RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 14 Oktober 2009

MESTI ADIL KEPADA SEMUA KEM TENTERA


Oleh: WFAUZDIN NS

AMAT bertuah warga tentera yang menetap di sekitar Port Dickson apabila berlakunya pilihanraya kecil di Dun Bagan Pinang baru-baru ini. Mereka telah dikunjungi oleh menteri-menteri yang sebelum ini tidak pernah menjenguk mereka. Bagaikan kanak-kanak, warga tentera ini diberi umpan `gula-gula' dan tidak hairanlah ada yang termakan umpan tersebut. Ada segelintir yang punyai akal untuk berfikir menolak bekas perasuah dan memilih calon yang berakhlak. Tetapi lebih ramai yang mahukan Padang Futsal, Kolam Renang dan kemudahan wifi termasuk segelintir yang bergelar ustaz askar.

Maka, menanglah Bn di Bagan Pinang dan mulai saat itu warga tentera di sana mulalah berangan untuk berenang di kolam renang, bermain futsal di padang futsal yang baru serta ada yang telah membeli komputer walaupun secara berhutang kerana tidak lama lagi seluruh kem di sini akan menikmati kemudahan wifi. Persoalannya, adakah janji-janji itu akan dipenuhi dan jika benar bila warga tentera ini akan dapat menikmatinya? Setelah mereka pencen atau setelah mereka tidak lagi bertugas di situ? Bila pula agaknya bandar (betul ke taraf bandar?) Port Dickson akan menjadi `Bandar Tentera Darat' walaupun berada di tepi lautan?

Tidak kira bila janji-janji ini akan ditunaikan, yang pasti tokeh-tokeh komputer termasuk kedai Perwira Niaga Malayasia (PERNAMA) tempat tentera hendak berhutang akan melebar senyum mereka. Tokeh-tokeh kedai sukan pun mulalah menyediakan stok seluar renang dan seluar serta kasut futsal yang banyak selepas ini. Inilah berkatnya bila Pembangkang berhadapan dengan Bn. Percayalah, jika Pembangkang tidak sertai pilihanraya kecil ini berani kita kerat jari bahawa Port Dickson tidak akan diumumkan menjadi `Bandar Tentera Darat' dan usah haraplah warga tentera hendak memiliki Padang Futsal yang baru, kolam renang atau perkhidmatan wifi. Kirim salam ye skot.

Kita lihat sendiri kem tentera di Kuantan yang menempatkan jumlah tentera darat dan udara yang begitu ramai serta menjadi tempat Najib `bergantung nyawa' di dalam pilihanraya umum yang lepas. Ada ke kolam renang, padang futsal dan perkhidmatan wifi? Sekali lagi kirim salam ye skot. Mengapa? Sebab tiada pilihanraya kecil di situ. Begitu juga di mana-mana kem seluruh Malaysia tiada yang mendapat keistimewaan seperti yang diperolehi oleh kem di Port Dickson. Jika mahu, berdoalah agar diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut dan Pembangkang masuk bertanding. Pasti mereka akan dapat.

Jika sudah ada Bandar Tentera Darat, mana pula Bandar Tentera Laut dan Udara? Tentu TLDM dan TUDM terasa hati. Tetapi mereka perlu bersabar kerana kawasan kem mereka belum ada pilihanraya kecil lagi. Tunggulah ye skot. Kalau Bandar Tentera Darat berada di tepi laut, mungkin Bandar Tentera Laut pula akan berada di tengah darat. Bandar Tentera Udara mungkin di atas gunung gamaknya. Begitulah hebatnya Bn mentadbir pembangunan negara mengikut musim pilihanraya semata-mata.

Adalah wajar dan adil jika semua kem penempatan tentera memohon kepada Menteri Pertahanan untuk mendapatkan apa yang diperolehi oleh warga tentera di Port Dickson. Jika untuk berlaku adil kepada warga tentera pun sukar, bagaimana untuk berlaku adil kepada rakyat keseluruhannya? Apakah tentera ini hanya alat untuk dipergunakan sahaja? Jika benar, mengapa sanggup warga tentera menjual maruah diri semurah itu? Rakyat percaya tentera mempunyai semangat jati diri yang kuat tetapi apa yang berlaku di Port Dickson membuatkan rakyat berfikir dua tiga kali untuk menyatakan tentera itu berani dan gagah serta setia bersama rakyat.

Apa pun, tahniah kepada 600 orang tentera yang mengundi Pas baru-baru ini. Sekiranya berlaku situasi perang di negara ini, ini lah jumlah yang boleh diharapkan untuk mempertahankan ugama, bangsa dan negara. Manakala yang lainnya mungkin boleh mewakili negara ke pertandingan futsal atau renang setahun dua nanti. Jangan mati beragan sudahlah./kembali ke laman asal di sini.

Selasa, 13 Oktober 2009

NAMA ISA UMPAMA NAMA ANWAR DI PERMATANG PAUH

Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh
Zulkifli Sulong
Tue | Oct 13, 09
KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan. Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang.

Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti. Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini. Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223. Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno. Bagi Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad, Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangannya di sini kerana yang menang adalah Isa Samad bukannya Umno. "Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat," kata Dr Dzul.

Beliau juga menyifatkan, walaupun calonnya menang dalam pilihan raya ini, "Umno kalah dalam perangnya melawan korupsi." Beliau juga yakin, kini Umno terjerat dengan keputusannya meletakkan Isa di Bagan Pinang. "Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'Kita mesti berubah atau kita rebah'? "Umno bagi saya kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzul bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Beliau kini adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.

Bagi Dr Dzul juga, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja. "Padahal banyak yang terpaksa umno korbankan kerananya...termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat...kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya. Ketika ditanya apakah yang berlaku di Bagan Pinang sehingga kekalahan PAS berlipatganda, Dr Dzul berkata, Bagan Pinang amat unik. "Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali..cold shoulders (sambutan dingin)...," katanya.

Sebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Perlabuhan Klang), penduduk di sini tidak melayannya. "Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya," kata beliau. "Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," kata Dr Dzul lagi.

Namun, apabila PAS bercakap soal isu tempatan, mereka juga tidak memberikan respon yang positif. Berkaitan dengan isu orang Cina pula, beliau bersetuju dengan analisis sesetengah pihak bahawa orang Cina di sini terkilan dengan kenyataan beberapa pimpinan PAS di Selangor. Mengikut laporan itu, mereka mahu ajar PAS dalam pilihan raya kali ini dengan tidak mengundi calonnnya. "Bagi saya ini adalah isu yang real dan pimpinan perlu mengambil tindakan segera dan jangan membuat tidak kesah sahaja," katanya./Harakahdaily

SAAT TERBAIK UNTUK BUBAR DUN PERAK, JIKA BERANI

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat
Nazri Abdullah
Mon | Oct 12, 09
IPOH, 12 Okt: Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.

ImageDia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.

Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.

Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut. _/Harakahdaily

SEDIA TERIMA KEKALAHAN, PAS PASTI BANGKIT - NIK AZIZ

Pas sedia terima kekalahan

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Pas juga pernah mengalami kekalahan di Kelantan tetapi mampu bangkit kembali pada pilihan raya berikutnya.

“Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Berapa kali kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau memang itu kerja perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pasar raya Nirwana Maju di Bandar Kubang Kerian Baru dekat sini, semalam.

Beliau berkata, Pas menghadapi tentangan yang kuat daripada UMNO pada pilihan raya kecil kali ini.

“Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio, kami tidak ada surat khabar perdana.

“Tetapi manusia akhirnya akan faham. Sebab itulah saya minta mereka datang sendiri ke Kelantan. Biar mereka bertanya khabar kaum Cina, India Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam.

Calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar gagal dalam usaha menawan DUN Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi.

Mengulas mengenai beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh berkempen pada pilihan kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian yang berlaku.

Katanya, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kelantan pada era 60-an yang mana kejadian tumbuk-menumbuk dan pergaduhan turut berlaku.

“Dua malam saya di sana. Saya dukacita dengan apa yang berlaku macam berlaku tahun 60-an dulu. Pukul dan bertumbuk.

“Ini menunjukkan pihak tertentu di Negeri Sembilan ini terkebelakang. Saya dukacitalah. Mengundi ni bebas. Macam kita pergi market (pasar). Kita bebas pilih dan beli sayur, beli buah," katanya./Sinar

Isnin, 12 Oktober 2009

KEKALAHAN PAS, KITA MASIH LEMAH WALAU PUN UMNO TIDAK KUAT


Sudah lama mereka tidak merasai kegembiraan begini....

Oleh: WFAUZDIN NS

ISA Samad mesti dijadikan pemimpin mereka walau siapa dia Isa Samad. Itulah hakikat yang mesti kita terima di Bagan Pinang. Memang PAS tidak rugi apa-apa kerana PAS bertanding untuk merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Umno nampaknya mendapat bantuan pernafasan walaupun tidak diketahui selama mana bantuan pernafasan itu boleh menyelamatkan Umno.

Walaupun PAS tidak rugi atau kehilangan kerusi, tetapi kekalahan ini sedikit sebanyak mengecewakan kita. Kita kecewa kerana gagal meyakinkan pengundi untuk melakukan perubahan di Bagan Pinang. Usaha kita sepanjang berkempen di sana seperti tidak dialu-alukan oleh penduduk Bagan Pinang. Justeru itu, berlakulah berbagai kejadian yang tidak sepatutnya berlaku apatah lagi sesama kita umat Islam dan berbangsa Melayu. Jelas dan terbukti, majoriti pengundi-pengundi di Bagan Pinang tetap menganggap rasuah politik bukan satu jenayah. Dan, sememangnya mereka layak bersama Umno/Bn sekiranya berfikiran sedemikian.

Kenapa PAS tewas? Banyak faktor untuk mengulas perkara ini. Tapi yang utamanya ialah pengundi tetap memilih calon yang mereka lebih kenal rapat walau apa pun rekod yang ada pada calon tersebut. Mesti diakui, calon PAS masih jauh dihati pengundi di Bagan Pinang kerana mereka tidak pernah melihat calon tersebut sebelum ini. Mengapa kita lebih yakin dengan pemilihan Zulkefli yang didatangkan jauh dari luar Port Dickson? Mungkin kita tiada tokoh tempatan di Bagan Pinang atau kita tidak memasyarakatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Maka, PAS terlalu asing bagi mereka.

Ada yang berpendapat bahawa isu-isu yang berlaku di Selangor terutamanya banyak mempengaruhi undi dari kaum Cina dan India di Bagan Pinang. Kelantangan beberapa pemimpin PAS di Selangor mengkritik kerajaan PR Selangor secara terbuka khususnya berkaitan penjualan arak dan juga isu Selcat. Terdapat juga pemimpin PAS yang sengaja tidak memahami isu pemindahan kuil Hindu di Selangor. Mereka dengan lantang ingin menyuarakan kononnya mereka memperjuangkan Islam. Isu-isu ini bukan sedikit mengguris hati dan perasaan kaum Cina dan India, apatah lagi media kerajaan sentiasa mencari ruang untuk menunjukkan PAS di Selangor bermasalah dengan kepimpinan kerajaan PR Selangor. Seorang pemimpin besar PAS di Selangor pernah berkata beliau menentang pendekatan siasatan terbuka oleh Selcat semata-mata untuk menyelamatkan maruah orang Melayu. Inikah perjuangan kita? Apa beza kita dengan Umno/Bn?

Seribu janji oleh pemimpin Umno juga membutakan mata pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka ingin sekali berada di sebuah bandar baru yang mewah dan megah yang diberi nama `Bandar Tentera Darat'. Selepas ini mereka akan berangan berada di sebuah bandar yang moden, pesat dan bandarnya tidak lagi akan sepi selepas jam 7 malam. Bagi anggota-anggota tentera yang begitu banyak mengundi Isa Samad tentunya selepas ini akan sibuk membeli kasut Futsal dan seluar renang. Mereka juga akan berhutang dengan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) untuk membeli komputer peribadi kerana mereka tidak lama lagi akan dapat akses internet dengan menggunakan Wifi. Inilah yang mereka mahukan dan ini tentunya tidak dapat dijanjikan oleh calon PAS.

Permainan media pencacai tentunya seronok kerana mainan mereka kali ini berjaya memperdaya pengundi-pengundi di Bagan Pinang. Di tempat lain, media berupa akhbar Utusan Meloya ini tiada tempat langsung selain dari dijadikan alas pengalas punggung sewaktu mendengar ceramah pemimpin-pemimpin PR. Tetapi di Bagan Pinang, akhbar ini adalah kitab utama mereka selain dari berguru dengan TV tiga suku.

PAS pastinya selepas ini membuat post mortem di atas kegagalan merampas kerusi Dun Bagan Pinang. Faktor-faktor di atas mungkin tidak disenaraikan sebagai kemungkinan kita tewas. Mungkin ada faktor lain yang boleh PAS rumuskan sebagai punca kekalahan. PAS semestinya tidak bersendirian di dalam mencari sebab kekalahan ini kerana PAS berada bersama PR.

Walau apa pun sebabnya, kita sedikit pening memikirkan bagaimana undi kaum Cina dan India kembali kepada Bn walaupun di dalam kemelut berpanjangan MCA dan MIC. Saya melihat kemenangan ini bukan kerana kekuatan Umno tetapi kerana kelemahan kita sendiri di dalam beberapa perkara. Kesimpulannya bagi saya, PAS di Bagan Pinang dilihat tidak efisyen untuk melakukan perubahan. Pendek kata, PAS gagal merakyatkan penduduk-penduduk di Bagan Pinang. Mereka tidak kenal siapa calon PAS. /Kembali ke laman asal di sini.

UMNO MENANG, SEMAKIN SUKAR UNTUK HAPUSKAN RASUAH

Umno menang tetapi kalah dalam memerangi rasuah
Dzulfikar Mashoor
Sun | Oct 11, 09
TELOK KEMANG, 11 Okt: Umno memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sambil menghormati keputusan rakyat atas prinsip demokratik. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, dengan kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun ditolak oleh Umno; mengakibatkan Umno akan terus angkuh mengamalkan rasuah. Ujarnya lagi, kemenagan Isa ini sebenarnya tidak sedikit pun memulihkan kepercayaan palabur terhadap integriti kerajaan. Sebaliknya, ia bakal menjadi satu lagi titik gelita dalam sejarah integriti negara.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Bagan Pinang, Salehuddin Ayub yang sebelum ini yakin, N31 bakal memangkin gelombang ketiga Rasuah Musuh No.1 Negara, konsistan menjalaskan, keputusan pilihan raya hari ini akan mempercepat gelombang itu. Tegasnya lagi, N31 juga bakal dijadikan medan permulaan Pakatan memperjuangkan senarai undi pos bersih. Kedua-dua mereka mengulas keputusan pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam sidang media mereka jam 9 malam tadi. Turut serta dalam sidang media itu adalah calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar dan Pengarah Operasi Pilihan raya ini, Dr Dzulkefly Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.

SPR mengumumkan, calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi. Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman./Harakahdaily

Ahad, 11 Oktober 2009

FOTO - WAJAH SEORANG PEJUANG ISLAM DI BAGAN PINANG


Lihatlah wajahnya. Jelas penuh kesabaran di dalam memperjuangkan Islam dan menolak pemimpin rasuah untuk ditabalkan sebagai Wakil Rakyat di Dun Bagan Pinang. Apakah beliau berbaloi dengan perjuangannya sehingga bibir pecah? Di sisi dadanya terlekat lencana wajah kepimpian Ulamak dan beliau redha menyapu darah dibibirnya asalkan kepimpinan Ulamak utuh di dadanya. Mudah-mudahan insan mulia ini dirahmati Allah perjuangannya dan semangat beliau ini akan diwarisi oleh tujuh keturunannya nanti. Apa yang pasti, beliau tidak kesal untuk berjuang bersama PAS kerana PAS satu-satunya parti yang berjuang untuk Islam.

Seandainya, InsyaAllah, PAS menang, sudah pasti insan ini orang yang paling gembira. Sekiranya, Na`Uzubillah, parti rasuah itu menang, insan ini tidak akan berdukacita kerana darah yang mengalir di bibirnya itu pasti akan menjadi saksinya di dalam kubur dan di Akhirat nanti. Ya, Allah, kurniakanlah kemenangan kepada Islam dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang mempunyai semangat jihad seperti insan ini, Amin.

TAHNIAH MUSA HASSAN KERANA PANTAS KILAT BERTINDAK!!


Polis diarah siasat Anwar

SHAH ALAM – Sepasukan polis diarahkan mendalami siasatan terhadap kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Sri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai simpanan ‘master account’ sebanyak RM3 bilion.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa: Hassan berkata, pasukan itu turut diarahkan membuat rujukan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

:Menurutnya, tujuan rujukan tersebut dilakukan kerana kertas siasatan terdahulu pada tahun 1999 yang pernah dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR pada waktu itu) berhubung isu yang sama masih dalam siasatan pihak terbabit.

“Kertas siasatan yang pernah dilaporkan kepada BPR sebelum ini berhubung isu yang sama masih dalam siasatan mereka dan di pihak kita pula, siasatan terdahulu tidak pernah ditutup.

“Jadi di sini saya telah mengarahkan pegawai saya supaya membuat rujukan dengan SPRM untuk mendalami lagi siasatan itu termasuklah laporan yang baru kita terima,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ketu:a Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin agar polis mengadakan siasatan menyeluruh terhadap Anwar susulan dakwaan rakan karib Anwar, Datuk S Nalakarupan./Baca seterusnya di akhbar Sinar.

CULAAN BN MENANG, KEPUTUSAN PAS MENANG TIPIS - FAUZIAH SALLEH

Pakatan mampu buat kejutan di Bagan Pinang?
Darwis Zainal
Okt 11, 09
7:26am

Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini bersandarkan kepada hasil culaan yang dijalankan oleh PKR di semua daerah mengundi.

Ia termasuk culaan di kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina, kata ahli parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh.

Fauziah mengetuai jawatankuasa strategi dan culaan PKR untuk pilihanraya Kecil tersebut.

Menurut Fuziah, beliau bersama-sama jenteranya telah menjalankan culaan di semua lapan daerah mengundi termasuk kawasan majoriti Melayu, India (estet) dan Cina.

Hasilnya, kata beliau, Umno mendahului dengan majoriti tipis iaitu 51 peratus berbanding dengan 49 peratus untuk calon PAS.

"Maka saya optimis bahawa Pakatan Rakyat mampu merapatkan jurang yang tipis tersebut dan ada kemungkinan kita boleh melakukan kejutan dengan menumbangkan calon BN," katanya kepada Malaysiakini.

Pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang hari ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lepas. Beliau memenangi kerusi tersebut, dengan menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Hari ini, 13,664 pengundi di Bagan Pinang, termasuk lebih 4,000 pengundi pos, akan menentukan siapa yang bakal menjadi sebagai wakil mereka. Pengundian akan bermula jam 8 pagi hingga 5 petang ini.

"Bagaimanapun saya berharap pengundi protes yang membantah pencalonan Tan Sri Isa sebagai calon BN, akan memberikan undi tersebut kepada calon PAS", kata Fuziah.

Fuziah juga memberitahu bahawa keputusan culaan itu tidak mengambil kira undi pos.

"Untuk bermain dalam zon selamat, saya meletakkan situasi "worse case scenario" seolah-olah calon PR tidak mendapat sebarang undi pos.

"Maka jika keputusan culaan ini kekal dan tidak banyak berubah sehingga tamat masa mengundi, maka saya yakin kita akan merampas kerusi Bagan Pinang kerana pada ketika itu sudah pasti calon kita akan mendapat undi pos walaupun tidak tahu berapa angkanya,” katanya./Malaysiakini

Insiden penyokong baling botol minuman


Abdul Rahim Sabri
Okt 11, 09
11:49am

Beberapa insiden kekasaran antara penyokong parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang dilaporkan berlaku pagi ini.

Satu daripadanya berlaku di SK Teluk Kemang pada jam 11.20 pagi tadi, manakala satu lagi insiden berlaku di pusat pengundian SK Panglima Adnan.

Insiden di SK Teluk Kemang membabitkan perbuatan membaling batu dan botol air mineral.

Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal dan meredakan keadaan antara penyokong BN dan PAS.

Ketua Puteri Umno bahagian Teluk Kemang, Mimi Fadzury Md Tahir berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya, tiada yang cedera dalam insiden tersebut dan ia dapat diredakand oleh anggota polis yang berada di situ.

Mimi Fadzury bagaimanapun tidak pasti pihak manakah yang membaling batu dan botol minuman mineral itu.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai insiden itu ketika dalam perjalanan ke sekolah tersebut.

Bagaimanapun, setibanya di situ, keadaan sudah terkawal walaupun masih berlaku laungan mengejek satu sama lain antara penyokong parti-parti yang bertanding.

Menurutnya, Pemuda Umno kini berada di barisan hadapan untuk mengawal keadaan di situ.

Sementara kira-kira jam 10.10 pagi tadi, keadaan di pusat pengundian di SK Panglima Adnan riuh rendah dengan penyokong BN dan PAS melaung mengejek antara satu sama lain.

Kira-kira 5,000 orang berhimpun di situ. Penyokong sebuah parti kelihatan membaling botol air mineral melintasi jalan ke arah tempat penyokong PAS berhimpun./Malaysiakini

50-50 DI BAGAN PINANG KETIKA INI

50:50 di Bagan Pinang
Zulkifli Sulong
Sun | Oct 11, 09 | 8:40:40 am MYT
TELOK KEMANG, 11 Okt: 13,644 pengundi sah Bagan Pinang mula membuang undi pagi ini dengan lebih 95 peratus pengundi pos yang berjumlah 4,604 pengundi berdaftar telah selesai mengundi hingga semalam.

Mereka akan menentukan samaada calon Pakatan Rakyat dari PAS, Zulkefly Mohamad Omar atau calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad pilihan majoriti rakyat pantai peranginan Port Dickson ini.

Mereka terdiri dari 19.9 peratus pengundi India, kira-kira 10 peratus Cina dan selebihnya, 70 peratus adalah pengundi Melayu. Di kalangan Melayu itu, kira-kira 4,600 atau 32 peratus adalah pengundi pos.

Sehingga kini, kebanyakan pemerhati politik memberikan peluang kedua-dua pihak sehingga semalam adalah 50 : 50. Namun begitu, analisa di kalangan yang hampir dengan Umno memberikan kemenangan kepada calon mereka antara 600 hingga 1000 undi majoriti.

Ini berdasarkan andaian Isa akan mendapat 75 peratus undi Melayu, 70 peratus undi pos, India 45 peratus dan Cina 30 peratus.

Namun begitu, kajian yang dibuat oleh sekumpulan pensyarah Universiti Malaya berdasarkan 2,000 respondan secara rawak mendapati sokongan untuk PAS 56 peratus dan 46 peratus untuk BN.

ImageKajian yang dibuat oleh Ilham Centre pula menunjukkan Isa menjadi pilihan majoriti pengundi. Ini berdasarkan 48 peratus mereka mengenali Isa manakala Zulkefly hanya dikenali 11.7 peratus pengundi sahaja. Keutamaan cara pengundian juga adalah calon yang dikenali dan berwibawa.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang memberikan pendapat melampau namun tidak kurang juga asasnya. Mereka berkata Umno akan berjaa meningkat undi majoriti mereka sehngga ke 3,000 undi berbanding 2,333 undi dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Namun sikap melampau yang ditunjukkan oleh sesetengah juru kempen dan petugas Umno sehingga memukul petugas Pakatan Rakyat dan merobohkan khemah mereka sangat-sangat meragukan.

"Jika Umno yakin akan menang buat apa tindakan agresif sebegini? Ini tindakan orang yang tertekan dan takut dengan kekalahan," kata seorang rakan wartawan dari sebuah akhbar harian.

Tindakan ganas bermula Rabu lalu. Sekumpulan petugas Umno datang ke sebuah khemah Darul Syifa' yang ditubuhkan oleh PAS untuk memberikan perkhidmatan percuma di Taman Sirusa.

Kumpulan pertama ini memberikan amaran agar khemah itu dirobohkan dalam masa 24 jam. Selang beberapa jam datang lagi kumpulan kedua yang mengarahkan agar khemah itu dirobohkan segera bukannya dalam masa 24 jam.

Akibatnya dengan kasar khemah itu dirobohkan mereka. Petang semalam, sehari sebelum mengundi, berlaku juga pertengkaran dan pergaduhan di sini.

Kunjungan ke Taman Si Rusa Jumaat selepas itu dapat merasai betapa tegangnya keadaan antara petugas PAS dan Umno di situ. Ini kerana, markas mereka yang berdekatan antara satu sama lain.

Khemah-khemah PAS pula didirikan di tepi-tepi jalan kerana tidak ada penyokong PAS yang sedia memberikan rumah mereka kerana takut di ganggu dan diugut oleh petugas BN yang sudah lama bertapak di situ.

Image (Gambar:Pengundi OKU pertama ditolak masuk oleh petugas SPR)

Pusat akhtiviti PAS adalah di sebuah Pasti di situ. Kawasan ini dijaga oleh PAS Kedah dan PAS Johor.

"Kami banyak belajar dari PAS Kedah dalam kerja-kerja politik di sini," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamad ketika ditemui di situ.

Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, turut turun ke situ. Beliau banyak memberikan motivasi kepada petugasnya bukan memberikan kempen politik kerana majlis itu penuh dengan petugas PAS dari Johor dan Kedah di samping petugas tempatan.

"Tugas kita adalah berkempen dengan cara terbaik. Itu kerja kita. Menang kalah itu bukan kerja kita, itu kuasa Allah...Dia yang berkuasa menentukannya," kata Azizan.

Pengundi tempatan kurang menyertai majlis ceramah terutama yang dibuat di waktu siang kerana PAS agak asing bagi penduduk di sini. Mereka hanya mendekati PAS dan Pakatan melalui media khasnya media baru iaitu laman web dan blog di internet dan sms melalui telefon bimbit.

Calon BN, Tan Sri Isa yang memberikan ucapan di Si Rusa berkata, mereka semua ini orang luar yang datang buat kacau ke kawasan mereka.

"Selepas ini, mereka semua pulang. Siapa yang nak jaga kebajikan kitaa semua melainkan Umno," kata Isa dalam ceramahnya di sebuah rumah yang menjadi pintu masuk ke taman itu. Jalan di situ jam dengan kereta yang mahu keluar masuk.

Image(Gambar: Pengerusi SPR bersama pegawainya masuk ke pusat pengundi pagi ini.)

Turut terperangkap adalah kenderaan PAS yang dibawa PAS Kedah untuk berkempen di sini. Ia berupa kenderaan pacuan empat roda yang dilengkapkan dengan alat siar raya di atasnya. Ketika itu mereka sedang berkempen untuk memanggil orang ramai ke ceramah yang akan diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malamnya (9 Oktober).

Adun Ladang, Terengganu, Datuk Tengku Hassan mempunyai cerita tersendiri dalam siri kempen yang dibuat di sini.

"9 dari sepuluh pengundi yang kami temui memberikan jawapan positif kepada PAS. Namun kami bimbang kalau jawapan yang sama juga diberikan kepada jurukempen Umno," kata Tengku Hassan bekas Pegawai Kanan kerajaan Terengganu itu.

Anggota Parlimen Kota Raja, Selangor, Dr Mariah Mahmud juga mempunyai ceritanya sendiri. Sejak datang ke sini kira-kira seminggu lalu, beliau tidak pulang ke kawasannya di Selangor.

"Kalau saya pulang, saya kena jaga penduduk Kota Raja. Kalau saya ada di sini, mereka faham saya bertugas dan terpaksa tangguhkan apa-apa khidmat untuk mereka buat sementara," kata Mariah.

Dr Mariah bersama pasukannya yang dibawa dari Kota Raja menjaga peti undi Ladang Seliau tempat pengundi India bermastautin. Ini berdasarkan demografi Parlimen beliau yang ramai pengundi India itu.

"Kami dah kenalpasti hampir kesemua pengundi kita dahulu dan cuba mempertahankannya di samping menambah pengundi baru," kata seorang petugas Dr Mariah yang ditemui.

Pendek kata, dalam pilihan raya kecil kali ini, petugas Umno pasti terkejut besar. Buat pertama kalinya mereka merasakan tekanan dengan juru kempen yang memenuhi kawasan yang selama ini menjadi kubu kuat Umno.

Harakahdaily akan memberikan maklumat keputusan ini secara langsung. Keputusan pertama akan diketahui sekitar jam 6 petang nanti. _/Harakahdaily

BAGAN PINANG - UNDIAN KL POST KATA PAS MENANG

Laman Web KL Post, undian dari pengunjung berakhir hari ini 11 Okt 09 jam 12.00 tengahari meramalkan PAS menang di Bagan Pinang. Undian mengatakan PAS menang adalah 83 %, dan yang meramalkan Umno menang hanya 17 %./Kembali ke laman asal di sini.

VIDEO - CERAMAH DS ANWAR DI BAGAN PINANG

Ikuti Ceramah DS Anwar di Bagan Pinang. Beliau tidak gentar disiasat atas dakwaan wang 3 bilion, tetapi bagaimana dengan KJ? Ikuti di sini, klik di bawah:

http://tvceramah.blogspot.com/2009/10/ceramah-dsai-di-bagan-pinang.html