HIMPUNAN Agong parti keris telanjang semakin rosak apabila budaya mengampu semakin mewarnai parti peninggalan penjajah ini. Bayangkan jika Presiden yang dulunya menjerit ke hulu ke hilir kononnya mahu lakukan transformasi di antara lain ingin hapuskan Akta Hasutan, tiba-tiba di pentas PWTC dua tiga hari lalu Presiden ini menjerit lagi tapi dengan nada bertentangan. Akta Hasutan akan dipertahankan demi "Melayu' kononnya.
Maka, berdiri semua burung-burung belatuk sambil menyeringai dan bertepuk tangan tanda mereka setuju dan sanggup diperbodohkan lagi. Muka pemimpin-pemimpin yang lain yang berada di atas pentas PWTC semua senyum kelat, wajah berbaur suka, duka, malu bila melihat murahnya harga maruah bangsa "anak kecil main api". Itu lah nasib bani Melayu apabila terlalu kerap makan pil "BR1M". Hati jadi gelap, otak semakin bebal. Mudah saja ditipu oleh pemimpin mereka.
Bertambah malang lagi apabila ada Ustazah dan Ustaz di dalam bangunan PWTC, mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka lebih asyik dengan gaya dan fesyen mereka, perasan merekalah contoh ulamak transformasi yang boleh mengikut zaman dan rentak. Masuk kandang babi kena juga tutup aurat tetapi pakai baju berkulit babi, begitulah lebih kurang mereka berfikir.
Mana lebih baik, artis yang cuba mencontohi ustazah atau ustazah yang cuba mencontohi artis? Marsitah ada jawapan. Marsitah penuh gaya mengutuk ulamak yang kini menjadi ikon anak muda. Marsitah mengeji artis yang cuba berjinak-jinak dengan dunia dakwah. Mengapa? Marsitah sebenarnya tidak pernah kenal cermin dan tidak mencermin dirinya sendiri. Inilah orang agama yang jual agama untuk mencari makan dan mereka ini "pelacur' tahap dewa.