RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 29 Jun 2013

RUPA-RUPANYA DAKWAT BERPERISA MAKANAN ITU ADA KELASNYA TERSENDIRI....

AKU mahu mengulas sikit apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, khususnya berkaitan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi jaminan bahawa 'dakwat kekal yang lebih baik" akan digunakan di dalam PRK Dun Kuala Besut, Terengganu tidak beberapa lama lagi.

Ertinya, dakwat kekal yang 'berperisa makanan' yang berharga lebih kurang RM7 Juta itu rupa-rupanya ada kelas tersendiri iaitu "Lebih baik, baik dan tidak baik".  Itulah yang boleh kita faham dari apa yang diperkatakan oleh orang Nombor Dua di dalam SPR yang mana orang ini adalah salah seorang yang menjadi mangsa maki hamun, sumpah seranah dari rakyat yang terasa mereka tertipu dengan dua ekor makhluk dari SPR ini.

Semakin banyak kenyataan yang cuba menangkis dakwaan penipuan SPR, semakin teserlah penipuan SPR.  Mengapa di dalam PRU 13 SPR tidak gunakan 'dakwat yang terbaik' itu jika benar dakwat kekal tersebut ada yang terbaik dan tidak berapa baik?  Apakah berbaloi wang rakyat RM7 Juta digunakan hanya untuk dakwat berperisa makanan tetapi tidak semuanya 'yang terbaik'?

Tolonglah SPR.  Hentikan terus buat kenyataan yang akan menjadi bahan ketawa orang ramai, walaupun di dalam ketawa rakyat memendam rasa kebencian kepada kamu.  Jika benar kamu seorang manusia yang mempunyai maruah dan ada sifat malu, lepaskanlah jawatan kamu.  Sampai bila kamu mahu memakan wang gaji yang dibayar oleh rakyat di dalam masa yang sama kamu 'kencing' rakyat?

Apabila didesak oleh Pembangkang di dalam Parlimen, syarikat manakah yang membekalkan dakwat berperisa makanan itu, Menteri pula menjawab bahawa nama syarikat pembekal tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.  Wey...beli senjata pun orang sebut nama pembekal atau syarikat, ini beli dakwat perisa makanan pun boleh rahsia?   Apa kena mengena dengan isu keselamatan?  Keselamatan siapa mahu kamu jaga?  Mengapa takut mahu dedahkan? 

Seorang lagi Menteri berkata, dakwat itu tiada bahan kimia seperti di India kerana Malaysia mahu menjaga keselamatan rakyat.  Aku mahu tahu, semenjak India menggunakan dakwat kekal di dalam Pilihanraya negara mereka, berapa juta rakyat India yang sakit atau mati akibat dakwat kekal?  Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ini.

Nampaknya tembelang SPR semakin lama semakin jelas.  Pengerusi SPR dan Timbalannya sewajibnya meletakkan jawatan di samping dikenakan tindakan di atas kebodohannya di dalam membuat keputusan penting.  Sebab itulah aku kata, betapa pentingnya MP-MP dari PR mengangkat Sumpah di Parlimen kerana jika mereka tidak berada di Parlimen sekarang, sampai sekarang kita tidak tahu tembelang SPR.  

Khamis, 27 Jun 2013

ANAK MUDA "BERSILAT" SESAMA SENDIRI, SYIAH DATANG SEBAGAI BATU API

MEMANG aku dah jangkakan, perbalahan akibat strategi masing-masing di dalam menekan SPR akhirnya akan diambil kesempatan oleh pihak lain yang sememangnya suka melihat kita sesama kita berbalah.  Musuh masing-masing tetap sama iaitu Umno dan SPR, tetapi melihat kepada perbalahan seolah-olah kita sesama kita ini seperti musuh ketat zaman berzaman.

Di dalam FB Penyelaras SAMM, Chegu Bard aku lihat ada beberapa orang yang mengambil kesempatan menghangatkan perbalahan kononnya di antara Chegu Bard dengan Ketua Pemuda PAS.  Ini timbul apabila TV3 suku bangsat itu menyiarkan temubual YB Us Nasruddin Tantawi dengan pihak media di Parlimen baru-baru ini.  Memang TV3 suku dikenali sebagai lidah resmi Syaitan yang pastinya akan sentiasa mencari ruang bagaimana untuk mengelirukan penonton-penonton terutamanya yang bengap-bengap di kampong.  Maka, temubual atau soal jawab dengan Ketua Pemuda PAS itu tidak disiarkan sepenuhnya oleh TV bangsat tersebut.  Yang di'highlight'kan adalah kenyataan YB Us Nasruddin Tantawi, "Saya terima keputusan Pilihanraya..". 

Maka, ramailah yang melatah dengan kenyataan itu.  Hakikatnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu terang-terang dan jelas menyebut bahawa menolak sebarang bentuk penipuan Pilihanraya dan kepincangan sistem demokrasi di negara ini.  Bukankah beliau juga hadir sewaktu Himpunan Rakyat Blackout 505 di Padang Merbok baru-baru ini?  Bukankah itu salah satu cara atau pendekatan kita untuk menunjuk rasa tidak puas hati serta menuntut agar Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan?  Jadi, mengapa cepat sangat melatah?

Anak muda terutamanya warga SAMM telah melaksanakan pendekatan mereka tersendiri yang sememangnya kita hormati dan sokong.  Perkhemahan sekumpulan anak muda di Padang Merbok seterusnya berarak di depan Parlimen juga ramai yang sokong.  Walaupun ada di antara mereka itu menyalak memaki hamun MP-MP dari PR yang mengangkat sumpah, bagi aku itu bukan suara SAMM.  Masakan SAMM beraksi seperti orang hilang akal.  Aku dengar khabar suara itu datangnya dari 'kumpulan Anarki"  Siapa tu?

Berhenti setakat itu isu tersebut sebab aku sudah ulas di dalam artikel aku sebelum ini.  Cuma, aku mahu beritahu kita kena berhati-hati kerana telah mula ada puak Syiah yang sememangnya amat bermusuh dengan PAS kini telah mula meresap ke dalam FB di kalangan kita.  Mereka mainkan peranan menjadi batu api laga-lagakan anak-anak muda dengan PAS.  Salah seorang dari mereka ada menyebut bahawa anak-anak muda yang berhimpun dan berarak itu telah di'kencing' oleh Pemuda PAS.  Batu api ini memang kerja Syiah yang kini setiap hari dilaknat oleh umat-umat Islam di negara kita.

Sehubungan itu, berhati-hatilah.  Jika anak-anak muda ini ingin meneruskan silat gayung mereka dengan Pemuda PAS, silakan dengan hujah-hujah kamu, tetapi jika puak-puak Syiah ini datang, berpakatlah kamu untuk sepak terajang Syiah yang sesat itu.  Syiah tidak akan senang hidup mereka selagi wujudnya Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Rabu, 26 Jun 2013

BERADA DI LUAR PARLIMEN UNTUK DESAK SPR, TAPI MENGAPA MAKI HAMUN PEMIMPIN PR?

AKU memberikan sepenuh tabik hormat aku kepada seluruh komrad anak muda yang bersama-sama rakyat Malaysia berarak dari Ibu Kota menuju ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun baru-baru ini.  Aku tidak berminat untuk mendengar ceramah di Padang Merbok pada petang tersebut, tetapi aku merasakan sesi perarakan seluruh rakyat dari beberapa check point di Ibu Kota amat memuaskan hati.  

Seterusnya aku lebih berbangga apabila sekumpulan anak-anak muda yang majoritinya dari Komrad SAMM terus berkampung di Padang Merbok untuk menanti hari angkat Sumpah MP di Parlimen pada 24 Jun.  Aku tidak dapat bersama mereka tetapi saban waktu aku mendoakan keselamatan buat kesemuanya.

Pada 24 Jun, mereka berarak menuju ke Parlimen untuk mendesak Pengerusi SPR dan Timbalannya meletakkan jawatan.  Di sini, bermulalah apa yang aku katakan bahawa niat baik, objektif yang baik dan perlaksanaan yang tersusun mula dirobek oleh beberapa orang yang mahu digelar hero.  Aku mendapat berita dari rakan yang berada di sana yang mula balik awal kerana tidak tahan telinga mendengar beberapa suara sumbang memaki hamun YB Khalid Samad, MP dari Shah Alam.  

Aku tidak rasa suara itu datangnya dari budak-budak SAMM kerana aku tahu Chegu Bard tidak akan mendidik anak-anak buahnya berkelakuan seperti budak bodoh.  Chegu Bard telah lama mengajar dan menunjukkan contoh bahawa anak muda bukan sahaja mesti berani tetapi juga mesti bijak.  Berani tetapi bodoh tidak membantu perjuangan anak muda.  Memaki hamun MP di Parlimen yang selama ini kita sokong perjuangan mereka bukan kerja orang bijak.  Jika setakat datang ke Parlimen untuk memaki hamun MP dari Pakatan Rakyat, tidak perlu sedekah tubuh untuk ditangkap, memadai serah kepada pencacai Umno atau Perkasa sahaja buat kerja bodoh itu.

Apakah kita marah mereka angkat sumpah?  Kononnya hipokrit, kita dakwa SPR tipu tetapi MP kita angkat sumpah?  Jika begitu, alangkah baiknya kita tidak perlu memasuki PRU 13 baru-baru ini kerana bukan sekarang kita tahu sistem Pilihanraya di negara kita ini tidak pernah adil.  Mengapa kita masuk juga PRU?  Chegu Bard pun masuk bertanding, adakah Chegu Bard tidak tahu SPR tidak pernah bertindak adil semenjak dahulu?  Mengapa Chegu Bard masuk bertanding?  Jawapannya sudah pasti sama dengan jawapan MP-MP yang mengangkat sumpah itu.

Sebab itu aku yakin dan percaya budak-budak SAMM tidak sebodoh itu untuk memaki hamun MP-MP yang mengangkat sumpah.  Jika ada pun, sudah tentu mereka hanya mengaku budak-budak SAMM untuk mencemarkan atau memalukan Chegu Bard.  

Ada yang persoalkan mengapa DS Anwar kelihatan berbaik dengan Najib di Parlimen sedangkan di luar rakyat bangkit membantah SPR?  Apakah mereka mahu DS Anwar bermasam muka dengan Najib?  Atau DS Anwar perlu sepak terajang Najib di dalam Parlimen?  Kita jangan hipokrit.  DS Anwar bukan tidak tahu atau kenal Najib, tetapi di dalam situasi mana DS Anwar perlu bertindak dan berdepan dengan Najib.  Menunjukkan muka senyum atau makan semeja bukan bermakna DS Anwar jual prinsip perjuangan beliau selama ini.  Seperti juga Komrad SAMM yang sepanjang perarakan dari Petaling Street ke Padang Merbok, mereka tidak putus-putus menyanyikan lagu " Polis Baik...Polis Baik...Polis Baik Negara Aman...".  Adakah kita mahu sebut semua Polis adalah baik?  Semenjak bila SAMM iktiraf Polis kita amat baik kepada rakyat?  Bukankah muka Chegu Bard pernah pecah sewaktu BERSIH 3?  Siapa punya angkara?  Mengapa SAMM nyanyikan lagu "Polis Baik"?

Jawapannya, sama juga dengan jawapan mengapa DS Anwar kelihatan berbaik dengan Najib.  Apakah kita tidak boileh berfikir secara matang?  Apakah kita rasa perjuangan kita sahaja yang betul dan kita marah kepada orang lain yang tidak mengikut perjuangan kita?  Bagi aku, anak-anak muda ada caranya mereka berjuang.  Wakil-Wakil Rakyat juga berjuang dengan cara mereka.  Suara anak muda mesti dibawa ke dalam Parlimen.  Para peguam kita pula berjuang di mahkamah melalui undang-undang.  Bloggers dan facebookers juga mesti berjuang di alam maya.  Tentulah lebih berkesan jika rejim ditekan dan diserang dari semua sudut?

Aku puji anak-anak muda yang komited dan fokus untuk turunkan SPR sepertimana yang diusahakan oleh anak-anak buah Chegu Bard.  Tapi aku sedikit pun tidak respek anak muda yang turun  hanya untuk menunjukkan mereka hero dengan memaki hamun pimpinan PR. 

Apapun tahniah kepada mereka yang terus fokus kepada perjuangan.  Tahniah juga kepada MP-MP yang terus memberikan sokongan moral kepada anak-anak muda ini.  Pada aku Komrad SAMM telah mencapai objektifnya walaupun terdapat seorang dua entah dari mana datangnya telah bertindak di luar kawalan mereka.


Ahad, 23 Jun 2013

MENGAPA DIPERLEKEHKAN ANAK MUDA DI PADANG MERBOK?

SEMALAM himpunan suara rakyat 505 di Padang Merbok, KL selamat diadakan.  Ramai yang gembira kerana fitnah media umno bahawa himpunan itu bertujuan untuk membuat huru-hara ternyata meleset. Telahan seorang pegawai polis KL yang menyebut himpunan tersebut bertujuan untuk provokasi pihak polis juga ternyata silap besar.

Ramai juga yang merasa tidak puas hati kerana perhimpunan semalam hanya berakhir dengan beberapa siri ceramah sahaja.  Bagi aku, perhimpunan semalam memang menepati kehendak perhimpunan kerana kita tidak akan membuat tindakan yang lebih dari yang telah kita rancang.  Yang kecewa mungkin ada mempunyai hasrat yang lebih dari itu.

Secara peribadi aku tidak merasa seronok berhimpun di Padang Merbok, tetapi amat gembira dapat berarak beramai-ramai dari Petaling Street menuju ke Padang Merbok.  Pada aku, perarakan itulah sebenarnya isi kepada himpunan petang semalam bukannya ceramah yang telah diadakan.  

Ada pihak yang memandang sinis tindakan beberapa anak muda yang memasang khemah dan bermalam di Padang Merbok, KL sejak petang semalam.  Kita boleh berbeza dari segi pendekatan menunjukkan rasa amarah kita kepada sebarang bentuk penipuan PRU.  Pendekatan anak-anak muda ini lebih jauh ke hadapan sedikit dari kita yang mungkin hanya mampu datang untuk berarak, berhimpun dan kemudiannya balik ke rumah.  Jika kita tidak setuju dengan kaedah mereka untuk terus berkhemah sepatutnya kita jangan memperlekehkan mereka.

Ada pihak yang terlalu impikan revolusi bukan lagi reformasi.  Pendapat aku, revolusi tidak perlu dirancang kerana ianya akan datang sendiri apabila segala ruang demokrasi telah ditutup serapat-rapatnya.  Buat waktu ini, di negara kita ruang untuk salurkan maklumat atau tunjuk rasa masih ada walaupun terlalu sempit.  Maka gunakan ruang yang ada ini sebelum kita memikirkan cara revolusi yang kita sendiri tidak mahu terjadi.  Memang lambat untuk berjaya dengan ruang yang sedikit tetapi yang penting adalah kesannya yang boleh dilihat sedikit demi sedikit.  

Himpunan ini bolehlah dianggap sebagai satu latihan persiapan mental dan fizikal sebelum kita melangkah lebih jauh lagi sekiranya suatu hari nanti negara kita memerlukan revolusi menggantikan demokrasi.  Tetapi yakinlah, tiada revolusi selagi ada ruang walaupun amat sempit buat kita.  Tahniah buat anak-anak muda di Padang Merbok.