RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 6 Februari 2010

ANWAR DIAIBKAN, PELIKNYA SOKONGAN TERHADAPNYA BERTAMBAH

http://misabah.blogspot.com
Kes tuduhan liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan secara memualkan sedikitpun tidak menjejaskan kredebiliti Anwar sebagai pemimpin besar negara.

Kehadiran ribuan rakyat di dewan Kutien, Ayer Tawar malam tadi membuktikan rakyat tetap bersama YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan PR negeri Perak.
Program ceramah Perdana anjuran PR Perak sempena setahun rampasan kuasa oleh BN terhadap kuasa rakyat mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Siri program setahun rampasan kuasa sejak dilancarkan seminggu yang lalu sentiasa mendapat sambutan hangat rakyat.

Tohmahan UMNO BN kononnya rakyat tidak bersama PR adalah meleset. Pengaruh Anwar ternyata semakin menebal walaupun kes perbicaraan yang sedang berjalan sekarang cukup memualkan dan menjijikkan, namun rakyat yakin itu semua konspirasi jahat UMNO BN.

Program tersebut juga mengukuh dan mengeratkan hubungan akrab antara sesama pimpinan PR negeri Perak dan Pusat. UMNO BN menjaja kononnya PR semakin rapuh ekoran isu di Pulau Pinang yang sengaja dicipta dan dimainkan oleh media.

Dulu mereka memainkan isu perpecahan PR di Kedah, kemudian Selangor kini Pulau Pinang pula. Semuanya gagal belaka. PR semakin utuh dan kukuh. Rakyat pula semakin hilang keyakinan kepada UMNO BN.

Kehadiran YB Lim Kit Siang yang mewakili DAP Pusat di Dewan Kutien memusnahkan harapan UMNO BN yang mahu melihat PR berpecah dan bergeseran. Kebanyakan semua pimpinan PR negeri Perak hadir dalam program malam tadi.

Pagi esok pimpinan PR akan menjelajah seluruh Perak bertemu rakyat di setiap DUN. Mereka akan singgah di beberapa tempat orang ramai seperti kedai kopi, pasar raya, berjamaah di masjid untuk solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'. Kemuncak program ialah ceramah gempur di Parit Buntar dan Teluk Intan.


Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB DS Nizar.

DRAMA SEMAKIN MENARIK, DULU TILAM, KINI SELUAR DALAM

Oleh: WFAUZDIN NS

INGATKAH anda kisah dulu-dulu, di mana tilam tanpa cadar diusung ke mahkamah sewaktu kes liwat pertama DS Anwar ? Menarik bukan? Utusan Meloya pun meroyan seketika dengan melaporkan kisah tilam tanpa cadar yang dipenuhi dengan tompokan air mani itu. Masakan anda lupa suatu ketika tarikh tuduhan terpaksa dipinda kerana tempat dikata berlaku liwat belum pun siap. Mungkin anda tidak lupa bila mana akhirnya kisah tilam yang diusung setiap hari itu terperosok begitu sahaja kerana tidak membantu kes liwat. Tilam itu sekadar untuk memalukan DS Anwar.

Kini, seluar dalam mengambil tempat. Siap dipamirkan di mahkamah beserta brand (jenama) sekali. KY Jelly pun ada untuk tontonan semua terutama sekali media yg lapar seperti Utusan Meloya. Jangan ditanya dari mana datangnya KY Jelly tu. Ada yang berkata KY Jelly yang digunakan itu dibawa oleh DS Anwar untuk buat projek tu. Betul ke? Kalau betul, DS Anwar lupa lah agaknya hendak menyimpan atau membuang KY Jelly tu selepas `digunakan'. Dan, budak muda tu pun ambil untuk buat bukti. Ada pulak yang kata, budak muda tu yang bawa. Mana mungkin dia bawa, kalau dia bawa bererti macam dia sudah tahu dia akan `terkena liwat'. Jadi, kita usah pedulilah siapa yang bawa. Biar mereka berdua jelaskan di mahkamah dari mana datangnya KY Jelly tu.

Kisah seluar dalam memang melucukan juga hingga ramai yang hadir di mahkamah tersenyum malu. Melucukan juga bila dikatakan seluar dalam tu diambil di tepi mesin basuh rumah tunang budak muda itu. Wah!! macam mana seluar dalam berada di rumah tunang budak muda tu yer. Itu pun jangan kita banyak soal, biar budak muda tu bagitahu di mahkamah nanti. Jika tunangnya sudah biasa membasuh pakaian luar dan dalam budak muda tu, kita hendak hairan apa.

Dua hari tidak buang air besar? Itu bukan pelik. Saya pun kadang-kadang seminggu tidak buang air besar. Air mani dalam dubur selama dua hari? Itu lagi tidak hairan kerana budak muda ini tidak buang air besar selama dua hari itu. Mandi wajib atau tidak? Sembahyang atau tidak selama dua hari itu? Boleh kah air mani yang melekat di punggung di bawa bersolat? Itu semua jangan tanya, kerana kita mungkin tidak tahu hukumnya. Biar mereka yang tahu menjawabnya.

Seluar sebagai hadiah dari DS Anwar? Tidak mustahil. Apa hendak hairan tentang hadiah. Kita pun kadangkala ada beri hadiah pada kawan-kawan. Cumanya, kita kenalah tahu saiz apa seluar dia pakai jika kita hendak beri dia hadiah seluar atau baju. Ataupun, kita bawa dia bersama memilih hadiah berkenaan. Itu semua tidak pelik. Biar DS Anwar yang jelaskan bagaimana dia boleh tahu saiz seluar yang dipakai oleh budak muda ini.

Apa pun, selagi kes ini di dalam bicara kita jangan tuduh sesiapa. Biar pun orang kata DS Anwar ada ilmu ghaib yang boleh meliwat tanpa ada tusukan. Itu cerita orang. Pedulikan. Yang penting percayalah pada mahkamah kerana mahkamah ini adil, tersangat adil. Kes Qazaf? Biar dulu kes tu, biar dulu. Itu Mahkamah Syariah punya kerja. Nanti bercelaru pulak kes ini kalau kes Qazaf dibicarakan. Takkan Mahkamah Syariah hendak tengok seluar dalam dengan KY Jelly kot./Kembali ke laman asal di sini.

SAIFUL DIMAKI PENYOKONG ANWAR

Friday, February 5, 2010

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Mohd. Saiful Bukhari Azlan dimaki hamun oleh sekumpulan lapan wanita berusia antara 50 hingga 60 tahun ketika semua pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengunjungi lokasi kejadian hari ini.


Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an turut dilihat berjaya membolosi kawalan polis sehingga berada di sebelah kereta yang membawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu sebelum memaki Mohd. Saiful Bukhari.


Warga emas itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pihak berkuasa dan diminta pergi ke bahagian luar pos pengawal Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.
Sewaktu dihamburkan dengan makian tersebut, Mohd. Saiful Bukhari dilihat ditenangkan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim.

Reaksi wanita-wanita dan lelaki yang dipercayai penyokong Anwar bagaimanapun berbeza apabila mereka terlihat kenderaan yang membawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Mereka turut bersorak `Reformasi!' apabila Ahli Parlimen Permatang Pauh itu meninggalkan tempat kejadian.

Semasa sesi lawatan ke tempat kejadian tersebut, hakim, barisan peguam bela dan pendakwa dilihat menuju ke blok-blok bangunan kondominium yang terletak di atas bukit.

DI FITNAH, ANWAR TETAP CERIA DAN BERSEMANGAT DI PERAK MALAM TADI

5,000 banjiri Ceramah Perdana KUDETA!!













5.02.2010 Ayer Tawar :Malam ini bertempat di Dewan Cina Kutien Ayer Tawar telah diadakan sambutan Perdana 1 Tahun Rampasan Kuasa Negeri Perak( KUDETA ).Ia dihadiri oleh 3 Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat iaitu Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin,Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Lim Kit Siang.Turut sama dalam program ini ialah adun-adun Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Penceramah undangan KHAS Dato seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya menyeru semua rakyat Perak agar bersatu dalam melawan kezaliman UBN dan menuntut semula agar Hak mereka dikembalikan.Beliau juga menyatakan bahawa 9 haribulan ini insyaallah kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan sekaligus tampuk pemerintahan ini akan kembali semula kepada pakatan rakyat yang mana ia telah dipilih oleh Rakyat.

Lim Kit Siang juga telah mengulangi perkara yang sama yang mana beliau menyifatkan bahawa kemenangan yang bakal dikecapi nanti merupakan kemenangan rakyat dan Kerajaan yang akan dibentuk semula merupakan Kerajaan pilihan Rakyat.

Dianggarkan seramai 5000 orang telah memenuhi segenap ruang di Dewan tersebut./Perakexpress

SAIFUL, BERSEDIA UNTUK DI SOAL BALAS ISNIN INI

Keterangan Saiful Diuji Isnin Ini

Kesahihan keterangan Saiful itu akan diuji oleh panel peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila perbicaraan bersambung Isnin ini.

Antara lain ialah tentunya ialah kenapa Saiful menunggu 48 jam untuk ke hospital selepas di dakwa di liwat.

Peguam juga dijanga bertanya kenapa Saiful rela terus bekerja dengan Anwar walaupun mendakwa beliau tidak rela menjadi mangsa liwat dan mahu berhenti kerja.

Peguam Jonson Chong berkata keterangan Saiful sejak tiga hari lalu menimbulkan banyak persoalan namun bertujuan semata-mata untuk mengaibkan Anwar.

“Biasanya pendakwaraya sendiri dia akan melindungi mangsa yang melibatkan seks, tetapi dalam kes ini dia biarkan keterangan diberi di hadapan semua media dan sebagainya. Sebaliknya peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang perlu membuat permohonan melindungi beliau dari semua fitnah yang dikeluarkan dalam mahkamah dan kita tidak boleh sekat.

“Diantara bahan-bahan yang dikeluarkan sebagai keterangan adalah bahan yang digunakan untuk pemeriksaan saksi pertama iaitu Saiful Bukhari dan juga pakaian yang dia pakai sama ada pada masa dia buat laporan polis ataupun semasa kejadian,"katanya.

“Apa yang saya nampak seolah-olah pendakwa raya menggunakan beberapa bahan yang bukan sensitif atau kontroversi tetapi agak menimbulkan emosi yang tidak selesa seperti seluar dalam dan K-Y Jelly (cecair pelincir) dan sebagainya.Semua ini orang akan teringat benda lain.

"Persoalan-persoalan ketepatan, kebetulan dan kebenaran tidak menjadi pegangan. Skrip hanya diubah untuk yakinkan rakyat bahawa anwar memang buat perkara itu. Tapi niat yang utama adalah untuk mencalar balarkan maruah Anwar dan kelurga,"kata Naib Presiden PAs, Mahfuz Omar./TVSelangor

SURAT KHABAR INI MEMANG CELAKA

Dalam pada itu, Utusan Malaysia terus membuat laporan yang dilihat memfitnah Anwar walaupun akhbar itu di tegur oleh hakim perbicaraan semalam.

Namun Hakim Mohamad Zaibin Mohd Diah masih enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan.

Akhbar itu hari ini menyiarkan pula gambar-gambar dengan berita yang tidak berpaut kepada fakta kes.

Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis terhadap Utusan kerana dikatakan menyiarkan laporan ini yang dilihat bersifat fitnah bersabit keterangan Saiful.

Hari ini pula utusan menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.

Gambar-gambar ini diambil oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan disebarkan kepada semua media asing walaupun secara umumnya wartawan dan jurugambar lain tidak dibenarkan masuk ke kondominium berkenaan.

“Tetapi keterangan gambar dari mana Utusan sendiri boleh dapat, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Saiful semasa itu, tiada wartawan di dalam bilik itu, tetapi dia sanggup menulis keterangan gambar apa yang dikatakan Saiful Bukhari kepada hakim dan sebagainya.

“Jadi ini jelas konspirasi yang melibatkan Umno iaitu tuan punya Utusan Malaysia dan mungkin Perdana Menteri.

“Mengapa ini boleh dibuat oleh Bernama dan bersengkokol dengan Utusan Malaysia di nama saya nampak ramai media lain tidak guna kerana mereka tiada di situ sendiri. Tetapi yang khususnya Utusan Malaysia terbitkan di muka depan dengan banyak keterangan gambar yang tidak betul,”katanya.

Peguam Anwar Sankara Nair berkata selain Utusan, Sinar Harian turut melakukan kesalahan serius dengan memberi fakta salah bersabit gambar-gambar di muka depannya.

“Kami sebagai peguam telah membantah dan memohon kepada mahkamah satu amaran keras diberikan kepada Utusan dengan Sinar Harian yang telah menyiarkan gambar bersama berita tersebut.

“Walaubagaimanapun mahkamah telah menolak dan kami tidak puas hati dengan keputusan mahkamah,”katanya.

Beliau berkata mahkamah perlu mengeluarkan satu amaran keras kepada media tersebut memandangkan ianya disalah laporkan.

“Ini masanya yang sudah berlaku di sini, ini adalah menghina mahkamah dan juga sesuatu kesalahan di bawah akta media cetak dan publikasi,"katanya.-Yusmawati Mhd Yusof/Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz/TVSelangor

DULU USUNG TILAM, KINI SELUAR DALAM PULAK !!

Seluar dalam Saiful ditayang di mahkamah




KUALA LUMPUR - Orang awam yang memenuhi Mahkamah Tinggi di sini semalam tersenyum simpul apabila Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengemukakan kepada mahkamah sehelai seluar panjang berwarna hitam pemberian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dipakai ketika berlaku kejadian liwat terhadapnya di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Dua helai seluar dalam jenama Levi's milik Mohd. Saiful, 25, dengan satu daripadanya turut dipakai pada hari kejadian juga ditunjukkan kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah sebagai bahan bukti kes.

Lebih lucu lagi, saksi itu mendakwa, dia tidak membuang air besar selama dua hari iaitu sejak dia diliwat oleh Anwar sehinggalah laporan polis dibuat pada 28 Jun 2008.

Demikian antara isi keterangan bekas pembantu peribadi Anwar selaku saksi pertama pendakwaan pada hari ketiga perbicaraan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.


MOHD. SAIFUL yang memberi keterangan pada hari ketiga semalam menunjukkan pakaian yang dipakai sebelum kejadian dia diliwat.


Mohd. Saiful menyambung keterangan di peringkat pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan.

Dalam keterangannya, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu memberitahu, dia diminta menyerahkan semua pakaian tersebut kepada pegawai penyiasat polis pada 29 Jun 2008 ketika masih berada di Wad Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Saiful: Saya ada serahkan sehelai kemeja warna biru muda jenama Ralph Lauren yang dipakai pada hari kejadian.

Yusof: Selain pakaian, ada serahkan yang lain?

Saiful: Ada, saya juga serahkan KY Jelly (sejenis gel pelincir organ seks) kepada polis.

Yusof: Berapa helai baju dan seluar yang diserah?

Saiful: Seingat saya di hospital hanya sehelai.

Mohd. Saiful kemudian diminta membacakan borang menyerah barang bukti tersebut yang telah ditandatanganinya dan dengan bersahaja saksi pertama itu menunjukkan semua bahan bukti tersebut kepada Hakim Mohamad Zabidin.

Saiful: Lain-lain pakaian yang saya serahkan ialah sehelai baju kemeja lengan panjang berwarna hijau muda jenama G2000 yang dipakai ketika membuat laporan polis.

Sehelai seluar panjang berwarna hitam tiada jenama yang saya pakai pada waktu kejadian dan ketika membuat laporan polis pada 28 Jun 2006.

Seluar panjang ini sebenarnya dihadiahkan oleh Anwar kepada saya.

Orang awam yang melihat barang bukti itu dilihat berbisik-bisik sambil tersenyum manakala ahli keluarga Anwar pula berpandangan sesama sendiri seolah-olah tidak percaya.

Anwar yang sedang khusyuk menulis di dalam kandang pesalah pula memandang Mohd. Saiful sebelum berpaling ke arah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan berkata sesuatu.

Saiful: Selain itu, dua helai seluar dalam jenama Levi's, masing-masing berwarna kelabu dan biru tua, yang dipakai pada waktu kejadian dan ketika membuat laporan polis.


ANWAR hadir pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Ketika seluar dalam tersebut ditayangkan di mahkamah, kelihatan beberapa wanita menutup mata dan ada yang menundukkan muka kerana tidak selesa dengan suasana tersebut.

Yusof: Di mana kamu serahkan semua barang itu kepada polis?

Saiful: Di tepi mesin basuh di rumah tunang saya.

Ditanya sama ada Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid yang memeriksanya di Hospital Pusrawi memberikan sebarang hasil pemeriksaan, Mohd. Saiful menjawab tidak.

Mohd. Saiful juga berkata, dia tidak membuang air besar dalam tempoh masa dia diliwat selama dua hari sehinggalah dia membuat laporan polis.

Keterangan saksi tersebut disambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang berada di galeri mahkamah manakala sesetengah yang lain turut tersenyum simpul.

Pada awal keterangan, pihak pendakwaan mengemukakan 10 sampel yang diambil daripada Mohd. Saiful untuk dibuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA), antaranya calitan yang diambil di bahagian bawah lidah, tubuh dan dubur serta sampel darah mangsa liwat itu./Kosmo

Perbicaraan bersambung Isnin ini.


Ulasan sikit:

1. Hebat Anwar tahu juga saiz seluar Saiful ye, siap kasi hadiah lagi tu......

2. Wahh...macam mana seluar dalam berada di mesin basuh rumah tunang dia yer...rajin gak tunang dia nak tolong basuhkan...

3. KY Jelly siap dia simpan lagi lepas guna utk nak tunjuk kat mahkamah....Semasa dia jumpa Anwar, siapa yg bawa KY Jelly? Anwar yg bawa ke atau dia yg bawa? Kalau Anwar bawa, kenapa ada kat Saiful siap bawa pergi mahkamah? Kalau Saiful yang bawa, macam dah tau je nak kena liwat....

Tu semua akan terbongkar di mahkamah...Tungguuuuu....



Jumaat, 5 Februari 2010

SAIFUL BAKAL TERPERANGKAP DENGAN HUJAH PEGUAM ?

Gaya seorang `mangsa liwat'.....aku ingatkan YB mana tadi..


Apa tidaknya, Saiful perlu memahami setiap perkataan yang diucapkan di mahkamah. Jika beliau tersilap bicara maka buruk padahnya. Saiful sebelum ini telah beberapa kali memutar belitkan fakta kes liwatnya. Sekejap mengatakan diliwat beberapan kali oleh Anwar sekejap sekali. Kemudian sekejap suka sama suka kemudian dipaksa. Ini jelas membuktikan yang beliau tidak konsisten dengan apa yang diucapkannya itu. Oleh itu kita harus melihat semua ini sebagai petanda awal yang perancangan mereka bakal menemui jalan buntu sebenarnya. Saiful boleh bercerita apa sahaja di mahkamah tentang kejadian liwat tersebut, namun beliau harus sedar bahawa yang menyokongnya hanyalah seorang peguam "kelas tiga" bernama Zamri Idrus, ayah dan pakciknya sejak dulu kini dan pasti buat selamanya. Anwar dibela oleh barisan peguam yang cukup terkenal dan "highclass", dimana ia membuktikan mereka yakin untuk membela anak guamnya itu. Dalam masa yang sama juga beliau harus sedar bahawa Anwar disokong oleh ribuan rakyat dan umat Islam seluruh dunia. Bukan itu sahaja, Anwar disokong juga oleh ulamak tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz serta ramai lagi. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga disokong oleh tokoh ulamak tersohor Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan yang lainnya. Bukankah ini bukti jelas bahawa dunia melihat kes liwat ini hanyalah satu konspirasi politik jahat yang digunakan untuk menghancurkan serta menjahamkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebenarnya.


[Dengan segala penjelasan ini maka ingatlah "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu adalah yang lebih utama". Anwar pernah menggunakan ayat Al-Quran itu ketika dibicarakan untuk kes liwat I dulu. Alhamdullillah akhirnya beliau dibebaskan dari mahkamah. Namun pembebasannya itu masih tidak digemari oleh orang-orang seperti Mahathir, Ghani Patail, Musa Hassan serta ramai lagi penyokong UMNO karat. Mereka menganggap Anwar tetap bersalah dan keputusan membebaskan mantan TPM itu adalah terkhilaf. Lantaran itulah mereka percaya bahawa Anwar memang peliwat dan kes terbaru ini mengesahkan segalanya. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sekali lagi difitnah dan Saiful Bukhari Azlan pula dijadikan "kambing hitam" pada kali ini. Apapun sama-samalah kita nantikan prosding seterusnya yang lebih panas hari ini].

Sumber: Pahang Daily Online

SAKIT MASA DOKTOR PERIKSA - SAIFUL

Liwat II: Saiful mengaku sakit
Feb 5, 10


Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.

Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Anwar, 63, penasi

hat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Selain daripada wartawan, mahkamah hari ini juga penuh dengan perwakilan daripada kedutaan-kedutaan asing.

9.50am: Perbicaraan bermula.

9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.

10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah.

10.10am: FRU dan kenderaan polis yang dilengkapi meriam air tiba di perkarangan mahkamah bagi menghadapi kemungkinan demonstrasi oleh penyokong Anwar. Mereka dikatakan akan berarak dari Masjid Wilayah selepas solat Jumaat.

10.30am: Pakaian yang digunakan oleh Saiful ketika didakwa diliwat dikemukakan. Ia termasuk seluar hitam yang menurut Saiful dihadiahkan oleh Anwar.

Saiful berkata pakaian berkenaan diserahkan kepada polis dua hari selepas dia diliwat.

10.50am: Menurut Saiful dia memakai seluar dalam berwarna kelabu yang berjenama Levi pada hari kejadian.

Seluar dalam itu juga dikemukakan di mahkamah hari ini.

10.51am: Saiful disoal penguamcara Mohd Yusof Zainal Abiden samada doktor di Pusrawi ada bertanyakan mengenai tahap kesakitan yang dialaminya semasa pemeriksaan.

Saiful berkata "Saya rasa sakit...dan beritahunya (doktor) mengenai apa yang berlaku. Dia kemudiannya membuat calitan".

Saiful kemudian ditanya samada dia membuang air besar sebelum pemeriksaan di Hospital KL dua hari selepas pemeriksaan pertama di Hospital Pusrawi Hospital.

Saiful menjawap dia tidak membuang air besar selama dua hari.

11.15am: Mahkamah ditangguhkan untuk lawatan kedua ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Pada lawatan semalam, mereka tidak meninjau pejabat pengurusan kondo itu di mana rakaman CCTV dibuat.

Berikut senarai bukti yang diambil dari Hospital kuala Lumpur dan dikemukakan pagi tadi:

1. Ujian darah untuk kandungan alkohol.
2. Sampel calitan dari tekak.
3. Sampel calitan dari puting kiri.
4. Sampel calitan dari puting kanan.
5. Sampel calitan badan.
6. Sampel calitan dari bahagian dubur.
7. Sampel calitan dari 'meatus coronal sulcus' (berhampiran bahagian kemaluan).
8. Sampel calitan rectal tinggi.
9. Sampel calitan rectal rendah.
10. Darah untuk profail DNA.
11. Toksilogi untuk darah.
12. Tiub pelincir jelli 'KY'.

12.02pm: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan pasukan pendakwaan tiba di Kondominium Desa Damasara.

12.10 pm: Anwar dan pasukan peguamnya pula tiba.

12.47pm: Mereka bersurai selepas melawat kondominium itu. Perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin depan./Malaysiakini

LAPORAN POLIS DAN PEMERIKSAAN DOKTOR DIBUAT DUA HARI SELEPAS DILIWAT - SAIFUL

“Saya diarah ke unit kecemasan”

KUALA LUMPUR – Bekas penuntut Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Justify FullIbrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam dirinya membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor selepas dua hari kejadian liwat.

Saiful dalam keterangannya memberitahu, dia mendapatkan pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008. Dia juga menyatakan laporan polis turut dilakukan di hospital berkenaan pada hari yang sama.

Menjawab pertanyaan ketua pendakwaan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah pada prosiding pemeriksaan utama berhubung berapa banyak hospital terlibat sebelum melakukan pemeriksaan di HKL, Saiful memberitahu dua hospital iaitu Hospital Tawakal di Jalan Pahang dan Hospital Pusrawi di Jalan Maktab.

“Saya pergi ditemani pakcik iaitu Tuah Mohd Halim. Dia adalah adik kepada arwah ibu saya.. Saya tidak mendapatkan pemeriksaan di Hopital Tawakal kerana setelah sampai di sana, saya dimaklumkan kaunter pertanyaan bahawa ia hanya beroperasi setengah hari pada hari tersebut.

“Kerana itu, saya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Maktab. Di sana saya ada mendapatkan pemeriksaan daripada seorang doktor yang saya kenali kini sebagai Doktor Muhammad Rosman Shamsul Amin,” katanya.

Sebelum pemeriksaan, Saiful berkata, dia memberitahu kepada doktor berkenaan dirinya mengalami sakit perut dan di bahagian dubur. Namun, menjelaskan pemeriksaan lanjut tidak dapat dilakukan sebaik dia memaklumkan doktor berkenaan dirinya telah diliwat.

“Saya disuruh membuka seluar dan berbaring secara meniarap di atas katil. Doktor itu ada memasukkan sesuatu (ke dubur). Namun, ketika benda itu dimasukkan saya terus berterus terang saya telah diliwat.

“Doktor itu kemudian menghentikan pemeriksaan kerana menurutnya hospital tersebut tidak mempunyai kelengkapan forensik selain memberitahu laporan daripada hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti. Beliau juga menasihati saya membuat laporan polis dan pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan yang mana pada ketika itu paling dekat adalah HKL,” katanya.

Mohamed Yusof:: Kamu ikut nasihat beliau?

Saiful: :Ya.

Mohamed Yusof:: Selepas itu?

Saiful:: Selepas tiba di HKL, saya tidak tahu hendak buat apa. Secara logiknya saya terus ke kaunter pendaftaran pesakit luar dan mendaftarkan diri. Saya berjumpa dengan seorang doktor wanita India. Bagaimanapun, saya segan sebab doktor itu seorang wanita. Selepas itu, doktor tersebut menyuruh saya ke bilik sebelahnya iaitu bilik seorang doktor lelaki India. Saya ingat namanya, iaitu Doktor Daniel.

Mohamed Yusof: :Apa berlaku selepas itu?

Saiful: :Kerana saya sudah penat sebab sebelum itu telah pergi ke dua hospital, saya terus berterus terang tujuan saya datang adalah untuk melakukan pemeriksaan kerana telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya terus menyebut namanya (Anwar Ibrahim).

Mohamed Yusof: :Kemudian?

Saiful: :Doktor itu terkejut dan terus menulis satu nota dan arahkan saya ke unit kecemasan OACC (One Stop Crisis Center). Saya sampai di wad berkenaan setengah jam kemudian kerana saya tidak tahu dan perlu mencarinya.

Mohamed Yusof:: Dapat berjumpa dengan doktor?

Saiful:: Selepas setengah jam menunggu, seorang doktor lelaki India datang. Tetapi, beliau hanya melakukan pemeriksaan tekanan darah dan beredar. Selepas sete- ngah jam, beliau datang balik iaitu pada jam 4.30 petang. Beliau nasihatkan saya membuat laporan polis terlebih dahulu kerana tanpa laporan berkenaan pemeriksaan tidak boleh dibuat.

Mohamed Yusof:: Bila kamu buat laporan polis?

Saiful:: Memang hasrat saya nak membuat laporan polis selepas pemeriksaan, jadi saya buat laporan polis di wad tersebut.

Mohamed Yusof:: Bagaimana kamu dapatkan borang (buat laporan polis)?

Saiful: :Ada dua anggota polis datang ke wad. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka datang dari pondok polis dekat hospital berkenaan. Tetapi, bukan saya yang memanggil mereka.

Mohamed Yusof:: Ada doktor periksa?

Saiful:: Tidak ada. Sehinggalah malam iaitu selepas (solat) Isyak lebih kurang jam 9 malam barulah doktor datang.

Mohamed Yusof:: Berapa orang doktor?

Saiful:: Ramai. Ada seorang doktor lelaki Cina, dua doktor lelaki Melayu dan seorang doktor perempuan Melayu sedang mengandung serta beberapa jururawat.

Mohamed Yusof:: Selain doktor ada orang lain datang?

Saiful:: Ada. Iaitu pegawai penyiasat kes ini.

Mohamed Yusof:: Ada doktor bertanyakan apa-apa kepada kamu semasa pemeriksaan dilakukan?

Saiful:: Ada. Saya ceritakan semuanya dari awal. Kemudian mereka melakukan pemeriksaan. Mereka bertanya sama ada saya mengalami kecederaan pada mana-mana bahagian tubuh badan.

Mohamed Yusof: :Ada mereka menggunakan apa-apa alat pemeriksaan?

Saiful: :Ada.

Mohamed Yusof:: Ada kamu berkesempatan melihat alat-alat itu?

Saiful: :Ada banyak. Tetapi, yang saya ingat putik kapas.

Mohamed Yusof:: Ada apa-apa sampel diambil dari kamu?

Saiful:: Ada. Ada banyak, tapi yang saya ingat mereka gunakan putik kapas untuk mengambil sampel pada bahagian leher, badan, dan dubur.

Mohamed Yusof:: Selepas mereka mengambil sampel-sampel ini, ada mereka minta kamu berbuat apa-apa?

Saiful: :Ada. Saya diminta menandatangani sampel-sampel berkenaan yang diletakkan di dalam bekas yang telah dilabelkan..

Mohamed Yusof: :Berapa banyak kamu tandatangan?

Saiful: :Ada banyak, saya tidak pasti.

Sumber: Sinar

SAYA TIDAK BUANG AIR BESAR DUA HARI - SAIFUL

05 Februari, 2010

Kes Liwat Anwar Ibrahim Ditangguh Ke Isnin Depan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan ke Isnin depan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas hakim, pihak pendakwaan dan pihak pembelaan mengunjungi Kondominium Desa Damansara, tempat di mana kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pemeriksaaan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu, yang turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Anwar dan Mohd Saiful Bukhari, dilakukan mulai kira-kira 12 tengah hari hingga 12.50 tengah hari.

Ini merupakan pemeriksaan kedua selepas pihak pembelaan memohon mengunjungi unit itu hari ini setelah berbuat demikian Khamis.

Terdahulu, semasa perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini Mohd Saiful Bukhari memberitahu bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas didakwa diliwat oleh Anwar.

Ketika menyambung keterangannya pada hari ketiga perbicaraan kes terhadap Anwar yang dituduh meliwatnya, beliau berkata seluar panjang yang dipakainya pada hari kejadian adalah hadiah daripada Anwar.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu di hadapan Hakim Mohamad Zabidin.

Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Pada prosiding yang bermula 9.51 pagi tadi, Mohd Saiful Bukhari juga memberi keterangan terhadap sampel-sampel yang diambil dari badannya selain baju dan seluar dalamnya juga dijadikan barang bukti.

Mohd Saiful berkata dia menganggap Anwar seorang pemimpin berkarisma dan sebab itulah dia mahu bertugas dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan, kemudian memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaan utama terhadap Mohd Saiful Bukhari sudah selesai.

-- BERNAMA

ANWAR BERDEPAN DENGAN `SERANGAN HENDAP' ? MANA SENARAI SAKSI ?

Liwat II: Senarai saksi masih gagal dibekalkan
Hafiz Yatim
Feb 4, 10


Meskipun perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua, hari ini, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.

Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan esok.

“Pendakwa tidak berlaku adil dalam perbicaraan ini, malah mereka juga tidak membekalkan senarai saksi kepada kami. Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan kami berkata senarai saksi boleh diberikan apabila perbicaraan bermula.”

“Perbicaraan sudah memasuki hari kedua, tapi kami masih belum menerima senarai saksi. Kami memerlukan senarai itu untuk membuat persiapan kes. Tanpa senarai itu, ia seolah-olah perbicaraan secara serang hendap oleh pendakwa raya,” katanya.

Dalam pada itu, kes perbicaraan hari kedua tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.

Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.

Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.

Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikutinya.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.

Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan./Malaysiakini

Khamis, 4 Februari 2010

LAWAK MAIN DAM AJI - KENAPA DAHI KU HITAM?

Gambar ini sekadar hiasan...tiada kena mengena dengan cerita di bawah

Oleh: WFAUZDIN NS


PETANG tadi aku duduk melepak kat sebuah warung sambil main dam aji. Kawan-kawan ramai kelilingku melihat permainan dam aji yang popular ini. Aku teringat seorang ustaz pernah berkata, permainan dam aji ini mengajar kita jadi jahat, katanya. Mana kan tidak, sebelum naik aji, makan satu, dua atau tiga je. Tetapi bila dah naik aji, makan keliling beb...sepatutnya bila dah naik aji kena la bertaubat dan buat lebih baik, katanya. Itu kisah main dam aji.

Tengah-tengah main tu, kawan aku terlihat kat dahi aku ada kesan tanda hitam dua. Dia bertanya aku, " Wahh.....dah jadi warak nampaknya kau nih!!''. Aku terhenti memain dam, lalu kembali bertanya kat dia, " nape pulak?". Dia sambil tersenyum sinis tunjuk kat dahi aku, dan berkata, " Tu hah...dahi kau tu ada kesan hitam laaa...mesti kau kuat sembahyang siang dan malam sampai pagi kan?". Menyirap juga darah aku dibuatnya, aku fikir kawan aku ni perli aku kot....Aku pun berkata, " Kalau cam tu aku lebih hebat dari Ulamak Muktabar dunia macam Syeikh Yusof Qardhawi, lebih hebat aku ni dari segala Mufti kat Malaysia ni dan tentunya aku lebih kuat ibadat dari Tok Guru Nik Aziz, sebab mereka semua tak ada kesan hitam atau lebam kat dahi mereka..". Kawan-kawan aku serentak ketawa berdekah-dekah kerana mereka semua tahu aku ni siapa.

Aku ni bukan lah jenis yang baik sangat pun tapi tak lah jahat mana pun. Aku tak pernah pun pergi Umrah apatah lagi belum pergi haji pun. Tapi aku tidaklah sejahat mana pun, aku tidak pernah buat niaya kat orang atau fitnah kat orang. Untuk menceriakan suasana petang tu, aku cuba berlawak dengan kawan-kawan aku. Aku pun bertanya, " Kalau aku kata kat korang aku ni pernah diliwat secara paksa oleh seorang tua umur 60 tahun korang percaya tak?" Kawan-kawan aku terhenti ketawa dan terkejut. " Biar betul...." kata salah seorang kawan aku yang aku gelar dia Mat Pet. Aku senyum sambil menjalankan buah dam aku setapak. "Aku nak tanya je....korang percaya tak ? Kalau korang tak percaya, nanti aku buktikan kat korang kerana ada lagi air mani orang tua tu kat buntut aku ni...." Kataku selamba.

Mat Pet kawan aku tu macam berminat je dengar cerita aku. Dia terus bersimpuh macam perempuan kat pangkin warung tu. Memang Mat Pet ni lembut sikit orangnya dan orang kampung aku panggil dia Uncle Pet pasal dia dah berumur sikit. " Bila masa kau kena liwat ni? Tanya Mat Pet sambil sedut rokok gudang garamnya. Aku terus tahan tawa aku, selamba aku bagitahu, "dah dua hari dah...." kataku. Semua mata kawan-kawan aku memandang tepat ke wajahku. " Kau nih...dah dua hari berlaku kau kata ada lagi air mani kat punggung kau tuh? " Tanya Sepol kawan ku yang baru-baru ini gagal dalam periksa di sebuah Universiti. Sepol ni mengikut mak dia kata memang kaki malas belajar, suka bersolek dan juga suka berpoya-poya kat Kelab Gay di Ibu Kota. Pasal tu dia gagal periksa, itulah yang aku pernah dengar mak Sepol ni cakap. " Aku sanggup tak berak, hatta tak terkentut pun pasal aku nak simpan air mani si tua bangka tu kat dalam buntut aku ni...senang aku nak dakwa dia nanti..." Jawabku sambil pegang perut nak tahan ketawa.

Kawan-kawan aku pakat terdiam. Mungkin ada yang percaya kerana bila tengok kesan hitam kat dahi aku ni, masakan aku nak berbohong. "Kesian kat kau..., tapi aku pelik la, kenapa kau tak lawan je orang tua yang rogol kau tu? Kau kan muda dan gagah aku tengok?" tanya Paul anak india yang juga kawan aku. Paul baru je kematian ayahnya Augustine akibat tercekik tulang biawak. "Aaahh..soalan kau tu tak `releven' lah", kata aku. "Yang penting aku kena liwat dan kat buntut aku ada kesan air mani lagi ni.....tu bukti kukuh tu haaa..." sambungku lagi. Kaan-kawan aku semua terkedu bila dengar aku menjawab begitu. Ada yang menggaru-garu kepala kecuali Mat Pet atau Uncle Pet yang tersengeh seronok mendengar cerita liwat ni.

Hari semakin senja. Permainan dam aji aku pun nak abis bila mana aku dapat peluang makan 6 biji buah dam aji kawan aku. "Ni hah, yang hitam kat dahi aku ni adalah bukti aku terhantuk kat tepi katil bila orang tua tu liwat aku...." kataku sambil menunjukkan kesan hitam kat dahi aku. Kawan-kawan aku bertambah terkejut. Mereka ingatkan dahi hitam tu tanda atau kesan aku kuat ibadat, rupa-rupanya kesan terhantuk. Dalam mereka menunjukkan rasa simpati ke atas aku, mereka tak dapat menahan ketawa bila aku kata kesan hitam di dahi tu adalah kerana terhantuk.

Aku pun menamatkan gurauan aku dengan kawan-kawanku. Aku tak mahu biarkan mereka tertipu begitu. " Sebenarnya cerita tu aku karang je.....saja nak tengok korang percaya ke tak" Kataku sambil menuju ke basikal aku yang aku sandarkan kat tiang warung tu. "Korang boleh percaya ke yang aku ni tak terberak dua hari semata-mata nak simpan air mani orang tua tu? Kataku sambil ketawa. Mereka semua bangkit lantas masing-masing mengambil buah dam aji terus membalingku. Aku ketawa kuat-kuat sambil mengayuh laju meninggalkan mereka sambil aku menjerit kuat, " Orang gila pun takkan percaya cerita aku tadi....korang plak boleh percaya...wakakakaka....." Jeritku sambil mengangkat basikal secara `willy'../Kembali ke laman asal di sini.

Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:

Sumber: Malaysiakini

4.20pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi esok.

4.10pm: Doktor di Pusrawi mecadangkan Saiful supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.

Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.

Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.

4.00pm: Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.

Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.

3.45pm: Rakaman menunjukkan Saiful memasuki lif di tempat letak kereta dan meninggalkan kondominium lebih sejam kemudian.

3.40pm: Komputer yang menayangkan rakaman visual CCTV di tempak letak kereta kondominium dipegunkan.

Hakim mengarahkan Anwar keluar dari kandang bersalah dan menghampiri skrin kerana tertuduh tidak dapat melihat dengan jelas.

3.35pm: Mahkamah mempertontonkan rakaman CCTV Saiful di kondominium.

3.30pm: Hakim Mohd Zabidin memutusakan tiada tindakan menghina mahkamah kerana ia perlu dibuktikan melalui siasatan terperinci.

Katanya, pihak pembelaan perlu membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia jika berpendapat laporan berkenaan menghina mahkamah.

3.10pm: Selepas permohonan daripada pihak pembelaan, hakim Mohd Zabidi berkata perkataan 'lagi' yang digunakan oleh Utusan Malaysia agak 'nakal'.

Mahkamah berehat sebentar bagi membolehkan hakim membuat keputusan samada tindakan menghina mahkamah dilakukan atau tidak.

DATO HASSAN ALI PERLU BERTINDAK SEGERA

Kuliah Anwar: Masjid terima surat tunjuk sebab
Jimadie Shah Othman
Feb 4, 10


dikemaskini 12pm
Sebuah masjid di Ampang menerima surat tunjuk sebab daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana membenarkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kuliah Maghrib bulan lalu.

Ahli parlimen kawasan tersebut, Zuraida Kamaruddin berkata, Masjid Jami'atul Huda di Ampang Jaya menerima surat tersebut daripada JAIS minggu lalu dan diminta menjawabnya dengan segera.

Sehubungan itu, beliau yang juga ketua Wanita PKR mengutuk keras tindakan JAIS tersebut.

"Dulu mereka (JAIS) sudah buat, kali ini (buat) sekali lagi JAIS cuba tunjuk taringnya di Selangor," kata Zuraida yang menyifatkannya sebagai "melampau".

Minggu lalu, pihak pentadbiran masjid berkenaan diberikan surat tunjuk sebab kerana didakwa membenarkan Anwar berceramah politik dan memberikan kuliah tanpa tauliah.

Difahamkan, surat tersebut kini dalam perhatian nazir masjid berkenaan Basri Kali. Ketika dihubungi beliau bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.

Manakala usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Jais setakat ini juga belum berhasil.

Ketika dihubungi semalam, Zuraida berkata, Anwar yang dalam perjalanan berceramah di Hulu Kelang memberi kuliah di masjid berkenaan selepas singgah bersolat.

Menurutnya, Anwar mengambil kesempatan berucap ringkas tidak sampai 15 minit bagi meminta semua pihak mendoakan keselamatan dirinya daripada segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Mengulas perkara itu, Zuraida berkata, Anwar patut diberikan kebenaran terlibat dalam program di tempat-tempat di seluruh Selangor atas kapasitinya sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.

"Lagi pun beliau berucap pada hari itu atas permintaan anak kariah," kata Zuraida lagi.

Menurutnya lagi, tindakan JAIS itu akan turut diadukan kepada Sultan Selangor apabila permohonannya untuk mengadap baginda diperkenankan.

Pada 22 Januari lalu, Zuraida pernah mendakwa JAIS menyenaraihitamkan namanya, termasuk mengeluarkannya sebagai ahli panel daripada sebuah forum keagamaan di Klang.

Zuraida juga antara pemimpin politik yang menghadiri kuliah bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin ketika beliau diserbu JAIS kerana mengajar agama tanpa kuliah./Malaysiakini

Perbicaraan Liwat: Hakim Periksa Unit Kondominium

04 Februari, 2010

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Hakim yang mengendalikan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa satu jam untuk memeriksa unit kondominium, tempat didakwa berlakunya perbuatan itu pada 2008.
Justify Full
Anwar, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikannya itu meliwatnya, turut hadir apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memeriksa apartmen dua bilik tidur itu yang terletak di tingkat lima.

Mohd Saiful menunjukkan kepada hakim tempat Anwar duduk di ruang tamu apabila dia datang untuk menghantar dokumen dan bilik tidur utama di mana kejadian liwat itu berlaku selepas itu.

Semasa pemeriksaan itu, Mohamad Zabidin dilihat bertanya beberapa soalan kepada Mohd Saiful.

Terdapat sebuah katil kelamin di bilik tidur utama di mana tingkapnya ditutupi langsir warna kelabu gelap. Langsir berwarna serupa juga terdapat di ruang tamu yang juga terdapat sofa kulit berwarna pudar. Di ruang makan, terdapat sebuah meja makan untuk enam orang.

Anwar meninggalkan tempat itu selepas pemeriksaan di bilik tidur utama.

Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan. Perbicaraan dijalankan selepas 18 bulan Anwar dihadapkan dengan tuduhan itu.

Dari apartmen itu, hakim dan Mohd Saiful pergi ke pejabat pengurusan kondominium itu untuk memeriksa kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

Lawatan itu diadakan selepas Mohd Saiful menyambung keterangannya secara tertutup pagi Khamis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang terletak berhampiran.

--BERNAMA

KITA AKAN CABAR KETERANGAN SAIFUL, KITA YAKIN AKAN MENANG - ANWAR

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Datuk Seri Anwar dibicarakan.

Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.

Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka.

Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.

"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar.

"Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib. Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.

Dalam perbicaraan itu, Saiful yang dipanggil sebagai saksi pertama berkata, beliau berhenti dari menjadi pegawai Anwar kerana tidak tahan dipaksa melakukan seks luar tabii.

Pihak pendakwa pula memberitahu mahkamah pihaknya menemui air mani Anwar di luar dan dalam dubur Saiful.

Sedang sebelum ini, doktor yang memeriksa Saiful menegaskan tidak terdapat sebarang tanda berlaku seks luar tabii it.u

"Kita akan membuat soal balas terhadap semua keterangan Saiful ini dan kita yakin akan menang," kata Anwar ketika mengulas keterangan Saiful itu.

Bagi Anwar, keterangan Saiful itu tidak mengejutkan beliau dan sudah menjangkakannya.

"Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini," kata Anwar./Harakahdaily

Perbicaraan Anwar, Najib Dan Maruah Malaysia

Umno, khususnya Najib Razak sudahpun memilih gelanggangnya. Beliau mahu mahkamah menentukan siapa bercakap benar – Anwar Ibrahim atau apa yang disifatkannya sebagai rakyat kerdil Mohd Saiful Bukhari Azlan – dalam kes liwat yang kini jadi perhatian dunia.

Anwar juga jelas sudah bersedia menyahut cabaran ke atas keluhuran peribadinya dengan berdiri di atas paksi bahawa ini adalah satu lagi konspirasi untuk mencatas kerjaya politiknya sebagai ketua pembangkang dan orang yang berpotensi menumbangkan hegemoni Umno.

Lantaran beberapa soal teknikal, Anwar dan pasukan peguamnya mahu perbicaraan ditangguh sehingga kes ini boleh diadili dengan saksama. Anwar mahu maklumat cukup mengenai apakah bahan bukti yang hendak dikemukakan ke mahkamah seperti pita rakaman video litar tertutup yang diperolehi di tempat yang dikatakan jenayah itu berlaku.

Anwar juga mahu mendapatkan spesimen DNA yang dikatakan yang hendak digunakan bagi pendakwaan terhadapnya. Contoh itu perlu disilang semak bagi menentukan kesahihannya. Apa yang dimintanya ialah peluang untuk mempersiapkan seberapa kemas yang boleh pembelaan diri di mahkamah. Anehnya, jika dalam prosiding biasa permintaan itu adalah lumrah yang tidak perlu jadi persoalan dalam kes biasa. Mahkamah memutuskan tidak boleh dipenuhi permintaan itu.

Namun akur dengan keluarbiasaan kes yang dihadapinya, Anwar kini mahu semua pihak jangan berpatah balik daripada mengadili kes yang menjadi perhatian dunia ini. Awal-awal lagi perwakilan daripada pelbagai pertubuhan dan negara menunjukkan minat dengan menghadiri pembukaan kes ini 2 Februari lalu.

Anwar menegaskan sekali melangkah ke mahkamah untuk memulakan perbicaraan, beliau akan memastikan prosiding berjalan dengan sempurna. Maka beliau mahu nilai dan amalan keadilan menjadi asas perjalanan mahkamah.

Justeru beliau mahu Najib Razak yang sebelum ini berdolak dalik mengatakan tidak kenal Saiful sebenarnya telah mengadakan perjumpaan dengan jejaka malang itu sekurang-kurangnya dua kali – pertama di pejabatnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan yang kedua di rumahnya – sebelum beliau (Saiful) membuat laporan polis kononnya dia diliwat berkali-kali oleh Anwar yang berusia lebih 60 tahun dan masih menderita sakit tulang belakang.

Lantas Anwar mahu Najib turut masuk mahkamah dan menceritakan apa sebenarnya dia tahu tentang Saiful dan butir perbincangannya dengan pemuda itu sehingga mendorongnya tidak khuatir maruah dirinya jadi bahan perbincangan orang.

Kes ini amat luar biasa. Jika Anwar menang dan dapat membuktikan semuanya berpunca daripada konspirasi Najib dan konco-konconya maka seluruh dunia akan mengutuknya sampai beberapa generasi akan datang.

Namun jika Anwar kalah, maka akan malap dan padamlah kerjaya politiknya. Bagaimanapun kalah kes belum tentu bererti bersalah. Prosiding mahkamah mungkin silap atau tidak ikut peraturan. Ini terbukti dalam kes tuduhan liwat pertama terhadap Anwar pada tahun 1998.

Selepas enam tahun meringkuk dalam penjara, Mahkamah Persekutuan memutuskan tuduhan terhadap Anwar tidak benar.

Yang menjadi persoalannya ialah, adakah Najib yang mewar-warkan ketelusan jadi paksi pentadbirannya akan mahu ke mahkamah memberi persaksian.

Atau, adakah Najib akan berselindung di sebalik hak istimewa perdana dan mendapat simpati mahkamah seperti yang pernah ditunjukkan kepada Dr Mahathir Mohamad, dan tidak perlu “mencemar duli” dan memberi keterangan.

Lebih menarik lagi, adakah isteri Najib, Rosmah Mansor yang akan disepina oleh Anwar sanggup masuk mahkamah? Belajar daripada Ummi Hafilda yang menjadi saksi utama kes tuduhan liwat pertama terhadap Anwar, rasanya Rosmah akan merebut peluang ini untuk memperagakan kebijaksanaannya di mata dunia.

Dunia melihat. Maruah Malaysia kini di kandang orang terdakwa./TVselangor.com

DAILOG MENARIK SIANG TADI - SAIFUL TAKUT DENGAN ORANG TUA INI

Oleh: WFAUZDIN NS

KES liwat DS Anwar bermula dengan babak pertama yang menarik. Saiful dalam keterangannya memberitahu beliau takut dengan DS Anwar (yang berumur lingkungan 60 tahun serta mempunyai penyakit tulang belakang) yang hanya berkata `WHAT ?" , apabila Saiful enggan mengadakan hubungan seks luar tabie dengannya. Lantas Saiful menuju bilik air memakai tuala. Ikutilah soal jawab seterusnya di petik dari BERNAMA seperti berikut:

Ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk? Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen. Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu? Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan. Mohd Yusof: Apa soalan itu? Mohd Saiful: Can I f--- you today? Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu? Mohd Saiful: Marah dan takut. Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa? Mohd Saiful: Tolak pelawaannya. Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak? Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya. Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya? Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)? Mohd Yusof: Apa respon kamu? Mohd Saiful: Saya ulang yang sama. Mohd Yusof: Seterusnya? Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama. Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik. Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air. Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian? Mohd Saiful: Ya. Mohd Yusof: Lepas bilas diri? Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari. Mohd Yuof: Kamu bertuala? Mohd Saiful: Saya bertuala. Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar? Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan. Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu? Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.
Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup./Petikan dari BERNAMA

Rabu, 3 Februari 2010

MISTERI KES ANWAR

10 Misteri Kes Anwar II
Posted on Tuesday, February 02 @ 23:43:07 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper
Oleh: dewa

"Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:


Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logic akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan. Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri. Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..

2. Laporan Pengadu enggan diserahkan mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.

Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai

Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara

UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL

Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN

Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat. Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

p/s: UMNO ni bijak juga. Timbulkan isu nama Allah dan dakwa Anwar dekat mahkamah, maka tumpuan pun beralihlah dari isu korupsi, siu pengkhianatan negara dengan menjual enjin jet pejuang kepada syarikat asing, isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, isu bakar gereja, isu pijak kepala lembu dan banyak lagi.

Sumber: Tranungkite Online