RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 1 Disember 2010

ADA `BENDA' DALAM TUBUH CHE PUAN AISHAH ?

Agendadaily bersemuka dengan Uncleseekers…dia beri tempoh
21 hari Cik Puan Aishah kahwin

Sewaktu dalam perjalanan turun dari Janda Baik untuk balik ke Kuala Lumpur petang Isnin, masih banyak yang bermain dalam pemikiran kami.

Sebelum itu lebih dua jam saya bersama dua wartawan Agendadaily Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz dan Helme Hanafi serta jurugambar Mohd Hiekal bersemuka dengan Syed Abdullah Alattas yang lebih dikenali sebagai Uncleseekers.

Lelaki berusia 44 tahun ini kebelakangan ini menjadi bahan bualan apabila menulis di laman blognya mengenai hubungannya dengan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Aishah.

Pelik…memang pelik orangnya. Itu yang kami sama-sama dapat simpulkan semasa cuba merumuskan hasil perbualan yang panjang dengannya untuk mencari jawapan kepada berbagai-bagai persoalan yang berbangkit hasil tulisan sebanyak tujuh siri di laman blognya itu.

Anak kepada penulis buku politik terkenal ini, Syed Hussin Alattas, tertawa panjang apabila kami memberitahu ramai pembaca dan kami juga jadi semakin keliru mengenai jalan cerita hubungannya dengan Cik Puan Aishah apabila membaca dari satu siri ke siri yang lain.

Dia nampaknya tidak kisah dan seperti hendak menyerahkan kepada mereka yang membaca laman blognya itu membuat tafsiran sendiri mengenai kisah yang sensasi itu.



"Pembaca bebas untuk membuat tafsiran atau andaian sendiri.... saya tulis apa yang terjadi,'' ujarnya.

Setakat ini sudah berbakul-bakul kutukan daripada pembaca terhadapnya kerana menulis tentang hal itu. Rata-rata mereka merasa martabat seorang bekas Permaisuri Agong perlu dipelihara.

Syed Abdullah sebaliknya mendakwa dia membuka kisah ini semua untuk menggambarkan Cik Puan Aishah juga seorang manusia biasa yang perlu menjalani hidup seperti orang lain sekalipun pernah duduk di atas takhta di Istana Negara.

Lokasinya kami berbual dengannya di Wadi Hana, Janda Baik. Mulai jam 5 petang kami menembak pelbagai soalan kepadanya untuk mengorek lebih dalam mengenai kisahnya dengan Cik Puan Aishah.

Apa yang pasti Syed Abdullah tidak berganjak dari jalan cerita yang digambarkan dalam laman blognya.

Kini yang orang tertunggu-tunggu ialah kemunculan bukunya bertajuk Cinta Syyhh yang dia dakwa akan buka habis segala-galanya.

Menjawab soalan mengenai buku itu, Syed Abdullah mengakui ia belum siap lagi.




Katanya dia akan siapkan buku itu Sabtu ini - tarikh akhir atau 'deadline' yang dijanjikan dengan pencetak.

Adakah dia nak teruskan juga dengan penerbitan buku itu sekalipun ramai yang mengutuknya.

Uncleseekers ada jawapannya.

Kata Syed Abdullah kepada kami dia bersedia 'tekan brek', yakni hentikan penerbitannya dengan syarat Cik Puan Aishah berkahwin dalam tempoh 21 hari dari sekarang.

‘Saya sememangnya mahu mengeluarkan buku yang memuatkan kisah percintaan syyhh.. saya dengan bekas permaisuri itu dalam tempoh 21 hari lagi. Tetapi, saya sedia untuk menahan pengeluaran buku, termasuk menghentikan cetakannya, jika, Aishah berkahwin dalam tempoh itu. Itu janji saya,’ katanya. “Ini bermakna, dia (Cik Puan Aisyah) ada 20 hari untuk berbuat demikian. Jika tidak buku itu akan saya keluarkan,’ kata Syed Abdullah.

Semasa perbualan itu dia turut menceritakan bibit-bibit pertemuan yang memulakan segala-galanya, termasuk bagaimana dan cara mana dia membantu mengeluarkan “benda” dari dalam tubuh Cik Puan Aishah, disaksikan ahli keluarga bekas Permaisuri Agong itu sendiri. Kami juga telah dibawa ke bilik rawatan di mana dia dakwa berlakunya “pengalihan” atau “pengeluaran” benda dari tubuh Cik Puan Aisyah yang dikatakan hanya memakan masa selama 5 minit.


Syed Abdullah yang sudah lapan tahun menduda dan pernah dua kali berkahwin juga mengaku telah memperkenalkan Cik Puan Aisyah kepada seorang professor bagi merawat penyakit kronik bekas Permaisuri Agong itu yang dakwanya menghidap barah payudara. Dia yang yang sebelum ini hanya dikenali menerusi rancangan televisyen ‘Seekers’ ini juga tetap berpegang pada dakwaannya Cik Puan Aisyah menyintainya dan pernah mengajaknya berkahwin. “Tetapi saya langsung tidak ada hati dengannya dan tidak terlintas sedikitpun untuk berkahwin dengannya kerana saya sudah ada sayang saya,” ujar Syed Abdullah yang juga mempunyai dua orang anak dan dua cucu.

Dia berkata demikian ketika ditanya adakah akan berkahwin jika tidak timbul halangan daripada bapa bekas Permaisuri Agong itu. Paparan cerita dan gambar dalam pose yang intim di dalam blognya sejak 2 November lalu mendapat perhatian ramai hingga jumlah pelawat ke laman blognya naik mendadak bagai roket naik ke bulan. Namun dia kena berdepan dengan keraguan pada kesahihan ceritanya.

Syed Abdullah juga didakwa sengaja mencari publisiti dan kontroversi bagi tujuan peribadi, iaitu untuk melariskan produknya.

Selain bakal mengeluarkan buku, dua buah filemnya juga bakal dikeluarkan pada tahun hadapan.

Ada juga komen dakwa Syed Abdullah menggunakan jampi atau ilmu hitam serta ilmu pengasih untuk memikat wanita, termasuk Cik Puan Aishah./AgendaDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan