RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 19 Oktober 2012

VIDEO - NAN YAAKOB MENCABAR ORANG ASLI BERGADUH



Oleh:  WFAUZDIN NS
 
AMAT memalukan apabila seorang pemimpin yang mempunyai moral dan adab yang terlalu rendah.  Pemimpin ego yang sentiasa merasakan dirinya hebat dan kuat ini sanggup mencabar rakyatnya sendiri apatah lagi rakyat kaum Orang Asal yang sepatutnya dibela dan diberi lebih perhatian.
 
Tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekeh dan menghina masyarakat Orang Asli (OA) yang berdemo dan menyerahkan memorandum kepada beliau baru-baru ini amat tidak profesional dan memalukan.   Malah tindakan beliau yang sanggup mengucapkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang' serta telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong bergaduh dengannya, jelas memperlihatkan sikap tidak hormat kepada rakyat.   Ini lah yang dikesalkan oleh KEADILAN Negeri Pahang seperti yang disuarakan oleh Timbalan Pengerusinya, Sdr Ahmad Nizam Hamid.

“Ketika OA berdemo dan menyerahkan memorandum kepada MB Pahang semalam, Majlis Peguam telah memantau dan terdapat laporan beliau (Adnan) telah memperlekeh dan menghina masyarakat OA dengan mengeluarkan perkataan 'bodoh' dan 'bangang'.

“Malah beliau telah mencabar seorang OA bernama Ong Chong untuk bertumbuk dengannya. Saya selaku alah seorang panel peguam kepada OA dalam isu tuntutan yang dibuat mereka, sangat kesal dan kecewa serta mengecam tingkah laku MB Pahang yang jelas sangat tidak bertamadun dan langsung tidak punya rasa hormat kepada rakyat,” tegasnya.

Kira-kira 500 OA melalui Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) telah berkampung di pekarangan Wisma Sri Pahang di Kuantan, baru-baru ini bagi menyerahkan memorandum mengenai pencerobohan, tuntutan tanah dan wilayah adat kepada MB.

Melalui memorandum berkenaan, sebanyak lapan perkara dibangkit dan dituntut oleh kumpulan berkenaan serta mereka bertegas menyerahkan sendiri kepada MB.

Kumpulan Orang Asli dari seluruh Pahang berkenaan tiba kira-kira jam 11 pagi dengan membawa sepanduk yang antaranya tertera “Batalkan status tanah rizab yang bertindih dengan tanah adat orang asli”, “Iktiraf hak dan tanah adat Orang Asli” dan pelbagai lagi perkara menjurus kepentingan tanah adat kaum mereka.

Ahmad Nizam yang juga peguam kepada komuniti berkenaan, berkata, memorandum yang diserahkan itu adalah penyataan bersama seluruh masyarakat Orang Asli melalui JKOASM sebagai tanda melahirkan kesepakatan supaya kawasan atau tanah dan wilayah diiktiraf.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini sering wujud pertikaian antara kerajaan dan masyarakat orang asli mengenai perkara tersebut.

“Tanah yang kaum OA diami sejak dari zaman nenek moyang sering dikatakan sebagai tanah kerajaan, rizab perhutanan, rizab Perhilitan dan rizab Melayu sehingga tanah serta wilayah adat mereka dipindah milik atau diberi kelulusan kepada pihak lain.

“Melalui memorandum berkenaan mereka mahukan segala aktiviti yang sedang berjalan di atas tanah dan wilayah adat OA dihentikan, menarik balik lesen yang telah diberi kepada semua kontraktor yang bekerja di atas tanah wilayah adat dan membayar pampas an sewajarnya di atas kerugian kami alami.

“Selain itu, kerajaan harus membatalkan semua rizab bertindih dengan tanah dan wilayah adat OA bagi membolehkan pengiktirafan atau perlindungan serta mengiktiraf seluruh tanah dan wilayah adat OA mengikut peta komuniti,” katanya.

Memorandum berkenaan turut mengandungi sebanyak 6,000 tandatangan OA mewakili kaum mereka di seluruh Pahang.

Khamis, 18 Oktober 2012

TUA KUTUK BANGSAT TAK SERIK HINA ISLAM

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA membaca laporan di SINI, aku terfikir si Apek tua haramjadah bangsat ini memang tidak layak berada di bumi Malaysia.  Ini semua akibat si bangsat ini terlalu lama berkawan dengan sekutu Apco Yahudi laknatullah yang tidak pernah memberitahu bangsat ini tentang Islam.  

Menghina hukum Hudud sudah menjadi hobi buat Apek celaka ini kerana siapa yang peduli dia mahu hina atau tidak, bahkan dia pernah mengugut parti sekutu dia agar jangan laksanakan Hukum Hudud walaupun parti itu bukan main lagi hebat mengaku memperjuangkan Islam.

Benar, Karpal Singh juga tidak bersetuju dengan hukum Hudud.  Tapi Karpal Singh memberikan alasan bahawa hukum ini tidak boleh dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan yang sejak dahulu dianggap oleh beliau sebagai sekular.  Beliau tidak bersetuju hukum Hudud atas sebab perundanganyang beliau fahami.  Berbeza dengan Apek celaka ini, yang menghina hukum Hudud sewenang-wenangnya.  Sebelum ini pun si haramjadah ini pernah mempersendakan hukum menyentuh tangan wanita Muslim dengan lelaki yang bukan muhrim.

Sekali lagi kita mahu tanya mana suara 'ular mak' di dalam sekutu Apco?  Jamil Khir, Mashitah, Perkasa?  Mana suara Hassan si kayu Jati dan Al Fadzil Us Nasha?  Sebab itu kita katakan pada mereka duduklah kamu berlonggok di dalam tong yang penuh najis si bangsat itu./wfauzdin.blogspot.com

PERUNTUKAN DIBERI TANPA PROJEK, MB KEDAH MESTI JAWAB

Oleh:  WFAUZDIN NS

DI DALAM membicarakan soal ketelusan, sepatutnya negeri-negeri di bawah PR mesti mendahului negeri-negeri di bawah Bn.  Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini banyak memuji prestasi negeri-negeri di bawah PR, walaupun baru sepenggal PR mentadbir nampaknya prestasi kita boleh dibanggakan.

Tetapi kita harus ingat, negeri-negeri di bawah PR tidak boleh lari dari memiliki individu-individu atau kumpulan yang pelahab, penyeleweng dan sebagainya.  Ini tugas pimpinan negeri yang mesti peka dan cepat bertindak untuk membenteras golongan perosak ini.  Inilah yang berlaku di Kedah sebuah negeri yang ditadbir oleh PR.  Mengikut laporan Malaysiakini, terdapat bayaran telah dibuat kepada kontraktor di mana tiada keperluan untuk berbuat demikian.  Di mana silapnya?

Laporan Malaysiakini yang memetik Laporan Ketua Audit Negara menyebut, " Kerajaan Kedah membayar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan tiga buah rumah kos rendah yang tidak wujud, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011.  Ia antara masalah yang dikenal pasti dalam projek program perumahan melibatkan 12,749 unit di 79 program perumahan.  Semakan secara rawak mendapati pembayaran dibuat sebanyak RM29,800 untuk tiga unit berasingan.  "Rumah tidak wujud memandangkan blok tersebut hanya mempunyai 4 tingkat dan nombor rumah terakhir ialah F-4-20," laporan itu dipetik.  Bayaran sebanyak juga dibuat RM14,740 untuk kerja-kerja pembaikan yang tidak siap."

Jika kejadian ini benar, kita tidak mahu hipokrit dan kita mahu Kerajaan Negeri menjawab isu ini.  Bukan tugas kita untuk melindungi perbuatan yang memalukan PR ini walaupun jumlahnya sedikit namun jika dibiarkan tidak mustahil akan menjadi kebiasaan dan melibatkan jumlah yang besar satu masa nanti.  Di manakah pemantauan kerajaan negeri di atas segala projek atau peruntukan yang disalurkan?

Kerajaan Negeri Kedah mesti menyiasat, dan jika perlu jemput SPRM menyiasat kes ini dan ambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang terlibat.  Kudis yang mula mahu merebak ini perlu diubati segera.  Kita yakin MB Kedah tidak terlibat, tetapi beliau tidak boleh lepas tangan di atas teguran yang dibuat oleh Ketua Audit Negara.  

Kita tidak mahu rakyat melihat PR tiada bezanya dengan Umno/Bn memerintah kecuali berbeza dari segi angka atau jumlah yang diselewengkan.  Jika di dalam kes NFC kita tahu bahawa RM250 Juta lesap tanpa membela lembu, tetapi jumlah kecil RM 29, 800 itu dibayar untuk kerja yang tidak dibuat juga satu penyelewengan.  

Jika perkara ini tidak benar, Kerajaan Negeri Kedah perlu jelaskan kepada rakyat dan tentukan Ketua Audit Negara memperbetulkan laporan yang telah dikeluarkan./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 17 Oktober 2012

AKIBAT TINGGALKAN PERJUANGAN, INSAN INI 'GILA TALAK'

Oleh:  WFAUZDIN NS

GILA TALAK.  Mungkin itulah perkataan yang boleh digunakan untuk Hassan Jati apabila beliau dilaporkan berkata tidak akan meninggalkan PAS untuk menyertai Umno.  "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong", sesuai juga buat mantan Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat itu.  

"Kerana mulut badan binasa", kerana kepetahan mulut beliau itulah maka beliau menerima bahana.  Kepetahan yang Allah anugerahkan kepada beliau sepatutnya digunakan berjuang memperkuatkan PAS parti yang beliau sertai berbelas tahun dahulu.  Malangnya, kerana ego dan bongkak lebih-lebih lagi merasa beliau seorang yang hebat dan berpengaruh di dalam PAS, beliau melanggar disiplin parti.  Jangkaannya PAS tidak akan berani memecat beliau kononnya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di dalam parti Islam tersebut ternyata silap.  

PAS telah menegurnya beberapa kali dan beliau juga telah diberi amaran agar sentiasa menghormati disiplin parti terutamanya menghormati Majlis Syura suatu badan yang tertinggi di dalam PAS.  Jadi, tiada sebab Hasan Jati ini merasa beliau dizalimi oleh PAS.  PAS pecat beliau bukan kerana isu Murtad yang kononnya beliau sangat perjuangkan.  Semua tahu PAS memecat tokoh yang kepingin mahu menjadi MB Selangor itu adalah kerana beliau mengkritik dasar Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS dan dasar ini telah dipersetujui oleh Majlis Syura.  Itu sebabnya.

Kini, tiba-tiba Hassan Jati berkata dia tidak akan meninggalkan PAS.  Silap kenyataannya itu.  Beliau bukan tidak meninggalkan PAS tetapi PAS yang memecat beliau atas kehendaknya juga.  Beliau sememangnya mahu PAS pecat beliau kerana beliau tahu masa hadapan politiknya di dalam PAS telah hancur.  Beliau ditolak oleh ahli-ahli PAS sewaktu Muktamar PAS, bahkan beliau hilang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu satu jawatan yang memungkinkan beliau menjadi MB Selangor sekiranya PAS menang besar di Selangor melebihi kerusi yang dimenangi oleh KEADILAN dan DAP.

Oleh yang demikian, apa gunanya Hassan Jati menyebut beliau tidak akan tinggalkan PAS?  Sebagai isteri yang telah diceraikan oleh suami, mana mungkin boleh ke hulu ke hilir ke ceruk kampong mendakwa bahawa beliau tidak akan tinggalkan suaminya?  Sudah pasti orang kampong akan berkata wanita itu sudah 'gila talak' kalaupun tidak 'meroyan'.

Kita tahu hati kecil Hassan Jati masih yakin PAS jauh lebih baik dari Umno.  Mahu tunjuk menyesal atau merayu kembali ke dalam parti terasa malu.  Mahu berhijrah ke parti Umno, pertamanya beliau tahu dan kenal siapa Umno.  Keduanya, adakah Umno berselera untuk mengambil orang seperti Hassan Jati ini?  Jika sekadar menjadi orang yang pandai bercakap semata-mata tetapi tidak boleh bekerja, di dalam Umno pun melambak orang seperti itu.  Maka, Umno tidak hairan dengan Hassan Jati cuma Umno mahu Hassan Jati menjadi 'sub kontrak' mereka sahaja untuk memusnahkan PAS.

Menyesal kemudian tidak berguna.  PRU ke 13 tinggal beberapa bulan sahaja lagi.  Hassan Jati mungkin sudah merasa pening adakah Umno sudi memberi sedekah satu kawasan untuk beliau tandingi?  Adakah nanti Hassan Jati terpaksa bertanding di dalam pertandingan 3 penjuru berhadapan dengan Umno/Bn dan juga calon dari PR?  Saya rasa elok sahaja Hassan Jati jangan bertanding daripada mendapat malu kehilangan deposit./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 16 Oktober 2012

VIDEO - NAJIB TIDAK BOLEH JAWAB SOALAN MURID TENTANG NAJIS MUGHALLAZAH?



Teliti video ini.  Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing.  Ikuti video pada minit 1:46.  Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling kepada Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi.  Najib akhirnya angguk dengan cadangan itu. 


Ahad, 14 Oktober 2012

JIKA HARON DIN GANTI TOK GURU NIK AZIZ, HASSAN JATI INGAT UMNO MAHU SOKONG PAS?

Oleh: WFAUZDIN NS

TIDAK semena-mena Hassan Jati suruh Tuan Guru Nik Aziz letak jawatan Mursyidul Am Pas. Nampaknya dendam Presiden JATI yang entah ada beberapa ekor ahli ini terhadap Pas semakin tidak terkawal sehingga Tuan Gutu Nik Aziz pun menjadi mangsa hasad dengkinya.

Selama ini Mursyidul Am Pas itu tidak pernah pun mengusik atau menghentam Jati, jauh sekali menghentam peribadi Hassan Jati.  Apa yang si Hassan sakit hati sangat dengan Tuan Guru?

Hassan Jati lupa bahawa beliau diangkat menjadi wakil rakyat pun kerana adanya undi dari penyokong Dap.  Ertinya, dengan kerjasama bersama Dap maka Pas lebih beruntung daripada Pas bersendirian.  Cuba lihat beza sewaktu Pas bersendirian dulu, adakah Pas sekuat sekarang?  Ketika itu, ada calon Pas yang hilang deposit bertanding.  Itu fakta yang tidak boleh kita nafikan.

Dap yang kini mengetuai P.Pinang, adakah lebih teruk dari zaman Gerakan mentadbir P.Pinang?  Di zaman Gerakan, peruntukan untuk majlis agama islam paling tinggi RM 12 juta setahun.  Di era Lim Guan Eng, peruntukan setahun adalah RM 64 juta.  Ini sudah cukup membezakan baik buruknya Pas bekerjasama dengan Dap.  Terlalu banyak contoh yang boleh diberikan tentang baiknya Pas bekerjasama dengan Dap.  

Hassan Jati menyebut Pas kebih baik dipimpin oleh Dr Haron Din atau Us Nasha.  Apakah jika Pas dipimpin oleh Dr Haron Din atau Us Nasha maka Hassan Jati fikir Umno akan sokong Pas?  Kalau Pas ini dipimpin oleh Malaikat sekalipun, Umno konsisten dan istiqomah akan terus menentang Pas.  Hassan Jati kena sedar dan belajar mengenali Umno semula.