RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 28 November 2010

SALAH BESARKAH KETUA UMUM BERTINDAK TIDAK BERKECUALI?

Perlukah Anwar Berkecuali didalam Pemilihan PKR?

Saya tertanya-tanya diri saya, tak kisahlah orang lain, tapi diri saya sendiri, betul kah pemilihan didalam PKR ini terbuka untuk semua ahli PKR? Dan ahli PKR itu termasuklah Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, MPP, MPN, Ketua-Ketua Cabang, Wanita dan AMK, dan semua AJK diperingkat Cabang, Ranting dan ahli-ahli akar umbi (tu yang dikatakan 400,000)?

Kalau betul, adakah setiap ahli itu berhak mengundi dan diundi? Ertinya, benarkah setiap orang layak menjadi calon, dan setiap orang layak menyokong mana-mana calon yang dia suka? Adakah Ketua Umum, Presiden, Naib-Naib Presiden dsbnya dilarang menyokong mana-mana calon? Dan kalau berlaku mana-mana pemegang jawatan itu menyokong mana-mana calon, maka akan batal pemilihan itu?

Saya tengok didalam UMNO, semua pemegang jawatan boleh menyokong mana-mana calon yang dia suka, samada secara terbuka atau tertutup. Dan kalau dalam MIC pula, Presidennya terang-terang memberi arahan secara terbuka, mengenai sokongannya. Didalam PKR nampaknya menjadi satu kesalahan yang amat berat bagi pemegang jawatan mahu menyatakan sokongannya kepada mana-mana calon, seolah-olah kalau Ketua Umum itu menyokong calon A, maka menjadi satu kesalahan besar dan pemilihan mesti dibatal atau ditangguhkan.

Pengalaman saya sendiri menyatakan bahawa Ketua Umum adalah berkecuali. Saya hantar mesej kepadanya pertama saya tanya Ketua Umum samada beliau akan bertanding atau tidak sebagai Presiden Parti, dan dia jawab dia tidak bertanding, bagaimana pun, PKR Kuala Krau tetap mencalonkan beliau sebagai Presiden, dan memang beliau tidak bertanding. Mesej saya kedua saya tanya Ketua Umum mengenai Zaid dan Azmin, yang mana patut dicalonkan untuk Timbalan Presiden. Jawapannya adalah terserah kepada Kuala Krau sendiri, tidak ada preference darinya.

Maka jelas bahawa Ketua Umum tidak meletakkan kehendaknya sendiri untuk pemilihan mana-mana calon. Bagaimana pun, jika sekiranya Ketua Umum menyatakan dia menyokong seseorang calon, samada Zaid, atau Azmin atau Mustaffa, adakah menjadi satu kesalahan yang boleh membatalkan atau menangguhkan pemilihan? Jawapannya tidak, hanya boleh dikatakan bahawa Ketua Umum tidak mengambil sikap berkecuali, itu sahaja dan bukanlah satu kesalahan.

Dari segi Negeri Pahang, Pengerusi PKR Negeri dari awal hingga ke sudah mengambil sikap berkecuali. Nak sokong siapa adalah hak seseorang. Tetapi katakanlah Dato Fauzi menyokong Azmin, atau Zaid, atau Mustaffa, adakah itu salah? Jawabnya tidak. Jadi, kenapalah hendak dijadikan satu kegemparan seolah-olah berlaku satu kesalahan yang sangat berat apabila dituduh kepada Ketua Umum menyokong mana-mana calon.

Seseorang Ketua kadang-kadang dia ada team kerjanya yang sesuai, dan dia mahu team itu kekal, jika boleh. Jika tidak boleh, ahli-ahli pilihlah sesiapa yang dia suka, dan sesiapa yang menang, maka itulah team kerja baru yang akan bekerja dengan Ketua. Maka didalam hal ini, jika ada mana-mana calon mempersoalkan hal ini, saya akan nyatakan dengan jelas bahawa saya tidak bersama dengan pemikiran anda, terima kasih./Suhaimi Said

1 ulasan:

  1. ITU LUMRAH DUNIA POLITIK.KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI...ADA MATLAMAT YANG SAMA TAPI JIKA NIAT YANG LAIN MAKA TUNGGU DAN LIHAT....MASA AKAN MENENTUKAN...HIDUP RAKYAT !!!

    BalasPadam