RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 9 Mei 2015

KEBIJAKSANAAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI PERMATANG PAUH WAJAR DIPUJI

AZIZAH akhirnya menang di Permatang Pauh dengam majoriti menghampiri 10K juga.  Calon yang menentang Kak Wan adalah seorang lelaki, kontraktor muda berjawatan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.  Lojik di atas kertas, tentulah tokoh muda ini boleh menang mudah apatah lagi dibantu oleh segala jentera kerajaan termasuk media kawalan Umno.

Kak Wan sedar dia bakal menghadapi kesukaran di Permatang Pauh bukan kerana Umno kuat di situ tetapi terdapat sedikit masalah persefahaman di dalam PR di Permatang Pauh.  Awal-awal lagi Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Yusni Piah telah memberikan amaran dan 'ugutan' kepada KEADILAN yang bertanding.  Walaupun isu tersebut telah lama, peliknya sengaja diungkit sewaktu menjelang PRK Permatang Pauh.  Mengapa tidak cuba ditimbulkan lebih awal?  

Apakah benar kritikan dari AMK P.Pinang kepada Presiden PAS itu boleh dianggap menghina?  Apakah selama ini PAS tidak pernah mengkritik KEADILAN atau Ketua Umum mahu pun Presiden?  Bolehkah kita anggap PAS menghina?  Presiden PAS pernah menjaja ke merata-rata tempat memberitahu Kak Wan tidak layak sebagai MB Selangor.  Beliau juga pernah menuduh calon-calon dari KEADILAN terlibat dengan mengedar pil kuda tetapi sehingga kini gagal dibuktikan.  Kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Hj Hadi menang kes bukan kerana beliau tidak melakukan 'fitnah' tetapi beliau menang kes kerana beliau tidak sebut nama siapa pengedar pil kuda itu.  KEADILAN tidak pernah meletakkan syarat agar PAS memohon maaf sewaktu kempen PRK di Dun Pengkalan Kubur, Dun Chempaka dan juga di Rompin baru-baru ini.

Aku tidak menyalahkan PAS kesemuanya kerana PAS Pusat secara resmi menyokong calon KEADILAN di Permatang Pauh seperti juga KEADILAN menyokong calon-calon PAS di PRK kawasan-kawasan tersebut.  Aku hanya terkilan di atas sikap beberapa pimpinan yang hanya mementingkan diri dan masih ada perasaan dendam kesumat.  Dukacita sekali, sikap ini ada pada pimpinan sebuah parti Islam.  

Alhamdulillah, PAS Pusat tidak jumud dan tidak termakan provokasi yang dibuat oleh beberapa ahli mereka di Permatang Pauh.  Kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Syura PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang dengan tegas menyebut PAS menyokong Kak Wan di Permatang Pauh kerana KEADILAN bukan menolak Hudud seperti yang disalahertikan oleh beberapa pihak.  Dalam kenyataan resmi KEADILAN sendiri jelas menyebut KEADILAN tidak menolak hukum Allah ini tetapi KEADILAN mempunyai perbezaan pendapat dari segi uslub dan keutamaan tindakan.  
 
Apabila kesemuanya ini berjaya kita jelaskan di Permatang Pauh, Alhamdulillah, kekeliruan dapat diselesaikan dan mereka terutamanya para penyokong PAS di Permatang Pauh menyedari bahawa tindakan beberapa pihak yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi bagi memudahkan kerja Umno di Permatang Pauh akhrnya gagal.  Di Permatang Pasir, kubu kuat penyokong PAS terbukti solid menyokong KEADILAN dan PR.  Ertinya, provokasi mereka yang masih memainkan isu hudud tidak berjaya.  Mereka sedar hukum Allah ini tidak boleh 'dijual' untuk menjayakan dendam kesumat mereka.
 
Tahniah Kak Wan, tahniah semua jentera PR yang bertungkus lumus di Permatang Pauh.  Pengalaman di PRK Rompin dan Permatang Pauh sudah cukup untuk mengajar kita betapa PR harus diperkuatkan lagi dan tiada parti yang boleh menjatuhkan Umno/Bn secara bersendirian.  
 

Ahad, 3 Mei 2015

PERMATANG PAUH DAN ROMPIN, UMNO KELIRU BAGAIMANA MAHU BERKEMPEN

BERCELARU.  Sungguh bercelaru Umno mahu berkempen untuk hadapi KEADILAN di Permatang Pauh dan PAS di Rompin.  Mana satu Umno mahu angkat untuk dijadikan isu?  Pokoknya isu GST tetap berkesan untuk meranapkan Umno.

Umno mahu main isu Hudud.  Di mana tempatnya?  Di Permatang Pauh?  Atau di Rompin?  Umno mahu sebut KEADILAN menolak Hudud untuk kempen mereka di Rompin?  Pertamanya, mana fakta KEADILAN menolak Hudud?  Kedua, apa pendirian Umno tentang Hudud?  Ketiga, Apakah Umno sedar MCA dan Gerakan paling kuat menolask Hudud bahkan sanggup tinggalkan Bn jika Umno terima Hudud.  Adakah Umno bersedia untuk berpura-pura kali ini?

Di Rompin, Umno langsung tidak boleh main isu Hudud sebab khabarnya Umno sudah bersetuju dengan Hudud.  PAS pun tidak bijak jika mahu bermain dengan isu Hudud di Rompin kerana isu yang paling berkesan di Rompin waktu ini adalah isu Felda dan GST.  Isu hak kaum Orang Asal juga amat penting di Rompin.  Jika PAS lebih menekankan isu Hudud lebih ke hadapan dari isu-isu ini, langkah PAS amat silap kerana tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Akhirnya, Umno mengumpan RM4 Juta di Permatang Pauh dan Uniform baru untuk RELA di Rompin.  Ini yang ditawarkan oleh Zahid Hamidi.  Terpulanglah kepada para pengundi di dua kawasan ini samada sanggup terima Umno lagi atau tidak.  Permatang Pauh tradisinya memang kenal siapa itu Umno dulu, kini dan selamanya.  Di Rompin, harap mereka boleh kenal Umno sekarang.