RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 2 Januari 2010

PESANAN BUAT BLOGGER - KITA TIDAK MAMPU LAGI BERPECAH

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMASUKI tahun baru 2010, nampaknya gelodak di dalam parti alternatif orang-orang Melayu yang menyokong Islam iaitu PAS kini semakin hilang. Isu Kerajaan Perpaduan telah mula dilupakan walau pun beberapa blog cuba untuk memanaskan kembali isu ini. Saya tidak menyalahkan blog-blog berkenaan kerana saya faham kesemua mereka amat bimbang jika PAS termakan dengan tipu daya Umno. Isu kepimpinan PAS di Kelantan telah dapat ditangani oleh Mursyidul Am PAS selaku MB Kelantan dengan bijak. Beliau telah menunjukkan sifat sebagai seorang pemimpin yang bersedia menerima teguran dan nasihat terutamanya dari pimpinan PAS Pusat. Mursyidul Am telah membuktikan Wala' kepada pemimpin wajib ada selagi pemimpin itu memberikan pandangan dan nasihat yang benar.

Apabila melihat PAS kini mula melupakan isu Kerajaan Perpaduan, Umno masih mengharapkan agar PAS Kelantan kucar kacir kerana runtuhnya PAS di Kelantan maka akan runtuhlah PAS di mana-mana bumi Malaysia ini. Tunjang kekuatan PAS di negara ini terletak di Kelantan, senang kata kubu PAS atau markas pertahanan PAS adalah di Kelantan. Maka, tidak hairanlah berbagai propaganda dan tektik perang saraf telah cuba dilakukan oleh Umno terhadap PAS Kelantan. Alhamdulillah, PAS Kelantan mampu bertahan.

Apabila kita merasa lega dengan situasi ini, kini kita melihat pula suasana yang tidak begitu menyenangkan. Sejak kebelakangan ini, blogger atau pengendali laman web pro PR atau pro PAS `berperang' sesama sendiri. Blog masing-masing digunakan untuk menyindir, menuduh dan memburukkan blog yang lain. Mungkin ada di antaranya yang ditulis itu benar, tetapi apakah kebenaran itu dapat membantu kita memperkuatkan PR terutamanya PAS? Blog yang merasa mereka dituduh dan dihina, tentunya akan bertindak mempertahankan diri. Maka, keluarkan berbagai bahan dan fakta untuk membuktikan mereka benar sehingga ke tahap bersumpah. Apa yang mendukacitakan, segala kebenaran dan fakta itu sebenarnya adalah aset bagi Umno untuk menyerang kita kembali. Bijakkah kita bertindak sedemikian?

Di saat blog atau web pro Umno semakin lesu, kita berperang pula sesama kita. Tidak dapat dinafikan ada di antara blogger yang mudah di`beli' atau diumpan untuk menulis sesuatu berita. Tetapi berbaloikah kita dengan jumlah yang kita perolehi sedangkan parti yang kita sokong akhirnya akan musnah? Blog yang mengkritik pimpinan dengan jujur perlu ada tetapi tentunya ada batasan yang kita mesti patuhi. Perkelahian yang berpanjangan secara terbuka tidak akan menguntungkan kita.

Mudah-mudahan kita bermuhasabah dan berkorban demi untuk kepentingan parti yang kita sokong dan sayangi ini. Jalan kita masih jauh, kita tidak mampu lagi berpecah./Kembali ke laman asal di sini.

MENGAPA AZIZ BARI TARIK DIRI ?

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr. Abdul Aziz Bari menarik diri sebagai panel Forum Terbuka: E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Universiti anjuran Gabungan Mahasiswa Membantah e-Voting (BANTAH).

Melalui email yang diterima penganjur dua jam sebelum program bermula, Abdul Aziz memberitahu beliau terpaksa berbuat demikian ekoran mendapat surat amaran daripada pentadbiran UIA.

Selain itu, publisiti yang negatif berhubung program tersebut turut mendesak beliau supaya tidak menyertai forum itu.

"Saya tidak dapat hadir disebabkan situasi publisiti yang negatif dan surat amaran dari UIAM," dipetik dari email yang diihantar oleh Abdul Aziz.

Mengambil teladan dari layanan Universiti Malaya ke atas Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad beberapa bulan lalu, Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa mengambil sikap tidak terlalu menonjol.

"Saya teringat apa yang berlaku pada YB Nik Nazmi tempoh hari, dia ahli politik tapi saya masih terikat dengan kontrak Universiti," jelasnya.

"Eloklah saya bersikap 'lowprofile' dulu buat masa ini."

Beliau turut memohon maaf kerana terpaksa menolak program sebegini.

"Seingat saya, inilah kali pertama saya menolak pelawaan progrm sebegini," jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, sekumpulan mahasiswa terpaksa meneruskan forum tersebut di tapak letak letak kereta pensyarah.

Forum tersebut kemudiannya berpindah ke koridor APIUM disebabkan hujan.

Semalam, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan pentadbiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) mengarahkan BANTAH membatalkan forum tersebut./Harakahdaily

Jumaat, 1 Januari 2010

BUKTI KERAJAAN P.PINANG HORMATI RAJA

Anwar akur Elias ketuai majlis Islam P. Pinang
Jan 1, 10

Pakatan Rakyat akur menerima pelantikan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Elias Zakaria sebagai yang dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata nama Elias diusulkan lebih awal sebelum nama ADUN Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dicadangkan dan keputusan muktamad itu atas perkenan baginda.

"Kami tetap menerima pelantikan tersebut dan meminta barisan baru supaya bekerja keras untuk membuktikan bahawa pengurusan MAINPP dapat diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran (parti) Pakatan," katanya kepada pemberita ketika melawat kawasannya di Permatang Pasir hari ini.

Pada 23 Ogos lalu, Anwar dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir mengumumkan Mohd Salleh, calon PAS yang bertanding di Permatang Pasir pada masa itu, dilantik sebagai pengerusi MAINPP sekiranya memenangi kerusi itu.

Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelantikan (USM) Elias sebagai YDP MAINPP, manakala Salleh Man, yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, hanya dilantik sebagai timbalan yang dipertua MAINPP.

- Bernama

ISU BENG HOCK - WARTAWAN SUARA KEADILAN AKAN DISIASAT

Aduan polis terhadap berita 'Beng Hock dibunuh'
Jan 1, 10


Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis berhubung satu laporan akhbar rasmi PKR Suara Keadilan yang bertajuk 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung.

Manakala Raub Ghani, 41, juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kedua-dua mereka membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut laporan polis, yang salinannya turut diedar kepada pemberita di sini, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas beliau membaca akhbar itu yang bertarikh 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010 bilangan 213 itu semalam, dan mendapati artikel berkenaan membuat kesimpulan bahawa setiausaha politik kepada seorang exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati akibat dibunuh.

Dalam laporannya Hisham berkata berdasarkan artikel itu, Teoh yang ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lepas disahkan mati dibunuh berdasarkan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB), 22 November lepas.

"Saya sebagai salah seorang pegawai SPRM memohon polis membuat siasatan terperinci berhubung penyiaran artikel oleh Suara Keadilan itu kerana saya merasakan bahawa apa yang disebarkannya adalah satu tindakan subjudis dan melampaui kuasa inkues yang masih lagi berjalan pada masa ini," menurutnya dalam laporan itu.

"Malah ia juga selaras dengan peringatan oleh ketua polis Selangor yang melarang mana-mana pihak membincangkan kes berkaitan Teoh Beng Hock itu," tambahnya.

Sementara itu dalam laporan Raub yang merujuk kepada artikel sama berkata, beliau membuat aduan polis terhadap Dr Pornthip kerana mengesyaki pakar itu membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

"Tujuan laporan ini dibuat kerana perbuatan yang dilakukan oleh Dr Pornthip adalah perbuatan yang melampaui keputusan mahkamah dan perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM, dan orang ramai perlu bersabar menunggu keputusan mahkamah," katanya.

Wartawan akan disiasat

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi berkata beliau akan memanggil wartawan Suara Keadilan yang menulis artikel itu tidak lama lagi bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian 16 Julai lepas, setiausaha politik Ean Yong Hian Wah ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salah guna peruntukan ADUN Selangor di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14, bangunan yang sama.

Mayat Teoh, 30, dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor dan digali semula empat bulan selepas itu apabila Mahkamah Koroner Shah Alam membenarkan bedah siasat kedua dijalankan pada 22 November lepas.

Bedah siasat kedua dikendalikan oleh Ketua Unit Patologi HSB Dr Shahidan Md Noor dengan dihadiri oleh Dr Pornthip yang bertindak sebagai pemerhati mewakili kerajaan negeri Selangor, manakala SPRM diwakili pakar forensik bebas Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom.

- Bernama

Tok Mat Meninggal Dunia

01 Januari, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi Jumaat.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, Jumaat.

Nur Jazlan berkata allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Beliau berkata allahyarham bapanya perlu menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran 'Tok Mat', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, allahyarham menyandang jawatan setiausaha agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy.

-- BERNAMA

TULANG BESI VS BATU API, PENING AKU MAAA....

BATU API TAK BERANI SUMPAH, TUDUH SAYA JADI SAIFUL BUKHARI

Batu Api ni bengap. Tak tau undang-undang. Wala’ terlebih sampai otak dia dah jadi sayur. Dalam kes Saiful Bukhari, sumpah dia sumpah bohong. Kenapa? Kerana ada bukti FIZIKAL yang menunjukkan dia tidak pernah diliwat. Dalam kes saya, apa bukti fizikal yang menunjukkan saya menentang Hasan Ali kerana permohonan saya ditolak? Sila bawa wahai Batu Api.

Berhenti menunjukkan kebodohan kamu itu. Saya cabar Batu Api dan keseluruhan Pemuda PAS Terengganu. Maklumat saya dapat dari Dungun, si Batu Api ni adalah orang kanan Azman Shafawi. Tinggal di Kampung Pak Sabah. Dia ingat saya tak kenal orang2 kuat PAS di Kampung Pak Sabah tu. Dia tak tau saya pernah rapat dengan orang-orang PAS Kampung Pak Sabah. Sila nafikan maklumat saya ini, wahai Batu Api Sebagai penutup, inilah bukti bahawa puak2 PAS Terengganu ni pembohong.

Hari tu, saya dah bukti admin Tranung Kite juga seorang pembohong dan pengkhianat janji. Saya bawa bukti fizikal lagi. Tak payah sumpah2. Marilah kita semua jangan jadi mangsa penipuan puak2 ni.Mereka menggunakan agama untuk kepentingan politik sempit dan kenegerian mereka. Saya akhiri tulisan saya dengan ayat Ali Imran 3:53: "..Mereka merancang dan Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang"

Tulang Besi :
p/s Duit yang diderma oleh penderma2 sekelian kepada saya, saya bercadang untuk memberikannya kembali kepada bloggers2 yang ramai sedang menghadapi masaalah kewangan. Inshaalah ianya telah berjalan.

p/s di bawah adalah salah satu komen di bawah artikel ini yang batu api tak berani jawab pun:
Re: Gaji 6 X Exco masih minta sedekah (Score: 1)
Oleh hidayat_nurwahid on Sunday, December 20 @ 20:26:14 PST
(User Info | Send a Message)
batu api oh batu api , cabaran saya dalam artikel lepas belum jawab lagi .. sekarang dah merapu macam orang isim
1) apa salahnya mitok sumbangan , kalau beri dapat pahala .. doh beri lepastu ungkit pulok , sape munafik sebenornya ??
2) tulang besi sapa kemalaysia pukul 10 sabtu malam ahad , mung reka cipta kata hari jumaat ada malaysia doh .. sila tujukkan bukti tulang besi ada sini doh waktu posting artikel . jangan main berok jer
3) pende ke masalohnya kalu dia gi ketaman melewar ?? rumoh mung kesitu sapa orang lain dok leh gi .. nok pakai baju warna pende pun , pende kena ngena dengan mung ?? kalu dia nakut dia dok gi pulok situ ..
4) molek ah mung tunjuk gambar tulang besi , boleh lah posting gambar batu api pulok .. kita pun ada gambor boh .. kite pun tahu jugok sape batu - api ..
5) taubatlah batu - api .. berhentilah sebor dakyah bengongmu tu .. /Sumber:
http://www.malaysiawaves.com/2009/12/tulang-besi-difitnah-lagioleh-batu-api.html

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN


Harakahdaily
KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.


Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.


HADIAH DARI KERAJAAN BUAT RAKYAT TAHUN BARU, GULA NAIK!!

Oleh: WFAUZDIN NS

TERIMA Kasih. Betapa gembiranya rakyat jelata menerima `bonus' dan `hadiah' dari Najib dan kabinetnya sejajar dengan konsep `Rakyat di dahulukan'. Pengumuman kenaikan harga gula amat dinantikan kerana melambangkan keikhlasan kerajaan mendahulukan rakyat. Sila baca berita tersebut di sini.

Tahun baru dengan harga gula yang baru. Harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi dan ianya secara tiba-tiba. Teringat kita kepada zaman Pak Lah bila harga minyak dinaikkan juga secara tiba-tiba, dan Pak Lah akhirnya `tersungkur'. Najib mungkin tidak mahu kalah dengan `kecerdikan' pimpinan Pak Lah. Rakyat bertuah kerana pimpinan Umno tidak pernah lupa mewarisi kepimpinan lamanya dan Umno tetap seperti dulu, kini dan selamanya./Kembali ke laman asal di sini.

Khamis, 31 Disember 2009

Operasi khas Pemuda PAS malam ini

31 Dec 2009

Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan serta Nisa Wilayah Persekutuan akan berganding bahu menjalankan operasi 'Ziarah Kasih' pada malam Ambang Tahun Baru 2010.

Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata operasi itu akan tertumpu di beberapa lokasi strategik di sekitar ibu negara seperti Dataran Merdeka, KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Bangsar dan Taman Tasik Permaisuri mulai pukul 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi itu bertujuan mendekati anak-anak muda supaya mereka mampu menjaga diri, akhlak, sahsiah serta pergaulan agar tidak terjerumus kepada perkara negatif.

"Berdasarkan pengalaman setiap tahun, budaya sambutan Malam Tahun Baru ini menjadi punca peningkatan gejala sosial di kalangan anak-anak muda seperti hedonisme (candu hiburan), zina, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dadah minum arak, lumba motor haram dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kebiasaannya, anak-anak muda mengakhiri sambutan malam Tahun Baru dengan berkunjung ke kelab malam, berlumba motor dan kereta, mengambil dadah, meminum arak atau berkunjung ke tempat-tempat sunyi bersama pasangan masing-masing.

Kamaruzaman berkata PAS berharap usaha itu akan disokong sepenuhnya oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan polis selain badan-badan bukan kerajaan./KLpost

TERIMA 15 JUTA, HUSAM SAMAN BLOG

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 30 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, hari ini menafikan beliau akan meletakkan semua jawatannya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Katanya, tidak ada sebab kenapa beliau harus berbuat demikian sedangkan pada masa yang sama beliau lebih menumpukan tuntutan royalti minyak dari Kerajaan Pusat.

“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”ujarnya sambil ketawa.

Katanya, akibat khabar angin sebagaimana yang didakwa dalam blog atau media itulah yang menyebabkan beliau membuat tuntutan saman dari pihak yang menyebarkan berita tidak benar.

Setakat ini beliau telah mengemukakan saman terhadap satu blog berhubung kes yang mendakwanya akan menerima wang dari Datuk Tamrin sebanyak RM15juta.

“Saya dah hantar surat saman kira-kira lebih sebulan lalu pada alamat di Klang, walaupun penulis blog terbabit orang Kelantan dan peguam saya memang dah saman dia. Dan dia ni kita dapati ‘cybers troopers Umno’,”ujarnya.

Beliau juga memberitahu, media seharusnya tidak menjadikan laman web atau blog tertentu khususnya yang didalangi pihak Umno sebagai bahan berita untuk siaran media.

Sambungnya, sebagai contoh sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa beliau telah menyindir keluarga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak benar.

“Tidak betul macam tu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

“Saya nasihatkan agensi kerajaan ni jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri disamping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ni dari pihak yang tidak bertanggugjawab,”ujarnya.

Sambungnya lagi tulisan dalam blognya sebelum ini bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Tuan Guru.

Sambungnya, akhbar hari ini memetik kenyataannya dalam blog beliau itu kononnya menyindir Tuan Guru, seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan Tuan Guru.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah mengemukakan surat tuntutan saman kepada akhbar Utusan Malaysia dan New Strait Times (NST) berhubung perkara yang sama.

Ketika ditanya berhubung perkembangan tuntutan saman, beliau memeberitahu setakat ini NST mengemukakan kepada peguamnya untuk berunding awal tahun hadapan.

Ketika menjawab jumlah tuntutan saman terhadap kedua-dua media terbabit beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas berhubung jumlahnya.

“Saya memang tidak letak hargalah, hanya sekadar munasabah saja, lagipun apa yang saya lakukan sebagai pengajaran untuk para media sahaja, tidak lebih dari itu,”ujarnya lagi./Harakahdaily

SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf


Rizal Tahir

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.


“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

“Jadi bagi membersihkan nama saya dengan laporan yang agak kurang manis, ada baiknya akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka sebelum tindakan lanjut diambil,” ujarnya.

Katanya begitu kecewa dan terkejut dengan laporan tersebut dengan memperincikan maklumat mengenainya.

Beliau juga berkata, ekoran laporan tersebut menyebabkan beliau bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Katanya juga beliau mengambil keputusan tidak menyambungkan kontrak kerana ingin melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Jabatan Syariah di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Siasah Syariah.

“Pada masa yang sama saya akan bertugas sebagai ahli akademi seperti jawatan asal sebelum ini di sebuah kolej di sini,” tambahnya.

Saiba sebelum ini pernah bertugas sebagai pembantu pensyarah di UM selama empat tahun sehingga 2000, kemudiannya mengajar di Kolej Darul Quran di Terengganu akhir 2000 hingga Januari 2002.

Selepas itu dilantik Setiausaha Akhbar Menteri Besar pada 3 Febuari 2002 dan berakhir Febuari 2010.

Beliau merupakan Setiausaha Akhbar yang keempat dan paling lama berkhidmat iaitu selama lapan tahun.

Semalam Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengesahkan kedua-dua setiausahanya itu akan tamat tempoh perkhidmatan, di mana Anual mohon berhenti dan Saiba tamat tempoh kontrak./Harakahdaily

Rabu, 30 Disember 2009

MENGAPA TOK GURU SAYANG HUSAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

SATU demi satu cubaan dan dugaan menghampiri MB Kelantan, merangkap Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz. Cubaan datang dari berbagai bentuk dan dari berbagai arah, dan paling merisaukan `peluru' datang dari dalam `kem' sendiri. Sasaran mereka adalah Tok Guru tetapi bukan mudah untuk menembusi ketahanan mental terutamanya kerohanian Mursyidul Am PAS itu. Itulah hebatnya Tok Guru dan sebab itulah PAS dapat memerintah begitu lama di Kelantan.

Mereka mahukan menantu Tok Guru melepaskan jawatan sebagai CEO PMBK, dan Tok Guru dapat menghidu kehendak mereka maka dinasihatkan agar menantunya itu melepaskan jawatan demi nama baik PAS. Maka, menantu Tok Guru pun akur dan menetapkan tarikh untuk berbuat demikian. Apabila tarikh telah ditetapkan, berbunyi lagi suara agar dipercepatkan perletakan jawatan tersebut, mungkin dunia semakin hampir hendak `kiamat' ianya wajib dipercepatkan. Ternyata Tok Guru tidak senang dengan berbagai kerenah dan kehendak yang bukan-bukan dari mereka itu. Tok Guru minta keputusan pimpinan tertinggi parti dipatuhi iaitu untuk menyerahkan semuanya kepada beliau selaku MB Kelantan. Pimpinan tertinggi PAS tidak meletakkan syarat bila waktu untuk menantu Tok Guru ini meletakkan jawatan, yang penting jawatan mesti diletakkan. Bukan kerana rasuah mahu pun penyelewengan, tetapi untuk menjaga kredibiliti Tok Guru lebih-lebih lagi nama baik PAS. Tetapi mengapa ada yang mahu juga bersuara melebihi kepimpinan parti?

Apabila menantunya sanggup meletakkan jawatan, tentunya anak Tok Guru yang juga isteri kepada menantunya Ariffahmi itu merasa kecil hati. Itu biasalah. Apatah lagi beliau merasakan suaminya tidak melakukan kesalahan. Maka, si isteri pun cuba untuk membela suami tercintanya itu. Silap terbesar si isteri adalah cuba mengaitkan dengan orang-orang politik dalam isu ini. Ini adalah di antara dugaan Tok Guru dengan anaknya sendiri. Si anak mungkin tidak tahu betapa ayahnya itu punyai tanggungjawab yang lebih besar dari keluarganya sendiri. Ayahnya jauh lebih baik dari pemimin-pemimpin Umno yang sentiasa mencari jalan untuk memberikan keistimewaan terhadap anak-anak dan puak-puak mereka. Tok Guru tidak sedemikian walaupun si anak ini menangis air mata darah sekali pun.

Tok Guru berdepan pula dengan mereka yang mahukan YB Husam meletakkan jawatan. Berbagai isu dibangkitkan agar keinginan mereka untuk melihat YB Husam disingkirkan. Apabila YB Husam di dalam blognya menulis tentang pentingnya PAS menjauhi sifat-sifat kronisme sepertimana Umno, maka bagi mereka inilah peluang terbaik untuk menjatuhkan Husam kononnya Husam juga `menyindir' kepimpinan Tok Guru. Tetapi, Tok Guru tidak mudah melatah dengan tulisan Husam. Apa salahnya dalam penulisan Husam itu? Memang benar, PAS tidak perlu mencontohi pemimpin Umno di dalam pemerintahan negeri. Dan, ini lah yang cuba dilakukan oleh Tok Guru dan beliau sanggup untuk menerima pandangan sesiapa sahaja demi kebaikan PAS hatta terpaksa mengorbankan darah daging beliau sendiri. Adakah Tok Guru terasa hati dengan Husam?

Bahkan, terbaru selepas Husam mengeluarkan pandangan di dalam blognya itu, Tok Guru di dalam sidang medianya semalam mengeluarkan kenyataan menyanjung dan sayang kepada YB Husam. Tentu terkejut berok puak-puak yang ingin melihat Husam tersungkur sebagaimana Kickdefella tersungkur. Malahan Tok Guru `mengucapkan CELAKA' kepada blog yang suka memainkan api pecah belah itu. Hebatkah Husam sehingga Tok Guru sayang kepadanya? Husam bukan Malaikat dan dia manusia biasa tentunya ada kelemahan di sana sini. Tetapi Tok Guru melihat Husam punyai banyak kelebihan daripada kekurangan. Inilah penilaian seorang Tok Guru jauh berbeza dari kita yang menilaikannya. Paling tidak, Husam berani menegur pemimpin PAS agar menjauhi sikap `kekeluargaan' di dalam pentadbiran. Husam tahu risikonya apabila beliau berkata sedemikian, tetapi Husam berani melakukannya. Mungkin itu adalah salah satu sebab mengapa Tok Guru amat menyayangi Husam.

Saya tidak ambil tahu siapa blog celaka yang dimaksudkan oleh Tok Guru itu. Tetapi hati ini kuat berkata si celaka itu adalah `musuh dalam selimut'. Harap-harap tidak `masin' mulut Tok Guru bila berkata `Celaka' kepada blog berkenaan. Tok Guru tidak pernah mengungkap `celaka' kepada pemimpin Umno, tetapi Tok Guru terpaksa berkata demikian kepada blog berkenaan kerana beliau tahu ini lah sebenarnya `musuh' yang paling berbahaya kepada PAS./Kembali ke laman asal di sini.

CELAKA BLOG ITU....- NIK AZIZ

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.


Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.

------------------------------------------------------------

(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)

-----------------------------------------------------------

Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Anual Bakhri mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 1999 selepas Datuk Husam Musa mengosongkan jawatan berkenaan untuk bertanding dalam pilihanraya umum tahun berkenaan bagi mewakili Parlimen Kubang Kerian.

Manakala Mohd Saiba pula mula memegang jawatan berkenaan pada tahun 2003.

Nik Aziz juga menolak spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan beliau.

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan...Datuk Husam ini antara yang saya sayang, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain... tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu./Harakahdaily

Selasa, 29 Disember 2009

SPRM KATA TIADA KES, DAH AGAK DAH.....

Surat SPRM sahkan tiada kes terhadap Norza

TEMERLOH - Mahkamah Sesyen dimaklumkan bahawa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menghantar surat kepada UMNO mengatakan bahawa suruhanjaya itu "tidak ada kes" terhadap Datuk Norza Zakaria, bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan yang sedang menghadapi tuduhan rasuah.

Bekas Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen (B), Datuk Husainy Hashim, yang merupakan saksi kelima pendakwaan bagi kes perbicaraan rasuah membabitkan Mohamad Norza dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman, berkata surat berkenaan telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Umno.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris mendakwa keterangan oleh saksi berkenaan dibuat kerana didorong oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Mohamad Norza.

Saiful yang menyoal balas Husainy bertanyakan siapa yang menandatangani surat berkenaan kerana sebelum itu beliau memberi keterangan bahawa beliau "rasa ada surat berkenaan".

"Datuk Shukri (yang menandatangani surat itu), saya tak ingat nama penuhnya, dia seorang pegawai tinggi SPRM," katanya./Sinar

Pas tidak taksub logo bulan

PASIR PUTEH - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup menggunakan lambang roket sebagai tanda kerjasama erat Pakatan Rakyat (PR) membuktikan keterbukaan Pas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Zainuddin Awang Hamat berkata, kesediaan itu jelas menggambarkan bahawa pimpinan Pas tidak taksub kepada lambang bulan.

Menurutnya, hubungan Pas dan parti lain dalam PR semakin baik sehingga Nik Azizi bersedia menggunakan logo DAP.

”Kita lihat bagaimana parti Islam Ikhwanul Muslimin menggunakan lambang parti sosialis untuk bertanding selepas parti itu diharamkan, ia jelas menggambarkan pimpinan Islam tidak taksub kepada lambang.

”Apa yang penting perjuangan menegakkan hukum Islam diteruskan dan penerangan dibuat agar orang bukan Islam memahami apa yang kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis kesyukuran sempena kepulangannya daripada menunaikan ibadat haji semalam.

Zainuddin berkata, pimpinan UMNO yang berfahaman ‘politik suku agama suku’ tidak faham perjuangan Islam sebenar lalu apa saja yang dilakukan Pas dibantah.

Katanya, ahli Pas dididik untuk berjuang dalam jangka masa panjang kerana ianya dituntut dalam Islam, berbeza dengan pimpinan UMNO yang berjuang untuk tempoh tertentu.

”Mereka berjuang untuk tempoh singkat yang menyebabkan pelbagai salah laku dikesan termasuk kes kehilangan enjin jet,” katanya.

Zainuddin berkata, orang Islam perlu mempelajari sesuatu daripada peristiwa Perjanjian Hudabiyah yang berlaku bulan Zulhijah, tahun ke enam hijrah.

Perjanjian itu katanya, sebagai pengiktirafan daripada kafir Quraisy kepada kerajaan Islam yang dibentuk Rasulullah SAW di Madinah walaupun sebelum itu Rasulullah menerima tentangan.

”Walaupun perjanjian itu nampak seperti berat sebelah sehingga sahabat mempersoalkan tindakan Rasulullah namun kebijaksanaan Rasulullah akhirnya terbukti.

”Pas kini diterima sebagai parti Islam dan ini merupakan satu pengiktirafan kepada saf perjuangan Islam di negara ini,” katanya./Sinar

Isnin, 28 Disember 2009

PENYOKONG UMNO MASUK PAS DI SELANGOR?

Lembik je.....maklumlah `orang PAS' baru masuk...

Oleh: WFAUZDIN NS

UMNO Selangor sekali lagi buat kejutan. Kali ini tanpa dihulurkan borang atau tanpa dipengaruhi sesiapa, tiba-tiba segerombolan `pencacai' ini mengaku `orang PAS' Selangor. Wah, hebat sungguh sokongan terhadap PAS di Selangor dan ini semua adalah kerana kekuatan PR di Selangor. Mereka mengaku orang-orang PAS walaupun pemimpin PAS tempatan sendiri tidak kenal mereka. Mungkin Umno kini sudah wujud kumpulan `Halimunan' yang bila-bila masa sahaja muncul.

Itulah kehebatan Najib selaku Bos Umno di Selangor. Mungkin itu lah idea paling `cerdik' oleh pemimpin Umno Selangor untuk meruntuhkan kerajaan PR di Selangor. Perhimpunan yang diadakan untuk menyerahkan memorandum kepada PJ PAS Selangor untuk mendesak PAS keluar dari PR nampaknya menunjukkan Umno semakin hilang akal dan arah tuju mereka di Selangor. Mereka bertakbir walaupun sumbang bunyinya, maklumlah, manalah mereka biasa menyebut kalimah suci itu. Lakonan mereka berjaya sekurang-kurang untuk mara ke pertandingan akhir Raja Lawak.

Setakat ini, syabas buat PJ PAS Selangor, Dr Hassan Ali yang tidak melibatkan diri memegang sebarang watak dalam lakonan bodoh mereka. Saya amat bimbang jika Dr Hassan Ali yang begitu bijak dan tinggi ilmunya sebagai Pakar Motivasi terkenal akan turut terpedaya dan tergolong dalam pemegang watak sebuah drama lawak sebodoh itu. Syabas juga buat PR di Selangor kerana kekuatan PR keseluruhannya telah memaksa Umno mengaku mereka `orang-orang PAS' walaupun tanda di dahi mereka masih ternampak lambang `keris telanjang'./Kembali ke laman asal di sini.

Ahad, 27 Disember 2009

UMNO `MENJUAL', AYUH, KITA `MEMBELINYA'


Oleh: WFAUZDIN NS

TERNYATA, Umno Selangor di bawah Najib teramat lemah untuk merampas kembali Selangor dari PR. Apatah lagi kebijaksanaan DS Anwar yang cepat-cepat `bertakhta' di Selangor selaku Penasihat Ekonomi dengan elaun RM 1 nampaknya membuatkan misi Umno untuk meruntuhkan kerajaan PR di Selangor semakin malap. Umno sedar, tanpa bantuan PAS mustahil buat Umno untuk menapak kembali di negeri terkaya itu. Sebelum ini berbagai usaha telah dilakukan oleh Umno untuk menarik perhatian rakyat Selangor kononnya Umno lebih baik mentadbir negeri itu dari PR.

Semua muslihat telah dilakukan oleh Umno dengan bantuan media pencacai mereka. Mereka memulakan dengan isu penyelewengan kononnya yang telah berlaku di Selangor oleh MB Khalid sehinggakan membuat cerita lawak tentang isu lembu korban. Isu ini tidak laku malah ditertawakan dan mereka bermain pula dengan `kepala lembu' yang diarak. Isu ini memakan diri sendiri. Wah, tiba-tiba Umno menjadi parti pejuang Islam apabila memainkan isu arak dan judi di Selangor dan buat-buat lupa siapa yang melulus kemasukan arak dan lesen judi terbesar di negara ini. Ini semua ditertawakan oleh rakyat Selangor yang bijak, cuma yang bodoh sahaja terhangguk-hangguk dengan cerita lawak Umno ini.

Kisah tabung Balkis, kisah rumah Khir Toyo dan lawatan Balkis yang melibatkan dana yang besar terus dilupakan oleh mereka. Laporan Selcat yang siap dengan bukti serta saksi langsung tidak menjadikan pemimpin Umno semakin cerdik malah mereka terus dengan kedunguan mereka. Kini, mereka mencari rakan untuk bersama mereka agar impian mereka untuk merompak kekayaan negeri Selangor tercapai. Mereka tidak lagi percaya kepada rakan kongsi mereka seperti MCA atau MIC yang semakin tenat itu. Umno kini lebih yakin bahawa PAS sahaja yang boleh membantu mereka untuk merampas kembali Selangor.

Maka, dikatakan akan ada memorandum untuk diserahkan kepada PJ PAS Selangor Dr Hassan Ali agar PAS keluar dari PR. Lawak ini mungkin penghujung segala lawak oleh Umno dalam edisinya tahun ini. Persoalannya, memorandum itu berharga atau tidak buat PAS? Jika PAS Selangor merasakan memorandum itu berharga dan bernilai, ambillah dan ucaplah terima kasih kepada Umno. Tetapi jika PAS Selangor merasakan memorandum itu tidak ubah seperti `helaian kertas tandas', maka letakkan sahaja memorandum itu di dalam tandas-tandas awam di Selangor untuk digunakan. Jimat sedikit peruntukan tandas-tandas awam di Selangor.

Kita akan melihat samada Dr Hassan Ali punyai keberanian atau tidak berdepan dengan Umno Selangor ini. Kewibawaan Dr Hassan Ali berdepan dengan `badut-badut' Umno itu nanti akan membuktikan komitmen beliau selaku PJ PAS Selangor. Apakah PAS Selangor serta rakan-rakan di dalam PR di Selangor akan bertindak balas sepertimana di Kelantan dengan menghimpunkan berpuluh ribu orang untuk menunjukkan bahawa kerajaan Negeri Selangor sekarang tidak boleh dipermainkan? Pemimpin PR Di Selangor boleh berfikir untuk bertindak sedemikian kerana apabila Umno berani `menjual', ayuh, kita mesti `membeli'nya.

Ayuh, PR Selangor kita berhimpun dan tunjukkan kepada Umno betapa kita tidak semurah yang mereka sangkakan. Sekali Umno terkena, InsyaAllah, mereka akan cerdik sedikit selepas ini./Kembali ke laman asal di sini.

PANAS: Anwar 'agen' dunia Islam!!..Anwar 'talibarut' ulamak dunia?


Oleh: pria_malaya08

"Mungkin itu yg terlintas di fikiran puak gerombolan tatkala melihat situasi dan keadaan ketika ini memihak kepada Anwar Ibrahim..

Jika dahulu, mereka sering melaung2kan Anwar adalah agen barat, Anwar adalah agen Amerika, Anwar talibarut dunia barat, Anwar pengkhianat kerana berhubung dgn tokoh barat (kafir) dan bermacam2 lagi..

Pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan tokoh dan dunia barat terhadap Anwar sebelum dan baru2 ini semakin membenarkan telahan mereka..mereka semakin galak mengarang artikel dan berita berkaitan Anwar sebagai agen dan talibarut dunia barat..

Perihal Tokoh Maal Hijrah...

Tiba2, kehadiran tokoh ulamak dunia ke Malaysia baru2 ini telah mengubah segala2nya..

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang diundang sebagai penerima anugerah tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1431 H telah mengeluarkan kenyataan membela Anwar Ibrahim..malah beliau berjanji akan mempertahankan Anwar dengan membawa isu ini ke peringkat antarabangsa (dunia Islam). beliu sendiri akan menggunakan pengaruhnya untuk membela Anwar supaya beliau diadili mengikut hukum syarie...

Dan yang terbaru, seorang lagi tokoh ulamak dan cendekiawan Islam terkenal dunia, Dr. Wahbah as- Zuhaily juga mengeluarkan kenyataan mempertahankan Anwar Ibrahim..beliau menasihati Anwar supaya bersabar dan mencontohi nabi Yusuf yang difitnah oleh sang penguasa..malah beliau turut melahirkan perasaan kurang senang terhadap apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim..

Menariknya, Dr Wahbah as- Zuhaily adalah penerima anugerah tokoh Maal Hijrah pada tahun lepas, 1430 H...ini bermakna, dua orang tokoh Maal Hijrah bagi dua tahun berturut2 telah memberi kepercayaan dan pernghormatan kepada Anwar Ibrahim..

Tokoh berpengaruh dunia

Sebelum itu, Anwar turut tersenarai antara 500 tokoh Islam berpengaruh dunia dalam bidang siyasah kenegaraan..bersama beliau adalah Tok Guru Nik Aziz yang ternarai dlm 50 tokoh Islam yang sangat berpengaruh....ini semestinya suatu diluar jangkaan pengikut gerombolan..apatah lagi, menurut Yusuf Qardawi, beliau akan menyampaikan berita ini kepada para ulamak2 lain..ini bermakna berita mengenai Anwar akan mendapat perhatian tokoh2 Islam dunia yang lain..

Isu ini menjadi 'panas' kerana tokoh ulamak tersebut bukan calang2 orang, mereka adalah tokoh utama dunia yang sangat berpengaruh dan disegani oleh masyarakat muslim..mungkin jika ianya 'ulamak biasa', atau hanya bertaraf 'ulamak negeri', puak gerombolan pasti tidak akan hiraukan..tetapi mereka adalah ulamak besar dunia, yang mereka sendiri memberi pengiktirafan (sebagai tokoh maal hijrah)..ini bermakna tokoh tersebut sangat berpengaruh, berpengetahuan luas, kaya dengan ilmu dan berjasa kepada Islam..

Puak gerombolan mati akal?

Jika diperhati, di hari dan waktu berita mengenainya (Yusuf Qardawi membela Anwar) tersebar, blog2 mereka seolah2 tidak berfungsi, tiada posting terbaru, tiada artikel yang dikeluarkan..berita mengenai tokoh berpengruh dunia itu membuatkan mereka seolah2 tidak ternafas..mereka terkedu, mereka terkasima seketika..

Bagaimana Anwar yang dilabel mereka selama ini sebagai agen dunia barat, talibarut Amerika dan sebagainya akhirnya disegani ulamak dunia Islam..bagaimana Anwar yang dituduh bersetongkol dgn dan bersubahat tokoh barat akhirnya dihormati oleh ulamak terkemuka dunia sendiri..bagaimana istilah 'agen/talibarut barat' yang sifatnya merosak dan menghancukan Islam boleh sebegitu mudah dipercayai dan dihormati tokoh besar dunia Islam..ianya suatu yang diluar jangkaan pengikut gerombolan..ianya tidak masuk akal bagi mereka..

Pandangan negatif terhadap ulamak

Akhirnya selang berapa lama, mereka bersuara..pelbagai pandangan, pelbagai tafsiran..

Ada dikalangan mereka masih tidak percaya kenyataan itu dikeluarkan oleh tokoh besar dunia..mana boleh ini terjadi..dikatanya Anwar mereka2 cerita, didakwanya PR dan PAS memutarbelit kenyataan tokoh Islam itu..mereka tidak boleh menerima hakikat ini sampai lah mereka sendiri melihat dan mendengar dari mulut ulamak itu sendiri..

Ada juga dari kalangan mereka memberi alasan orang luar tidak boleh mencampuri urusan negara malaysia..ulamak luar tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yg bercanggah dgn perjuangan dan hasrat kerajaan Malaysia..ulamak ini tidak menghormati udang2 negara Malaysia dan pelbagai lagi...maka, hujah dan kata2 ulamak tadi dianggapnya pandangan peribadi yang tidak releven dan tidak perlu dilayan sama sekali..

Dikalangan mereka juga ada yang cuba menuduh Anwar telah 'mempergunakan' ulamak ini..ada yang mendakwa Anwar telah 'menunggang' ulamak ini..ada yang menfitnah ulamak tersebut telah diupah untuk menyokong Anwar, dan pelbagai fitnah dan tohmah terhadap Anwar termasuk ulamak tersebut..tidak kurang yg mengeluarkan kenyataan tidak sopan terhadap ulamak tersebut sebagai 'balasan' tindak tanduk mereka menyokong Anwar...

Boleh lihat contoh di bawah ini..
- Qardawi (upahan) membela anwar
- Saat menjelang 25 Jan - Giliran ulama pula ditunggangi Anwar!

Dan pelbagai lagi artikel dan posting yang menjurus kepada mempersoalkan kewajaran tindakan Yusuf al-Qardawi dan ulamak lain mempertahankan Anwar....

Anwar juga 'agen' kepada dunia Islam?

Persoalannya kini, apakah puak gerombolan akan menggelar Anwar selepas ini sebagai 'agen' dunia islam, 'talibarut' tokoh Islam atau yg sama waktu dengannya kerana Anwar dilihat begitu akrab dgn tokoh dan dunia Islam? ataupun mereka 'menduakan' Anwar Ibrahim sebagai seorang 'talibarut' barat dalam masa yang sama juga 'talibarut' dunia Islam? atau bagaimana..sama-sama kita nantikan karangan jawapan dan alasan dari mereka...

Akhir kalam, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk menonjolkan Anwar sebagai seorang tokoh hebat atau lain2, apatah lagi mahu mendewakan Anwar...yang benar tetap benar, yang salah tetap salah...tetapi tujuan sebenar penulis mengeluarkan artikel ini adalah untuk 'menguji' puak gerombolan, apakah jika dahulu Anwar digelar sebagai 'agen' barat disebabkan faktor2 tertantu, apakah perkembangan terbaru ini membolehkan Anwar juga dicop sebagai 'agen' dunia Islam?../Tranungkite

Nik Aziz ulangi kesal dengan sikap Mahfuz

24 Dec 2009

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang masih membangkitkan isu berhubung peletakan jawatan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz berkata, terpulang kepada Mahfuz untuk menyuarakan apa sahaja pandangannya kerana pucuk pimpinan Pas sudah membuat keputusan mengenainya.

“Ikut dia (Mahfuz) la, keputusan kita buat dah. Presiden sendiri (sudah berikan pandangan). Berapa kali nak ulang benda itu. Ikut dia nak kata apa pun. Dia tahu siapa dia, presiden di mana.

“Cukup la tutup fail dah. Mari la datuk mana sekali pun saya kena dengar keputusan daripada pusat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat di Wisma YAKIN di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahfuz yang meminta Ariffahmi mempertimbangkan secara serius desakannya untuk melepaskan jawatan itu secepat mungkin.

Kelmarin Mahfuz dilaporkan berkata, tindakan itu perlu demi menjaga kepentingan parti dan kepentingan semua pihak, terutama imej Kerajaan Kelantan yang sering menjadi mangsa tohmahan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini, Mahfuz menyarankan agar peletakan jawatan Abdul Ariffahmi disegerakan bagi mengelak persepsi buruk terhadap Kerajaan Negeri selain menghentikan kontroversi ini.

Mahfuz turut mencadangkan agar Abdul Ariffahmi diberikan dua pilihan sama ada menerima sebulan gaji dan terus berhenti atau memberikan notis tiga bulan untuk melepaskan jawatan tetapi diarahkan bercuti.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Pengarah Jentera Pilihan raya Pas negeri Kelantan, Abdul Fattah Haron menyarankan kepada semua pimpinan Pas supaya tidak lagi membuat sebarang kenyataan berhubung isu tersebut kerana ia dianggap sudah selesai.

Abdul Fattah berkata, pimpinan Pas tidak perlu membangkitkan kembali isu ini sebaliknya mereka kini perlu memperkukuhkan benteng dan perancangan bagi menghadapi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya minta kepada semua pemimpin Pas jika tidak keberatan agar menyerahkan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) menyelesaikan masalah itu dan kita pula perlu tumpukan kepada kerja masing-masing.

“Bagi yang bekerja untuk parti tumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan bagi yang bekerja dengan kerajaan tumpukan kepada kerja masing-masing.

“Saranan ini adalah bagi meredakan keadaan. Sekarang ini kita perlu ambil peluang di sebalik apa yang berlaku kepada UMNO,” katanya.

Abdul Fattah berkata, ahli dan pimpinan Pas sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengatur strategi dan bukannya mencari salah masing-masing yang akan melemahkan parti.

“Saya berharap semua dapat bekerja keras untuk mengukuhkan parti. Buangkan tradisi lama Pas yang mana kita sering leka apabila lawan kita lemah dengan cara kita mencari salah sesama sendiri tetapi sebaliknya pula jika kita menghadapi lawan yang kuat.

“Dalam keadaan UMNO yang lemah sekarang kita perlu bersatu menyusun dan mengubah strategi bagi menghadapi lawan pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Mengulas mengenai isu yang melanda Kelantan, Abdul Fattah berkata, biarkan Kelantan menangani dan menyelesaikannya sendiri.“Telah banyak bukti yang menunjukkan bahawa kita mampu menangani dan menyelesaikan masalah kita sendiri,” katanya./ Sinar Harian
"Ikut dia nak kata apa pun," Nik Aziz