RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 5 Mei 2012

BERSIH 3.0, MACAM SAMSENG, BODOH DAN TAKUT KATA PROF AZIZ BARI

Coretan dari Prof Aziz Bari
Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.-MK

Jumaat, 4 Mei 2012

BERSIH - ATM TIDAK PERLU CEMARKAN IMEJ MEREKA

Oleh:  WFAUZDIN NS



ADA beberapa pihak berkata, mungkin di dalam menghadapi Himpunan BERSIH siri akan datang, pihak Polis akan memohon bantuan ATM pula.  Aku tidak percaya hal ini akan berlaku kerana bagi aku tiada sebab untuk mencemarkan imej ATM semata-mata untuk menjaga kerusi sang Penguasa yang takut jatuh.

Pada aku, Polis sudah cukup terlatih untuk berdepan dengan perhimpunan yang aman, melainkan jika mereka lebih suka melihat perhimpunan tidak menjadi aman.  Apa yang aku percaya, ATM sekarang masih `suci dan bersih' tidak tercemar lagi dengan cerita-cerita bahawa tentera melanyak orang awam yang berhimpun.  Warga tentera bukan bacul, mereka akan berdepan dengan musuh yang bersenjata bukan layak untuk tentera berdepan dengan rakyat yang hanya memakai baju kuning.  Jika ada pihak yang merasa amat gagah berdepan dengan rakyat tua dan muda, lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang hanya `bersenjatakan' baju Kuning, biarlah pihak mereka sahaja lakukan.  Jangan cuba mempengaruhi tentera untuk dibenci oleh rakyat.

Seandainya teringin pula Panglima-Panglima tentera ini untuk merayakan keseronokan membelasah rakyat, aku percaya warga tentera di bawah tidak akan sanggup menjual maruah dan kedaulatan mereka selaku tentera.  Imej tentera mesti dipertahankan.  Organisasi lain yang sudah hancur lebur imej mereka, biarkan mereka dan tentera tidak harus menempah nama seburuk itu./wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 3 Mei 2012

PERSETANKAN BETINA TUA MURAHAN ITU

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA muncul semula betina tua yang tidak bernikah ini dikaca TV hanya untuk memburukkan abangnya.  Berlakunlah dia di depan TV kononnya sedih sangat tatkala menceritakan betapa abangnya melakukan maksiat di dalam tandas dan di atas sofa seperti yang ditayangkan gambarnya oleh media lidah syaitan yang dikawal oleh parti sekular sekutu Apco laknatullah.

Seperti dijangka, betina tua lagak bagaikan pelacur murahan ini pun menuntut abangnya bersumpah laknat, kononnya mengikut ajaran Islam.  Kepala hotak dia Islam mengajar sumpah laknat apabila seseorang itu dituduh melakukan zina.  Mana dia belajar?  Ohh, saya terlupa, kebiasaannya pelacur sudah tentu tidak belajar agama maka berhukumlah dia mengikut kepala otak dia yang jahil murakkab itu.

Kata betina itu lagi, sudah cukup perbuatan abangnya itu membuatkan keluarganya derita.  Eh, ada keluargakah betina tua ini dan apakah hubungan betina jalang ini dengan orang yang dia tuduh itu?  Bukankah semua orang tahu ayah betina tua ini sewaktu hidup tidak mengaku betina jalang ini sebagai anaknya?  Ertinya, dia tiada bapa.  Mungkin betina ini anak buluh betung.  

Akibat menderhaka kepada ayah, maka Allah melaknat beliau di dunia lagi.  Sebab itulah sepanjang hidupnya betina tua ini tidak pernah tenteram.  Walaupun betina tua ini mungkin mempunyai wang yang banyak hasil dari menjual maruah dirinya dan hasil upahan menjadi pencacai parti sekular sekutu Apco laknatullah itu, hidupnya tidak pernah aman damai.  Hasad, dengki dan dendam sentiasa bersarang di dalam hatinya.  Betina tua ini mendakwa beliau yakin 99.9% gambar lucah yang disiarkan oleh media berlidah syaitan itu adalah gambar abangnya.  Ertinya, beliau tidak yakin 100%, sedangkan sebelum ini beliau berkali-kali mendakwa beliau tahu kegiatan songsang abangnya itu. Jika benar beliau tahu, mengapa tidak yakin 100%?

Satu lagi permintaan betina tua ini selain dari bersumpah laknat, beliau mahu abangnya itu membuat laporan Polis.  Mengapa bodoh sangat pelacur murahan ini?  Jika kamu sudah yakin dan tahu 99.9% kisah abang kamu, mengapa kamu tidak membuat laporan Polis atau laporan kepada Majlis Agama Islam?  Umpama saya melihat satu kejadian rompakan, dan saya kenal siapa perompak itu maka saya lah yang patut membuat laporan Polis.  

Begitu mudah kerja puak-puak bangsat ini.  Reka satu cerita, kemudian cabar orang yang dituduh itu buat sumpah laknat atau laporan Polis.  Adakah kerana mereka tahu sistem kehakiman di negara ini sentiasa bersama mereka maka mereka ingin menggunakan keistimewaan itu?  

Bagi saya mudah.  Isu seks terhadap sesiapa sekali pun pasti tidak boleh melalaikan rakyat dari mengingati kisah lembu dalam kondo bernilai RM250 Juta, kisah cincin RM24 Juta, kisah komisyen kapal selam RM500 Juta, kisah penipuan dan penyelewengan PKFZ, kisah penghapusan hutang kroni, kisah penipuan terhadap warga Felda dan yang terbaru kita tidak akan lupa 'kemuliaan dan sikap ramah mesra" Pasukan Keselamatan kita di dalam peristiwa Himpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini.

Zaman untuk membaca kisah-kisah seks sudah berlalu.  Kini masa untuk bersiap menghadapi BERSIH 4.0.  Persetankan Betina Murahan itu./wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 2 Mei 2012

VIDEO - CHEGU BARD TIDAK SERIK WALAU DILANYAK SEPARUH MATI



Oleh:  WFAUZDIN NS

BENARKAH peserta-peserta BERSIH 3.0 sememangnya merancang untuk merempuh pasukan keselamatan di Dataran Merdeka pada 28 April baru-baru ini?  Jika ianya benar, aku merasakan perancangan oleh Penganjur BERSIH 3.0 pada hari tersebut ternyata amat lemah malahan perancangan paling bodoh walaupun pimpinan BERSIH serta para penyokong BERSIH mempunyai ratusan pakar-pakar strategi termasuk dari kalangan bekas-bekas pegawai tentera.

Inilah wajah Chegu Bard dan Sani (Ketua AMK Rembau) setelah dibelasah teruk

Lojikkah pada akal perancangan menggempur pihak keselamatan tidak dilaksanakan serentak, sedangkan pada waktu itu sekeliling Dataran Merdeka telah dikepung oleh peserta-peserta BERSIH?  Bayangkan jika gempuran dilakukan serentak di kiri kanan, depan dan belakang sekumpulan pasukan keselamatan dan trak-trak FRU.  Sudah tentu tragedi pada 28 April yang lalu menjadi satu sejarah paling pahit untuk dikenang oleh pihak keselamatan.  

Tetapi apa yang berlaku pada 28 April itu tidak berlaku sedemikian.  Ini cukup jelas membuktikan tiada perancangan untuk menggempur pihak keselamatan.  Apa yang berlaku hanyalah peserta BERSIH meluru masuk ke tempat yang mereka mahu tuju iaitu Dataran Merdeka.  Mengapa mereka meluru masuk?  Sebabnya mereka telah melihat kawat duri dan halangan telah `dibuka'.  Siapa yang membukanya?  Soal ini kita serahkan kepada pihak yang akan menyiasatnya.  Cuma, apa yang jelas peserta-peserta BERSIH sejak awal mahu berada di Dataran Merdeka untuk mereka DUDUK DAN BANTAH.

Mengapa susah sangat pihak berkuasa untuk memberikan kebenaran untuk mengunakan Dataran Merdeka?  Mengapa ditawarkan Stadium Merdeka sedangkan sewaktu BERSIH 2.0 dahulu kita pohon stadium tersebut mereka tetap tidak mengizinkan?  Contoh terbaik perhimpunan aman adalah seperti di Kuantan, Pahang sewaktu Himpunan Hijau bertempat di Padang MPK 4, Kemunting.  Ketika itu, puluhan ribu berhimpun dengan aman bukan hanya duduk tetapi berdiri, melompat dan berarak tanpa melanggar adab dan tatasusila.  Di Kuantan ketika itu, pihak keselamatan duduk berkawal dengan santai tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.  Oleh kerana pihak keselamatan bertugas dengan penuh profesional dan para peserta perhimpunan juga penuh dengan tanggungjawab, maka Himpunan Hijau berjalan dengan aman dan tertib.

Mengapa ini tidak berlaku di Dataran Merdeka?  Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ketakutan rejim untuk menghadapi kebangkitan rakyat.  Rejim sedar tipu daya mereka kini mulai terbongkar sehinggakan pembongkaran paling serius adalah bagaimana Pengerusi SPR dan Timbalannya dikenalpasti sebagai ahli-ahli UMNO.

Syabas kepada Chegu Bard, Penyelaras Solidiriti  Anak Muda Malaysia (SAMM) di antara beberapa pimpinan yang teruk dibelasah pada hari tersebut.  Beliau terus ditahan, dan sebaik sahaja dibebaskan beliau berehat seketika di rumah dan kemudiannya kembali semula ke pentas ceramah di dua tempat sekitar KL iaitu di Selayang dan Rawang.  Malam tadi (01 Mei) pula beliau hadir di hadapan lebih 10 ribu orang di Ampangan, Seremban.  Kekentalan dan semangat Chegu Bard pasti akan menyuntik semangat anak-anak muda untuk bersedia bangkit menghadapi BERSIH 4.0.  Kita sama-sama nantikannya./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0 - APA YANG BERLAKU ANGKARA TANGAN JAHAT NAJIB

Oleh:  WFAUZDIN NS

Kehadiran BERSIH 3.0 berganda dari BERSIH 2.0


AGAK lama blog ini terbiar tanpa kemaskini sejak bermula BERSIH 3.0 kelmarin.  Tidak tahu apa puncanya, semua blog aku tidak boleh masuk untuk dikemaskinikan.  Alhamdulillah, hari ini semua sudah kembali seperti biasa, mungkin BERSIH 3.0 sudah berjaya mencapai matlamat iaitu untuk membuktikan rakyat sudah benci dan meluat dengan segala penipuan SPR yang semakin terserlah.

Bersama segelintir anak muda dari Pahang
Dihalang....
Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta bersama anak buahnya tidor ditepi kawat berduri
Alhamdulillah, rakyat telah bangun untuk buktikan bahawa tidak semua rakyat boleh diperbodohkan sepertimana Shahrizat dan keluarganya memperbodohkan ahli-ahli Umporno tentang isu NFC.  Rakyat juga tidak mudah tertipu dengan gelagat pimpinan Umporno yang mendakwa PTPTN itu adalah tindakan untuk membantu para Mahasiswa melalui budaya berhutang.  Media berlidah syaitan dan Iblis tentunya kecewa apabila propaganda mereka untuk menunjukkan peserta himpunan BERSIH 3.0 adalah ganas ternyata ditolak mentah-mentah oleh rakyat.  Ini adalah kerana di dalam otak masing-masing, mereka sudah `set' di dalam pemikiran mereka semenjak bila TV3 suku dan Utusan Meloya tidak pernah berbohong dan berhenti dari melakukan fitnah?

YB Azmin berucap dikelilingi para Mahasiswa
Hero Mahasiswa Adam Adli
YB Husam Musa
Tahniah dan syabas kepada semua peserta Himpunan BERSIH 3.0.  Apa pun yang berlaku kelmarin tidak akan berlaku jika Najib mempunyai otak dan hati yang bersih.  Contoh terbaik Himpunan Aman adalah seperti di Kuantan baru-baru ini di mana Himpunan Hijau di Padang Kemunting yang dihadiri puluhan ribu berjalan dengan aman, baik dan penuh semangat kesopanan.  Mengapa Himpunan Hijau aman?

Himpunan Hijau berjalan dengan aman walaupun diadakan di lokasi sekitar bandar Kuantan iaitu di Padang MPK 4, Kemunting.  Himpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak Polis dan juga turut dibantu oleh Unit Amal dan petugas-petugas.  Hasrat penganjur Himpunan Hijau tercapai iaitu berhimpun di Padang MPK, dan hasrat pihak berkuasa juga tercapai apabila perhimpunan berjalan aman tanpa sebarang kekecohan.  Ertinya apa?  Ertinya, perhimpunan aman boleh dicapai apabila tiada niat jahat untuk menafikan hak dan suara rakyat.

Media pencacai kata peniaga rugi hari itu.....lihat saja dan fikirkan..

Mengapa Himpunan BERSIH 3.0 berlaku kekecohan?  Semua ini berlaku adalah kerana hasrat Penganjur untuk DUDUK DAN BANTAH sahaja di Dataran Merdeka dinafikan.  Mereka membuli Penganjur apabila menawarkan Stadium Merdeka, sedangkan sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 dahulu mereka melarang keras penggunaan stadium bersejarah itu.  Apa yang BERSIH minta pasti mereka halang tanpa alasan yang boleh diterima akal.  BERSIH 2.0 mohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka, mereka beri alasan kononnya stadium itu amat bersejarah dan tidak boleh dicemari oleh perhimpunan.  Mengapa pula kali ini, apabila Penganjur mohon untuk berhimpun di Dataran Merdeka, secara tiba-tiba Stadium Merdeka tidak lagi mereka anggap `bersejarah' dan mereka mahu BERSIH 3.0 berhimpun di situ?  Tiba-tiba kali ini Dataran Merdeka pula dikatakan `bersejarah' dan tidak boleh dicemari?  Alasan yang langsung tidak konsisten menggambarkan memang ada niat jahat untuk menghalang rakyat dari menyuarakan bantahan mereka.

Mereka tutup jalan, mereka mahu lalu terpaksa redah tempat peserta BERSIH tengah duduk...Tapi kenderaan Polis ini dibiarkan lalu dengan selamat...
Pada Perhimpunan HIJAU di Kuantan, tiada mereka maka semuanya selamat...
Sejak dari awal lagi kita sudah membaca putar belit dan helah mereka.  Bermula dari kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin bahawa Kerajaan tiada masalah dengan cadangan BERSIH 3.0 untuk berhimpun kerana tidak akan menjejaskan keselamatan.  Kemudiannya, beliau menyerahkan kepada DBKL samada memberikan kebenaran untuk berhimpun.  DBKL pula memberikan berbagai alasan dan menolak permohonan BERSIH untuk berhimpun.  Kita semua tahu Dataran Merdeka adalah satu tempat yang sering orang ramai berhimpun, bukan sahaja duduk malahan melompat, berlari dan berjoget pernah diadakan di situ termasuk menjadi kawasan pendatang asing berkumpul.  amat tidak masuk akal, Himpunan BERSIH 3.0 yang mahu DUDUK DAN BANTAH boleh mencemarkan Dataran Merdeka.

minum teh dulu bro...

Rakyat tidak boleh terima hak mereka dipermainkan begitu sahaja.  Maka, pada 28 April baru-baru ini rakyat hadir beramai-ramai untuk menunjukkan mereka memang serius untuk membantah penipuan SPR di dalam Pilihanraya.  Usah ditanya tentang bukti penipuan, kerana semuanya telah didedahkan melalui media kita bahkan didedahkan juga melalui PSC yang ditubuhkan oleh Parlimen.  Akhirnya, Pengerusi SPR sendiri akui memang ada keraguan terhadap puluhan ribu pengundi dalam Daftar Pemilih.  Tetapi, katanya hanya 0.3 % sahaja daripada jumlah kesemua pengundi berdaftar.  Walaupun kita lihat jumlah itu sedikit, tetapi tahukah SPR bahawa dengan jumlah itu jika sebanyak 2,000 pengundi meragukan itu diagih-agihkan kepada beberapa kawasan Parlimen, ianya boleh membantu lebih dari 20 kawasan Parlimen untuk menang secara kotor?



Paling mengejutkan, dibuktikan bahawa Pengerusi SPR dan Timbalannya adalah ahli UMNO.  Kita membantah bukan kerana ianya ahli Umno, tetapi sewajarnya selaku pihak pengendali mereka patut tidak menyertai mana-mana parti politik, cuma mereka berhak untuk mengundi.  Bayangkan, Pengadil Bolasepak memasuki padang dengan memakai jersey Pahang sewaktu mengadili perlawanan Bolasepak di antara Pahang melawan Selangor.  Apakah penonton dan penyokong boleh terima keadaan sedemikian?

Ini yang BERSIH 3.0 bantah.  Ini yang rakyat mahu beritahu kerajaan.  Apa jua yang terjadi pada 28 April yang lalu berpunca dari kesemuanya ini.  Asasnya adalah hak rakyat dinafikan malahan dipersendakan.  Itu isu pokok kepada apa yang berlaku, usahlah masing-masing menuding jari untuk mendakwa kumpulan ini dan kumpulan itu ganas.  Apa yang jelas, kerajaan di bawah Najib ternyata gagal untuk melakukan transformasi seperti yang dicanang-canangkannya.  Apa yang ada hanya `Robot Transformer' yang sentiasa berubah-ubah menjadi berbagai bentuk dan rupa. Kita simpati kepada nasib yang menimpa kepada kesemua peserta perhimpunan termasuk pihak keselamatan yang berterusan di`buli' oleh rejim Umporno.  

Tiada pilihan lain lagi.   Rejim ini wajib ditumbangkan segera./wfauzdin.blogspot.com