RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 16 April 2011

TIDAK RASMI: PR - 14, BN - 11,


14

Bukit Assek
Repok
Kidurong
Maradong
Layar
Meluan
Kakus
Tamim
Jepak
Tasik
Biru
Ba'Kelalan
Krian
Tebedu Tarat


11

Dudong
Bawang Assan
Simanggang
Bkt Kota
Saribas
Semop
Bukit Saban
Sadong Jaya
Tanjung Datu
Sebuyau
Beting Maro

Sumber: Warta365.blogspot

TERKINI TIDAK RASMI - PR - 10, BN - 7

PKR -8

DAP - 2

PBB - 7

Sumber: Malaysiakini

TIDAK RASMI: PR - 8, BN - 4


Apr 16, 11

Pengiraan undi telah bermula di pusat-pusat undi tertentu yang telam ditutup. Kecuali dinyatakan, berikut adalah keputusan tidak rasmi:

LAPORAN LANGSUNG

3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1

3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi:

PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477

3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas:

BN- 1638
PKR - 601
Majoriti - 1037

3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong.

Di Bawang Assan, orang kuat Supp Sibu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada pendatang baru dari DAP, Alice Lau.

3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi

Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.

3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.

Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.

Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam twitternya menulis DAP juga mendahului di semua enam saluran yang sedang dikira.

3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.

3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.

3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.

Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.

2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.

Keputusan tidak rasmi:

BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008

2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro

PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.

2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0

1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.

1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525

1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus


PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.

12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

Sumber: Malaysiakini

PRN SARAWAK - TAMAT KONSERT, ORANG PUN CABUT

Rakyat cabut sebaik konsert tamat di ceramah SUPP

Chen Shaua Fui dan Ong Vic Kee
Apr 15, 2011

Kelompok manusia menjadi rebutan antara ceramah SUPP dengan DAP menjelang saat-saat akhir PRN Sarawak 2011. SUPP cuba menarik kelompoknya dengan mengundang penyanyi tempatan terkenal, Michael Wong ke ceramah mereka, bagaimanapun tetap gagal apabila puluhan ribu membanjiri ceramah DAP.

Keadaan di Sibu semalam menyaksikan pertembungan antara ahli politik dengan penyanyi terkenal, dalam jarak 300 meter - namun kesudahannya lebih memihak kepada DAP-Pakatan Rakyat. Sebagaimana yang diperhatikan wartawan, hanya kira-kira dua ribu orang, kebanyakannya pemuda-pemudi, dan antaranya mungkin ada yang belum sampai umur untuk mengundi yang menunggu konsert Michael di ceramah SUPP. Sebaliknya, ceramah DAP berjaya menarik kehadiran lebih daripada 10,000 orang.

Kedua-duanya ceramah bermula pada kira-kira jam 7 petang, semalam. Tanpa kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat utama seperti Anwar, Lim Kit Siang, Nik Aziz dan sebagainya, DAP masih berjaya menarik perhatian ratusan orang. Bilangan ini semakin bertambah, sehingga melebihi 10 ribu orang apabila penceramah terkenal seperti Nga Kor Ming (ahli parlimen Taiping), Hew Kuan Yau, Liew Ching Tong (ahli parlimen Bukit Bendera) dan lain-lain tiba di situ. Malah apabila konsert dimulakan di ceramah SUPP, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat ceramah DAP.

Rakyat cabut sebaik konsert tamat

Ceramah SUPP pula membariskan Presiden Gerakan Koh Tsu Koon, Setiausaha Gerakan Teng Chang Yeow, dan calon-calon SUPP seperti Wong Soon Koh (Bawang Assan), Tiong Thai King (Dudong), Chieng Buong Toon (Batu Assek), Goh Chun Siong (Pelawan) dan lain-lain. Kesabaran hadirin mulai hilang apabila hujan turun renyai-renyai, dan menjerit agar konsert dimulakan.

Pada kira-kira jam 10.35 malam, Michael Wong mula bernyanyi untuk 30 minit, bagaimanapun beliau tidak menyeru agar penduduk mengundi BN. Selepas tamat nyanyiannya, orang di situ mula mencabut walaupun Teng Chang Yeow sedang memberi ucapannya. Keadaan ini membuatkan suasana ceramah SUPP semakin dingin, dan mereka yang belum berucap termasuk Koh Tsu Koon dan Chieng Buong Toon.

6000 sambut Anwar di Kuching

Di Kuching pula, Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim disambut dengan kelompok kira-kira 6,000 orang, dan beliau menyeru agar pengundi menyokong calon DAP di Padungan, walaupun penyandangnya, Dominique Ng dari PKR bertanding atas kapasiti calon bebas kali ini. Beliau disambut tepukan apabila berjanji berjuang habis-habisan walaupun terpaksa mengharungi serangan seperti tohmahan dan fitnah terhadap dirinya.

Sementara itu, bekas ahli parlimen Kuching, Sim Kwang Yang juga turun padang dan berkempen untuk calon PKR-Batu Lintang See Chee How, dan Chong Chieng Jen, calon DAP di Kota Sentosa. "Ini pertentangan antara rakyat dengan politik wang. Biarpun kuasa rakyat agak tipis, namun seandainya kuasa seluruh rakyat ditumpukan, maka kuasa wang akan ditumbangkan," kata Sim Kwang Yang yang mendakwa dirinya telah menghidu bau "tsunami politik".

"Sudah 32 tahun saya menunggu hari ini. BN adalah paling lemah pada kali ini. Moga-moga pengundi merenung sebaik-baiknya, mengambil kesempatan yang ditunggu-tunggu ini," harapnya.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, dan Ong Vic Kee adalah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari dua laporan di Sibu dan Kuching.

CERAMAH EZAM DI SARAWAK ADA KONSERT

Konsert BN gagal saingi ceramah Pakatan

Andrew Ong
Apr 15, 11

BN menganjurkan acara terbesarnya semalam, dengan mengadakan konsert terbuka di Pusat Komersil 101 di Jalan Tun Jugah, yang menjadi lokasi beberapa pusat penjaja yang mampu menampung ratusan pengunjung setiap malam.

NONEIklan dalam sebuah akhbar menjanjikan cabutan bertuah, yang kemudian merupakan set TV dan persembahan hiburan oleh penyanyi terkenal dari Semenanjung.

Penceramahnya ialah barisan calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) untuk Pending, Kota Sentosa, Padungan, Batu Lintang and Batu Kawah, berucap bersama dengan pemimpin BN dari semenanjung.

Bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor merupakan penceramah pertama, dan seperti biasa, menghentam PKR, tetapi dalam nada yang lebih lembut kerana mungkin beliau tidak biasa dengan hadirin dari kalangan masyarakat Cina.

Ezam menggesa mereka supaya menolak bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan ramai pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Nombor pendaftaran parti saya ialah 007. James Bond," kata Ezam berseloroh, " Dan saya telah meninggalkan parti itu. Satu-satunya yang tinggal (antara pengasas PKR) ialah 001 - Dr Wan Azizah (Wan Ismail)".

NONEManakala ketua Pemuda SUPP, Sih Hua Tong - calon BN bagi kerusi Batu Lintang, pula dalam ucapannya menghentam DAP kerana memutarbelitkan sebutan nama SUPP - seperti yang dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina - sebagai parti orang utan. Ia kerana sebutan SUPP dalam bahasa Cina hampir sama dengan sebutan perkataan orang utan.Bagaimanapun, agak sukar untuk mengukur sama ada hadirin turut berkongsi sentimennya walaupun Sih bertanya sama ada mereka juga marah dengan gelaran seumpama itu.

Tindak balas hadirin agak lemah, berbanding dengan di perhimpunan Pakatan, tetapi apa yang jelas ialah calon SUPP bagi kerusi Pending - pakar kardiologi, Dr Sim Kui Hian, mempunyai penyokong yang ramai.

Sejumlah hadirin kelihatan beredar selepas ucapan Sim, yang dianggap salah seorang calon terkuat, yang dibariskan oleh BN dan
satu-satunya calon yang dianggap mempunyai peluang untuk menumbangkan penyandang kerusi itu dari DAP.

dap miri ceramah rain and umbrellaKira-kira 2 km di Taman BDC, suasananya begitu berbeza sekali, dengan orang ramai berhimpit-himpit seperti 'tin sadin' untuk mendengar ceramah anjuran DAP di tempat letak kereta pusat perniagaan kecil di situ.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penceramah utama yang berjaya mempersonakan para hadirin sebaik sahaja memulakan ucapannya./Malaysiakini

VIDEO - CERAMAH ANWAR `LAST KOPEK', BN BAKAL BERKUBUR DI SARAWAK?









PRN SARAWAK - DAP TAWAR WANG ?

Pakatan hantar 'perisik' pantau rumah panjang

Kuek Ser Kuang Keng
Apr 15, 11

Bimbang berlakunya politik wang pada saat terakhir kempen, menyebabkan Pakatan Rakyat menghantar 'perisik' ke rumah panjang bagi mengutip bukti terhadap dakwaan itu.

Pembelian undi dikatakan selalu berlaku pada malam sebelum pengundian (malam ini), terutamanya di kawasan Iban.

Pengundi dikatakan akan berjaga malam bagi menunggu kedatangan wang tunai daripada ejen parti.

Semalam, memetik seorang kapitan, Malaysiakini melaporkan senarai nama diberikan kepada agen supaya wang dapat diagihkan.

Menurut pengarah kempen PKR dan DAP di pelbagai kawasan luar bandar, menyedari strategi 'carpet bombing' dengan menyuntik wang pada saat-saat akhir, Pakatan kini mempunyai cara mengatasinya.

"Mungkin kita boleh hantar orang ke rumah panjang, tetapi mesej penting yang hendak kita sampaikan pada lawan kita, 'kami melihat anda'," kata pengarah kempen PKR kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, DAP di Sri Aman mengambil pendekatan lebih agresif, dengan menawarkan hadiah wang tunai kepada pihak yang dapat mengambil gambar kejadian itu./Malaysiakini

Jumaat, 15 April 2011

SUSAHNYA BERCERAMAH DI MALAM AKHIR

20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching

Andrew Ong
Apr 15, 11

Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.

Chong Snr ceramah in kuchingPara penyokong segera membentuk perisai manusia untuk
menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.

Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.

Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.

Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.

Chong Snr ceramah in kuchingAtas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"

[Baca berita penuh]

Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Crowd outside dap sri aman ceramahPolis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.


Dap ceramah in MiriDAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.


Cops break up kuching ceramahKetegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit./Malaysiakini

DENDAM ZUL KULIM PADA ANWAR TIDAK PERNAH PADAM

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKALI lagi teramat sukanya saya untuk menjawab hujah Zul Kulim seperti yang beliau tulis di dalam blognya bertajuk "Haq Dan Kebenaran' dan tulisan peguam dangkal ini dipetik pula oleh akhbar pencacai Utusan Meloya. Zul Kulim senaraikan 6 bukti kununnya menunjukkan wajah sebenar Anwar dan mahu rakyat percaya dan menjadi bodoh seperti beliau. Rujuk sini.

Bukti pertama kata Zul Kulim, Anwar berbohong tentang 16 Sept untuk menubuhkan Kerajaan. Isu ini ramai rakyat sudah faham dan telah dijelaskan oleh Anwar di dalam beberapa ceramahnya malahan Zul Kulim ketika itu pun masih berada di dalam PKR. Cita-cita 16 Sept bukan bohong, tetapi ianya ditakdirkan tidak berlaku sahaja. Namun demikian, 16 Sept benar-benar menggemparkan Umno/Bn sehingga berbelas MP cabut ke Taiwan. Anwar mohon diadakan sidang khas Parlimen ketika itu, namun ianya tidak dilakukan. Apakah satu sasaran untuk menubuhkan kerajaan gagal boleh dianggap bohong?

Kedua, kata firaun besar ini lagi adalah berkaitan sumpah laknat. Isu ini juga jelas menunjukkan Zul Kulim teramat jahil tentangnya. Semenjak bila peguam boleh percaya dengan sumpah dalam hal isu jenayah seperti ini? Islam ada kaedah bersumpah bukan boleh main-main sumpah seperti Ezam sesumpah, Umi Hafilda dan Najib lakukan itu. Seperti yang diterangkan oleh Tuan Guru Hj Hadi, Anwar boleh bersumpah sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan Anwar perlu berbuat demikian. Masalahnya, apabila Anwar cuba merujuk kes ini ke mahkamah syariah, ada menteri yang halang pula. Apabila kes ini telah dilaporkan oleh Saiful ke pihak Polis, maka ianya menjadi kes jenayah dan di mana lojiknya sumpah di dalam kes ini?

Bukti ketiga pula kata Zul Kulim, mengapa Anwar terlalu liat mahu serah DNA nya? Adakah Zul Kulim merasa Anwar itu sebodoh beliau untuk menyerahkan tengkuk untuk disembelih? Di dalam kes liwat pertama dulu, bukankah terbukti DNA Anwar telah dimanipulasikan? Ketika itu Zul Kulim pun berada di dalam kumpulan peguambela Anwar walaupun mungkin sekadar menjadi `tukang pikul fail' sahaja. Mengapa Zul Kulim tidak bertanya tentang beberapa sample DNA yang berlainan sekitar dubur Saiful? Mengapa Zul Kulim sasarkan Anwar sahaja? Jelas, ada motif sakit hati dan dendam. Jika kita jumpai DNA Zul Kulim di dubur seekor khinzir, adakah Zul Kulim boleh terima tuduhan bahawa beliau meliwat Khinzir?

Bukti Keempat, Zul pertikaikan mengapa Anwar melenting di dalam kes video seks sedangkan tiada siapa yang menuduhnya? Zul Kulim mungkin lupa apa yang beliau katakan beliau yakin 110% siapa pelaku di dalam video seks itu. Anwar bukan kali pertama difitnah dan diaibkan, maka pelik apanya Anwar merasa video seks itu semestinya mensasarkan beliau? Zul Kulim ingat Anwar lupa segala yang telah beliau lalui sebelum ini? Dan, ternyata jangkaan Anwar itu tepat di mana siapa lagi sasaran kaki fitnah video seks itu jika bukan beliau? Cuma Zul Kulim yang lembab sehinggakan menuduh kununnya video itu permainan politik Anwar sendiri. Mengapa Zul Kulim tidak sebut mengapa si pemilik dan si tukang tayang video lucah itu tidak ditangkap dan didakwa? Bukankah yang menayangkan video lucah Chua Soi Lek ditangkap? Mengapa tidak di dalam kes ini? Zul Kulim berjuang atas dasar apa? Jelas, atas dasar benci dan dendam sahaja.

Akhirnya, Zul Kulim sebut bukti ke lima dan keenam adalah mengapa di tahun 1997, Karpal Singh menuduh Anwar lakukan sodomi tetapi kini membelanya. Tahun 1997, ada tuduhan ke atas Anwar yang ketika itu di dalam kerajaan dan terdapat buku yang menulis berbagai tuduhan ke atas Anwar. Sebagai Pembangkang, sudah tentu Karpal Singh mahu Anwar disiasat sepertimana Anwar sekarang mahu Najib disiasat atas kes Altantuya. Mat Sabu juga ketika itu mahu Anwar disiasat di atas isu yang sama. Adakah Anwar tidak disiasat?

Semua maklum, akhirnya Anwar dipecat dari Kerajaan dan disiasat malah didakwa di mahkamah atas isu berkenaan. Keputusannya apa? Anwar bebas dari tuduhan walaupun sepanjang preses perbicaraan tersebut terlalu banyak kontroversi yang dapat dilihat. Ketika itu, Zul Kulim ini lah yang menyalak ke hulu ke hilir menyebut ini satu konspirasi jahat untuk jatuhkan Anwar. Ertinya, apa yang Karpal Singh dan Mat Sabu mahu iaitu Anwar disiasat telah pun dilakukan dan mereka pun faham selepas itu bahawa semuanya itu adalah fitnah dan konspirasi jahat. Setelah Karpal Singh tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada Anwar, apakah Karpal mahu Anwar difitnah lagi? Karpal Singh tidak pendendam seperti Zul Kulim walaupun beliau berugama Sikh. Peguam Muslim ini lah lebih hina dari Karpal Singh.

Berkaitan rakan-rakan rapat Anwar lari meninggalkan Anwar bukan hujah kuat untuk mengatakan seseorang itu bersalah. Bak pepatah, teman ketawa mudah dicari, teman menangis sukar dicari. Anwar tidak hanya hidup dan berjuang kerana teman-teman rapatnya sahaja. Beliau berjuang untuk rakyat marhaen keseluruhannya. Justeru itu, Anwar tidak akan meroyan jika beberapa temannya lari dari beliau kerana Anwar tahu beliau tidak mampu mahu mengenyangkan perut pengkhianat yang beberapa ekor itu. Bagaimana pula dengan Zul Kulim yang beliau tahu rakyat yang mengundinya dahulu beribu-ribu lari darinya? Yang lari dari Zul Kulim berpuluh ganda ramainya dari yang lari dari Anwar. Mengapa Zul Kulim masih tebal muka di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru?

Di dalam tulisan beliau juga, Zul Kulim buat fitnah dengan mengatakan Solat Hajat yang dilakukan oleh PR dan penyokong-penyokong Anwar adalah untuk mendatangkan bala bencana kepada seseorang. Saya tidak tahu di mana ilmu yang ada pada Zul Kulim tentang Solat Hajat ini. Apa yang beliau sakit hati sangat dengan Solat Hajat tetapi senang hati melihat Najib mengalungkan bunga di makam Kamal An Tarturk Laknatullah? Itulah Zul Kulim jika ada yang tidak kenal dan kita akan tunggu saat beliau `dihumban ke longkang' di dalam PRU nanti./wfauzdin.blogspot.com

PEDULIKAN RAJA PETRA, RAKYAT SARAWAK MAHU JATUHKAN `RAJA KAPOR'

Oleh: WFAUZDIN NS

MEDIA pencacai pun kutip Raja Petra untuk talian hayat Bn yang nazak di Sarawak sekarang. Kita diberitahu bertahun lamanya pihak Polis menjejak Raja Petra, siap minta bantuan Interpol untuk mencari beliau tidak dapat dikesan, alih-alih semudah itu pula wartawan TV 3 suku boleh terjumpa Raja Petra, siap boleh sembang-sembang lagi. Tiada yang pelik di dalam negara ku 1 Malaysia ini.

Ada orang kisah pasal Raja Petra? Orang Sarawak sekarang bergelut berhempas pulas hanya untuk menjatuhkan `raja kapor' yang berpuluh tahun `kapor' segala kekayaan di bumi Sarawak. Orang Sarawak tidak peduli langsung dengan Raja Petra yang kini rating tertinggi muncul di TV 3 suku yang sebelum ini dipegang oleh Zul Kulim firaun besar dan Zahrain katak padang golf. Ada juga sesekali seorang profesor kangkung yang berkerusi roda macam watak Usup `Hantu Kak Limah Balik Kampong' tu muncul. Walaupun profesor ini cacat, kita simpati kerana itu anugerah Allah padanya dan itu takdir Allah, tetapi dengan anugerah sedemikian bukannya untuk insaf malahan turut terlibat menjadi kaki fitnah terhadap orang lain. Kalau profesor ini sihat dan normal, tidak tahu lah kita perangai dia bagaimana.

Tentang Raja Petra ini, sudah lama yang meramalkan bahawa beliau tidak akan dapat bertahan lama di luar negara. Sampai bila mahu jadi pelarian? Poket pun semakin kempis duduk di tempat orang, anak pula berdepan dengan bermacam masalah sehingga dituduh mencuri. Akhirnya kes anak beliau selesai. Masakan Raja Petra tidak teringin mahu pulang ke negara ini? Bagaimana caranya? Bukan susah, gunakan petua songsang ini, "jika tidak boleh `membunuh' musuh kita, kita berkawan saja dengannya'.

Begini lah senang cerita. Usahlah buat rakyat loya tekak melihat wajah Raja Petra dengan ulasannya yang cerca merba dan tidak masuk akal itu. Lebih baik Raja Petra berterus terang saja dengan berkata, "sebenarnya aku mahu balik ke Malaysia, tapi tolong ampunkan aku"./wfauzdin.blogspot.com

MENAKJUBKAN DI SARAWAK, BN SEMAKIN CEMAS

Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat

Apr 14, 11

Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

NONEDi Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

NONEMenurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

dap miri ceramah crowd big shotKatanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

jalan-mendu-story-imagesAntara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow./Malaysiakini

POLIS TELAH KENAL PASTI PELAKUN VIDEO, JIKA ANWAR ADAKAH RAKYAT PERCAYA?


Polis – orang dalam video itu dikenal pasti

Written by Webmaster
Thursday, 14 April 2011

Memetik kenyataan dari www.malaysiakini.com pihak polis telah mengenal pasti siapa yang terbabit dalam klip video lucah tersebut. Pihak polis telah mengenal pasti wanita tersebut. Pihak polis walau bagaimanapun tidak akan mendedahkan hasil siasatan dan siapa yang dikatakan terbabit sehingga semua siasatan selesai.

Setakat ini Datuk Eskay yang menjadi pemilik klip itu mengatakan Anwar Ibrahim adalah orang yang ada dalam video tersebut. Pemilik laman www.umno-reform2.com Anuar Mohd Nor adalah antara orang yang dapat menonton penuh video itu pada 21hb March 2011.

Mengenai wanita itu – apa yang dimaklumkan kepada Anuar Mohd Nor adalah, wanita itu ada disimpan oleh Datuk Eskay. Ini adalah jawapan beliau kepada pertanyaan Tan Sri Rahim Thamby Chik pada malam 21hb March 2011 di Shangrila Hotel – di mana Anuar Mohd Nor dan Badrul Hisham Shahrin mula mendapat penerangan dari Datuk Eskay yang sebelum ini mengaku bahawa beliau adalah Datuk T.

Datuk Eskay, sewaktu memberi penerangan kepada kami mengatakan bahawa tempat itu adalah di Hotel Kuala Lumpur dan beliau memang mengakui menjadi agen menyusun Anwar Ibrahim untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebegitu. Kenyataan polis – sehingga hari ini amat tidak membantu dalam mengelak timbulnya – spekulasi demi spekulasi.

Kenyataan Ketua Polis – mengenai jam – kemudian memberi tahu sudah mengenal pasti lelaki dan wanita terlibat – mengumumkan berperingkat-peringkat menimbulkan berbagai-bagai tanda tanya. Apa pun – tujuan akhir penyiasatan isu video klip ini masih kurang pasti. Adakah polis akan membuat tuduhan kepada orang yang dikatakan mirip Anwar Ibrahim? Adakah keperluan hasil siasatan siapa pemilik jam Omega itu dan yang penting, apa akan terjadi kepada mereka yang memiliki video tersebut dan membongkar – menayang dan mengedar klip video itu.

Setakat Anwar Ibrahim – sekiranya beliau dikenal pasti oleh polis sebagai watak dalam video tersebut – adakah penyokong beliau akan menerima bulat-bulat keputusan polis itu? Adakah video itu akan terus menjadi senjata bagi menumbangkan politik Anwar atau sebaliknya – video itu akan menjadi pendorong bangkitnya gerakan reformasi 1998 yang akan mengucar-ngacirkan senario politik negara kita ini.

Komen Seorang Pembaca:




pak ali - jadi agen tapi buat terkejut pula? |2011-04-14 22:23:01 kalau dah jadi agen aka bapak ayam lah..n kenapa buat terkejut pulak terjumpak video n br tahu perangai sebenar anwar, so kononnya tak mahu pm malaysia berlagak alim tapi...

Dan kalau dah jadi agen, kenapa tak kumpul jawi, jakim, polis, sprm dan segala kuasa yg ada utk kepung hotel tu n cekup time tu jugak? Kan senang cerita? Mcm dok tgkp org khalwat..apa susahnya.? Ni susah2 amik video lah, simpan pompuan lah, nak cari identiti lah..kerja gila dan tak msk akal langsung!

Lagipun susah sgt ke nak trace anwar kalau setakat hotel kat kl tu? Dan bodoh sgt ke dia nak cari masalah lagi? Tak nampak sgt gila sebegitu si anwar tu?! Atau hanya org yg gila je yg pikir mcm tu?

Semakin lama semakin jelas mengarutnya...

Agen 'pelacur' aka bapak ayam tak salah ke? Tak kisah, janji kalau implicate anwar maka semua org lain jadi tak salah..tgk video lucah awam pun tak salah, ada bnyk dna lain kat anus pun tak salah, anwar sorang je salah...nampak tak betapa mengarutnya semua benda ni? Sudah lah..anwar bukanlah sorang malaikat, tapi kita jgn pulak nak jadi iblis!

Sumber: Umno-Reform2

TAIB MAHMUD MUNGKIN MENANG, TAPI SARAWAK DITAWAN ?

Kebangkitan rakyat bakal ubah Sarawak – Anwar

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN



Walau ditohmah, difitnah, ucapan Anwar tetap dinanti-nantikan rakyat Sarawak

SEMARIANG: Kebangkitan rakyat Sarawak melawan kezaliman regim Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri kali ini adalah sejarah yang belum pernah berlaku, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Tidak pernah terjadi dalam sejarah Sarawak sebelum ini yang rakyat bangkit untuk membuat perubahan. “Kita bukan hanya mahu gantikan kerajaan, tetapi kita mahu ubah sistem yang rosak oleh pentadbiran BN,” katanya pada program Grand Finale di sini, malam tadi.

Ribuan penduduk setempat bersesak-sesak hadir bagi mengikuti ceramah Anwar di Bandar Baru Semariang, Kuching malam ini. Buat pertama kali, rakyat Sarawak menunjukkan sokongan jitu melawan regim BN yang selama ini mendominasi pemerintah negeri itu tetapi gagal menangani dan membela kebajikan rakyat walaupun Sarawak antara negeri terkaya di Malaysia.

Sebelum ini,parti pembangkang baik parti kelahiran negeri itu mahupun yang beribu pejabat di Semenanjung Malaysia sukar bertapak di negeri itu tetapi kini, segala-galanya berubah berdasarkan perkembangan politik semasa di Sarawak kebelakangan ini.

Ribuan rakyat pelbagai etnik berhimpun menunjukkan isyarat kebangkitan rakyat kepada regim BN

Acara itu adalah program kemuncak anjuran KEADILAN yang turut menampilkan tokoh dan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah; Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Semariang, Tupong, Pantai Damai dan Demak Laut. “Inilah pimpinan yang kita tampilkan. Kita bukan hanya cakap-cakap kosong tetapi kita sudah buktikan di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Terdahulu, Anwar turut berceramah di Borneo Development Centre (BDC) Kuching, Bazar Serian di pekan Serian, Saadon Jaya dan pekan Asajaya yang semuanya mendapat sambutan hebat dari segenap lapisan etnik di Bumi Kenyalang itu./KeadilanDaily

PR BAKAL MENANG DI SARAWAK ? BETULKAH RAMALAN ZENTRUM INI?


BN tewas pada peratusan 38% berbanding pembangkang 62%

kerusi2 condong Pakatan Rakyat:

N3 Tanjung Datu,N8 Satok,N9 Padungan,N10 Pending,N11 Batu Lintang,N12 Kota Sentosa,N13 Batu Kawah,N14 Asajaya,N15 Muara Tuang,N20 Sadong Jaya,N22 Sebuyau,N24 Beting Maro,N27 Simanggang,N29 Batang Air,N30 Saribas,N39 Repok,N40 Meradong,N42 Meluan,N45 Bukit Assek,N46 Dudong,N47 Bawang Assan,N48 Pelawan,N49 Nangka,N50 Dalat,N53 Kakus,N54 Pelagus,N59 Kidurong,N62 Lambir,N64 Pujut,N67 Telang Usan,N71 Bukit Sari
Jumlah : 31

Sumber: Forum Tranungkite

Pandangan mengenai Raja Petra, TV3 dan akuan bersumpah

Gambar Hiasan

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.

Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini.

Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini.

Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia.

Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah.

Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan ‘disapu ke bawah permaidani’. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan.

N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Sumber: KeadilanDaily

Khamis, 14 April 2011

HJ HADI PATUT KEKAL PRESIDEN PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

DI TENGAH kehangatan kempen Pilihanraya Negeri Sarawak, saya mahu mencelah sedikit tentang pemilihan pimpinan PAS di dalam Muktamar PAS akan datang. Sudah tentu selepas hari mengundi di Sarawak 16 Apr ini, maka kita akan dihangatkan pula oleh cerita tentang pemilihan kepimpinan di dalam PAS.

Ucapan tahniah saya ucapkan kepada YB Datuk Paduka Husam Musa yang awal-awal lagi membuat pengakuan tidak akan bertanding jawatan tertinggi di dalam PAS melainkan jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Ertinya, tidak perlu sesiapa untuk mencalonkan beliau samada untuk jawatan Naib Presiden, Timbalan mahu pun Presiden PAS. Kenyataan beliau yang dipetik melalui Harakahdaily menyebut, " Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS".

Bagi saya memang tidak perlu ada pertandingan untuk jawatan Presiden PAS kerana tiada lagi yang dapat dilihat mampu menjadi lebih baik dan efisyen dari Tuan Guru Hj Hadi. Beliau berada di kerusi itu setelah pemergian Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan tiada cacat celanya yang boleh membawa PAS semakin mundur. Memang benar ada ketikanya pasang surut berlaku di dalam PAS tetapi bukan kerana kelemahan kepimpinan beliau tetapi kerana beberapa situasi semasa yang terjadi. Pasang surut ini berlaku juga di dalam PKR yang dipimpin oleh DS Anwar sendiri. Apa yang penting, PAS terus mendapat sokongan malahan lebih hebat dari PKR dan DAP.

Mungkin ada yang berfikir sebaliknya, terpulang kepada semua ahli PAS untuk menilai kepimpinan mereka. Bahkan, ada yang menganggap DS Anwar pun kewibawaannya lebih bawah dari Presiden PAS, ini satu bukti menunjukkan Tuan Guru Haji Hadi adalah tokoh yang berwibawa. Jika bukan kerana ketokohannya, masakan ada orang yang sanggup menjadi gila untuk `terjah atau langar Hadi'./wfauzdin.blogspot.com

HJ HADI SAMBUT NAJIB, MANA PENYOKONG BN ?

Harakahdaily

BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu. Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN.

Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan. Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN. Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.

Perdana Menteri datang menggunakan helikopter (gambar). Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin. Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.


Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN. Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru
Abdul Hadi Awang. Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa. Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagian daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

”Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TV meminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri. ”Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut ’orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," kata jurucakap Kelantantv.

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian Selatan Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok. Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas. Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.

”Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin,” katanya. Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah. Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006. Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat. Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak. ”Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

”Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini. (Gambar: Abdul Hadi dan Najib bertemu sewaktu sama-sama berkempen di Pasar Pusa)

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak. Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.

Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka. ”Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang. ”Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi.

Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belumberjaya,” ujarnya. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sains Politik berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13./Harakahdaily

HARAKAH RAMAL 17, MALAYSIAKINI RAMAL 19 , YANG PENTING TAPAK KUKUH PR DI SARAWAK

Nazri Abdullah

KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Dr Dzulkefli yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini.

Maka tidak hairanlah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak.

"Najib memang tergugat, saya mendapat maklumat BN hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat. 17 kerusi milik pembangkang manakala 11 lagi jadi pertarungan sebenar," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Keadaan itu juga jelas beliau menyebabkan Najib kini seperti hilang kepercayaan kepada timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi jentera pilihan raya BN.

Ianya juga ditambah dengan faktor kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Hampir seluruhnya kekayaan negeri ini dibolot secara rakus bukan sahaja oleh dirinya (Taib), tetapi juga oleh suku sakatnya, abang, adik, ipar dan menantu.

"Maka amat wajar Najib kalau berani menyatakan siapa pengganti Taib Mahmud dalam masa terdekat ini.

"Ataukah ini mainan Najib, atau mainan Muhyiddin dengan Taib Mahmud untuk mensabotaj Najib,"soalnya lagi.

Kebangkitan rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini dapat dilihat dengan jelas apabila penyertaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini disambut bagai menatang minyak yang penuh.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat juga turut mendapat sambutan luar biasa khususnya masyarakat Cina, apatah lagi dengan kehadiran pemimin utama PAS, PKR dan DAP seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Keadaan itu menyebabkan BN kini tidak senang duduk dan mula menumpukan kepada kawasan pedalaman yang mempunyai penduduk majoriti Melayu, Melanau dan Iban.

"BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka,"kata Dzulkefly lagi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang termasuk Pakatan Rakyat iaitu PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala Snap bertanding di 27 kerusi./Harakahdaily

TERTEKAN, AKHIRNYA TAIB MAHMUD BUAT JANJI 2 TAHUN LAGI UNTUK UNDUR

Taib Mahmud janji berundur dalam dua tahun

Chen Shaua Fui, Lim Hong Siang
Apr 13, 2011

Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud akhirnya berjanji untuk berundur dalam tempoh dua tahun, walaupun sebelum ini mendakwa bahawa dirinya tidak akan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan waktu berundur dan penggantinya.

"Secara terus-terang saya berkata kepada anda. Saya berkata dari hati saya, kerana saya akan meninggalkan anda dalam masa dua tahun. Sebagai kata perpisahan, saya sayang kamu semua. Tak apa kalau kamu tak dengar kata-kata saya. Tapi saya mesti beri amaran kepada anda. Negara ini tidak akan ke mana, tidak baik untuk orang Cina, melainkan orang Cina memilih pemimpin yang betul, untuk bekerjasama dengan bangsa lain," kata Taib Mahmud (gambar kiri) dalam satu jamuan anjuran pertubuhan Cina tempatan di Kuching, malam tadi.

Taib Mahmud yang menerajui tampuk kerajaan negeri Sarawak sejak 26 Mac 1981 berkata, banyak perubahan yang berlaku di Sarawak. Mereka yang kononnya mahu "berubah", tidak menyedari perubahan yang telah dilaksanakan dalam kerajaan. Perubahan-perubahan ini dijalankan dengan lancar, kerana dilaksanakan mereka yang berpengalaman dalam kerajaan negeri, katanya.

BN semakin terdesak

Luahan Taib Mahmud malam tadi memberi petanda bahawa Barisan Nasional semakin terdesak dengan sentimen masyarakat Sarawak yang dilihat memihak kepada Pakatan Rakyat. Pada 19 Mac 2011, Taib Mahmud mengumumkan bahawa dirinya akan memimpin BN dalam PRN Sarawak 2011, dan bakal memastikan peralihan kuasa yang lancar apabila beliau bersara.

Bagaimanapun, pengumuman rancangan bersara tanpa had tempoh tersebut dijadikan tema kempen pembangkang kemudiannya, dan berjaya mengeksploitasi sentimen rakyat yang menuntut agar Taib berundur segera. Perdana Menteri Najib Razak jelas merasai bahang tersebut, sehingga mengulangi jaminannya pada 10 April bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak 2011.

Bagaimanapun, Taib Mahmud mendakwa bahawa dirinya akan berundur "beberapa tahun kemudian" pada 12 April, malah berkata dirinya enggan terperangkap dengan permainan pembangkang untuk mengumumkan masa beliau bersara dan penggantinya. Sentimen ini terus dimainkan, malah pada 11 April, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution telah menunjukkan satu keratan akhbar Borneo Post bertarikh
7 November 1995 yang melaporkan bahawa Taib berjanji akan berundur dalam tempoh lima tahun.

Pada 13 April, Najib Razak mengumumkan bahawa sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan dalam PRN Sarawak 2011, dan majoriti dua pertiga dianggap sebagai "bonus". Matlamat yang "rendah" sebegitu sememangnya menandakan sesuatu, memandangkan Pakatan Rakyat hanya menang 9 daripada 71 kerusi dalam PRN Sarawak 2006, walaupun dua daripadanya menyertai BN kemudiannya.

Jelas, PRN Sarawak adalah pertarungan yang sengit buat BN, dan semestinya memberi impak terhadap lanskap politik Malaysia secara keseluruhannya.

Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

TAIB MAHMUD MAHU JADI TUAN PENASIHAT 20 PERSEN ?

Oleh: WFAUZDIN NS

MELUCUKAN apabila mendengar orang tua ini bercakap pasal desakan rakyat yang mahu agar beliau berundur dari KM Sarawak. Sepertimana yang dipetik melalui Malaysiakini, " Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberi bayangan bahawa beliau akan berperanan sebagai penasihat selepas bersara daripada politik. Dalam wawancara yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen milik Media Prima, Astro Awani dan AEC semasa siaran berita jam 8 malam semalam, ketua menteri yang telah berkuasa 30 tahun itu berkata beliau mahu membantu penggantinya selepas bersara."

Rata-rata rakyat Sarawak tidak mahu beliau berada di kerusi KM Sarawak lagi, bahkan rakyat Sarawak kini sedang menggembeling tenaga untuk terus menjatuhkan kerajaan pimpinan beliau di dalam pilihanraya negeri pada 16 Apr ini. Soalnya, siapa yang mencadangkan atau melantik beliau menjadi Penasihat selepas bersara? Beliau lantik diri sendirikah? Masih tidak puas-puas lagi kah beliau ingin merembat segala yang ada di bumi Sarawak ini?

Rakyat Sarawak kata, cukup...cukup buat kamu wahai Taib. Kamu jadi rakyat biasa cukuplah, usahlah lantik diri sendiri mahu jadi Penasihat pula. Selalunya yang jadi Penasihat itu tentulah segala kata-katanya adalah baik dan berfaedah. Beliau ditolak oleh rakyat kerana beliau memimpin negeri tidak bijak, tidak telus dan banyak menyusahkan rakyat.

Jika orang ini menjadi Penasihat nanti, apa akan jadi pada Sarawak? Taib kena cermin muka beliau dahulu sebelum menawarkan diri untuk menjadi Penasihat. Sarawak tidak perlu kepada `Penasihat 20 Persen' seperti di dalam cerita `Tiga Abdul'./wfauzdin.blogspot.com

UNDI POS DILANJUTKAN PASAL TAK RAMAI DATANG MENGUNDI?

KEADILAN bantah waktu undi pos dilanjutkan

Permit pengundian pos pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan

KUCHING: KEADILAN membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membenarkan lanjutan tempoh pengundian bagi anggota polis sehingga esok.

Akibat bantahan itu, belaku sedikit kekecohan di Bangunan Kelab Polis IPK di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak yang turut menempatkan bilik mengundi bagi empat kawasan DUN, iaitu Demak Laut, Tupong, Semariang dan Satok.

Wakil calon, Azmizam Zaman Huri ketika menghubungi KeadilanDaily memaklumkan, pengurus pilihan raya bagi Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak DSP Wilfred Chin memberitahunya yang dia telah mendapat kebenaran dari Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah untuk melanjutkan tempoh pengundian.

Azmizam memaklumkan, hanya 700 anggota polis yang mengundi dari keseluruhan lebih 1500 pengundi pos di IPK Sarawak.

“Kami membantah tindakan ini. Permit yang dikeluarkan hanya membenarkan tempoh pengundian pada tarikh 13 April 2011, iaitu dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“SPR dan pengurus pilihan raya disini berkata, mereka mahu melanjutkan tempoh pengundian dengan alasan ramai anggota yang tidak dapat mengundi,” kata Azmizam.

Beliau menambah, wujud kebarangkalian bahawa kes ini akan dijadikan ‘precedence’ untuk membenarkan lanjutan tempoh pengundian pada hari mengundi 16 April kelak.

“Tidak mustahil sekiranya mereka akan melakukan perkara yang sama pada hari mengundi dengan alasan ramai orang kampung yang tinggal di pedalaman atau pun hari hujan dan sebagainya,” ujar Azmizam./KeadilanDaily

Rabu, 13 April 2011

VIDEO - CERAMAH AZMIN DI SARAWAK







VIDEO - INI UPACARA BAYAR FITRAH KE KAT SARAWAK ?

UNDI SELAIN DARI PR AKAN MENGUNTUNGKAN TAIB MAHMUD


Taib sudah terlalu berkuasa di Sarawak.

Pergilah ke mana - mana di bumi Sarawak ini pasti anda akan terjumpa harta, tanah milik Taib atau keluarga terdekatanya. Sarawak bumi kaya tetapi rakyat terus miskin derita. Kekayaan Taib dan keluarganya boleh diterjemah dengan jumlah hartanah dan harta milikan dia dan keluarganya bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara juga.

Setelah sekian lama, dibawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka. Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'

Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden Bn sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib jentera Bn akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui Bn dalam p/raya negeri kali ini maka Najib bersetuju Taib terajui jentera p/raya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu. Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak.

Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen Bn jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program - program kempen Pakatan Rakyat. Bn terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin Bn hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib.

Memang ramai orang datang selepas itu namun adakah mereka datang untuk menyokong atau sekadar berhibur sambil menanti hadiah selepas program.

Khayal dengan kehadiran sedikit ramai semalam di Padang Merdeka Kuching, Taib dihadapan Najib telah mengumumkan hanya akan berundur selepas beberapa tahun lagi. Ini digambarkan dalam ucapanya dengan kelompok muda yang menanti kemunculan Dayang Nur faizah dan Anuar Zain disamping artis - artis porpular berbangsa cina. Ingat jangan tertipu Taib pernah umum akan berhenti sejak tahun 1995 lagi, tetapi dia masih di situ.

Ternyata Najib sendiri gagal mengundurkan Taib, dia sudah terlalu berkuasa.

Rakyat perlu disedarkan:

- mengundi PBB beerti mengundi Taib
- mengundi SUPP beerti mengundi Taib
- mengundi SPDP beerti mengundi Taib
- mengundi SNAP beerti memecahkan kekuatan melawan Taib

kepada seluruh rakyat Sarawak termasuk orang Bn.... Najib juga gagal undurkan Taib... hanya satu cara undurkan Taib dari takhtanya iaitu JANGAN UNDI BN.

dari blog http://chegubard.blogspot.com

VIDEOI - LAWATAN NAJIB DISAMBUT DENGAN LAUNGAN `REFORMASI'



Laungan `Reformasi' menyambut ketibaan Najib untuk melakukan lawatan ke Kg.Spaoh sempena PRN Sarawak. Majlis PM Bersama Rakyat bagi Dun Saribas, layar dan Bkt. Saban, dewan di Spaoh kelihatan seperti tidak dialu-alukan oleh rakyat tempatan. Dari pemerhatian, hanya sekitar 20 % sahaja anak tempatan yang memenuhi dewan tersebut.

Najib-Taib menampar muka satu sama lain?

Chen Shaua Fui

Apr 12, 2011

Pengumuman Perdana Menteri Najib Razak bahawa Taib Mahmud akan berundur selepas PRN Sarawak dilihat bercanggah dengan kenyataan Taib Mahmud sendiri yang mendakwa "akan berundur beberapa tahun lagi", semalam. Jelas, kedua-dua mereka menyanggah kenyataan antara satu sama lain, demikianlah yang disifatkan Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

"'Beberapa tahun' yang dimaksudkan (Taib Mahmud) mungkin 9 tahun, kenyataan Najib '(berundur) selepas pilihan raya' pula memberi persepsi 'tidak lama selepas pilihan raya," kata Chong Chieng Jen yang juga calon DUN Kota Sentosa, sambil menyifatkan bahawa kelihatan tamparan Najib pada Taib lebih menyengitkan."Selepas Najib berkata demikian, Taib Mahmud pula berkata, akan berundur selepas beberapa tahun, dan bukannya selepas pilihan raya negeri.

Mesejnya jelas, Taib mahu kekal. Pendirian Najib sama ada mahu Taib berundur masih kabur, tapi Najib mahu menang dalam pilihan raya. Namun, Taib mahu kekal, tidak mempedulikan apa keputusan pilihan raya."Naib Pengerusi DAP Pusat ini menyimpulkan, "Satu-satunya situasi yang memastikan Taib berundur adalah mengalahkan beliau."

Khalid: Najib mengakui Taib sebagai liabiliti

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar kiri) yang turut tampil dalam sidang media tadi berkata, kenyataan Najib jelas menunjukkan bahawa dirinya mengakui Taib Mahmud adalah liabiliti, dan mengakui ketidakpuasan rakyat terhadap Taib.

"Konflik yang besar di antara kedua-duanya. Sering kali mereka berkata Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri. Konflik yang besar di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri Sarawak, ia tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Setiap daripada mereka mempunyai agenda tersendiri. Sama ada anda mempercayai Najib, atau Taib Mahmud," kata AJK PAS Pusat ini.Namun, Khalid Samad menganggap Taib jelas menolak kerajaan persekutuan dan rakyat Sarawak, dan mengambil keputusan untuk kekal berkuasa, sehingga dirinya merasakan sudah tiba masa untuk berundur.

Ketika ditanya media sama ada kenyataan Taib ibarat tamparan kepada Najib, Chong Chieng Jen(gambar kanan) menyifatkannya sebagai tampar-menampar antara satu sama lain. Ketika PRN Sarawak berlangsung, Taib adalah orang yang memimpin BN untuk bertarung dalam pilihan raya. Namun demikian, pemimpin kerajaan persekutuan pula masuk dan berkata beliau bakal berundur selepas pilihan raya, dan ini merupakan tamparan kepada Taib.

Taib membalas tamparan Najib semalam, apabila mendakwa dirinya akan berundur beberapa tahun selepas ini. Bagaimanapun, Chong Chieng Jen menganggap tamparan Najib lebih menyengitkan, berbanding Taib yang hanya membalas dengan cara yang lebih tersirat.

Baca: Undur-kekal Taib: BN kini diheret PR

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Selasa, 12 April 2011

RAIS YATIM `TANGGANG MODEN' ?

Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS anak kepada Yatim seorang Ahli Parlimen Jelebu, iaitu MP bagi kawasan saya juga. Saya berada di Dun Pertang iaitu salah satu Dun di bawah Parlimen Jelebu. Rais Yatim baru-baru ini pernah digemparkan dengan satu skandal dan kisah itu berlarutan hingga ke mahkamah kerana Rais menafikan tuduhan terhadapnya dan memfailkan saman ke atas seorang Blogger yang hanya membuat `copy paste' kununnya skandal melibatkan beliau.

Sekarang ini, Rais ke hulu ke hilir di bumi sarawak menawarkan WIFI kepada beberapa kawasan sempena Pilihanraya Negeri pada 16 Apr ini. Di mana ada pilihanraya kecil sebelum ini, itulah modal yang ada pada Rais. Lihat sahaja sewaktu PRK Galas, Tenang, Merlimau dan juga di Kerdau sebelum ini. Sekarang modal yang sama dibawa ke Sarawak.

Saya tidak tahu samada kesemua kawasan yang Rais telah janjikan itu sudah berjalan atau belum WIFInya, tetapi setahu saya WIFI yang dijanjikan sewaktu PRK Bagan Pinang dahulu pun tidak berjalan lagi. Yang jelas, Adun Bagan Pinang Isa Samad nikah baru. Kali ini janji dibawa ke Sarawak pula, mana tahu jika rakyat Sarawak mudah tertipu lagi.

Mana lojiknya Rais mahu wujudkan WIFI di merata tempat kerana di Parlimennya sendiri, usahkan WIFI, bas awam pun tiada. Jika anda tidak percaya, anda naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Dari K.Pilah, anda cuba cari bas menuju ke kawasan Jelebu. Anda tidak akan jumpa mana-mana bas yang akan masuk ke beberapa kawasan kampung di Jelebu termasuk ke kampung saya. Memang malu mahu ceritakan betapa dhaifnya kampung sendiri, tetapi terpaksa juga ceritakan kerana nampaknya Rais Yatim seperti `Si Tanggang Moden 'yang lupa asal usul kawasannya. Itu belum dilihat kepada beberapa jalanraya di kawasan Jelebu, amat teruk dan memalukan.

Jika anda pergi ke Pekan Kuala Klawang, iaitu suatu Pekan yang menjadi ibu daerah Jelebu anda akan lihat sekitar jam 6 petang pekan ini akan sunyi sepi. Berbeza dengan Pekan Bahau yang kini berada di bawah DAP, pekan ini meriah dan sibuk sehingga ke tengah malam. Jalan yang paling baik di Jelebu hanyalah sekitar jalan dari Seremban ke Pekan Kuala Klawang sahaja. Mungkin jalan itu hanyalah untuk memudahkan perjalanan Rais Yatim dari KL balik ke kawasannya di Kuala Klawang.

Rais Yatim tentu fikir rakyat di Jelebu tidak tahu apa-apa tentang internet, IT dan sebagainya. Sebab itu WIFI tidak perlu di Jelebu. Perkhidmatan 3G pun banyak kawasan yang tidak memperolehinya. Apakah rakyat Jelebu mahu mimpi untuk menikmati perkhidmatan WIFI? Jika rakyat Jelebu terasa ingin menikmatinya juga, tunggu sahaja jika ada PRK di Jelebu. Soalnya sekarang, adakah rakyat Sarawak terpedaya dengan `Si Tanggang Moden' ini? /wfauzdin.blogspot.com

PRN SARAWAK - FOTO MENARIK HARI INI











Sumber Foto: Tranungkite