RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 30 November 2010

MENJAWAB TULISAN SALMANALBUSTANIY, PAS PERLU KETUAI PR

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA membaca artikel sahabat Salmanalbustaniy, saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa sekiranya berlaku sebarang kemungkinan buruk terhadap Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, maka sewajarnya pemimpin PAS ditampilkan sebagai Ketua Pembangkang sekaligus sebagai Ketua PR. Tidak perlu diragui bahawa pemimpin PAS mempunyai kredibiliti untuk memegang amanah besar ini.

Walaupun pada ketika ini DAP secara teorinya lebih layak memegang jawatan tersebut, tetapi secara praktikalnya pimpinan di dalam PR menggunakan akal dan kebijaksanaan maka DS Anwar diangkat sebagai Peneraju PR sebagai satu maslahah di dalam perjuangan. Oleh yang demikian, tidak salah sekiranya maslahah yang sama diguna pakai untuk melantik PAS pula sebagai Peneraju PR seandainya DS Anwar dikurung ke penjara.

Ini semua memerlukan sokongan dari semua pimpinan di dalam PR, terutamanya dari pimpinan PKR sendiri. Saya percaya, DAP tidak mempunyai masalah sekiranya PKR dan PAS ingin melantik pemimpin PAS sebagai Peneraju PR asalkan matlamat tetap sama iaitu ingin menguburkan Umno/Bn. Siapa yang layak dan berketrampilan sebagai pengganti DS Anwar itu akan boleh diperbahaskan kemudian oleh semua pimpinan PR.

Saya merasa agak terkilan sedikit di atas penulisan artikel sahabat itu tadi, di mana beliau seolah-olah memperlekehkan PKR hanya kerana ingin mencadangkan PAS sebagai Peneraju PR. Lebih tidak menyenangkan, apabila hujahnya terlalu remeh dan dangkal sekali. Beliau mempersoalkan mengapa AMK terlalu bersemangat ingin menentukan DS Anwar tetap menjadi PM sekiranya PR berjaya menguasai Putrajaya. Bagi saya, AMK bebas untuk berjuang atau berusaha ke arah itu sepertimana juga PAS tetap berusaha agar pemimpin PAS dapat diangkat menjadi PM.

Walau bagaimanapun, akhirnya kita perlu menerima keputusan pimpinan PR, siapakah yang boleh diangkat menjadi PM. Maka, tidak salah buat sesiapa ingin menyokong atau berusaha ke arah mengangkat pemimpin yang mereka kehendaki. Bukankah pimpinan PR sebelum ini telah buat keputusan untuk melantik DS Anwar sebagai PM jika berjaya ke Putarajaya? Bagi saya, di dalam PRU ke 13 akan datang, pimpinan PR tentunya akan membuat keputusan untuk meletakkan siapakah bakal PM sekiranya PR berjaya ke Putrajaya. Sudah semestinya keputusan yang bakal dibuat berdasarkan situasi semasa. Ini bermakna, belum tentu DS Anwar akan dipilih semula.

Di dalam tulisan sahabat saya itu, beliau juga meletakkan kesalahan ke atas calon PKR iaitu Sdr Shamsul Iskandar yang tewas bertanding di Terengganu. Beliau menulis "Shamsul Iskandar kalah di kerusi Parlimen Dungun kepada BN kerusi PAS yang dengan berat hati bagi kat PKR untuk pilihanraya lalu. PRU13 PAS kena ambil semula kerusi tersebut. PKR nak menang di P Dungun, jenguk kawasan parlimen Dungun pun tidak, tenaga kerja semua orang PAS." (Salmanalbustaniy). Pada saya pandangan ini negatif buat mereka yang ingin berpakat di dalam satu pakatan. Saya ingin bertanya, adakah hanya Sdr Shamsul seorang yang tewas ketika itu di Terengganu? Bukankah Terengganu pernah ditawan oleh PAS, kemudian tewas setelah sepenggal berkuasa? Mengapa kerusi lain yang PAS bertanding turut tewas juga? Sebenarnya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan kita tewas ketika itu dan PAS sendiri pernah mengeluarkan laporan atau post mortem di atas kekalahan di Terengganu.

Satu lagi pandangan yang tidak boleh diterima langsung adalah apabila beliau di akhirnya menulis, "Banyak lagi nak disebut.. cukuplah PKR.. bagilah PAS yang leads.. PKR telah banyak menghasilkan katak lompat.. dan yang paling teruk menjahanamkan PERAK!"(Salmanalbustaniy). Kisah apa yang terjadi di Perak rupanya selama ini tidak difahami oleh Penulis ini. Mungkin Mantan MB Perak YB Nizar yang juga pemimpin PAS sendiri boleh memberi kefahaman kepada beliau, atau boleh meminta bantuan dari YB Idham Lim juga pemimpin PAS di Perak. Pandangan beliau bagi saya seolah-olah pandangan dari orang yang berada di bawah tempurung.

Masalah `katak lompat' ini berlaku di dalam semua parti. Kebetulan PR dilihat sekarang boleh menggugat Bn, maka kisah ini diperbesarkan seolah-olah lompat melompat ini hanya berlaku di dalam PKR. Tujuan mereka untuk menunjukkan PKR tidak baik buat PR, maka kita jangan mudah terpedaya dengan propaganda ini. Di dalam PR, parti mana yang tidak ada kisah lompat melompat ini? PAS pernah kehilangan Presiden, Naib Presiden malahan dari Dewan Ulamak yang melompat dari PAS. Cuma, diwaktu itu kisah melompat tidak begitu popular dan diperbesarkan kerana parti pembangkang ketika itu dilihat tidak mampu menggugat Bn.

Saya memuji DS Anwar kerana tidak menyalahkan pemimpin PAS Us Ahmad Awang yang mencadangkan agar Hj Mohsin Fadzli bertanding di Parlimen Bagan Serai menggunakan tiket PKR. Akhirnya, YB Mohsin melompat sehinggakan Us Ahmad Awang merasa amat dukacita. Namun, DS Anwar berlapang dada dan menganggap ini semua adalah ujian buat kita di dalam PR. DS Anwar faham, bukan silap Us Ahmad Awang di dalam hal ini. Sikap menuding jari sesama kita tidak baik untuk perjuangan bersama.

Masalah tenaga kerja dan kempen juga tidak perlu diperbesarkan. Di kawasan saya di Negeri Sembilan, ada beberapa kawasan yang PAS kuat dan banyak kawasan yang PKR dan DAP lebih kuat. Namun kerjasama amat baik, yang kuat bantu yang lemah. Tiada sifat sombong dan ego dengan kekuatan masing-masing. Keikhlasan membantu rakan seperjuangan itu penting, sebab itulah siapa boleh menyangka NS dapat menafikan 2/3 majoriti Dun dikuasai Bn? Mungkin Penulis menganggap kemenangan ini adalah kerana PAS yang banyak membantu jentera kempen di NS. Jika begitu andaiannya, siapa yang banyak membantu jentera kempen di Terengganu? Mungkin benar kerusi yang ditandingi oleh Sdr Shamsul Iskandar (PKR) di Terengganu itu banyak dibantu oleh jentera PAS, bagaimana kerusi-kerusi lain yang banyak juga PAS tewas?

Justeru itu, tidak perlu kita mencari jalan untuk merenggangkan persefahaman yang sedia ada sekarang. Saya yakin, pimpinan PAS sentiasa komited membantu rakan-rakan di dalam PR, mereka tidak pernah pertikaikan kerjasama yang diberikan selama ini. Cuma, penulisan dari sahabat saya ini mungkin mengguris hati rakan-rakan yang lain. Berilah kritikan atau cadangan untuk membina, bukan memperlekehkan sesama kita./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    BalasPadam
  2. ni geng mana ni?, geng mancis bakar lalang kering ke?,atau geng batu api UMNO?,
    kalau org parti Islam, mereka ada perasaan malu nak buka mulut berebut harta ghanimah, belum apa-apa lagi dah gila nak jadi ketua, berilah sahaja perangai buruk kepada geng UMNO.
    bukan sudah termaktub, sudah diterima umum, al-mursyid am sudah akui, presiden parti sudah terima, ahli PAS sudah setuju, Anwar memimpin PR, si tolol ni nak ungkit-ungkitkan, tak kerja ke? kalau tiada kerja sangat, pergilah pam tayar kereta api, biar penuh angin.
    Jika Anwar sudah tidak jadi pemimpin PR lagi, kita lantik orang lain, siapa yg akan jadi ketua mestilah dpersetujui bersama, jangan duduk nak perasaan, kalau kita tergila sangat nak lantik org kita, keluar PR, masuk gua semula.
    Kita ni jenis makhluk yg menganut politik Islam, siasah as-syari'eyah, mestilah jaga disiplin bertahaluf, jaga nama baik organisasi Islam, setiap perjanjian yg kita buat mesti dihormati dan tak perlu diungkit-ungkitkan.
    Dalam keadaan sekarang PAS telah untung besar bersama PR, kalau diukur dgn pangkat dan harta ghanimah, memanglah tiada untung kepada PAS, namun dari segi dakwah, PAS telah setelah ditolak modal, PAS juga berjaya memperlihatkan Islam sebenar kpd bukan Islam, dan org bukan Islam dapat memahami Islam dibawa UMNO adalah Islam tiruan.

    BalasPadam
  3. 17:13
    depa ni blogger yang masih duduk dalam gua.jadi mana depa tau apa makna berkawan dan kesetiaan.
    macam juga tukaranhati yang dulu hatinya hati unta,tetapi sejak tukar kepada hati babi,yang dia nampak pengkhinatan satu perkara yang baik.
    depa ni masih kanyiak lagi waktu umno khianat pada PAS satu ketika dulu.hasilnya UMNO yang dah nak mampus waktu tu berjaya hidup semula selepas berjaya mempermain PAS.
    sekarang ni depa mau PAS buat perkara ni pada PKR dan DAP .pasai depa ingat PAS yang dapat banyak kerusi tu berjaya sendirian tanpa bantuan PKR dan DAP.

    BalasPadam
  4. bloger nie org Pkr, sbab tu dia pertahankan Pkr...kes perak sblum geneson ditarik keluar, mamat dari Pkr yg tak kuat iman telah didesak/ditipu oleh ejen umco berkaitan dgn rasuah...Pas nampak tidak begitu menonjol disebabkan kerakusan puak-puak kerajaan perpaduan...jika puak2 UG tiada, Pas menjadi gagah segagah zaman arwah utz fadzil...
    Dlm pemilihan Pkr baru2 nie aku x nampak siapa yg mampu mengambil tempat anwar jika beliau dipenjarakan...cuba cakap siapa yg layak..azmin? saifuddin? tian chua?
    campurtangan secara tidak bermoral anwar dan azmin dlm pemilihan jugk menunjukan Pkr masih blum cukup matang dan tidak mampu utk berdikari dgn sendiri...ramai yg sedin bila chegu bard tewas kpd calon anak manja azmin iait sam...dan aku lihat siapa yg bersiap sedia utk mempertahankan anwar dari dipenjara? bard atau sam?
    Di mana azmin semasa anwar didlm penjara? loser! dia hanya muncul belagak gagah bila anwar diluar...trus berkepit kehulu-hilir membontot anwar...mana kemampuan azmin utk berdikari? itukah calon Pkr yg bakal dinobatkan jika sesuatu terjadi pada anwar?

    BalasPadam