TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SIAPA MB SGOR PILIHAN ANDA?

Sabtu, 13 Jun 2009

ULASAN TERHADAP TULISAN PENARIK BECA

Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT BERJUANG ZAID IBRAHIM

Zaid Ibrahim Sertai PKR
Posted on Saturday, June 13 @ 15:17:25 MYT by Paktam

Oleh Jimadie Shah Othman

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.

“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.

“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya. /Petikan malaysiakini

ADUN DAP LEBIH BERMORAL DARI KM MELAKA DAN KETUA PEMUDA UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU rasuah sememangnya satu isu yang teramat dipandang berat oleh PR, dan isu ini mendapat kesepakatan bersama di dalam PR yang terdiri dari tiga parti yang berlainan dasar untuk ditentang secara habis-habisan. Malahan Ketua Pembangkang DS Anwar sendiri di dalam setiap perbahasan di Parlimen sentiasa menekankan betapa rasuah boleh menghancurkan negara. Itulah yang menjadikan PR dilihat lebih bersih dari Umno/Bn.

Pimpinan PR bukan sahaja akan menentukan setiap pemimpin atau Wakil Rakyat mereka bebas dari rasuah, bahkan PR akan terlebih awal bertindak sekiranya diragui kejujuran atau kebersihan seseorang Wakil Rakyat mereka. Ini tradisi di dalam PR, dan tradisi ini kini menjadi amalan secara sukarela oleh mana-mana Wakil Rakyat dari PR. Wakil Rakyat yang merasakan mereka menjadi sasaran tuduhan rasuah atau penyelewengan lebih rela meninggalkan jawatannya walaupun pada akhirnya terbukti tidak bersalah. Contoh paling dekat adalah apa yang terjadi kepada bekas TKM 1 P.Pinang Fairus yang suka rela melepaskan jawatannya selaku Adun, Exco dan TKM 1 P.Pinang demi menjaga nama baik parti. Akhirnya beliau disahkan tidak bersalah.

Terbaru pula, Adun Jawi juga dari P.Pinang wakil DAP iaitu YB Tan Beng Huat telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya selaku Adun tetapi dengan bersyarat. Beliau hanya akan meneruskan perletakan jawatannya sekiranya segala tuduhan rasuah yang dilaporkan ke atasnya didapati tidak berasas. Inilah sikap pemimpin yang sukar untuk kita cari, apatah lagi mahu mencari pemimpin seperti ini di kalangan Umno/Bn. Di dalam Umno, terbukti terlibat dengan rasuah setelah disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno pun masih memegang jawatan di dalam parti dan kerajaan. Ali Rustam masih menjadi KM Melaka, dan KJ pula tetap dengan jawatannya selaku Ketua Pemuda Umno. Itu belum dikira yang lain-lain lagi termasuk yang pernah Tun Mahathir perkatakan.

Berdasarkan itu, mana mungkin PR boleh menghormati Umno apatah lagi ingin mewujudkan kerjasama dalam aspek apa pun. Bagaimana ingin bekerjasama dengan Umno untuk menghapuskan rasuah jika pemimpin mereka sendiri redha dengan puak-puak rasuah di dalam parti mereka sendiri? Sebab itulah ramai di kalangan rakyat terkeliru dalam bentuk apakah kerjasama yang ingin dipraktikkan oleh Pas dengan Umno ini. Mampukah kita membersihkan `najis-najis' rasuah yang sudah sebati di dalam parti tersebut? Tidakkah kita melihat sendiri betapa rakan-rakan kita di dalam PR begitu komited menentang rasuah berbanding dengan Umno/Bn, tetapi mengapa kita terliur sangat hendak berada di sisi Umno/Bn? Untuk tujuan dakwah? Umno bukan semudah itu untuk kita dakwah mereka, dan kita lihat sendiri entah berapa ramai tokoh-tokoh agama termasuk bekas Naib Presiden Pas sendiri Ustaz Nakhaei cuba untuk `mendakwah' Umno tetapi ke mana perginya ustaz tersebut? Ke mana perginya bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Firdaus? Ustazah Mashitah usah diceritakanlah kerana beliau pun terlalu banyak termakan budi Umno. Tiba pula giliran bekas Pengerusi Kagat Mej Jen (B) Jamil Khir untuk cuba memperbaiki kerajaan Umno, tetapi awal mula pertama mula beliau sudah terperangkap dengan isu pertukaran agama.

Kita sebenarnya tiada pilihan yang lain selain dari PR. Kita telah semai benih-benih ini sekian lama dengan air mata dan darah rakyat. Almarhum Ustaz Fadzil Noor sampai meninggal dunia masih percaya kepada gabungan yang diasaskannya ini. Bukan sedikit yang menderita untuk menjadikan PR dan Pas seperti sekarang. Oleh yang demikian, lupakan saja idea yang dikatakan `karut' oleh Mursyidul Am itu apatah lagi Umno/Bn tidak pernah memohon maaf kepada Pas terhadap apa yang pernah mereka lakukan terhadap Pas. Jika ada lagi mana-mana pemimpin yang masih berharap agar idea tersebut dapat direalisasikan, sudah tentu rakyat akan menolaknya di dalam pilihanraya akan datang.

Akhirkata, syabas buat Adun Jawi yang berani membuktikan bahawa orang bukan Islam juga kadangkala jauh lebih bermaruah dari orang Islam sendiri. / wfauzdin.blogspot.com


Jumaat, 12 Jun 2009

DEBAT PEMUDA PAKATAN TINDAKAN TIDAK BIJAK

Oleh: WFAUZDIN NS

PEMUDA Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP merancang untuk mengadakan siri perdebatan berkaitan isu pokoknya iaitu Kerajaan Perpaduan dan hala tuju PR di masa hadapan. Siri perdebatan itu dirancang akan diadakan pada 16 Jun ini bertempat di Dewan MBSA, Sek 11, Shah Alam. Tajuk perdebatan adalah " Pasca Muktamar Pas - Kerajaan Perpaduan?" yang dianjurkan oleh AMK Selangor dan Shah Alam yang melibatkan Ketua Pemuda ketiga-tiga parti berkenaan. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis juga dijangka hadir sebagai ahli panel.

Meskipun siri perdebatan merupakan satu kaedah yang baik di dalam menjana pemikiran serta bertukar-tukar pandangan, tetapi perdebatan yang diadakan secara terbuka di antara sesama rakan bukanlah satu kaedah yang bijaksana. Adalah lebih baik, bijak serta berhemah sekiranya muzakarah dilakukan terlebih dahulu oleh pimpinan utama ketiga-tiga parti berkenaan bagi merungkai permasalahan yang wujud. Saya merasa pelik mengapa ketika parti Pas khususnya dan melibatkan juga PR menghadapi tekanan sedemikian rupa, pucuk pimpinan masih lagi menangguh untuk memberikan penjelasan terperinci berkaitan apa sebenarnya yang berlaku di dalam muktamar Pas tersebut. Memang telah ada pertemuan baru-baru ini di antara DS Anwar, Tuan Guru Hj Hadi dan Lim Kit Siang, tetapi kelihatannya isu ini tidak dapat diperjelaskan sebaik mungkin. Tidak cukup pertemuan 6 mata bagi menyelesaikan isu ini dan adakah pihak Pemuda PR di dalam PKR, Pas dan DAPtidak dibawa bersama semasa pertemuan penting tersebut? Adakah majlis kepimpinan atau AJK parti masing-masing tidak dibawa bersama bagi mendengar sendiri keputusan yang telah diambil oleh ketiga-tiga pimpinan tertinggi PR itu?

Sekiranya pimpinan PR menganggap isu ini sudah selesai dengan pertemuan 6 mata tersebut, mengapa perlu atau relevennya debat di antara Pemuda PR ini diadakan? Bukankah nanti akan memperlihatkan pekong masing-masing? Bagaimana nanti mereka boleh berhujah secara berkesan tanpa mengetahui buah butir perbincangan ketiga-tiga pimpinan tertinggi mereka itu? Amat tidak bijak sama sekali siri perdebatan yang hendak diadakan atas tajuk yang dikatakan sudah selesai itu. Jika ingin diadakan juga perdebatan tersebut, mereka yang paling layak dijemput bersama sebagai panel debat adalah Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasha sendiri atau Pesuruhjaya Pas Selangor iaitu Dr Hassan Ali dan Setiausaha Pas iaitu Mustafa Ali. Mereka dikatakan `master mind' di dalam isu yang timbul sekarang.

Saya berpandangan terlalu banyak buruk dari baiknya sekiranya debat ini diteruskan. Belum pernah terjadi perdebatan diadakan sesama rakan seperjuangan apatah lagi di khalayak ramai. Mungkin pihak media pun teramat berminat untuk menyiarkan secara langsung perdebatan ini sekiranya diberi peluang kerana mereka mungkin mendapat `peluru' percuma menjelang PRK Manek Urai nanti. Tidak hairan juga Umno khususnya tentu bergembira apabila melihat tenaga Pemuda PR menyengseng lengan bagi mempertahankan hujah parti masing-masing, sedangkan yang membuat onar duduk dengan aman dan tenteram di kerusi jawatan yang dipegangnya. Mudah-mudahan Pemuda PR menilai kembali tindakan mereka yang `kebudak-budakan' itu./ wfauzdin.blogspot.com


TEPUK DADA, TANYA IMAN, LETAKLAH JAWATAN!!




Oleh: WFAUZDIN NS

BUKAN untuk menuju kepada sesiapa, tetapi bukan pula untuk menuju kepada haiwan-haiwan atau mana-mana makhluk asing. Pertelingkahan yang semakin hebat berlaku di dalam Pas kini adalah hasil daripada tangan-tangan dan mulut-mulut manusia bukan binatang mahupun makhluk halus yang lain. Apabila manusia sudah merasa dirinya hebat dan kumpulannya kuat, maka mulalah merasa orang lain itu kerdil. Orang-orang seperti ini tidak nampak kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi dengan begitu cepat mencari kesalahan orang lain.

Krisis yang berlaku di dalam Pas sekarang adalah kerana adanya `orang-orang' ini yang masih dipelihara di dalam `sangkar' emas oleh Pas. Saya tidak percaya golongan seperti ini adalah Ulamak kerana seorang Ulamak sudah tentu tidak akan melakukan kerja yang tidak beretika dan beradab kepada ahli jemaah dan partinya sendiri. Tuan Guru Presiden Pas menjadi mangsa `mainan' orang-orang seperti ini. Saya menghormati Tuan Guru Presiden dan sehingga kini seikhlas hati saya masih menganggap Tuan Guru Presiden Pas adalah seorang Ulamak. Sebagaimana yang sering saya sebutkan dalam tulisan-tulisan saya bahawa Ulamak adalah mereka yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama, mempunyai akhlak keperibadian yang luhur, mempraktikkan segala ilmu yang ada padanya di samping menyampaikan ilmu-ilmu yang bermunafaat kepada orang lain. Kesemua ciri-ciri ini ada pada Tuan Guru Presiden. Cuma, yang tiada pada pandangan saya ialah strategi politik yang berkesan. Oleh yang demikian, juak-juak yang ingin mengambil kesempatan telah pun mengambil kesempatan demi kepentingan mereka bukan kepentingan jemaah dan parti.

Pas sebenarnya tidak akan mampu dan terdaya untuk memikul masalah dan bebanan seperti yang sedang dihadapi sekarang bagi tempuh yang panjang. Tuan Guru Presiden seolah-olah dibiarkan bersendirian untuk menyelesaikan kemelut yang teruk melanda Pas sekarang. Hampir kesemuanya, apabila ditanya tentang isu kontroversi tersebut akan menjawab segala-galanya akan dijelaskan oleh Presiden. Mudah benar mereka melepaskan kesemuanya kepada Presiden sedangkan mereka tahu siapa punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul. Cuba toleh semula ke belakang iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, siapakah di antara pimpinan Pas yang memulakan `rentak ' ini? Mula-mula mereka menafikan, kemudian mengaku dan menuding ke merata-rata arah untuk `menghalalkan' apa yang telah mereka lakukan di Selangor. Maka, mencari-carilah mereka mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang menyeru kepada `perdamaian' untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu `halal' hukumnya.

Apabila situasi kini semakin dilihat tidak terkawal, pimpinan hendaklah berbuat sesuatu dengan segera. Utamakan jemaah dan parti, utamakan juga rakan taulan dalam perjuangan dan jangan bersikap pilih kasih atau melindungi kesalahan mana-mana tokoh atau Ulamak jika ada. Kepada yang masih mempunyai tanggungjawab dan kesedaran diri, tepuklah dada, tanyalah iman. Jika hati kecil berkata, " akulah puncanya terhadap apa yang berlaku," maka berundurlah dengan segera. Jangan ambil kesempatan lagi dengan bergayut di jubah Tuan Guru Presiden disaat parti sedang mengalami kesukaran sekarang. Silalah letak jawatan, kerana rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi. /wfauzdin.blogspot.com

TUKAR TIUB BUAT LAWAK PASAL MELAYU NAK PECAH!!

MELAYU DI AMBANG PEPECAHAN - melayau

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Aziz Deraman berkata, orang Melayu sedang berhadapan dengan perpecahan dan pelbagai masalah berikutan perkembangan politik dalam negara yang "kacau bilau".

Katanya, perpecahan membabitkan orang Melayu juga kian melebar kerana berlaku "kesombongan politik dalam parti, antara parti atau dengan rakyat"

KAH KAH KAH…

woit… MELAYU BUKAN MANGKUK…kah kah kah..

kah kah kah… MELAYU BUKAN CAWAN…kah kah kah..

woit… MELAYU BUKAN PINGGAN… MACAM MANA NAK PECAH… kah kah kah

kah kah kah… INI SEMUA AGENDA NAK TAKUT TAKUT KAN ORANG MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… PERPECHAN… TAK ADA PERPADUAN…MELAYU SESAT… MELAYU KETINGGALAN….POOORAH…. kah kah kah…

woit… HENTIKAN LAH PROJEK NAK TAKUT KAN MELAYU NI… CUKUP LAH…kah kah kah…

woit… BANGUNAN DEWAN BAHASA PETAKA LAMA YANG JADI TEMPAT SAMPAH TU PROJEK SIAPA?.... kah kah kah

kah kah kah... BUKAN KAH PROJEK TU... PROJEK TIPU...BANGUNAN TERBENGKALI... HANYA NAK DAPAT KOMISEN... kah kah kah...
~~Tukartiub

JIKA BENAR, PERLUKAH DI AMBIL TINDAKAN?

Perlantikan Mustafa Ali sebagai SU Agung amat amat menyedihkan saya. Mengapa? Kerana dimanakah maruah Parti Islam seperti PAS meletakkan orang yang pernah berbohong kepada AJK PAS Pusat berkenaan berjumpa dengan UMNO dalam gelap.

Bila dilihat kembali tahun lepas sewaktu khabar-khabar angin bertiup berkenaan berlakunya perjumpaan dalam gelap, Mustafa Ali menafikan keterlibatan beliau. Malahan, Ustaz Nasa juga menafikan. (seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di http://www.malaysiakini.com/news/85088).

Ini telah memaksa Mahfudz Omar menarik balik kenyataan beliau yang pada mulanya menafikan berlakunya perjumpaan antara UMNO dan PAS.( http://www.malaysiakini.com/news/86862).

Ini bererti berlaku pembohongan yang jelas oleh mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap bersama UMNO dan PAS. Ini juga bererti perjumpaan itu adalah “salah” dari sudut prosedur dan peraturan PAS serta niat perjumpaan juga adalah salah. Kalau tidak mengapa perlu berbohong?

Dengan kata lain, perjumpaan dalam gelap tersebut adalah perjumpaan yang berniat jahat dan bertujuan jahat. Itulah sebabnya sehingga hari ini Mursyidul Am menentang segala usaha yang dilakukan untuk merapatkan PAS dengan UMNO i.e. cadangan Kerajaan Perpaduan.

Rakyat Amerika yang Kafir Menolak Pimpinan Mereka yang Berbohong

Richard Nixon terpaksa meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana terlibat skandal Watergate. Hakikatnya, beliau dipersalahkan bukan kerana terlibat dalam skandal tersebut, tetapi kerana telah berbohong kepada rakyat Amerika tentang keterlibatan beliau dalam isu tersebut.

Gary Hart terpaksa menarik diri dari menjadi calon Demokrat menentang G. Bush Senior kerana beliau telah berbohong berkaitan skandal seks beliau.

Namun, Bill Clinton tidak perlu pula meletak jawatan sebagai Presiden Amerika kerana beliau telah mengaku dengan jelas akan keterlibatan beliau dalam skandal Monica Lewinsky.

Ini bererti, rakyat Amerika yang bukan Islam itu menunjukkan akhlak Islam yang lebih tinggi kerana menolak pimpinan2 mereka yang telah berbohong.

Perwakilan2 PAS pula telah menaikkan pimpinan2 mereka walaupun pimpinan itu terbukti berbohong.

Inikah dia akhlak Islami yang cuba ditunjukkan oleh PAS dan perwakilan-perwakilan PAS di seluruh Malaysia?

Bolehkah ahli-ahli PAS selepas ini mengatakan bahawa mereka membawa panji Islam apabila mereka terbukti mempunyai akhlak yang lebih rendah berbanding rakyat Amerika yang 90% bukan Islam?

Perlantikan Nasa dan Cikgu Pa membuktikan bahawa perwakilan2 PAS menerima amalan berbohong. Itulah masej yang telah dihantar kepada keseluruhan rakyat Malaysia dan rakyat dunia.

Bagaimanakah PAS hendak dipercayai lagi selepas ini? BAgaimanakah PAS hendak menyampaikan dakwah Islamiyyah mereka selepas ini? /Malaysiawave.com

TUAN GURU NIK AZIZ MULA BERUBAH NADA?

Nik Aziz marah arahan tutup mulut

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.

Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.

“Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.

“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.

“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.

“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut. Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.

“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.

Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.

Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.

“Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.

“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.

Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.

“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya. /SH

MANEK URAI - GELABAH MULA MELANDA UMNO?

Nampak nya UMNO pusat bengang dengan hasil laporan SB dan KEMAS, mengikut laporan yang aku terima mengatakan laporan hasil risikan SB bercanggah dengan laporan UMNO bahagian KUALA KRAI, ini bemakna UMNO akan terkantoi PRK MANIK URAI nanti, beribu SB sekarang ini di DUN Manik Urai, masuk kampong keluar kampong menemuduga orang kampong ala ala soal siasat unit JSJ. SB membuat CULA untuk dibekalkan kepada UMNO, ada sesetengah orang kampong merasa RIMAS dengan kehadiran mereka, sb berada di sini sejak 3 hari selepas kematian ALMARHUM POKSU WEIL ADUN MANIK URAI.

UMNO terpaksa mengubah semula agenda mereka , untuk sesuai kan dengan situasi sekarang, aku tidak nampak apa apa KEJUTAN yang bakal dilakukan olih UBN. Dalam tempoh terdekat ni, sekira nya tiada apa apa KEJUTAN, SAH lah UMNO akan kecundang PRK nanti. Yang pasti tidak akan ada projek MEE SEGERA, PAS harus ingat, ini merupakan stratigi baru UBN, last minute UBN akan buat KEJUTAN. Kabarnya lagi, JPP, dato’ Stopa, Ketua bahagian dan lain lain jabatantidak sehaluan, masing masing bawa arah tujuan sendiri, bertelagah besar DEMO DIH.

Di tambah dengan perbalahan antara Group Ketua bahagian dan bekas ADUN UBN 2004, tidak nampak akan reda perbalahan antara mereka, bekas ADUN dari group bekas Ketua bahagian yang di tendang olih BEDOLLAH BADAWI PM DULU, bekas ketua bahagian dulu ada lah ABANG IPAR KEPADA SETIAUSAHA POLITIK NAJIB IA ITU FATMI SALLEH. JADI BAHAGIAN UMNO KUALA KRAI TERBAHAGI DUA, GROUP BEDOLLAH DAN NAJIB, cuba teka siapa kuat. Posted by tok ggawo at 1:50 PM/Manekurai guano la ni

KARPAL JANGAN EMOSI SANGAT, KAMI PUN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA isu Kerajaan Perpaduan ini ditimbulkan oleh Pas, maka bagai nak kiamat dunia ini membincangkan isu tersebut. Bukan masalah perpaduan itu yang tidak diinginkan oleh rakyat. Siapa yang tidak mahu perpaduan atau bersatu? Jika ditanya pencuri atau perompak pun mereka pun mahu berpadu sesama mereka. Tetapi, perpaduan di dalam kaedah politik tentunya memerlukan kebijaksanaan dan perhitungan tertentu. Apatah lagi bukan baru Pas mengenali Umno, begitu juga sebaliknya.

Terima atau tidak, yang jelas isu ini sudah mahu dilupakan oleh Pas kerana tidak banyak menguntungkan Pas malahan merugikan parti tersebut. Bukan kerana rugi bersatu padu, tetapi rugi apabila perpaduan itu diterjemahkan dalam bentuk kerjasama politik. Bagi orang Islam, mana mungkin daging ayam boleh dimasak satu kuali dengan daging biawak untuk dimakan bersama-sama. Meskipun ramai dikalangan kita yang tidak bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan ini, tetapi kita lihat di kampung-kampung dan di mana-mana jua tidak terdapatnya perpecahan di kalangan masyarakat. Di dalam mana-mana majlis kenduri kahwin umpamanya, keadaan seperti biasa tanpa mengira fahaman politik. Itu budaya kampong yang tahu membezakan mana satu politik dan mana satu semangat kejiranan serta adab sopan. Maka jelaslah, tiada apa faedah pun Pas untuk menggunakan label perpaduan ini sebagai modal politik. Memadailah kita perkuatkan apa yang ada untuk perjuangan yang masih jauh lagi.

Saya ingin mengulas sedikit tentang komen yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP YB Karpal Singh berkaitan Kerajaan Perpaduan ini. Saya lihat komen beliau agak tajam dan tidak sesuai dikeluarkan terhadap Pas. Saya pun tidak bersetuju banyak perkara tentang isu Kerajaan Perpaduan ini, tetapi kita boleh mengutarakan beberapa kritikan atau pandangan yang diakhiri dengan harapan agar kita kembali bersatu. Tetapi saya melihat kenyataan Karpal agak melampaui serta dipenuhi emosi. Saya faham mengapa beliau bersikap demikian, tetapi cara beliau memberi komen itu agak kurang enak untuk didengar apatah lagi untuk diikuti. Saya khuatir apa yang beliau perkatakan akan menjadi provokasi yang boleh menghangatkan keadaan yang ada.

Sehubungan itu, saya menyeru agar YB Karpal lebih dewasa di dalam mengutarakan pendapatnya. Beliau tidak boleh sama taraf dengan kami yang tidak berpendidikan tinggi serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik sama sekali. Selaku tokoh politik senior di dalam negara, sewajarnya beliau patut memahami bagaimana untuk berhadapan dengan situasi sedemikian. Saya amat mengkagumi pendekatan yang dilakukan oleh DS Anwar yang sedaya upaya mengelak dari memberi ulasan atau komen yang boleh menghiris hati rakan-rakan seperjuangan. Kekentalan dan semangat yang berlebihan yang ada pada YB Karpal perlu digunakan apabila berhadapan dengan musuh sebenar kita. /WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM



PEMILIHAN PESURUHJAYA DAN AJK PAS , KEPUTUSAN KURANG BIJAK

Oleh: WFAUZDIN NS

MERAGUKAN dan kurang bijak. Itulah yang boleh saya simpulkan dengan pemilihan Pesuruhjaya Pas Negeri yang baru dan juga senarai AJK baru yang dilantik. Itulah yang berlaku di dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat yang baru diadakan semalam. Dalam situasi Pas terancam, bergelora serta menjadi sasaran kritikan, nampaknya parti ini tidak pernah belajar dari kesilapan mereka.

Berikut adalah senarai perlantikan yang baru dibuat di dalam mesyuarat tersebut, dan seperti biasa ahli-ahli Pas diajar untuk `wala', kepada senarai ini:

Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:

Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah

Saya merasa agak pelik ke mana `hilang'nya Dato Anuar Tan seorang pemimpin yang boleh mewakili kaum Cina di dalam Pas? Beliau telah beberapa penggal berada di dalam saf kepimpinan Pas Pusat dan jasanya untuk menarik sokongan kaum Cina tidak boleh dipertikaikan. Bukankah Pas sekarang begitu hebat untuk mempromosikan parti kepada kaum yang selama ini begitu takut kepada Pas? Dato Anuar Tan tidak mendapat cukup undi daripada perwakilan bagi membolehkannya berada dalam saf kepimpinan tetapi salahkah jika beliau dilantik di dalam AJK ini sebagai mewakili kaum Cina? Memang benar, perlantikan jawatan ini adalah budi bicara Presiden mahu pun ahli mesyuarat, tetapi tidak adakah seorang pun yang terfikir betapa perlunya seorang pemimpin berbangsa Cina berada di dalam Saf kepimpinan Pas? Saya berharap perkara ini tidak dipandang sepi oleh Pas, tetapi jika keputusan yang telah dibuat perlu ditaati, apa yang boleh dikatakan lagi.

Mari kita lihat pula senarai Pesuruhjaya Pas Negeri khususnya yang baru dilantik. Saya tidak mahu ulas yang lain, tetapi amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang? Bukankah dengan jawatan Pesuruhjaya Pas Perak sekiranya diserahkan kepada beliau, maka bertambahlah kekuatan moralnya dan penyokong-penyokong Pas dan PR di Perak? Tetapi Pas membuat pilihan yang pada saya tidak menepati suasana dan kebijaksanaan politik. Jika Dr Hassan Ali yang jauh kurang undinya daripada YAB Ir Nizar masih dikekalkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor, tidak munasabah YAB Ir Nizar tercicir pula. Saya tidak tahu samada kerana beliau terlalu kuat menentang Kerajaan Perpaduan bersama Umno yang menyebabkan beliau `terlepas pandang' oleh pimpinan Pas. Jika beliau terlalu menentang Umno sekali pun memang wajar kerana beliau sendiri yang tahu betapa `azab' nya berdepan dengan parti yang tidak boleh diharapkan itu. Berikut adalah senarai yang dilantik dan yang dikekalkan untuk jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri:

Senarai pesuruhjaya PAS negeri:

Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)
* Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)
* Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)

* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal

Saya berharap agar Pas lebih menyelami sepenuhnya hati penyokong-penyokong dan ahli-ahli mereka. Teramat bimbang kita sekiranya jika tersilap percaturan, Pas akan mengalami kerugian di masa akan datang. Jangan terlalu banyak mencatur politik mengikut selera masing-masing sehinggakan tidak memperdulikan perasaan orang lain yang sedikit sebanyak membantu Pas sehingga menjadi seperti sekarang. Tetapi, seandainya kita diminta taat dan `wala' juga dalam perkara seperti ini, kita serahkan sahaja kepada Allah S.W.T.
Wallahu Aklam. / wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 11 Jun 2009

MURSYIDUL AM PUJI UCAPAN YB KHALID SAMAD

Oleh: WFAUZDIN NS

HARAKAH keluaran terbaru hari ini menyiarkan wawancara bersama Mursyidul Am Pas Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang telah menjawab berbagai persoalan kontroversi semasa Muktamar Pas baru-baru ini. Saya tertarik dengan pujian yang diberikan oleh Tuan Guru terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Abdul Samad yang berucap selaku perwakilan dari Shah Alam pada muktamar tersebut. (ikuti sedutan ucapan di sini 1 dan 2)

Tuan Guru memuji beliau kerana meskipun beliau tidak mempamirkan sebarang bentuk pakaian seorang Ulamak seperti berserban dan berkopiah, namun ketajaman pemikirannya serta hujah-hujah beliau adalah hujah seorang Ulamak. Hujah yang dipenuhi dengan fakta, nasihat serta peringatan terhadap sejarah-sejarah Islam untuk dijadikan pedoman buat Pas, meskipun ucapan YB Khalid kelihatan penuh emosi dan bersemangat. Sememangnya emosi dan semangat beliau bertempat kerana terlalu sayangnya beliau kepada Pas walaupun beliau dilucutkan jawatannya di dalam kepimpinan Pas di Selangor. Teguran beliau terhadap kepimpinan Pemuda Pas juga bertepatan apabila kelihatan nada ucapan Pemuda seiring dan seirama dengan Pemuda Umno. Meskipun YB Khalid MP dari Selangor iaitu sebuah negeri yang kini boleh dikatakan selamat buat PR dan Pas, tetapi beliau terlalu mengambil berat dan prihatin terhadap kezaliman yang berlaku terhadap PR di Perak.

Baru-baru ini, rancangan Hujah terbitan TV9 yang menampilkan beliau bersama MB Pahang jelas menampakkan beliau mampu berhujah dengan baik dan tenang sekali. Pas amat beruntung mempunyai tokoh seperti ini walaupun bak kata Tuan Guru Nik Aziz susah untuk melihat YB Khalid memakai kopiah atau bersongkok. Penampilan beliau di Parlimen juga amat bermakna sekali dan beliaulah di antara yang berani dan lantang mencabar MP Bebas Pasir Mas, Ibrahim Ali tatkala Ibrahim Ali memperlekehkan Pas. Beliau tetap akan membela Pas walau di mana beliau berada, itulah kelebihan MP Shah Alam ini.

Mungkin nasib tidak menyebelahi beliau dan mungkin beliau juga tidak terlalu gila kepada jawatan, maka Pas masih belum bersedia untuk menerima YB Khalid berada di dalam jawatan penting di dalam Pas. Itu tidak mengapa, asalkan beliau berupaya membantu Pas dari luar agar sentiasa berada di landasan yang betul. Di sebalik ketegasan beliau, YB Khalid adalah seorang yang boleh menerima pandangan orang lain serta bersikap terbuka. Sikap yang suka berterus terang dan tidak `membaling batu sembunyikan tangan' menjadikan YB Khalid adalah salah seorang pemimpin muda di dalam Pas yang mempunyai harapan yang cerah untuk memimpin Pas di peringkat tertinggi nanti.

Harapan kita agar beliau terus istiqomah di dalam perjuangannya. Doa kita agar beliau tidak putus semangat untuk terus menegur kepimpinan yang ada ketikanya terlena dan terbabas dari perjuangan. Benarlah kata Mursyidul Am, Ulamak dan profesional saling berganding bahu untuk memperkasakan perjuangan, dan contoh serta bukti yang boleh kita lihat di dalam Pas sekarang adalah orang seperti YB Khalid ini. / wfauzdin.blogspot.com

TAHNIAH KEPADA MEREKA-MEREKA INI DAN PAS PERLU BANGKIT

Oleh: WFAUZDIN NS

PERLANTIKAN Datuk Mustafa Ali ke dalam jawatan yang lebih kanan dan penting di dalam Pas iaitu selaku Setiausaha Agung Pas memang telah dijangka dan diramalkan ramai pihak. Tahniah dan syabas buat beliau. Tahniah juga buat semua tokoh Pas yang terpilih menganggotai jawatan-jawatan penting di dalam Pas yang baru diumumkan tadi. Kesyukuran juga diucapkan kerana terpilihnya Husam Musa dan Mat Sabu serta Dr Mariah ke dalam AJK Pas Pusat.

Tanpa mahu mengulas panjang tentang perlantikan tersebut, saya cuma dapat menyandarkan harapan agar kesemua tokoh yang terpilih dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan efisyen. Menyelami hati dan perasaan ahli-ahli serta rakan-rakan di dalam PR amat penting bagi membantu mereka melaksanakan tugas dengan lebih adil dan bijaksana. Sikap mengutamakan parti dan jemaah di samping mengutamakan `rakan-rakan serumah' amat penting agar Pas terus berkembang serta dihormati dan disegani rakan dan lawan. Lupakan kisah pahit jika ada, lupakan niat serong jika masih berbuku dihati kerana kepimpinan Pas serta kepimpinan PR telah membuat keputusan muktamad baru-baru ini bahawa PR tetap diutamakan sepertimana kenyataan media oleh DS Anwar semalam.

Kepada YB Husam dan Mat Sabu yang telah dilantik menganggotai AJK Pas Pusat, diharapkan mereka menerimanya walaupun tidak meminta. Tenaga serta buah fikiran kedua-dua tokoh ini amat penting buat Pas dan PR meskipun amat digeruni oleh Umno. Tunaikan janji kelian iaitu untuk menentukan bahawa Pas tidak akan `terperangkap' dengan Umno lagi. Kami mahu agar suara-suara kelian lantang di dalam Pas semata-mata kami mahu Pas sentiasa dihormati dan tidak dicaci selama-lamanya.

Perlantikan Ketua Penerangan yang kini diterajui oleh Us Idris Ahmad memang dialu-alukan kerana beliau juga seorang berpendidikan dan berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama. Beliau juga sentiasa aktif berceramah dan juga aktif di dalam kuliah-kuliah serta usrah. Manakala, kepada tokoh yang akan menerajui akhbar Harakah juga diharapkan berupaya mengekalkan tahap profesional media berkenaan. Perlu diingat, akhbar tersebut kepunyaan parti dan semua ahli parti perlu diberi kepuasan dan keadilan di dalam bahan beritanya. Sekiranya akhbar tersebut semakin merosot pengedarannya, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan cara atau pengisian beritanya.

Mudah-mudahan Pas bangkit selepas ini setelah melutut seketika. Masih banyak perkara yang perlu Pas lakukan selepas ini untuk memperbaiki beberapa `luka dan kecederaan' yang terhasil daripada muktamar yang lalu. Apa yang penting, semua pihak yang mengkritik atau menegur Pas beberapa minggu ini adalah untuk membuktikan bahawa sememangnya `Pas For All' dan kami amat menyayangi Pas. Memang tidak dapat dielakkan, kadangkala kritikan terhadap Pas disertakan dengan sentimen dan emosi yang kadangkala melampau batasan. Di dalam Pas juga begitu, kadangkala bila sesetengah pimpinan Pas mengkritik kerajaan Umno/Bn, mereka juga tidak dapat lari dari sentimen dan emosi apatah lagi melibatkan sesuatu isu yang terlalu mengganggu fikiran mereka. Cuma yang perlu dilihat, isi hati dan isi perut masing-masing samada ikhlas atau tidak meluahkan kritikan. /wfauzdin.blogspot.com

MSO KATA DUA NAIB PRESIDEN PAS SEPERTI `BUDAK SURUHAN'?

Oleh: WFAUZDIN NS

Mohd Sayuti Omar (MSO) di dalam blognya masih rajin mengulas tentang keputusan Muktamar Pas yang baru berlangsung. Saya percaya beliau tentunya merasa amat gembira kerana `ayam sabung'nya telah memenangi jawatan tertinggi Pas Pusat, dan `musuh ketat'nya tewas walaupun majoriti perwakilan terang-terangan menolak idea yang ingin dibawa oleh `ayam sabung' MSO itu. Kini, MSO cuba pula untuk mengulas tentang beberapa jawatan yang agak penting di dalam Pas yang masih belum dilantik.

Baru-baru ini dua Naib Presiden Pas iaitu Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayob bersetuju dan mencadangkan agar Husam Musa dan Mat Sabu dilantik ke jawatan penting di dalam Pas bagi menggambarkan sokongan majoriti perwakilan kepada mereka tidak dipandang remeh oleh Presiden Pas. Apa ulasan MSO terhadap sokongan kedua-dua Naib Presiden tersebut terhadap Husam dan Mat Sabu? Sebahagian daripada petikan ulasan MSO di dalam blognya adalah seperti berikut:

" Lebih malangnya lagi pelobi untuk jawatan ini dilakukan sendiri oleh dua naib presiden. Mahfuz Omar telah mencadangkan supaya Mohamad Sabu dan Husam Musa diberi tempat dalam Dewan Harian. Ianya disokong penuh penuh oleh Sallahudin Ayub. Tindakan kedua-dua naib presiden ini menampakkan sangat mereka adalah dari kumpulan yang menyokong calon presiden yang tewas itu. "Sebenarnya adalah elok kalau Pas memberi perhatian dan tidak mencicirkan peranan kedua-dua calon presiden yang kalah itu dan juga calon-calon lain. Tetapi apabila ianya dilobi sendiri oleh naib presiden ianya kurang elok dan menampakkan kedua naib presiden itu tidak profesional dan masih kelihatan sebagai budak suruhan! " - MSO

Sebenarnya ramai yang sudah mengerti apa tujuan MSO membuat ulasan sedemikian. Semenjak dari awal kempen pemilihan pimpinan di muktamar lagi kita telah lihat bagaimana MSO memainkan peranan bagi menentukan ke mana seharusnya Husam diletakkan. Kini, MSO seperti rasa terjerat kerana beliau menyangka pemikiran yang beliau ada kebetulannya mungkin bersamaan dengan pemikiran Timbalan Presiden Pas sekarang, tidak sama dengan pemikiran majoriti perwakilan yang lain. Beliau seperti tidak berpuas hati sekiranya Husam khususnya diberikan jawatan di dalam Pas kerana ini amat merbahaya di dalam merencanakan bentuk kerjasama dengan Umno nanti.

Menganggap Naib Presiden Pas seperti `budak suruhan' adalah satu anggapan yang berniat jahat dan secara tidak langsung tidak menghormati kehendak majoriti perwakilan. Tidak menjadi kesalahan kepada kedua-dua tokoh tersebut untuk menyokong sesiapa sahaja yang difikirkan boleh membantu menaikkan imej Pas yang kini dilihat agar tercalar. Lebih-lebih lagi tokoh yang disokong oleh kedua-dua Naib Presiden itu adalah tokoh yang dipilih majoriti perwakilan baru-baru ini. Memang benar, mereka boleh mengutarakan sokongan tersebut secara tertutup di dalam mesyuarat tanpa dihebahkan kepada umum, tetapi demi untuk menunjukkan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikan dari ahli-ahli Pas maka sokongan secara terbuka itu amat bijak sekali. Apatah lagi kenyataan Mahfuz dan Sallehuddin tersebut tidak ada kena mengena dengan strategi parti yang perlu dirahsiakan. Tidakkah Dewan Ulamak juga sebelum ini secara terbuka malah lebih terbuka mengusulkan agar tiga jawatan utama di dalam Pas diberikan kepada Ulamak? Bukankah itu kempen secara terbuka yang dilakukan sebelum pemilihan dibuat? Mengapa MSO tidak mengkritiknya?

Pada pandangan saya, sokongan kedua-dua Naib Presiden Pas itu kepada Husam dan Mat Sabu amat tepat sekali jika inginkan perpaduan dan memulihkan semula imej Pas sekarang. Husam tentunya tidak rugi apa-apa jika tidak terpilih sekali pun kerana beliau masih Exco dan Adun di Kelantan, manakala bagi Mat Sabu pula beliau sudah lali dengan kekalahan. Tetapi, kedua-duanya adalah panglima kepada Pas dan oleh kerana itulah Umno amat gerun dengan kedua-duanya sama seperti `gerun'nya MSO kepada Husam. Mungkin berita buruk buat MSO apabila isu Kerajaan Perpaduan telah di `noktah'kan sepertimana kenyataan media yang baru diumumkan oleh DS Anwar yang sebelum itu telah berbincang dengan Lim Kit Siang serta Tuan Guru Hj Hadi. Mereka tetap menolak Umno dan akan terus memperkuatkan PR.

Selesai isu Kerajaan Perpaduan, MSO mungkin boleh mengulas pula tentang isu `siapa yang terlibat menaja muktamar' baru-baru ini. Saya belum mahu mengulas isu tersebut kerana belum ada seorang pimpinan pun yang membuka mulut tentang isu yang telah dibangkitkan oleh perwakilan dari Shah Alam semasa muktamar berlangsung. Saya menjangkakan persoalan yang ditimbulkan oleh Ir Khalid Abdul Samad (Perwakilan Shah Alam) akan dijawab oleh mana-mana pihak yang berkenaan di dalam Pas semasa penggulungan, tetapi malang sekali ia terhenti setakat itu sahaja. Menjadi penaja tidak salah, cuma yang diragui oleh mereka adakah tepat kita memilih syarikat berkenaan untuk menaja sebuah parti yang semulia ini? Penaja yang punyai rekod yang tidak baik walaupun kaya raya tidak seharusnya melibatkan diri di dalam muktamar parti seperti Pas ini./wfauzdin.blogspot.com


SAIFUL BUKHARI BIMBANG BILA DS ANWAR MINTA BAHAN BUKTI?

Oleh: WFAUZDIN NS

SAIFUL BUKHARI pemuda yang menuduh DS Anwar meliwatnya merasa seperti hairan apabila peguam DS Anwar memohon agar segala dokumen serta bukti CCTV yang berkaitan dengan kes tersebut diserahkan kepada DS Anwar untuk persediaan pembelaan. Di dalam blog Saiful pemuda yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Pusrawi bahawa tiada kesan liwat ke atasnya, seolah-olah membayangkan DS Anwar takut untuk menghadapi perbicaraan kes tersebut nanti. Saya tidak tahu sejauh mana cerdiknya si Saiful ini apabila beliau turut bimbang jika kes tersebut di`tendang' lebih awal sebelum perbicaraan.

Jika Saiful merasa beliau punya bukti dokumen atau CCTV yang boleh mengaitkan tuduhan DS Anwar telah meliwatnya (samada paksa atau sukarela), apa yang perlu ditakuti oleh beliau? Serahkan sahaja keperluan yang dikehendaki oleh peguam DS Anwar demi memberikan hak dan keadilan kepada orang yang beliau tuduh itu. Apakah kesemua bukti tersebut jika diserahkan kepada peguam DS Anwar maka di pihak beliau tiada salinannya? Jangan cuba mengaitkan DS Anwar seorang yang takut berhadapan dengan mahkamah kerana DS Anwar sudah lali dengan `permainan' mahkamah yang bermacam ragam ini. Mungkin Saiful yang bimbang berhadapan dengan mahkamah takut-takut lidah terkelu nanti atau berbelit-belit hingga memakan diri.

Persoalan ramai orang sekarang mengapa Saiful masih berdiam diri ke atas laporan oleh doktor Pusrawi yang mengesahkan dubur beliau tiada mempunyai kesan liwat? Bukankah laporan itu menggambarkan bahawa beliau telah membuat aduan palsu? Sekiranya beliau berani mempertahankan maruah dirinya sekiranya maruah itu masih ada, sewajarnya Saiful menyaman doktor berkenaan atau pihak Hospital Pusrawi. Mengapa ini tidak dilakukan? Saya teringat juga kisah seorang pemimpin yang telah dituduh berbagai-bagai oleh akhbar media asing berkaitan kes jenayah, sehingga kini pemimpin berkenaan diam terkedu. Tiada tindakan atau teguran pun terhadap media tersebut sedangkan jelas laporan media berkenaan mencemarkan nama baiknya yang kebetulan pula seorang pemimpin besar. Di mana sikap berani kerana benar?

Dalam kes Saiful ini, saya harap Saiful bertenang kerana bukan sikap DS Anwar untuk menyembunyikan diri apatah lagi beliau merasa beliau tidak bersalah bahkan beliau merasa bahawa tuduhan ini adalah lanjutan daripada mainan fitnah yang terdahulu. Saiful seharusnya yang perlu bersedia mulai sekarang untuk berhadapan dengan hujah-hujah peguam DS Anwar dan tidak mustahil DS Anwar sendiri akan berhujah dengan beliau. Jika perlu ada skrip yang perlu dihafal, hafallah mulai sekarang. Jangan nanti tersangkut-sangkut sebagaimana Saiful melakukan `akad' Sumpah Laknat sebelum ini. Tentu malu bukan?

Rakyat sudah tentu menantikan episod menarik selepas ini. Rakyat juga sudah tentu bersedia menerima siapa jua hakim yang ditetapkan untuk menghakimi kes ini nanti sepertimana rakyat telah dibiasakan dengan berbagai jenis hakim di dalam kes liwat DS Anwar yang terdahulu dan kes krisis di Perak baru-baru ini. Hakim di dunia sudah pasti tidak sama dengan hakim di Akhirat nanti. Lain-lain artikel klik wfauzdin.blogspot.com

ISU TAJA MUKTAMAR PAS - SATU PERKARA LAGI PAS PERLU JAWAB?

kemaskini 6.25pm - Selepas tamatnya muktamar agung PAS hujung minggu lalu, kini timbul persoalan di kalangan pemimpin dan penyokong parti itu tentang pihak yang menaja persidangan itu.

Satu sumber memberitahu, 12 pemimpin tertinggi parti itu ditaja penginapan mereka oleh individu yang tidak dikenali, diragui mempunyai kaitan dengan Umno. Manakala satu sumber yang lain memberitahu Malaysiakini, hanya sembilan bilik pemimpin atasan parti ditaja oleh pihak luar.

Sumber-sumber berkata, pembayaran untuk sewaan bilik di sebuah hotel lima bintang di Shah Alam bagi tempoh tiga hari sejak hari pertama muktamar 5 Jun lalu dibuat atas nama seorang bekas peguam dari Perlis. Selain dakwaan pembabitan orang Umno dalam penginapan hotel, Ahad lalu, seorang perwakilan mempersoalkan tindakan PAS menerima tajaan sebuah syarikat besar untuk menjayakan muktamar tersebut. Khalid Samad, juga yang dipertua PAS Shah Alam, melontarkan tuduhannya ketika membahaskan usul menggesa penubuhan suruhanjaya diraja siasatan kes rampasan kuasa BN di Perak awal tahun ini.

Beliau, juga ahli parlimen Shah Alam, mempertikaikan syarikat konsesi air Puncak Niaga – yang bertegang urat dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam isu air – yang meletakkan iklannya di bahan muktamar. "Apalah sepanduk Puncak Niaga berbanding mashaf al-Quran di hujung lembing? Apalah iklan Puncak Niaga di hadapan majalah yang diedarkan berbanding degan mashaf al-Quran di hujung lembing?" katanya. "Kita kenal lawan kita. Mereka sanggup membelanjai (membiayai) segala perbelanjaan kita (bermuktamar) pada hari ini dan hari-hari sebelum ini, membayar hotel-hotel kita kalau perlu."

Beliau menyindir usaha pengendalian muktamar oleh PAS Selangor dengan mengambil iktibar sejarah perang Siffin antara puak Muawiyah Abu Sufian dengan angkatan Ali Abu Talib dalam perebutan kuasa khalifah. Muawiyah, seorang ahli politik yang licik, mencadangkan majlis tahkim atau perundingan di tengah-tengah perang di luar Madinah dengan mengangkat kitab suci di hujung lembing sebagai lambang gencatan senjata yang akhirnya memecah-belahkan kumpulan tentera Ali.

Pada hari terakhir muktamar PAS Ahad lalu, satu risalah berukuran tabloid yang melaporkan perjalanan sepanjang persidangan tiga hari parti itu diedarkan kepada lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara dan petugas media. Dalam bahan edaran itu, disiarkan iklan besar Puncak Niaga di bahagian bawah muka depannya.

Sementara di luar tempat persidangan sekitar Stadium Malawati di Shah Alam, tempat muktamar itu berlangsung, syarikat konsesi itu turut menggantungkan kain rentangnya. Puncak Niaga juga membuka pondok pameran mereka di kawasan gerai-gerai jualan bersempena muktamar itu. Sumber-sumber bagaimanapun tidak jelas berhubung nilai tajaan yang diterima PAS bagi menganjurkan muktamar itu, termasuk bayaran iklan Puncak Niaga.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan tuan rumah muktamar, PAS Selangor tidak berhasil setakat ini. Difahamkan pesuruhjaya negeri itu Datuk Dr Hassan Ali sedang menghadiri sebuah program sewaktu dihubungi sebentar tadi. Ketua Penerangan PAS Selangor yang juga setiausaha presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir enggan mengulas isu ini sewaktu dihubungi petang ini./Malaysiakini

KERAJAAN PERPADUAN BAKAL BERAKHIR - KENYATAAN DS ANWAR

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Rabu, 10 Jun 2009

SEGERA TARIK BALIK UCAPAN BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN

"Menang sorak, jangan parti tergadai"

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam Pas iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden Pas di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama Pas dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama Pas dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur keranadi Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.

Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti.

Setelah mereka inigagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?/ wfauzdin.blogspot.com

KISAH MENARIK DIJADIKAN PANDUAN

Seekor kerbau sedang meragut rumput di tepi sebuah sungai. Tiba-tiba terdengar laungan meminta pertolongan. Sang Kerbau tercari-cari di mana suara itu datang. Lalu nampaklah ia seekor buaya sedang meraung meminta pertolongan. Badannya dihempap sebatang pokok yang besar.

Sang Kerbau mendekati buaya itu dan Sang buaya terus bersuara. " Wahai Sang Kerbau, tolonglah aku. Sudah lama aku tidak dapat bergerak kerana dihempap pokok ini" rayu Sang Buaya. " Bagaimana engkau boleh dihempap pokok ini" tanya Sang Kerbau. Sang Buaya menjawab " Sebelum pukul 19.69 tadi, aku mahu menunjukkan kehebatan aku dalam sungai ini. Aku ingin menunjukkan kekuatan ekorku. Lalu aku melibas pokok-pokok di tepi sungai ini. Namun, aku tidak bernasib baik. Salah satu pokok yang aku libas telah terbalik dan menghempap badanku" cerita Sang Buaya " Bagaimana aku boleh menolong engkau, nanti engkau akan memakan aku" tanya Sang Kerbau. " Kita kan sama-sama binatang jadi mestilah tolong-menolong bagi menghadapi musuh kita, manusia. Engkau pun tentu tak suka kepada manusia. Tak kan aku hendak memakan engkau sedang engkau juga binatang" kata Sang Buaya " Betul juga, aku memang benci manusia. Manusia hari-hari kerah aku untuk tarik tenggala sawah. Hari ini pun aku lari dari manusia kerana tak tahan dengan kerahan manusia" kata Sang Kerbau " Jadi apa tunggu lagi, marilah tolong aku. Engkau binatang, aku pun binatang. Kita bersama-sama dalam barisan binatang. Engkau ada tanduk yang kuat, tunjukkan kehebatan engkau. Kita lawan semua manusia" seru Sang Buaya.

Sang Kerbau berasa megah dipuji Sang Buaya. Sang Kerbau pun menggunakan tanduknya mengangkat batang pokok yang menghempap Sang Buaya. 19.74 am - Tiba-tiba, Sang Buaya menangkap kaki Sang Kerbau dan cuba menarik Sang Kerbau ke dalam sungai untuk dibahamnya. Lagipun Sang Buaya dah beberapa hari tak makan. " Bukankah kita dah berjanji, kita dalam barisan binatang. Aku telah menolong engkau sebab kau binatang. Mengapa engkau nak memakan aku pula. Tolonglah lepaskan aku" rayu Sang Kerbau " ha.ha.ha, mengapalah engkau bodoh sangat, aku hanya memperdayakan engkau untuk melepaskan badan aku dari batang pokok itu. Sekarang, aku sudah dapat tenagaku semula, jadi aku tak kan melepaskan engkau sebagai makananku. Engkau adalah makanan aku" kata Sang Buaya dengan megah.

Sang Kerbau meraung meminta pertolongan. Kebetulan seekor Kancil lalu di situ dan mendengar laungan Sang Kerbau. Sang Kancil bertanya, " Apa yang berlaku wahai Sang Kerbau" Sang Kerbau pun menceritakan peristiwa yang berlaku kepada Sang Kancil. Apabila selesai mendengar cerita Sang Kerbau. Sang Kancil menyuruh pula Sang Buaya menceritakan peristiwa yang sama. Kemudian, Sang Kancil pun berkata, " aku tidak percaya kepada kedua-dua kamu, sekarang cuba kamu ulang semula kejadian ini dari mula sampai akhir.

Sang Kerbau dan Sang Buaya bersetuju dengan Sang Kancil. Sang Buaya melepaskan kaki Sang Kerbau dan Sang Kerbau mengangkat semula batang pokok, lalu dihempap semula di atas badan Sang Buaya. 20.09 am - Kemudian, Sang Kerbau cuba menghulurkan kakinya kepada Sang Buaya untuk mengulang kejadian yang berlaku. Pada ketika itu, Sang Kancil melarang sambil berkata, " Hoi! Sang Kerbau janganlah engkau terlalu bodoh menyerahkan dirimu kepada Sang Buaya. Tidak tahukah engkau, Sang Buaya telah menipumu" Sang Kerbau menjawab, " bukankah Sang Buaya itu binatang jadi salahkah aku menghulurkan bantuan sebagai tanda perpaduan sesama binatang" " Perpaduan kepala otak engkau. Bukankah kamu tahu, Sang Buaya itu penipu dan akan memakan kamu. Kamu masih lagi, hendak bersatu dengan Sang Buaya jahat ini. Biarkan dia mampus" tegas Sang Kancil Sang Buaya merayu lagi kepada Sang Kerbau, " Tolonglah Sang Kerbau, bukankah kita sama-sama binatang. Marilah kita bentuk perpaduan sesama binatang." Sang Kerbau berbelah bagi sama menghulurkan bantuan kepada Sang Buaya atau membiarkan buaya mampus di situ.

Cerita belum berakhir. Tunggulah episod seterusnya. Penulis kemukakan karya yang dihantar kepada penulis untuk tatapan bersama.. http://tulahan.blogspot.com/

VIDEO YB KHALID ABDUL SAMAD `MENGAMUK' DI MUKTAMAR

VIDEO YB KHALID ABDUL SAMAD `MENGAMUK' DI MUKTAMAR

RAIS YATIM, SI PENAKUT YANG MAHU BERSUARA

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA menyebut nama Rais Yatim, teringat pula saya kisah `keberanian' beliau mencabar Zaid Ibrahim untuk berdebat secara terbuka berkaitan soal imej PM yang beliau sanjungi itu. Keberanian beliau itu tidak lama bertahan, tidak sampai beberapa hari Zaid Ibrahim secara terbuka menyahut cabaran menteri yang juga bekas tokoh Semangat 46 yang `telah membakar jambatan'nya dengan Umno dahulu. Zaid Ibrahim menyerahkan kepada Rais untuk menetapkan tarikh, masa dan gelanggang perdebatan yang ingin diadakan itu. Malangnya, Ahli Parlimen Jelebu itu sehingga kini membisu seribu bahasa. Ini pantun orang Jolobu buat Rais, " Ke Jelobak Ke Jolobu, Tuai Padi Tigo Tangkai, Penakut Sungguh Orang Jolobu, Panjang Gigi Yo Dari Misai".

Baru-baru ini Rais bersuara lagi. Tetapi kali ini beliau memuji Presiden Pas pula kerana katanya seorang yang berpandangan jauh kerana hajat Pas untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno. Di dalam masa yang sama Rais Yatim yang tewas di dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno itu mengherdik PKR dan DAP kerana membantah idea Pas tersebut. Rais berkata, idea Kerajaan Perpaduan itu adalah hak Pas dan parti-parti lain tidak perlu campur tangan. Wah, Rais kini menjadi pembela Pas yang kuat sepertimana sewaktu beliau di dalam Parti Semangat 46 yang `hilang semangat' itu. Takut sungguh Rais sekiranya Kerajaan Perpaduan yang baru di peringkat cadangan itu gagal dilaksanakan.

Hajat Rais, mudah-mudahan Pas akan mengikut jejak langkah beliau yang `cerdik' sewaktu membawa keluar Semangat 46 dari Gagasan Rakyat yang dibina bersama Pas suatu ketika untuk kembali `melutut' kepada Umno. Memang beliau cerdik, kerana sebaik sahaja beliau serta rakan-rakannya dari Semangat 46 `merangkak' ke dalam Umno, beliau kini sudah menjadi menteri. Kemasukan Rais serta tokoh-tokoh Semangat 46 ke dalam Umno benar-benar menyelamatkan Umno kerana Rais tidak lagi bersuara seperti sewaktu di luar Umno. Dengan hanya berjabat tangan dengan pemimpin Umno sebagai tanda `perpaduan' atau `bertaubat', maka, selesai semua perkara di dalam Umno seperti isu rasuah, kronisma dan berbagai-bagai lagi yang pernah Rais tuduh terhadap pemimpin Umno.

Mungkin itulah yang diinginkan oleh Rais untuk Pas ikuti. Saya tidak tahu samada ada atau tidak pimpinan Pas yang mempunyai otak dan akal `sebijak' Rais Yatim ini. Apa yang pasti, Rais pasti gagal kerana jika ada pun pimpinan Pas termakan dengan cara Rais untuk menunjukkan `perdamaian' sepertimana Semangat 46 pernah tunjukkan, rakyat sudah tentu boleh berfikir sebaliknya. Pada rakyat, jika Pas sudah tidak larat lagi untuk berjuang, bersusah payah membela nasib mereka, rakyat boleh memilih pihak lain yang masih mampu bertahan menahan segala cabaran sehingga rakyat mencapai kemenangan. Saya tidak percaya pimpinan Pas bercita-cita untuk menaiki puncak dengan begitu mudah dan selesa seperti yang telah Rais Yatim lakukan.

Saya tidak hairan jika PKR atau DAP yang mempunyai niat untuk bersama Umno atau Bn, kerana parti tersebut kebanyakan tokohnya lahir dari darah daging Umno/Bn. Tetapi, amat memalukan jika parti berkenaan terus komited menentang Umno sedangkan Pas memikirkan yang sebaliknya. Peluang hanya datang sekali, dan Pas kini mempunyai peluang terbaik untuk menjadi parti pengganti kepada Umno dengan dasar yang lebih baik dan mulia. Sekiranya peluang ini dilepaskan, maka entah kurun ke berapa kita akan dapat lihat Pas mampu bangkit kembali./ wfauzdin.blogspot.com

MASIH KU KENANG AMANAT TUAN GURU

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.

SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat. Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau. "Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian. "Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.

Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS. Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian. Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti. Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat. "Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian. "Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.

Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. - Harakahdaily

'Unity Govt': Tutup mulut - PAS


09 Jun 2009 2:36PM

Oleh Nurul Ain Mohd Hussein

KL: PAS meminta pemimpin kesemua peringkat parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan isu kontroversi idea kerajaan perpaduan.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Saya merayu kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan bukan sahaja bekerja keras dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai, saya juga menyeru agar mereka menghentikan segala kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh beri kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan," katanya pada sidang media berkaitan pilihan raya kecil DUN Manek Urai hari ini.

Jelas beliau, isu tersebut telah disalah tafsir oleh pihak-pihak tertentu terutamanya di kalangan pemimpin Pakatan dan akan menimbulkan persepsi negatif kepada penyokong-penyokong parti itu.

“Idea kerajaan perpaduan memang dilontarkan oleh Presiden PAS, (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tapi ia sekadar satu teori dan konsep sahaja. Ia tidak ada dibincangkan dalam bentuk keputusan sehingga dimaklumkan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas itu ada pertemuan empat mata antara Hadi, Datuk Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS), Anwar dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang konsep kerajaan perpaduan.

"Bagaimanapun idea itu ditolak oleh Tuan Guru (Nik Aziz)... Mungkin di sini ada timbul kekeliruan di pihak DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam yang mendakwa DAP tidak mengetahui mengenai idea kerajaan perpaduan yang dilontarkan oleh Hadi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP meminta pimpinan tertinggi PAS menerangkan mengenai konsep kerajaan perpaduan kepada mereka dalam mesyuarat Pakatan yang akan datang.

“Saya rasa semua perkara ini berbagkit daripada salah faham tapi kalau diterangkan secara jelas mungkin ia (isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit,” katanya.

Tegasnya, isu kerajaan bukan satu isu yang berbangkit kerana Pakatan mempunyai perkara yang lebih penting untuk diberikan perhatian terutamanya pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

“Pada saya tak perlu bincang soal kerajaan perpaduan kerana tujuan kita nak benam Umno dan lawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya yang akan datang... dalam muktamar baru-baru ini pun isu kerajaan perpaduan bukan agenda utama,” katanya.

Namun demikian, beliau menegaskan pandangannya itu bersifat peribadi dan apa jua keputusan yang diputuskan oleh parti mengenai pendirian isu tersebut akan dipatuhi.

“Saya setuju kalau PAS nak buat kerjasama dengan sesiapa kerana adalah salah untuk tutup pintu perbincangan kerana berbincang bukannya kita nak masuk Umno atau BN,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan jentera PAS menjelang pilihan raya DUN Manek Urai, Mustafa berkata, jentera pilihan raya parti itu telah bersiap dan mereka akan menggunapakai format jentera yang digunakan ketika menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Kuala Terengganu.

“Jentera Pilihan Raya PAS (JPP) terbahagi kepada dua peringkat iaitu Jentera Induk Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Jentera Operasi di peringkat negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Fatah Harun.

“JPP akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini kerana Jentera Pilihan Raya PAS peringkat negeri Kelantan akan mengadakan tinjauan di sembilan peti undi dengan dibantu oleh jentera pilihan raya negeri-negeri lain,” katanya.

Tegasnya, PAS menganggap pilihan raya kecil DUN Manek Urai sebagai sesuatu yang serius, bukan satu perkara main-main kerana parti itu akan berhadapan dengan saingan daripada Umno dan BN.

“Oleh kerana mereka (BN) akan bertanding maka tugas saya hari ini untuk benamkan Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya DUN Manek Urai,” katanya. / Mstar
Lain-lain artikel berkaitan klik sini

Selasa, 9 Jun 2009

MAKA, SI KELEMBAI PUN BERBUNYI....

Oleh: WFAUZDIN NS

TENTU tidak asing lagi buat pengunjung-pengunjung blog tentang blog Sang Kelembai bukan? Saya lebih senang menyebutnya Si Kelembai kerana lebih sopan pada saya. Si Kelembai ni nama sebenarnya Zahrain yang baru kembali `mengucap' akad untuk bersama Umno bersama dengan Tun Mahathir. Seperti Tun juga, Si Kelembai ini bukan main lagi menghentam Umno sebelum ini tetapi biasalah, bila sudah diterima masuk kembali dalam parti yang pernah `diludah'nya, Si Kelembai pun melihat Umno seperti melihat `syurga', semuanya indah belaka.

Di dalam blognya bau-baru ini, Si Kelembai amat marah dengan kumpulan majoriti di dalam Pas yang menentang bentuk kerjasama atau Kerajaan Perpaduan yang telah dicadangkan oleh Presiden Pas di dalam muktamar baru-baru ini. Beliau menyatakan sekiranya Kerajaan Perpaduan ini terlaksana, maka yang lebih rugi adalah Umno, katanya. Ini bermaksud Pas yang untung besar. Lucu bukan? Tidak hairan kita sesiapa yang kembali menyembah Umno setelah diterajang keluar pasti akan dilanda penyakit `kurang cerdik' dari sebelumnya. Lihat sahajalah kepada Raja Sesumpah Ezam, Lokman dan beberapa orang lagi tu. Jika dahulu mereka dilihat cerdik dan pintar di dalam hujah dan pendapat mereka, tetapi apabila `tersisip' sahaja `keris telanjang' Umno di pinggang, maka hilanglah kewarasan. Maka, mereka akan mencari `kipas lipas' pula untuk terus mengipas orang-orang atas Umno sekarang.

Si Kelembai pun begitu juga. Tidak masuk akal apabila beliau menyatakan Umno yang rugi jika Pas bekerjasama dengan Umno menubuhkan Kerajaan Perpaduan. Ini kerana katanya Umno akan kehilangan beberapa negeri seperti Kedah (bukan sekarang Umno dah hilang Kedah ke?) dan terus akan kehilangan negeri Kelantan (tanpa Kerajaan Perpaduan, Kelantan boleh ditawan Umno ke?). Oleh sebab itu, Si Kelembai hairan mengapa ada kumpulan dalam Pas (majoriti sebenarnya) yang tidak mahu kepada Kerajaan Perpaduan ini. Maksudnya, Umno sanggup rugi kerana Kerajaan Perpaduan ini. Lucu kan? Oleh kerana Umno sanggup rugi dan kehilangan kuasa kononnya, maka Umno setuju benar dengan cadangan Pas untuk bekerjasama dengan parti tersebut. Lagi lucu bukan? Si Kelembai pun berkata, Umno itu adalah Melayu, dan memperjuangkan Melayu sama juga dengan memperjuangkan Islam. Wah, ini tidak lucu tapi baghal serta jahil. Contoh diberi oleh Si Kelembai, di Palestine mereka gagal kerana menentang Israel kerana tiadanya semangat kebangsaan di Palestine. Lagi teruk pandangan ini. Maksudnya, sesiapa yang berjuang atas dasar kebangsaan pasti kuat. Kalau begini keadaannya, maka jika Kerajaan Perpaduan ini wujud nanti Pas terpaksa berjuang atas dasar kebangsaan. Tidak mungkin berlaku. Apa yang berlaku di Palastine adalah kerana perjuangan kumpulan Fatah sewaktu pimpinan Yasser Arafat adalah perjuangan Nasionalis, maka sebab itu Fatah tidak pernah berjaya. Manakala kumpulan Hamas adalah perjuangan atas dasar Islam bukan bangsa Palestine. Sebab itulah Hamas amat ditakuti oleh musuh-musuh Islam.

Pas juga berjuang atas dasar Islam bukan Nasionalis, sebab itu Pas semakin ditakuti dan disegani. Umno berjuang atas dasar kebangsaan sehingga melihat kepada namanya pun sudah tahu. Hanya sekarang, Pas cuba dikaitkan atau digabungkan dengan perjuangan Umno, maka imej Pas mula kelihatan tercalar. Di sana sini orang menyebut tentang Pas termasuk yang Non Muslim. Mereka mula sangsi dengan arah tuju Pas sekarang. Memang benar, Umno dan PKR kedua-duanya bukan parti yang mempunyai dasar seperti Pas. Tetapi mengapa Pas perlu bersama PKR daripada bersama Umno? Ini adalah kerana PKR lebih komited, jujur serta bersikap terbuka dengan perjuangan Pas. PKR banyak memainkan peranan mendamaikan kehangatan di antara DAP dan Pas. Malah, PKR dan DAP bukan sahaja bercakap tetapi telah membuktikan di bawah kerajaan yang mereka kuasai dengan dasar yang lebih telus dan bersih. Umno pula bagaimana? Jangan cerita tentang pentadbiran kerajaan negeri di bawah Umno, kita tengok ketua yang memimpin kerajaan tersebut pun kita sudah tahu. Melaka, sebagai contoh Ketua Menterinya Ali Rustam. Ali Rustam pernah disabitkan atas kesalahan rasuah oleh Lembaga Displin Umno baru-baru ini. Bagaimana hendak menilai Umno menentang rasuah jika begini keadaannya?

Sekali lagi kita mohon agar Pas lupakan sahaja Umno. Selamatkan ahli-ahli Umno dan bawa mereka bersama kita lebih penting dari selamatkan Umno. Umno tidak lagi releven bukan sahaja kepada orang-orang Melayu, malahan tidak releven lagi untuk mana-mana kaum sekali pun. Pilihan rakyat kini adalah PR dan Pas tidak akan rugi jika terus bersama PR. Biarkan Si Kelembai dengan kelembai-kelembainya...biarkan..biarkan..!!

Lain-lain artikel klik sini

TUTUP TAJUK KERAJAAN PERPADUAN SEBELUM PRK DUN MANEK URAI

Alangkah baiknya jika suasana ini dapat dikekalkan....

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Kecil Dun Manek Urai tidak beberapa minggu sahaja lagi. Difahamkan Pas kini telah pun menggerakkan jenteranya manakala Umno masih `berkubu' dan belum pun bersedia untuk mengangkat senjata. Apakah ini strategi Umno iaitu memerhatikan terlebih dahulu perkembangan yang melanda Pas serta PR sekarang? Sudah tentu isu Kerajaan Perpaduan yang dihebohkan sekarang amat menarik minat Umno untuk dijadikan `senjata' kempen dan propaganda mereka di Manek Urai nanti.

Kita tidak boleh memandang remeh isu ini kerana ianya telah melibatkan soal prinsip dan pakatan kerjasama di dalam PR. Benar, di Manek Urai sokongan PR tidak diperlukan sangat memandangkan hampir 100% pengundi di Manek Urai terdiri dari orang-orang Melayu dan Manek Urai adalah kubu kuat Pas. Fungsi PKR terutamanya adalah untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Melayu dan bukan Melayu untuk menyokong PAS, manakala fungsi DAP pula tentunya untuk menarik kaum Cina menyokong Pas. Ini lah kehebatan PR yang paling ditakuti oleh Umno/Bn. Komitmen pengamal media alternatif seperti Bloggers juga memainkan peranan penting di dalam membantu Pas dan PR dalam setiap pilihanraya. Terbukti, media-media alternatif seperti ini diakui kehebatannya oleh Umno/Bn yang menyebabkan kerajaan Bn hilang 2/3 majoritinya di dalam Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu.

Apakah kita boleh bersenang lenang dengan kekuatan yang ada sekarang? Jawapannya sudah pasti tidak kerana kini kita dibelenggu oleh masalah keyakinan di dalam PR. Muktamar Pas baru-baru ini yang dijangkakan menaikkan semangat serta iltizam semua ahli-ahli Pas terhadap PR dan mengiktiraf Umno sebagai musuh politik utamanya ternyata gagal sama sekali. Malah, kemelut di dalam Pas bermula lebih hebat dari sebelum pilihanraya umum yang lalu. Ini adalah kerana gara-gara pendekatan secara berhikmah untuk bekerjasama dengan Umno dan lahirlah istilah Kerajaan Perpaduan. Kita tidak boleh mempersalahkan rakyat yang mungkin terkeliru dengan pendekatan yang pimpinan Pas rancang ini. Pimpinan sehingga kini bukan sahaja gagal untuk meyakinkan rakyat akar umbi, bahkan mereka juga gagal untuk meyakinkan pimpinan PR yang lain. Penjelasan beberapa tokoh di dalam Pas untuk memperjelaskan isu Kerajaan Perpaduan ini dilihat bercanggah satu sama lain menyebabkan isu ini `tergantung tidak bertali'.

Bukan rakan-rakan di dalam PR mencemburui konsep kerjasama yang ingin dilakukan oleh Pas dengan Umno, tetapi mereka ingin penjelasan apakah konsep itu lebih menguntungkan Umno atau PR malah menguntungkan rakyat juga? Jika pendekatan ini hanya semata-mata untuk menunjukkan Pas sanggup bertoleransi dengan Umno demi menyelamatkan rakyat dari belenggu rasuah, kronisma, ekonomi yang tidak menentu, maka tiada bezanya seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pembangkang DS Anwar bahawa PR sanggup bersama kerajaan untuk tujuan-tujuan tersebut. Oleh yang demikian, mengapa perlu lagi Pas bercakap soal Kerajaan Perpaduan kerana sudah jelas PR akan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat. Apabila Pas terlalu menekankan soal Kerajaan Perpaduan dalam kaedahnya sendiri, maka tidak hairanlah masalah keyakinan seperti sekarang berlaku.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya Kerajaan Perpaduan itu nanti soal rasuah, kronisma, ekonomi yang merudum, pendidikan serta masalah sosial dan agama akan selesai? Tiada penyelesaian kepada semua permasalahan tersebut sekiranya kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan semua skandal berkenaan. Kita berunding dengan siapa sebenarnya? Bukankah pemimpin mereka itu pun kita sendiri kata terlibat dengan berbagai skandal? Lainlah sekiranya mereka yang terlibat di dalam berbagai isu rasuah dan penyelewengan itu tidak lagi bersama parti yang ingin kita jadikan Kerajaan Perpaduan itu. Sebagai contoh, amat melucukan bila mana Ketua Menteri Melaka Ali Rustam pun bersetuju sangat dengan Kerajaan Perpaduan tajaan Pas ini. Begitu juga dengan Najib yang kita semua tahu latar belakang serta imejnya. Mereka masih menjadi pemimpin utama di pihak parti mereka dan inikah orangnya untuk kita berpakat?

Saya benar-benar berharap agar isu Kerajaan Perpaduan ini dinoktahkan samasekali sebagaimana Tuan Guru Presiden pernah berkata tiada lagi Kerajaan Perpaduan sejurus Najib mengambil alih kerusi PM dari Pak Lah. Muktamar sebelum ini juga menentang pendekatan itu sebaliknya inginkan PR sebagai `Government Waiting'. Niat yang baik kadangkala tidak disukai ramai apabila kaedah dan perlaksanaannya tidak kena malah terpesong. Tugas Pas dan juga PR seharusnya untuk menyelamatkan ahli-ahli Umno dari terus berada di dalam parti yang hampir karam itu, bukan tugas kita untuk menampal segala lubang yang bocor pada bahtera Umno yang semakin reput tersebut.

Sewajarnya isu ini diselesaikan secepat mungkin sebelum PRK Dun Manek Urai. Jika tidak, suasana kempen dan keceriaan sesama kita di dalam Pas serta PR mungkin kelihatan suram nanti. Mungkin semangat petugas-petugas kempen dan jentera agak luntur kerana mereka merasakan seolah-olah mereka akan berperang dengan parti yang bakal bersama Kerajaan Perpaduan. Percayalah, kesemua pandangan mereka yang seolah-olah mengkritik kepimpinan Pas bukan kerana mereka bencikan Pas tetapi kerana terlebih sayang kepada Pas. Kami semua mahu Pas terus mendominasi PR satu hari nanti dan pada kami Umno semakin hampir untuk ditalkinkan. Buktikan di Manek Urai nanti, InsyaAllah.

Lain-lain artikel sini

Jom Kongsi Dalam FB Anda