Kamera dijumpai di pejabat MB S'gor |
Ogos 11, 10
Adalah dipercayai peralatan itu digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau. "Saya sedang melakukan tugasan apabila terdengar bunyi dan sebaik mencari di seluruh bilik saya menemui alat perakam video itu yang disorok di belakang langsir bilik saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.
Beliau memberitahu perkara itu kepada wartawan pada sidang media hari ini dan berkata pihaknya selepas menjalankan siasatannya sendiri. Tambahnya, beliau juga sedang mempertimbangkan bagi membuat laporan polis.
“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya.
Abdul Khalid berkata kamera itu yang dijumpai berada di belakang langsir di pejabatnya dikesan selepas ia berbunyi kerana kadar baterinya semakin lemah.
Abdul Khalid berkata pengawal keselamatan yang dirujuk mengenai perkara itu menyatakan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan alat perakam video tersebut.
Beliau berkata pihaknya telah meneliti rakaman dari alat perakam video itu yang dipercayai telah berada dalam bilik berkenaan bagi satu tempoh yang agak panjang.
"Saya dah teliti tiada apa cuma rakaman menunjukkan saya bertemu dengan beberapa pihak dan urusan harian biasa," katanya.
"Saya akan teliti dulu rakaman CCTV sebelum serahkan kepada pihak berkuasa, jika mereka ingin datang untuk membuat pemeriksaan juga tiada masalah," katanya./Malaysiakini
hahaha..nak teliti dulu ke? bagi je la terus kat polis rakaman tuh..hehee...
BalasPadamkalu ts khalid tak serahkan kat polis kandungan rakaman itu tanpa diedit or cut, musti ade something dia nak sorokkan..
mari kite sama2 lihat kesudahanya..
-----azmin punye ke alam perakam itu?
Selalunya orang yang tewas...sentiasa cari jalan nak kenakan pemenang...perangai melayu memang tak boleh terima kekalahan secara budiman. Sepatutnya semak diri sendiri dulu...mengapa aku boleh kalah...ini tidak,...intai orang yang menang dan cari kesalahan untuk hentam...kalau macam ni ...sampai bila pun rakyat tak akan terbela.
BalasPadamGambate kudasai..TS khalid...sokongan 100%untuk you. Adios...
salam ramadhan tuan, mohon dilinkan untuk up trafik. terima kasih
BalasPadammak oiii.."kecik" nye kamera pengintip tuh..confrem takde org perasan..kah kah kah
BalasPadamhahaa...aku rase baik si khalid ni ingat balik, tanya anak2 dia, ade tak tertinggal mp4 player tu kat ofis dia..
kang buat malu sendiri je..
ka