TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Selasa, 30 November 2010

Pas dakwa dicerobohi



KULAIJAYA – Pas Kawasan Kulaijaya membuat laporan polis berhubung dakwaan pencerobohan oleh anggota polis semasa ceramah berkaitan Hari Raya Korban yang dianjurkan parti itu pada 20 Nobember lalu, di Tadika Pasti Taman Anjaria, Felda Taib Andak di sini.

Laporan polis itu dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superitendan Zulkefly Yahya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kulaijaya, Rohaizat Kasim, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kulaijaya, Mohd Suhairi Ismail mendakwa, tindakan menceroboh masuk ke dalam premis mereka adalah men�yalahi undang-undang dan melanggar demokrasi rakyat Malaysia.

“Kami kesal apabila tindakan pencerobohan ini yang dilakukan oleh individu yang arif dalam bidang perundangan, namun bertindak demi kepentingan politik.

“Situasi ini jelas menghalang proses demokrasi dan kebebasan kami untuk menyalurkan maklumat dan informasi kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Mohd Suhairi berkata, kehadiran anggota yang turut mengadakan sekatan jalan raya dan berkawal di sekitar lokasi ceramah yang diadakan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan hadirin yang hadir.

“Pada hari kejadian, banyak sekatan jalan raya dilakukan malah pasukan polis simpanan (FRU) turut berkawal di sekitar lokasi.

“Keadaan ini menyebabkan orang ramai takut dan seolah-olah mencerminkan ceramah yang dijalankan adalah satu jenayah sedangkan kami sudah mengemukakan permohonan mengadakan ceramah dua minggu sebelum kejadian namun ditolak,” katanya.

Katanya, laporan polis berkenaan akan turut dilampirkan kepada Ketua Polis Johor, Ketua Polis Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Jawatankuasa Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami berharap tindakan tegas diambil berhubung isu ini agar perkara sama tidak berulang dan memberi pengajaran kepada pihak berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya ketika dihubungi mengesahkan mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 27, Akta Polis iaitu mengadakan perhimpunan haram.

“Pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap mereka di bawah Seksyen 27, Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.

“Permohonan mereka sebelum ini untuk mengadakan ceramah berkenaan ditolak atas faktor-faktor keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan mana-mana pihak agar tidak meneruskan tindakan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan awam sekiranya permohonan tidak diluluskan./Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini