Melihat Di Sebalik Yang Nampak
Saturday, 04 September 2010 | |
CATATAN ANUAR MOHD NOR – Melihat di sebalik yang nampak, unik dan agak mengelirukan. Sebelum menulis lebih lanjut lagi ucapan TERIMA KASIH perlu yang dahulukan kepada Tan Sri Sanusi Joned yang telah menjemput saya untuk berbuka puasa bersama-sama rakan “bloggers” yang lain. Saya tidak mahu mengupas apa yang berlaku dalam sesi berbicara bersama-sama Tan Sri Sanusi Joned. Perbincangan agak hangat dengan saya mempertahankan beberapa isu sementara saya pula telah di persoalkan pegangan saya. Saya tutupkan dahulu isu tersebut kerana sekiranya di utarakan mungkin itu akan memberi publisiti murahan kepada saya. Namun hari ini saya ingin menceritakan dengan nada yang agak halus tetapi penuh persoalan mengenai MELIHAT DI SEBALIK YANG NAMPAK. Kita melihat dan kita nampak, tetapi di sebalik itu ada lagi yang perlu kita lihat dan perlu kita tahu. Kita lihat UMNO dan kita lihat barisan kepimpinan UMNO tetapi adakah sebenarnya hadir di belakang kepimpinan UMNO itu satu barisan lagi yang dapat menentukan perjalanan dan menentukan arah UMNO. Adakah kuasa-kuasa senyap ini yang sebenar-benarnya dapat menentukan perjalanan UMNO. Sekiranya ada kenapa ia wujud dan ini seolah-olah membentuk satu organisasi di sebalik organisasi yang ada – bertindak sebagai broker kuasa untuk sesuatu kepentingan yang kita sendiri tidak pasti. Mungkin – terlampau banyak antara kita dalam UMNO mahu menjayakan agenda kemenangan UMNO sehingga timbul kumpulan-kumpulan tertentu yang mahu memperjuangkan kejayaan UMNO dengan cara mereka sendiri – terkeluar dari perencanaan UMNO atau kerana UMNO sendiri tidak mempunyai perencanaan yang konkrit maka kumpulan ini terpaksa bertindak bersendirian demi kelangsungan hayat UMNO itu sendiri. Namun – adakah itu sahaja matlamat sesetengah kumpulan tersebut atau kumpulan itu hanya mahu menjadi broker kuasa untuk individu tertentu dalam UMNO. Saya seakan hampir pasti melihat ada tujuan tertentu dalam memastikan barisan tertentu dapat mendominasi UMNO sungguhpun karakter yang memainkan peranan itu sudah melepasi era kepimpinan mereka sendiri dalam UMNO. Kenapa agaknya mereka mahu terus mendominasi UMNO dari luar – dalam senyap dan dalam ruangan–ruangan yang tidak kelihatan. Apa ada sebenarnya di sebalik yang kita nampak. Adakah tangan-tangan senyap ini benar-benar mahu memastikan kemenangan UMNO atau sebenarnya ada agenda peribadi yang perlu dilunaskan. Adakah sesiapakah yang berhajat menjadi Presiden di belakang Presiden?/Umno-reform2 |
Tuan WFau. UMCO ni sebenarnya dah jadi parti kaum pemodal atau kapitalis. Kerja parti ni hanya nak buat untung kepada para pemodalnya sahaja. Perkara ini ramai orang melayu dah sedar. Tapi bagi menjatuhkan pemimpin yang banyak wang memanglah begitu sukar. Ini adalah kerana sikap bangsa kita sendiri yang suka memberi dan menerima rasuah. Kalau dihapus atau dikurangkan sikap tersebut, Insyaallah, masa hadapan bangsa akan lebih terjamin di bawah parti pembangkang. Itu pun sebelum parti pembangkang beralih arah dan mengikut jalan yang sama atau lebih teruk dari UMCO. Tiada jaminan kejujuran buat manusia kecuali keimanan terhadap Allah.
BalasPadam