RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 2 Mei 2012

VIDEO - CHEGU BARD TIDAK SERIK WALAU DILANYAK SEPARUH MATI



Oleh:  WFAUZDIN NS

BENARKAH peserta-peserta BERSIH 3.0 sememangnya merancang untuk merempuh pasukan keselamatan di Dataran Merdeka pada 28 April baru-baru ini?  Jika ianya benar, aku merasakan perancangan oleh Penganjur BERSIH 3.0 pada hari tersebut ternyata amat lemah malahan perancangan paling bodoh walaupun pimpinan BERSIH serta para penyokong BERSIH mempunyai ratusan pakar-pakar strategi termasuk dari kalangan bekas-bekas pegawai tentera.

Inilah wajah Chegu Bard dan Sani (Ketua AMK Rembau) setelah dibelasah teruk

Lojikkah pada akal perancangan menggempur pihak keselamatan tidak dilaksanakan serentak, sedangkan pada waktu itu sekeliling Dataran Merdeka telah dikepung oleh peserta-peserta BERSIH?  Bayangkan jika gempuran dilakukan serentak di kiri kanan, depan dan belakang sekumpulan pasukan keselamatan dan trak-trak FRU.  Sudah tentu tragedi pada 28 April yang lalu menjadi satu sejarah paling pahit untuk dikenang oleh pihak keselamatan.  

Tetapi apa yang berlaku pada 28 April itu tidak berlaku sedemikian.  Ini cukup jelas membuktikan tiada perancangan untuk menggempur pihak keselamatan.  Apa yang berlaku hanyalah peserta BERSIH meluru masuk ke tempat yang mereka mahu tuju iaitu Dataran Merdeka.  Mengapa mereka meluru masuk?  Sebabnya mereka telah melihat kawat duri dan halangan telah `dibuka'.  Siapa yang membukanya?  Soal ini kita serahkan kepada pihak yang akan menyiasatnya.  Cuma, apa yang jelas peserta-peserta BERSIH sejak awal mahu berada di Dataran Merdeka untuk mereka DUDUK DAN BANTAH.

Mengapa susah sangat pihak berkuasa untuk memberikan kebenaran untuk mengunakan Dataran Merdeka?  Mengapa ditawarkan Stadium Merdeka sedangkan sewaktu BERSIH 2.0 dahulu kita pohon stadium tersebut mereka tetap tidak mengizinkan?  Contoh terbaik perhimpunan aman adalah seperti di Kuantan, Pahang sewaktu Himpunan Hijau bertempat di Padang MPK 4, Kemunting.  Ketika itu, puluhan ribu berhimpun dengan aman bukan hanya duduk tetapi berdiri, melompat dan berarak tanpa melanggar adab dan tatasusila.  Di Kuantan ketika itu, pihak keselamatan duduk berkawal dengan santai tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.  Oleh kerana pihak keselamatan bertugas dengan penuh profesional dan para peserta perhimpunan juga penuh dengan tanggungjawab, maka Himpunan Hijau berjalan dengan aman dan tertib.

Mengapa ini tidak berlaku di Dataran Merdeka?  Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana ketakutan rejim untuk menghadapi kebangkitan rakyat.  Rejim sedar tipu daya mereka kini mulai terbongkar sehinggakan pembongkaran paling serius adalah bagaimana Pengerusi SPR dan Timbalannya dikenalpasti sebagai ahli-ahli UMNO.

Syabas kepada Chegu Bard, Penyelaras Solidiriti  Anak Muda Malaysia (SAMM) di antara beberapa pimpinan yang teruk dibelasah pada hari tersebut.  Beliau terus ditahan, dan sebaik sahaja dibebaskan beliau berehat seketika di rumah dan kemudiannya kembali semula ke pentas ceramah di dua tempat sekitar KL iaitu di Selayang dan Rawang.  Malam tadi (01 Mei) pula beliau hadir di hadapan lebih 10 ribu orang di Ampangan, Seremban.  Kekentalan dan semangat Chegu Bard pasti akan menyuntik semangat anak-anak muda untuk bersedia bangkit menghadapi BERSIH 4.0.  Kita sama-sama nantikannya./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. DIDAPATI KAUM CINA. membanjiri k.l...SIGNAL JELAS KEMANA HALA TUJU POLITIK MEREKA..
    PAS DIINGATKAN JIKA SEKALI pun PATUNG2 berhala didirikan dimana2 negri pakatan ...hendaklah mengucap syukur...tolong angkat ramai2 pun ok

    CCTV TELAH DIPASANG DGN AGRESIVE SESUAI ZAMAN ICT.. PDRM TAKBERGANTUNG SGT LG PADA VISUAL HELIKOPTER..

    SILA RANCANG berser 4.0 ..welcome..

    cuma mintak buku jngga ditulis dgn tepat DEMONTRASI AKAN KERAJAAN PAKATAN BENARKAN HATA SETIAP HARI PUN TAKPE..

    BalasPadam
  2. setuju dgn blogger ni..jalan kluar utk pakatan ialah MENGAKU JE 'ARAH SERBU DATARAN..'

    VIDEO SUDAH RAKAM
    ITU TAMBI SUDAH MASUK DLM ...KOD2 TGN PKR AZMIN.. ...SIKIJAM AKAN KUAR TV

    SO NO WAY OUT..

    AMACAM PENGGANAS 3.0 ??

    mau buat SAMPAH 4.0. ??

    kaum cina dap maybe akan merajuk utk brsih 4.. ?? sbb depa2 ni pengecut sket sebenarnyee

    BalasPadam
  3. PUTRAJAYA: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar hari ini, menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah ahli UMNO.

    Beliau berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

    "Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

    Wan Ahmad berkata, beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai ahli UMNO dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan di sebuah akhbar tempatan mendakwa kononnya Wan Ahmad seorang ahli UMNO dengan No.Keahlian 2374564 yang berdaftar di Cawangan UMNO Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

    "Saya bukan orang Kelantan dan tidak pernah tinggal di Pasir Mas atau di mana-mana jua (tempat) di Negeri Kelantan," katanya.

    Untuk maklumuman, Wan Ahmad berkata, beliau berasal dari Terengganu dan bukan Kelantan dan nombor MyKadnya juga tidak sama seperti yang didakwa. Beliau berkata, orang yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya ialah seorang ahli UMNO yang memiliki persamaan nama dengan beliau.

    Orang berkenaan ialah Wan Ahmad Wan Omar, pemegang MyKad bernombor 490101-03-5179 ( Kad Pengenalan lama: 2756290), No Keahlian UMNO 2374564, cawangan Kubang Bunggor Pasir Mas, Kelantan. - BERNAMA

    BalasPadam
  4. ala.. kau nk kutuk2 polis tp bile susah pggil polis gak. bodoh punye pengarang blog!

    BalasPadam