RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 3 Februari 2010

KES LIWAT DS ANWAR - KU LI PERSIAPKAN DIRI KETUAI PR

Air maninya keluar dari duburku......
Oleh: WFAUZDIN NS

ALKISAH, kes DS Anwar telah pun bermula. Mukaddimahnya, air mani DS Anwar dikeluarkan dari dubur Si Saiful (menahan gelak sikit) dalam keadaan dikatakan tiada kesan tusukan di dubur Saiful. Kehebatan DS Anwar siapa yang tahu bagaimana ia dilakukan. Semuanya akan dibuktikan oleh Si Pendakwa bagaimana `tusukan' dibuat. Samada secara ghaib atau sihir, Wallahu Aklam.

Drama lucu dan menarik ini bakal kita tonton bersama. Kita turut bakal menyaksikan bagaimana Saiful akan menjelaskan `mengapa dia tidak melawan si tua sekitar 60 tahun itu yang sakit pinggang ketika `dipaksa' liwat ke atasnya'. Sekiranya si pemuda gagah ini tidak terdaya atau lebih lemah berbanding si tua itu, mengapa beliau tidak menjerit ketika beliau diliwat? Mengapa setelah liwat tanpa rela itu berlaku, si pemuda tampan ini masih bekerja dengan si tua yang kununnya meliwat beliau? Mengapa perlu jumpa Najib untuk mengadu perihal beliau telah diliwat? Bagaimana pula dengan permohonannya untuk mendapatkan biasiswa walaupun beliau gagal melanjutkan pengajiannya? Ini semua akan diceritakan oleh Si Saful satu persatu dan kita hendaklah bersiap sedia untuk menahan gelak tawa kita nanti.

Biarkan mahkamah menentukan pengakhiran babak ini nanti. Samada kita percaya atau tidak kepada mahkamah, kes ini telah pun berjalan. Seluruh dunia bakal melihat kebijaksanaan hakim-hakim kita yang terlibat di dalam kes ini. Allah juga telah menunaikan hasrat Saiful untuk bercakap di mahkamah setelah sekian lama terkurung umpama kera sumbang.

Seandainya takdir menentukan drama ini berakhir dengan terpenjaranya DS Anwar, maka kita memerlukan seorang pemimpin baru untuk menerajui PR untuk terus mengkuburkan Umno/Bn. Siapa yang layak mengetuai PR ketika itu? Pada pandangan saya, tiada tokoh lain yang lebih bersesuaian menggantikan DS Anwar melainkan Ku Li. Memang benar, Ku Li masih berada di dalam Umno tetapi hayatnya di dalam parti kebangsaan itu tidak akan kekal lama walau pun sudah pasti Umno tidak akan berani memecatnya. Ku Li kini menjadi duri dalam daging buat Umno dan sudah tiba masanya Ku Li keluar dari Umno kerana sekadar menjadi duri tidak banyak melukakan Umno.

Ku Li boleh menunggu sementara di dalam Umno sehingga kita lihat nasib DS Anwar tidak lagi dapat diselamatkan. Walau pun ketokohan Ku Li tidak setanding dengan DS Anwar, tetapi sudah cukup untuk terus membenam Umno/Bn di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ku Li dihormati oleh PKR, DAP dan juga PAS. Ku Li dilihat tidak menjadi burung belatuk atau pengampu di dalam Umno seperti Tok Pa atau Awang Adek yang kedua-duanya anak Kelantan. Ketokohan Ku Li digandingkan dengan Tok Guru Nik Aziz pasti akan membuatkan Umno tidak boleh merasa lega jika DS Anwar terpenjara.

Mungkin terlalu awal untuk kita meramalkan nasib DS Anwar kali ini. Si Saiful sudah nekad untuk terus mendedahkan betapa dirinya adalah mangsa liwat paksa. Manakala, permohonan Qazaf DS Anwar terus diperam entah kenapa walaupun dikata negara ini negara Islam tetapi Mahkamah Syariah tetap di belakang jua. Kita hanya perlu berserah kepada Allah kerana Allah jua yang berkuasa menentukan. Saiful telah melakukan Sumpah laknat mengatakan memang benar aku kena liwat oleh si tua itu. Najib juga telah besumpah tidak terlibat dengan kes Altantuya. Balasundram juga telah membuat dua akuan bersumpah dalam tempoh tidak sampai 24 jam kemudiannya hilang sehingga kini. Semua ini kerja manusia yang tidak akan dapat menandingi kuasa Tuhan.

Marilah kita bersama mendoakan agar puak-puak yang merasakan mereka boleh melakukan apa saja tanpa takut kepada Allah ini agar binasa di muka bumi ini dan dilaknat Allah di Akhirat nanti. Sumpah laknat Saiful tidak ada harga di mahkamah nanti jauh sekali tiada nilai di sisi Allah kerana hanya hukum mengikut perundangan Islam sahaja yang boleh berlaku adil. Selagi hukum Islam tidak diguna pakai, percayalah, ketidak adilan akan berlaku./kembali ke laman asal di sini.

8 ulasan:

  1. Celakalah engkau sayfool...

    BalasPadam
  2. Insya'ALLAH walau apa pun keputusan nya kita mesti teruskan perjuangan dan UMNO mesti di kuburkan.
    The confrontation has started and it is only the dunggu UMNO can stop it and UMNO is in the self destruction mode.
    The retaliation will come soon overtly and covertly. The choice is yours but we want to win and UMNO must be destroyed.

    BalasPadam
  3. Hairan juga bagaimana air mani tu boleh dapat ke pendakwa.

    Saiful mengadu ke Najib (kononnya) setelah beberapa lama dia diliwat (kononnya). Selepas tu dia berjumpa polis (Ridwan ke sapa nama tu) dan kemudian baru membuat report polis. Jika hendak mengambil bahan bukti berupa air mani ni, semasa pemeriksaan doktor selepas report polis dibuat baru ianya akan diambil dari dubur Saiful.

    Dahsyat betul power Anwar ni, entah apa yg dia makan agaknya. Air mani dia masih lagi terlekat dan utuh di dubur Saiful setelah beberapa lama, dan beberapa kali kencing berak dan mandi.

    Atau mungkin Saiful ni jenis pervert yg buat koleksi air mani setiap kali melakukan aktiviti seks?

    BalasPadam
  4. Kalu le aku jadi BRO Anwar le..aku lari gi luar negara mcm Thaksin tu... bt pa dok malaysia ni... ramai yang buta dari celik...bt pe nak sakit - sakitkan pala n pinggang... masuk penjara le ISA le...peerh ...ntah le BRO ANWAR....minta semua PK PK le ye...

    BalasPadam
  5. dulu usung tilam masuk court...skang ni usung air mani ler plak....

    BalasPadam
  6. air mani tu si sayFOOL yang punya, dia calit pakai jari dlm dubur bila dah syok , DSAI terserempak dengan dia kat pantry that why dia kata DSAI liwat dia.. cover line

    BalasPadam
  7. jgn maki maki lagi

    endingnya...si saiful akan mengaku dalam court...

    ameno yg sediakan skrip ini.... dia ada rekod setiap pertemuan dgn ameno... kah kah kah... anwar yg plan disebalik plan ameno

    terjelepuk la be n dalam pru-13... awar akan ke putrajaya.... saiful akanjadi menteri belia dan sukan.

    BalasPadam
  8. kepala otak hang.....hang cakap macam orang gila..ke memang hang gila ke...???...tunggu lah keputusan mahkamah..hakim lebih bijak dari hang..kalau hang bijak kenapa tak jadi hakim..

    BalasPadam