`Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-Sorong'. Itulah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua Penerangan Umno yang masih `tebal muka'nya untuk memohon restu agar PAS terima perpaduan dengan Umno. Baca di sini. Biarpun berulangkali pemimpin PAS bersilih ganti menyebut Umno tiada harapan untuk bersatu dengan PAS selagi Umno masih `Umno Sekular' yang tidak pernah berubah sikap. Ahmad Maslan masih tidak berputus asa kerana apa?
Ketua Penerangan Umno ini terus `menjual' nama Melayu kununnya Melayu perlu bersatu. Lucunya yang perlu bersatu itu Melayu Umno dan Melayu PAS. Apakah beliau fikir PAS itu sama seperti Umno yang setiah hari berzikir menyebut nama Melayu...Melayu...Melayu...? Wahai Ahmad Maslan, PAS adalah Parti Islam yang bukan Nasionalis atau Assobiyyah. PAS tidak menjual nama Melayu untuk naik di dalam politik, tetapi PAS menyebut nama Allah dan Rasulnya di dalam apa jua langkah kerja perjuangan PAS.
Ketua Penerangan Umno ini tentu ada muslihat besar apabila tidak pernah berputus asa mahukan Umno dan PAS bersatu. Bukan kerana Melayu, jauh sekali kerana agama. Buktinya, bila beliau menyebut jika Umno dan PAS bersatu, yang pasti rugi adalah pemimpin dari PKR dan DAP. Apa maknanya itu jika tidak berniat jahat dan busuk hati? Habis itu, siapa pula yang untung jika Umno dan PAS bersatu? Bukan Umno atau Najibkah?
Apakah jika Umno dan PAS bersatu, maka akan selesailah isu Altantuya, VK Linggam, Fitnah DS Anwar, skandal PKFZ, skandal kehilangan injin pesawat TUDM, skandal Scorpene, Isu Kg Baru, Kenaikan harga barang akibat kenaikan petrol, diesel, gula dan gas? Selesaikah segala kes rasuah yang banyak tergantung melibatkan pemimpin Umno jika Umno dan PAS bersatu? Maka, berakhirkah Akta zalim ISA jika Umno dan PAS bersatu? Kelantan dan Terengganu akan dikembalikan royalti jika Umno dan PAS bersatu? Dan...dan...tidak terlarat mahu disenaraikan yang Umno berhutang dengan rakyat selama ini. Selesaikah semua itu jika Umno dan PAS bersatu?
Sekiranya jawapannya tidak akan selesai walaupun Umno dan PAS bersatu, maka bererti perpaduan antara Umno dan PAS umpama `perpaduan perompak dengan Polis'. Mana mungkin begitu./wfauzdin.blogspot.com

Daru dulu hingga kini, itulah mainan dia orang yang terdesak. Bila dah hampir nak PRU, pantun yang sama akan berkumandang ..... itulah Jaguh UMNO. Kesian dah nak telungkup dah tu ... Insya-Allah tak lama lagi telungkup lah dia. Orang lain dah lama berpadu nak lingkupkan dia ... tunggggguuuuu ...
BalasPadamJangan layan cakap puak-puak gila babi ni.Puak ni bukan jujur untuk bersatu.Bersatu bagi mereka adalah suatu kekuatan kepada mereka untuk meneruskan agenda busuk dan keji.
BalasPadamMereka mengaku Islam tetapi dalam isu hukum dalam Islam mereka hanya pilih mana yang menguntungkan mereka...MEREKA TIDAK LAYAK UNTUK BERSATU DENGAN PAS!!!!!! TAKBIRRRRR!!!