RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 6 Mac 2015

MARI SERTAI "MARCH TO FREEDOM" DI RAUB MALAM INI, KEMUDIAN TERUS KE KL #KITALAWAN

PADA 06 Mac 2015 (Jumaat), mari kita semarakkan "March To Freedom" bersama anak perempuan tokoh reformasi yang kini terpenjara angkara kezaliman rejim.  Nurul Nuha Anwar akan bersama kita di Markas PAS, Kg Durian Sebatang, Dong, Raub, Pahang pada tarikh tersebut bermula jam 08.30 malam.


"March To Freedom" adalah satu gerakan untuk membela dan membebaskan DS Anwar Ibrahim dengan apa jua cara dari kezaliman yang menimpanya.  Turut bersama pada malam itu nanti adalah Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard yang terkenal dengan pidato vokalnya yang pasti menggegarkan pentas ceramah di Raub nanti.  Program ini turut mendapat kerjasama dari KEADILAN Pahang di mana tuan rumah diserahkan kepada KEADILAN Cabang Raub.  Turut berceramah adalah Pengerusi KEADILAN Pahang yang juga MP Indera Mahkota, YB Dato' Fauzi Abdul Rahman, MP Raub dari DAP, YB Dato' Arif Sabri serta beberapa pimpinan PR yang lain.

Difahamkan pada malam ini akan dilancarkan "Book Pocket" fakta-fakta berkaitan kes fitnah Liwat II DS Anwar Ibrahim.  Sudah pasti buku ini akan dapat menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan oleh Shafee , Pegawai Pendakwa yang sekarang ini sibuk menjelajah untuk terus membawa cerita karut tentang DS Anwar.



Paling penting, Sabtu (07/3/15) selepas Konvensyen KEADILAN Audiorium Dewan Sivik MBPJ yang dijangka berakhir jam 12.00 tengahari, semua peserta konvensyen akan terus menuju ke Sogo untuk berhimpun di sana sekitar jam 3.00 petang.  Lokasi berkumpul telah pun ditetapkan dan bagi peserta-peserta Konvensyen KEADILAN akan dimaklumkan sewaktu konvensyen.  Apa yang penting, kesemua kita mesti berada di Sogo pada waktu tersebut untuk menyertai rakyat dalam program #KitaLawan.  

Sila dapatkan maklumat terkini di --->  FB: https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial TW: @KitaLawan_my

Selasa, 3 Mac 2015

FORUM 04 MAC DI SEMAMBU, CERAMAH "MARCH TO FREEDOM" PADA 06 MAC DI RAUB

ESOK, Rabu (04/3/15) Jam 08.30 malam akan diadakan Forum Bicara Rakyat "MENGAPA NAJIB WAJIB TURUN?" bertempat di Pusat Komuniti Adun Semambu, Jln Hj Ahmad, Kuantan (Hadapan Petronas).



Di antara ahli panel adalah Ybhg Us Fakhrulrazi (Sekretariat #KitaLawan/Bendahari Pemuda PAS Pusat), Sdr Hishamudin Rais (Blogger Tukar Tiub/Aktivis) , Adun Semambu YB Lee Chean Chung (Penganjur) dan Ketua Penerangan PKR Pahang.


Pada hari Jumaat (06/3/15) jam 09.00 malam pula, di Markas PAS Durian Sebatang, Raub akan diadakan Program Ceramah anjuran "March To Freedom" yang akan dihadiri oleh anakanda DS Anwar Ibrahim iaitu Nurul Nuha beserta Penyelaras SAMM, Chegu Bard.  Beberapa pimpinan PR juga akan dijemput memberikan ucapan, di antaranya YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Dato' Ariff Sabri (MP Raub) dan lain-lain.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai.