RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 10 Ogos 2010

UMNO `ALIM-ALIM KUCING' - DR HASSAN ALI

Haram Ketika Ramadhan Sahaja, Umno 'Alim-Alim Kucing'

Nurshakira Buang

Exco Hal Ehwal Islam,Adat-adat Melayu,Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali menyifatkan saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omah supaya menutup pusat hiburan dan rumah urut pada Ramadhan sahaja, sebagai alim-alim kucing.

Dalam Islam, beliau berkata, perkara yang terang-terang haram itu tidak bergantung bulan tertentu sahaja.

Dr Hassan Ali berkata demikian selepas melancarkan Tabung Ehsan Ummah Selangor, di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam.

"Tidak, Tidak. Haram ini dalam bulan Ramadhan pun haram, dalam 11 bulan yang lain pun haram. Itulah yang menunjukkan ceteknya pengetahuan agama Umno. Bulan Ramadhan nampak, konon-kononnya alim. Itu alim kucing, memanglah Umno ini alim kucing," katanya.

Bagi beliau, saranan Noh Omar itu jelas menunjukkan Umno iri hati dengan kejayaan Pakatan Rakyat yang berjaya membendung masalah sosial di Selangor.

Apatah lagi, masalah pusat hiburan dan rumah urut adalah warisan kerajaan Umno BN yang berakar umbi hingga sukar dibanteras.

"Dia cemburu tengok kita dalam masa dua tahun lima bulan sudah dapat redakan persoalan arak, redakan persoalan judi dan sebagainya. Hanya kita hendak sekarang ini, insyaAllah dengan sokongan dan dokongan serta komitmen semua pihak sama-sama memberi sokongan yang sangat positif.

"Beri kami masa lagi. Dua tahun lima bulan ini tidak cukup untuk menilai kita dan sepatutnya Noh buat kenyataan itu ditujukan kepada Najib dan Kabinet sebelum ditujukan kepada PAS," katanya.

Jumaat lalu, satu demonstrasi menyokong saranan Noh Omar supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut pada bulan Ramadhan ini.

Dr Hassan kesal kerana saranan itu datangnya dari pimpinan parti yang bertanggungjawab membiak masalah sosial itu ketika asyik memegang tampuk kuasa.

"Kita baru mentadbir negeri Selangor. (Selama) 52 tahun mereka mentadbir sekarang ini kita hendak kikis saki baki Umno-BN, rumah pelacur Umno-BN, Arak Umno-BN.

"Apa yang kita buat sekarang? Arak misalnya, kita dapati seluruh kawasan Melayu di Shah Alam tidak lagi menjual arak. Ambil seksyen 8, misalnya kedai arak itu dekat dengan surau - dalam 100 meter sahaja zaman Umno nampaknya tak berubah tapi zaman kita, benda itu sudah tidak ada lagi.

"Cara kita lebih meresap dibandingkan dengan apa pun yang dibuat Umno. Dalam zaman Umno, yang terlarang itu bukan surut ataupun diketepikan tetapi makin membiak bercambah-cambah.

"Inilah dasar Umno-BN tetapi mereka mahu salahkan kita pula. 52 tahun nak lawan dua tahun lima bulan," katanya lagi./TVSelangor

2 ulasan:

  1. Alim-alim beruk mok ye atau lidah cicak makan kapur. itulah lebih sesuai gelarannya kerana orang yg syor kan perkara tersebut itu pun amatlah teruk peribadinya. Beliau sendiripun biasa ditangkap tetapi tak pernah mengaku sebab kroni orang KDN, bagaimana dengan kes adik beliau yang bawa dadah di Sabah tu? Mesti boleh sattle punya, orang UMCO kan! Kalau pembangkang dah tentu hilang nyawa.. hidup melayu..kena bodoh melayu juga.

    BalasPadam
  2. kalau nak sifar maksiat...bagi lah PR perintah malaysia 52 tahun juga lah....

    tapi aku rasa tak sampai 10 tahun boleh setle lah......

    noh omar ni ada 2 huruf O... atau 2 kosong...sebab tu bangang..

    kah kah kah kah kah kah .....

    BalasPadam