RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 30 November 2010

SUDAH TIDAK HAIRAN DENGAN CERITA LOMPAT PARTI NI..

Ahli lompat parti penyakit biasa: Pas


KOTA BHARU - Pas menyifatkan kemasukan 103 bekas ahli Pas Wakaf Bunut, Selising menyertai UMNO adalah penyakit biasa ketika menjelang Pilihan Raya Umum (PRU-13) dan ia langsung tidak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pihaknya tidak hairan perkara seumpama itu berlaku kerana ada orang UMNO yang mengaku ahli Pas untuk menyertai UMNO.

“Pas tidak hairan perkara ini berlaku, kami juga percaya taktik sama bakal digunakan di kawasan Dewan Undangan Negeri lain dan bukan hanya di Selising, Pasir Puteh.

“Ini sebenarnya taktik lama UMNO untuk menipu rakyat dengan dakwaan ahli Pas masuk UMNO kerana UMNO parti pilihan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan 103 bekas ahli Pas cawangan Wakaf Bunut menyertai UMNO pada majlis di Kampung Tualang Rendah.

Seramai 60 orang diketuai bekas Ketua Pas Cawangan Wakaf Bunut, Mohd Soleh Hassan, 66, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Pasir Puteh, Zawawi Othman manakala selebihnya menyerahkan secara tidak rasmi dalam majlis berasingan.

Mereka mendakwa kononnya bersetuju menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari parti itu mampu memperjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding Pas.

Mohd Zaki berkata, pihaknya yakin walaupun pelbagai dakyah politik dilakukan UMNO semata-mata untuk meraih sokongan rakyat namun masyarakat tidak akan mudah percaya dan terpedaya dengan taktik itu.

Menurutnya, buktinya sudah 20 tahun rakyat Kelantan berada di bawah pimpinan kerajaan Pas dan isu seumpama itu tidak memberikan sebarang kesan kepada Pas negeri.

Mengenai ada kalangan pemimpin Pas yang menyertai UMNO seperti laporan akhbar sebelum ini, beliau berpendapat bahawa mana-mana individu bolah mendakwa diri masing-masing memegang pelbagai jawatan dalam Pas.

“Apabila hendak masuk UMNO, individu terbabit akan mendakwa dirinya bekas pemimpin Pas kawasan tertentu dan bersetuju masuk UMNO dengan sebab-seban tertentu.

“Sesiapa sahaja boleh mendakwa memegang pelbagai jawatan dalam Pas tanpa menunjukkan bukti ini semua taktik biasa. Ia tidak memberikan kesan kepada Pas Kelantan,” katanya.

Dalam laporan akhbar ini kelmarin, antara alasan ahli Pas menyertai UMNO termasuk mendakwa projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan Negeri memberi untung lebih kepada orang bukan Melayu dan pemimpin Pas guna agama untuk memancing rakyat.

Selain itu, mereka mendakwa pemimpin Pas lebih pentingkan kedudukan dan parti berkenaan gagal membela nasib rakyat berbanding UMNO./Sinar

1 ulasan:

  1. Statement manusia bingai yg telah menjadi KATAK BOBOK,,,,,,,,

    BalasPadam