TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

MB SELANGOR PILIHAN ANDA?

Sabtu, 10 Oktober 2009

SAIFUDDIN NASATION AKAN IRINGI KETUA PEMUDA RASUAH BUAT LAPORAN POLIS

Rasuah Anwar: Saifuddin cabar Khairy
Posted on Saturday, October 10

Pengarah pilihanraya PKR pusat Saifuddin Nasution Ismail hari ini mencabar Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya meneruskan hasrat beliau untuk mengarahkan pihak polis menyiasat semula kes berhubung pendedahan timbalan gabenor Bank Negara Datuk Murad berhubung kenyataan beliau mengani anwar yang dikatakan mempunyai wang berjumlah 3 billion pada tahun 1999

Abdul Murad keudiannya menarik semula kenyataan beliau dengan berbagai alasan , namun ketua pemuda umno tersebut menjelaskan bahawa pihak polis harus meneruskan semula siasatan berhubung dakwaan tersebut demi kepentingan awam.

Menurut Saufuddin lagi, dalam satu sidang akhbar,menjelaskan “memang kami menyetujui pandangan ketua pemuda umno bahawa semua pimimpin harus bersih sebersihnya, bukan hanya Anwar sebagai seorang pemimpin pembangkang tetapi semua pimpinan dan ahli politik”.

Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, kemudiannya menjelaskan bahawa beliau juga akan membuat semula laporan terbaru mendesak agar dilakukan semula siasatan ke atas Abdul Razak Baginda yang dikatakan CEO syarikat Perimakar Bhd yang menjadi orang tengah di dalam kes penjualan senjata dan pembelian kapal selam dari Perancis.Kes ini membuka mata umum apabila syarikat beliau yang dikatakan menerima komisyen di atas pembelian kapal selam tersebut.

Saifudin juga kemudiannya menjelaskan bahawa Khairy juga akan disiasat berhubung bagaimana , beliau yang masih baru dalam dunia politik , menantu kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi , mengambil kesempatan untuk membeli saham ECM Libra Avenue Bhd.

Kahairy dikatakan membeli sebanyak 1.23% ECM Libra Avenue Bhd pada harga 71 sen sesaham bernilai RM10.2 juta saham pada disember 2005 dan kemudiannya apabila dikritik beliau dengan segera menjualnya dengan harga 65 sen sesaham pada 11 Ogos 2006.

“Kami mememang mengalu-alukan Khairy Jamaluddin melakukan laporan,Untuk memastikan semua ahli politik bersih , malah rakyat begitu mengharapkan wakil rakyat dan ahli politik dalam negara bersih dan ini memberikan kami peluang untuk mengulangi semula laporan dan mengkajinya semua kes-kes yang pernah kami laporkan”, demikian jelas Ahli Parlimen Machang lagi.

Saifuddin juga sempat bertanya dimana Khairy mahu melakukan laporan dan beliau sendiri akan mengiringi Khairy Jamaluddin untuk membuat laporan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 6 Oktober lepas, menurut Khairy, Pemuda Umno akan melakukan laporan terhadap apa yang didakwa Anwar mempunyai 3 billion ringgit sebagaimana yang didakwa Datuk Murad dan mahukan kes tersebut di semak semula dan dilakukan siasatan.

“Ini adalah kes yang cukup serius , dan kami mahukan ianya disiasat dan sama ada ianya benar sebagaimana yang didakwa , dan apa kah langkah seterusnya yang harus di ambil bagi meneruskan siasatan “, demikian jelas Khairy dalam kenyataan beliau pada 6 Oktober.

Ketua pemuda tersebut menjawab satu kenyataan yang disebut oleh Datuk Nalla Karuppan dalam sebuah akhbar tempatan bahawa pihak pembangkang mempunyai banyak sumber kewangan.Nalla kemudiannya menentang Anwar akibat tidak dilantik sebagai calon DUN Ijok./Detikdaily

LALUAN PORT DICKSON LUMPUH ANGKARA ANWAR DAN NIK AZIZ

10 October 2009

Kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bagan Pinang menguja semangat jentera Pakatan Rakyat menghadapi amarah Barisan Nasional.

Laluan di Batu 4 Port Dickson lumpuh. Dari Terengganu hingga ke johor, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di sebuah teratak kecil, dimana pemimpin reformasi itu berucap ke hadapan ribuan manusia yang hadir.

Acara malam ini adalah penampilan pertama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat di Bagan Pinang. Memeranjatkan apabila khemah-khemah ceramah Umno-BN sunyi sepi di kala warga Bagan Pinang menyambut Anwar dan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat - duo tiang sri Pakatan Rakyat.

Yang lebih memeranjatkan adalah kepadatan mereka yang hadir. Motokar dan motorsikal bersusun-susun dan terpaksa bersesak untuk bergerak beberapa sentimeter ke hadapan.

Bagi yang berjalan kaki, mereka terpaksa mencelah selangkah demi selangkah.

Namun susah-payah mereka nampaknya berbaloi dengan gempita suara masing-masing menyambut oratori mantan Timbalan Perdana Menteri ini.

"Kita berkumpul untuk pastikan kemenangan calon kita, yang menjamin kebaikan kesejahteraan kepada semua. Kita kena bekerja kuat, kita bertarung dalam keadaan yang seraba kurang dan sempit. Kita bertarung dalam keadaan media yang zalim dan berat sebelah yang menghebahkan fitnah, tidak beri ruang kita menjawab.

"KIta bertarung dalam keadaan 5000 undi pos yang tidak tentu ke mana. Sebab itu lah kita perlu menmanfaatkan kesempatan yang ada dui Bagan Pinang untuk buat perubahan,"katanya.

Seminggu berlalu, petugas-petugas parti Pakatan Rakyat dan BN bersaing memikat sokongan 13,664 pengundi di Dun Bagan Pinang. Pilihanraya kecil ini adalah yang kesembilan pasca PRU-12 8 Mac tahun lalu, dan perhatian seluruh negara tertumpu di sini.

Dari sembilan pilihanraya kecil, BN hanya memenangi satu di Batang Ai, Sarawak. BN tewas dalam semua pertarungan menghadapi Pas di kekalahan memalukan di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Lantas, Bagan Pinang adalah peluang terakhir BN dari menyekat kemaraan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

"Saya harap Ahad ini InsyaAllah pagi-pagi dengan lafaz Bismillah turun dan bagi kemenangan. Jangan satu undi pun hilang, jangan harapkan kempen sahaja perlu turun dan pastikan semua sokongan kepada Pakatan Rakyat. Selamatkan orang Melayu Islam dan menjaga semua Melayu, Cina dan India," katanya.

"Kalau Bagan Pinang ini mudah laluan Pakatan Rakyat, lepas Bagan Pinang Putrayajaya lah.....InsyaAllah," katanya.

Calon BN, Isa Samad, berusaha keras menemui mereka-mereka yang pernah telah lama tidak dikunjungi. Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengharapkan rekod 22 tahun sebagai Menteri Besar menjadi pancing terbaik memancing undi.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut menawarkan RM900,000 ringgit bantuan kepada tujuh sekolah-sekolah jenis kebangsaan cina, manakala Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menyogok askar-askar Melayu dengan kolam renang dan padang futsal.

"Khianat ini maknanya pecah amanah, kita menentang Umno kerana pengkhianatan yang dilakukan. Bahasa, pendidikan ekonomi. Apa yang mereka lakukan saham Malayu mereka ambil, ini dasar Bumiputera jangan soal. Kontrak berbillion ringgit, cukuplah....cukup bagi pencen sudahlah...," katanya.

Anwar mengambil kesempatan malam itu mencabar pihak berkuasa membuka semula fail siasatan berhubung dakwaan beliau menyimpan RM3 bilion. Dan sekiranya perlu, Anwar mencabar pihak berkuasa menubuhkan juga Suruhanjaya Bebas mengali semula tuduhan yang telah lama terkubur itu.

"Tidak apa, itu tuduhan 1998, 11 tahun dia cari tidak jumpa dia nak cari lagi. Itu kerja dia, saya hendak jawab, saya jawab 1998 tubuhkan suruhanjaya bebas siasat saya, siasat bekas pemimpin, siasat pemimpin yang ada sekarang. siasat semua dengan bebas dalam bank dalam negara, tanah saham dan akaun di luar negara termasuk Switzerland.

"Semak saya, semak Mahathir, semak Khairy Jamaluddin mana dapat ratusan juta ringgit?" katanya

Anwar berkata demikian merujuk kepada gesaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada polis supaya kes tahun 1999 ini disiasat semula. Kes ini terbit dengan akuan bersumpah dari pembantu Gabenor Bank Negara Abdul Murad Khalid, yang bagaimanapun menarik-balik akuan tersebut.

Ketika dipenjara di Sungai Buloh, Anwar didapati tidak bersalah selepas disoal-siasat Badan Pencegah Rasuah.

"11 tahun kamu mengaibkan saya, fitnahkan saya cerita pasal RM3 bilion. malam ini saya hendak jawab. Siasat, siasat dengan bebas, siasat akaun dalam negara bagaimana seorang muda semata-mata kerana menantu perdana menteri. Seorang muda belum 25tahun pada masa itu hartanya ratusan juta, siasat semua saya setuju tiada masalah," katanya

Persoalan apakah Pas atau Isa Samad yang dipilih akan terjawab esok. Untuk Pas menewaskan gergasi ini, Pakatan Rakyat memerlukan kira-kira 4,720 undi orang Melayu

untuk menewaskan 4,604 undi pos tentera yang sekian lama menjadi nadi hayat Umno-Barisan Nasional.

Anwar merayu kepada supaya dipinjamkan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Beliau menggesa pengundi mengundi untuk perubahan dan bukan projek-projek terbengkalai yang menjadi mercu pemerintahan BN di Bagan Pinang.

"Tan Sri Isa pergilah....duduk baik-baik buatlah rumah besar sedikit tidak mengapa. Biarlah negeri ini dan Bagan Pinang bagi pada tokoh muda, akhlak baik, professional yang dihormati, tokoh Pas yang disegani, disambut dan disokong oleh semua kaum Zulkefly Mohamad Omar," katanya./Bloglistpolitik

AMALAN NAJIB TIDAK IKHLAS, UMNO BAGAN PINANG BUKTIKANNYA

Umno dibidas politikkan foto PM ziarah MB K'tan
Hafiz Yatim
Okt 10, 09
2:48pm

Pembangkang hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sanggup membiarkan Umno menaikkan papan tanda yang menunjukkan beliau menziarah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menteri besar Kelantan itu sedang dirawat di hospital sebagai bahan kempen di Bagan Pinang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.

Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib sekiranya mahu menunjukan perwatakan yang baik supaya jangan zalim pada rakyat, jangan memfitnah, bekerja kuat bantu rakyat miskini dan tidak jangan gunakan gambar lawatan ke hospital untuk kepentingan politik.

Malaysiakini melaporkan Khamis lallu bahawa Umno dan BN telah memasang papan tanda baru yang menunjukkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi Nik Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, sekitar July 2004, ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri./Malaysiakini

ANWAR SEDIA DI SIASAT, PEMIMPIN UMNO BAGAIMANA?

Anwar sedia disiasat

Polis perlu juga siasat pemimpin BN yang punya 'kekayaan melampau'


Anwar sedia disiasat

PORT DICKSON - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu.

Anwar yang juga Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR) berkata, beliau tidak gentar dengan dakwaan itu, tetapi mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki 'kekayaan melampau'

“Sila siasat, saya tidak takut, saya juga minta diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kesemua harta yang hilang secara bebas termasuklah siasatan terhadap diri Khairy (Ketua Pemuda UMNO) sendiri terutamanya.

“Fitnah ini dibuat sejak 1998 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak boleh membuktikan apa-apa pun,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri program bersama masyarakat India di Estet Sua Betong di sini, semalam.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa 'master accounts' dan pernah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti.

“Selama 11 tahun dakwaan seperti ini dibuat, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah, yang perlu berasa takut adalah Khairy sebab beliau mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta, di mana beliau dapat kekayaan tersebut?” katanya.

Khairy sebelum ini meminta polis menyiasat Anwar susulan kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan Abdul Murad Khalid dalam kenyataan pada tahun 1999.

Diminta mengulas peluang calon Pas, Zulkefly Mohd Omar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Anwar yakin dapat menembusi kubu kuat BN kerana sokongan yang ditunjukkan pengundi di situ amat baik sekali. /Sinar

ANTARA ZULKEFLI DAN ISA, SIAPA ANDA PILIH JADI IMAM?


Oleh: WFAUZDIN NS

SUKAR sangatkah untuk memilih pemimpin ? Islam mengajar kita bagaimana untuk memilih pemimpin sepertimana kita memilih seseorang untuk dijadikan Imam sembahyang. Bayangkan jika anda bermusafir bertiga iaitu bersama Zulkefli (calon PAS) dan Isa (calon Bn). Sampai di satu tempat, anda berhenti untuk solat secara berjemaah. Maka, di antara keduanya siapakah agaknya pilihan anda untuk dijadikan Imam?

Sekiranya pula, anda masih bertiga dalam perjalanan dan anda ditakdirkan sakit terus meninggal dunia di suatu tempat yang jauh dari masyarakat. Seandainya anda diberi pilihan sesudah mati, siapakah yang anda terlalu harapkan untuk menguruskan jenazah anda agar sempurna serta mengimamkan jenazah anda? Siapa pilihan anda untuk mentalkin dan mendoakan anda ketika anda berada di liang lahad? Isa atau Zulkefli? Sedangkan anda tahu peribadi Isa Samad dan juga anda tahu peribadi Zulkefli.

Adakah anda ingin memilih di antara mereka yang berharta, berkedudukan atau yang suka berjanji dan berbohong? Atau yang pernah melakukan rasuah dan tidak pernah bertaubat malahan ego dan sombong dengan menyatakan bahawa politik wang itu bukan rasuah tetapi melanggar etika sahaja?

Fikir-fikirkanlah wahai saudara. Tutup sebentar matamu dari melihat harta keduniaan dan janji kemewahan kerana yang suka menjanjikan kemewahan dan keduniaan itu adalah perangai Syaitan. Percayalah, Isa telah diberi peluang terlalu lama menjadi pemimpin tetapi apa yang dilakukannya sewaktu menjadi MB N.Sembilan serta Adun Linggi? Apa kenangannya yang boleh anda kenangkan kalau tidak selain dari peristiwa didapati melakukan rasuah politik? Itukah jasanya sehingga anda mahu dia menjadi pemimpin? Fikirkan sebelum anda memangkah./Kembali ke laman asal di sini.

MESTI TONTON - LAGU VERSI BAGAN PINANG KHAS UNTUK ORANG NOGORI

WARAN TANGKAP UNTUK SALAHUDIN AYOB ?

Saya bertanggungjawab penuh dan dah jumpa polis, kata Salahudin
Harakahdaily
Fri | Oct 09, 09 | 9:19:50 pm MYT
TELOK KEMANG, 9 Okt: Pengarah Operasi Pilihan Raya PAS Bagan Pinang, Salahudin Ayub berkata, pihaknya bertanggungjawab penuh dengan kenyataan mereka dalam sidang media yang mendakwa seorang petugas PAS telah dipukul dan berdarah.

"Saya bertanggungjawab penuh dengan penyebaran gambar itu dan memang ia benar-benar berlaku bukan direka-reka," kata Salahudin kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan keterangan di bawah seksyen 112 (keterangan saksi) di Balai Polis IPD Port Dickson jam 6.45 petang tadi.

Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi telah menyiarkan berita kononnya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Salahudin kerana tidak datang ke balai polis sebagaimana yang diminta.

Ini berikutan dari berita Harakahdaily yang menyiarkan gambar seorang mangsa yang berdarah kepala kerana dipukul dalam kejadian Rabu lepas.

Gambar mangsa yang sama juga telah diedarkan oleh sidang media yang dibuat oleh Salahudin dan pasukannya dalam sidang media harian mereka.

Pihak polis mendakwa, mangsa kepala berdarah itu tidak membuat sebarang laporan polis. Laporan polis hanya dibuat oleh beberapa pihak lain yang turut terlibat dalam serangan kepada Markas Pemuda PAS.

PAS pula berkata, pihaknya telah membuat sembilan laporan polis ekoran kejadian serangan pihak lawan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ke atas petugas dan markas mereka.

Image(Gambar:Mata Bob bengkak akibat dipukul Rabu lalu dalam siri kejadian ganas pilihan raya Bagan Pinang.)

Antarannya laporan polis dibuat oleh Mohd Said bin Mohamad, 27 tahun.

Mohd Said yang lebih dikenali sebagai Bob ketika ditemui Harakahdaily berkata, beliau dipukul oleh petugas Umno dalam kejadian petang Rabu lalu di Bagan Pinang.

Ia bermula apabila adiknya dipukul oleh sekumpulan pemuda ekoran dari tindakan mereka melarang adiknya memasang poster PAS.

Namun yang menjadikan beliau marah, motosikal yang dibawa adiknya telah dirampas oleh kumpulan pemuda itu.

Image

(Gambar kejadian:Bob diselamatkan oleh petugas PAS selepas dibelasah oleh sekumpulan Pemuda Umno)

Bob, penduduk jati Bagan Pinang, yang dihubungi adiknya terus ke tempat kejadian untuk mendapatkan semula motosikalnya dan ingin mengetahui kenapa adiknya dipukul.

Beliau kemudiannya ditumbuk dan dipukul oleh kumpulan petugas yang memakai pakaian Umno berkenaan.

Akibatnya, mata dan kepala Bob bengkak.

Namun, Bob berkata, beliau tidak pernah kesal dengan kejadiannya bahkan memberikan beliau lebih bersemangat untuk mengundi memenangkan PAS.

"Saya tidak pernah mengundi sebelum ini termasuk tahun 2008 lalu kerana tidak pernah kesah hal politik ini. Namun 11 Oktober ini saya akan pergi mengundi di awal pagi lagi untuk calon PAS," kata Bob kepada Harakahdaily.

Jumaat, 9 Oktober 2009

CERAMAH DS ANWAR - KEMASUKAN AHLI UMNO BERAMAI-RAMAI MALAM INI?

Oleh: WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN ceramah perdana DS Anwar Ibrahim bersama tokoh utama Pas dan DAP yang bakal berlangsung malam ini di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson akan memberi pukulan KO pada Umno. Setelah terbukti Muhyiddin begitu kecut untuk menyahut cabaran dari AMK untuk mengadakan debat terbuka di antara beliau dengan DS Anwar, malam ini DS Anwar akan Justify Fullmembuktikan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya dan siapa tokoh rasuah yang diangkat oleh Umno sebagai calon mereka.

Lebih menarik lagi, dikatakan pada malam ini satu pengistiharan beramai-ramai ahli Umno menyertai PAS dan PKR. Umno kini mulai semput hasil dari kerja kotor mereka sepanjang kempen berjalan. Undi pos dari tentera belum tentu menjadi milik Umno walaupun dikhabarkan SPR telah menggunakan daftar pemilih undi pos yang berlainan dari daftar yang dikemukakan pada hari penamaan calon. Warga tentera di sekitar Port Dickson telah melihat dengan kepala mata mereka sendiri betapa kurang ajarnya puak-puak yang berkempen. Dalam satu kejadian dilaporkan seorang penyokong PAS telah diselamatkan oleh sekumpulan tentera dari dipukul oleh puak-puak gila babi itu.

PR mestilah terus berusaha siang dan malam untuk berkempen sehingga ke titisan darah terakhir jika puak mereka memerlukan darah kamu sebagai korban. Port Dickson memang terkenal satu ketika dengan penternakan babi di Bukit Pelandok di mana Virus JE tercipta di situ. Kini, di bumi Port Dickson virus `gila babi' pula muncul dengan beberapa kumpulan diserang oleh virus ini mengakibatkan mereka merasuk dan mengamuk umpama babi yang gila.

PAS terutamanya mestilah merawat virus ini seberapa segera. Kesihanlah kepada mereka yang dijangkiti virus ini dan Port Dickson mestilah diselamatkan. Tiada vaksin yang boleh mengubati penyakit `gila babi' seperti ini melainkan dengan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Kempen sehingga ke saat terakhir amat penting kerana mereka tidak akan tidur lena sehingga mereka dapat memenangi pilihanraya kecil kali ini. Kemenangan penting buat mereka kerana ianya umpama sehelai kain sarung yang boleh menutup `kemaluan' mereka setelah mereka di`telanjangkan' di dalam 7 pilihanraya sebelum ini./Kembali ke laman asal di sini.


BAGAN PINANG - MENIPU DALAM TERANG?

PAS tuntut hentikan undi pos serta merta
Dzulfikar Mashoor
Fri | Oct 09, 09
TELUK KEMANG, 9 Okt: PAS menuntut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menghentikan serta merta proses pembuangan undi pos kerana badan pelaksana pilihan raya itu tidak menggunakan daftar pemilih rasmi yang sah dan dikeluarkan pada hari penamaan calon.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub pagi tadi menegaskan tindakan SPR itu bertentangan dengan Peraturan 14A Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981.

Statut tersebut berbunyi: "Daftar Pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan calon HENDAKLAH merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi�"

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian meragui proses penyerahan Sampul Keutamaan yang dipercayai bertentangan dengan peraturan 14A, yang lain; kerana tiada pengarahan bertulis kepada pengundi-pengundi yang gagal dikenal pasti.

Ujarnya lagi, terdapat beberapa kes di mana isteri kepada pegawai tentera yang sebenarnya tidak mempunyai kad pengenalan tentera pun; didapati terdapat dalam senarai daftar pemilih undi pos.

ImageDalam kes yang berkaitan, Salehuddin juga menjelaskan bahawa terdapat beberapa pegawai tentera yang dikenali sebagai penyokong tradisi Pakatan Rakyat; turut digugurkan dalam senarai daftar pemilih tidak rasmi yang digunakan SPR di dalam Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR) semalam.

Bagaimanapun, Salehuddin berkata, proses pembuangan undi awam boleh dilaksanakan seperti biasa pada 11 Oktober depan.

Tegasnya lagi, jika SPR tidak membatalkan proses pengundian Pos serta merta, akan mengganggu keabsahan keputusan pilihanraya N31 itu kelak.

Ditanya tentang tindakan PAS serta Pakatan Rakyat seterusnya, Salehuddin menjelaskan bahawa suatu pasukan perundangan sedang membuat perhitungan akhir.

Pakatan dan PAS juga dijadualkan bertemu SPR dalam masa terdekat; sama ada di sini atau di Putrajaya.

Semalam, PAS mencadangkan SPR membuat injunksi, sehingga kedua-dua daftar pemilih N31 benar-benar puteh.

Pendedahan terbesar tersebut, menjadikan SPR tidak mempunyai alasan untuk menolak segala cadangan PAS sebelum ini._/Harakahdaily

BAGAN PINANG - ANGGOTA TENTERA BANTU PENYOKONG PAKATAN


Polis buat tak tahu ketika samseng Umno mengganas...
Azamin Amin
Fri | Oct 09, 09

TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.

Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.

Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.

"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.

"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.

Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.

Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.

"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.

Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.

Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.

Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.

"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.

Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.

Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini./Harakahdaily

(sebarang pandangan sila email ke urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

BAGAN PINANG PILIHANRAYA TERKOTOR - UMNO TERTEKAN


Pilihan raya kecil paling kotor, Umno amat tertekan!
Azamin Amin
Fri | Oct 09, 09

TELOK KEMANG, 9 Okt : Jika SPR masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi, PAS tidak menolak kemungkinan rakyat akan bangkit menyatakan bantahan besar-besaran sekali lagi seperti ditunjukkan dalam Himpunan Bersih 100,000 dua tahun lalu.

Ini bagi memberi pengajaran perit kepada kerajaan Barisan Nasional agar menghormati hak rakyat dan tidak menzalimi mereka seperti insiden belasah dan pukul di Bagan Pinang sekaligus menghukum parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui Harakahdaily di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini semalam.

Kata Kamaruddin pelbagai pelanggaran akta pilihan raya dan tindakan ganas samseng Umno ke atas petugas dan penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam sejarah selepas pilihan raya 2008.

Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden pukul petugas PAS oleh penyokong Umno yang cukup kerap berlaku sejak 7 Oktober, Kamarudin menyatakan hal ini berkaku walaupun dengan kehadiran polis yang ramai.

"Tindakan ini menunjukkan Umno sangat tertekan dan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk mengganas demi untuk memastikan calon terpalit rasuah mereka menang

"Asakan-asakan ini menunjukkan mereka sudah mendapat 'feedback' bahawa rakyat sudah menolak mereka dan imej Umno makin jatuh," katanya.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan pihak berkuasa yang gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno.

Jika sebelum ini pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan bahawa keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara KPN tidak kedengaran, katanya.

"Kali ini polis gagal dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka itu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan melakukan tindakan yang sangat tidak demokratik.

"Peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno.

"Dan parti yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang,"katanya./Harakahdaily

(sebarang pandangan sila email ke urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau azaminamin@yahoo.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya ) _

Khamis, 8 Oktober 2009

BUKTI VIDEO - TENTERA DIAJAR CARA-CARA RASUAH POLITIK

GAMBAR `ORANG MAKAN SUAP' SEDANG SUAP MAKAN?

Apa beza `makan suap' dengan suap makan? Foto ini memberikan anda jawapan. Rugi anda jika tidak mengundi si makan suap sebagai Wakil Rakyat anda. Dia baik....baik? Baik ada makna tuuuuuuuuuuu........

WAHAI ASKAR, JANGAN JUAL MARUAH SEMATA-MATA KOLAM RENANG DAN PADANG FUTSAL!!

PAS dedah kempen BN di kem tentera
Jimadie Shah Othman
Okt 8, 09
1:45pm

Pemuda PAS hari ini mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.

Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.

Rakaman tersebut dimainkan dan diedarkan kepada wartawan dalam sidang media Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur pagi ini.

PAS sebelum ini menyatakan ia mempunyai “mata-mata” di kalangan anggota-anggota tentera untuk memantau kempen BN di kem-kem pasukan keselamatan itu./Malaysiakini

WAHAI PEMUDA, INILAH MASA UNTUK BERJIHAD

Wajib pertahankan diri, Pemuda PAS diarah siap siaga
Azamin Amin
Thu | Oct 08, 09

TELOK KEMANG, 8 Okt: Berikutan insiden keganasan terhadap beberapa petugas PAS dan Unit Amal, PAS menggesa semua jentera dan petugasnya untuk meningkatkan tahap kesiap sigaan dan keselamatan yang tinggi demi mengelakkan kejadian tidak diingini itu berulang.

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Ustaz Abdul Halim ketika ditemui Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang memberitahu, bahawa persediaan menjaga keselamatan diri ini merupakan perkara yang dituntut oleh agama.

"Dalam al-Quran jelas menyatakan kewajaran manusia menjaga keselamatan diri masing-masing di mana mereka berada daripada ancaman pihak musuh.

"Justeru menjadi kewajipan bagi umat Islam khususnya kepada para petugas PAS dan penyokong untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku tindakan-tindakan provokasi dan menyerang oleh pihak musuh.

"Kita tidak akan memulakan tindakan melangkaui agama tetapi jika ada ancaman dan serangan, kita mesti pertahankan diri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengakalan Chepa

Beliau kesal dengan sikap ganas yang ditunjukkan oleh parti lawan yang dilihat begitu tertekan untuk memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini.

Sambil menasihati para petugas untuk turun bekerja buruk berlaku seperti kejadian semalam.

Petang dan malam semalam, lebih enam orang petugas dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk di Bagan Pinang.

Selain kecederaan, beberapa kenderaan juga turut mengalami kerosakan akibat tindakan ganas itu.

Mengutuk dan menyelar sikap biadap dan kurang ajar itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat Ustaz Firdaus Jaafar begitu kesal dengan pihak berkuasa seperti polis dan SPR yang tidak mengambil tindakan cepat untuk memastikan kejadian ganas itu daripada berlaku.

Ini dilihat seolah-olah ada usaha terancang diantara pihak lawan dan polis untuk melumpuhkan dan merosakkan jentera Pakatan Rakyat melalui tindakan provokasi.

Beliau menyebut beberapa contoh aduan yang dilayan sambil lewa oleh polis seolah-olah 'membiarkan ' sahaja kejadian itu berlaku terlebih dahulu.

Firdaus turut membidas kenyataan Exco Pemuda Umno Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid yang bersifat mencabar dan cuba mencetuskan suasana tegang sewaktu kempen di Bagan Pinang.

Megat dilaporkan mengarahkan sejumlah 4,000 pemuda Umno Malaysia untuk turun ke Bagan Pinang dan 'menggantikan' tugas polis untuk menjaga keselamatan jika pihak berkuasa itu gagal mengawal keadaan.

"Dia sudah menghina polis dan dia kata akan turun pasukan pemuda ala komando. Ini satu kenyataan dan tindakan provokasi dan ada usaha merancang untuk mencetuskan huru hara di sini.

"Saya minta polis sdiasat segera kenyataan beliau dan juga insiden yang membabitkan petugas PAS yang dipukul dan dibelasah," katanya ketika ditemui di lokasi yang sama.

Beliau tidak mahu Pemuda PAS mencetuskan provokasi sebaliknya akan bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat dengan mengikut lunas-undang-undang yang ada.

"Ada maklumat yang kita dapat kata polis suruh tangguh dulu, ada yang makan dulu dan lambat sampai ke tempat kejadian.

"Kenapa polis lembap...kenapa mahu tunggu bila sudah parah dan cedera baru mahu bertindak," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, sekumpulan 100 lelaki bermotosikal memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.

Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.

Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.

Firdaus juga mahu polis beri jaminan segera keselamatan petugas Pakatan Rakyat di sini dan supaya semua petugas dapat berkempen dengan selesa.

"Walaupun jentara pemuda cedera parah, semangat pemuda tidak pernah luntur sama sekali dan akan terus bekerja untuk menang di Bagan Pinang ini," katanya yang mahu jentera pemuda PAS untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan._/Harakahdaily

TUDUHAN TERHADAP ANWAR TIMBUL BILA PILIHANRAYA SAHAJA

Dakwaan Anwar ada RM3 bilion tiada asas

SHAH ALAM – Dakwaan mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki sumber kewangan sebanyak RM3 bilion disifatkan sebagai tidak berasas.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan selanjutnya diambil ke atas Anwar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau mahu bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil untuk menjelaskan dakwaan tersebut.

“SPRM sendiri pun tidak ambil tindakan ke atas Anwar. Ini bermakna Anwar tiada kes. Jadi mengapa Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion,” katanya, semalam.

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed yang mahukan Anwar perjelaskan dakwaan itu, Shamsul Iskandar berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak perlu berbuat demikian.

“Yang buat dakwaan adalah Abdul Murad, bukan Anwar. Ini bermakna, Mohd Zin perlu dapatkan penjelasan daripada Abdul Murad betul atau tidak dakwaan itu,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, permintaan Mohd Zin yang mahukan Anwar tampil seolah-olah mempunyai makna yang tersirat.

“Saya dapat rasakan bahawa mereka sengaja memainkan isu ini bagi menutup skandal besar calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang pernah terlibat dalam politik wang. Mereka beranggapan bila isu ini dimainkan media, rakyat akan lupa skandal politik wang calon BN itu sendiri,” katanya./Sinar

Rabu, 7 Oktober 2009

ISU PENGKHIANAT MELAYU - HARAP MUHYIDDIN BERANI SAHUT CABARAN DEBAT

Pemuda PR cabar Muhyidin debat dengan Anwar isu 'Pengkhianat Melayu'
Nazri Abdullah
Wed | Oct 07, 09
BAGAN PINANG, 7 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan surat rasmi mencabar Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan debat terbuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tajuk 'Siapa Pengkhianat Melayu' sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Surat tersebut akan diserahkan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, pada jam 2.30 petang ini di pejabat Timbalan Perdana Menteri Putrajaya.

Shamsul ketika dihubungi berkata, cabaran debat tersebut dibuat berikutan tindakan Muhyidin dan pemimpin Umno lain yang masih memainkan isu Anwar pengkhianat Melayu dalam kempen mereka di Bagan Pinang.

Sehubungan itu mereka menawarkan pentas debat kepada Muhyidin untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR secara terbuka supaya rakyat dapat menilai siapa pengkhianat sebenar.

"Dia (Muhyidin) mainkan isu ini di sini (Bagan Pinang), kalau betul dia berani, sambutlah cabaran debat terbuka ini, biar semua rakyat dapat tengok dan buat penilaian, tajuknya mudah sahaja, 'Siapa Pengkhianat Melayu', " katanya ketika dihubungi.

Beliau juga memberitahu, tarikh yang mereka cadang untuk debat tersebut adalah pada 9 Oktober ini iaitu dua hari sebelum hari pembuangan undi.

ImageDebat tersebut juga akan diadakan ala debat isu minyak antara Anwar dengan bekas Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Chik yang disiarkan secara langsung sebelum ini.

Manakala moderator debat itu pula dicadangkan dari tokoh akademik.

"Kalau dia tolak bermakna dia takut dan rakyat akan menilai siapa pengkhianat sebenar," katanya.

Isu pengkhianat Melayu seringkali dimainkan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya sebelum ini mensasarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar).

Namun melihat kepada beberapa kemenangan Pakatan Rakyat dalam 7 siri pilihanraya kecil lalu, ramai pemerhati berpendapat, isu tersebut sebenarnya sudah basi dan rakyat sudah tidak boleh menerimanya.

Namun, apabila ianya terus dimainkan Umno, jalan penyelesaiannya adalah debat terbuka agar rakyat menjadi hakimnya. _/Harakahdaily

UNDI POS - ITULAH NYAWA TERAKHIR MEREKA

Undi pos terus dipertikai pembangkang

PORT DICKSON – Pakatan Rakyat (PR) menyeru anggota tentera yang akan membuang undi hari ini pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang agar meletakkan kewarasan memilih calon yang akan mewakili mereka.

Menurut Pengarah Induk Pilihan Raya Pas Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) telah menggunakan ugutan dan rasuah terhadap anggota tentera supaya mengundi mereka.

Katanya, tindakan seperti ini tidak seharusnya terjadi kerana hak setiap rakyat Malaysia untuk mengundi adalah hak mutlak individu termasuklah anggota tentera dan seluruh kakitangan awam.

“Saya menyeru pengundi terutamanya pengundi pos agar tidak mempertaruhkan maruah mereka kerana mereka harus bersama-sama membasmi dan menolak calon rasuah serta mengembalikan kewibawaan mereka sebagai rakyat negara ini.

“Pilihan raya kecil Bagan Pinang ini amat penting sekali kerana ia menentukan masa depan negara, oleh itu saya harap pengundi pos akan menggunakan peluang mereka sebaik-baiknya,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas di sini semalam.

Selain itu, beliau turut menolak dakwaan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengatakan anggota-anggota tentera harus menolak Pas kerana tidak mementingkan pembangunan.

“Kita mendapat laporan bahawa Menteri Pertahanan dan Menteri Besar telah masuk ke kem-kem tentera untuk berkempen, sedangkan PR tidak dibenarkan masuk dalam kem-kem, ia tidak adil untuk kita,” katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menjelaskan PR akan berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjelaskan isu nama berganda yang terdapat dalam daftar pemilih iaitu pengundi yang mempunyai nama sama dalam undi pos dan undi awam.

“SPR gagal untuk buat pemutihan nama-nama yang bertindih dalam daftar pemilih, sedangkan kita sudah perjuangkannya sejak puluhan tahun dan pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah tempat terbaik untuk kita dedahkan perkara ini.

“Kita juga mendapat maklumat bahawa terdapat juga kira-kira dua juta nama pengundi yang diragui seluruh negara termasuklah dalam undi pos,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyeru pesara tentera untuk mengemaskinikan daftar pengundi mereka agar tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

“Ramai pesara tentera tidak menukar nama-nama mereka selepas tamat tempoh perkhidmatan dari undi pos ke undi biasa.

“Oleh kerana mereka tidak menukar nama mereka ke undi biasa, maka kertas undi mereka telah dipangkah oleh orang lain sedangkan mereka tidak mengundi,” katanya.

Undi pos di kalangan anggota tentera yang berjumlah 4,925 undi akan bermula hari ini untuk memilih wakil DUN Bagan Pinang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian ADUN BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lepas sekaligus Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Oktober sebagai hari pembuangan undi.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman telah mengalahkan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Pada pilihan raya kecil ini, BN telah meletakkan calon bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon dan lawannya dari PR adalah Pesuruhjaya Pas Negeri, Zulkefly Mohd Omar./Malaysiakini

Makin banyak nama berganda dikesan


Jimadie Shah Othman
Okt 7, 09



PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.

Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.

"Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini./Malaysiakini

Selasa, 6 Oktober 2009

GAGAL ISU LIWAT, SAIFUL MAIN ISU YAHUDI PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI lazimnya, ada sahaja pilihanraya maka si pemuda yang megah mengaku diliwat itu pun bersuara. Isu liwat yang sering dijajanya ke hulu ke hilir tanpa segan silu sehingga rakyat naik jijik mendengarnya nampaknya gagal mengaibkan atau menjatuhkan kredibiliti DS Anwar, bahkan kulit muka pemuda bernama Saiful itu yang semakin menebal. Rakyat sudah jemu dengan isu liwat yang tidak pernah disahkan oleh doktor atau pakar perubatan itu.

Akhirnya, jalan lain dicari bagaimana untuk memburukkan nama DS Anwar sekaligus mencalarkan imej PR. Maka, keluar cerita di dalam blog pemuda yang mengaku diliwat itu bahawa majalah Yahudi telah menyindir DS Anwar. "Katanya, sebuah majalah milik Yahudi, The Economist baru-baru ini menggelar Anwar sebagai Malaysia's Chameleon atau Sesumpah Malaysia apabila gagal menarik sokongan umat Islam terhadap Amerika Syarikat (AS)." - (buka blog saiful). Begitulah petikan dari dalam blog pemuda yang tidak bermaruah itu.

Persoalannya, apakah DS Anwar perlu sangat kepada pujian dari media Yahudi? Jika benar majalah Yahudi itu menyindir DS Anwar itu sudah amat baik kerana DS Anwar seorang yang pro Islam sudah tentu tidak disukai oleh golongan Yahudi. Bukankah golongan Yahudi ini anti Islam? Bukankah terdapat golongan Yahudi itu menyokong orang yang melakukan homoseks dan mereka merasa megah dirinya diliwat seperti si anu tu ? (faham-faham sudahlah ye). Di negara ini pun ada pemuda yang megah dirinya diliwat seperti puak Yahudi tersebut.

Nasihat buat Saiful, cukuplah berlakon secara bodoh dan tidak berakal seperti itu. Memang kita maklum, Saiful bukanlah pemuda yang pintar atau cerdik sangat walaupun pernah cuba untuk memohon biasiswa untuk belajar dari Pejabat PM. Tetapi, sebodoh-bodoh rakyat di negara ini tidaklah sedangkal pemikiran Saiful. Biarlah orang berpolitik dengan cara politik mereka, jangan pula orang yang bodoh cuba untuk bermain politik. Buat malukan diri sendiri saja. Tumpukan pada kes anda, cukupkan bukti dan hujah anda jika anda merasa anda benar-benar diliwat dengan kejam dan tanpa belas kesihan sehingga tidak mendatangkan kesan itu.

Sebijak-bijak raja sesumpah Ezam pun tidak mampu menipu rakyat, inikan pula kamu yang gagal dalam pembelajaran kamu itu. Secerdik-cerdik raja katak Ibrahim Ali melompat itu pun tidak pernah melompat sejauh mana, balik-balik tang tu jugak dan akhirnya nanti ke lubuk Umno juga tempat lompatan terakhirnya. Sebijak-bijak Ketua Putera Umno berlakon, akhirnya berbalut tengkok di hospital sebagai episod akhir lakonannya./kembali ke laman asal di sini.

MEMALUKAN - UMNO DAN MEDIA MASIH GUNA SKRIP BASI

Suasana kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang kini semakin panas dan cukup mendebarkan. Seperti biasa, siri ceramah Pakatan Rakyat tetap mendapat sambutan menggalakkan dikalangan rakyat manakala ceramah BN biasanya hanya disertai oleh muka yang sama setiap kali ia diadakan. Seperti biasa isu ganas dan tidak bertamadun akan dilontarkan kepada penyokong Pakatan Rakyat, sebaliknya penyokong BN dianggap berdisplin, berbudi bahasa dan lemah lembut.

Inilah yang dimomokkan kepada rakyat menerusi media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin BN dilihat sengaja ingin mencetuskan satu keadaan huru-hara dan tidak tenteram. Antaranya, tuduhan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan lain-lain pemimpin lain kononnya pembangkang kini tertekan dan telah membuat pelbagai surat layang dan fitnah terhadap calon BN, Isa Samad. Isu Ketua Putera UMNO, Azeez Rahim kononnya dibelasah terus diperbesarkan, bagi membuktikan bahawa penyokong pembangkang "ganas". Mungkin, dengan cara ini rakyat diminta melupakan hasrat untuk mengundi PAS dalam pada 11 Oktober ini.

Semua ini adalah rencah pilihanraya yang sering didendangkan oleh puak-puak UMNO BN selama ini. Mereka lupa, isu Khairy dikasari ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu pun masih belum ada jawapan sehingga ke hari ini. Maka itu, apakah wajar BN menggunakan skrip yang sama demi mengalih pandangan rakyat supaya menyokong mereka?. Sikap yang sama turut diteruskan oleh puak-puak UMNO BN , biarpun mereka tahu bahawa idea itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat selama ini.

Kekalahan 1-7 dalam 8 pilihanraya kecil terdahulu jelas menunjukkan bahawa BN sememangnya sudah tiada lagi dihati rakyat. Hanya mereka yang tidak mengerti soal perubahan sahaja yang akan terus menyokong parti karat biru itu sebenarnya. Bagi mereka yang mahukan perubahan, sudah pasti penolakan secara total akan dilakukan terhadap UMNO pada masa ini. Namun, dalam keghairahan berkempen mereka masih menggunakan juga taktik yang sama iaitu menabur janji dan pembangunan kepada rakyat. Pembangunan dari segin insfrastruktur, kebajikan dan sebagainya terus diberikan tanpa membezakan kaum masing-masing. Projek jalanraya, sekolah, rumah rakyat serta lain-lain kemudahan terus dilimpahkan kepada warga Bagan Pinang. Semua ini bagi menunjukkan kononnya hanya BN sahaja yang memang mengambil berat permasalah rakyat setempat./Pahangdaily

Isnin, 5 Oktober 2009

Memang benar ketua Putera UMNO dipukul. Ini bukti gambarnya.Tolong sebarkan !!!

05 October 2009




Abdul Azeez sedang mempertahankan Menteri Ismail Sabri.




Abdul Azeez dibelasah lebih 20 orang penyokong PAS.Lihat gambar, Abdul Azeez sedang dicekik.


Kami kagum Putera Umno iaitu Abdul Azeez masih bernyawa dan sanggup berkorban untuk orang lain.Kami di Baganutama berbangga dapat merakam aksi samseng penyokong PAS.Datuk Abdul Azeez boleh amik gambar ini sebagai bukti rekod bagi mendakwa 20 orang penyokong PAS yang bertindak liar itu.Kami tidak minta royalti untuk tiga gambar ini.Kami juga mohon maaf kerana tidak bantu Datuk.Semoga Datuk cepat sembuh.
Sumber: blog-list malaysia

Pemidang dakwa Khairy mungkir janji hilang

Kain pemidang yang mendakwa janji Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, sewaktu menjadi calon BN di Rembau ketika pilihan raya umum lalu, tidak pernah dikotakan telah dibuang.

Kain berukuran 15 kaki yang dipasang oleh PKR bersempena pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di Batu 4, Jalan Teluk Kemang, Port Dickson hanya disedari kehilangannya oleh petugas Pakatan Rakyat pada jam 8 malam tadi.

Kira-kira jam 4.45 petang, seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) cuba memotong tali yang menggantung pemidang tersebut.

Secara kebetulan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang berada kira-kira 60 meter dari kawasan tersebut bersama-sama sekumpulan wartawan dan jurugambar - pegawai penguatkuasa itu bagaimanapun tidak perasan kehadiran Zulkefly dan petugas media di situ.

Setelah melihat sekumpulan wartawan berkejar ke arahnya dan mengambil foto beliau, pegawai penguatkuasa itu panik dan bergegas meninggalkan tempat itu dengan menaiki sebuah kereta persendirian yang dipandu oleh seorang lagi pegawai penguatkuasa.

Sejurus itu beberapa pegawai penguatkuasa MPPD hadir dan kelihatan Zulkefly meminta mereka memberi alasan mengapa pemidang itu hendak di potong.

Pegawai-pegawai tersebut gagal memberikan penjelasan munasabah dan seterusnya memohon maaf kepada Zulkefly atas tindakan mereka.

Namun insiden pemidang ini tidak berakhir dengan permohonan maaf itu apabila awal malam tadi disedari ia telah lesap.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin, yang bertanggungjawab memasang pemidang tersebut, mendakwa kehilangan ini angkara khianat petugas Umno dan tindalan itu menggambarkan sikap penakut mereka apabila dakwaan mungkin janji parti itu didedahkan.

"Umno penakut dan tidak dapat menjawab isu. Maka, mereka menggunakan cara samseng untuk menanggalkan pemidang ini dan digantikan dengan pemidang Umno-BN.

"Kami akan membuat laporan polis esok (5 Okt) dan kami kesali kerana pemimpin Umno enggan menerima hakikat bahawa rakyat Rembau mengkritik mereka," katanya, yang juga dikenali sebagai CheGu Bard.

Pemidang tersebut menyenaraikan janji BN ketika di kawasan parlimen itu, yang gagal direbut oleh Badrul Hisham, yang didakwa masih tidak ditunaikan lagi.

Ia berbunyi "mereka datang dan berjanji lagi, jangan percaya". Janji-janji yang belum dikotakan itu antaranya pusat tuisyen, masjid, hospital, lapangan terbang dan universiti.

"Maka saya sebagai ketua cabang PKR Rembau dan sebagai bekas calon PKR yang menentang beliau ingin menuntut janji tersebut seperti mana yang dijanjikan oleh Khairy dan Umno-BN ketika pilihan raya umum dulu," katanya.

"Saya mewakili rakyat Rembau membawa suara mereka dalam bentuk pemidang tersebut.

"Malangnya (Umno) takut menjawab isu tersebut, mereka telah menghilangkan pemidang itu. Umno bacul," katanya, dengan nada berang dengan kehilangan pemidang./Malaysiakini

Anggota MT Umno Ditumbuk: Pakaian Seragam Bukti Tak Boleh Diterima, Kata Mursyidul Am PAS

4 Oktober, 2009

KOTA BAHARU, 4 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong PAS berdasarkan pakaian.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian (seragam) adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima.

"Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau enggan mengulas lanjut isu itu kerana beliau sendiri tidak berada di pusat penamaan calon, hanya mendengar daripada laporan tidak rasmi.

Serentak itu, beliau mahu penyokong parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, supaya berkempen secara aman dan baik.

Katanya, kejadian-kejadian yang tidak diingini semasa pilihan raya tidak mencerminkan nilai-nilai murni dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan sebaliknya dilihat sebagai tidak bertamadun.

Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab tersebut boleh mencemarkan imej orang Melayu pada mata masyarakat umum, khasnya bukan Islam, katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini hari ini.

-- BERNAMA

Ahad, 4 Oktober 2009

KES TUMBUK - POLIS BELUM SIASAT, MUHYIDDIN SUDAH TUDUH PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH pun diduga, Umno pastinya akan menimbulkan berbagai cerita karut dan lawak bodoh mereka apabila menjelang sesuatu pilihanraya. Tidak cukup dengan media `pencacai' seperti TV dan akhbar, lebih malang lagi seorang yang dikatakan cerdik berjawatan TPM pun terikut menjadi `pencacai' murahan. Tidak menghairankan ini semua berlaku kerana Umno khususnya begitu terhina, malu dan tertekan setelah 7 pilihanraya kecil di Semenanjung selepas Pilihanraya Umum Ke 12, kesemuanya Umno `terlangkang' serta `terlondeh kain'.

Cuba sebut mana satukah kawasan yang diadakan pilihanraya kecil yang Umno tidak pernah membuat tuduhan karut dan bodoh terhadap pembangkang? Apa yang berlaku di Bagan Pinang semalam yang menyaksikan peristiwa kononnya Ketua Putera Umno ditumbuk oleh seramai 9 orang benar-benar menambahkan lagi keyakinan kita bahawa Umno sememangnya tidak pernah dan tidak akan berubah. Tentunya kita dapat membayangkan betapa hancur, parah dan berkecainya muka dan tubuh badan Ketua Putera Umno tersebut jika benar ianya ditumbuk oleh seramai 9 orang. Tapi bila melihat wajahnya muncul dikaca TV, hendak ketawa pun ada, hendak muntah pun ada. Mungkin kulit wajah yang berwarna hitam itu adalah kesan lebam dari tumbukan 9 orang seperti yang diperkatakannya. Semenjak bila pula Ketua Putera Umno itu putih?

Persoalannya, sudahkah pihak Polis menyiasat? Jika siasatan belum dibuat, mengapa TPM Muhyiddin tidak sabar-sabar hendak menyebut bahawa penyokong PAS sememangnya ganas dan tidak melambangkan parti Islam. Sedap mulut beliau bercakap begitu. Tumbuk orang saja, bukan cara Islam. Bagaimana pula dengan meletupkan tubuh badan orang? Jika penyokong PAS memang benar melakukan perbuatan tersebut, mengapa Muhyiddin tuding jari pada Mursyidul Am Pas pula? Semua orang tahu bahawa Mursyidul Am Pas sememangnya anti keganasan dan mulutnya tidak pernah berhenti menyeru manusia berbaik-baik dan berdakwah secara berhemah. Sebagai contoh, kisah Ketua Pemuda Umno yang ditangkap terlibat dengan dadah seperti yang berlaku di Terengganu baru-baru ini bolehkah kita menuduh Najib atau Muhyiddin mengajar Ketua Pemuda Umno berbuat demikian?

Bukan sedikit ahli-ahli Umno bahkan pemimpin mereka yang terlibat di dalam berbagai kes yang lebih besar dari kes tumbuk. Umno kah yang mengajar itu semua? Seandainya, jika ada mana-mana anggota atau pemimpin Umno yang terlibat dengan kes bunuh atau meletupkan orang, adakah ini kerja yang diajar oleh parti Umno? Lu pikirlah sendiri!!/kembali ke laman asal di sini.

Jom Kongsi Dalam FB Anda