AKU mahu mengulas sikit apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, khususnya berkaitan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi jaminan bahawa 'dakwat kekal yang lebih baik" akan digunakan di dalam PRK Dun Kuala Besut, Terengganu tidak beberapa lama lagi.
Ertinya, dakwat kekal yang 'berperisa makanan' yang berharga lebih kurang RM7 Juta itu rupa-rupanya ada kelas tersendiri iaitu "Lebih baik, baik dan tidak baik". Itulah yang boleh kita faham dari apa yang diperkatakan oleh orang Nombor Dua di dalam SPR yang mana orang ini adalah salah seorang yang menjadi mangsa maki hamun, sumpah seranah dari rakyat yang terasa mereka tertipu dengan dua ekor makhluk dari SPR ini.
Semakin banyak kenyataan yang cuba menangkis dakwaan penipuan SPR, semakin teserlah penipuan SPR. Mengapa di dalam PRU 13 SPR tidak gunakan 'dakwat yang terbaik' itu jika benar dakwat kekal tersebut ada yang terbaik dan tidak berapa baik? Apakah berbaloi wang rakyat RM7 Juta digunakan hanya untuk dakwat berperisa makanan tetapi tidak semuanya 'yang terbaik'?
Tolonglah SPR. Hentikan terus buat kenyataan yang akan menjadi bahan ketawa orang ramai, walaupun di dalam ketawa rakyat memendam rasa kebencian kepada kamu. Jika benar kamu seorang manusia yang mempunyai maruah dan ada sifat malu, lepaskanlah jawatan kamu. Sampai bila kamu mahu memakan wang gaji yang dibayar oleh rakyat di dalam masa yang sama kamu 'kencing' rakyat?
Apabila didesak oleh Pembangkang di dalam Parlimen, syarikat manakah yang membekalkan dakwat berperisa makanan itu, Menteri pula menjawab bahawa nama syarikat pembekal tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. Wey...beli senjata pun orang sebut nama pembekal atau syarikat, ini beli dakwat perisa makanan pun boleh rahsia? Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa mahu kamu jaga? Mengapa takut mahu dedahkan?
Seorang lagi Menteri berkata, dakwat itu tiada bahan kimia seperti di India kerana Malaysia mahu menjaga keselamatan rakyat. Aku mahu tahu, semenjak India menggunakan dakwat kekal di dalam Pilihanraya negara mereka, berapa juta rakyat India yang sakit atau mati akibat dakwat kekal? Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ini.
Nampaknya tembelang SPR semakin lama semakin jelas. Pengerusi SPR dan Timbalannya sewajibnya meletakkan jawatan di samping dikenakan tindakan di atas kebodohannya di dalam membuat keputusan penting. Sebab itulah aku kata, betapa pentingnya MP-MP dari PR mengangkat Sumpah di Parlimen kerana jika mereka tidak berada di Parlimen sekarang, sampai sekarang kita tidak tahu tembelang SPR.

memang spr buat kerja dajjal ! pelingkop duit rakyat,ABU jangan lupa !
BalasPadam