RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 14 Ogos 2010

TAN SRI KHALID DENGAN 20 EKOR KUCING

Menteri besar dan kucing-kucingnya

Jimadie Shah Othman
Ogos 14, 10

Aneh tetapi benar.

Tokoh yang begitu kental sekali berdepan dengan pelbagai rintangan dalam dunia korporat dan politik, rupa-rupanya takut kepada seekor kucing.

Itulah hakikat yang dihadapi oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila 20 ekor kucing peliharaan keluarga di rumahnya terasa begitu mengganggu hidupnya.

Sambil ketawa, Khalid juga bercerita beliau hanya mengingati nama beberapa ekor sahaja daripadanya - satu daripadanya 'si putih besar' Giant.

“Dia (Giant) selalu mengekor. Kadang-kadang dia duduk dekat dengan saya... Pergi, patah balik dan duduk. OK, saya kata, aku biar kau tidur 10 minit sudah,” kata tokoh korporat yang terjun ke dunia politik itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini, Khalid juga memberitahu keluarganya amat menggemari kucing.

Malah, tambahnya, seorang anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane, Australia.

“Dia urus kucing sahaja. Kecualilah ada harimau yang perlu dibedah,” katanya berjenaka.

Ikan bilis lawan nasi lemak

Dalam wawancara kira-kira 1 jam 30 minit yang menyentuh pelbagai isu semasa dan politik, Khalid yang juga wakil rakyat Ijok dan Bandar Tun Razak itu nampak senang sekali berbicara soal binatang manja itu.

Malah setiausahanya yang menguruskan wawancara itu juga tidak kering gusi melihat gelagat Khalid yang antaranya menceritakan tentang pelbagai selera kucing-kucingnya.

“Ad
a seokor itu hanya makan ikan bilis sahaja. Dan ikan bilis mahal. Ini macam hendak melawan dengan nasi lemak saya,” kata Khalid sambil berulang-ulang kali ketawa lagi.

Bapa kepada empat anak – tiga perempuan dan seorang lelaki itu – mendedahkan, kadang-kadang beliau tidak dapat berkompromi dengan ahli keluarganya dalam hal kucing.

“Bapa (saya) tak akan terlibat dalam perkara ini. Kalau saya diminta hantar kucing ke klinik, saya kata tidak, ini bukan kerja saya,” katanya yang mempunyai masalah resdung.

Malah, fobia Khalid juga dilihat jelas apabila beliau memberitahu kucing boleh membawa penyakit kepada jantung dan buah pinggang.

Bagaimanapun, kecuali beliau, semua anggota keluarganya menyayangi kucing. Ia buat hubungan mereka bertambah erat.

“Anak perempuan yang tinggal dengan saya selalu berhubung dengan kakaknya di Australia tentang masalah kucing,” jelas Khalid./Malaysiakini

SIAPA `MUJTAHID' UMNO ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tertarik dengan tulisan MSO di sini, yang mendedahkan SMS raja sesumpah Ezam kepadanya berkaitan dakwaan Ezam terhadap DS Wan Azizah. Di antara lain di dalam SMS raja sesumpah Ezam kepada MSO beliau menyebut bahawa beliau melakukan semuanya terhadap DS Anwar dan DS Wan Azizah adalah kerana agama bukannya kerana politik. Anda jangan tertawa.

Anggaplah kita percaya kepada mamat sesumpah ini bahawa;

- Ezam masuk Umno kerana agama bukan politik.
- Ezam menentang PAS dan pemimpin PAS juga kerana agama bukan politik.
- Ezam sokong Najib dan Rosmah adalah kerana agama bukan politik.
- Ezam berceramah di atas pentas politik Umno juga kerana agama bukan politik.
- Ezam menerima lantikan Senator tanpa bertanding apa-apa pun kerana agama bukan politik.
- Ezam bersubahat dengan Umno yang bersekutu dengan APCO, Umno yang menghalalkan
Akta ISA juga kerana agama bukan politik.
- Bersekutu dengan Khir Toyo dan Noh Omar untuk meruntuhkan Kerajaan PR Selangor juga
demi agama.
- Mempercayai Saiful Bukhari juga kerana agama.
- Melibatkan bondanya di dalam tuduhan ke atas DS Wan Azizah juga kerana agama.
- Menuduh YB Azmin dayus juga kerana agama.
- Dan....dan....bersumpah dan langgar sumpah juga kerana agama.

Itulah dia wajah Ezam, Mujtahid Umno. /wfauzdin.blogspot.com

GEMPAR - PENDEDAHAN KISAH EZAM SESUMPAH

Ezam jangan menyorok bawah ketiak mak

Alahai senatak raja sesumpah, jadilah politikus anak jantan. Jangan seret ibubapa serta keluarga dalam kancah politik untuk raih simpati apatah lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Seorang anak muda bernama Hamzah yang merupakan anak muda yang paling rapat dengan Ezam dan keluarga Ezam di Penang telah sms :-

"Kepada pemimpin politik kalau tak dapat menerima serangan dari pihak lawan lebih baik undur diam. Jangan heret ibubapa untuk raih sokongan. Kalau takut dengan mulut musuh politik jangan jadi ahli politik, jadi anak mak.."

Alahai senatak Ezam raja sesumpah... Lebih baik duduk dibawah ketiak busuk mak...(gambar hiasan)

Sementara itu Zulkifli Ibrahim (Exco AMK Malaysia) yang juga merupakan orang paling kanan Ezam di P.Pinang berkata..." Apalah bacul sangat Ezam ni...nak politik pun politik la...jadilah anak jantan...jangan sampai dok pi heret mak pula..awat cek sorang ada mak ka..orang lain tak dak mak ka...."

Untuk makluman semua, Ezam hadir semasa kenduri perkahwinan Zulkifli di Tg Berembang, begitulah intim dan mesranya Zul dan Ezam bagai irama dan lagu...umpama isi dan kuku.

Jangan sentuh langsung tentang buruk Ezam.." langkah mayat aku dulu...amboi hebatnya Zul....tapi yang tu dulu punya cerita la..bukan sekarang...." katanya yang kini merupakan kempen manager Chegu Bard. Gambar pun macam calon Dun Sg Acheh saja..tapi warna pink yang tak tahan tu....:-)

Sementara itu, Chegu Bard yang merupakan sahabat yang paling taat pada Ezam berkata pada sharpshooter..

Chegu Bard : "Abang Din..Abang Din tahu tak..saya serah nyawa pada Ezam dalam perjuangan ini ?

Sharpshooter : "Oh ya ka...awat la Cikgu pi serah nyawa pada senatak tu..mujur tak serah yang lain..he..he..he.."

Chegu Bard : "
Abang Din ni apa la..orang cakap serius ni....Kalau saya tahu ni barua Ezam tergamak heret Kak Wan, tobat saya tak ngaku kawan dah...Ezam ni dah terlalu melampau sangat...jangan sampai saya dedah kisah Ezam di Indonesia pula..."

Sharpshooter : "Eh...Chegu..apahal..apa kes Ezam di Indonesia....dia buat apa Chegu?

Chegu Bard : " Ezam.. tolong hentikan fitnah pada Kak Wan..jangan sampai saya dedah dan bongkar rahsia Ezam di Indonesia..saya tahu di hotel mana? waktu bila? tarikh bila? jam berapa? dengan siapa?....saya tahu semuanya..jangan sampai saya dedah semua tu...saya tak gamak nak sentuh hal peribadi Ezam..."

Sharpshooter :" oh ya ka cikgu...awat tak mau dedah..."

Chegu Bard : "Tengoklah macamana..sampai masa mungkin saya terpaksa dedah..."

Anda ingat tak Zahid Mat Arip bekas cucu Ghafar Baba dalam ceramah yang paling biadap pernah mencerca dan mengutuk Tuan Guru Nik Aziz...Katanya..Nik Aziz ni bukan ulamak tapi P***mak..."

Begitulah biadap sekali Zahid Mat Arip. Zahid dan Ghani Haron merupakan dua orang sahabat setia ezam yang turut melompat bersama senatak ezam.

Sewaktu Ezam 2 tahun dalam penjara, Zahid Mat Arip pernah berkata pada Ghani dalam mesyuarat Pemuda Keadilan...katanya... Ghani ni kot depan nampak baik pakai baju gambar Ezam..sokong ezam....di belakang kita bini Ezam pun dia pakai.
.."

Begitulah celuparnya mulut Zahid pada Ghani. Terpinga-pinga Ghani Haron. Semua kawan-kawan tahu perangai mereka. Sejauh mana kebenaran kata-kata Zahid pada Ghani..entahlah...hanya Ghani yang tahu...(Ghani - berdiri kanan sebelah Ezam)

Mulut cari makan..dulu maki Maharthir babi..mahathir babi..mahathir babi.... sekarang maki Anwar pula...itulah cara mereka cari makan.

Ezam ketika letak jawatan Ketua AMK Pusat dan kononnya beliau mahu tumpukan pada GERAK, pernah satu ketika Ezam mahu buat roadshow GERAK di Penang.

Ketika itu sharpshooter Ketua AMK P.Pinang. Ghani Haron balaci Ezam telefon sharpshooter dan arah buat beberapa program di Penang dan mahu melantik Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang.

Ketika itu Anuar Shaari baru sahaja meletak jawatan di Permatang Pauh di hadapan Kak Wan. Begitulah biadapnya Anuar Shaari mahu mamalukan Kak Wan.

Masih segar dalam ingatan peristiwa yang berlaku di Kedai Nan Food Court, Kepala Batas di mana Ezam, Ghani Haron, Anuar Shaari (gambar duduk kiri), Kak Minah dan suaminya Abang Rofi turut hadir.

Ketika itu niat Ezam mahu melantik Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang. Mengapa P.Pinang negeri pertama Ezam pilih? Tak lain tak bukan kerana mahu hancurkan pemuda P.Pinang.

Ezam tersalah orang, dia ingat sharpshooter tak boleh baca apa yang tersirat. Kita bukan baru berpolitik sejak umur 20 tahun sudah terjebak dalam politik.

Ketika itu, Ghani Haron berang dengan Sharpshooter bila sharpshooter hempas fail depan Ezam. Ezam hanya diam tertunduk.

Hasrat Ezam mahu adakan sidang media untuk mengumumkan Anuar Shaari sebagai Pengerusi GERAK P.Pinang terpaksa dibatalkan. Ketika itu kalau Ezam berjaya hasut sharpshooter dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain masuk GERAK maka akan lumpuhlah AMK P.Pinang.

Maka berjayalah Ezam memalukan Anwar sebab P.Pinang adalah negerinya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ezam tersalah orang. Niat Ezam hancur lebur.

Pada sebelah malamnya pula Ezam ceramah di Dun Sg Acheh, Zulkifli Ibrahim aturkan program di sana. Malam itu orang tak ramai, sekitar 50 orang sahaja yang hadir.

Keesokkan harinya terdengar suara sumbang Zamil Ibrahim broker terkaya berkata.."Program Ezam semalam diboikot oleh dua orang Exco AMK Pusat...mereka mahu malukan Ezam...sebab itu orang tak ramai..." pulak dah..

Begitulah serba ringkas kisah senatak sesumpah. Cuba anda tonton video ini, apa kata Ezam, Isteri, Mak dan Ayah Ezam pada suatu ketika dulu..
lu fikir lah sendiri...



Sumber: SharpShooter

RAJA SESUMPAH `JUAL' NAMA IBU ?

Oleh: Mandor

EZAM sesumpah nampaknya benar-benar hilang arah dan panduan di dalam perjuangannya. Serba serbi yang beliau lakukan untuk memburukkan DS Anwar serta keluarga, menemui jalan buntu apabila rakyat tidak lagi mempercayai mamat sesumpah ini. Ezam lebih senang dengan cara bermain sumpah apabila setiap kali membuat fitnah ke atas musuh-musuhnya.

Kali ini, Ezam sesumpah amat terdesak setelah DS Wan Azizah tampil menafikan tuduhan jahat yang dibuat oleh raja sesumpah ini ke atas dirinya. Seperti biasa, raja sesumpah mencabar DS Wan Azizah bersumpah apabila DS Wan Azizah mahu menyamannya. Paling yang membuat kita rasa kesihan dan simpati, apabila raja sesumpah ini mula `menjual' nama ibunya. Kununnya ibunya juga turut simpati dengan mamat Ezam apabila majoriti rakyat menghina anak kesayangannya. Baca di sini.

Rupa-rupanya bonda Ezam ada hati dan perasaan juga terhadap anaknya. Selama ini kita boleh gambarkan betapa hati dan perasaan bonda dan ayahanda DS Anwar selama mana DS Anwar diaibkan. Perasaan itu dibawa oleh bondanya hingga ke liang lahad. Begitulah agaknya yang dirasakan oleh bonda pencacai Umno itu. Itulah keadilan Tuhan buat raja sesumpah. Perasaan itu kini dirasakan oleh bonda raja sesumpah. /mandor.blogspot.com

Jumaat, 13 Ogos 2010

MB SELANGOR DEDAHKAN `BLOGGER BODOH'

Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 13, 10

Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.

“Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

“Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

“Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri.”

Dalam
wawancara dengan Malaysiakini Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh.

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun,” kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

Mengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya.

“Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air,” katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya sebagai pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

“Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, kata beliau, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

“Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini,” kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: “Ini jawatan lama.”/Malaysiakini

MB SELANGOR, JANGAN BERI `KADUK NAIK JUNJUNG'

Oleh: WFAUZDIN NS

SESUATU yang amat memalukan apabila Pejabat MB Selangor dapat diceroboh oleh pengkhianat. Terjumpanya sebuah kamera tersembunyi di Pejabat MB berkenaan menunjukkan kurangnya sensitif kakitangan terutamanya pihak keselamatan Pejabat MB Selangor. Baca di sini. Bayangkan jika ini berlaku kepada Pejabat MB negeri yang dikuasai oleh Umno, tentunya menjadi satu berita gempar dan sudah tentu tidak senang duduk pegawai dan kakitangan keselamatan yang bertanggungjawab.

Saya khuatir, di atas kelembutan dan sifat bertimbangrasa Tan Sri Khalid selaku MB Selangor membuatkan `kaduk naik junjung'. Ini baru satu permulaan kerja-kerja khianat yang berlaku di dalam pejabat Kerajaan Selangor setelah kerja-kerja khianat dan sabotaj mereka banyak berlaku di luar sana. Kita tidak tahu bagaimana pula keadaan di pejabat-pejabat penting yang lain termasuk pejabat Exco. Kerajaan Selangor jangan memandang remeh perkara ini dan siasatan perlulah dibuat sehingga tertangkapnya `musuh di dalam selimut'./wfauzdin.blogspot.com

EZAM CABAR SAIFUL BERSUMPAH LAKNAT ?

Oleh: WFAUZDIN NS

CUBA anda semua kira, berapa ramaikah yang telah dicabar oleh raja sesumpah Ezam untuk bersumpah? Kesemua mereka yang pernah dicabar oleh raja sesumpah itu kesemuanya dari parti pembangkang. Pemimpin Umno? Usah harap.

Selain dari DS Anwar sasaran utamanya, Husam Musa dari PAS juga pernah dicabar oleh raja sesumpah untuk menjadi sesumpah sepertinya. DS Wan Azizah juga menjadi mangsa baru-baru ini. Apabila DS Wan Azizah menafikan fitnah beliau, maka sepantas kilat raja sesumpah menyuruh DS Wan Azizah bersumpah dan beliau pun akan turut bersumpah, katanya.

Main-main sumpah ini memang kerja Ezam sejak dulu, dan melanggar sumpah juga mainan saja buat Ezam. Ezam sanggup melanggar aturan Islam berkaitan sumpah ini. Peliknya tidak dengar pula oleh kita Ezam mencabar Saiful yang memang minat bersumpah itu untuk bersumpah menafikan hubungan intimnya dengan salah seorang pasukan Pendakwaraya di dalam kes Liwat II DS Anwar. Mengapa, sedangkan kita tahu Saiful memang berminat dengan sumpah menyumpah ini.

Maka, fikir-fikirkanlah stail raja sesumpah ini untuk mencari sesuap nasi.

UMNO P.PINANG BANKRAP IDEA

Pemuda PAS Pinang selar politik murahan UMNO-BN

| Aug 12, 2010

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang (DPP PP) menganggap bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan isu peniaga melayu di Bangunan KOMTAR adalah tidak lebih sebagai politik murahan UMNO-BN dalam meraih sokongan pengundi Melayu memandangkan rakyat Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya kini sudah muak dengan perangai jijik pimpinan UMNO-BN selain cuba hendak mengalihkan isu kenaikan harga barang yang "menjerut leher" peniaga dan pembeli semasa menghadapi bulan Ramadhan dan menjelang Syawal yagn bakal tiba nanti.

Ini berikutan daripada laporan akhbar upahan UMNO-BN iaitu Utusan Malaysia yang mensensasikan berita ini dengan berbagai tuduhan yang kononnya Pulau Pinang yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) berlaku zalim kepada peniaga-peniaga yang rata-ratanya peniaga Melayu sedangkan setelah hasil perbincangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMK PP) yang mewakili Pemuda PR dengan ADUN KOMTAR dan PDC Urus Setia telah berjaya mencapai persetujuan seperti berikut:-

1. Membenarkan 21 peniaga sedia ada di tingkat tiga KOMTAR meneruskan perniagaan mereka sehingga hari raya sebelum kerja-kerja baik pulih dijalankan.

2. Membuka 17 lagi lot niaga di tingkat 3 dan 10 lagi lot di tingkat empat untuk Bazaar Ramadhan iaitu tambahan 27 lot niaga lagi.

3. Mengekalkan kutipan sebanyak RM50 sehari untuk satu tapak seperti sebelumnya. Jadi yang menjadi isunya sekarang adalah Dewan Perniagaan Komtar (KMA) yang telah mengutip sewa tetapi tidak menjelaskannya lepada PDC tetapi ini tidak diberitakan sebaliknya menuduh kerajaan negeri yang bersikap biadap sehingga sanggup bertindak menghalau peniaga-peniaga tanpa belas ikhsan.

DPP PP merasakan sudah sampai masanya kerajaan negeri mengambil tindakan kepada akhbar-akhbar upahan UMNO-BN yang saban hari menyiarkan berita-berita yang sememangnya berunsurkan fitnah demi untuk "survival" politik jahat UMNO-BN. Sebelum ini Utusan Malaysia juga menyiarkan artikel yang berbentuk perkauman dengan membangkitkan isu rumah-rumah dan kampung-kampung Melayu di roboh terutama isu Kg.Jalan Pokok Assam. Dan Utusan Malaysia juga kosisten dalam melabelkan kerajaan negeri sebagai anti Melayu.

Jadi mengapa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya berdiam diri? Mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap akhbar ini sedangkan tindakan dan amaran tegas dikenakan terhadap media PR? Inilah demokrasi ciptaan UMNO-BN yang terus sombong walaupun sedang "nazak".

*Kenyataan media oleh Yusni Mat Piah selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.

Sumber: MerdekaReview

Nota akhir: Keluarga nafi tulisan, tandatangan Teoh


Ogos 12, 10

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.

Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.

"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah),” kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'./Malaysiakini

Perang info: BN 'ludah' sesama sendiri, kata MB


Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 12, 10

Apalah sangat RM15 juta untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Selangor jika dibandingkan dengan "nasihat RM70 juta Apco" hanya untuk "memberitahu bagaimana menyampaikan mesej".

Demikian Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperuntukkan wang bagi tujuan mempertingkat keberkesanan penyampaian maklumatnya.

Justeru, Khalid (kanan) berkata, dakwaan MCA bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyalahgunakan wang pembayar cukai bagi kekal dalam kuasa, boleh disifatkan sebagai 'meludah ke muka sendiri'.

"Apabila Umno, MCA atau MIC berkata begini (membazir), mereka ibarat meludah ke udara, akhirnya jatuh ke muka sendiri," katanya.

Pada 26 Julai lalu, Khalid mengumumkan peruntukan itu bagi memberikan lebih maklumat supaya rakyat dapat membuat keputusan lebih bijaksana.

Menurutnya, dana itu akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini (termasuk versi cetak) dan mewujudkan radio negeri sendiri.

Siapa mula dulu?

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam kelmarin, Khalid berkata peruntukan untuk 'perang maklumat' itu hanya mewakili satu peratus perbelanjaan negeri, bersamaan satu sen untuk setiap rakyat Selangor.

Katanya, langkah itu terpaksa diambil kerana kerajaan persekutuan telah "mengkhianati" mereka dalam menyediakan sokongan komunikasi.

"Kamu hendak kata ini (untuk tujuan) politik? Ya (benar), tetapi siapa yang mulakan dulu?" Soalnya kembali.

Sementara itu, bercakap tentang ura-ura kerajaan Selangor akan menjalankan pilihan raya negeri berasingan dengan di peringkat parlimen, Khalid masih memilih berteka-teki tentang perkara itu.

"Politik juga satu strategi. Jika kerajaan persekutuan jatuh dan kami rasa boleh memang, kami akan sertai permainan," katanya yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

Ditanya tentang dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pilihan raya berasingan sukar dan menambahkan perbelanjaan dan masa, Khalid sebaliknya menghentam kembali badan itu.

'Jangan sebodoh kerajaan'

"Ini yang saya bimbang tentang SPR. Rakyat pilih kita untuk lima tahun bukan atas dasar ADUN dan ahli parlimen patut datang dan keluar bersama-sama.

Pada 28 Julai, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata terdapat kesukaran dalam melaksanakan idea itu, termasuk akan berlaku penambahan masa dan kos perbelanjaan mengurus pilihan raya serta menyebabkan pengundi tidak selesa.

Katanya, lagnkah itu jika diambil boleh menyebabkan berlaku pergeseran antara kerajaan negeri dengan sultan atau gabernor kerana kuasa membubarkan DUN terletak di tangan ketua negeri.

Menurutnya, pengalaman di negara-negara maju, kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang untuk mengadakan pilihan raya tetapi tutut memperuntukan wang untuk parti politik, termasuk daripada pembangkang./Malaysiakini

Khamis, 12 Ogos 2010

KAK WAN, JANGAN LAYAN MAMAT GILA ITU

Surat Biru Kepada Dr Wan Azizah


Oleh Mohd Sayuti Omar

ASSAMUALAIKUM ... Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Kak Wan), didoakan Kak Wan sekelurga diberikan keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat. Saya dan keluarga terlebih dahulu mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1431. Semoga puasa kita tahun ini diterima Allah sebagai amal ibadat yang membahagiakan.

Saya baru saja membaca berita berkaitan Kak Wan dalam sebuah portal yang memetik laporan dalam portal lain. Laporan itu kononnya Senator Boy, Ezam Mohamad Noor mengakui telah dihubungi Kak Wan semasa Kak Wan di Washington, US yang memesan kepadanya (Ezam) kono supaya menjaga Datuk Seri Anwar Ibrahim,( Pak Sheikh).

Ketika itu Ezam berada di rumah lama Kak Wan di Bukit Damansara. Begitulah dakwa Ezam seperti mana dilaporkan oleh portal berkenaan.

Cerita ini sudah lama dibawa dan disebarkan Ezam sejak beliau berputas harap dengan PKR. Sejak beliau menyertai Umno. Menurut perbualan saya dengan Nurul Izzah di Lapangan Terbang Ismail Petra Kota Bharu, Mei lalu sebab kenapa Ezam meninggalkan PKR ialah kerana dia gagal untuk memujuk papanya (Anwar) menyertai Umno.

"Dia gagal pujuk papa menyertai Umno, itulah sebabnya dia meninggalkan PKR," begitulah kata Izzah yang turut meluruhkan rasa kecewa atas tindakan Ezam yang membelasah dan menyerang bapanya.

Kak Wan ada mengatakan tidak mahu melayani Ezam. Tetapi terlayan juga sebab kerap sangat Ezam menimbulkan perkara itu, itu alasan Kak Wan. Kak Wan patut bijak melayan 'adik' Kak Wan ini. Dia sengaja mahu memerangkap Kak Wan ke dalam kancah dihadapi Pak Sheikh kini. Kenapa dia berbuat begitu kerana dia sudah dapat cium bahawa penjelasan dan pendedahan yang dibuatnya kini untuk memburukkan Pak Sheikh tidak dimakan dan diterima rakyat. Jadi dia kena membantainya dari sisi Kak Wan.

Malahan makin didedah dan makin di tayang "kisah benar" yang tidak benar, rakyat makin kemas menyokong Pak Sheikh. Malahan setitik kebenaran pun diucapkan Ezam semuanya sirna dek kerakusan itu.

Kak Wan, usah bimbang... walaupun Ezam dan sesiapa saja nak bilang apa dengan Anwar rakyat tidak akan percaya. Rakyat punya mata hati dan mata batin menilai setiap apa yang dikatakan itu. Rakyat kita bukan Jakun zaman dulu. Kemenangan Pak Sheikh meraih majoriti lebih besar dari Kak Wan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh menceritakan segala-galanya.

Pada saya mudah saja. Dalam kontkes perjuangan antara Ezam dengan Pak Sheikh boleh diukur dengan apa yang berlaku kini. Sesiapa juga begitu saya rasakan. Siapa yang meninggal rakyat dan mengkhianati perjuangan rakyat? Tahun 1998 dulu yang mengajak rayat berdemonstrasi ialah Ezam. Kini yang meninggalkan rakyat ialah beliau juga. Apakah erti dan makna semua ini? Dulu kita mengeji dan menyula Zahid Hamidi, kerana murtad dari perjuangan akhirnya apa yang dilakukan Zahid terikut oleh Ezam.

Takdir yang telah memenjarakannya tidak mampu untuk beliau membayar dosa beliau kepada rakyat. Beliau sering mendabit dada, dia sanggup mempertahankan Anwar sehingga masuk ke penjara. Beliau bangga dengan pengorbanan yang sebesar tahi cicak itu. Tetapi dia lupa pengorbanan Anwar untuk membela rakyat sebesar gunung dan pengorbananya untuk membela Anwar hanya sebesar busut anai-anai.

Oi... Ezam... sdr hanya mempertahankan Anwar yang berbelit harapan kebendaan beberapa tahun saja. Tetapi masih ada refomis mempertahankan Anwar sampai kini. Masih ada yang luka didahinya masih belum pulih dan pedih masih terasa dan hati diladuni darah merah. Mereka ternyata lebih hebat dari kamu yang bercakap hanya dengan pembesar suara. Kandatipun mereka tidak pernah dibayar dengan jawatan senator oleh Anwar mereka masih utuh sebab perjuangan mereka adalah hakiki bukan kerana huminsime dan materialis.

Dalam menjejaki liku-liku hipokrasi Ezam, Kak Wan kena bijak dan cekap membaca kilau dalam kilat. Ezam hari ini telah terperangkap dalam jerat yang beliau sendiri pasang. Beliau kini kehilangan populariti yang beliau raih semasa era refomis dan dalam PKR dulu. Jadi beliau akan melakukan apa saja untuk mendapat populariti itu. Dan percaya populariti itu hanya dengan menghentam dan mefitnahkan Pak Sheikh sedang kepercayaan itu ternyata meleset.

Percayalah, seseorang itu akan disokong rakyat dan menjadi poluar kalau ia menghentam orang jahat. Dulu Ezam menghetam Mahathir Mohamed, sebab itu beliau popular. Hari ini bila beliau mengambil alih tempat Mahathir menghentam Anwar bila Mahathir tiba-tiba rehat. Kegagalan Ezam meraih populariti itu bermakna dia menentang orang yang baik!

Orang macam Ezam akan melakukan apa saja. Dia akan mengheret Kak Wan macam mengheret bangkai ke rumahnya. Demi masa depan politiknya dan mencari populariti. Kak Wan jangan merasakan hairan dengan sikap orang macam Ezam. Jangan mudah menyangka orang yang makan semeja, ulang alik ke rumah, boleh masuk ikut pintu dapur atau panjat pagar waktu malam itu, adalah orang baik. Dia masuk (menceroboh) ada maksudnya yang amat sulit difahmi oleh bahasa Kak Wan senbagai seorang kakak kepadanya. Dia bukan pejuang dan penyokong Pak Sheikh sejati.

Tetapi saya faham dan maklum cerita itu.

Hari ini Ezam sedang mengelisik bulu untuk jadi MB Selangor. Bulu romanya sudah mengiring bila disebut demikian. Niat itu terpendam jauh dalam lubuk hatinya. Para nujum juga tidak mengetahui, tetapi yang makrifat boleh membaca keazaman Ezam yang satu ini. Kenapa beliau diberi jawatan senator boy?

Sekali lagi sebagai orang yang ingin merebut tempat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor dia akan melakukan apa saja. Ezam terperasan. Percayalah Ezam tidak akan masuk Umno tanpa bayaran kebendaan. Akaun boleh disembunyikan dan boleh dinamakan dengan nama orang lain. Lokman Adam pernah mendedahkan sikap dan sifat Ezam sebenarnya. Hamdan Taha pernah bercerita segala-laganya. 10 budak hitam yang berlari ke Putrajaya kerana merebut kacang butir berhara RM20 ribu satu supik ada buku karangan mengarang tentang Ezam. Kisah itu termasuk juga jambangan bunga dan perfume.

Kebencian Ezam kepada Pak Sheikh bukan kerana perjuangan Pak Sheikh sudah melencong. Bukan kerana Melayu atau apa-apa. Bukan juga kerana Pak Sheikh peliwat atau diliwati, bukan dan bukan! Saya yakin kalau Pak Sheikh sudah jadi perdana menteri, semua isu dan fitnah itu akan hilang. Malahan Ezam akan berdiri macam Hang Kebun untuk mempertahankan Anwar. Bukankan sebelum ini Anwar sudah dituduh liwat tetapi kenapa Ezam masih bersamanya? Kerana Ezam merasa masih ada harapan. Begitukan...?

Munafik besarlah kalau seorang kawan, adik yang akhirnya menikam kawan dan kakak dari belakang kerana kepentingan diri. Paling celaka lagi apabila Ezam tidak membataskan dan menghormati hubungan suami isteri Kah Wan dengan Pak Sheikh.

Jadi ringkasnya, Kak Wan usahlah berwalang dan bersedih dengan gelagat Ezam. Jangan sampai membawanya ke muka pengadilan. Biarkan dia lakukan apa saja. Anggaplah dia seorang budak gila. Orang gila mahkamah tidak menerima keterangan dan mahkamah juga sesekali tidak akan membicarakan orang gila. Bahkan orang gila dikecualikan dari berpuasa. Usaha Kak Wan untuk membawanya ke mahkamah sia-sia saja. Dan Ezam mengharapkan itu kerana sudah tidak ada siapa hendak dijadikan punch bag bagi menunjukkan kejantanan kecuali Kak Wan. Orang lain sudah pun tidak melayan Ezam.

Kak Wan, selamat berbuka puasa dan mengerjakan solat terawih.

http://msomelayu.blogspot.com

KESILAPAN DS WAN AZIZAH APABILA MELAYANI RAJA SESUMPAH

Dua tokoh yang sentiasa menjadi mangsa fitnah raja sesumpah Ezam

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU kesilapan walaupun tidak besar apabila Presiden PKR, DS Wan Azizah menjawab tuduhan sampah dan fitnah dari raja sesumpah Ezam yang kini mungkin sedang `bermimpi' untuk menjadi MB Selangor itu. Apabila membaca kenyataan akhbar oleh DS Wan Azizah berkenaan fitnah besar oleh raja sesumpah itu di sini, maka tertunailah hajat raja sesumpah untuk mendapat publisiti murahan.

Sememangnya raja sesumpah mahu DS Wan Azizah melayaninya kerana ini akan menampakkan beliau hebat. Saya telah menjangka, apabila DS Wan Azizah menjawab tuduhan fitnah yang dilemparkannya maka akhir sekali raja sesumpah akan melakukan stail lamanya iaitu mencabar DS Wan Azizah `bersumpah laknat'. Aktiviti sumpah ini memang menjadi `trademark' raja sesumpah sejak dahulu lagi walaupun beliau sendiri telah melanggar `sumpah keramat'nya. Jika boleh beliau mahu semua orang bertukar menjadi `sesumpah' sepertinya.

Kadangkala kita pelik memikirkan bagaimana Umno boleh mengharapkan raja sesumpah ini untuk memusnahkan personaliti DS Anwar dan isterinya seterusnya untuk memusnahkan PKR parti yang menjulang namanya dahulu? Apa hebatnya raja sesumpah setelah melutut dengan Umno? Sehingga kini tiada satu pun bukti yang dibawa oleh raja sesumpah atas apa jua tuduhan yang telah beliau hadapkan ke atas DS Anwar dan juga DS Wan Azizah. Yang ada, cuma tuduhan demi tuduhan dan sumpah demi sumpah. Sewaktu raja sesumpah berada di dalam PKR, setiap kali beliau menghentam Umno dan Najib, pasti disebutkan fakta dan bukti bahkan sanggup ke setiap Balai Polis untuk membawa bukti yang disebutkannya. Itu dulu, sewaktu beliau berada di dalam saf perjuangan rakyat.

Tetapi kini, berapa banyak raja sesumpah membawa bukti dan fakta terhadap setiap tuduhannya? Bukti rasuah pemimpin Umno usah diharaplah kerana untuk menyebutnya saja raja sesumpah tidak berani. Beliau hanya berani menuduh, kemudiannya minta orang yang dituduhnya itu bersumpah untuk menafikan tuduhannya. Ini cara kuno dan tidak bertamaddun oleh raja sesumpah. Kita tuduh seseorang itu mencuri, kita tidak buktikan atau lapor Polis sebaliknya minta orang yang kita tuduh itu bersumpah. Inilah stail raja sesumpah untuk cari makan sehingga dapat Senatak.

Saya berharap selepas ini DS Anwar, DS Wan Azizah atau sesiapa sahaja yang menjadi mangsa fitnah orang kemaruk ini agar tidak lagi memperdulikan raja sesumpah. Biarkan dia perasan sendiri kerana rakyat kini sudah kenal siapa beliau. Tidak hairan lah jika di mana jua raja sesumpah menyalak, berapa kerat sahaja yang bodoh-bodoh datang mendengar./wfauzdin.blogspot.com

ZAMAN KHIR TOYO DULU ADA BERANI KE BUAT MACAM SEKARANG ?

Harakahdaily

SHAH ALAM, 11 Ogos: Kerajaan Selangor menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan pegawai di pejabat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Tawaran ini dibuat selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri terhadap konsep pentadbiran yang telus serta bertujuan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap operasi KSSB berikutan kritikan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh Kerajaan Selangor ini.

Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang di keluarkan oleh Sekretariat Media Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Kakitangan SPRM ini boleh memantau operasi dan pentadbiran KSSB secara lebih dekat bagi memastikan salah guna kuasa atau rasuah tidak berlaku, kata kenyataan itu.

Bagi melengkapkan lagi prinsip pentadbiran telus dan terbuka, katanya, KSSB akan mengiklankan jawatan kosong di media bagi mengisi dua jawatan Pengarah yang bebas dari pengaruh politik tetapi berpengalaman dalam industri perlombongan pasir.

Mereka ini akan menjadi wakil Kerajaan Negeri untuk bersama-sama mentadbir dan menguruskan KSSB dalam menjalankan perlombongan pasir.

Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan KSSB melantik juruaudit bebas bagi mengaudit setiap sen yang dibelanjakan supaya makumat kewangan KSSB dapat diketahui orang awam.

"Kerajaan Selangor percaya masih belum ada syarikat yang menguruskan pasir di negeri-negeri lain yang telah mengambil langkah-langkah seperti yang dilakukan KSSB. Selangor yakin KSSB menjadi syarikat pasir pertama yang mengamalkan pentadbiran yang telus dan terbuka," katanya.

Sehubungan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor mencabar negeri-negeri di bawah BN supaya mengambil langkah yang sama terutama di Johor yang mana operasi perlombongan pasir amat diragui tetapi tidak diberi liputan oleh media arus perdana.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mengumumkan perlantikan Wan Ab. Halim Wan Ismail, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KSSB berkuatkuasa 26 Julai lalu.

Wan Ab. Halim, 62, berkelulusan bidang Kejuruteraan Perlombongan dari London University, United Kingdom mempunyai pengalaman luas bidang perlombongan sumber galian termasuk pasir, batuan, timah, besi dan emas.

USAHA SABOTAJ DI PEJABAT MB SELANGOR KANTOI

Kamera dijumpai di pejabat MB S'gor

Regina Lee
Ogos 11, 10

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menjumpai sebuah kamera tersembunyi di pejabatnya di tingkat 21, bangunan SUK di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau. "Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.

“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya.

Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.


Serentak dengan penemuan itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri juga mengarahkan supaya kawalan keselamatan di bangunan SUK itu diperketatkan.

Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.

Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.

"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.

Abdul Khalid berkata beliau masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebaliknya akan meneliti rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan dan bilik pejabatnya terlebih dahulu.

"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya./Malaysiakini

RAJA SESUMPAH EZAM MAHU WAN AZIZAH MENJADI SESUMPAH SEPERTINYA

Perbualan telefon: Wan Azizah selar Ezam
Ogos 11, 10

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini memberi amaran kepada Senator Ezam Mohd Noor bahawa beliau berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus memfitnahkannya.

Wan Azizah merujuk kepada laporan portal berita Agenda Daily, di mana Ezam (kiri) dilaporkan mendakwa beliau diarahkan olehnya supaya menghalang lelaki daripada mendekati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah ketua pembangkang.

Ezam dilaporkan berkata waktu itu Wan Azizah bernada cemas ketika membuat pesanan supaya “sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…”

“Wan Azizah, minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua,” kata bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah itu.

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Presiden PKR itu, pada asalnya, beliau enggan melayan sebarang kenyataan Ezam tetapi kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan namanya secara peribadi, beliau memberi amaran kepada Ezam supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke Mahkamah dan Mahkamah Syariah.” katanya lagi.

Menurut Agenda Daily lagi, Ezam terus mempertahankan pendiriannya itu dan mencabar Wan azizah membuat sumpah laknat.

Ezam sebelum ini adalah orang kanan Anwar dan pernah menjadi setiausaha politik bekas timbalan perdana menteri itu.

Beliau menyertai Umno semula pada Mei 2008 dan sejak itu melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Anwar khususnya pada pilihan raya kecil dan terbaru di pentas ceramah 'Selamatkan Selangor'./Malaysiakini

HARTA `ISMET ULAM RAJA' DI LUAR NEGERI ?

Harta Taib Mahmud Di Luar Negara, Mana SPRM?

Pendedahan dua dokumen yang membuktikan hubungan langsung antara Ketua Menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Sakti International Corporation, bukan sesuatu yang mengejutkan.

Hakikatnya, Tan Sri Taib Mahmud dan harta kekayaan di luar negara sudah sinonim di kalangan rakyat banyak. Hanya pihak berwajib seperti suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia atau SPRM sahaja masih membatukan diri.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata rakyat Sarawak sudah lali dengan penyelewengan Taib Mahmud dan pada masa sama hilang kepercayaan terhadap SPRM untuk mengheret ketua menteri itu ke muka pengadilan.

Malaysiakini mendedahkan perjanjian bertulis lembaga pengarah Sakti International Corporation dengan adik beradik Taib Mahmud dan anak-anaknya memegang kepentingan 50 peratus bersamaan RM250 juta, bagi pihaknya.

Antara lain, Taib Mahmud menamakan adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya Jamilah dan anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

“Ini adalah perkara yang diketahui ramai. Dan sudah dijangka dan disyaki dari dulu bahawa Taib Mahmud ada harta dan duit luar negera. Ini satu bukti yang kukuh," katanya kepada TV Selangor.

Sakti International dilapor memiliki beberapa hartanah di bahagian pantai barat Amerika Syarikat, antaranya bangunan Abraham Lincoln di Seattle, bangunan yang juga menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Unit Anti Pengganas Washington Fusion Centre.

Dalam konteks ini, Baru bian mempersoal sumber dana Taib Mahmud berkaitan hartanahnya di luar negara.

“Perkara sebegini yang besar berkaitan rasuah yang melibatkan berjuta- juta duit rakyat tidak dapat disiasat SPRM

Sebab itu, kita tidak yakin dengan SPRM kerana tidak membukti bahawa mereka efektif. Tiada siasatan. Sikit sahaja mereka laksanakan tugas untuk siasat,” katanya.

Bagi Baru Bian, harta rakyat mesti dijaga bukan diperlaku sesuka hati.

“Harta rakyat mesti dipulangkan. Saya percaya harta rakyat yang dicuri perlu dipulangkan kepada rakyat,” katanya./TVSelangor

AZMIN TIDAK LOBI JAWATAN MB SELANGOR - TAN SRI KHALID

Azmin perlu belajar lagi, kata MB S'gor

Jimadie Shah Othman & Aidila Razak
Ogos 11, 10

Ketika Azmin Ali dilihat menyinar di Selangor, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pula melihat naib presiden PKR itu masih perlu belajar banyak perkara dalam politik.

"Saya rasa beliau perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu.

"Saya rasa beliau boleh menjadi pelajar yang baik dan patut diberi peluang (untuk itu).

"(Ini kerana) menjadi politikal dan menjadi pengurus merupakan dua perkara yang berbeza," kata Khalid (kanan) ketika ditanya penilaiannya terhadap kepimpinan Azmin sebagai seorang negarawan.

Sebelum itu, Khalid menyebut, PKR memerlukan "imaginasi seorang negarawan" dan lebih daripada kemampuan politik untuk membangunkan parti dan negara.

"Saya rasa parti ada kebijaksanaan itu pada masa ini dan pada masa depan.

Menjelang pemilihan parti

"Kita mesti jadikan PKR ada kemampuan ini kerana kejayaan parti melampaui kejayaan dalam politik semata-mata," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam semalam.

Sementara itu, mengulas sama ada terdapat lobi daripada Azmin untuk menggantikannya sebagai menteri besar di negeri itu, Khalid berkata beliau tidak melihatnya.

"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak nampak ada lobi," katanya yang sebelum ini dilihat ditekan pelbagai pihak dalam parti yang mahukan Azmin diberi peranan lebih besar di Selangor.

'Persaingan' antara kedua-dua 'gergasi' PKR itu boleh ditafsirkan dalam beberapa tindakan parti itu, antaranya apabila Azmin dilantik sebagai pengerusi PKR Selangor yang baru menggantikan Khalid pada 27 Jun lalu.

Rombakan itu dibuat selepas desas-desas berlaku 'pergeseran' antara mereka, terutamanya apabila Azmin secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri - yang dispekulasikan sebagai protes terhadap Khalid.

Desas-desus itu disemarakkan lagi apabila kedua-dua Khalid dan Azmin dilihat sedang mengintai kerusi nombor dua - paling dekat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim - dalam PKR menjelang pemilihan parti itu pada November ini.

Masih lelap tidur

Bagaimanapun, ketika ditanya soalan itu, Khalid menjelaskan beliau sedikit pun tidak terganggu dengan kedudukan kerusi timbalan presiden yang kini disandang oleh Syed Husin Ali itu.

"Tak tahulah. (Ketawa) Saya tidak melobi untuk dapatkannya. Saya tidak pergi jumpa orang dan minta, tolong pertimbangkang saya (sebagai timbalan presiden)," katanya apabila ditanya tentang suara di akar umbi PKR yang mahukannya bertanding merebut jawatan itu.

"Saya telah cecah satu peringkat karier di mana saya tidak cenderung lagi dapatkannya (kedudukan itu)."

Bukan itu sahaja, Khalid - bekas ahli korporat yang pernah memimpin konglomerat besar Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Kumpulan Guthrie Berhad - berkata beliau juga tidak kisah dengan jawatan menteri besar yang disandangnya semalam.

"Saya selalu kata, saya masih lelap tidur kalau tak dapatkannya. Tetapi bila dapat tugas, saya akan ambil tanggungjawab penuh," katanya lagi.

"Bagi saya bukan persoalan sama ada saya mahu menjadi menteri besar atau tidak, jika diberikan tugas, saya lakukannya."/Malaysiakini

Rabu, 11 Ogos 2010

TAIB MAHMUD, RM 80 JUTA ? WOW !!

Firma RM80 juta: Saham dipegang bagi pihak Taib
Ogos 10, 10

Dua dokumen didedahkan di laman web bagi membuktikan hubungan secara langsung antara ketua menteri Sarawak dengan sebuah syarikat hartanah yang berpangkalan di Amerika Syarikat - Sakti International Corporation.

Laporan sesawang Sarawak Report memuat-naikkan perjanjian bertulis oleh lembaga pengarah Sakti bahawa adik beradik Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan anak-anaknya akan memegang kepentingan 50 peratus dalam syarikat itu bagi pihaknya.

Perjanjian itu dimeterai tidak lama selepas syarikat itu ditubuhkan pada 1987 dengan laporan meletakkan nilainya pada RM80 juta.

Lima proksi berkenaan adalah adik beradiknya Onn dan Ariff, anak perempuannya, Jamilah dan anak-anak lelakinya, Mahmud dan Sulaiman.

Mengikut perjanjian yang bertarikh 8 April, 1988, sejumlah 1,000 unit saham dikeluarkan. Separuh daripada jumlah itu dipegang oleh lima individu berkenaan sebagai amanah kepada seorang yang dikenali sebagai 'Abdul Taib Mahmud'.

Perjanjian itu mempunyai tiga tandatangani - dipercayai oleh Onn, Ariff (meninggal dunia tiga tahun lalu) dan Mahmud.

“Bukan menjadi rahsia, dalam syarikat milik keluarga Taib, ketua menteri itu sentiasa mengelakkan namanya disenaraikan dalam sebarang dokumen,” kata Sarawak Report semalam.

“Beliau selama ini sering-kali mendakwa selaras dengan jawatannya sebagai ketua menteri, beliau tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Adalah jelas, bahawa beliau menubuhkan Sakti International, dengan menggunakan alamat rumahnya sendiri di San Francisco.”

Sakti international memiliki beberapa hartanah penting di bahagian pantai barat Amerika Syarikat. Antaranya termasuk bangunan Abraham Lincoln di Seattle - yang antara lain menempatkan pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan unit anti pengganas Washington Fusion Centre.

“Sistem berkenaan memastikan bahawa Taib Mahmud memiliki separuh daripada saham-saham itu yang dipegang secara amana untuk dirinya sendiri, manakala yang lain memegang tidak lebih daripada 200 saham,” petik artikel itu.

“Dengan cara ini, beliau menguasai syarikat itu secara langsung dengan berpura-pura tidak memilikinya.”

Laman web itu juga mendedahkan satu lagi dokumen - kenyataan saham tempatan yang dimiliki Sakti yang mesti dikemukakan setiap tahun kepada kerajaan California.

Kenyataan yang difailkan pada 17 Sept, 1987 menamakan Taib, Onn dan Ariff sebagai pengarah Sakti pada masa penubuhannya.

Anak sulungnya, Mahmud (Abu Bekir Taib) dinamakan sebagai ketua pegawai eksekutif, setiausaha dan juga ketua pegawai kewangan syarikat itu.

Ked
ua-dua dokumen itu didedahkan pada perbicaraan mahkamah yang membabitkan Sakti.

Seperti pendedahan empayar hartanah Taib di luar negara, Sarawak Report menggesa ketua menteri itu supaya menjelaskan kekayaan dan bagaimana beliau mendapat dana untuk menguruskan syarikat-syarikat berkenaan.

“Dengan bukti seumpama itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak boleh lagi tidak memperdulikan tuntutan supaya siasatan dilakukan ke atas Raja Sarawak yang berambut putih itu?” akhiri artikel itu./Malaysiakini

SEPANDUK GAMBAR SULTAN JOHOR DIGANTUNG OLEH UMNO ?

Digantung oleh Umno?

....Di Segamat, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, menyifatkan perbuatan sebuah parti politik yang menggunakan poster gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim, di dalam kempen parti itu sebagai perbuatan yang keterlaluan dan melampau.

Beliau berkata, perbuatan seumpama itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dan berharap polis dapat menjalankan siasatan segera bagi mengenal pasti pihak yang terlibat.

Adalah tidak wajar untuk membawa pihak istana dalam kempen parti politik, katanya kepada pemberita pada program lawatan kerja ke Parlimen Sekijang hari ini.

Mengenai dakwaan kononnya kain rentang itu dipasang oleh ahli Umno, Abdul Ghani menegaskan dakwaan tersebut tidak berasas kerana perbuatan seperti itu bukan amalan mereka.

"Kita (Umno) tidak pernah mengamalkan politik seperti itu. Apa yang kita tahu parti pakatan pembangkang membuat perjumpaan dalam tempoh berkenaan dan kain rentang yang dimaksudkan itu dinaikkan," katanya./Malaysiakini

Ulasan Blogger:

Agaknya yang pasang sepanduk `Kami Mahu Deris, Natang" di hadapan Istana Terengganu suatu ketika dahulu pun dilakukan oleh DAP, PAS atau PKR kot....

JANGAN PERBODOHKAN PENEROKA FELDA

Felda: Peneroka patut tuntut lebih RM200 juta
Ogos 10, 10

Peneroka Felda patut menuntut jumlah yang lebih tinggi daripada RM200 juta dalam samannya terhadap agensi kerajaan itu memandangkan keringat membangunkan hartanan itu lebih tinggi nilainya, kata Pengerusi PKR Negeri Sembilan.

"Kita lihat, (tanah Felda) dari hutan belukar menjadi sebuah perkampungan yang memiliki segala-galanya," kata Datuk Kamarul Baharin Abbas.

"Justeru tanpa sumbangan dari peneroka bagi saya kesemua itu tidak akan tercapai."

Semalam, seramai 766 peneroka memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam tuntutannya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kamarul berkata tindakan peneroka terbabit menyaman Felda adalah tindakan yang wajar kerana "Felda mengaut keuntungan tanpa keihklasan dari peneroka bagi memenuhi kantung mereka".

"Kita tahu pentadbiran yang pincang berlaku di dalam Felda. Kegagalan Felda untuk memperbetulkan urus tadbirnya boleh menyebabkan ia menyimpang dari matlamat asal," kata Kamarul yang juga ahli parlimen Telok Kemang.

"Usaha yang sepatutnya diambil oleh Felda adalah kembali kepada prinsip asalnya. Apa yang boleh diandaikan jika berlaku kekusutan di dalam akaun Felda, maka peneroka yang menjadi mangsa."

Beliau menjangkakan, kemungkinan wujudnya ugutan dan desakan daripada pihak tertentu ekoran tindakan mengejut mereka semalam.

"Pesanan saya kepada setiap peneroka jangan gusar dengan segala dugaan tersebut kerana kita berada di tempat yang benar.

"Jangan sesekali kita tunduk dengan desakkan pihak berkenaan, apatah lagi yang dilakukan oleh Umno-BN yang selama ini hanya mempergunakan peneroka untuk kepentingan politik mereka," katanya./Malaysiakini

AWANG SELAMAT UTUSAN MALAYSIA TERUK KENA BELASAH

Idris Ahmad: Awang tak selamat lagi, tapi bacul

Ogos 10, 10

PAS menolak tuduhan bahawa ia parti dayus sebaliknya mendakwa Awang Selamat adalah seorang dayus dan bacul sehingga tidak berani menzahirkan identitinya yang sebenar.

“Beliau takut menzahirkan siapa sebenarnya beliau, sama ada lelaki atau pondan,” kata ketua penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dalam HarakahDaily hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemarahan Awang seperti yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia, Ahad lalu kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi menolak Umno.

Kata Idris, PAS mengibaratkan Awang Selamat sudah tidak normal dan hilang fikiran ketika mengeluarkan pandangan mengenai perjuangan parti Islam itu.

“Beliau memang istiqamah melawan PAS sejak daripada PAS bersendirian sehingga PAS bersama Pakatan,” katanya.

Perut, tembolok tertutup

Menurutnya, Awang marah bukan kerana PAS berkawan dengan DAP, tetapi kerana banyak lombong emas Awang semakin terkambus dan tertutup sehingga perut dan temboloknya semakin kurus.

“Dia akan mengadu domba supaya Pakatan Rakyat berpecah maka BN akan meneruskan tradisi menindas rakyat dan memiskinkan rakyat. Mereka hendak memfaqirkan rakyat sama ada harta atau agama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Idris juga berkata Awang begitu marah kerana lamaran partinya tidak berbalas, cintanya dengan PAS cinta empat segi.

PAS, tegasnya tidak berminat menerima pinangan Umno kerana PAS sudah ada teman yang lebih baik, kebetulan Umno pula sedang mengidap penyakit berjangkit seperti rasuah, moral mengkhianati harta rakyat dan sebagainya.

'Aurat isteri terdedah'

“PAS ingin mengigatkan kepada Awang Selamat, dayus ialah orang yang takut untuk menegur perkara munkar. Contohnya suami membiarkan isteri mendedahkan aurat,” ujarnya.

Tambahnya, Awang Selamat termasuk dalam golongan dayus dan pondan kerana tidak berani menegur pimpinan Umno yang reda dengan Yahudi Apco.


Katanya, Awang juga dayus kerana senyap sunyi ketika khazanah negara habis difaraid oleh pemimpin negara, ketika tanah negara seluas 217 hektar difaraid kepada Singapura.

Awang menikus ketika Selangor di bawah Umno menutup surau al Rahman di Seksyen 8 Shah Alam dan Surau Ikhwan di Puchong Perdana, katanya.

“Kenapa Awang marah sangat, PAS berkawan dengan DAP? Kalau alasan DAP bukan parti Melayu, apakah MCA, Gerakan sebuah parti Melayu?” soalnya.

Beliau berkata, apa makna Umno parti Melayu tetapi dayus membela agama dan bangsa di mana sejarah dayus Umno yang gagal bela Melayu dan Islam sudah banyak terbukti.

Katanya lagi, jika hendak bercakap soal siapa yang membela Islam dan bangsa di negara ini, maka PAS boleh mendabik dada kerana parti itu lebih bertanggungjawab kepada Islam dan bangsa.

Justeru, ujarnya PAS berpandangan Awang Selamat ialah seorang tali barut kepada Umno yang banyak mencemarkan kemuliaan Islam.

“Orang seperti Awang Selamatlah menyebabkan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak dapat faham Islam walaupun berkawan dengan Awang Selamat. Sahlah Awang tidak selamat lagi,” ujarnya./Malaysiakini

Selasa, 10 Ogos 2010

Gambar : Ribuan Hadir di Ceramah Selamatkan Malaysia di Bukit Mertajam.



Meskipun kita berada diluar dari mood pilihanraya, namun sambutan yang diberikan oleh para penyokong Pakatan Rakyat dalam setiap ceramah yang dianjurkan amat jarang hasilnya mengecewakan.

Seperti yang ditunjukkan oleh kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini dalam satu ceramah "Memerdekakan Rakyat,Selamatkan Malaysia"

Antara pemidatonya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,YAB Lim Guan Eng,YB Dr Dzulkefly Ahmad,Siti Aishah Sheikh Ismail,YB Saifuddin Nasution,YB Law Choo Kiang,YB Dr Mansur Othman,Dato Dr Tan Kee Wong di Stadium Mini Jalan Betek Bukit Mertajam(brhadapan Mahkamah Majistret Bkt Mertajam

Ribuan penyokong hadir bagi mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat





DSAI.. dari belakang saja..




















Mereka lebih bahagia berdiri di sini..