RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 4 Disember 2010

Memo Air : Angkat Ketuanan Rakyat, Humban "Ketuanan Melayu"

Dec 02, 2010

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK Selangor) menyeru seluruh rakyat Selangor kalangan generasi muda dan setiap golongan untuk turun mengiringi Menteri Besar Selangor bagi menghantar memorandum air kepada Yang DiPertuan Agong pada 5 Disember ini ke Istana Negara.

AMK Selangor mengajak semua rakyat bangkit menyatakan pendirian mengangkat ketuanan rakyat marhaen, ketuanan petani pesawah dan peladang, ketuanan pemandu teksi, ketuanan pekerja awam dan swasta, ketuanan peneroka kota dan desa dan menghumban agenda "Ketuanan Melayu" yang dipergunakan segelintir elit dan korporat untuk mengaut kekayaan demi kepentingan diri sendiri. Ketuanan ini lebih mulia daripada agenda "ketuanan Melayu" yang kini gagal memartabatkan bangsa Melayu malahan mengkhianati Melayu dan rakyat Malaysia.

AMK Selangor yakin inilah masanya untuk rakyat Selangor menyatakan pendirian tegas agar hak milik air dikembalikan semula kepada rakyat agar harganya stabil di samping menikmati kemudahan yang lebih baik. Dasar penswastaan air jelas hanya memberikan keuntungan kepada segelintir korporat sedangkan hak asasi rakyat untuk menikmati kemudahan air pada harga yang stabil dan munasabah terabai.

AMK Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa isu air ini perlu diselesaikan segera tatkala kerajaan persekutuan berdolak dalik melindungi dasar penswastaan jelas merugikan rakyat..

Inilah saat penting seluruh rakyat Selangor bangkit menyatakan hak bahawa rakyat adalah tuan dan menjadi "hamba" kepada segelintir pemimpin dan korporat yang berselindung di sebalik agenda "ketuanan Melayu".

AMK gesa agar mobilasi kekuatan ini dizahirkan dengan turun bersama-sama mengiringi Menteri Besar Selangor ke Istana Negara sebagai titik tolak perjuangan memartabatkan ketuanan rakyat agar pengurusan air dikembalikan semula kepada rakyat.

Ayuh kita gerakkan rakyat pada 5 Disember ini dan bersama ribuan rakyat berkumpul di Masjid Negara samada menggunakan kenderaan awam, sewa atau persendirian. Detik itu kita nobat jadikan saat Ketuanan Rakyat adalah sejarah penggerak kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.


*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (gambar kiri) selaku Ketua AMK Selangor merangkap Timbalan Ketua AMK Malaysia/MerdekaraReview

KITA BERTEMBUNG ESOK !!

Oleh: WFAUZDIN NS

KUMPULAN Gaps (baju hitam) nampaknya sengaja untuk bertembung dengan peserta perhimpunan `Kembalikan Air Kami' anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada Ahad ini. Walaupun mereka berkumpul di tempat yang berasingan, namun helah ini mudah untuk dibaca.

Kumpulan pengampu yang diibaratkan oleh Dr Badrul Amin sebagai kumpulan upahan Umno berbaju hitam ini mengharapkan agar pihak Polis akan menghalang kedua-dua perhimpunan ini atas alasan keselamatan. Mungkin pihak Polis merasa bimbang apabila kedua-dua kumpulan ini bakal bertembung yang boleh mengakibatkan berlakunya kekecohan atau provokasi, maka pihak Polis terpaksa menghalang kedua-dua kumpulan dari meneruskan hajat mereka ke Istana Negara. Itu satu taktik yang dirancang oleh mereka yang takut melihat kebangkitan rakyat Selangor dan Lembah Kelang yang ingin menuntut pembelaan.

Melucukan, kumpulan baju hitam ini terpaksa mengadakan `raptai' terlebih dahulu agar mereka tidak dimalukan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Petikan dari Malaysiakini menyebut,
" Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok."

Walau apa pun perancangan mereka, kita berharap rakyat yang bijak dan sedar bahawa diri mereka selama ini tertipu dengan pihak yang `mencekik darah' mereka selama ini akan bangkit menuntut pembelaan dari Duli YMM Tuanku. Marilah berkumpul di Masjid Negara mulai jam 1200 tengahari bersama kepimpinan kita dengan memakai baju merah agar kita boleh menenggelamkan baju hitam sehitam hati mereka./wfauzdin.blogspot.com

APABILA BUDAK HINGUSAN JADI JURUCAKAP PERKASA

Oleh Suara Keadilan

azan15KUALA LUMPUR 2 Dis - Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail membidas tindakan tersebut dengan berkata badan itu telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu.

"Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya.

"Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had.

"Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno.

"Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu," kata Azan.

Tambah beliau Perkasa kini diwakili oleh seorang 'budak' yang mempunyai pemikiran tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu menganggapnya sebagai biadap.

"Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan babi. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu.

"Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik, tidak gunakan akal yang dikurniakan Allah," tegas beliau.

Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang 'budak' yang baru hendak memahami tentang ilmu politik dan bukan seorang terpelajar dan berkedudukan tinggi dalam bidang ilmu.

"Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang rendah seluruh institusi Perkasa dan meletakkan taraf seperti orang ini," ujarnya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

AYOH !! ESOK KITA TUNJUK PERPADUAN KITA TENTANG KANAIKAN AIR

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kempen ‘Kembalikan Air Kami' Selangor’ kini telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=10736

Jumaat, 3 Disember 2010

PKR LEBIH `JANTAN' DARIPADA UMNO

Oleh Suara Keadilan

SNI18KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di lobi Parlimen semalam berkata Najib bimbang pemilihan yang bakal diadakan itu menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," kata saifuddin.

Ini membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang menghormati hak anggota dan kita tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti seperti mana yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul Umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, Beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding pemilihan KEADILAN pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Ujar Saifuddin, walaupun cuma segelintir sahaja ahli Umno yang terlibat, itu pun Najib tidak ada keyakinan bahawa perjalanan pemilihan itu boleh diadakan dengan baik.

Rekod Umno mengada pemilihan juga jauh lebih buruk apabila dalam mesyuarat sebuah bahagian Umno di Kelantan sebelum ini hanya boleh dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

"Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Saifuddin lagi.

BERTAMBAHNYA TUKANG KARUT DALAM UMNO

Selesai pemilihan PKR, tukang karut beralih arah

Oleh: ning

"Assalamualaikum, Selawat dan Salam untuk Junjungan.

Mahadir dengan sokongan Mat Said muncul di Kemaman untuk menghentam DSAI sebagai pengkianat, sebagai perosak bangsa melayu dan mungkin secara tersirat sebagai peliwat.

Kehadiran Mahadir di dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman (mungkin dibiayai oleh dana rakyat) di ambang pemilihan PKR dan ketika itu jugalah TV3 suku dan kuncu kuncu UMNO yang lain termasuk beberapa tukang karut di dunia siber memutarkan lagu lagu dikir karut mengenai kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam PKR.Sikap terburu buru dan tidak sabar dalam perjuangan yang ditunjukkan oleh Zaid Ibrahim dimanupulasi sepenuhnya oleh tukang karut ini bagi menunjukkan betapa kejinya "peminat Anwar Ibrahim" yang gilakan jawatan. Lagu dikir yang paling enak ialah ketika DSWA menyebut bahawa suaminya adalah anugarah ALLAH kepada Malaysia di perhimpunan agung PKR.

Ketika inilah munculnya tukang karut yang paling berkarisma menyanyikan lagu dikir mereka.Tidak juga terlepas menjadi tukang karut ialah Ezam dan Mahyuddin.Tetapi paling menarik apabila mendengar lagu lagu dikir ini direkodkan di alam siber termasuk di TKO.Sehingga DSAI dinyanyikan dengan lenggok longlai Halim Yazid si tupai kudung ekor sambil dituduh mempunyai hubungan dengan Aminah wadud, fikrah agama yang bercelaru serta TGNA dituduh dipengaruhi oleh Erdogan ketika menegur Cikgu Pa dulu.

Inilah antara lagu karut yang kita dengan sepanjang pemilihan PKR dan selepas ini PKR akan bergerak seperti biasa dengan pemilihan kepimpinan mereka yang baru selesai.Dengan itu juga berakhirlah lagu lagu karut bertemakan pemilihan.Oleh itu tukang tukang karut akan beralih kepada isu dan tema baru pula serta mungkin akan kembali kepada kes liwat DSAI yang masih berjalan.Satu yang jelas ialah tukang tukang karut dari berbagai bagai latarbelakang ini mempunyai misi yang sama ia itu mahukan PR berpecah.

Firman ALLAH "Orang kafir merancang, ALLAH juga merancang.Sesungguhnya ALLAH sebaik baik perancang". Insyaallah, kepada orang orang yang beriman, berdoalah kepada ALLAH agar semua kebathilan dan kezaliman terhapus dan kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia.Berdoalah agar semua tukang tukang karut tak kira siapa mereka dilenyapkan dari bumi ALLAH ini dan digantikan dengan penyebar penyebar kebenaran dari risalah ALLAH./Tranungkite

ZAINULFAQAR MENJAWAB TULISAN US NASRUDDIN TANTAWI

“PM dan TPM : Menurut Perspektif Islam” yang ditulis oleh Nasruddin Hassan at-Tantawi hari ini wajar dibaca dan diamati oleh kita.

Ketua Pemuda PAS Pusat itu seakan cuba mengajak kita untuk melihat kepentingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri mesti terdiri oleh peribadi yang beragama Islam.
Mengangkat konsep “Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz” yang pernah dipopularkan oleh Iman Mawardi, Nasruddin seakan mahu memberitahu kita bahawa orang bukan Islam seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Nasruddin mungkin mahu memberitahu kita bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Harun Din atau Datuk Harun Taib sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri kalau ada yang bertanya beliau hal kelayakan bagi mengisi jawatan nombor satu itu.

Nasruddin menganggap Hadi, Harun Din dan Harun Taib layak menjadi Perdana Menteri mungkin disebabkan mereka ini dipopular sebagai ulama. Mereka yang tidak ulama mungkin dianggap tidak layak walaupun peribadi-peribadi tertentu itu dikenali sebagai pemimpin yang bijak, licik, profesional, korporat, amanah serta berintegriti di dalam dan di luar PAS.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mungkin dianggap tidak layak kerana peribadi itu bukan ulama bahkan tiada “kesucian” ekoran perbicaraan kes liwat sekarang. Kita mungkin terlupa pada era reformasi lebih sedekad lalu, Dato’ Fadhil Mohd Noor pernah mengisytiharkan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya GERAK (kemudian dikenal sebagai Barisan Alternatif) mengambil alih kerajaan pusat.

Ketika itu, Anwar masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tiada sesiapa pun tahu sampai bila rejim Dr Mahathir Mohamad mahu menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri itu. “Kebijakan ajaib” tersebut walaupun gagal membawa PAS mendominasi Putrajaya, namun “al-ijtihad al-tanzili” yang dilancarkan Fadhil itu akhirnya mengangkat Presiden PAS itu menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ini kerana, Ahli Parlimen PAS paling ramai di Parlimen berbanding wakil rakyat dari PKR dan DAP. Sekarang, kita acap kali diheret untuk berasa bimbang seperti Nasruddin – jika Pakatan Rakyat “memerintah” Putrajaya, apakah Islam kian terpinggir? Apakah kepemimpinan Islam akan memegang tampuk pemerintahan negara?

Lebih malang sekiranya mereka yang mempunyai perasan demikian mengambil sikap bahawa lebih baik mengekalkan rejim Umno dan Barisan Nasional lebih baik sebagai pemerintah dari komited memperkukuh Pakatan Rakyat demi menguasai Putrajaya. Dengan demikian, setidak-tidaknya meletakkan posisi Islam seperti sekarang yang eksklusif untuk orang Melayu sebagaimana yang dipertahankan Umno dan Perkasa.

Suka dipertegaskan bahawa tindak-tanduk seperti Nasruddin belakangan ini kesemuanya adalah bersifat sangkaan atau “dhonniyah”. Sedangkan Islam mengajak kita supaya merancang perjuangan serta berjihad ke arah perjuangan yang jelas dirancang oleh kita.

Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajar umatnya pada perjuangan yang kabur, tetapi merancang jihad dengan penuh strategi dan keimanan kepada Allah s.w.t. Penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Yatrib penuh dengan strategi walaupun pada masa yang sama menawarkan mahkota kisra kepada seorang pembunuh profesional yang diupah oleh “United Muta’assibin Nasional Organization”.

Cuba tanya Dewan Pemuda PAS Pusat, adakah Nasruddin pada setiap mesyuarat berkala dewan itu komited merealisasikan usul “PAS sasar tawan 63 Parlimen” seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lalu? (Kalau tak salah) kerusi tradisi DAP tidak sampai 45 kerusi. Kerusi tradisi PKR pun tidak melebihi kerusi tradisi PAS buat masa ini.

Dengan erti kata yang lebih mudah, kalau PAS mempunyai kerus paling banyak pada kala Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, adakah Anwar atau Guan Eng secara implisit menjadi Perdana Menteri? “Da’ma yuribuka illa ma la yuribuk” (Letakkanlah perkara-perkara yang diragui kecuali sesuatu yang tidak diragukan)

Mengapa Nasruddin tidak fokus pada usaha “qat’iyyah” ini, iaitu mengepalai jentera anak muda Malaysian mendominasi 63 kerusi sasaran PAS itu? Inilah masalah Nasruddin dan kebanyakan ulama di dalam PAS – mereka begitu ghairah memperkatakan soal jihad dll tetapi tiada perancangan yang jelas untuk berjihad dalam konteks Malaysia ini.

Yang mendakwa demikian bukan pemimpin DAP atau PKR, tetapi exco Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri yang bosan dengan “cakap kosong” Nasruddin pada setiap kali mesyuarat pemuda.
Tidak cukup dengan itu, pemimpin pemuda terbabit berkata, soal “Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz” yang ditintakan di blog Nasruddin (http://episodeperjuangan.blogspot.com/) hari ini bukanlah idea Nasruddin sendiri.

Tetapi, idea itu adalah saduran idea menantu Hadi, Zaharuddin Mohamad atau lebih popular sebagai “Din Ayam” di kalangan penuntut-penuntut Rusila. Lenggok bahasa dalam entri itu dipercayai umum adalah tulisan Zaharuddin. Mereka akan menganggap demikian sekiranya mereka pernah membaca tulisan Zaharuddin mengenai “Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz” yang mahu dibentangkan dalam Majlis Syura Ulama (MSU) supaya menghalalkan kerjasama politik antara PAS dan Umno pada era “muzakarah-muqabalah” dan “Kerajaan Perpaduan” dahulu.

Nasruddin, hentikanlah menulis karut-marut ini dan fokus semula pada gerak kerja mendapatkan 63 Parlimen sasaran tersebut. Jangan asyik mendengar nasihat “tidak sihat” Zaharuddin yang mulai hari ini wajar digelar sebagai “Khairy versi PAS”.

Tidak perlu asyik bercakap kepentingan PAS atau orang Islam memerintah Malaysia semata-mata, tetapi persiapkanlah jentera untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bermula sekarang. “Al-hukmu yaduru ‘ala musamma la ‘ala ismi…” (kehukuman itu berkisar pada perkara/inti yang diberikan nama, buka atas nama). Setuju?

Zainulfaqar Yaacob

Sumber: Rakyat Marhaen

GILIRAN ZAHRAIN PULA DIBELASAH

Ketua PKR Cabang Bayan Baru:
Zahrain Hashim harus bertaubat

| Dec 01, 2010

Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal ke atas kenyataan Zahrain Hashim yang mendesak pingat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Wan Azizah ditarik balik.

Parti KEADILAN Bayan Baru berpendapat bahawa ini adalah politik murahan Zahrain (gambar kanan) yang sekarang ini menjadi pencacai UMNO dan Barisan Nasional. Beliaulah pengkhianat besar dalam sejarah politik Malaysia.Beliau mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepada beliau sebagai ahli Parlimen di bawah Parti KEADILAN dengan melompat keluar parti. Beliau mengkhianati prinsip perjuangan Parti KEADILAN yang memperjuangkan politik pelbagai kaum dan keadilan untuk semua. Beliau mengkhianati rakyat kerana tidak lagi bekerja untuk kawasan Bayan Baru tetapi asyik berkali-kali mengikut Perdana Menteri Najib Razak ke Amerika Syarikat.

Beliau mengkhianati persahabatan Dato Seri Anwar yang lama. Beliau mengkhianati pingat “Dato Seri” yang dianugerahkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang berprinsipkan politik pelbagai kaum Pakatan Rakyat.Kalau ingin dipertikaikan kelayakan penerimaan pingat, Zahrain harus dilucutkan pingat beliau terdahulu.

Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru walau bagaimanapun tidak ingin memperlekehkan isu pingat. Pingat penghargaan adalah hak dan kuasa Raja-raja. Parti KEADILAN Cabang Bayan Baru ingin mengingati semua pemimpinan UMNO-Barisan Nasional dan juga Zahrain jangan memainkan sentimen perkauman sempit. Jangan jadi jaguh kampung melaung-laungkan sentimen perkauman tetapi Negara tergadai.

Parti KEADILAN memperjuangkan prinsip "Ketuanan Rakyat" dan "Keadilan untuk Semua". "Ketuanan Melayu" adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah pimpinan UMNO yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi.

Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Orang Melayu, Bumiputra Sabah dan Sarawak, orang India, Orang Asli dan segelintir Orang Cina masih tetap terabai. Pakatan Rakyat memperjuangkan "Ketuanan Rakyat" untuk membela nasib semua rakyat Malaysia yang terpinggir bukan pembesar-pembesar UMNO-BN.

Zahrain harus bertaubat. Kalau beliau betul-betul memperjuangkan hak Melayu, mengapa pula lompat parti akibat tidak dapat kontrak? Sedangkan ramai lagi rakyat yang susah di kawasan Parlimen Bayan Baru. Apakah program dan khidmat yang beliau lakukan kepada rakyat sejak menjadi ahli Parlimen? Rakyat Bayan Baru sudah tertanya-tanya di mana Zahrain sekarang. Mereka asyik Nampak beliau di Amerika bersama Najib, tetapi tidak pula Nampak di kawasan mereka.

*Kenyataan media oleh Sim Tze Tzin (gambar kiri) selaku Ketua Cabang Bayan Baru, Parti KEADILAN

Ketuanan Melayu Sama Taraf Nazi Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan, National Front

Oleh Dzulkarnain Taib

DRSKUALA LUMPUR 1 Dis - Konsep 'Ketuanan Melayu' yang sering dilaungkan oleh pemimpin Umno kononnya untuk mempertahankan hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sebenarnya mirip dan hampir sama dengan fahaman mengagungkan bangsa yang dipelopori oleh Hitler di Jerman, sistem Apartheid di Afrika Selatan, Klu Klux Klan di Amerika Syarikat serta National Front (Barisan Nasional atau BN) di United Kingdom.

Menurut pakar perlembagaan dan peguam terkenal, Dr Samarudin Md Rejab, Hitler cuba membawa konsep 'Ketuanan Bangsa Aryan' melalui Parti Nazi yang menganggap bangsa Jerman adalah bangsa paling agung dan mulia - 'superace'.

Fahaman ekstrem ini akhirnya menyebab berlakunya tragedi amat dahsyat yang disebut dalam sejarah sebagai 'Holocaust' apabila dipercayai lebih enam juta bangsa Yahudi di bunuh di Jerman dan seluruh Eropah atas nama 'Ketuanan Aryan' dan Nazi.

"Begitu juga dengan Kerajaan Apartheid di Afrika Selatan satu ketika dahulu dimana dasar pemerintahannya adalah berdasarkan kepada ketuanan bangsa kulit putih.

"Masyarakat yang bukan berkulit putih seperti orang Afrika berkulit hitam, India malah masyarakat Melayu (Cape Malays) mengalami nasib yang amat pedih dan menyayat hati apabila mereka disegregasi dan didiskriminasi dalam setiap sudut kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik. Mereka semua dipaksa tunduk kepada ketuanan bangsa kulit putih di negara itu.Mahukah kita orang Melayu, tidak kira rakyat biasa atau kerabat diRaja, yang bermaruah tunduk kepada gulungan ketuanan Melayu ala Apartheid dan Hitler ini?

"Hari ini konsep ketuanan ini masih wujud sebagai garis perjuangan parti politik bukan sahaja oleh Umno di Malaysia malah di UK pun ada parti sedemikian yang dinamakan 'National Front' atau Barisan Nasional UK," jelas Dr Samarudin kepada Suara Keadilan.

BN (UK) merupakan parti berhaluan kanan yang hanya dianggotai oleh rakyat kulit putih dan dianggap sebagai parti rasis malah Jabatan Penjara serta Perkhidmatan Polis UK mengharamkan kakitangannya menyertai pertubuhan politik tersebut.

Slogan BN (UK ) adalah "Kita mesti menjamin kewujudan bangsa kulit putih dan masa depan bagi anak-anak bangsa berkulit putih kita".

"Dalam setiap pilihan raya sehingga kini BN (UK) tidak mendapat kerusi dan semua calonnya juga hilang deposit.

"Ini kerana rakyat di UK dan juga institusi Raja di negara itu tidak pernah menyokong BN (UK) yang memperjuangkan ketuanan Inggeris.Mengapa pula kita diMalaysia , samaada rakyat biasa atau institusi Raja , perlu menyokong ketuanan Melayu UMNO dan BN ? Tetap tiada.Bujur lalu melintang patah!

"Malah sistem monarki di UK tidak pernah mengaitkan Raja-Raja Inggeris (English rulers) dengan BN (UK) atau dengan konsep ketuanan Inggeris," tegas beliau.

Tambah beliau, pemerintah Amerika Syarikat telah mengharamkan malah mengkategorikan sebagai organisasi teroris pertubuhan atau kumpulan politik yang memperjuangan ketuanan warna kulit atau ketuanan bangsa seperti Klu Klux Klan yang berpegang kepada prinsip ketuanan kulit putih (white supremacy).

"Sekiranya Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) adalah sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat besar kemungkinan ia juga akan senasib dengan Klu Klux Klan," ujarnya.

Dr Samarudin membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mengkritik Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail apabila beliau rakyat 'membangkul sampahkan konsep Ketuanan Melayu' kerana ia hanya menjadi alasan segelintir kelompok elit Melayu untuk memperkayakan diri, kaum keluarga serta kroni mereka.

Sebenarnya apa yang dilaungkan oleh Dr Wan Azizah berkenaan Ketuanan Melayu dan memperjuangkan Ketuanan Rakyat adalah penentangan beliau terhadap segala yang diperjuangkan oleh Hitler, Apartheid, Klu Klux Klan dan BN (UK).

"Tindakan Nazri menggaitkan Ketuanan Melayu dengan raja-raja Melayu adalah satu tindakan yang paling biadap oleh kerana Dr Wan Azizah dan KEADILAN mempertahankan kedaulatan Raja-Raja dan kesultanan Melayu dan BUKAN melalui prinsip ketuanan atau supremasi bangsa Melayu yang diagung-agung oleh pemimpin Umno di dalam setiap perjumpaan Umno tahunan termasuk oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri yang asal usul kemelayuannya juga boleh dipertikaikan.

"Sebenarnya tahi lembu (cow dung) yang disebut berulang kali oleh Nazri tertempek dimukanya sendiri dan juga di dalam otaknya," hujah beliau.

Beliau dengan tegas menerangkan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' sebagai 'Ketuanan Raja-Raja Melayu' yang cuba dihebohkan oleh Nazri tidak wujud dalam mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia langsung.

"Konsep ketuanan apa bangsa pun tidak wujud di dalam perlembagaan mana-mana negara. Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun menolak ketuanan mana-mana bangsa. Malah semasa Apartheid di Afrika Selatan PBB dan seluruh mayarakat antarabangsa mengenakan sekatan terhadap negara itu.

"Perlembagaan Malaysia pada hakikatnya berlandaskan kepada sistem demokrasi berparlimen dan bukan perlembagaan pemerintahan Nazi di bawah Hitler ataupun seperti sistem Apartheid di Afrika Selatan dimana konsep ketuanan itu dengan jelas dinyatakan di dalam perlembagaan masing-masing.

"Jadi konsep "'Ketuanan Melayu' tidak ada dalam Perlembagaan dan saya mencabar mana-mana pakar Perlembagaan Malaysia ataupun mana-mana pemimpin di Malaysia termasuk Nazri sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang yang boleh menunjukkan mana-mana perkataan, ayat atau peruntukan Perlembagaan kita berasaskan kepada 'Ketuanan Melayu'," cabar beliau lagi.

Tegasnya apa yg tercatit di dalam Perlembagaan adalah hak kewarganegaraan setiap rakyat Malaysia yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan bangsa.

Ini kata beliau selari dengan prinsip Islam yang berlandaskan kepada hakikat bahawa semua manusia adalah keturunan Nabi Adam (as) dan Hawa (as) yang berbilang bangsa dan kaum.

"Dalam erti kata lain konsep ketuanan atau 'superace' ini tidak ada dan tidak wujud malah konsep 'Ketuanan Melayu' pun sepatutnya tidak ada dan tidak wujud.

"Sekiranya ada pihak yang memperjuangkan dan mempertahankan konsep 'Ketuanan Melayu', golongan ini merupakan kumpulan supremasis yg melebihi batasan merupakan kumpulan perkauman yang melampaui batasan agama dan kemanusiaan sejagat.

Dr Samarudin berkata apa yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat selaku gabungan parti pembangkang melalui 'Common Policy Platform' yang ditandatangani oleh ketua-ketua KEADILAN, PAS dan DAP iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Antara lain, pertama, Pakatan Rakyat bersetuju kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu akan dipertahankan. Kedua, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, ketiga Islam adalah agama rasmi, keempat semua bangsa dan etnik mempunyai hak yang sama sebagai warganegara, dan kelima kedudukan istimewa orang-orang Melayu di dalam Artikel 153 hendaklah kekal.

"Oleh yang demikian hapuskanlah ketuanan mana-mana bangsa termasuk 'Ketuanan Melayu'," jelas beliau./SK

PERSATUAN MAHASISWA SELANGOR SERTAI PERHIMPUNAN AHAD INI

PERMASIS akan sertai MB Selangor hantar Memorandum

| Dec 02, 2010

Sejak dasar penswastaan air diperkenalkan di negeri Selangor pada tahun 1997, ia jelas sekali dilihat membebankan rakyat di negeri ini. Hampir saban tahun, rakyat Selangor terpaksa menanggung derita kesan dari kenaikkan kadar air yang hanya menguntungkan sesetengah pihak yang berkepentingan.

Namun begitu, peralihan kerajaan negeri yang berlaku pada Mac 2008 memberikan sedikit harapan untuk rakyat di negeri ini bernafas kembali. Tindakan kerajaan negeri yang baru dipilih memberikan air percuma bagi penggunaan 20 meter pertama amat menyenangkan khususnya masyarakat di kawasan luar bandar yang tidak berkemampuan.

Justeru itu, Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS) membantah sekeras-kerasnya tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri ini sebanyak 37%. Kami percaya, tindakan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat negeri Selangor, tetapi turut melibatkan mahasiswa yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada hari Ahad ini (5 Disember 2010). Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana.

*Kenyataan media oleh Izzuddin Helmi (gambar kanan) selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)/MerdekaReview

PERTEMBUNGAN AHAD INI SEPERTI DIRANCANG UNTUK DIGAGALKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

KUMPULAN Gaps (baju hitam) nampaknya sengaja untuk bertembung dengan peserta perhimpunan `Kembalikan Air Kami' anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan pada Ahad ini. Walaupun mereka berkumpul di tempat yang berasingan, namun helah ini mudah untuk dibaca.

Kumpulan pengampu yang diibaratkan oleh Dr Badrul Amin sebagai kumpulan upahan Umno berbaju hitam ini mengharapkan agar pihak Polis akan menghalang kedua-dua perhimpunan ini atas alasan keselamatan. Mungkin pihak Polis merasa bimbang apabila kedua-dua kumpulan ini bakal bertembung yang boleh mengakibatkan berlakunya kekecohan atau provokasi, maka pihak Polis terpaksa menghalang kedua-dua kumpulan dari meneruskan hajat mereka ke Istana Negara. Itu satu taktik yang dirancang oleh mereka yang takut melihat kebangkitan rakyat Selangor dan Lembah Kelang yang ingin menuntut pembelaan.

Melucukan, kumpulan baju hitam ini terpaksa mengadakan `raptai' terlebih dahulu agar mereka tidak dimalukan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Petikan dari Malaysiakini menyebut,
" Sebelum perhimpunan besar di ibu negara Ahad ini, kumpulan anti-penyelewengan kerajaan Selangor akan mengadakan satu perhimpunan 'raptai' di Shah Alam esok."

Walau apa pun perancangan mereka, kita berharap rakyat yang bijak dan sedar bahawa diri mereka selama ini tertipu dengan pihak yang `mencekik darah' mereka selama ini akan bangkit menuntut pembelaan dari Duli YMM Tuanku. Marilah berkumpul di Masjid Negara mulai jam 1200 tengahari bersama kepimpinan kita dengan memakai baju merah agar kita boleh menenggelamkan baju hitam sehitam hati mereka./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 2 Disember 2010

NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno.

Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR.

Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com

BETINA SIAPALAH YANG BODOH TIADA AKHLAK KELUAR TV SEMALAM

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU tidak tahu betina mana yang bercakap dalam TV semalam. Aku andaikan macam GRO je sebab dari segi bahasanya tidak langsung menunjukkan ciri-ciri wanita yang baik. Memang pakai tudung, tapi ujung rambut terjelir keluar di atas kepala, dan yang peliknya mahu bercakap seperti `Ustazah'.

Betina ini menggelarkan DS Anwar pengkhianat dan minta DS Anwar pulangkan balik segala anugerah yang beliau perolehi. Inilah kali pertama aku lihat betina ini di muka TV, dan mungkin itulah satu cara baginya untuk mendapat `glamour' sedikit walaupun kelihatan bodoh. Paling bodoh, di dalam sebuah akhbar menyebut DS Anwar adalah Utusan Syaitan. Yang aku tahu Utusan Syaitan sudah lama wujud iaitu Utusan Meloya. Tiada hujah langsung yang boleh kita pakai dari percakapan betina ini. Jika betul-betul mahu tunjuk betina atau jantan, cabar saja DS Anwar berdebat, biar rakyat nilaikan siapa yang benar. Bukan bercakap depan TV seperti pertunjukan raja lawak yang bodoh itu.

Aku tak tahulah samada dia ini dari PERKASA ke atau perkosa mahupun dari perkasam, tetapi yang jelas cakapnya sebijik meniru modal Zahrain katak. Aku terbaca Tweeter dari DS Anwar, beliau kata tidak mahu layan isu yang disebutkan oleh betina jalang ini. Lagi pun, di Parlimen semalam DS Anwar sudah jelaskan semuanya.
Justify Full
Kesihan aku tengok media-media sekarang. Mereka kehabisan modal, betina seperti ini pun laku untuk keluar di depan TV. Kalaulah betina ini ada jantan, malang sungguh jantannya kerana dapat betina mulut jalang seperti ini.

WALAUPUN PIALA MALAYSIA DIARAK DI GALAS, KERAJAAN KELANTAN TETAP HARGAI TIM KELANTAN

Piala Malaysia: Kelantan hadiah RM200,000
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 1 Dis: Kerajaan Kelantan hari ini meluluskan ‘hadiah’ sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) setelah Red Warriors berjaya membawa pulang Piala Malaysia, baru-baru ini.

Sumbangan itu sebagai memenuhi janji kerajaan negeri sebelum ini terhadap pasukan Kelantan itu yang telah berjaya menjulang Piala Malaysia setelah 55 tahun menunggu.

Hadiah wang tunai tersebut juga bagi menggantikan hadiah Umrah yang diberi oleh kerajaan negeri tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan negeri melihat kejayaan besar itu perlu diraikan untuk mereka.

“Kerajaan negeri akan menyerahkan sumbangan itu pada Kafa dan terpulang pada Kafa tarikh yang sesuai perlu diadakan untuk diadakan majlis khas.

“Kita cadangkan biarlah ianya diadakan di Kompleks Kota Darulnaim dan kita raikan sama-sama,”ujarnya.

Pada masa yang sama, katanya bagi meraikan kejayaan Red Warriors juga kerajaan negeri turut melupuskan Cukai Hiburan yang perlu dibayar oleh Kafa kepada Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebanyak RM378,341.11.

Menurutnya, tahun ini kerajaan negeri telah dua kali mengecualikan bayaran itu, iaitu pada bulan April lalu.

Ianya dilakukan sebagai sumbangan terhadap kecemerlangan Kafa dan Red Warriors./DetikDaily

AYUH BERHIMPUN, BUKAN ORANG PR SAHAJA YANG AKAN MENANGGUNG NANTI..

Oleh: WFAUZDIN NS

PADA 05hb Dis (Ahad) jam 12.00 Tgh ini semua masyarakat terutamanya di Lembah Kelang dan seluruh Negeri Selangor tidak kira apa pun bangsa, ugama dan fahaman politik mereka wajib turun dan berhimpun di Masjid Negara. Terutamanya kepada kaum Melayu yang tidak sudah-sudah dengan `ketuanan Melayu'nya. Kali ini mereka akan tahu sejauh mana `tuan'nya mereka di tanahair sendiri.

Pada hari tersebut, satu kempen `Kembalikan Air Kami' akan diadakan dan satu memorandum akan diserahkan kepada Ke Bawah Duli YMM Seri Paduka di Istana Negara. Bukan untuk membuat kecuh atau ingin menunjuk kekuatan, tetapi hanya untuk mengadu nasib ke bawah Duli YMM Tuanku. Maka, usah lagi difikirkan samada kita ini ahli atau penyokong Umno, PKR, PAS, DAP atau parti apa pun, yang penting tuntutan kita bersama ini adalah untuk faedah bersama.

Jika kadar bil air dinaikkan, bukan ahli PKR atau PAS juga DAP sahaja yang terpaksa membayar, tetapi seluruh rakyat di Negeri Selangor akan terlibat. Untuk menzahirkan kita ini `tuan' kepada negeri atau negara ini, maka tiada jalan lain kita terpaksa menghentikan hasrat pihak yang mahu `mencekik' darah rakyat ini.

Baru-baru beberapa hari minyak telah pun dinaikkan. Ada yang dangkal menyebut, minyak RON 97 dinaikkan tidak mengapa kerana majoriti rakyat menggunakan minyak Ron 95. Persoalannya, sampai bila kita ingin diperbodohkan? Tergamak kerajaan membiarkan rakyat menikmati minyak kualiti sedemikian sedangkan minyak yang ada di perut bumi negara ini hak rakyat bersama. Di dalam isu minyak, kerajaan berani berbuat apa saja asalkan kita masih berfikiran cetek.

Sekarang isu air pula. Bersusah payah Kerajaan Negeri Selangor memikirkan kaedah tertentu untuk memberi nikmat kepada rakyat agar air yang diturunkan oleh Allah ini dapat dinikmati oleh semua. Tiba-tiba ada pihak yang ingin `berniaga' dengan mencari untung berlebihan hasil dari nikmat Allah ini. Mereka akan berbuat apa sahaja asalkan mereka boleh hidup mewah dengan `menghisap darah' rakyat. Masakan kita masih berdiam diri juga?

Ayuh, kita masih ada tempat untuk mengadu. Kita mengadu ke bawah Duli YMM Tuanku, kemudiannya kita akan mengadu kepada yang Maha Esa. Berdoalah agar mereka yang `merompak' air ini agar terbuka hatinya sebelum mati di mana liang lahadnya nanti ditenggelami air./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT untuk saya mengulas apa yang ditulis oleh BatuApi di dalam blognya. Beliau mengulas tentang apa yang saya ulas terhadap tulisan seorang lagi penulis, dan akhirnya saya dan juga Penulis yang saya ulas dipanggil `anak-anak api dalam serkam' oleh BatuApi.

Saya juga tidak berminat asalnya untuk membincangkan siapakah yang patut mengetuai PR atau menjadi PM jika PR berkuasa. Tulisan saya itu sekadar untuk menjawab tulisan rakan saya yang banyak memperlekehkan PKR serta mengungkit-ngungkit kisah lalu. Itu yang menyebabkan saya terasa untuk menulis.

Seperti juga BatuApi yang tidak habis-habis menyebut isu UG, Anti Hadi dan sebagainya. Untuk apa? Saya faham kerana BatuApi ingin menjawab segala tuduhan tentang isu tersebut, walaupun saya merasakan isu ini sudah lama tidak dimainkan. Namun, di dalam mengulas tulisan saya itu pun BatuApi sempat selitkan pasal UG. Jadi, saya pun bertujuan begitu juga kerana saya rasa tidak manis jika kita sibuk bercerita tentang parti kita lebih layak jadi ketua, parti kita lebih banyak berjasa dan sebagainya. Tentu BatuApi pun bertujuan begitu mengapa beliau terlalu fobia dengan sesiapa jua yang menyebut UG.

Jika kesemuanya ini difikirkan, tentu kita bertiga termasuk BatuApi boleh digelar `anak-anak api dalam serkam'. Tidak kah begitu?/wfauzdin.blogspot.com

KERIS TELANJANG UMNO UMPAMA KERIS PENGANTIN

Ketuanan Islam: Alternatif yang enggan difikirkan?

Oleh: Nasrudin Hassan

Seusai Kongres PKR , kini UMNO dan BN seperti mendapat peluru tembaga untuk dibidik tepat ke jantung PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Biadab , kurang ajar , khianat , pelacur politik dan 1001 kata - kata kesat dihamburkan ekoran kenyataan dari presiden PKR Datin Seri Wan Azizah binti Dato' Wan Ismail .Saya tidak sempat menghadhiri Kongres PKR kerana menerima undangan saat akhir sedang saya telah mempunyai komitmen untuk menghadhiri Hari keluarga DPP Malaysia di Pulau Pangkor .

Walau bagaimana pun saya mengikuti perkembangan dan berita mengenainya . Terlebih dahulu saya ucapkan syabas kepada PKR dan AMK yang telah selesai berkongres semoga PKR dan AMK semakin utuh dan mantap selepas ini mendepani cabaran dan halangan perjuangan yang sukar ini .

Tidak puas - puas UMNO dan BN membelasah PKR . Sebelum dan selepas kongres , ada sahaja peluru baru yang dilepaskan oleh pelbagai agensi mereka untuk membunuh PKR dan sekaligus dilihat sebagai percubaan untuk melemahkan Pakatan rakyat. Terkini isu Ketuanan Melayu menjadi turning point UMNO dan BN untuk memperbaharui serangan ke atas Pakatan Rakyat .

Wartawan pula bertalli arus menghubungi saya untuk mendapatkan pandangan mengenai kenyataan tersebut dan saya tegaskan atas 3 point penting :

A. ] Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .UMNO dan BN awal - awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh.

Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? .

Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .

B. ] Tidak salah perjuangkan bangsa dan pertahankannya sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan .Melalui perlembagaan Malaysia yang sedia ada telah dimaktubkan hak keistemewaan orang melayu . Saya tidak prejudis mengenainya bahkan mempertahankan hak bangsa dan berbangga dengan bangsa kita melayu juga adalah adalah suatu yang tidak bertentangan dengan Islam . Sebagaimana nabi saw sendiri berbangga sebagai bangsa Arab Quraisy .

Terutama majoriti penduduk negara ini ialah melayu dan mereka pula rata - ratanya masih perlu pembelaan kerana taraf hidup yang rendah angkara amalan kronisme dan dasar ekonomi yang korup oleh kerajaan UMNO dan BN sejak 53 tahun yang lalu .[ Lantaran selama ini hanya segelintir melayu yang kaya raya dan harta negara berlegar dari kalangan pembesar dan kroni mereka. ]

Memperjuang dan mempertahankan hak bangsa yang saya maksudkan tidaklah menjadikan bangsa kita tuan dan bangsa lain pula hamba . Pertahankan hak bangsa kita malah berbangga menjadi bangsa melayu adalah suatu yang positif dan wajar namun jangan sekali - kali kita menzalimi bangsa lain serta tidak berlaku adil terhadap bangsa lain sekalipun berbeda agama justeru inilah yang dilarang.

C. ] Saya mencadangkan Ketuanan Islam menggantikan Ketuanan Melayu tajaan UMNO dan BN .Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini. Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita . Islam pula bukan hak orang melayu sahaja , bahkan bangsa India dan China jauh lebih awal menerima Islam . Islam adalah agama yang adil untuk semua .Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim yang rata - rata pemimpin Pakatan Rakyat termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam .

Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan seperti ibadah .

Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan Islam . Saya menegaskan demikian bukan bermakna Islam memaksa manusia menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka.

Seperti kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menjadikan Khlaifah Umar bin Abdul Aziz sebagai idola dan contoh kepimpinannya , maka perlu difahami bahawa Khalifah umar bin Abdul Aziz menjadi hebat kerana Islam yang diyakininya./DetikDaily

CHEGU BARD KELUAR PKR ? TINGGINYA HARAPAN MEREKA

Bekas MPP Keadilan dan calon Angkatan Muda keluar parti

Tuesday, 30 November 2010
Image
Bekas MPP Keadilan dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin di beritakan akan meninggalkan PKR setelah berhempas pulas memimpin parti itu dan juga menerajui gerakan reformasi.

Chegubard yang lantang dalam isu-isu khususnya Altantuya dan amat agresif dalam reformasi jalanan diberitakan akan meninggalkan perjuangan PKR. Sumber mengatakan Badrul telah dijanjikan Anwar Ibrahim jawatan tinggi (merujuk kepada ucapan Anwar Ibrahim pada konvensyen PKR baru-baru ini) dalam Parti Keadilan Rakyat sungguhpun tewas dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan tetapi menolak tawaran tersebut.

Badrul baru-baru ini menjadi tumpuan bila surat yang ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat mengenai kepincangan pemilihan mengakui bahawa surat itu adalah surat beliau tetapi BUKAN untuk tatapan umum, hari ini dikatakan tidak menghadiri konvensyen parti Keadilan baru-baru ini. Tindakan tidak menghadiri konvensyen itu menguarkan spekulasi bahawa Badrul Hisham akan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat. Sumber – sumber lain apabila ditanya oleh www.umno-reform2.com mengatakan bahawa hubungan dengan Badrul terputus sejak hari kedua Konvensyen.

Meninggalkan perjuangan PKR juga dikatakan akan memberi impak kuat kepada gerakan reformasi jalanan PKR. Badrul begitu aktif dalam menyertai demonstrasi jalanan dan dikatakan adalah pejuang reformasi radikal jalanan. Sumber lain turut memaklumkan bahawa Badrul mendapat sokongan beberapa aktivis reformasi yang lain dan semestinya gerakan reformasi jalanan akan terganggu akibat penarikan diri Badrul dari PKR. Setakat ini masih tidak jelas sama ada Badrul akan menyertai UMNO sungguhpun desas desus itu sudah mula kedengaran.

Pihak kami turut dimaklumkan Badrul yang agak rapat dengan kami sebelum ini tidak dapat dihubungi untuk tujuan memberi komen mengenai kedudukan beliau dalam PKR. Selain dari itu ramai mereka yang berada dalam PKR mengakui bahawa terdapat kepincangan dalam pemilihan untuk semua jawatan khususnya Ketua Angkatan Muda dan Timbalan Presiden. Mereka mengatakan Anwar Ibrahim melanggar semua ruangan semata-mata untuk menjayakan Azmin Ali serta kumpulan mereka.

Azmin yang sering mendapat perhatian emas Anwar Ibrahim dikatakan adalah punca bagi mereka yang meninggalkan PKR dan keadaan ini dikatakan amat berlarutan. Ke mana Badrul Hisham Shahrin akan tuju sekiranya beliau meninggalkan PKR. Adakah UMNO pilihannya?/Umno-reform2

`3 A' LEBIH BERMARUAH DARI `2 Z'.....

Oleh: Mandor
APA kata Zul Kulim firaun besar di dalam blognya, begini bunyinya, "Bagi teman, kalau Pakatan 3A ini benar-benar ada maruah, dan ada harga diri, teman cabar mereka supaya memulangkan kembali kesemua anugerah pingat dan darjah kebesaran yang di anugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada mereka selama ini.(zul4kulim.blogspot.com)

Pakatan `3 A' yang dimaksudkan oleh Zul firaun besar ini adalah Anwar, Azizah dan Azmin. Kenyataan di atas yang dipetik dari blog Zul firaun besar adalah lanjutan dari modal sahabat karibnya Zahrain. Mereka terkenal juga dengan `2 Z' iaitu Zul firaun besar dan Zahrain. Bezanya `3 A' lebih bermaruah dari `2 Z' yang duduk di kerusi yang di`haram'kan oleh pengundi-pengundinya. Tetapi kerana muka tak tahu malu dan mahu cari makan maka menenggek lagi mereka di situ,

Sebelum mahu suruh DS Anwar pulangkan kesemua anugerah yang mereka sebutkan itu, cuba tengok dulu `punggung' mereka duduk di atas kerusi siapa? Jika ada maruah, pulangkan dulu kerusi itu sebelum menyuruh DS Anwar pulangkan anugerah. Raja-Raja tidak minta suruh pulang, mengapa DS Anwar perlu biadab dan ego mahu pulangkan? Sedangkan kamu `2 Z', rakyat sudah lama suruh kamu pulangkan kerusi itu, mengapa tidak dipulangkan? Takut tidak boleh makan kah anak bini kamu?

Aku malas mahu tulis banyak-banyak, aku nak tunggu `2 Z' ni jawab mengapa mereka masih menenggek kat kerusi itu./mandor.blogspot.com

KETUANAN MELAYU - NIK AZIZ PERTAHAN PRESIDEN PKR

Islam lebih besar: Nik Aziz

PASIR MAS - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengenai konsep ketuanan Melayu di negara ini.

Menurutnya, memperteguh agama Islam adalah lebih penting berbanding mempertahankan konsep ketuanan Melayu yang digunakan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.

“Menggunakan nama Islam ini lebih mustahak dan diterima oleh bangsa lain serta tidak menimbulkan permasalahan. Bangsa Cina atau India dan sebagainya yang masuk Islam boleh menerima agama ini berbanding ketuanan Melayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa kebakaran di Kampung Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, ADUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan dasar Wan Azizah pada Kongres Nasional PKR Ahad lalu yang mahukan konsep ketuanan Melayu dihapuskan supaya anak dapat membesar dengan visi ‘ bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah’.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sekiranya masyarakat sering menggunakan perkataan ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain mahukan bangsa mereka diangkat seperti mana bangsa Melayu.

“Dengan menggunakan ketuanan Islam ini, tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka. Itulah kelebihan Islam yang boleh diterima semua bangsa tanpa ada sebarang masalah," katanya.

Mengenai ketuanan Melayu yang ditinggalkan Pakatan Rakyat (PR), Nik Aziz berkata, “Bumi yang dipijak hari ini adalah Tanah Melayu dan kini sudah ditukar kepada Malaysia serta pertukaran nama itu sudah lama berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Aziz menegaskan bantuan yang mahu diberi kepada mangsa yang menerima bencana tidak mengira kebakaran ataupun banjir ini, tidak boleh meletakkan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri.

“Bantuan ini haruslah datang dari ahli keluarga, jiran dan sebagainya dan kerajaan ini adalah pihak yang ketiga memberi bantuan.

“Kita perlulah menghulurkan bantuan sesama manusia dan berkorban dalam membantu mereka yang menghulurkan serta tidak mengharapkan sumbangan daripada kerajaan semata-mata,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Banggol Ubi Keling, Nibong Lemal di sini, semalam.

Beliau berkata, hidup susah dan senang adalah lumrah manusia dan bagi mereka yang mempunyai rezeki yang lebih, boleh disumbangkan kepada mereka yang ditimpa bencana.

Katanya, memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah persediaan untuk akhirat./Sinar

NAJIB TAKUT HADAPI PEMILIHAN DI DALAM UMNO KERANA APA ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB akhirnya mengaku jika pemilihan Umno diadakan dalam masa terdekat ini, akan berlaku ketegangan dan kekecohan, cuma beliau yakin Umno mampu atasinya. Sebab itu beliau menangguhkan pemilihan di dalam Umno.

Terbukti PKR lebih berani dari Umno. PKR berani menghadapi pemilihan walaupun memang ada berlaku sedikit kekecohan tetapi tidak satu pun yang melibatkan rasuah politik wang. Najib bimbang, jika Umno mengadakan pemilihan ini bermakna bukan sahaja berlaku kekecohan tetapi banyak wang yang akan keluar. Najib amat bimbang setelah mereka bersama media haprak menyerang PKR baru-baru ini, bila tiba masa pemilihan Umno keadaan berkali ganda lebih teruk dari PKR.

Bukan Najib tidak tahu, Umno tidak boleh lahirkan pemimpin jika tidak ada wang. Ketua Pemuda Umno sendiri terpalit dengan rasuah politik. KM Melaka pun begitu. Adun Bagan Pinang, Isa Samad pun lebih kurang. Tidak mustahil muka-muka baru yang akan naik dengan wang ringgit di dalam Umno nanti. Itulah yang amat ditakuti oleh Najib. /wfauzdin.blogspot.com

SIAPA ITU ANAK-ANAK API DALAM SERKAM?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEDIKIT untuk saya mengulas apa yang ditulis oleh BatuApi di dalam blognya. Beliau mengulas tentang apa yang saya ulas terhadap tulisan seorang lagi penulis, dan akhirnya saya dan juga Penulis yang saya ulas dipanggil `anak-anak api dalam serkam' oleh BatuApi.

Saya juga tidak berminat asalnya untuk membincangkan siapakah yang patut mengetuai PR atau menjadi PM jika PR berkuasa. Tulisan saya itu sekadar untuk menjawab tulisan rakan saya yang banyak memperlekehkan PKR serta mengungkit-ngungkit kisah lalu. Itu yang menyebabkan saya terasa untuk menulis.

Seperti juga BatuApi yang tidak habis-habis menyebut isu UG, Anti Hadi dan sebagainya. Untuk apa? Saya faham kerana BatuApi ingin menjawab segala tuduhan tentang isu tersebut, walaupun saya merasakan isu ini sudah lama tidak dimainkan. Namun, di dalam mengulas tulisan saya itu pun BatuApi sempat selitkan pasal UG. Jadi, saya pun bertujuan begitu juga kerana saya rasa tidak manis jika kita sibuk bercerita tentang parti kita lebih layak jadi ketua, parti kita lebih banyak berjasa dan sebagainya. Tentu BatuApi pun bertujuan begitu mengapa beliau terlalu fobia dengan sesiapa jua yang menyebut UG.

Jika kesemuanya ini difikirkan, tentu kita bertiga termasuk BatuApi boleh digelar `anak-anak api dalam serkam'. Tidak kah begitu?/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 1 Disember 2010

TPM - NIK AZIZ SEDIA TERIMA DAP KERANA.....

Nik Aziz sedia terima Kit Siang sebagai TPM

Dis 1, 10 6:45pm

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima pelantikan Lim Kit Siang sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan rakyat menerajui kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik aziz shake hand with limkit siangNik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun berkata pelantikan itu tidak seharusnya bercanggah dengan syarat-syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam.

"Bagi kami, kita anggap ini negara demokrasi. Jadi kita tidak boleh melihat pada satu-satu bangsa.

"Apa yang penting kita mesti lihat dasar (parti yang memerintah negara),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.Beliau mengulas kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan Lim dilantik sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Menurut Nik Aziz, pakatan Rakyat mempunyai kelebihan kerana PAS sebagi parti Islam bertanggungjawab menegur mana-mana parti dalam gabungan itu berhubung perkara berkaitan Islam.

Justeru, sebarang perbalahan jika Pakatan Rakyat melantik seorang timbalan perdana menteri bukan Islam tidak timbul.

"Bagi saya, MCA dan DAP sama saja kerana kedua-dua parti tidak mempunyai elemen Islam. Tetapi DAP dalam Pakatan Rakyat ada kelebihan kerana PAS boleh tegur,” katanya./Malaysiakini

PEMIMPIN UMNO INI MAHU CABAR PAS DENGAN SOALAN YANG MENYESATKAN

OLEH: WFAUZDIN NS

MAKA terserlah lagi kejahilan pemimpin Umno berkaitan agama, apabila Ketua Umno Bahagian Kota Raja iaitu Ir Kamaruzzaman Johari bangkit mengulas isu ketuanan Melayu. Apabila ramai pemimpin Umno mengulas isu tersebut, beliau pun ingin mengulas tetapi ingin nampak hebat maka dikaitkan isu ketuanan Melayu dengan Islam. Cabaran beliau kepada PAS untuk Justify Fullmendapat reaksi PAS di dalam isu ini ternyata mempamirkan kejahilannya. Baca kenyataan beliau di sini.

Hajatnya mungkin untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, kerana Presiden PKR yang mula menyentuh isu ini semasa Kongres PKR baru-baru ini. Sebenarnya Ketua Umno tersebut tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah, bertambah lagi beliau tidak faham apa yang terkandung di dalam Perlembagaan dan teramat jahilnya beliau tentang dasar perjuangan PAS. Apa kena mengena ketuanan Melayu dengan dasar PAS? PAS bukan dasarnya Kebangsaan, PAS dasarnya Islam dan Islam itu lebih menyeluruh melangkaui kaum. Itu beliau kena faham dahulu sebelum ingin mencabar PAS.

Lebih menyesatkan lagi, beliau menyebut, “Sekiranya Pas ikhlas mempunyai agenda mahu memperjuangkan agama Islam di negara ini, mereka harus terlebih dahulu ada tanggungjawab dan peranan membela nasib orang Melayu yang beragama Islam bukannya terlibat sama dengan idealisme PKR menghumban Ketuanan Melayu,” katanya (Sinar). Maksudnya, Melayu adalah penentu kepada Islam? Ertikata, Islam kena bergantung dengan kaum Melayu? Mati Melayu, maka hancurlah Islam?

Di mana pemimpin Umno ini belajar saya tidak tahu. Selama 50 tahun lebih Umno berjuang untuk Melayu kununnya, tetapi di mana kedudukan Islam sekarang? Cuma sekadar diletakkan di dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi, itu sahajakah perjuangan Umno? Teramat sesat lagi menyesatkan orang yang mendakwa bahawa jika ingin lihat Islam kuat dan berdaulat, kena kuatkan kaum Melayu dahulu. Ini memberi erti Islam itu berada di bawah telapak kaki kaum Melayu, dan pandangan ini satu pandangan yang teramat jahil lagi sesat.

Jika beginilah kefahaman beliau terhadap Islam, lebih baik beliau tidak perlu bercakap lagi. Kita bimbang, percakapannya nanti akan merosakkan akidahnya sendiri dan menyesatkan golongan yang jahil. Orang seperti inilah yang ahli-ahli Umno mahu angkat sebagai pemimpin mereka.

Oleh yang demikian, tidak perlu PAS menjawab cabaran dari pemimpin Umno ini kerana cabaran beliau itu sendiri sudah cukup menyesatkan. Sebab itu jangan hairan mengapa PAS tidak mahu bersama Umno./wfauzdin.blogspot.com

JIKA DS ANWAR PULANGKAN PINGAT DAN GELARAN, ZAHRAIN KATAK MAHU KUTIP ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIANG tadi aku ternampak Zahrain katak keluar di muka TV, sebelahnya Zul Kulim firaun besar. Belum beliau bercakap lagi, aku dah tau apa `taik' yang bakal keluar dari mulutnya. Terbukti benar kata aku. Zahrain katak `menasihati' raja-raja agar menarik balik gelaran yang dikurniakan kepada DS Anwar Ibrahim. Alasannya adalah semata-mata `ketololan'nya mengulas isu ketuanan Melayu yang kununnya DS Anwar ini mengkhianat orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu.

Siapa si katak bacul ini untuk mendesak raja-raja Melayu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar? Kerusi yang dia duduk itu pun sepatutnya boleh menebalkan mukanya yang sudah sememangnya tebal itu. Termasuklah si Zul Kulim firaun besar yang duduk di sebelahnya ketika diwawancara oleh media. Betapa bahalolnya Zahrain apabila menyebut sekiranya raja-raja tidak mahu menarik balik gelaran terhadap DS Anwar, maka DS Anwar hendaklah memulangkan semula gelaran itu. Tidak tahu adab punya MP, dia ingat DS Anwar ini mahu bersifat kurang ajar sepertinya.

Jika jiran kita atau sesiapa sahaja yang menghulurkan buah tangan atau makanan kepada kita, kita hendaklah menerimanya dengan ikhlas dan berterima kasih. Jika kita terima, kemudiannya kita pulangkan semula itu kurang ajar, tidak beradab dan sombong namanya. Yang peliknya, orang lain pula sibuk-sibuk suruh jiran kita minta balik pemberian yang dia beri pada kita atau sibuk-sibuk suruh kita pulangkan kembali pemberian jiran kita itu. Kalau tidak gila, bodoh namanya orang itu. Mungkin itulah yang diajar oleh mak bapak Zahrain kepadanya tentang adab.

Semua orang tahu, sudah beberapa kali DS Anwar sebut sekiranya beliau diminta memulangkan kesemua anugerah atau pingat yang beliau miliki sekarang, beliau akan suruh isterinya DS Wan Azizah siapkan dulang dan kumpulkan kesemua pingat tersebut dan diletakkan di depan pintu pagar. Jika Zahrain teringin, datanglah kutip nanti. Selama ini Zahrain sangka kesemua gelaran yang ada pada DS Anwar itu diminta oleh DS Anwar? Beliau ingat DS Anwar sepertinya yang kuat mengampu dan membodek untuk hidup?

Rakyat menyokong perjuangan DS Anwar bukan kerana gelaran yang ada padanya. Jika diambil kesemuanya pun, tiada sedikit pun kesan ke atas sokongan rakyat terhadap beliau. Terbukti, ketika DS Anwar di dalam Abim kemudian memasuki Umno dengan tanpa gelaran ketika itu, pengaruh DS Anwar sudah cukup kuat. Gelaran tidak boleh membantu apa-apa kepada perjuangan membela nasib rakyat, dan gelaran itu juga tidak akan dibawa ke dalam kubur.

Zahrain katak, sama juga seperti Zul Kulim firaun besar tidak habis-habis busuk hati dan dengki kepada DS Anwar. Inilah di antara contoh orang Melayu yang DS Anwar kata tidak boleh diangkat menjadi `tuan' di dalam negara ini. Ketuanan Melayu seperti Zahrain katak, Zul Kulim firaun besar, Ezam sesumpah dan beberapa orang yang busuk hati itu lah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu dan menjadikan Melayu dilihat tidak bermaruah.

Mereka tiada hujah, lalu keluarlah segala `najis' di dalam perut yang mereka simpan selama ini untuk diluahkan melalui mulut yang Allah anugerahkan kepada mereka. Mereka sepatutnya yang tebal muka menenggek di atas kerusi yang pengundi-pengundinya dahulu tidak redha beliau di situ. Jika mereka benar-benar ada maruah, kosongkan kerusi itu segera. Jawapannya, kirim salam mereka berani berbuat demikian kerana mereka semua adalah dayus dan bacul. / wfauzdin.blogspot.com

BENARKAH DAP AKAN MENJADI TPM JIKA PR MENGUASAI PUTRAJAYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tidak tahu samada benar atau tidak bahawa DS Anwar pernah memberi kenyataan bahawa sekiranya PR berjaya menduduki Putrajaya, maka TPM akan diisi oleh Pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Keraguan saya ini timbul kerana isu ini sudah lama dimainkan, dan ternyata ianya tidak benar apabila pemimpin PR menafikan pernah membincangkan isu tersebut. Kali ini, saya tidak mendapat maklumat samada benar atau tidak kenyataan dari Ketua Pembangkang itu.

Apa yang saya dapat maklumat bahawa Presiden PAS menyatakan bahawa isu TPM tidak pernah dibincangkan lagi oleh pimpinan PR setakat ini. Walau bagaimanapun, saya mempunyai pandangan bahawa sekiranya pemimpin DAP ingin dilantik sebagai TPM, maka sudah sewajarnya pemimpin PAS juga mesti diletakkan ke jawatan itu. Itu pun sekiranya DS Anwar ditabalkan menjadi PM. Begitu juga, jika pemimpin PAS dipilih sebagai PM maka sewajarnya juga TPM diisi oleh PKR dan DAP. Ini bermakna jawatan TPM boleh diwujudkan dengan dua jawatan iaitu TPM1 dan TPM II.

Saya yakin sekiranya PR berjaya memerintah Pusat, maka DS Anwar akan dipilih sebagai PM. Oleh itu, jawatan TPM 1 lebih sesuai dan wajar diberi kepada PAS dan TPM II diberi kepada DAP. Ini bermakna jawatan TPM 1 lebih besar kuasanya dari TPM II dengan mewujudkan forfolio yang bersesuaian dengan parti tersebut.

Namun demikian, perbincangan dan sepakatan di dalam PR adalah satu-satunya kaedah yang lebih sesuai untuk mengatasi hal ini. PR dipercayai akan menerima apa jua keputusan asalkan tidak melanggar Perlembagaan yang ditetapkan. Tidak mustahil jika PAS lebih dominan di dalam PRU ke 13 nanti, dan ini tentunya akan memerlukan perbincangan dan keputusan yang berbeza.

Melihat kepada situasi yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang sekarang, hati saya lebih condong untuk menyatakan bahawa jawatan PM nanti adalah milik PAS walaupun saya sejak dahulu lagi ingin melihat DS Anwar berada di kerusi nombor satu kerajaan. Mungkin terlalu awal untuk kita membicarakan hal ini, kerana perjuangan yang bakal kita hadapi masih penuh dengan liku-liku dan cabaran. Apa yang penting, kita mesti sampai ke sasaran kita terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

ADA `BENDA' DALAM TUBUH CHE PUAN AISHAH ?

Agendadaily bersemuka dengan Uncleseekers…dia beri tempoh
21 hari Cik Puan Aishah kahwin

Sewaktu dalam perjalanan turun dari Janda Baik untuk balik ke Kuala Lumpur petang Isnin, masih banyak yang bermain dalam pemikiran kami.

Sebelum itu lebih dua jam saya bersama dua wartawan Agendadaily Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz dan Helme Hanafi serta jurugambar Mohd Hiekal bersemuka dengan Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncleseekers.

Lelaki berusia 44 tahun ini kebelakangan ini menjadi bahan bualan apabila menulis di laman blognya mengenai hubungannya dengan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.

Pelik…memang pelik orangnya. Itu yang kami sama-sama dapat simpulkan semasa cuba merumuskan hasil perbualan yang panjang dengannya untuk mencari jawapan kepada berbagai-bagai persoalan yang berbangkit hasil tulisan sebanyak tujuh siri di laman blognya itu.

Anak kepada penulis buku politik terkenal ini, Syed Hussin Alattas, tertawa panjang apabila kami memberitahu ramai pembaca dan kami juga jadi semakin keliru mengenai jalan cerita hubungannya dengan Cik Puan Aishah apabila membaca dari satu siri ke siri yang lain.

Dia nampaknya tidak kisah dan seperti hendak menyerahkan kepada mereka yang membaca laman blognya itu membuat tafsiran sendiri mengenai kisah yang sensasi itu.



"Pembaca bebas untuk membuat tafsiran atau andaian sendiri.... saya tulis apa yang terjadi,'' ujarnya.

Setakat ini sudah berbakul-bakul kutukan daripada pembaca terhadapnya kerana menulis tentang hal itu. Rata-rata mereka merasa martabat seorang bekas Permaisuri Agong perlu dipelihara.

Syed Abdullah sebaliknya mendakwa dia membuka kisah ini semua untuk menggambarkan Cik Puan Aishah juga seorang manusia biasa yang perlu menjalani hidup seperti orang lain sekalipun pernah duduk di atas takhta di Istana Negara.

Lokasinya kami berbual dengannya di Wadi Hana, Janda Baik. Mulai jam 5 petang kami menembak pelbagai soalan kepadanya untuk mengorek lebih dalam mengenai kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Apa yang pasti Syed Abdullah tidak berganjak dari jalan cerita yang digambarkan dalam laman blognya.

Kini yang orang tertunggu-tunggu ialah kemunculan bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang dia dakwa akan buka habis segala-galanya.

Menjawab soalan mengenai buku itu, Syed Abdullah mengakui ia belum siap lagi.




Katanya dia akan siapkan buku itu Sabtu ini - tarikh akhir atau 'deadline' yang dijanjikan dengan pencetak.

Adakah dia nak teruskan juga dengan penerbitan buku itu sekalipun ramai yang mengutuknya.

Uncleseekers ada jawapannya.

Kata Syed Abdullah kepada kami dia bersedia 'tekan brek', yakni hentikan penerbitannya dengan syarat Cik Puan Aishah berkahwin dalam tempoh 21 hari dari sekarang.

‘Saya sememangnya mahu mengeluarkan buku yang memuatkan kisah percintaan syyhh.. saya dengan bekas permaisuri itu dalam tempoh 21 hari lagi. Tetapi, saya sedia untuk menahan pengeluaran buku, termasuk menghentikan cetakannya, jika, Aishah berkahwin dalam tempoh itu. Itu janji saya,’ katanya. “Ini bermakna, dia (Cik Puan Aisyah) ada 20 hari untuk berbuat demikian. Jika tidak buku itu akan saya keluarkan,’ kata Syed Abdullah.

Semasa perbualan itu dia turut menceritakan bibit-bibit pertemuan yang memulakan segala-galanya, termasuk bagaimana dan cara mana dia membantu mengeluarkan “benda” dari dalam tubuh Cik Puan Aishah, disaksikan ahli keluarga bekas Permaisuri Agong itu sendiri. Kami juga telah dibawa ke bilik rawatan di mana dia dakwa berlakunya “pengalihan” atau “pengeluaran” benda dari tubuh Cik Puan Aisyah yang dikatakan hanya memakan masa selama 5 minit.


Syed Abdullah yang sudah lapan tahun menduda dan pernah dua kali berkahwin juga mengaku telah memperkenalkan Cik Puan Aisyah kepada seorang professor bagi merawat penyakit kronik bekas Permaisuri Agong itu yang dakwanya menghidap barah payudara. Dia yang yang sebelum ini hanya dikenali menerusi rancangan televisyen ‘Seekers’ ini juga tetap berpegang pada dakwaannya Cik Puan Aisyah menyintainya dan pernah mengajaknya berkahwin. “Tetapi saya langsung tidak ada hati dengannya dan tidak terlintas sedikitpun untuk berkahwin dengannya kerana saya sudah ada sayang saya,” ujar Syed Abdullah yang juga mempunyai dua orang anak dan dua cucu.

Dia berkata demikian ketika ditanya adakah akan berkahwin jika tidak timbul halangan daripada bapa bekas Permaisuri Agong itu. Paparan cerita dan gambar dalam pose yang intim di dalam blognya sejak 2 November lalu mendapat perhatian ramai hingga jumlah pelawat ke laman blognya naik mendadak bagai roket naik ke bulan. Namun dia kena berdepan dengan keraguan pada kesahihan ceritanya.

Syed Abdullah juga didakwa sengaja mencari publisiti dan kontroversi bagi tujuan peribadi, iaitu untuk melariskan produknya.

Selain bakal mengeluarkan buku, dua buah filemnya juga bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Ada juga komen dakwa Syed Abdullah menggunakan jampi atau ilmu hitam serta ilmu pengasih untuk memikat wanita, termasuk Cik Puan Aishah./AgendaDaily

MAHATHIR SURUH LUPAKAN SEJARAH DAN KETURUNAN, TAK SURUH TARIK ANUGERAH ATAU PINGAT KE?

Dr M: Lupakan keturunan jika ingin 1Malaysia berjaya

Hazlan Zakaria
Nov 30, 10

Konsep 1Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak hanya akan berjaya jika rakyat membelakangkan bangsa dan keturunan masing-masing dan mengasimilasikan diri menjadi satu, kata mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

NONEKatanya, konsep Najib hampir sama dengan prinsip Wawasan 2020 yang diterajuinya dalam percubaan mewujudkan bangsa Malaysia bagi mencapai perpaduan kebangsaan.

"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.

Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.

"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar./Malaysiakini

APA SUDAH JADI DENGAN PERAK DI BAWAH ZAMBRY?

Kewangan negeri merosot lagi

IPOH – Kedudukan kewangan kerajaan negeri semakin merosot dan jumlah wang kumpulan bersatu menyusut sebanyak RM85.32 juta dalam tempoh satu tahun, sekali gus menunjukkan situasi membimbangkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming berkata, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang di Parlimen, menunjukkan jumlah wang Kerajaan Negeri telah berkurangan dari RM774.57 juta kepada RM689.25 juta iaitu kemerosotan sebanyak 11 peratus.

Menurutnya, kerajaan negeri juga membentangkan bajet defisit tiga kali berturut-turut dalam tempoh 13 bulan sejak memerintah.

“Senario ini berbeza ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya mengumpulkan wang rizab RM774.57 juta untuk simpanan masa depan negeri.

“Bagaimanapun, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih, menteri besarnya (Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir) telah mengemukakan bajet defisit RM23.89 juta pada 28 Oktober, disusuli satu lagi bajet pembekalan tambahan defisit RM80 juta pada 3 Ogos dan dijangka defisit ketika pembentangan belanjawan pada sidang Dewan Undangan Negeri hari ini kepada paras RM29 juta lagi,” katanya pada sidang media di Wisma DAP negeri di sini, semalam.

Kor Ming berkata, jumlah defisit kerajaan negeri dalam tempoh satu tahun mencapai RM131 juta.

Katanya, di bawah pemerintahan BN, Perak turut dilanda projek awam yang melibatkan belanja puluhan juta ringgit, tetapi terbengkalai, dinaiki semak-samun dan tidak sesuai digunakan untuk manfaat orang awam.

“Apa yang mengejutkan antara projek jutaan ringgit yang terbengkalai itu, sekurang-kurang lima projek melibatkan belanja RM5 juta berada dalam kawasan menteri besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor./Sinar

JIWA BESAR APABILA MENGAKUI KESILAPAN

PKR Mohon Maaf Jika Bukan Islam Tersilap Makna Ayat Al-Quran

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf jika tindakan seorang perwakilannya bukan beragama Islam tersilap makna pada satu ayat Al Quran yang dibaca dalam perbahasannya di Kongres Nasional PKR pada Ahad.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan S.Kesavan itu menunjukkan semua pihak akan membuat rujukan kepada Al Quran tetapi kalau beliau tersilap makna ayat Al-Quran itu, PKR memohon maaf.

Pada kongres ke-7 itu selama tiga hari yang berakhir di Petaling Jaya semalam, Kesavan memetik makna Surah Ali Imran semasa membahaskan satu usul."Dia hanya untuk menceritakan bagaimana Al Quran itu memberi kewajipan kepada manusia untuk menjalankan tugas dengan baik. Saya pun tak berapa pakar tentang ini tetapi dia mencuba tapi saya tak menghalang dia mencuba kalau dia silap kita akan betulkan, itu tanggungjawab saya...saya ta tahu itu kesilapan, " kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai isu itu semasa sidang akhbar Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang di sini pada Isnin.Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir pada sidang itu berkata orang bukan Islam dibolehkan untuk memetik ayat-ayat Quran.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pengalamannya berceramah bersama seorang pemimpin DAP dahulu, pemimpin itu merujuk kepada beliau ayat yang hendak digunakan terlebih dahulu sebelum berucap.Sementara itu Abdul Khalid berkata pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding./Detikdaily

Nik Aziz: UMNO sengaja timbulkan suasana tidak senang

| Nov 29, 2010

Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri-negeri Pakatan Rakyat kali kedua berlangsung hari ini di Kompleks Kediaman Pegawai Kerajaan di Seksyen 7 di sini, yang menyaksikan tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri berazam untuk mengukuhkan kerja sama bagi meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.


Persidangan sehari ini dihadiri Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Exco-exco Kerajaan negeri dan wakil-wakil anak syarikat kerajaan negeri.

Dalam ucapan perasmian, Abdul Khalid berkata, persidangan ini adalah medium penting untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menggalas amanah rakyat berdasarkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir kerajaan yang baik.

Katanya, persidangan ini juga ruang penting untuk membolehkan persoalan dasar, strategi dan program yang telah dilaksanakan di setiap negeri terlibat dikongsi sebagai panduan atau pengajaran kepada semua pihak.

Abdul Khalid berkata, negeri-negeri Pakatan Rakyat menghadapi pelbagai cabaran selama hampir tiga tahun memerintah tetapi berjaya mematahkan cubaan yang bertujuan menggagalkan usaha-usaha melakukan reformasi pentadbiran negeri.

Beliau berharap, persidangan kali ini dijadikan landasan untuk berkongsi pengalaman untuk meningkatkan tahap perkhidmatan sekali gus memperkukuhkan pentadbiran sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bezakan kawan dan lawan

Lim Guan Eng pula berkata, pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengubah tanggapan bahawa mereka ini bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah negeri pemerintah dan perlu melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

Katanya, pemimpin negeri Pakatan Rakyat tidak perlu terlalu birokratik atau terikat dengan protokol kerana pemimpin Pakatan Rakyat perlu kekalkan budaya pemimpin berjiwa rakyat.

"Kita perlu kekalkan nilai-nilai mesra rakyat dan mudah didampingi yang kita amalkan sebelum menjadi kerajaan pemerintah. Paling penting kita tahu bezakan yang mana lawan dan kawan," katanya.

Lim juga menasihatkan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya mendapatkan sokongan kakitangan awam dan tidak mengabaikan mereka menjadi nadi pentadbiran sesebuah negeri.


Nik Aziz Nik Mat (gambar kanan) pula menasihatkan negeri-negeri pakatan Rakyat terus bersatu menentang serangan media arus perdana yang terus memutar belit fakta bagi mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, semua masalah yang timbul di negara ini adalah mainan UMNO yang sengaja menimbulkan suasana tidak senang rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Azizan Abdul Razak berkata, Pakatan tidak boleh terlalu yakin untuk terus berkuasa dan jadikan pilihan raya umum 2004 sebagai pengajaran apabila PAS tewas di Terengganu dan menang tipis di Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat Kedah semakin selesa dengan pentadbiran Pakatan di Kedah yang mengamalkan ketelusan dan berjaya meningkatkan hasil negeri menerusi pembalakan.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Presiden Pas Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan menyampaikan ucapan penggulungan pada malam ini.

*Kenyataan dari Sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar Selangor./MerdekaReview