TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Selasa, 7 September 2010

APA YANG PEMBANGKANG SEBUT SELAMA INI DIAKUI OLEH MUSA HASSAN

KDN campur tangan siasatan polis

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam mendedahkan wujud campur tangan pihak ketiga ketika beliau menerajui pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketika ditanya siapakah pihak ketiga itu, Musa memberitahu: “Kementerian mana lagi yang jaga polis? KDN (Kementerian Dalam Negeri) lah.”

Wartawan: “Kenapa wujud campur tangan itu?”

Musa: “Kerana politik, kepentingan peribadi dan agenda sendiri.”

Selain itu, beliau yang akan bersara pada 13 September ini mengakui terdapat juga pihak-pihak luar yang bertindak mengeluarkan arahan tanpa pengetahuan beliau.

Jelas Musa, tindakan mencampuri tugas yang dilakukan oleh pihak berkenaan jelas bertentangan dengan arahan dan kawalannya sebagai Ketua Polis Negara.

“Kita tidak mahu orang (luar) bagi arahan salah, bila buat (ia) akan jadi salah.

“Arahan sepatutnya dikawal oleh polis bukannya daripada orang luar,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata Musa, arahan dalam pasukan tersebut sepatutnya dibuat oleh pegawai yang bertanggungjawab.

Jelas beliau, polis akan menjalankan tugas selepas mendapat laporan daripada orang ramai. Beliau menambah, campur tangan sedemikian boleh mengganggu siasatan.

“Kita mesti berlaku adil dalam menjalankan siasatan supaya dapat dihormati oleh masyarakat.

“Bila polis tidak dapat menjalankan tugas, orang ramai akan menuduh polis terima rasuah. Hakikatnya, ada arahan pihak lain tanpa pengetahuan polis,” kata beliau.

Ditanya bagaimana wujud campur tangan sedemikian ketika beliau menjalankan tugasnya, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri./Malaysia

4 ulasan:

  1. Anuar boleh guna isu ini untuk tangguh lagi kes liwat dia. ha ha ha

    BalasPadam
  2. tanda-tanda org kecewa tak disambung kontark je...

    sebelum ni kita tak dengar apa-apapun...bila dah tak jadi KPM lain mcm bunyinya...

    BalasPadam
  3. Alhamdullillah, di akhir ramadzan, ada juga tanda tanda keinsafan dlm diri TS Musa ni. Rasanya belum terlambat utk beliau membersihkan diri. Beliau hanya perlu mendedahkan apa yg berlaku secara jujur, selama beliau menjadi KPN. Rakyat sudi mendengar demi kebaikan. Setidaknya rakyat tahu apakah pemimpin UMNO yg selama ini diberi mandat mentadbir negara selama ini, manusia atau pun binatang. teruskan TS Musa, bersihkan diri mu , tumpang masa masih ada. Jangan beri ruang kpd puak pengkhianat bangsa dan agama ini mengatur strateji untuk menghalang kamu dari membuat pendedahan.

    BalasPadam
  4. Aiieeekkk...macam nak bersihkan bontot je!!!Kau ingat dengan kenyataan kau tu kau boleh bersih ke!! wahai musang a/l hassan alzahari...cepat-cepatlah mintak pangkat TUN...kalau-kalau tak lut dek undang-undang...Tapi kalau rakyat yang dakwa...peduli apa sama itu TUN!!! Jadi TAN TIN TUN lee...mata ngantuk..tapi tak dapat titun woo

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini