanya kenyataan kedua-dua pemimpin tersebut?

Ertikata lain, sehingga kini Lynas tetap dianggap merbahaya dan dengan itu PR menolak kewujudan Kilang Lynas tersebut.  Komitmen ini diperkuatkan lagi dengan memasukkan pembatalan Operasi Kilang Lynas di Gebeng di dalam Manifesto PR.  Apa yang disebut oleh DS Anwar Ibrahim yang terbaru itu hanyalah mengulangi apa yang beliau sebut dahulu lagi tentang isu Lynas bahkan dijelaskan banyak kali di dalam Parlimen mengapa PR menolak operasi Kilang Lynas tersebut.  Manakala kenyataan YB Fuziah Salleh, MP Kuantan itu pula memperkuatkan hujah bahawa Operasi Kilang Lynas memang patut dihentikan atas kegagalan pihak kerajaan membuktikan beberapa perkara yang pernah diminta oleh PR tentang jaminan keselamatan Kilang tanpa cukai selama 12 tahun ini.

Tiada percanggahan pun sebenarnya, cuma diolah agar menunjukkan PR tidak menolak mentah-mentah Kilang Lynas di Gebeng tanpa alasan yang kukuh.  Buktinya, DS Anwar Ibrahim sendiri bersetuju untuk memasukkan pembatalan Kilang Lynas di Gebeng itu sebagai salah satu Manifesto PR yang baru diumumkan di dalam Konvensyen PR di Shah Alam baru-baru ini.  Maka, janji YB Fuziah Salleh kepada rakyat Kuantan khususnya sejajar dengar Manifesto PR tersebut.  Adakah kenyataan terbaru DS Anwar Ibrahim itu menyokong Kilang Lynas tanpa syarat?  Dan adakah kenyataan beliau juga telah mengubah Manifesto PR?  Jawapannya tidak.  Ertinya, Kilang Lynas sahih akan dihentikan sekiranya PR memerintah Putrajaya.

Portal Pahang Daily itu juga memberikan persoalan apakah rakyat nanti akan menjadi tidak yakin dengan janji PR untuk membatalkan operasi Kilang Lynas dan mungkin akan kembali menyokong Bn?  Jika akal berfikiran betul, mana yang mahu kita pilih samada parti yang sahih dan 'terbukti' kini telah wujudkan Kilang Lynas dengan parti yang belum memerintah tetapi ada prinsip dan dasarnya yang menolak Kilang Lynas?  Sokong Bn, sudah tentu Lynas diteruskan seperti sekarang.  Sokong PR, 'belum tentu' walaupun di dalam Manifestonya terdapat perkara yang menyebut Lynas akan dihentikan.  "Belum tentu' ini subjektif dan boleh difikirkan tetapi yang pasti Bn telah pun mewujudkan kilang Lynas tersebut.  Tentulah akal yang sihat akan memilih parti yang 'belum tentu' tetapi terdapat komitmen di dalam Manifestonya.

Aku tidak pasti pula jika rakyat mahu memilih satu lagi kumpulan yang bergelar "Third Force" yang pastinya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kumpulan ini bukannya bertanding untuk menjadi Kerajaan tetapi sekadar ingin mengambil kesempatan semata-mata.  Jika sekadar mahu menjadi Wakil Rakyat untuk membantah Lynas tetapi tidak berkuasa untuk merealisasikannya, lebih baik pilih PR yang kini bersedia untuk mengambil alih kerajaan, lagi pun selama ini PR yang belum menjadi kerajaan pun sudah komited menentang kewujudan Lynas ini.

 

1 ulasan:

  1. halo...haloo...jgn lupa org pas dr. rosli cakap apa...apa yg dibahaskan di dada harakah adalah fitnah dari segi keselamantannya..dr rosli kata dalam harakah tu hentaman bukan atas dasar ilmu yg betol..ko jgn lupa...meracuni minda rakyat ketika itu..2008 taklimat dari AELB,fuziah ade skali..2009 exco Pahang luluskan setelah terbukti keselamatan.. tup2,,jepun kene langgo ombak 2011, time tu jugak nak exploitasi isu ni..benar2 ambk kesempatan.. hujahan nampak seperti berfakta, tetapi penyelewengan sains kerana lynas bukanlah reaktor nuklear seperti di jepun..sudahlaaa wei..sudahla...anwar chameleon..kat kita dia bgtau sayang israel, kat israel siap menyokong usaha melindungi keselamatan..ape dia x tgk ke askar israel main tembak je sesape kanak2 or org tua di palstin??tntang isu ni, kat org kg kan main cakap linas bahaye..kat media ostolia bleh pulak slamber badak cakap kalo bkuasa, kalo dijamin selamat,nak teruskan linas...sepatutnya PR x kecohkan isu ni dari awal..x yah nak mengeruhkan suasana dari taun 2011 tu..sebaliknya ganding bahu cari satu penyelesaian dan cari satu hujahan yg benar2 tepat..tp degil..dr dosli dikata tali barut..nampak sgt nak pikat undi..tak iklas..mmglah berjuang,tp berdasarkan ilmu yang salah..pendek kata otak org umno bodo belaka.rakyat,walaupun dia sokong umno, kalau 12bulan tanpa cukai tu dikira tak adil, dia akan pangkah umno jugak..tapi di hatinya, dia inginkan keadilan yang benar2 adil mengenai isu cukai..pembangkang kuat, malaysia kuat..so bahaslah dari sudut faktanya yang tepat...bukan mainkan isu jepun dilanggar ombak...bukan main hemtam je..

    BalasPadam