Azmin akui rapat dengan Anwar… saya tidak apologetik
Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL
Sebaik disahkan menang sebagai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terang-terangan mengakui keakraban dan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya tidak apologetik. Orang nak kata saya rapat, memang saya rapat. Orang nak kata saya sokong, memang saya sokong. Sebab itu bila ada suara untuk berundur, biar saya pergi barisan depan untuk melawan musuh-musuh dan dedalu-dedalu politik di dalam Parti Keadilan Rakyat,” katanya ketika membuat ucapan penangguhan Kongres Nasional PKR di Dewan Sivik, Ahad. “Kita pertahankan saudara Anwar Ibrahim bukan kerana batang tubuhnya, Kita pertahankan beliau kerana idealisme dan prinsipnya yang melampaui martabat umat dan bangsa,” katanya.
Dalam ucapannya itu Azmin berkata selepas ini beliau akan menghadiri beberapa program di Sarawak selama dua minggu sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) negeri itu.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam ucapannya pula mengutuk UMNO, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Khairy Jamaluddin. “Memang benar, ahli kita yang mengundi hanya lapan peratus di mana 70,000 mengundi di peringkat cabang dan 30,000 di peringkat pusat. “Tetapi Pemuda UMNO hanya dipilih oleh 0.0035 peratus perwakilan. Dia hanya dapat 300 undi daripada 800,000 ahli Pemuda. “Najib pula mengatakan sistem undian terus kami hanya gimik. Tetapi dia hanya mendapat undi 0.07 peratus daripada 3.4 juta ahli UMNO,” katanya.
Sebelum ucapan penangguhan, pada sebelah pagi, Presiden Tetap, Hishammuddin Ismail telah mengumumkan keputusan pengundian Majlis Pimpinan Pusat. Dalam pengumuman itu, Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, diumumkan sebagai Timbalan Presiden dengan mendapat 19, 543 undi. Bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mencatat undian tertinggi mendahului Tian Chua di tempat kedua dan Fuziah Salleh di tempat ketiga serta Mansor Othman di tempat keempat.
Untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Elizabeth Wong mendapat undi tertinggi, Dia diikuti di belakang oleh Badrul Amin Baharon, Khalid Jaafar dan Hee Loy Sian. Daripada 20 nama yang diumumkan, 15 adalah muka baru dan lapan berusia di bawah 40 tahun./AgendaDaily
saifudin cakap macam budak budak je.dalam umno undian diwakili oleh perwakilan bukan ahli.
BalasPadam