RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Ahad, 28 November 2010

PENGHARGAAN BUAT SDR MUSTAFA KAMIL

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

PENGHARGAAN wajar diberikan kepada calon yang bertanding Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub kerana berjanji akan terus komited terhadap parti. Kenyataan beliau itu membuktikan bahawa tidak semua pemimpin di dalam PKR mudah berputus asa dan kecewa sehingga sanggup menjual maruah diri.

Kemenangan YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan yang terdapat `kontroversi' ini tidak menunjukkan bahawa Sdr Mustafa `tewas' sebenarnya. Beliau mungkin tewas di dalam pertandingan ini, tetapi beliau menang di dalam melawan hawa nafsunya yang beliau sendiri akui begitu banyak tawaran yang datang.

Saya sendiri hampir kecewa apabila melihat Sdr Mustafa seolah-olah mendedahkan dirinya di dalam `game' yang diatur oleh Zaid Ibrahim. Namun, akhirnya Sdr Mustafa menyedari bahawa tiada gunanya mementingkan diri sendiri. Malahan, anggapan Sdr Mustafa bahawa terdapat kepincangan di dalam pemilihan parti kini menjadi isu utama yang parti berjanji akan selesaikan. Ini bererti Sdr Mustafa telah pun menjalankan peranan dan tanggungjawabnya tanpa memburukkan parti.

Saya sejak awal lagi menaruh harapan agar Sdr Mustafa berjaya menjadi Timbalan Presiden PKR sekiranya YB Azmin tewas, kerana bagi saya Zaid Ibrahim tidak layak berada di kerusi nombor dua itu. Saya masih menanti kemunculan Sdr Mustafa sebagai pemimpin atasan di dalam parti, cuma saya berharap selepas ini Sdr Mustafa lebih kerap bersama akar umbi di merata ceruk negara agar beliau lebih dikenali. Amat penting bagi sesiapa sahaja yang ingin berada di hariki kepimpinan parti terutamanya di peringkat tertinggi menonjolkan diri di peringkat akar umbi./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Saya setuju dengan cadangan tuan blog agar MUS terus konsisten dan turun padang mendekati akar umbi. Benar saya sangat-sangat setuju.

    Saya kekal sebagai penyokong MUS dan saya lihat MUS adalah antara calon-calon paling layak mengemudi KEADILAN selepas AZMIN, secara jujurnya mungkin MUS perlu diberi peluang untuk terus berada dalam SAF kepimpinan.

    Tetapi untuk sementara waktu saya cadangkan agar beliau tidak diberi terlalu banyak amanah di Pusat dan di Negeri SEPERTIMANA sekarang ini, dimana beliau diamanahkan sebagai Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Perak, Ketua Biro Antarabangsa dan Ketua Biro Latihan.

    Saya cadangkan MUS digugurkan diperingkat PUSAT dan dikekalkan sebagai Pengerusi KEADILAN Perak. Beliau wajar fokus untuk memantapkan semula KEADILAN Perak yang dilihat agak lesu. Beliau wajar digandingkan dengan Dr. Muhammad Nur Manuty (sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Perak).

    Beliau dilihat calon paling layak untuk menjadi MB Pakatan Rakyat selepas Nizar, Nizar mungkin tidak dipilih semula (sekiranya Pakatan Rakyat menang) berikutan hubungannya yang agak "renggang" dengan Sultan Perak. Oleh yang demikian, beliau perlu fokus untuk memperkasa dan memantapkan gerak kerja KEADILAN dan Pakatan Rakyat Perak dalam usaha menghadapi PRU 13.

    SEKADAR KOMEN MERUJUK KEPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN

    Mungkin inilah hikmahnya kak wan terus kekal sebagai Presiden, saya tertarik dengan ucapan dasar yang kak wan kemukakan, hujah yang agak mantap. Sambil berhujah sambil berdakwah, selitan dakwah Kak Wan memang penuh ayat-ayat tersirat dan tersurat.

    Alhamdulillah KEADILAN masih bertahan walaupun diserang kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, dalam dan luar. Saya tak dapat nafikan, kini keadilan dibarisi oleh gandingan Naib Presiden yang mantap iaitu Nurul Izzah, Fuziah Salleh dan Tian Chua.

    Saya harap ada satu perubahan drastik akan berlaku. Cuma saya agak kecewa dengan kekalahan CheGuBard tetapi saya harap CheguBard tidak kecewa, saya yakin CheGuBard masing kurang mendapat sokongan dikalangan AMK sendiri.

    Senario ini kita boleh lihat sendiri ketika pencalonan dimana masih dikuasai oleh SAM. Saya harap CheGuBard akan terus turun padang untuk mendamping anak-anak Malaysia terutamanya anak muda dikalangan ahli AMK. Saya akui CheGuBard memang agak famous dikalangan anak muda “siber dan marhean yang celik politik” tapi beliau masih kurang “famous” dikalangan anak muda AMK yang menjadi pengundi dalam Pemilihan AMK 2010.

    Ini kerana beliau tidak terlibat dalam gerak kerja AMK secara rasmi pada sesi sebelum ini. Beliau lebih fokus terhadap SAMM dan posisi MPP Keadilan. Saya harap CheGuBard akan terus konsisten untuk bergandingan dengan AMK walaupun telah tewas dalam perebutan Ketua AMK.

    Pola pengundian telah menunjukkan kemenangan nipis buat SAM. Ini menunjukkan pola penolakan terhadap SAM semakin meningkat dan dalam masa yang sama pola pengundian terhadap CheGuBard semakin meningkat. SAM perlu berkerja keras untuk meningkatkan semula sokongan terhadap beliau begitu juga CheGuBard.

    Sepertimana yang selalu diwar-warkan, sebelum pemilihan kita masing2 berlawan hujah untuk memenangkan team masing-masing, kemudian setelah habis pemilihan kembalilah bersatu sebagai satu pasukan. Saya harap CheGuBard akan menjadi sebahagian daripada “team penggerak AMK” dan saya harap juga HafiziRamli dan Hasmi Hashim dijemput untuk mengisi ruang-ruang yang ada dalam AMK.

    Kombinasi CheGuBard, Hafizi Ramli, Hasmi Hashim dan SAM insya Allah pasti akan memunculkan semula era reformasi versi kedua. Semoga calon yang tewas berlapang dada, semoga calon yang menang meraikan calon yang tewas. Kembalilah sebagai satu “pasukan”.

    Tetapi sekiranya CheGuBard diketepikan dalam AMK. Saya cadangkan CheGuBard dilantik sebagai Naib Presiden Lantikan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan beliau dalam KEADILAN. Saya tak nampak calon lain yang lebih layak untuk mengisi kekosongan tersebut melainkan CheGuBard dan Gobalakrishnan.

    BalasPadam
  2. mustafa ni bertanding timbalan pun sbb kalu dia kalah pun sure dapat jawatan penting dalam parti..dia da tau dia kalah..but dia kena la menonjolkan diri nye kononnye setara dgn calon2 timbalan presiden yg lain...dia tau dia takkan menang..so tak salah dia stay..nuar da janji jwatan cukupla...

    BalasPadam
  3. Punca tewasnya CheGuBard

    1. Membariskan pasukan yang kurang mantap. Sebagai contoh Yunus Jamhari, V.Sivam dan Nicholas. Calon-calon dalam pasukan CheGuBard adalah kurang terkenal dan terlalu bertenggek atas nama CheGuBard tanpa mempamerkan kekuatan masing-masing secara maksima.

    2. CheGuBard kurang mendampingan dengan "Golongan Pengundi AMK", sedangkan CheGuBard wajar tahu, mereka lah golongan yang mengundi CheGuBard. Mungkin disebabkan cheGuBard terlalu fokus untuk SAMM dan tugas sebagai MPP serta Cabang Rembau.

    3. CheGuBard gagal untuk mendapatkan sokongan pengundi Wanita Muda, sewajarnya CheGuBard membariskan seorang wakil wanita MUDA dalam CALON NAIB KETUA AMK.

    4. Punca mungkin disebabkan sifat "overconfident" dikalangan pengikut dan penyokong CheGuBard sendiri. Bila wujud "overconfident yang cheGuBard akan menang" menyebabkan pengundi CheGuBard ramai yang tidak keluar mengundi. Manakala pengundi SAM yang risau "tewas" berduyun-duyun mengundi untuk memenangkan SAM. Akhirnya SAM menang berikutan keluarnya pengundinya secara beramai-ramai.

    5. Mungkin ini takdir yang wajar ditelan oleh CheGuBard sebagai pejuang. Anggaplah ini sebagai satu rahmat, teruskan perjuangan terus istiqomah, perbetulkan niat dan perkasakan strategi, insya Allah masa CheGuBard akan tiba.

    ---------------------------------

    SAYA MENCADANGKAN CHEGU BARD DILANTIK UNTUK MENGISI KERUSI NAIB PRESIDEN LANTIKAN BAGI MEMPERKASAKAN dan MEMPERKEMASKAN LAGI PARTI KEADILAN RAKYAT ATAS KAPASITI MEWAKILI SUARA dan ASPIRASI ANAK MUDA MALAYSIA

    BalasPadam