RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 26 November 2011

ORANG PAS SOKONG LYNAS ? MANA PENDEDAHAN CMK ?

Oleh:  WFAUZDIN NS

BENARKAH ada `orang kuat' PAS di Pahang bersekongkol dengan projek Lynas di Gebeng?  Tempoh seminggu yang telah diberikan oleh Blogger Cucu Mat Kilau (CMK) kepada PAS Pahang untuk menyiasat telah pun tamat, dan mengikut CMK beliau akan dedahkan siapa `orang kuat' PAS itu sekiranya PAS Pahang gagal menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang-orang berkenaan.

Saya sejak awal lagi menanti-nanti pendedahan CMK itu kerana bagi saya isu ini serius apatah lagi CMK menyebut tokoh-tokoh berkenaan juga menyalurkan dana yang banyak kepada PAS Pahang.  Sudah tentu mengikut hukum akalnya, sudah pasti PAS Pahang akan menolak dana yang diberikan jika terbukti bahawa dana itu datang dari umpan projek Lynas yang ditentang oleh rakyat Pahang itu.  

Blogger Cucu Mat Kilau (CMK)

Persoalannya, siapakah sebenarnya `pembelot' yang dimaksudkan oleh CMK itu?  Benarkah mereka itu `orang kuat' PAS atau ahli PAS dan mungkin juga bukan ahli mana-mana parti tetapi menyokong PAS?  Maka, saya teruja untuk membaca blog CMK di SINI yang saya harapkan dapat merungkai rahsia siapa orang itu kerana janji CMK akan mendedahkan orang yang didakwa terlibat menyokong projek Lynas tersebut.  Bagi saya, ini lah saat yang ditungu-tunggu oleh kita semua lebih-lebih lagi kepada pimpinan PAS Pahang untuk mengenali siapakah orang berkenaan bagi memudahkan siasatan atau tindakan seterusnya.

Malang sekali, CMK terus menjadikan isu ini misteri apabila beliau gagal mendedahkan siapakah orang itu sebenarnya.  Sama juga seperti kisah `Datuk T' yang mulanya menjadi misteri, tetapi akhirnya Rahim Thambi Chik berani juga mendedahkan siapakah `Datuk T' itu.  Tetapi, CMK masih tidak berani mendedahkan siapa mereka yang dikatakan `orang kuat' PAS tersebut sekadar beliau gelar sebagai `Dr. S' dan 'Haji Z'.  Mengapa perlu gelaran, mengapa tidak didedahkan sahaja nama mereka yang sebenarnya?  Jika dakwaan CMK itu benar, maka tiada sebab untuk PAS biarkan ianya berlaku tetapi jika dakwaan CMK itu salah, maka mereka yang didakwa oleh CMK itu boleh mengambil tindakan saman ke atas CMK sebagaimana Saiful Bukhari (jika tidak silap saya) pernah menyaman CMK dan PahangDaily di mana akhirnya permohonan maaf telah dibuat kepada Saiful Bukhari.

Nampaknya isu ini masih menjadi misteri kepada kita.  Mengapa perlu menyusahkan PAS untuk menyiasat siapa itu `Dr. S' dan 'Haji Z', sedangkan CMK sudah ada maklumat dan bukti kukuh?  Jika ada maklumat dan bukti kukuh, kita percaya mereka yang dituduh itu pasti tidak akan berani menyaman CMK.

Saya bimbang nanti ada tuduhan yang menyebut bahawa CMK sengaja mahu mencipta isu agar dapat menarik sokongan orang-orang PAS kepadanya untuk beliau bertanding di atas kapisiti calon Bebas nanti.  Oleh itu, CMK harus menjadi berani dengan dakwaannya tanpa ada selindung lagi.  Kita akan menghargai pendedahan CMK jika beliau berjaya mendedahkan mereka yang belot itu kerana bagi kita tiada maaf bagi mereka yang bersekongkol dengan projek yang bakal membawa binasa ini./wfauzdin.blogspot.com

BETULKAN KEKELIRUAN, AMK BUKAN MAHU PERALAT BERSIH 3.0 UNTUK ANWAR


Oleh:  WFAUZDIN NS
 
SAYA secara ikhlas dan jujur mahu menarik balik kritikan atau teguran ke atas Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar seperti yang saya catatkan di dalam blog saya di SINI.  Di dalam penulisan saya, saya menyebut tindakan Ketua AMK tersebut ingin mempergunakan himpunan BERSIH 3.0 untuk membela DS Anwar sekiranya Ketua Umum PKR tersebut dipenjarakan adalah suatu salah faham. 
 
Setelah saya menyemak isi ucapan beliau dengan seorang rakan yang hadir semasa ucapan Ketua AMK tersebut, jelas bahawa Sdr Shamsul menyebut bahawa perhimpunan untuk membantah kezaliman ke atas DS Anwar hanya akan dilakukan SEBELUM perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang pada bulan Feb tahun depan.  Ertinya, setelah kes DS Anwar disambung pada 08 Dis ini, maka akan ada satu perhimpunan tertakluk kepada keputusan mahkamah nanti.
 
Kenyataan Ketua AMK ini juga diperjelaskan lagi di dalam laporan Malaysiakini yang dipetik seperti berikut;
 
" Perhimpunan itu akan dijalankan sebelum satu lagi perhimpunan untuk menuntut pilihan raya adil, BERSIH 3.0, yang dijangka diadakan pada Februari.

NONE"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya) /(Malaysiakini).
 
Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua AMK di dalam isu DS Anwar dan juga isu BERSIH 3.0.  Oleh yang demikian, saya menyeru agar rakan-rakan Blogger yang lain yang juga mungkin terkeliru dengan kenyataan Ketua AMK tersebut agar membuat pembetulan di dalam tulisan mereka masing-masing.  Saya dapati ramai daripada Bloggers yang mengkritik Ketua AMK berkenaan dengan isu yang kononnya perhimpunan BERSIH 3.0 akan dijadikan satu perhimpunan untuk membantah kezaliman ke atas DS Anwar.

Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada Ketua AMK serta semua pembaca blog saya dengan kekeliruan yang timbul.  Sokongan akan terus diberikan kepada sesiapa sahaja yang berjuang untuk kebenaran dan keadilan./wfauzdin.blogspot.com
 
 


PERJUANGKAN NASIB DS ANWAR TETAPI BUKAN MELALUI BERSIH

Oleh:  WFAUZDIN NS

KENYATAAN Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar (SAM) untuk menggerakkan BERSIH 3.0 sekiranya DS Anwar disabitkan bersalah dan dipenjarakan adalah satu kenyataan yang `silap tempat'.  Beliau menyatakan demikian dalam ucapan penggulungannya pada kongres pergerakan itu di Johor Bahru semalam.


Beliau tidak boleh kelirukan rakyat dengan perjuangan BERSIH selama ini.  Begitu juga BERSIH tidak boleh disamakan dengan perjuangan membebaskan DS Anwar walaupun perjuangan BERSIH untuk membersihkan amalan pilihanraya di negara ini adalah sejajar dengan perjuangan Ketua Pembangkang itu.  Namun demikian, BERSIH mempunyai isu yang berbeza melampaui isu yang dihadapi oleh DS Anwar.  Walaupun niat dan tujuan Ketua AMK itu dilihat baik dan jujur, namun tidak kena dengan tempatnya dan dilihat kurang bijak. 

Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar

Difahamkan DS Anwar akan kembali ke mahkamah pada 08 Dis ini dan kemungkinan beliau terpaksa dibebaskan kerana rakyat memahami tiada sebab Ketua Umum PKR itu patut dipenjarakan.  Namun demikian, kita mesti bersedia dengan langkah untuk diambil sekiranya kezaliman ke atas DS Anwar berterusan lagi.  Justeru itu, sekiranya AMK merasakan perlu ke hadapan untuk membela nasib DS Anwar maka sudah pasti usaha tersebut akan disokong oleh pencinta keadilan, tetapi perancangan biarlah betul dan bertepatan dengan tempat dan isunya bukan menempek di atas perjuangan BERSIH.

Jika isunya DS Anwar, maka gerakan juga mesti berpaksikan keadilan untuk beliau dan BERSIH bukan tempatnya.  Jika isunya menuntut pilihanraya yang adil, maka BERSIH adalah tempatnya. Adalah diharapkan AMK di bawah Sdr Shamsul Iskandar akan memikirkan kaedah lain untuk mencapai matlamatnya dan jangan khuatir apa yang baik tetap akan disokong oleh rakyat. /wfauzdin.blogspot.com  

Khamis, 24 November 2011

CUBA BAWA ISU PENYATUAN UMNO-PAS, MUHYIDDIN TERTEKAN SEBENARNYA

Oleh:  WFAUZDIN NS


MUHYIDDIN nampaknya semakin menunjukkan hipokritnya terhadap rakyat.  Mungkin kegelabahan beliau melihat kebangkitan rakyat untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang membuatkan beliau tiada lagi arah tuju.

Baru-baru ini di Kelantan, beliau melembutkan lidahnya menyeru agar PAS dan Umno bersatu.  Kerja pentadbiran lebih mudah dan tiada masalah tentang royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan PAS Kelantan jika PAS dan Umno bersatu, itu lah kata-kata dari Muhyiddin.  Adakah Muhyiddin sangka selama ini PAS menolak penyatuan dengan Umno adalah atas dasar royalti minyak atau atas kepentingan pembangunan semata-mata?  Mudah sangat TPM ini untuk menjadikan hak royalti minyak sebagai tebusan kepada penyatuan yang amat di gila-gilakan oleh Umno itu.

PAS menolak penyatuan bersama Umno kerana Umno hanya ingin bersatu dengan PAS atas dasar Kebangsaan Melayu semata-mata, sedangkan PAS melihat bahawa Islam boleh disatukan hanya berlandaskan Al-Quran sahaja.  Tiada Assobiyyah di dalam perjuangan PAS.  PAS juga tidak boleh bersatu dengan sebuah parti yang kekal zalim dan rasuah.  Mana mungkin PAS boleh tidor sebantal dengan parti yang banyak menyusahkan rakyat.

Di Kelantan, betapa Muhyiddin seperti gilakan penyatuan dengan PAS, berbeza pula apabila beliau berkunjung ke Kedah.  Di Kedah, TPM ini menunjukkan sikap yang berbeza di mana beliau mahu rakyat Kedah tidak lagi mempercayai PAS.  Beliau mahu rakyat Kedah menolak PAS.  Di Kelantan, beliau mahu PAS dan Umno bersatu, di Kedah pula beliau menghasut rakyat jangan percaya kepada PAS.  Di mana prinsip dan keikhlasan Muhyiddin sebenarnya?

Justeru itu, terbukti bahawa cakap-cakap Muhyiddin hanyalah cakap orang yang Munafik yang merasa tertekan kerana bimbang kehilangan kuasa.  Rakyat tidak akan terperangkap lagi dengan isu penyatuan Umno - PAS ini kerana Umno tidak pernah ikhlas untuk bersatu./wfauzdin.blogspot.com

ROYALTI MINYAK DIPERTARUHKAN JIKA PAS DAN UMNO TIDOR SEBANTAL?

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
DI DALAM lawatan sehari Muhyiddin ke Kelantan semalam, dijaja lagi oleh beliau soal penyatuan Umno dan PAS.  Nampaknya `gila talak' Umno kepada PAS begitu lama sekali sehingga bersilih ganti PM isu ini masih bermain di bibir pemimpin Umno.  

Parti sekular ini tiak pernah merasa tebal muka atau malu menagih simpati dari PAS kerana mereka sedar riwayat parti yang banyak menyusahkan orang-orang Melayu dan Islam yang didukungi oleh mereka akan berakhir tidak beberapa lama lagi.  Amat memalukan jika mereka waras, apabila PAS telah bersedia dan sedang berusaha dengan kempen `PAS ganti Umno', Muhyiddin datang dengan tebal muka menyarankan agar dilakukan penyatuan Umno - PAS.  Untuk apa?  Agama?  Jauh sekali.  
 
Penyatuan yang mereka mahukan hanya semata-mata untuk `perut' dan `duniawi'.  Muhyiddin jelas menyebut, "Urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah "dan mengindahkan" jika PAS dan Umno boleh menjadi satu pasukan.  Perkara itu akan lebih mudah jika kedua-dua parti dapat bekerjasama tanpa perlu berselisih faham terutama dalam soal pengurusan negeri", kata beliau apabila mengulas mengapa Kelantan dinafikan hak royalti minyak. 
 
Beliau tidak sebut penyatuan itu hendaklah berasaskan Agama Islam yang maha suci.  Sedangkan, PAS dari awal lagi menyebut bahawa penyatuan Umno - PAS hendaklah berpaksikan Al-Quran dan penyatuan itu mestilah melibatkan rakan sekutu PAS di dalam PR terutamanya PKR yang juga mempunyai pemimpin Melayu dan Islam.  Jika Umno dan PAS sahaja bersatu, apa akan jadi kepada parti lain yang juga ramai ahli mereka yang berugama Islam?  
 
Jelas, Umno hanya mahu menjadikan hak royalti minyak sebagai `pertaruhan' untuk penyatuan Umno - PAS.  Adakah Tuan Guru Nik Aziz selaku MB Kelantan dan juga Mursyidul Am PAS sanggup tidor sebantal dengan parti sekular yang menolak hukum Islam ini demi kerana `pitih' minyak?  Jawapannya sudah pasti tidak.  Maka, biarkan sahaja Umno terus `gila talak' sehinggalah sampai masa parti sekutu Apco ini dikuburkan selepas PRU akan datang, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com

HARIMAU MUDA - PASUKAN KITA BAGUS, STRIKER MASIH TUMPUL

Oleh:  WFAUZDIN NS

TEWAS dengan jaringan 0 - 2, begitulah keputusan perlawanan bolasepak Pra Kelayakan Olimpik di antara pasukan Malaysia (Harimau Muda) bertemu pasukan Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.   

Skuad Harimau Muda di Sukan Sea Jakarta baru-baru ini yang berjaya mempertahankan Pingat Emas

Bagi saya, kekalahan malam tadi tidak lah mengecewakan dan ia terbukti dengan tepukan serta kibaran Jalur Gemilang dari para penonton sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.  Mungkin ramai di antara kita yang menonton tidak merasa marah atau kecewa dengan kekalahan tersebut malahan kita merasa simpati dengan semua pemain yang telah `dipaksa' bertarung tidak sampai 48 jam selepas berhempas pulas di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta baru-baru ini di mana skuad bimbingan Ong Kim Swee ini mematahkan sayap garuda untuk mendapatkan Pingat Emas di Sukan Sea.

Ong Kim Swee, Jurulatih yang penuh strategi

Mengulas perlawanan malam tadi, secara keseluruhannya Harimau Muda bermain dengan baik walaupun tidak sepantas sewaktu bertarung dengan Indonesia baru-baru ini.  Ini mudah difaham mengapa berlaku sedemikian, apatah lagi beberapa pemain tunggak kita yang cemerlang di Jakarta tidak turun bermain malam tadi.  Namun, itu bukan alasan buat Harimau Muda untuk tewas malam tadi.

Striker, Thamil Arasu dan Ahmad Fakri masih mengecewakan
Apa yang dapat dilihat, Harimau Muda malam tadi bermain seolah-olah tidak mempunyai striker.  Striker yang diturunkan malam tadi gagal menyerlah dan banyak menghampakan peluang yang terhidang di depan mata.  Ahmad Fakri Saarani dan Thamil Arasu masih gugup berada di hadapan dan masalah ini juga berlaku di Sukan Sea baru-baru ini.  Syria bukanlah pasukan yang hebat sangat, cuma mereka dapat menandingi bola hantaran tinggi yang sering dilakukan oleh pemain Malaysia.  Kedua-dua gol yang mereka jaringkan itu adalah kesilapan benteng pertahanan kita yang mungkin di separuh masa kedua kebanyakan dari mereka berada di dalam keletihan.  Berbeza di separuh masa pertama, benteng kita berperanan dengan efisyen sekali. 

Pemain Tengah, Baddrol Bakhtiar cemerlang

Kehilangan Baddrol Bakhtiar yang tidak layak menyertai pertandingan ini di atas faktor umur amat dirasai.  Jentera tengah Harimau Muda banyak bergantung kepada kreativiti yang ada pada pemain berasal dari Kedah ini.  Tiadanya Baddrol Bakhtiar, kegugupan yang masih ada pada kedua-dua striker kita, dan faktor keletihan mungkin menjadi faktor kita tewas malam tadi.  Penjaga gawang Harimau Muda, Khairul Fahmi (Apex) ternyata masih hebat.  

Penjaga Gol Utama Kebangsaan, Khairul Fahmi masih kebal

Saya memuji sikap ribuan penyokong yang hadir di Stadium malam tadi yang tetap bersemangat memberikan sokongan kepada skuad Harimau Muda sehingga ke wisel penamat.  Tiada cacian, makian atau ejekan yang kedengaran dari bangku penonton.  

Harus diingat, perjuangan belum berakhir.  Perlawanan timbal balik belum menjanjikan keputusan yang sama.  Pertemuan akan datang iaitu pada 27 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, Harimau Muda akan berdepan dengan Bahrain pula.  Diharapkan kali ini, segala kelemahan yang dikenalpasti dapat diperbaiki segera oleh Ong Kim Swee.  Syabas, Harimau Muda./wfauzdin.blogspot.com


Rabu, 23 November 2011

BERAHIM ALKATAKI KEMARUK UNDI POS PULAK DAH...

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIMPATI juga saya apabila mendengar rintihan MP Pasir Mas, Ibrahim Ali atau yang lebih dikenali sebagai Berahim alkataki di dalam Parlimen hari ini.  Seolah-olah beliau sudah tahu dan merasai bahawa beliau akan hilang deposit di Parlimen Pasir Mas di dalam PRU ke 13 nanti, maka keluarlah usul yang orang bijak pandai tidak akan mengusulkannya.

Malaysiakini melaporkan, Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

NONE"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat
(Malaysiakini).

Kenapa perlu di Pasir Mas?  Terlalu banyakkah komunis atau pengganas di kawasan beliau sekarang sehingga perlunya kem tentera di bina di situ?  Setahu saya, di Pasir Mas yang banyak adalah katak-katak puru kerana di situ menetapnya `raja katak'.  Tidak ada idea lainkah MP Pasir Mas untuk bercakap di dalam Dewan?  Paling tidak, beliau boleh bercakap soal perpindahan ternakan katak puru kepada ternakan lembu seperti yang keluarga Shahrizat lakukan.  

Nampak sangat kemaruk Wakil Rakyat bebas ini kepada `undi pos'.  Cukup-cukuplah Najib sahaja yang bergantung dengan undi pos.  Beliau selaku Presiden Perkasa jangan buat malu jemaah Perkasa pula kalau menang pilihanraya pun dengan undi pos./wfauzdin.blogspot.com 

PILIHANRAYA BERASINGAN DI SELANGOR, KALI INI KENA BERSETUJU DENGAN NOH OMAR

Oleh:  WFAUZDIN NS

KALI ini aku amat bersetuju dengan pandangan Noh Omar di dalam Malaysiakini, bahawasanya `tidak masuk akal' jika MB Selangor tidak mahu membubarkan Dun Selangor serentak dengan pembubaran Parlimen nanti. 



Aku bersetuju sememangnya `tidak masuk akal' kepada Noh Omar kerana semenjak bila Noh Omar ada akal?  Apabila akal sudah tiada, bagaimana mahu masuk?  Bukti Noh Omar ini tidak mempunyai akal apabila beliau tidak mengetahui undang-undang atau Perlembagaan Negeri beliau sendiri iaitu boleh atau tidak Dun Selangor dibubarkan berasingan dengan Pembubaran Parlimen?  Alasan yang diberi oleh Tan Sri Khalid iaitu dengan menjadikan Sarawak sebagai contoh itu adalah untuk menunjukkan bahawa Negeri Sarawak juga tidak menyalahi undang-undang apabila Dun mereka dibubarkan secara berasingan dengan pembubaran Parlimen. 

Mengapa Noh Omar bimbang sangat jika Selangor tidak serentak dengan Pusat untuk mengadakan Pilihanraya khususnya di kerusi Dun?  Sudah tentu beliau bimbang sebab di dalam Bajet yang baru diumumkan oleh MB Selangor itu terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan untuk rakyat Selangor.  Jika kesemua yang dijanjikan di dalam Bajet berkenaan dapat ditunaikan, ertinya hajat Umno untuk merampas Selangor pasti berkecai.  Itu sebenarnya mimpi buruk yang dialami oleh Noh Omar yang sudah terbayang akan berkecainya harapan beliau untuk duduk di kerusi yang pernah diduduki oleh Khir Toyo itu.

Oleh yang demikian, aku amat-amat bersetuju dengan langkah MB Selangor itu kerana kebajikan rakyat perlu diutamakan.  Pedulikan dengan pujuk rayu Pengerusi SPR yang mahu agar negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat membubarkan Dun masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen.  Alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR bahawa Pilihanraya yang berasingan akan menyebabkan kos pilihanraya menjadi tinggi.  Memanglah kos tinggi, malahan sebelum ini pun kos sudah tinggi kerana pihak Umno/Bn sentiasa menggunakan segala jentera kerajaan malahan tenaga manusia di bawah setiap jabatan untuk berkempen.  Ini lah salah satu faktor mengapa kos pilihanraya terlalu tinggi.

Pakatan Rakyat tembusi kubu kuat Umno, Felda

Darwish Zainal
 
JEMPOL 22 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat kini semakin bertapak kukuh di pedalaman khasnya kawasan Felda yang sebelum ini dianggap kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

Dalam satu program ceramah di Gugusan Felda Palong di sini malam tadi, Anwar berkata, ia memberikan isyarat bahawa Pakatan Rakyat kini semakin hampir ke Putrajaya dan bakal menyingkirkan Umno-BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ceramah berkenaan yang diadakan di Felda Palong 6, berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka dari Gugusan Felda Palong.

Dalam ucapannya, Anwar melahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa dan kehadiran ribuan peneroka Felda yang menandakan bahawa kubu kuat Umno di Negeri Sembilan itu berjaya ditembusi Pakatan Rakyat.

“Saudara dan saudari pada malam ini berjaya membuktikan bahawa akhirnya antara kubu Umno yang terkuat di Negeri Sembilan berjaya juga ditembusi.

“Saya percaya kebangkitan warga peneroka pada malam ini khususnya anak muda akan memberikan kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 peneroka Felda dari Gugusan Felda Palong.

Anwar dalam ucapan lebih sejam mengingatkan Umno-BN terhadap penyelewengan yang dilakukan Felda dan kegagalan parti itu membela nasib peneroka.

Felda kini berdepan saman dari ribuan peneroka dari Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Pahang ekoran penyelewengan yang dilakukan agensi itu terhadap hasil pendapatan peneroka.

“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam, jangan hukum orang apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR.

“Anda (Umno) harus persalahkan diri anda sendiri kerana gagal membela nasib warga peneroka Felda,” kata Anwar dan disambut dengan sorakan gamat daripada para hadirin.

Dalam program berkenaan Anwar turut menerima penyerahan borang kemasukan seramai 412 ahli baru KEADILAN dari Ranting Felda Palong 6; 105 ahli dari Ranting Felda Palong 4 dan 257 ahli dari Ranting Felda Palong 2.

Untuk rekod Gugusan Felda Palong mempunyai 16 Tanah Rancangan Felda bermula dari Felda Palong 1 dan berakhir dengan Felda Palong 16.

Beliau juga menyempurnakan pemberian Geran ‘Pengisytiharan Tanah Berkelompok Persendirian’ kepada 32 peneroka Felda Palong 8 yang mengusahakan penanaman semula getah dan kelapa sawit secara persendirian dan bukan melalui Felda.

Ketua Pembangkang itu turut menerima kemasukan 80 peneroka Felda Palong 8 yang menyerahkan Borang Permohonan Peneroka Generasi Baru. (Baca `Janji Palong' di SINI)

Selasa, 22 November 2011

LAGU KEBANGSAAN DIEJEK PUN SALAH PEMBANGKANG JUGA? BEBAL PUNYA MENTERI

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
BETUL juga kata orang, bukan semua yang jadi Menteri atau Timbalan Menteri itu cerdik.  Kadangkala terlebih bengap dari orang bodoh pun ada.  Contohnya, macam Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim.  Sebenarnya ramai lagi, tetapi untuk mahu menceritakan tentang maruah negara kita `dipersendakan' di Indonesia sepanjang Sukan Sea sekarang elok kita lihat apa kata Timbalan Menteri yang bengap ini.

Timbalan Menteri Sukan, Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.  Beliau berkata demikian sewaktu penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
 
 
Kita mahu beritahu Razali, jika beliau mahu `ampu atau jerk' Najib sekalipun jangan sampai `jerk'  terbalik kereta dibuatnya.  Memalukan Umno saja dapat Timbalan Menteri sebengap itu.  Apa hujah beliau untuk sabitkan penyokong Indonesia marah sangat kepada Malaysia?  Pasal pemimpin Pembangkang selalu cerita pasal rasuah pemimpin kamu di negara luar?  Cuba sebut, di negara mana yang tidak tahu pasal rasuah pemimpin Umno?  Negara mana yang tidak tahu pasal pembunuhan Altantuya?  Pasal sekatan hak asasi dan bersuara, negara mana yang tidak tahu?  Semua negara tahu.  Tetapi, bila kita ke negara seperti Singapore, Thailand, Negara-Negara Eropah di dalam beberapa acara sukan, adakah rakyat di sana melakukan seperti yang dilakukan di Indonesia?

Jadi, apa masalahnya di Indonesia sampai begitu sekali?  Razali ini terlupakah isu sebenar di antara negara kita dengan negara jiran tersebut?  Isu kononnya negara kita dituduh menceroboh wilayah mereka?  Mengapa kita tidak boleh selesaikan secara diplomatik dengan mereka secara harmoni?  Selagi ada prasangka buruk terhadap negara kita di dalam isu tersebut, ertinya kita gagal dalam hubungan diplomatik.  Itu belum kira isu berapa ramai warga mereka yang bekerja di negara kita membawa cerita mereka dianiayai.  Apa kena mengena dengan Pembangkang di dalam isu ini?
 
Kalaulah kerana Pembangkang, di setiap negara luar sana kita akan dilayan seperti di Indonesia.  Tetapi itu tidak berlaku sedangkan negara di luar sana juga terdedah dengan segala kemungkaran pemimpin negara ini.  Ini bukti menunjukkan bahawa kerajaan kita lemah untuk mengatasi beberapa isu sensitif dengan Indonesia.  Kelemahan mereka ini mahu dibebankan kepada Pembangkang. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 21 November 2011

LAWAK TERBARU ZUL KULIM, WAN AZIZAH MENANGIS DEPANNYA ?

Kelakar sungguh bila membaca kenyataan Zul Kulim dalam Malaysiakini semalam.  Dia tak mengaku apa yang didakwa oleh Dr Syed Husin Ali di dalam buku `Memoir' yang menyebut Zul Kulim minta upah untuk kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar.  Korang baca kat SINI dulu.

Dr Syed Husin telah keluarkan buku yang bercetak dan diedarkan.  Dr Syed Husin bukan bercakap mulut saja atau bercakap di dalam Parlimen yang `kebal' itu.  Jadi, sebagaimana Zul Kulim selalu cabar DS Anwar saman beliau atau Blogger yang buat fitnah, maka kali ini apa kata Zul Kulim saman Dr Syed Husin pula?  Ada berani?

Paling kelakar bila Zul Kulim ini cerita kononnya DS Wan Azizah menangis depan beliau bila DS Anwar `paksa' isterinya itu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk DS Anwar tandingi.  Punyalah haprak lawak jenaka Zul Kulim.  Semenjak bila DS Wan Azizah ini tergila-gila nak jadi Ahli Parlimen?  Dia ingat DS Wan Azizah ini macam dia yang semenjak dari PAS lagi terhegeh-hegeh nak jadi YB.  Malangnya, PAS dah tahu perangai buruk Zul Kulim dan PAS tak pernah pun teringin beliau untuk menjadi calon PAS.  Akhirnya, atas simpati DS Anwar maka beliau dipilih sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru.  


Busuk-busuk bangkai akhirnya terbau juga.  Akhirnya, benarlah sangkaan PAS selama ini.  Zul Kulim tidak boleh dipercayai, maka dia tercampak dari PKR.  Alhamdulillah, satu bangkai sudah hilang dari PKR.  Kita semua tahu, DS Wan Azizah asalnya bukan orang politik pun.  Semenjak DS Anwar di dalam kabinet kerajaan dulu hingga ke peringkat DS Anwar jadi TPM, DS Wan Azizah tetap `low profile' dan jarang sekali muncul di khalayak ramai.  Jauh beza dengan Bik Mama yang ada sekarang.  

Beliau mula belajar politik bila suaminya dianiayai oleh mamak bendahara.  Ketika itu, sudah menjadi kewajipannya untuk berjuang membela nasib suaminya di dalam penjara, apatah lagi ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah.  Itu mulanya DS Wan Azizah berpolitik.  Bukan dia gila jawatan politik, tetapi terpaksa demi suami tercinta.  Jika benar DS Wan Azizah ini gila jawatan, sudah lama beliau menunjukkan perangai macam Bik Mama yang bergelar `Hajjah' tu sewaktu DS Anwar menjadi orang No. 2 dalam kerajaan dulu. Jadi, di mana lojiknya kata Zul Kulim bahawa DS Wan Azizah menangis di depannya kerana terpaksa kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Ketawa lagi aku bila Zul Kulim sebut, dia tolak tawaran jadi Pengarah di dalam GLC Selangor yang menjanjikan elaun bulanan lebih kurang RM50, 000 sebulan.  Aduuuhh...tengok muka Zul Kulim ni korang percaya ke dia tolak tawaran tu jika betul ada?  Elaun sebanyak tu kalah gaji PM tu !! Zul Kulim kononnya tolak kerana dia berjuang atas dasar keikhlasan.....wakakakakaaaaaa...

Kalau aku, aku ambil je jawatan tu pasal aku boleh bayar hutang-hutang aku kat kawan-kawan semasa berkempen dulu.  Tak tahan telinga aku mendengar kawan-kawan merata-rata sebut pasal hutang aku.  Buat apa aku pakai kopiah `Ali Baba' kalau aku mati nanti dalam berhutang?

Orang semua tahu Zul Kulim, bahawa kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru tu sepatutnya dikosongkan awal lagi kerana ada dakwaan kamu tak jelaskan penyata pilihanraya sebelumnya.  Sebab tu akhirnya petisyen yang dibuat oleh Umno Kulim Bandar Baru tu `selesai' di luar mahkamah sebab ada `rundingan' rahsia.  Apa rahsianya?  Rahsianya dapat dilihat sekarang di mana Zul Kulim jadi Wakil Rakyat Bebas.  Ertinya, PKR hilang kerusi itu.  Jika petisyen itu dulu dibawa ke mahkamah, maka terpaksa diadakan P/raya di situ, kompom PKR terus memegang kerusi tersebut. Hasilnya, niat mereka tercapai untuk melihat PKR kehilangan kerusi tersebut.  Masakan `free' je kot....mesti ada sesuatu di sebalik kopiah Zul Kulim.

Nampaknya semakin Zul Kulim bercakap, semakin nampak kebodohannya.  Jadi, lebih baiklah Zul Kulim baca `Memoir' Dr Syed Husin tu, dan saman beliau.  Sekali lagi kita bertanya, ada berani?  /BudakMental

Ahad, 20 November 2011

ANTARA FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA, CERAMAH ANWAR DI PALONG 6 MALAM NANTI

Oleh: WFAUZDIN NS

Malam ini, Isnin (21 Nov) jam 09.00 malam, bertempat di Palong 6, N. Sembilan akan diadakan program Ceramah yang pastinya `panas' dengan menampilkan DS Anwar Ibrahim, Sdr Shamsul Iskandar (Ketua AMK) dan juga Tuan Hj Suhaimi Said (Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal).

Meskipun, pada malam ini juga tumpuan kita kepada Perlawanan Akhir Bolasepak penentuan Pingat Emas Sukan Sea di Jakarta di antara Malaysia bertemu tuan rumah, Indonesia.  Sudah tentu kita mengharapkan negara kita dapat mengekalkan Pingat Emas sekaligus menutup mulut `lancang' penyokong-penyokong Indon yang biadap itu.  Kita akan lihat nanti, penyokong-penyokong Indon yang `brengsek' itu akan mengeji dan menghina Lagu Kebangsaan kita sebelum perlawanan bermula.  Itulah yang mereka lakukan sebelum ini sewaktu negara kita bertemu dengan Tuan Rumah di dalam Separuh Akhir baru-baru ini.

Berbalik kepada ceramah di Palong 6 malam nanti.  Difahamkan DS Anwar akan mula berceramah sekitar jam 10.30 malam.  Sudah tentu ketika itu perlawanan bolasepak telah pun berakhir kerana perlawanan bermula jam 8.30 malam. 

Oleh itu, kepada penduduk sekitar Palong jangan lepaskan peluang untuk bersama mendengar amanat `Janji Palong' oleh DS Anwar malam nanti.  Kepada para Peneroka, mereka akan dapat maklumat daripada pimpinan PR bagaimanakah kehidupan mereka sekiranya PR berjaya ke Putrajaya.